
Novel : Kerana Zulia Zafira 4
BAB 4
DI KALA mereka sedang bersantai perihal masing-masing, tiba-tiba Yanti bersuara memecahkan hening malam.
“Awak tak takut ke Zulia?” Soal Yanti.
“Takut? Tak ada maknanya nak takut dekat monyet tu. Padan muka dia. Puas hati saya dapat kenakan dia tadi.” Zulia tersenyum riang. Pembalasannya terlunas jua apabila dia berjaya memalukan Kamarul.
“Kau jangan main-main Zulia. Dia tu senior kita.” Rina memberi amaran.
“Peduli apa aku dengan pangkat dia. USM ni bukan dia punya pun. Setakat orang macam dia tu aku tak hairan langsung.” Zulia mula membongkak.
“Tak adalah beb. Aku tengok korang berdua ni macam anjing dengan kucing. Pantang berjumpa mesti nak bergaduh. Mesti nak bertekak. Esok-esok jatuh cinta baru tau.” Rina tersengih. Zulia membulatkan matanya yang galak itu.
“Apa! Jatuh cinta dengan monyet tu? Kau ni buat lawak betullah Rina. Hahahahaha…” Zulia menghamburkan tawanya. Yanti hanya tersenyum. Malas mahu ikut campur.
“Aku doakan benda tu jadi betul. Jangan lupa hantar kad dekat aku dan Yanti bila korang kahwin nanti. Hahaha…” Rina berseloroh.
“Hahaha…Kahwin dengan monyet tu. Please… Baik aku kahwin dengan pen ke…pensil ke…pemadam ke…Takpun suruh mama aku carikan jodoh untuk aku terus.” Zulia menjawab selamba.
“Banyak lagi benda yang aku nak kejar untuk capai cita-cita aku. Daripada aku layan si monyet tu baik aku study rajin-rajin. Ada juga faedahnya. Dah berjaya esok aku nak buka perniagaan kedai perabot dan bunga segar.” Zulia berkongsi cita-cita dan impiannya sejak kecil. Bunga segar merupakan sumber inspirasinya untuk mencari mood yang tenang.
“Wah! Esok-esok aku nak beli perabot dekat kedai kau mesti dapat murahkan…” Rina bersahaja.
“Boleh…boleh…korang punya pasal aku boleh bagi diskaun yang menguntungkan. Tak gitu Yanti…” Zulia melagakan bahunya kepada Yanti.
“Saya akan pastikan awak bagi diskaun!” Spontan Yanti menjawab dan mereka semua tertawa.
*****
KEJADIAN yang merobek maruah Kamarul benar-benar buatkan Zulia berpuas hati. Pasti kejadian itu akan diingati sampai bila-bila. Manakan tidak Zulia berani menuangkan kuah laksa dikepalanya sewaktu mereka bertengkar di kafe. Kemudian Zulia meninggalkan drinya dengan senyuman sinis. Kamarul membentak menahan kemarahan yang meluap-luap. Membuatkan dia semakin membenci gadis itu. Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu terlopong dan tidak berani masuk campur.
Kamarul berlalu pergi dengan hati yang panas. Berulang kali dia masuk ke bilik air membersihkan dirinya. Namun bau kuah laksa itu masih melekat di rambutnya. Kamarul semakin memberontak. Tidak sabar untuk membalas dendam terhadap Zulia.
“Berani kau buat aku macam tu ye! Siaplah kau! Peperangan akan bermula!” Kamarul membentak.
“Kamarul…aku nasihatkan kau tak payahlah ikutkan sangat hati kau yang panas tu. Bukan dapat untung apapun.” Haizam menasihatinya lagi.
“Mana boleh! Aku tak kira…Sekarang aku isytiharkan peperangan dengan budak tu. Kali ini aku akan buat dia menangis. Jangan sangka aku akan berdiam diri!” Kamarul menghamburkan marahnya. Haizam sudah tidak mampu menenangkannya. Marahnya benar-benar sudah menguasai diri.
Kamarul tersenyum berdiri di depan cermin kecil itu. Hari pembalasan itu akan tiba. Zulia akan diaibkan sepanjang hidupnya.
“Kau akan menyesal Zulia Zafira Zainuddin!” Kamarul menyeringa dengan penuh dendam.
Haizam malas mahu melayan kerenah Kamarul. Dicapai tualanya untuk membersihkan badan.
“Zam….jom lepas mandi aku belanja kau makan. Jangan lupa text As sekali.”
“Yelah…kau tunggu jap. Aku nak mandi. Melekit sudah badan aku dengan kemarahan kau tadi. Hehehehe” Haizam berseloroh mengenakan Kamarul.
“Banyaklah kau. Aku tunggu dekat bilik menonton di lobi. Cepat sikit. Jangan mandi lama sangat macam itik pulang petang.” Giliran Kamarul mengenakannya semula.
“Yelah…yelah…” Haizam malas mahu membalas. Dia tahu akhirnya dia sendiri yang akan terkena.
“Orait…”
*****
KETIKA dalam perjalanan turun ke lobi. Kamarul sempat lagi berfikir mahu mengenakan Zulia. Senyuman tidak pernah lekang di bibir nipisnya. Dia akan memastikan bahawa Zulia tidak akan terlepas dari genggam.
Kamarul seronok kerana Zulia memberi respon terhadap permainannya. Bagi dirinya orang yang melawan akan menjadi perhatiannya. Dia akan melakukan permainan yang paling kejam. Semester lalu dia membuli pelajar junior sehingga pelajar itu menangis. Merayu padanya hentikan permainannya dari membuli.
“Zulia Zafira Zainuddin… Aku akan kerjakan kau puas-puas. Baru kau tahu sama ada langit itu tinggi ataupun rendah. Jangan cuba bermain api dengan aku.” Kamarul berkata sendirian. Siaran television tidak lagi menarik perhatiannya. Dalam otaknya memikirkan pembalasannya terhadap Zulia.
Kamarul semakin tersenyum lebar. Sampaikan Haizam hadir pun tidak disedari olehnya. Haizam menggeleng melihat kerenah Kamarul yang tidak mahu beralah.
“Hoi! Berangan apa tu? Ingat budak tu lagi ke?” Sergah Haizam tidak semena-mena. Kamarul terkejut dan hampir tersungkur.
“Woi! Terkejut aku!” Kamarul bertempik. Haizam ketawa berdekah-dekah.
“Hahahaha…Padanlah muka. Siapa suruh berangan.” Haizam mengejek.
“Aku bukan beranganlah.”
“Itu kau punya pasal. Sekarang aku dah lapar. Jom kita pergi makan. Asmira tunggu kita dekat depan Dewan Santapan.”
“Itulah keje kau. Makan…makan…” Kamarul mencebik.
“Habis tu kalau tak makan nanti mati kebulurlah aku.” Haizam membalas.
“Tengok perut tu! Kalau aku jadi awek kau pun aku akan lari. Bawak-bawaklah berdiet sikit kawan…” Kamarul mengenakannya.
“Hallo brother…. Boroi itu menawan tau. Kau tu rambut dah macam mop aku tengok. Guntinglah sikit. Berserabailah. Rimas aku tengok!”
“Hahahaha…Aku lebih suka serabai macam ni. Kalau aku kacak sangat nanti Asmira jatuh cinta pula dengan aku…” Jawapan Kamarul membuatkan hati Haizam tersentap. Namun cepat-cepat dia mematikan perasaan itu.
“Asmira boleh jatuh cinta dengan kau? Jangan bermimpilah. Dia tu kan macam lelaki sikit.”
“Hai…Bunyi macam orang kecewa je kau ni. Takkan kau minat As pulak?” Kamarul memasang perangkap.
“Sorry bro. Aku tak terfikir ke arah itu lagi. Apa yang penting study nombor satu.” Haizam cuba menyembunyikan kegusarannya. Soalan Kamarul seperti membunuhnya.
“Yelah…yelah….Dah jom gerak. Karang mak nenek tu membebel pedih telinga aku dengar.” Kamarul dan Haizam menuju ke destinasi yang telah dijanjikan.
*****
DALAM perjalanan Kamarul ternampak kelibat Zulia yang baru pulang arah berlawanan. Kamarul mula memikirkan sesuatu untuk mengenakannya.
Zulia yang sedang rancak berbual tidak menyedari Kamarul berselisih dengannya. Tidak semena-mena bahunya sengaja dilanggar dan menyebabkan dirinya terdorong ketepi. Buku-bukunya terjatuh. Zulia mengaduh.
“Padan muka!” Ejek Kamarul.
Zulia tidak menyedari siapakah gerangan yang melanggarnya. Apabila wajahnya di toleh ketepi. Alangkah terkejutnya Zulia kerana tidak menyangka akan bertemu dengan musuh ketatnya. Zulia mula terasa wajahnya membahang.
“Bodoh betul! Buta ke apa mata tu sampai main langgar-langar je orang yang lalu lalang kat sini?”
“Apa kau kata!” Kamarul berpaling. Panas telinganya mendengar kata-kata Zulia.
“Lah ingatkan buta aje. Tak sangka pekak badak ye…” Zulia sengaja mencari nahas.
“Kurang ajar punya budak… Baru hingusan nak tunjuk lagak! Aku lempang muka kau kang!” Haizam menahan kemaraan Kamarul.
“Ish…ish….dayus sungguh lelaki memukul perempuan. Agaknya dia ni datang dari planet manalah kan…” Semakin galak Zulia mengundang amarah Kamarul.
“Kau tengok tu Zam…perempuan zaman sekarang mulut macam murai tercabut ekor!” Balas Kamarul.
“Sekurang-kurangnya tak adalah perangai macam makhluk seorang ni! Harap sempurna tapi sayang akal pendek.” Zulia membalas semula.
“Sudahlah tu Rul. Jom kita pergi. Lambat nanti As marah pulak. Sudah…sudah…jom.”
“Terima kasih abang Haizam. Tolong bawak makhluk ni jauh-jauh sikit. Sakit mata saya tengok.” Kata Zulia seakan mengejek.
“Kau tunggu….kau tunggu….” Kamarul memberi amaran.
“Tunggu apa monyet? Tunggu kau masuk dalam sungai?” Zulia sudah tidak peduli.
“What the….”
“See yaa monyet….” Zulia berpaling dan terus mendapatkan rakan-rakannya. Lalu meninggalkan Kamarul yang terkulat-kulat menahan amarah.
“Kau tengok budak perempuan tu. Kurang ajar betul digelarnya aku ni monyet!” Getus Kamarul.
“Yang kau cari pasal dengan dia siapa suruh. Elok-elok budak tu berjalan kau yang sengaja langgar dia. Kalau aku pun aku marah. Sekarang tanggunglah sendiri. Budak tu besar kepala pun pasal kau jugak.” Haizam sengaja menambahkan keadaan yang semakin tegang.
“Kau ni kawan aku ke kawan dia? Sudahlah! Jom!” Kamarul menghamburkan amarahnya dan Haizam hanya tersenyum.
“Aku nasihatkan kau jangan selalu sangat nak kenakan budak tu. Esok-esok kau terus angaukan dia pulak. Time tu pijat semut pun tak mati.” Haizam berseloroh lagi. Kamarul tidak membalas. Malas melayan usikkan Haizam. Mereka berjalan pantas kerana sudah hampir terlewat menemui Asmira. Pasti Asmira akan membebel. Apabila Asmira membebel akan berdesing telinga Kamarul dan Haizam. Mereka sudah masak dengan bebelan maut Asmira kerana boleh bercakap tanpa henti selama satu jam!
*****
DARI jauh Asmira sudah nampak Kamarul dan Haizam. Naik lenguh kakinya menunggu mereka berdua. Asmira sudah mula naik geram.
“Sorry…sorry… Tadi ada hal kecemasan.” Kamarul memberi alasan.
“Apahal yang kecemasan sangat tu! Kot ye pun text lah aku kalau nak datang lambat. Aku dah macam tunggul tau tunggu korang lama-lama dekat sini!” Asmira menghamburkan kemarahannya.
“Sorry lah geng. Janji tak jadi lagi macam ni. Ok?” Kamarul memohon maaf dan mengangkat tangannya menyusun sepuluh jari. Asmira mendengus.
“Kamarul ni kecemasan sebab berperang mulut dengan junior kesayangan dia tu…” Sengaja Haizam mengenakan Kamarul. Bulat mata Kamarul mendengar jawapan Haizam dan terus menyiku perutnya. Haizam mengaduh tahan senak.
“Pasal budak tu lagi ke? Kau ni…Kan program tu dah berlalu dua minggu lepas. Kau nak bermusuh dengan dia apsal? Aku tengok budak tu elok aje. Kau yang mencari masalah dengan dia. Aku tak fahamlah dengan kau ni. Suka benar membuli orang. Esok-esok dia yang buli kau balik padan muka!” Asmira menepelak.
“Itu hal aku dengan dia. Korang tak payahlah masuk campur. Dah…dah…jom pergi makan. Aku dah lapar ni.” Kamarul mengelak dan terus berlalu. Asmira memandang Haizam. Kedua-duanya mengangkat bahu. Terus membuntuti Kamarul dari belakang.
BAB 5
RINA merempuh masuk ke bilik setelah selesai dari membasuh baju. Yanti terkejut. Lantas disimpan diarinya cepat-cepat. Rina tersengih seperti kerang busuk kerana tersedar kesilapannya.
“Eh! Petang ni korang ada pergi mana-mana tak? Aku ingat nak ajak korang keluar sekejap pergi bandar beli barang makan sikit. Lagipun stok dah banyak habis ni.” Rina berbasa basi. Zulia hanya terbaring kepenatan akibat mengikuti aktiviti pagi tadi.
“Tak rasanya…” Balas Zulia ringkas. Matanya hampir terlelap.
“Ok set… Petang ni pukul empat kita keluar ya…” Ajak Rina.
“Saya ikut saja. Lagipun memang ada barang saya nak beli.” Yanti tersenyum.
“Tapi bagi aku tidur dulu sekejap boleh tak? Penat dan mengantuk sangat ni…” Zulia merayu.
“Boleh…Nanti aku kejutkan kau.” Sapa Rina mesra.
“Huargghh…Tiga malam yang lepas nampak monyet tu buat hidup aku berserabut.” Zulia menguap.
“Kau pergi layan dia kenapa? Kau pun satu cari penyakit.” Rina sudah mula membebel. Zulia menekup mulutnya.
“Mana ada aku layan… Dia yang sengaja langgar bahu aku. Apalagi aku pun balaslah balik…mana boleh diamkan…Hehehe…” Zulia mengekek teringat peristiwa malam itu. Dia melihat muka kamarul terkulat-kulat menahan marah. Zulia merasa puas.
“Awak berani betul ye panggil Abang Kamarul begitu…” Yanti menyampuk.
“Apa? Abang? Uwek…Muntah hijau dengar kalau panggil dia ABANG!” Zulia meluat.
“Kan dia lebih tu daripada kita. Kenalah hormatkan…” Yanti tersenyum dan faham melihat keadaan rakannya itu.
“Awak tak apalah Yanti. Kalau saya sorry nak panggil dia abang. Panggil monyet cukup…Hehehehe.” Kata Zulia dan Rina hanya ketawa.
“Korang berdua ni kan. Sama-sama ego tau tak… Masing-masing nak menang. Agaknya kalau bercinta aku rasa terbalik bangunan dalam USM ni…” Rina mengusik dan Zulia mencebik.
“Tak hingin aku nak bercinta orang macam Kamarul monyet tu… Buat rugi aje.” Laju sahaja jawapan yang keluar dari mulut Zulia. Yanti dan Rina berpandangan.
“Tak apa kita tengok nanti. Kalau korang berdua sama-sama jatuh cinta aku orang pertama akan bagi surat beracun. Hahahaha… “Selamba Rina menuturkan kata-katanya. Zulia membeliakkan matanya dan lantas membaling selimut kearah Rina. Sempat Rina mengelak.
“Saya pula akan bagi kad tahniah pada awak…” Yanti turut menyokong. Mereka tertawa bersama.
“Daripada korang membazir nak buat benda macam tu lebih korang belanja aku makan. Ada juga faedah. Sudahlah…Aku nak tidur sekejap. Letih benar ni. Jangan lupa kejutkan ye…” Tutur Zulia dan mula membetulkan bantalnya.
Rina dan Yanti berpandangan semula dan terus menggeleng. Tersenyum mereka melihat gelagat Zulia. Mereka berpakat mencari jalan untuk memulihkan hubungan hambar antara Kamarul dan Zulia. Tidak tahan melihat antara mereka berbalah hanya kerana ego. Sikap itu hanya akan memakan diri masing-masing.
Kamarul dengan egonya ditambah pula dengan barannya. Zulia dengan egonya juga malah ditambah lagi dengan kedegilannya. Bertemu buku dengan ruas. Seorang keras kepala dan seorang lagi kepala angin. Kesimpulan yang dibuat oleh Rina dan Yanti terhadap Kamarul dan Zulia. Masing-masing sama perangai. Akhirnya mereka tertawa.
*****
YANTI gadis pemalu dalam diam meminati Haizam. Namun dia sembunyikan perasaan itu sedalam-dalamnya. Tidak mahu sesiapa mengetahui isi hatinya. Setiap kali terserempak dengan Haizam jiwa nuraininya akan bergetar hebat. Yanti hanya mampu melemparkan senyuman kepada Haizam. Tidak mampu meluahkan perasaannya terhadap Haizam. Bimbang dia sendiri yang akan terluka seandainya Haizam menolak.
Haizam yang ramah hanya membalas senyuman ikhlas tanpa sebarang niat. Yanti berbunga-bunga keriangan. Pada diari kecil miliknya tempat dia meluahkan segala rasa hati. Tersimpan kemas rahsia peribadinya disitu. Dia sentiasa memastikan diarinya itu tidak jatuh ke tangan orang lain. Dia cukup berhati-hati. Kemana sahaja dia pergi diari itu sentiasa menemani.
Rina dan Zulia selalu pelik melihat Yanti akan usung beg galasnya ke sana sini. Namun mereka tidak mahu mencampuri urusan peribadi Yanti. Bagi mereka itu adalah haknya. Hak yang tidak boleh dipersoalkan sewenang-wenangnya.
Yanti sentiasa memuja Haizam dalam lenanya. Entah mengapa sejak mengikuti program Mahasiswa itu dia jatuh suka melihat Haizam. Hanya Haizam seorang yang tidak terjerit-jerit dan memekik-mekik. Sangat tenang dan bersahaja malah tidak kedekut memberikan senyuman. Namun Yanti tidak mengetahui bahawa Haizam meminati Asmira Zuraina. Tetapi nasib tidak menyebelahi Haizam apabila perasaannya tidak dilayan oleh Asmira dan menganggap itu hanya satu gurauan.
Yanti sering melayani perasaannya sendiri. Setiap kali dia menghilang pasti Rina dan Zulia akan bertanya kemanakah dia pergi. Alasan yang sama pergi ke perpustakaan. Ada sebab mengapa Yanti selalu kesana. Rahsia itu hanya Yanti seorang sahaja yang tahu.
Yanti tahu bahawa Rina dan Zulia bukanlah jenis orang yang suka menyibuk perihal orang lain. Yanti sangat menyenangi rakan sebiliknya itu. Malah cukup menghormati hal peribadinya.
*****
RINA yang baru sahaja selesai mandi melulu masuk ke bilik. Selalu benar dia begitu.
“Eh dah pukul berapa ni?” Soal Rina tiba-tiba dan Yanti terkejut.
“Err… pukul empat.” Yanti menjadi gugup tiba-tiba.
“Eh kenapa dengan awak ni? Macam nampak hantu je? Hehehehehe…” Usik Rina.
“Eh…bukanlah. Cuma terkejut sebab awak masuk melulu. Nasib baik si Zulia ni tak terperanjat.” Yanti memberi alas an.
“Eh…. Sorry…sorry… Bukannya apa. Tengah berkemban ni. Itu yang laju berlari masuk ke bilik. Terlupa bawa baju tadi.” Jawab Rina menutup malunya.
“Tak apa….” Yanti tersenyum. Dia memang tidak lokek untuk sedekahkan senyuman.
“Wah…wah…perempuan sorang ni. Sedap betul tidur ye.” Rina mengejutkan Zulia yang terlena.
“ZiZi….ZiZi….bangun….bangun…dah pukul empat ni. Jom keluar beli barang. Kau nak tidur berapa lama lagi ni? Tak baik tidur lewat petang. Nanti cepat bengap.” Gelaran ringkas itu hanya Yanti dan Rina sahaja yang tahu selain daripada ahli keluarganya. Secara tiba-tiba Zulia terbangun apabila mendengarkan ayat terakhir daripada Rina. Tertawa Rina melihat gelagat Zulia.
“Hallo…hallo….ayat terakhir tu bagi tapis sikit. Zip mulut tu kang.”
“Hehehe….amboi terus terbangun dan segar bugar ye. Sudah pergi mandi cepat. Aku dengan Yanti dah nak bersiap ni. Kau tu mandi macam puteri raja. Lambat…”
“Mandikan untuk aku boleh?” Zulia merayu manja. Lantas Rina menarik cuping telinga Zulia dan membuatkan Zulia mengaduh.
“Ampun Madam…Ok Madam…Saya bangun mandi sendiri Madam…Jangan marah Madam…Nanti cepat tua Madam…” Mendengarkan jawapan Zulia terhambur tawa Rina.
“Kau ni kan… Ada saja lawak yang kau nak buat…Lama-lama senak perut aku kalau asyik ketawa saja.” Kata Rina dan membuatkan Zulia dan Yanti tertawa gembira.
“Baik bukkkkkk…” Zulia mencapai tuala dan berlalu pergi.
“Saya rasakan Zulia tu memang orang yang kelakarlah.” Yanti memuji.
“Tak perlu rasa-rasa awak. Dia tu memang kelakar. Susah nak tengok dia bermuram. Kadang-kadang pelik pun ada. Tapi saya tabik dekat dia sebab berani melawan kata-kata senior. Ramai jugalah yang geram dengan dia. Tapi dia buat selamba aje.”
“Itulah awak. Kadang-kadang saya risau juga kalau senior-senior tu membuli dia. Tapi sekarang saya tengok sudah terbalik. Dia yang membuli orang!” Yanti menjerit kecil.
“Betullah….” Rina mengangguk tanda setuju dan mereka tertawa lagi.
Mereka bersiap-siap sementara menanti Zulia. Sambil itu Rina berbaring seketika dan Yanti seperti biasa menyimpan diari rahsianya dengan selamat. Rina hanya memandang sunyi. Tidak mahu menyibuk perihal Yanti dan diarinya.
“Sorry…sorry…lambat sikit pasal tak ada dayang nak tolong mandikan aku…” Zulia berseloroh.
“Banyaklah kau punya dayang… Cepat sikit.” Arah Rina kerana jam sudah menunjukkan hampir ke pukul lima petang. Risau mereka akan balik lewat. Undang-undang telah menetapkan bahawa tepat pukul sembilan malam mahasiswa dan mahasiswi tidak dibenarkan masuk lewat ke dalam kampus.
“Yelah mak nenek…” Zulia mengejek. Rina membaling bantalnya kearah badan Zulia.
“Luculah awak ni Zulia.” Yanti sesekali meyampuk.
“Saja menyakat Rina ni Yanti…” Zulia mengenyitkan matanya. Yanti hanya tersenyum. Rina tertawa. Mereka sangat serasi tinggal bersama. Biarpun sebelum ini tidak pernah bersua muka. Universiti Sains Malaysia yang menemukan mereka dan terus terjalin persahabatan. Utara Selatan menjadi saksi.














great…
duuuuuuude, wassssssup