Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu 30

17 September 2010  
Kategori: Novel

8,542 bacaan 8 ulasan

Oleh : Nuril Bahanudin

Dia melangkah keluar dari Diaz Florist dengan senyuman tak hilang bergayut di bibir.. riang ria sungguh rasa hatinya kala ini, melakukan perkara yang tidak pernah dibuat sebelum-sebelum ini.. bunga mawar lapan kuntum yang baru dibelinya sebentar dan kini berada di tangannya di pandangnya puas.. hai agaknya dia faham ke tak simbolik di sebalik bunga lapan kuntum ini? 143 = I love you dan 1 + 4 + 3 = 8.. ah biarlah dia faham atau tak, itu tak penting, yang pentingnya sekarang aku cintakan dia, dan nak terus hidup bersama dia dan meneruskan perkahwinan ini..

Akhir-akhir ini hidupnya di rasakan agak bahagia, hidup terasa macam telah lengkap, Daniel tersenyum lagi.. langsung tak ambil peduli pandangan orang-orang yang berada di sekelilingnya yang semestinya pelik melihat tingkah lakunya, ada yang berbisik sesama sendiri bila memandang dirinya.

“Sewel agaknya dia tu..” mungkin barangkali itu yang mereka katakan kepadanya..

Ah pedulilah, mereka mana tau apa yang aku rasa saat dan tika ini, agaknya bagaimana rupa Balqish bila menerima pemberiannya ini? terimakah dia atau menolak? atau… mesti dia akan kata, seperti biasa ayat lazimnya..

” Eh awak ni mamai lagi ke apa?”

Atau…

“Awak ni buang tebiat ya??”

Daniel menggeleng-gelengkan kepala.. isk cuba jangan fikir bukan-bukan Niel.. apalah kau ni.. hati kecilnya menegur.. menepis segala asakan mengarut yang mula bertamu dalam benaknya.

Pintu kereta dibukanya, dan jambangan bunga mawar itu diletak penuh hati-hati dikerusi sebelah tempat duduk pemandu.. tersenyum lagi bila memandang jambangan bunga mawar itu, hai agaknya memang macam ni kot orang yang dilamun cinta, di mana-mana mesti akan terpandangkan wajah orang yang di cintai.. angau sungguh dah aku ni nampaknya..

Daniel memandu sambil melayani perasaannya.. tak sedar kereta yang di pandu semakin perlahan dan berada di lorong yang tak sepatutnya, dan dia hanya tersedar bila keretanya di hon oleh seorang pemandu, cepat-cepat dia mengangkat tangan pertanda memohon maaf atas kelalaiannya tadi.. fuh nasib baik tak excident tadi.. fokus Niel fokus.. dia mengingatkan dirinya sendiri.

Haisy semakin hari semakin teruk aku ni, malu aku kalau orang tahu yang aku ni tengah angaukan isteri sendiri.. apa nak buat tak sempat bercinta dah kena bernikah.. so sekarang dah terjatuh cinta pula..

*********

“Sayang, you ada risik-risik ke masalah anak kita tu? I risaulah tengok anak kita tu, semenjak akhir-akhir ni selalu sangat berkurung dalam biliknya, bila di tanya jawabnya mesti tak ada apa-apa… ” Soal Dato’ Zakuan sambil memandang terus pada wajah isterinya itu, yalah manalah tahu isterinya tahu sesuatu yang dia sendiri tak tahu ke.

“Entahlah bang, I ada juga tanya dia, tapi Suhail tu diam saja tak nak jawab apa-apa, dia cuma kata dia letih tak mahu diganggu, itu sajalah yang dikatakannya..”

Risau siapa yang tidak risau bila satu-satunya anak yang ada, yang sentiasa menceriakan rumah dengan tawa manja, kini berubah laku jadi seorang yang pemurung seolah menyimpan sesuatu rahsia yang berat, seolah memendam suatu masalah yang tiada jalan penyelesaiannya.

“Puas juga I fikirkan apa yang bermain dalam fikiran anak kita tu.. tapi semuanya buntu, I ada juga risik-risik dekat pejabat dia tu, kot dia ada masalah dengan staf-staf ke, tapi semuanya kata ok.. tak ada apa-apa masalah, berjalan lancar kata mereka.. huish bila di fikirkan memang merunsingkan kepala otak I ni..”

“Eh abang ni janganlah runsingkan sangat fikiran tu, abang tu bukannya boleh stress sangat, nanti darah tingginya naik, nanti Suhail yang tak ada apa-apa, abang pula yang masuk hospital pula.. kan dah haru jadinya..” Datin Adlyn mengusap perlahan bahu suaminya, mencuba menenangkan rasa walang yang mula merajai hati Dato’ Zakuan itu.

“Mana abang tak risau yang, Suhail tu satu-satunya anak yang kita ada.. sakit dia, sakitlah kita juga, menangis dia, menangislah kita juga.. abang tak nak tengok dia terus-terusan murung macam tu, abang tak sanggup…” dia menggeleng-gelengkan kepala, menggetap bibir.. rasa sebak hadir secara tiba-tiba.

“Dahlah bang, anak kita tu tak ada apa-apalah, mungkin betul kot kata dia yang dia letih.. yalah murung-murung pun dia, muram-muram pun dia, yang tengok selera makan dia ada saja, malah semakin bertambah-tambah lagi pula..”

Teringat pula sewaktu di meja makan, Suhail sentiasa berselera menikmati makanan yang di hidangkan..

“Alah mana tau itu semua untuk mengaburi mata kita saja, dia tak nak kita risaukan dia..”

“Eh.. abang ni, banyak fikir yang bukan-bukanlah, kalau dia tak berselera masakan boleh habiskan nasi sepinggan, malah kadang tu bertambah lagi.. cubalah fikir positif sikit..” kurang senang dengan kata suaminya itu.

“Yalah saya bukan apa, mana saya tak runsing, sebelum-sebelum ni dia tak pernah buat perangai sebegini tau..”

“Alah adalah tu.. tak lama lagi oklah dia tu, dah-dahlah tu bang oi.. tu makan malam dah siap tu.. jom, saya dah lapar ni..”

“Yalah-yalah.. jomlah.. ha suruh Makcik panggilkan Suhail tu, ajak dia makan sekali..”

*********

“Hah kamu ni kenapa ni Niel terhendap-hendap macam perompak dekat dalam rumah sendiri ni?” soal Puan Sri Nuha, agak hairan sebenarnya, dari tadi dia memerhatikan tingkah laku Daniel itu.

Daniel tersentak, terkejut di sergah sebegitu secara tiba-tiba.

“Isk mummy ni, terkejut Niel tau”

“Hah padanlah.. terhendap-hendap dari tadi tu kenapa? dah tak ada kerja lain ke? dahlah balik tak bagi salam, tau-tau dah terpacak dekat sini..”

“Lerr Niel dah bagi salamlah.. mummy yang tak dengar kot”

“Yalah tu, kalau mummy tak dengar bagilah sekali lagi”

“Ala.. mummy ni.. sengajalah.. ha.. assalamualaikum mummy”

“Waalaikumussalam.. macam tak ikhlas saja bunyinya”

“Ikhlaslah mummy.. err mummy Qish mana?” dia terjengah-jengah, dari tadi tak nampak pun kelibat isterinya itu di ruang matanya.

“Qish dalam biliklah… kamu ni baru sehari tak jumpa, gaya dah macam berbulan-bulan tak jumpa” sindir Puan Sri Nuha.

“Mana adalah mummy, Niel biasa saja.. eh Niel nak naik dululah”

Cepat-cepat dia memanjat anak tangga, tak sanggup mendengar apa yang bakalan keluar dari mulut mummynya itu, ah angau pada isteri sendiri tak apa kot.. tak berdosa pun.

Tombol pintu bilik dipulas perlahan, tak mahu mengejutkan penghuninya.. tangan kiri di belakang menyembunyikan jambangan bunga supaya tak kelihatan, Balqish dilihatnya duduk di birai katil membelakangi pintu sambil memangku Batrisyia.

Daniel terjingkit-jingkit melangkah masuk, dengan penuh perlahan dia memanjat katil mendekati Balqish.

Wah khusyuknya dia, sampai aku datang pun dia tak perasan.. Daniel tersenyum nakal.

“Hai abang dah balik” ucapnya sambil terus mengucup pipi Balqish membuatkan Balqish tersentak.. merah pipinya dek perbuatan yang tak di duga Daniel itu.

Cepat-cepat dia menutup dadanya yang sedikit terdedah, yalah Batrisyia tengah menyusukan.. cis kurang asam jawa punya Daniel.. suka-suka dia saja nak kiss-kiss orang, penyakit miang dia dah sampailah tu.. Balqish menggetap bibir.. wajah lelaki itu di renung geram.. hee rasa macam nak gigit-gigit je mamat ni.

“Kenapa pandang abang macam tu? handsome sangat ke abang hari ni sampai tak lepas-lepas pandang ni”

Huh.. perasannya dia ni.

“Awak ni, suka kan masuk tak bagi salam lepas tu suka-suka je kiss orang,… buat terperanjat saya je tau, cuba bayangkan kalau saya ada lemah jantung, mesti saya dah lama “pergi” kan dek perbuatan awak ni..” dia membebel geram..

“Alah… kiss isteri sendiri tak apalah kot.. buatnya abang kiss orang lain macamana??” sengaja ingin menduga apa reaksi bila Balqish mendengarnya.

“Buatlah kalau awak rasa nak tidur dekat garaj kereta tu setiap mala… saya tak kisah..”

Papa ni memang suka buat mama marah tau… sayang mama kalau dah besar nanti jangan ikut perangai macam papa tu.. tak senonoh, buat menambah sakit kepala mama saja… dia berbisik perlahan pada Batrisyia yang berada di pangkuannya, macamlah anak itu faham saja gayanya.

“Eh, Qish marah ke? sorry ok lain kali tak buat lagi.. dah-dah tak elok buat muka masam ni, nanti cepat berkedut jadi macam nenek kebayan pula nanti.. senyum sikit ok…”

“Biarlah yang berkedut tu muka saya, bukan muka awak pun.. ” dia yang suka tengok aku bermasam muka, suka sangat cari pasal dengan aku, kalau tak cari pasal sehari dengan aku, bukan Daniellah tu…

“Nah..”

“Eeeii apa ni?” angin tidak ribut pun tidak, tup-tup bagi aku bunga.. mengigau ke apa dia ni.. isk.

“Ni bungalah…” isk dah tau saja lagi nak tanya-tanya.

“Er banyaknya, kenapa sampai lapan kuntum?” hairan apa simbolik lapan kuntum ni?

“Saja.. suka tak?”

“Er… terima kasih.. susah-susah saja bagi bunga ni..”

“Kasihmu ku terima..”

Pulak.. ke situ pulak mamat ni.. isk semakin hari semakin tak faham dengan perangai dia ni, terutama dengan perangai terlebih romantik dia ni.

“Er kenapa awak bagi saya bunga ni?”

“Saja.. sebelum ni abang tak pernah bagi Qish apa-apa pun.. kenapa tak suka ke?”

“Eh taklah.. cuma.. lain kali tak payahlah susah-susah beri saya bunga, membazir saja.. tapi kalau nak bagi juga.. bagilah kapal terbang ke, helikopter ke, kondominium sebijik ke… barulah tak membazir.. malah berbaloi-baloi..” dia mengusik..

“Amboi.. berbaloi pada Qish.. tapi buat abang papa kedana adalah.. sajalah tu kan..” pipi Balqish di cubit perlahan.

“Ahaahaha..” Balqish tertawa seronok dapat mengenakan lelaki itu, dia hanya membiarkan saja tangan lelaki itu mencubit pipinya, ingin menepis tak boleh kerana kedua tangannya memangku Batrisyia..

Daniel tersenyum, bahagia rasanya, belum pernah rasanya dia merasai perasaan sebegini andai mereka berdua bersama, perasaan gembira yang terlalu sukar di gambarkan.. ya semoga kebahagiaan ini kekal mengiringi hari-hari yang mereka bakal lalui.

“Eii pergi mandilah.. busuk-busuk terus duduk dekat orang..” Balqish menutup hidungnya dengan tangannya kononnya Daniel berbaulah tu.

“Mana ada busuk, abang wangilah..”

“Pergilah mandi cepat, lepas tu temankan saya makan.. lapar ni..”

“Eh tak makan lagi ke?” hairan.. masakan Balqish tak makan lagi, sedangkan waktu sudah hampir ke jam sembilan malam.

“Belumlah.. tadi kenyang lagi..” dia memberi alasan, namun hakikatnya dia sengaja menanti lelaki itu pulang, ingin makan malam bersama-sama.

“Kalau lapar pergilah makan dulu.. abang mandi lama tau..”

“Alah tak seronoklah makan sorang-sorang.. cepatlah pergi mandi tu.. saya tunggu ni..” di tolak perlahan tubuh Daniel yang masih lagi tak mahu beralih duduk di birai katil sedari tadi.

“Yalah-yalah..” dia bangun malas mencapai tuala yang tergantung di dinding menuju ke bilik air.

“10 minit saja tau..”

“Ya.. abang taulah..”

Eleh entah ya entah tidak dia ni, macamlah kita tak tau perangai dia, kalau dah duduk dalam bilik air, lama mengalahkan tuan puteri yang bersiram..

**********

“Dato’!… Datin!!..” tergopoh gapah Makcik menuruni anak tangga mendapatkan kedua orang majikannya itu.

“Ada apa ni Makcik?” soal Dato’ Zakuan hairan.

“Cik Suhail..”

“Kenapa dengan Suhail..” tak sempat Makcik menghabiskan ayatnya Datin Adlyn telah memotong cakapnya.

“Cik Suhail pengsan didalam bilik air di biliknya..”

“Hah pengsan!!! kenapa??” serentak Dato’ Zakuan dan Datin Adlynn berkata, terkejut.. wajah mereka berdua pucat serta merta.

Tadi, bila di suruh untuk memanggil Suhail, Makcik terus mengetuk pintu biliknya, namun bila hampir sepuluh minit ketukan dan panggilannya tidak di sahut, Makcik memulas tombol pintu bilik itu dan masuk untuk mengintai keadaan Cik Mudanya itu, ruang bilik kelihatan kosong namun… dia terdengar bunyi paip air yang terbuka dari bilik air, dan perlahan-lahan dia menolak pintu bilik air yang sedikit renggang apabila panggilannya tidak dijawab, dan bertambah terkejut bila melihat tubuh Suhail yang terbaring lemah tak bermaya dengan darah yang mengalir banyak memenuhi ruang di atas lantai bilik air itu.

Tuhan tolonglah selamatkan Cik Suhail, walau pun aku sendiri tak pasti apa yang sebenarnya berlaku kini, doa Makcik didalam hati.

Mereka berdua bergegas memanjat anak tangga menuju ke tingkat atas untuk melihat keadaan sebenar Suhail.. apa yang berlaku, kenapa sampai Suhail pengsan ni, berbagai persoalan mula timbul pada diri masing-masing.

“Makcik tolong call ambulance..!” arah Dato’ Zakuan.

“Suhailllll… Ya ALLAH anak mama ni kenapa” Datin Adlyn terus menerpa ke arah Suhail yang terbaring kaku tak sedarkan diri itu, kepala anak itu dipangkunya.

Hanya tuhan saja yang tahu betapa risaunya perasaannya kala ini, tak dapat di gambarkan melalui kata-kata..

“Suhail… bangun nak..” dia mengusap lembut ubun-ubun anaknya itu, wajah anak itu pucat lesi..

“Yang.. biar abang bawak turun Suhail ke bawah dulu..”

Tubuh Suhail diangkat perlahan dibawa penuh hati-hati menuju ke tingkat bawah .

“Isk mana ambulance ni lambat benar pulanya..”

Hampir sepuluh minit menanti, namun ambulance yang di panggil tak juga kunjung tiba..

“Ah abang dah tak boleh sabar ni.. kalau macam ni baik kita bawa sendiri Suhail ni ke hospital..” Dato’ Zakuan membuat keputusan.. nyawa Suhail amat penting sekarang ini.

“Mama…” Suhail mula tersedar dari pengsannya memanggil perlahan mamanya, wajahnya berkerut-kerut seolah menahan kesakitan yang teramat sangat.

“Sabar ya sayang.. kejap lagi kita sampai ke hospital..” sedaya upaya dia cuba menahan air matanya daripada mengalir jatuh, dia tak mahu menangis didepan anak itu..

“Maafkan Suhail..” luahnya perlahan tersekat-sekat.

“Syii… Suhail tak salah apa-apa..”

“Suhail berdosa dengan mama dan papa..”

“Suhail jangan banyak cakap, Suhail rehat ya, apa pun yang Suhail dah lakukan, papa dan mama sentiasa maafkan Suhail… ”

Datin Adlyn tidak tahu untuk apa Suhail memohon maaf… malah dia tidak ingin tahu apa sebabnya, kerana itu bukan perkara utama kini.. yang penting sekarang ialah mereka mesti sampai segera ke hospital dan Suhail perlu diberi rawatan secepat mungkin..




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

8 ulasan untuk “Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu 30”
  1. me says:

    nice story…

  2. syah says:

    rasanya dapat agak lepas ni apa episodnya…mesti suhail cakap kat parents dia yang dia mengandungkan anak daniel….
    :mrgreen:

  3. qai says:

    best… ;-)

  4. nia says:

    bestnya pla drg qis n daniel nie ;-) ;-)

  5. haney says:

    best sgt la cter ney..
    gram tol tgk daniel n balqish..
    eeiii gram2..sweet sgt la dowg.. :mrgreen:

  6. eirazafirah says:

    :razz: …smbg cpt

  7. syahdu malam says:

    cepatlah sambung

  8. rosmpkmn says:

    suspen la si suhail ni

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"