Novel : Kau terimalah taubatku 6

1 September 2010  
Kategori: Novel

755 bacaan 1 ulasan

Oleh : Orkid Edyliyne

“Sayang okey, kan? Hah tengok… Merah dah hidung ni,” gumam Encik Fauzi sambil mengelap hidung Qisty dengan menggunakan tisu dengan lembutnya. Risau anak gadisnya itu sakit.

Qisty sekadar diam. Dibiarkan sahaja Encik Fauzi membersihkan darah di hidungnya. Terkebil-kebil matanya menanti hidungnya dibersihkan.

Dari ekor matanya dia melihat lelaki tadi lalu di seberang jalan.

Apa orang tu. Tadi tengok orang macam nak makan… Gumam hati Qisty. Matanya ditalakan ke arah lain.

“Okey dah ni.” Encik Fauzi mengumpul tisu yang tercalit darah Qisty. Wajah Qisty dibeleknya. Tiada apa-apa luka.

“Sakit ke?” tambahnya lagi bertanya sambil memicit lembut hidung Qisty.

Qisty pantas menggeleng. Raut yang kerisauan itu ditatapnya sahaja.

“Nasib baik tak apa-apa,” gumam Encik Fauzi. Tisu diletakkan di tepi dan mula menggerakkan kereta.

Qisty yang mendengar ayat itu sekadar buat tidak tahu sahaja. Dia tahu, wajahnya, tubuhnya, kulitnya, rambutnya, pakaiannya. Semuanya mummy dan daddynya jaga, bersebab. Tak heranlah jika Encik Fauzi marah seperti tadi.

Sepanjang perjalanan, keadaan dalam kereta sekadar dihiasi muzik dari corong radio. Perbualan lansung tidak tercetus. Memang begitulah setiap kali.

Sampai sahaja di vila, Qisty terus berlalu masuk dan membawa sekali buku-buku yang dibelinya tadi.

“Qisty. Ke mana?” tanya Puan Qaisa yang duduk berehat di sofa ruang tamu sambil menonton rancangan televisyen kegemarannya. Tersenyum bibirnya memandang anak gadisnya.

“Saya bawa dia pergi kedai buku tadi,” jawab Encik Fauzi yang baru masuk. Dia terus melulu duduk di sofa.

Qisty yang tadi berhenti terus hendak menyambung perjalanannya ke bilik kerana tiada apa lagi yang perlu dibicarakan.

“Qisty, sayang. Sini kejap,” gamit Puan Qaisa kerana matanya terpandang hidung Qisty yang sedikit merah.

Qisty tanpa bicara terus datang mendekati mummynya. Wajah itu ditatap.

“Kenapa hidung ni?” Nada risau jelas kedengaran ketika dia bangun dan wajah itu dekat di hadapan matanya. Dibeleknya berhati-hati wajah anaknya.

“Abang… Kenapa ni?” Nada marah dihamburkan pada Encik Fauzi.

“Mummy…”

“Qisty. Pergi naik, eh sayang,” pintas Encik Fauzi sambil menyentuh kepala anak gadisnya itu.

Qisty tidak membantah dan terus berlalu.

“Ada budak langgar dia tadi dekat kedai buku tu. Buku jatuh atas dia agaknya tadi sebab saya tengok berterabur buku-buku dekat situ waktu saya datang tadi.” Kedengaran suara Encik Fauzi menjelaskan perkara yang menjadi tanda tanya pada isterinya itu ketika melihat Qisty sudah sampai ke tingkat satu.

“What? Awak tak jaga dia ke? Sampai awak tak nampak apa jadi dekat dia?” Lantang suara Puan Qaisa membuatkan Qisty yang mendengarnya menyumbat jarinya masuk ke dalam lubang telinga.

“Bukan macam tu. Awak cuba jangan nak tengking saya macam tu…” Suara Encik Fauzi pula bergema. Dia sudah agak itulah yang akan berlaku jika isterinya itu melihat ada calar sikit sahaja di tubuh anak tunggal mereka itu, pasti satu dunia bagai nak pecah dikerjakannya.

“Hey Fauzi…” Qisty sekadar dengar ayat di hadapannya sahaja ketika dia menutup pintu bilik. Selebihnya, suara itu sekadar sayup-sayup sahaja bertengkar dengan daddynya.

Dia mengeluh berat. Plastik berisi buku dicampakkannya sahaja ke katil sebelum tubuhnya dihumban ke katil.

Matanya dikatup rapat. Nafasnya dihela perlahan. Haruman lavender yang memang sentiasa menjadi pewangi biliknya itu sedikit sebanyak dapat menenangkan mindanya.

Dia gerakkan sedikit tubuhnya berpaling ke kiri.

“Ah…” getus Qisty dan terus duduk. Terasa kesakitan menusuk di lengannya.

Pantas rambutnya dibetulkan dan dibawa ke bahu kanan. Dibelek lengannya. Kelihatan kemerah-merahan kulitnya yang gebu itu.

Lebamlah ni nanti. Bisik hati Qisty. Sakit tubuhnya mula terasa membuatkan dia kembali berbaring.

Bintang-bintang di shiling biliknya itu menjadi perhatian matanya seketika. Tangannya dihulur seakan hendak menggapai bintang itu.

“Kau tetap jauh. Dan memang akan kekal jauh.” Qisty berbicara sendiri.

Tangannya dijatuhkan dan matanya mula terkatup rapat.

***

Ketika mata dibuka, dilihat sekelilingnya gelap. Teraba-raba dia turun dan mencari suis.

Terbuka sahaja lampu biliknya, matanya lantas tertacap pada muka jam.

Pukul 8 dah. Bisik hati Qisty. Rambutnya yang terurai itu dibetulkan. Berkali-kali dia menguap kerana terlalu banyak tidur. Dia tidak sedar, dari pagi sehinggalah waktu itu dia tidur.

Baru dia hendak berlalu ke bilik mandi untuk membersihkan diri, matanya tertacap pada buku-buku yang berterabur di atas lantai.

Perhatiannya terus tertarik ke buku-buku itu untuk dikemasnya dahulu.

Satu-satu buku itu diambilnya. Setiap kali ke kedai buku, pasti lebih dari 5 novel yang dibelinya kerana dia bukannya banyak masa untuk pergi keluar membeli buku. Tambahan lagi, dia tidak suka keluar jika bukan untuk ke pub orang tuanya itu dan ke hotel. Kerana dia tidak mahu ada orang yang pernah menggunakan ‘khidmat’ orang tuanya itu mengganggunya.

Buku terakhir diambilnya dan terus diletakkan di atas katil.

Belum lagi kakinya melangkah, sekali lagi buku itu menarik matanya. Berkerut dahinya memandang buku yang paling atas.

‘TAUBAT’

Besar tajuk yang tertulis diatas buku berkulit hijau itu.

Masa bila aku ambil buku ni? Gumam hatinya sendiri. Buku itu diambil dan dibeleknya. Seketika dia mendengus.

Salah ambil bukulah ni. Pantas tangannya mencampakkan buku sebesar novel itu ke dalam tong samapah merah jambu yang berada di sisi meja lampu tidurnya sebelum berlalu untuk membersihkan dirinya kerana sebentar lagi pasti mummynya datang mengetuk pintu.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

Satu ulasan untuk “Novel : Kau terimalah taubatku 6”
  1. W. says:

    lambatnya nak sambung. huhu

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"