Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu 28, 29

4 September 2010  
Kategori: Novel

9,299 bacaan 7 ulasan

Oleh : Nuril Bahanudin

Bab 28

“Alamak.. mummy dengan daddy awak tu.. errr apa kita nak jawab nih?? eh yang awak tu terlopong mulut tu kenapa? karang masuk lalat nanti kan payah…” tegur Balqish perlahan.. hisy boleh pula dia tercengang.. entah apa-apalah dia ni.

“Qish.. kenapa tiba-tiba aku rasa macam nak jadi halimunan ni Qish? alahai macamana mereka boleh ada di sini pulak ni?”

“Err.. mummy… daddy buat apa dekat sini?” akhirnya itu yang terkeluar dari mulutnya.. apa aku nak kata ni.. rahsia dah terselak habis ni, penutupnya dah melayang jauh dah tak boleh nak tutupkannya lagi.

“Ewah-ewah, boleh tanya lagi apa kita buat dekat sini kan daddy..” sengaja dengan nada sinis Puan Sri Nuha menjawab..

“A’ah kan yang, daddy dengan mummy datang sini nak datang makan-makan.. heii kamu ni dah tahu tempat ni hospital dah tentulah daddy dan mummy datang nak tengok kamu dan isteri dan cucu kami ni…”

Gulppp…. cucu mummy dan daddy??? eh siapa? eh anak akulah dengan si Qish terlupa pulak..

“Oh patutlah mummy suruh kamu kahwin kamu tak nak.. ya? itulah inilah macam-macam alasan kamu beri.. rupanya kamu dah kahwin senyap-senyap siap dah ada anak dah lagi ni, bertuah punya budak..” bebel Puan Sri Nuha geram.. heyyy kita barulah tengah merancang nak buat majlis besar-besaran rupannya dia dah pun lama selesai, bertuah punya budak.. pot pet bla bla…”

Daniel dan Balqish berpandangangan.. hanya mampu tersengih mendengar leteran Puan Sri Nuha itu, ya memang ada benarnya juga kata mummynya itu.

“Aaa… mana mummy dengan daddy tau tentang kami ni?? siapa yang bagitahu ?peliknya..”

“Hoh lagi nak tanya, dah muka kamu terpampang dekat dalam tv tadi takkan kamu tak perasan? macamana boleh sampai terberanak dekat tepi jalan ni? hisy nasib baik tak apa-apa cucu mummy tu..”

Puan Sri Nuha mula membebel perlahan, tabiat yang tak dapat dielakkan.. alahai mummy ni tolonglah tolong jangan membebel dekat sini, mesti si Qish tu seronok tengok aku kena leter ni..

“Patutlah dari awal lagi bila daddy nampak kamu berdua ni, hati daddy berat menyatakan ada sesuatu antara kamu berdua ni, puas jugalah daddy menidakkannya… tapi betul rupa-rupanya … hai cuba cerita dengan kami ni Niel, apa sebenarnya yang berlaku dan kenapa kamu sanggup nikah dengan Balqish ni…”

“Niel bukan sengaja nak sembunyikan pada mummy dan daddy.. cuma…”

“Cuma apa Niel?” soal Tan Sri Darwish kurang sabar..

“Niel cuma takut daddy dan mummy tak boleh terima pilihan Niel ni, yalah Qish ni bukannya sama dengan semua perempuan yang mummy carikan, lagi pun Niel tak boleh hidup tanpa Qish ni.. ” wah.. pandainya aku mencipta drama.. ah lantaklah asalkan mereka tak marahkan aku sudahlah..

Amboi tak boleh hidup tanpa aku konon.. cettt porrah.. mulut manis ya.. Balqish mencebik.. rasa urat perut seperti digeletek.. nak tergelak pun ada juga.. tapi tahan sajalah kan..

“Kalau kamu cakap terus terang yang kamu dah ada pilihan sendiri, tak adalah mummy nak paksa-paksa kamu lagi Niel..”

“Ni kamu Balqish nak berpantang di mana lepas ni?” soal Puan Sri Nuha memandang terus kewajahnya hingga membuatkan dirinya terkelu… errr nak jawab apa ya?

“Saya cadang dekat rumah kami saja err… auntie..”

“Apa yang auntie-auntie ni? mummy ok.. kamu tu kan dah jadi isteri si Daniel ni..”

“Ya aun… err mummy.. ” masih mahu tersasul juga lidahnya.. tak biasa lagilah katan.

“Haa macam nilah.. kamu duduk dengan mummy sajalah sepanjang tempoh berpantang ni, yalah kalau jadi apa-apa senanglah mummy nak tengokkan kamu tu, nak harapkan si Niel ni, entahlah.. hisyy isteri dah nak bersalin pun tak sedar, kan dah terbesalin dekat tepi jalan.. hisy bikin ribut sajalahkan… kan dah masuk berita, tak pasal-pasal satu Malaysia tahu tau..”

“Alah mummy bukan salah Niel pun, dia yang banyak sangat makan buah pelam muda,”

“Makan buah pelam muda???” terjenggil mata Puan Sri Nuha mendengarnya.. hesy bertuah punya budak…

Balqish menelan air liur… gerun melihat wajah Puan Sri Nuha yang berkerut-kerut itu..

“Awak macamana ni? mummy awak macam marah saja tu..” dia berbisik perlahan.

“Macamana apa lagi? macam tulah.. itulah aku dah larang dah, jangan curi-curi makan kan dah terbersalin… haa.. eh tau pula kau takut dengan mummy, dengan aku kau tak tahu pula nak takut…” Daniel membalas juga dalam nada yang berbisik, siap selitkan dengan bebelan sekali tu.

Eh.. eh kita minta pendapat dia, dia siap membebel sekali pula, memang pantang ada peluang dia ni, tak nak lepaskan langsung.

“Hah apa yang kamu berdua bisikkan dari tadi tu?” tegur Tan Sri Darwish hairan melihat anak dan menantunya asyik berbisik.. entah apalah yang di bincangkan dia sendiri tak pasti.

“Eh kamu dah buat keputusan ke nak namakan apa untuk anak kamu tu?”

“Er dah mummy…” jawab mereka serentak.

“Hah nak namakan apa?”

“Daniela…”

“Batrisyia mummy..”

“Eh yang mana satu ni?” soal Tan Sri Darwish..

“Kamu berdua ni memang selalunya macam ni ke? tak sependapat.. tapi yang peliknya boleh pula kamu bersama ya? musykil mummy dibuatnya..”

“Er tak adalah mummy, kadang-kadang aja macam ni.. kan sayang kan?” jawab Daniel pantas siap merangkul bahu Balqish lagi..

“Ok mummy dah buat keputusan, di sebabkan kamu berdua masing-masing tak tahu nak beralah, jadi mummy rasa nak namakan anak kamu tu Daniela Batrisyia ok.. dah lepas ni jangan nak gaduh-gaduh lagi.. macam budak-budak.. sedarlah diri tu sikit dah jadi mak dan ayah budak.. isk..”

Mereka berdua hanya mampu tersengih mendengar kata Puan Sri Nuha itu… diam.. dan akhirnya bersetuju dengan nama yang di cadangkan.

******

“Qish..”

“Hurm…”

“Macamana dengan baby kau?”

“Sihat alhamdulillah.. comel macam aku juga..”

“Eh perasannya.. aku tak tanya pun budak tu comel ke idak..” balas Suraya selamba.. dengan Balqish dia tak perlu nak menapis bicaranya, masing-masing dah masak dengan perangai sesama sendiri.

“Hahaha.. aku tahu kau jelous tu Su,”

“Eh tak ada kerjalah nak jelous-jelous ni..”

“So family dia boleh terima kau?” sambung Suraya lagi..

“Alhamdulillah.. setakat ni nampaknya bolehlah.. tapi kadang-kadang rimas jugak aku dengan mummy mertua aku tu, semua yang aku buat mesti nak dilarangnya.. ”

“Wahh… bagus-bagus.. nasib baik dia dapat terima kau.. untung kau Qish.. nampak sangat mummy mertua kau tu care dengan kau..”

“Yalah betul jugak tu kan Su.. tapikan yang paling best si Daniel tulah… hehehe tak dapat dia nak buli aku lagi sepanjang aku di sini.. yalah depan family dia, dia kena layan aku elok-elok..”

“Hehehe padan dengan muka dia, kalau tak mesti seronok dia nak membuli kau.. eh Qish lupa pulak.. boss kirim salam dekat kau, dia kata tahniah dapat baby baru.. nanti ada masa dia nak jenguk kau.. ha aku pun nak jenguk kau jugak, tapi tak tahu bila.. teringin juga nak tengok rupa anak kau tu.. mesti cun macam auntie Su dia.. haha”

“Wehh perasannya kau.. dahlah Su.. mummy mertua aku dah jeling-jeling manja tu, aku rasa karang sat lagi juling pula mata dia tu, mesti dia naik hairan dengan siapa aku bergayut sedangkan si Daniel tu ada dok terlena dekat sofa tu.. hisy tengok tv, tv yang tengok dia, selalu begitu tau dia tu..”

Terkekeh Suraya mendengarnya.. Qish… Qish dari dulu sampai sekarang, bicaranya mesti mencuit hati.. aku harap kau takkan pernah berubah, walaupun masa sentiasa berlalu bertukar waktu.

“Ok Qish.. cakap sajalah kau dah ngantuk dan nak join hubby kau tidur.. alah malu-malu pulak dengan aku ni..”

“Oi.. amboi-amboi kau.. tak sayang mulut sungguh.. ”

“Ok good night mama…”

Hampeh punya Suraya..tak sempat nak kata apa dia dah letak fon.. bertuah sungguh kawan aku nan seorang ni..

“Qish dah habis cakap dengan telefon dah? mummy dah tidurkan Batrisyia tu, kamu pergilah gerakkan Daniel tu, suruh dia tidur dalam bilik.. dari kecik sampai besar tak pernah nak berubah kalau tengok tv mesti tertidur..”

Owh tabiat dari kecil rupanya.. memang entah apa-apa dia ni.. isk malas betul nak mengejutkan dia ni, dah spesis yang liat nak bangun.. alahai.

Bab 29

“Qish…” kejut Daniel perlahan.

“Hurmmm…” dia menjawab dalam nada bergumam.

“Bangunlah… baby kita menangis tu..” kejut Daniel, juga dalam keadaan mata yang masih tertutup juga..

“Hurmm malam ni kan giliran awak yang bangun jaga dia..”

“Aku mengantuklah, letih sangat rasanya, tak laratlah nak bangun…” Daniel memberi alasan, sememangnya ada benarnya juga.. siang tadi dia sibuk bertemu pelanggan di tiga tempat yang berbeza, terkejar-kejar memandu mengejar masa memang memenatkan dirinya.

“Tak kira.. awak punya turn.. kan kita dah ada jadual sendiri, dan kita pun dah bersetuju, lagi pun semalam dah giliran saya jadi hari ni awaklah pulak..” dia ingat dia seorang saja yang mengantuk ke? dahlah tadi dia yang tidur lebig awal dari aku.

Daniel masih lagi memejamkan mata.. tangisan Batrisyia yang semakin kuat itu langsung tak di hiraukan.. bantal yang ada di capai untuk menutup telinganya dan dia kembali ZzzzZzzzz… kembali menyambung lena.. hisyhhh bertuah punya laki.. Balqish mendengus.. hendak tak hendak dia kena bangun juga untuk mendapatkan Batrisyia.. dia tak mahu dileteri oleh Puan Sri Nuha andai tangisan si kecil itu berlarutan.. takut menyedarkan wanita itu.. mesti panjang bebelannya nanti.. hai tak sanggup aku..

Malas-malas dia bangun…

Iskkk kesian anak mama ni… lapar ya… papa tu memang, kalau dapat tidur semua benda dia lupa.. anak itu di ambilnya, didukung dan di tepuk perlahan tubuhnya.. biar tangisannya terhenti..

Langkah kakinya diatur menuju ke ruang bawah rumah banglo itu, rimas pula berada dalam bilik ni, rasanya semua penghuni rumah ini sedang asyik lena diulit mimpi..

Sudah hampir 3 minggu di sini, nampaknya semuanya melayan dia dengan baik, .. hai mintaknya semuanya bukan hanya sementaralah, harap-harap mereka terima aku bukan hanya sebab anak ini saja, aku nak mereka terima aku sebagai diri aku seadanya..

Dan sepanjang tiga minggu jugalah dia dan Daniel terpaksa berkongsi bilik bersama-sama.. mula-mula memang dia rasa lemas, di mana-mana saja langkahnya ada saja lelaki itu kelihatan di ruang matanya..

“Mummy dah kemaskan bilik kamu tu Niel, daddy pun letakkan kelengkapan baby tu sikit-sikit… nanti bolehlah isteri kamu tidur di situ..” beritahu Puan Sri Nuha tanpa mengesan langsung akan kepincangan yang melanda rumah tangga anak dan menantunya itu.

Tidur sebilik??? gulp.. mereka berpandangan… biar betul.. tapi.. kalau tak tidur sebilik mesti mereka hairan.. silap-silap mereka tahu keadaan sebenarnya.

“Hah kenapa? apa pasal kamu berdua berkerut-kerut muka tu?” hairan melihat tingkah anak dan menantu.

“Err tak ada apa-apalah mummy…” jawab mereka serentak.

“Alah Qish kau jangan risaulah.. nanti aku tidur dekat sofa.. ” bisik Daniel padanya, macam tau-tau saja apa yang sedang bermain di benaknya itu..

“Maunya saya tak risau, awak tu bukannya betul sangat..”

“Eh.. eh sedap kau kata aku tak betul ek? aku tahulah kau kan masih dalam pantang, takkan aku nak redah jugak, aku masih waras tau..”

Amboi selamba badak dia sajakan cakap macam tu.. serentak rasa wajahnya panas secara tiba-tiba.. malu mendengar kata-kata yang dilepaskan oleh lelaki itu.. tak senonohlah dia ni.

“Hisy kamu ni Niel, apalah yang kamu usik isteri kamu tu sampai merah muka dia? suka sangat mengusik…”

Wekkk.. padan muka kena tegur dengan mummy… ejek hatinya.. seronok juga kadang-kadang tu berada di sini, sebabnya lelaki itu kurang ada peluang untuk membulinya sesuka hatinya lagi.. hai rasa macam ada saja orang yang membelai dirinya.. mummy memang sporting tapi…. kadang-kadang rimas juga, dirinya langsung tak boleh nak bergerak walau sedikit pun..

“Qish ni mummy tengok asyik ke hulu ke hilir saja.. risau mummy tengok, awak tu dahlah dalam pantang lagi, cubalah duduk diam saja, karang apa-apa jadi nanti kan susah..”

Err… lerr takkan aku nak duduk saja, dah naik kematu dah punggung aku ni asyik duduk dari tadi seharian.. hanya mampu meluah dalam hati, takut kalau dia menjawab nanti dituduh pula kurang ajar.. tak mahu mencalarkan hubungan yang sedia maklum baru saja bertunas mesra.

“Kan dah kena tegur, tulah kau siapa suruh tak reti duduk diam… padan muka.. ekeke..”

Amboi seronok dia gelakkan aku, jelingan tajam di hadiahkan kepada lelaki itu, dan dengan geram tangannya di panjangkan untuk mencubit paha lelaki itu.. ambik kau.. rasakan..

“Aduh… sakitlah.. sejak bila kau pandai cubit-cubit orang ni?”

“Sejak tadi.. siapa suruh mulut tu tak ada insuran.. ”

“Kau ni kan..”

“Apa lagilah kamu berdua ni? peninglah mummy dengan daddy tengok perangai kamu ni.. macam budak-budak tau tak..”

“Alah kami gurau sajalah mummy..” tak jadi nak mengenakan Balqish kembali.

“Qish… malam nanti boleh tak aku tidur atas katil? badan aku dah sengal-sengallah asyik tidur di sofa saja setiap malam..”

“Hai hari tu kata tak apa kalau -kalau awak tidur situ, ni baru masuk nak masuk seminggu dah mengeluh.. eh apa kata kita balik sajalah ke rumah kita tu, tak perlulah kita nak kongsi-kongsi bilik macam ni.. nak tak?” cadangnya, bukan apa ini untuk kebaikan mereka sendiri juga..

“Huisshhh kau nak bagi mummy tu mengamuk ke apa, kan mummy dah kata kau kena berpantang di sini, kau tak kenal lagi mummy aku tu, cakap dia bukan boleh di bantah tau, nanti tak pasal-pasal dia merajuk dengan aku nanti… ”

“Tak apalah Qish kalau tak boleh.. aku boleh tidur dekat sofa tu, saja tanya kau kot-kot aku ada peluang..” sambungnya lemah, saja mahu memancing perasaan Balqish sebenarnya, teringin juga ingin tahu reaksi wanita itu terhadapnya.

Alahai ni yang lemah ni, kenapalah aku ni cepat cair kalau dengar nadanya macam tu.. Balqish diam mula berfikir.. ah biarkan sajalah.. tak apa kot.

“Ok awak boleh tidur atas katil tu.. tapi tengah-tengah kita letak bantal ok, awak tak boleh lebih dari bantal tu, kalau lebih siap awak tau..!!”

“Ya aku janji.. takkan lebih waktu aku tengah sedar… tapi kalau dalam waktu aku tak sedar tu… boleh di maafkan kan? kira halal sajalah..” siap angkat kening lagi mengusik Balqish.. seronok sebenarnya dapat mengusik wanita itu, kini baru dia sedar, antara aktiviti wajibnya dalam kehidupan sehariannya kini ialah mengusik isterinya itu, isteri yang tidak di duga kehadirannya dalam hidupnya namun kini dia sudah mampu menerima kehadiran wanita itu didepan matanya.

Ceh tengok tu, belum-belum lagi dia dah planning yang tak betul.. miang sungguh suamiku ini..

“Kalau awak lebih-lebih saya jerit je, biar mummy dan daddy awak tahu perangai sebenar anaknya ni.. baru padan dengan muka awak..”

“Kau menungkan apa ni Qish?” soal Daniel yang muncul tiba-tiba dengan menatang 2 mug berisi air coklat panas di tangannya..

Balqish tersentak, terkejut, lamunannya tentang peristiwa-peristiwa beberapa minggu lalu yang terlayar diingatannya terus pecah berderai.. cepat-cepat dia menutup dadanya yang sedikit terdedah, Batrisyia yang didalam dakapannya sudah mula terlena, sudah kenyang barangkali si kecil itu.

Eh bila masa pula lelaki ni turun? kenapa aku tak dengar apa-apa pun? tadi bukan main lagi dia tidur siap tutup muka dengan bantal lagi waktu suruh tengokkan Batrisyia menangis .. ni boleh pulak dia terpacak tercegat dekat sini siap buatkan air lagi..

“Aikk kenapa pula awak ni ada dekat sini? tadi saya suruh bangun tak nak pula bangun, mengantuklah, letih sangatlah kononnya…”

“Dah lama dah.. kau yang asyik sangat termenung layan perasaan sampai aku turun tadi pun kau tak perasan..”

Dia diam, iskkk asyik sangatkah aku tadi? agaknya macamana muka aku tadi? adakah sekejap berkerut? ataupun sekejap tersenyum? mesti dia ingat aku dah tak betulkan.

“Qish…” Daniel memandang wajah Balqish yang sedang meneguk air coklat yang di berikannya tadi.

“Hurm.. ada apa?”

“Kita ni sampai bila nak macam ni ya? takkan selamanya nak guna bahasa kau dan aku ni? kau tak teringin ke nak panggil aku dengan panggilan yang sepatutnya?”

Eh dia ni kenapa buang tabiat ke apa? mengigau ke atau pun demam? tak pernah-pernah sebelum ni dia cakap pasal ni… Balqish hairan.. cepat-cepat tangannya dipanjangkan menyentuh dahi lelaki itu.. eh tak panas pun..

“Qish aku serious ni..”

“Eh saya tak cakap pun awak main-main..”

Bertuah sungguh dia ni, dia tak nampak ke muka aku yang serious ni, ke dia ingat aku ni mengigau.. kenapalah aku boleh dapat perempuan macam ni sebagai isteri? betul-betul menguji kesabaran aku ni.

“Awak yang mulakan dulu.. lagi pun awak yang gunakan bahasa aku dan kau ni.. saya tidak pun..”

“Qish… aku.. errr ab… abang rasa kita kena tukar panggilan antara kita ni, yalah mesti anak kita akan hairan dan pelik kalau dia dengar panggilan antara papa dan mama tak seperti papa dan mama orang lain bila dia dah besar nantikan..?”

Abang??? heee.. rasa macam gatal saja telinga aku mendengarnya.. tapi macam best pula.. hehehe.. mentel kau Qish.. monolog hatinya.

“Bolehkan Qish?” dia bertanya lagi.. bila melihat Balqish hanya mendiamkan diri.

“Err tengoklah macamana, nanti saya fikirkan..”

Agaknya apa yang dia maksudkan dengan anak kita bila dah besar nanti? adakah dia membayangkan yang perkahwinan ini akan berkekalan? hingga ke bila-bila? hatinya mula tertanya-tanya.. hai kenapalah sukar sangat aku nak faham perasaan lelaki dihadapanku ini? misteri-misteri.

“Saya nak naik dululah dah mengantuk .. kesian anak kita ni, mesti tak selesa tidur atas riba ni..” sengaja dia beraksi konon-kononnya sedang menguap menahan rasa mengantuk yang hadir.. hakikatnya entahlah.. dadanya rasa seperti mahu pecah dengan seribu macam persoalan..

Daniel hanya memerhati langkah Balqish yang berlalu.. Hai Qish.. agaknya kau rasa tak nada getaran hati aku ni bila berhadapan dengan kau? Qish aku rasa aku dah mula tersukakan kau.. dah mula rasakan yang aku perlukan kau dalam hidup aku ni, dan aku tak dapat nak bayangkan andai hariku tanpa kehadiran kau … agaknya inikan yang patut di panggil takdir? sampaikan kadang-kadang aku sendiri sukar nak mengerti perasaanku ini sendiri, aduiii pelik namun inilah hakikatnya rasa hati aku ni.. Mummy Niel dah jatuh cinta………… jerit hatinya lantang menggegar segenap urat nadinya.

********

“Kenapa mama tengok sejak dua menjak ni anak mama macam tak bersemangat saja? anak mama tak sihat ke? atau ada masalah? nak kongsikan dengan mama?” tegur Datin Adlynn dia, perasan perubahan yang agak ketara pada Suhail sekembalinya dia dari menunaikan umrah, anak itu semakin kurang bercakap, lebih banyak menghabiskan masa mengasingkan diri di dalam kamarnya saja.

“Ehh tak ada apa-apalah mama, Suhail cuma agak penat.. kerja menimbun di pejabat tu nak kena selesaikan.. maklumlah dah hujung-hujung tahun macam ni banyak akaun yang nak kena close..”

“Suhail… kerja tu kerja juga.. tapi kesihatan kena jaga juga, papa tak mahu anak gadis kesayangan papa ni jatuh sakit pula, badan kita ni bukannya mesin, mesin pun tahu juga rosak kalau di gunakan secara berterusan tau.. sesekali kena jugak bawa berehat.. Suhail ada nak pergi bercuti ke mana-mana tak? papa boleh sponsor kan..” sampuk Dato’ Zakuan yang muncul tiba-tiba dari arah bilik bacaannya.

Dia hanya menggeleng.. ah papa dan mama, kalaulah kalian tahu yang aku sedang resah mencari jalan untuk menutupi kandungan yang semakin membesar kian hari ini… bercuti takkan mampu selesaikan masalah Suhail ni papa.. bercuti takkan mampu menyembunyikan kandungan Suhail ni papa.. hanya satu yang mampu selesaikan masalah Suhail ni.. kahwinkan Suhail papa.. Kahwinkan Suhail dengan Daniel seperti yang papa dan mama inginkan tu, seperti papa dan mama harapkan dan rancangkan itu… beritahunya… namun hanya mampu terluah dalam hati.

“Betul Suhail tak mahu? tawaran papa hanya sekali saja, lain kali dah tak ada dah.. limited tau..” sengaja berkata begitu, ingin membuat anak itu tersenyum.. yalah lama benar dia tidak melihat senyuman manis yang sentiasa meniti di wajah anak itu semenjak dua menjak ini.

“Tak apalah papa, terima kasih sajalah..”

“Isy rugilah Suhail tolak… tapi bagus juga.. jimat duit papa..”

“Alah Suhail tahu, papa tu tak ikhlas, kan mama kan?” suasana ceria mula berputik menceriakan malam suram rumah itu yang sepi sebelum ini.

“Alah papa kamu tu.. macam kamu tak faham pula perangai dia..”

“Eh… eh mana aci ni.. dua lawan satu.. mestilah satu yang kalah..”

“Mama.. mama ada masak apa-apa tak? Suhail lapar lagilah..” perutnya terasa lapar tiba-tiba, semenjak hamil, inilah yang dirasakan.. seleranya semakin bertambah.. kalau dulu dia memang tidak gemar makan di waktu malam.. jaga badan kononnya, takut gemuk.. tapi sekarang…

Datin Adlynn terdiam.. kehairanan.. wajah anak gadisnya di renungnya.. hai rasanya baru sebentar anak itu makan, kini dia lapar lagi?

“Err mama ada beli kek coklat siang tadi.. mama letak dalam peti ais tu.. pergilah tengok..”

Agaknya Suhail stress sangat di pejabat kot.. tu yang dia jadi macam tu.. mudah rasa lapar, alah normallah tu, setiap orang melepaskan tekanan dengan cara mereka tersendiri, tak ada apalah yang perlu nak dirisaukan.. bisik hatinya, untuk menyedapkan perasaannya sendiri.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

7 ulasan untuk “Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu 28, 29”
  1. SUE says:

    BEST..huhuu

  2. khairunnisa' says:

    good!! i like it..

  3. nadia says:

    walawei..mmg best..smbung ye cite nih..dh excited nk be sambungn cite nih

  4. mrs harith says:

    ble nk siap x sbr dh nie

  5. pieqa says:

    suka jalan cerita nih.. sambung cpt !! dah tak sabar dah nih..

  6. rosmpkmn says:

    ni mesti suhail akn jd org ke-3 ni

  7. eida says:

    huhu………. best. mm trbaik

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"