
Novel : Layar Impian 10
Oleh : ElyndaIzan
10
Sofeeya termenung seorang diri ditepi kolam ikan buatan yang berhadapan dengan dewan besar sekolah. Tadi selepas bertengkar dia terus mencari Haryani. Mulanya hajat hati hendak mengadu dengan Haryani, tapi memandangkan sahabatnya itu nampak sibuk benar kerana terpaksa menggantikan tempatnya, Sofeeya batalkan niat langsung terus dia menuju ke kolam ini.
Sofeeya keliru dengan dirinya sendiri. Selama ini tak pernah pula berasa tertekan hari ini betul-betul menguji kesabarannya. Entah kenapa tiba-tiba dia berasa cemburu. Ya Cemburu!! . Itulah perasaan sebenar yang dia rasa sebentar tadi. Sofeeya semakin keliru. Apa perlunya aku berasa cemburu?. Cemburukan Yasmin kerana menggantikannya? ataupun cemburu kerana Shahril bergandingan dengan orang lain. Ah tak mungkin!!!. Sofeeya kutip batu-batu kecil yang memenuhi sekeliling kolam satu-satu batu itu dibalingnya. Bosan!!!!
Nak berbual tak ada sesiapa yang menemani. Nak buat kerja orang tak bagi. Dia betul-betul dilayan macam orang sakit. Kakinya berasa lenguh kerana berdiri terlalu lama. Sofeeya bergerak ke pondok yang disediakan ditepi kolam ikan itu. Fikirannya melayang lagi Sofeeya termenung jauh tanpa menyedari ada yang sedang memerhati.
“Dah sampai Jepun ke awak ni?” tegur satu suara. Sofeeya menoleh. Ah..dia lagi? kenapalah selalu sangat dia muncul secara tiba-tiba. Tanpa diundang tanpa dipinta dia muncul.
“Kenapa pandang saya macam tu? Macam nampak hantu saja” tegur sidia lagi.
“Erm tak de apa..terkejut saja sebab awak selalu muncul tiba-tiba macam magician pulak” Sofeeya kembali mengarahkan pandangannya ke arah kolam. Dari ekor mata dia nampak lelaki itu duduk di kerusi berhadapan dengannya. Sofeeya buat tak reti sahaja kerana fikiran dan hati yang masih gundah itu masih mengganggunya.
“Saya nak ke dewan tu tadi tapi ternampak pula awak duduk sorang-sorang dekat sini itu yang saya datang dekat..nampak macam ada masalah je?” lelaki itu memancing perbualan. Sofeeya berpaling. Ada juga rupanya yang prihatin dia sorang-sorang dekat sini rupanya.
“Tak ada apa-apa saja nak release tension” Sofeeya mengeluh kecil.
“Tak baik mengeluh, nak cerita apa-apa saya sedia mendengar” Sofeeya angkat kening. Baru saja kenal beberapa hari takkanlah dah sedia nak dengar masalah orang lain.
“Peliklah awak ni dengan semua orang awak baru kenal ke awak concern macam ni?” peril Sofeeya membuatkan lelaki itu tersenyum.
“Awak lagi pelik sebab dah empat hari kita bercakap awak still tak tanya nama saya!” balas lelaki itu seraya merenungnya. Sofeeya mengerutkan keningnya. Ops, yelah tak pernah pula terfikir nak tanya namanya asyik saya awak saja dari mula sedangkan lelaki itu dari mula lagi dah tahu namanya. Sofeeya tersenyum simpul.
“Sebenarnya lupa…sorry” balas Sofeeya pendek.
“Yelah siapalah saya nikan..awak tu macam puteri dekat SMKSP ni tentulah ramai peminat”.
“Mana ada..diaorang tu semua panggil saya singa betina tau tak, ha awak pun pernah dengar macam tukan” Sofeeya meningkah.
“Aa’ah singa betina yang comel” lelaki itu mengangguk.
“Huh..pandailah awak..jangan lah bagi saya muntah hijau kat sini. Eh, saya minta maaf ye sebab kelmarin yang awak ajak lunch sama tu saya tak dapat pergi sebab cikgu saya nak belanja makan dekat luar nak pesan dengan siapa pun tak tahu sebab awak ni datangnya macam angin je……erm sebelum lupa lagi siapa nama awak?” Sofeeya bertanya.
“It’s okey, saya nampak awak naik kereta cikgu awak tengahari tu….ermm ok …nak nama panjang atau nama pendek?”.
“Dua-dualah”.
“Tamak!” Sofeeya tersenyum saja.
“Ok just panggil saya Idin.”
“Nama panjang?”
“Belum masanya lagi untuk awak tahu!”
“Elehhhh…kedekut..tadi macam nak bagi tau, ermm saya pun tak hingin nak tahu pun!” Idin ketawa melihat telatahnya. Sofeeya tersenyum malu. Segan pulak tiba-tiba terlepas cakap.
“Ok Idin, saya Sofeeya Arianna binti Sofean..selamat berkenalan..tengok saya tak kedekut pun..” ujarnya sambil tersenyum lagi.
“Selamat berkenalan juga…” Idin menghulurkan tangan. Sofeeya menunjukkan tangannya yang berbalut.
“Oh maaf..terlupa pula nak tanya. Macammana dengan tangan Sofeeya tu..masih sakit?”
“Dah ok sikit sebab Ustazah urut…petang ni pun dia nak urut lagi..mujur tak patah..kalau tak entahlah” Sofeeya membetulkan rambutnya yang ditiup angin.
“Jangan lasak sangat nanti lambat baik” Idin memberi ingatan.
“Lasak? Mana ada…”
“Tengok gaya awak pun saya dah boleh baca awak ni jenis yang macam mana tau!”
“Ahli nujum ke apa awak ni?. Saya tak suka lembab-lembab ni..kalau boleh nak semua pantas.”
“Tapi dah sakit tu..kenalah beringat sikit”
“Yelah Tok Wan…macam orang tualah awak ni..asyik nasihat orang saja! Sebijik macam nenek saya kat kampong tu..hahaha” Sofeeya ketawa. Hilang semua masalah dia tadi. Benarlah kata bidalan ‘ketawa penawar duka’.
“Tok Wan awak panggil saya? Kalau saya tok wan awak pulak nenek kebayan!” Sofeeya mencebikkan bibirnya.
“Janganlah cebikkan bibir tu lagi…dah sebijik macam nenek kebayan..!” Idin menyakat lagi.
“Nenek kebayan yang cun kan?”
“Tak! Macam nenek kebayan tak cukup gigi..kahkahkah” galak sungguh lelaki itu menggelakkannya. Sofeeya capai ranting kayu kecil di hujung kaki lalu dibalingnya kearah Idin dan mengenai dahi Idin. Sofeeya menutup mulut. Dia lepas laku lagi. Terlupa pulak lelaki itu bukan Shahril. Temannya yang dah biasa dengan perangai gila-gilanya. Sofeeya rasa bersalah, hanya memandang Idin dengan wajah yang kelat.
“Sorry…..tak sengaja…” katanya perlahan.
“It’s ok..ganas awak bergurau ye…” Sofeeya mencerunkan matanya.
“Hehehe..sorry lah saja mengutuk awak tadi..nak bagi awak ceria sikit sebab
daripada tadi dok tayang muka 14 je…”
“Sorry lagi sekali saya betul-betul tak sengaja. Saya dah terbiasa bergurau kasar
macam tu dengan kawan..”
“Siapa? Shahril ke? Nampak dia macam special pada awak ye..” Sofeeya terkejut. Pelik, sejauh mana Idin mengetahui tentang dirinya dan juga Shahril. Sofeeya masih menanti ayat seterusnya, namun hampa kerana Idin membuat cerita lain pula. Hendak bertanya dia malas. Nampak sangat macam dia yang terhegeh-hegeh.
“Eh dah pukul 11 pagi..jom ikut saya”. Idin bangun mengibaskan habuk yang melekat di seluarnya.
“Kemana?” dalam kebingungan Sofeeya ikut bangun juga.
“Tu dewan besar.. Coral Speaking dah nak mula” Idin mula melangkah.
“Awak masuk?” soal Sofeeya turut mengikut langkahnya.
“Taklah, adik saya awak nak ikut tak?” oleh kerana dia tak tahu nak kemana lagi Sofeeya mengangguk. Mereka beriringan ke dewan. Sepanjang berjalan ke dewan ada saja mata yang memerhatikan mereka. Sofeeya berasa kurang selesa.
“Awak ni ramai peminatlah, tengok ada saja pandang rimas pulak saya..”. Idin tergelak kecil.
“Tak adalah awak aja yang terpandang macam tu saya tengok biasa je, itupun adik saya jom! ” Sofeeya mengekor saja.
“Adik…good luck..” Sofeeya memerhatikan gadis yang dipanggil adik oleh Idin tadi. Macam pernah nampak.
“Along, sejak bila dah berkepit dengan Kak Sofeeya ni?” sungguhpun bersuara perlahan tetapi masih mampu didengar oleh Sofeeya.
“Hii..sibuklah..okey Along turun dulu..”
“Bye Kak Sofeeya” dia melambaikan tangan ke arah Sofeeya dan Sofeeya membalasnya walaupun tak tahu bagaimana gadis tinggi lampai itu mengenalinya.
“Macam mana adik awak kenal saya?”. Dari tadi tak tertahan-tahan dia hendak bertanya.
“Dia pun ada kat hostel juga..dia yang bagitau saya awak kemalangan ituhari”.
“Oh..dia form 4 ye?” Idin mengangguk. Di dewan besar itu mereka terus berbual sesekali memberi komen terhadap persembahan yang mereka tonton. Ramai yang memandang dan Sofeeya pasti lepas ni tentu timbul gossip baru tentang dirinya tapi dia buat tak tahu saja kerana mereka cuma berbual bukannya berdua-duaan. Hatinya yang bengkak pagi tadi sudah hamper pulih. Sekurang-kurangnya kehadiran Idin tadi dapat juga melegakan sedikit hatinya yang rawan.
Bersemangat sekali Idin melihat adiknya yang sedang membuat persembahan di atas pentas. Dalam diam Sofeeya kagum kerana sekarang susah nak lihat kemesraan adik beradik apatah lagi antara abang dengan adik perempuan. Sofeeya teringatkan dirinya sendiri. Dia hanya anak tunggal tidak punya abang, kakak atau adik. Hidupnya terasa kosong dan sunyi sementelah ayah juga agak sibuk. Nak berjumpa dengan sepupu-sepupunya juga terpaksa tunggu cuti sekolah. Lama sudah dia tak pulang ke kampung arwah umi di Temerloh. Rasa rindu terhadap datuk dan nenek datang mengusik tangkai hati.
“Sofeeya….awak mengelamun? ..tu tengok kawan awak, ermm Haryani kan? dia panggil awak tu” suara Idin mengejutkannya.
“Apa dia?”.
“Sah-sah berangan..tu ha tangan Haryani tu naik lenguh lambai dekat awak..awak tak sihat ke? Nak balik? Saya temankan”.
“Eh saya oklah..tak apa terima kasih..” Haryani yang tak puas hati lambaiannya tak bersambut terus mendapatkan Sofeeya.
“Mana kau pergi dari tadi Sofeeya? Sibuk diaorang tu cari kau..Shahril lagilah menggelupur macam ayam berak kapur dibuatnya. Ingat kau dah pergi terjun lombong! Rupanya ada dengan mamat hensem ni..patutlah tak nampak orang lain dah!” Haryani menyemburnya tanpa sempat dibalas oleh Sofeeya. Sofeeya menjegilkan biji matanya. Geram! Mulut Haryani memang nak kena cili! Siap kau nanti.
“Amboi sedapnya mulut mengata aku. Aku ada kat sinila!. Tak ada kemananya!”
“Tadi saya nampak dia sorang-sorang aja dekat tepi kolam tu takut pula apa-apa saya temankanlah” terang Idin tanpa diminta. Pecah tembelangnya. Haryani tersenyum penuh makna. Sofeeya faham sangat dah teruklah dia kena dekat hostel nanti.
“Dah pukul 1.00 tengahari ni jom makan dulu ..lepas pukul 2.30 petang ni baru sambung balik..jomlah awak ikut sekali” pelawa Haryani kepada Idin.
“Nama dia Idin” Sofeeya menyampuk. Haryani tersenyum sumbing bukan penuh makna lagi dah terlebih makna ada.
“Tak apalah saya dah janji dengan member-member nak pergi sekali..awak berdua pergi dulu ya..jumpa lagi Sofeeya,Haryani” Idin menghadiahkan senyuman.
“Ok bye jumpa lagi terima kasih sebab temankan saya berbual” Sofeeya bangun diiringi Haryani yang dah tak sabar-sabar nak dengar cerita.













enjoy it..