Novel : Lingkaran Dosa Semalam 7, 8

3 September 2010  
Kategori: Novel

851 bacaan Jom bagi ulasan

Oleh : Are You Amron

BAB 7:

Murni memandang kosong skrin televisyen di hadapannya. Walaupun tatkala ini drama bersiri kegemarannya dan Haiza sedang ditayangkan di kaca televisyen namun ia tetap tidak dapat menarik perhatiannya. Fikirannya menerawang jauh ke kampung halamannya. Rasa rindu kepada abah, mak dan adik-adiknya semakin hari semakin mencengkam kalbu. Kalau diikutkan kata hatinya, sekarang juga dia mahu pulang menjenguk keluarganya di kampung. Namun apakah daya, dia tidak mungkin melakukan itu. Dia tidak mungkin meninggalkan pekerjaannya begitu sahaja kerana ini sumber rezekinya sekarang. Rezeki yang dapat membantu meringankan beban kedua orang tuanya di kampung. Murni melepaskan keluhan berat.

“Kenapa dengan kau Murni?” Soal Haiza yang sedang asyik menonton televisyen. Pandangannya masih terpaku di skrin televisyen, tidak sedikit pun berganjak dari tadi. Namun dari ekor matanya, dia tetap dapat melihat kegelisahan Murni yang langsung tidak menumpukan perhatian kepada drama yang sedang ditayangkan.

“Tak ada apa-apalah.” Jawab Murni ringkas.

Haiza berpaling ke arah Murni. Ditenung wajah putih bersih di sisinya. Murni perasan tenungan itu namun dia berpura-pura memberi perhatian kepada drama yang sedang ditayangkan. “Kenapa kau tenung aku lama-lama? Ada apa-apa ke kat muka aku ni?” Soal Murni sambil meraba-raba mukanya.

“Patutnya aku yang tanya kau kenapa.”

“Kenapa, apa?”

“Yang kau mengeluh malam-malam ni, kenapa? Muka kau tu pun muram je aku tengok. Patutnya malam ni kau happy sebab esok kau akan dapat gaji pertama kau. Diam tak diam, dah sebulan kau kerja kat hotel tukan?”

Betul tu. Pejam celik, pejam celik sudah sebulan Murni bekerja di Hotel Retalia sebagai cleaner di bahagiaan housekeeping. Tapi selama sebulan ni, Tuhan sahajalah yang tahu hati Murni. Takut, cuak, gementar. Semua ada bercampur-baur menjadi satu. Mana taknya, sebulan bekerja di hotel itu, Murni bagaikan pelarian di tempat kerja sendiri. Semua pergerakannya dilakukan secara berhati-hati. Teramat berhat-hati!!! Alasannya cuma satu iaitu untuk mengelakkan dirinya bertembung dengan Irzani Haikal, Pengarah Operasi hotel. Kalau sampai itu terjadi, Murni sendiri tahu apa akibatnya. Kebarangkalian untuk dia dipecat dari hotel dengan notis 24 jam amat tinggi sekali. Dia yakin itu. Tersangat yakin kerana Haikal tidak mungkin akan melepaskannya dengan mudah setelah dia menempelak lelaki itu di khayalak umum gara-gara mereka terlibat dalam satu kemalangan kecil tempoh hari. Tiada siapa yang tahu tentang kejadian itu kecuali Haiza. Itu pun setelah Haiza perasan yang dia sentiasa gelisah apabila ternampak kelibat lelaki itu di hotel.

“Aku cakap dengan kau ni Murni. Kau dengar tak?” Soal Haiza. Murni tersentak. Berkecai sudah lamunannya tadi. “Apa dia Za? Kau cakap apa tadi?” Soal Murni kembali.

“Kenapa kau muram je? Kau tak happy ke esok kau nak dapat gaji pertama kau?”

“Happy. Happy sangat. Dapat juga aku kirim duit dekat mak dengan abah aku kat kampung. Tapi…….” Sekali lagi Murni melepaskan keluhan berat. Ayatnya dibiarkan tergantung begitu sahaja.

“Tapi apa? Kau rindu dekat family kau ke?” Teka Haiza. Murni hanya mengangguk kecil. “Sabarlah Murni. Kau baru sebulan kerja. Nanti bila kau dah habis tempoh percubaan dekat hotel tu, kau applylah cuti. Nanti kita balik kampung sama-sama ye. Tak lama, tinggal dua bulan je lagi.” Pujuk Haiza.

“Tapi aku rindu sangat dekat diarang semua.” Luah Murni. Matanya mula berair menahan sebak di dada.

“Sabarlah, dulu masa aku baru-baru kat sini aku macam kau juga. Tapi kita kena kuat Murni. Kita kat sini bukan untuk suka-suka. Kita datang sini sebab nak cari rezeki yang halal.” Pujuk Haiza lagi. “Dahlah. Jangan kau layan sangat perasaan kau tu. Aku nak masuk tidur ni. Kau jangan tidur lambat pulak. Esok kita kerja shift pagi.”

“Yelah. Kejap lagi aku masuk tidur. Selamat malam. Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam.”

Haikal resah di perbaringannya. Sekejap dia pusing ke kiri. Sekejap dia pusing ke kanan. Sekejap dia duduk. Sekejap lagi dia baring semula. Serba tidak kena dirasakannya. Ini semua gara-gara Jojie. Gadis itu sejak dulu lagi sudah banyak menyusahkan hidupnya. Membuatkan kehidupannya porak-peranda. Kerana Jojie juga, kegagalannya untuk hadir dalam mesyuarat dengan Dato’ Shamsuddin tempoh hari sampai ke pengetahuan Tan Sri Abdullah. Sudahnya, Tan Sri Abdulah mengamuk sakan dan dia diberi amaran keras. Dan kini, timbul pula cadangan gila untuk menyatukannya dengan Jojie, si kucing parsi tak siap itu. Alasan papanya cuma satu iaitu hendak mengeratkan tali persahabatan yang sudah lama terjalin antara keluarganya dengan keluarga Megat Malik.

Memang benar nama Jojie sudah lama disebut-sebut sebagai calon isterinya. Seingatnya sejak dia masih bersekolah menengah lagi perkara itu sudah disebut. Namun yang pasti di hatinya kini tidak ada sekelumit pun perasaan sayang terhadap Jojie. Apatah lagi perasaan cinta terhadap gadis itu. Yang ada cuma perasaan menyampah, meluat dan benci yang teramat sangat terhadap Jojie. Ya!!! Dia pasti itu. Dia pasti tentang perasaannya sendiri.

Haikal berperang dengan perasaannya sendiri. Antara perasaan benci yang tidak terbendung terhadap Jojie dan perasaannya sebagai seorang anak yang tidak mahu mengingkari arahan orang tuanya sendiri. Ligat kepalanya berfikir untuk mencari alasan yang dirasakannya wajar untuk mengelakkan dirinya disatukan dengan Jojie. Akhirnya mata Haikal semakin berat dan perlahan-lahan tertutup rapat.

Keesokkan paginya Haikal bergegas bersiap untuk ke pejabat. Dia ingin segera berjumpa dengan Razlan. Hanya Razlan yang dapat membantunya kini. Hanya Razlan yang dapat memberinya idea-idea bernas untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya.

“Haikal! Mari sarapan dulu nak.” Ajak Puan Sri Sofia apabila melihat Haikal bergegas menuju ke pintu utama. Sudah menjadi kebiasaan Haikal untuk bersarapan pagi dahulu bersama keluarganya sebelum ke pejabat kerana waktu itu sahajalah satu-satu waktu yang dia boleh duduk untuk makan semeja dengan kedua-dua orangnya. Kalau diharapkan untuk makan bersama sewaktu makan tengahari atau malam, amatlah sukar sekali kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.

“Tak apalah ma. Haikal nak cepat ni, dah janji nak sarapan dengan Razlan dekat luar.” Balas Haikal dengan suara yang sedikit menjerit kerana kedudukannya yang agak jauh dengan Puan Sri Sofia. “Haikal pergi dululah ma.” Sambung Haikal lagi.

“Yelah. Baik-baik bawa kereta tu. Jangan kelam-kabut sangat kat jalan tu nanti.” Pesan Puan Sri Sofia.

“Apa yang dok hingaq pagi-pagi ni? Sampai ke atas saya boleh dengar.” Soal Tan Sri Abdullah sebaik sahaja turun ke dapur.

“Haikal tak nak sarapan. Tergesa-gesa je dia keluar. Katanya dah janji nak sarapan dengan Razlan dekat luar.” Jawab Puan Sri Sofia.

“Aik? Bukan selalunya Razlan ke yang bersarapan kat sini?” Soal Tan Sri Abdullah kehairanan. “Tak pernah-pernah bebudak tu berjanji bersarapan dekat luar. Angin apa budak tu hari ni?” Soalnya lagi.

“Angin tak puas hati dengan awaklah tu.” Balas Puan Sri Sofia dengan nada menyindir sambil menuangkan kopi ke dalam cawan suaminya.

“Kenapa pula tak puas hati?” Soal Tan Sri Abdullah. Pandangannya yang dari tadi asyik memandang akhbar di tangan kini ditala pula ke wajah isterinya.

“Mestilah budak tu tak puas hati dengan abang sebab abang dok paksa-paksa dia bernikah dengan Jojie.”

“La….pasal tu je ke? Ni kira nak tunjuk dia protes dengan saya lah ni.” Ujar Tan Sri Abdulah. Dia kembali membaca akhbar di tangannya.

“Abang.”

“Erm…” Jawab Tan Sri Abdullah tanpa sedikit pun berpaling dari menatap akhbar di tangannya.

“Abang.” Panggil Puan Sri Sofia lagi. Namun panggilan itu tetap tidak diendahkan oleh Tan Sri Abdullah. Dia masih lagi ralit membaca berita yang dipaparkan di dada akhbar itu. Puan Sri Sofia mengetap bibir, geram kerana tidak dipedulikan oleh suaminya. Dia nekad merampas surat khabar di tangan suaminya. Kini, surat khabar telah bertukar tangan. Tan Sri Abdullah cuba mengambilnya kembali tetapi gagal. Puan Sri Sofia telah melipat surat khabar tersebut dan diletaknya di kerusi kosong yang berada di sebelahnya.

“Kalau ye pun awak nak baca surat khabar tu bagilah saya dulu. Nanti saya dah pergi office, awak bacalah pula. Tak payah nak main rampas-rampas dengan saya. Dah, bak sini balik surat khabar tu.” Pinta Tan Sri Abdullah.

“Saya bukan nak baca surat khabar tu pun.” Balas Puan Sri Sofia.

“Dah tu…. Yang awak rampas dari saya kenapa?” Soal Tan Sri Abdullah. Sungguh dia tidak faham tindakan isterinya itu. Hantu mana pula yang sudah menyampuk isterinya. Pagi-pagi hari lagi sudah buat perangai. Nak kata datang bulan, tak mungkin rasanya. Bisik hati kecil Tan Sri Abdullah sambil tersenyum sendiri.

“Yang abang tersenyum-senyum sorang-sorang tu kenapa?” Soal Puan Sri Sofia. Entah kenapa pula laki aku ni pagi-pagi dah tersenyum sorang-sorang. Ting tong dah ke? Omel Puan Sri Sofia di dalam hati.

“Aik, senyum pun salah? Senyum tu kan sedekah. Ni saya tengah sedekahkan senyuman saya kat awak.” Ujar Tan Sri Abdullah sambil melebarkan senyumannya di hadapan isterinya yang tercinta.

“Ada-ada je abang ni tau.” Balas Puan Sri Sofia. “Abang, saya ada hal nak cakap dengan abang ni.” Tambahnya lagi.

“Hal apa yang penting sangat tu? Sampai saya nak baca surat khabar pun tak aman.”

“Abang serius ke pasal hal malam tadi?” Soal Puan Sri Sofia.

“Hal malam tadi? Hal apa?” Soal Tan Sri Abdullah kembali. Puan Sri Sofia mendengus geram. “Hal malam tadilah bang. Hal pasal Haikal dengan Jojie. Betul ke abang nak jodohkan budak berdua tu?” Soal Puan Sri Sofia terus terang. Sepanjang malam dia tidak dapat melelapkan mata apabila suaminya mengutarakan cadangan untuk menjodohkan Haikal dengan Jojie. Risau dia memikirkan cadangan suaminya itu kerana dia tahu hubungan Haikal dengan Jojie tidaklah sebaik mana. Dia sendiri juga tidak begitu berkenankan Jojie sebagai menantunya kerana sikap gadis itu yang agak kebaratan melebihi orang barat sendiri sejak pulang dari melanjutkan pelajarannya di England.

“Kenapa? Awak tak setuju ke?” Soal Tan Sri Abdullah pula. “Jojie tu kita kenal dari kecil lagi. Keluarga dia pun kita kenal. Megat Malik tu orangnya baik. Tak salah rasanya kalau kita berbesan dengannya.”

“Memanglah Megat Malik tu baik tapi Jojie tu tak semestinya sebaik ayahnya.” Ujar Puan Sri Sofia secara berkias. Ada maksud tersirat di sebalik percakapannya itu.

“Lain macam je bunyinya.”

“Abang tak nampak ke Haikal dengan Jojie tu selalu tak sebulu? Pasal urusan remeh-temeh pun diarang boleh bertengkar. Lagipun sejak Jojie balik dari England, saya tengok perangai dia tu dah lain. Kebaratan sangat kalah orang barat sendiri. Tak berkenan sayalah.” Luah Puan Sri Sofia.

“Alah, dia tu cuma terbawa-bawa dengan budaya dengan orang sana je. Lama-lama nanti oklah.” Bela Tan Sri Abdullah.

“Kalau ok. Kalau tak ok?”

“Maksud awak?” Soal Tan Sri Abdullah kurang mengerti dengan maksud isterinya.

“Abang bukan tak tahu perangai Haikal tu. Dia tu kan liar sikit. Kalau dia kahwin dengan Jojie, saya rasa porak-peranda rumahtangga budak tu nanti. Kalau boleh saya nak Haikal tu kahwin dengan gadis yang sopan, manis, baik, pandai masak. Kalau tak kaya pun tak apalah bang. Janji orangnya kaya dengan budi bahasa dan pandai hormat kat orang tua. Kalau nak harapkan si Jojie tu, kita depan mata pun dia boleh langgar je macam tu. Tak ada budi bahasa langsung budak tu. Entah-entah masak nasi pun tak pandai. Haikal tu kan cerewet sikit pasal makan ni. Kalau dapat gadis yang baik-baik macam tu, setidak-tidaknya kita boleh kawallah sikit Haikal.” Jelas Puan Sri Sofia panjang lebar.

Tan Sri Abdullah terdiam seketika. Memikirkan tentang kebenaran kata-kata isterinya itu. “Tapi mana nak cari budak perempuan macam tu? Awak ada calonnya ke?” Soalnya.

“Sekarang tak adalah tapi kita boleh cari.”

“Nak cari kat mana?”

“Nanti kita ikhtiarkanlah. Yang penting abang jangan cakap dekat Haikal dulu tentang plan ni. Melenting pula budak tu nanti. Dengan Jojie yang dia dah kenal dari kecil pun dia tak nak ini kan pulak dengan orang yang dia langsung tak kenal.”

“Yelah. Dah saya nak ke pejabat ni. Dah lambat dah ni.” Balas Tan Sri Abdullah sambil berlalu pergi meninggalkan meja makan.

BAB 8:

“Yang kau tersengih-sengih, tersenyum-senyum sorang-sorang tu kenapa?” Soal Haikal kepada Razlan. Dia meneguk jus oren di hadapannya dengan rakus. Habis segelas jus diminumnya dengan sekali nafas sahaja. Terasa kering tekaknya kerana bercerita dengan Razlan hampir sejam perihal cadangan orang tuanya itu. Semunya diceritakan kepada Razlan termasuk keenganannya untuk memperisterikan Jojie si kucing parsi. Pelik Haikal melihat tingkah teman baiknya itu. Orang lagi ditimpa musibah tapi dia masih lagi boleh tersenyum. “Wei, kau dengar tak apa yang aku cerita kat kau?”

“Dengarlah.” Balas Razlan dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibirnya. Pelik! Memang pelik kawan aku ni. Dah dengar dah masalah aku dari A to Z tapi masih boleh dok tersenyum sorang-sorang. Dah kena sawan senyum ke si Razlan ni? Omel Haikal sendirian di dalam hati. “Dah tu, yang kau senyum sorang-sorang tu kenapa?” Soal Haikal tidak puas hati.

Razlan tidak menjawab soalan yang diajukan oleh Haikal. Sebaliknya, dia pula yang mengemukakan soalan lain kepada Haikal. ” Kau dah habis bercerita ke?” Soalan itu tidak di jawab oleh Haikal. Hanya anggukan kepala sahaja yang diterima oleh Razlan sebagai jawapan. “Aku nak cakap sikit tapi kau jangan marah aku pula. Tapi sebelum tu aku nak minta izin kau sebab aku nak….” Belum sempat Razlan menghabiskan kata-katanya itu, dia telah ketawa terlebih dahulu. Terburai sudah tawa yang disimpan sejak tadi. Bunyi ketawa Razlan yang agak kuat itu telah menarik perhatian beberapa pengunjung lain yang turut berada di café tersebut pada waktu itu. Meja mereka menjadi perhatian. Haikal hanya mampu melemparkan senyuman plastik kepada pengunjung lain. Dia menyiku Razlan. Razlan tetap tayang wajah slumber. “Wei dah lah tu. Tak payahlah kau nak gelakkan aku sampai macam tu sekali. Orang tengoklah. Malulah aku.” Ujar Haikal.

“Ok,ok,ok.” Razlan menarik nafas dalam-dalam untuk menghilangkan rasa geli hatinya terhadap musibah yang menimpa Haikal. Mengah perutnya menahan gelak sepanjang Haikal bercerita kepadanya tadi dan akhirnya dia tergelak juga kerana sudah tidak mampu bertahan dengan berita lucu yang di bawa Haikal. Razlan memandang ke hadapan, ke wajah Haikal. Demi melihat sahaja wajah Haikal secara automatik Razlan melepaskan tawanya lagi.

“Hahaha. Hahaha. Hahaha.” Meja mereka menjadi tumpuan beberapa pasang mata lagi. Wajah Haikal mula berona merah menahan malu. “Apa yang lawaknya?” Soal Haikal geram kerana diketawakan oleh Razlan. “Kejap. Bagi aku lima minit untuk hilangkan rasa gelihati aku ni.” Balas Razlan dengan suara yang tersekat-sekat kerana menahan gelaknya. Terasa megah perutnya.

Lima minit berlalu. Razlan meneguk minumannya dengan senyuman yang masih terukir di bibir. Gila! Ni memang kes gila! Bisik hati kecil Razlan. “Dah puas dah kau gelakkan aku?” Soal Haikal geram. “Tu yang kau senyum-senyum lagi tu kenapa pula? Kalau aku tahu kau akan gelakkan aku sampai macam ni sekali, sumpah aku tak akan cerita kat kau masalah aku.”

“Macam manalah aku tak gelakkan kau. Kau jumpa aku pagi-pagi buta then cerita hal macam ni kat aku. Kau ni sejak bila pulak tukar profesyen jadi pelawak antarabangsa?” Ujar Razlan sambil cuba untuk meredakan tawanya.

“Hah! Ketawalah, ketawalah lagi. Ketawa sampai kau puas.” Bentak Haikal. “Sorrylah bro. Kau pun pagi-pagi bawa cerita lawak macam ni jumpa aku. Ni joke of the year ke?”

“Aku seriuslah, tak main-main tau. Kau tengok muka aku ni ada macam orang tengah buat lawak ke?” Soal Haikal. “Adalah sikit macam muka Charlie Champlin.” Balas Razlan.

“Razlan!” Bentak Haikal sambil mengajukan buku limanya kepada Razlan. “Wo! Relaxlah bro.” Ujar Razlan sambil menepis buku lima Haikal yang diajukan kepadanya. “Berat betul kes kau ni. Aku ingatkan zaman sekarang yang dah maju ni, dah tak ada kes kahwin paksa. Rupa-rupanya ada lagi.”

“Tau tak apa.”

“Dan dalam banyak-banyak kawan aku, aku tak sangka yang kau akan jadi mangsa kahwin paksa. Kau bayangkan bila Irzani Haikal Tan Sri Abdullah, the most elegable bachelor in KL kena kahwin paksa and then benda ni jadi tajuk muka depan majalah Bizweek. Kau boleh bayangkan tak? Aku berani kerat jarilah, gempak punya satu KL. Alamatnya ramailah anak-anak dara kat KL ni terpaksa gigit jari and berputih mata sebab kempunan nak kahwin dengan kau. Maklumlah kau tu kan jejaka idaman Malaya.”

“Kau ni nak tolong aku ke nak perli aku? Aku jumpa kau sebab aku nak minta tolong kau fikirkan jalan untuk settlekan benda ni bukannya nak dengar kau perli-perli aku.”

“Aku sendiri pun tak tahu nak tolong kau macam mana. Kalau masalah macam hal office ke bolehlah aku tolong. Tapi kalau bab-bab nikah kahwin ni, sorry bro. Aku rasa aku tak mampu nak tolong kau. Kau pun tahukan, aku sendiri pun fail bab-bab hal rumahtangga ni. Karang tak pasal-pasal aku bagi ajaran sesat kat kau lagi haru jadinya.”

“Takkan kau tak ada idea langsung? Please…..tolonglah fikirkan something untuk aku.” Rayu Haikal. Razlan mengaru kepalanya yang tidak gatal sambil ligat memikirkan jalan penyelesaian untuk teman baiknya itu.

“Kenapa kau tak nak kahwin dengan Jojie?” Soal Razlan tiba-tiba. “Mesti ada sebabkan.” Tambahnya lagi. “Aku tak sedia lagi nak settle down, nak ada komitmen dan nak ada tanggungjawab. Dan yang paling penting aku tak suka Jojie, meluat pun ada aku tengok si kucing parsi tak siap tu. Terliuk sana terlentuk sini macam orang tak ada tulang. Tergesel-gesel. Semua jantan dia layan. Pleaselah, perempuan macam tu nak suruh aku buat bini.”

“Tapi bukan ke taste kau memang perempuan macam tu. Yang manja, yang mengoda and yang seksi. Semua girlfriends kau kan lebih kurang macam Jojie jugak. Body dia pun ok, mantap lagi.” Ujar Razlan sambil kedua-dua tanganya menunjukkan isyarat thumbs up.

“Nama pun girlfriends. Aku suka-suka je dengan diarang tu bukannya serius pun. Dah pakai, buanglah. Buat apa aku nak simpan lama-lama. Buat semak kepala otak aku je. Lagipun perempuan macam diarang tu bersepah. Takkanlah aku nak kahwin dengan perempuan macam tu. Yang jenis satu badan kalau boleh dia nak tayang kat orang.”

“Habis tu kau nak perempuan macam mana?” Soal Razlan lagi ingin tahu.

Haikal diam seketika. Memikirkan ciri-ciri gadis idamannya. “Wei, aku tanya kau ni.” Ujar Razlan lagi. “Kejaplah aku tengah mengambarkannya ni. Hah! Kalau boleh aku nak yang manis, sopan santun. Tak nak yang terdedah sana, terdedah sini. Kalau boleh aku nak yang pakai tudung. Kiranya yang tutup semua dari atas sampai ke bawah.” Jelas Haikal sambil memejamkan matanya untuk mengambarkan ciri gadis idamannya itu.

“Pi….rah. Perangai mengalahkan anak jin aprit tapi ada hati nak kahwin dengan perempuan yang macam malaikat. Hoi kawan, dalam mimpi bolehlah! Dalam dunia reality, tak payahlah nak berangan.” Tempelak Razlan.

“Asal pula tak boleh?” Soal Haikal tak puas hati.

“Kalau kau nak perempuan macam tu, kau kena jadi kaki surau, kaki masjid barulah boleh kau nak jumpa perempuan yang baik, yang sopan-santun, yang pakai tudung.Kalau kerja kau asyik pergi clubbing, disko, pub dengan entah apa-apa lagi tu. Jangan haraplah kau boleh kenal dengan dengan perempuan yang macam tu. Akal ada ke?”

“Ye ke?”

“Apalah bengap kawan aku ni. Cuba kau tengok perempuan-perempuan yang kau jumpa dekat club tu ada ke yang pakai tudung? Tak ada kan. Tu tandanya diarang tak pergi tempat-tempat macam tu. Ada faham. Aku musykillah dengan kau ni.”

“Kenapa?”

“Kenapa kau nak perempuan macam tu? Yelah maksud aku, nanti you all boleh ngam ke? Boleh satu kepala? Nanti tak pasal-pasal hari ni kahwin, esok kau dah cerai.”

“Sebab perempuan macam tu dia jaga semua hak bakal suaminya. Hak exclusive tu bro, so aku nak lah hak exclusive tu. Apa barang kalau kahwin dengan perempuan-perempuan yang selalu kita jumpa kat club tu. Apa yang aku dapat, orang lain pun dapat. Apa yang aku nampak, orang lain pun nampak. Tak ada keistimewaan langsung. Ada faham?”

“So….kau nak yang virginlah ni.Tapi macamlah kau tu still…..ops! Your future wife is coming.” Ujar Razlan sambil menjuihkan bibirnya kepada Jojie yang sedang menuju ke arah mereka. Haikal menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Razlan. Dengan memakai dress sendat paras paha, Jojie menghayunkan langkahnya yang ala-ala model sedang melakukan catwalk ke meja yang diduduki oleh Haikal dan Razlan. Beberapa pasang mata gatal ralit memerhatikan persona tubuh Jojie. Gulp! Gulp! Gulp! Masing-masing menelan air liur. Siapalah yang tidak tergoda melihat susuk tubuh Jojie dengan pakaian yang agak menjolok mata itu.

“Good morning gentlemen.” Sapa Jojie sebaik sahaja sampai ke meja Haikal dan Razlan. Razlan hanya tersenyum mendengar sapaan itu manakala Haikal tayang muka bengang. Rosak sudah moodnya pagi-pagi kalau perlu berhadapan dengan si kucing parsi tak siap ni. Ya! Si kucing parsi tak siap. Itulah gelaran yang di beri oleh Haikal kepada Jojie sejak mereka di sekolah menengah lagi. Jojie perasan perubahan riak wajah Haikal, lelaki yang selama ini menjadi pujaan hatinya.

“My dear Haikal, kenapa ni? Awal pagi you dah buat muka masam kat I. You tahu tak you buat muka macam ni sama maksudnya dengan you guris hati dan perasaan I.” Ujar Jojie dengan suara yang lunak mengoda sambil mengurut-ngurut bahu Haikal.

“Take your hand off from me!” Bentak Haikal sambil cuba menepis tangan Jojie yang kini liar menjalar di bahunya. “Kenapa dengan you ni? I just nak urut you je.” Balas Jojie.

“Kita ni kat tempat public. You tak malu ke tergedik-gedik kat tempat awam. Malu tau orang tengok. In fact now, kita kat Malaysia bukannya kat England. So, please behave yourself!”

“Biarlah orang tengok. Patutnya you berbangga tau dapat berdampingan dengan I. Semua orang nak berdampingan dengan I tapi I nak you seorang je, darling.” Ujar Jojie sambil tangannya mengelus lembut wajah tampan Haikal. Haikal menepis tangan Jojie. Rimas dia diperlakukan begitu. Oh god! Kenapalah ada manusia macam ni kat atas muka bumi ni. Detik hati kecil Haikal. Razlan yang menjadi penonton setia siaran drama tak berbayar itu hanya mampu mengukir senyum.

Jojie meletakkan tas tangannya di atas kerusi kosong bersebelahan dengan Haikal. “If you don’t mind, may I join you all here.” Pinta Jojie.

Haikal diam seribu bahasa. Malas dia nak melayan perangai gedik si Jojie. “It’s be my pleasure young lady.” Balas Razlan. Haikal memalingkan mukanya menghadap Razlan. Terkejut dengan persetujuan Razlan. Dia menghantar isyarat bantahan melalui pandangan matanya. Razlan hanya menjungkitkan keningnya. Haikal membesarkan bola matanya kepada Razlan, menatap jauh ke dalam kornea mata Razlan. Razlan terasa seperti ada getaran elektrik di sebalik pandangan Haikal namun dia tetap buat muka orang tak bersalah.

Jojie membalas persetujuan itu dengan mengukir senyuman yang paling menawan. Yang boleh mencairkan hati semua lelaki tapi bukan hati seorang lelaki yang bernama Haikal. Haikal memang terkenal dengan perangai kasanovanya di kalangan teman-teman seangkatan mereka. Dia seorang player yang hebat. Tetapi ada satu keistimewaan mengenai Haikal. Haikal tidak seperti kasanova yang lain. Dia tidak pernah membawa temannya ke ranjang. Tidak pernah sekalipun. Itu pengakuan jujur yang datang dari mulut gadis-gadis yang pernah menjalinkan hubungan dengan player hebat itu. Mereka tidak pernah di bawa ke ranjang. Mereka hanya dilimpahkan kemewahan dan ditaburkan wang oleh Haikal. Atas dasar itulah, Jojie bersama beberapa teman dekatnya yang lain bertaruh. Bertaruh untuk melihat sejauh mana Haikal dapat menahan godaanya. Jojie tanpa rasa segan silu menawarkan dirinya untuk mengoda Haikal, tambahan pula dia memang sudah lama mencintai pemuda itu. Pertaruhan itu bertambah menarik apabila Jojie sanggup mengoda Haikal sehingga Haikal mahu berkahwinnya dengannya dan sebagai imbalan, teman-temannya perlu membayarnya sebanyak sepuluh ribu ringgit.

Sebenarnya bukan wang pertaruhan itu yang menjadi matlamat utamanya sebaliknya memiliki dan berkahwin dengan Haikal adalah matlamatnya. Jojie perlu melakukan itu demi menebus kembali maruahnya yang tercalar gara-gara Haikal terang-terangan menolak cintanya di khayalak umum sewaktu mereka masih belajar di universiti. Tambahan pula, keluarga Jojie sendiri memang sangat berharap agar dia dapat disatukan dengan Haikal. Jojie tahu papanya ada agendanya sendiri terhadap perkahwinannya dengan Haikal iaitu untuk menguasai perniagaan keluarga Haikal.

“You are so nice Razlan sebab sudi bagi I join you all kat sini. Tak macam kawan baik you ni. Asyik nak menyinga je dengan I.” Ucap Jojie sambil matanya melirik manja ke arah Haikal.

“Dia bangun dari bantal yang salah agaknya pagi tadi.” Seloroh Razlan lalu bangun untuk menarik kerusi yang berisi tas tangan Jojie untuk didudukinya. Huh! Haikal mendengus kasar. Meluat pula melihat drama Razlan dan Jojie di hadapannya. Kerusi yang ditarik oleh Razlan hanya dipandang sepi oleh Jojie. “Thanks Razlan but no thanks.” Ucap Jojie sebelum di melabuhkan punggungnya di atas paha Haikal. Haikal yang terperanjat dengan tindakan drastik Jojie itu segera bangun dan menyebabkan Jojie jatuh terduduk di atas lantai. Tercenggang Razlan melihat tindakan spontan Haikal yang sungguh tidak disangkanya sama sekali.

“Auch! Sakitnya!” Adu Jojie sambil cuba untuk bangun. “How dare you Haikal!” Bentaknya. “I ingat apa yang you buat dekat I hari ni sampai bila-bila.” Sambungnya lagi.

“Baguslah kalau you boleh ingat benda ni sampai bila-bila. So, ianya boleh jadi pengajaran pada you kalau you nak bertindak kurang sopan lagi dengan I. Simpan elok-elok dalam arkib negara dan catatnya sebagai hari ini dalam sejarah. Once again, keep it nicely in your mind so that you boleh cerita dekat anak cucu you pasal perbuatan memalukan you hari ni.”

“You!” Jojie menuding jari telunjuknya tepat ke muka Haikal. Dadanya berombak menahan amarah di dada. Hilang semua sifat lembutnya tadi.

“What?” Haikal melangkah setapak ke hadapan merapati Jojie. Kini jarak antara mereka hanya kira-kira seinci. Haikal yang jauh lebih tinggi daripada Jojie telah memaksa Jojie untuk mendonggak ke atas untuk menatap wajah lelaki itu. Haikal membutangkan matanya. Jojie tidak mahu mengaku kalah. Bukan sifatnya untuk mengaku kalah dengan lelaki apatah lagi dengan seseorang yang dengan sengaja mencambah api kemarahanya. Jojie membesarkan anak matanya untuk menentang pandangan maut dari Haikal. Razlan yang berada di situ terkesima, kaku sebentar di tempatnya. Dia tidak tahu harus melakukan apa untuk meleraikan dua makhluk ciptaan Allah di hadapannya. Tersalah langkah, takut lain pula jadinya nanti.

“Kalau you ingat I macam kebanyakkan lelaki lain di luar sana tu, yang akan tergoda dengan you, you memang silap besar. Ya! I mengaku I ni playboy, player, kasanova and whatever gelaran yang you all nak bagi dekat I. Tapi playboy macam I pun ada taste dan taste I bukan perempuan parasit macam you! Dasar kucing parsi tak siap!” Bentak Haikal sebelum berlalu pergi meninggalkan Jojie di disitu.

“Haikal!!!!!!” Teriak Jojie namun jeritan itu langsung tidak diendahkan oleh Haikal. “Jojie, I’m so sorry on behave of my friend.” Ucap Razlan. “You go, just go!” Bentak Jojie. Dengan niat untuk tidak memanjang kes ini, Razlan mengambil keputusan untuk meninggalkan café itu walaupun sedikit sebanyak hatinya turut terguris dengan perlakuan biadap Jojie terhadapnya. Seumur hidupnya belum pernah sekalipun dia dibentak sekeras itu apalagi dengan seorang wanita. Sekarang baru dia mengerti kenapa Haikal tidak mahu memperisterikan Jojie. Dengan sikap seperti itu jangan katakan Haikal, lelaki lain pun belum tentu sanggup untuk memperisterikannya. Hanya lelaki yang kurang kewarasan akalnya yang sanggup mengali kubur sendiri untuk memperisterikan wanita seperti Jojie.

Nun jauh di kejauhan, di sebalik sebuah pasu antik yang menghiasi café itu terdapat sepasang mata yang setia menonton semua babak lakonan Haikal dan Jojie. Memang Haikal seorang kaki perempuan yang sering mengusung perempuan ke sana ke mari namun Haikal tidak seburuk yang disangkanya. Diberinya Haikal satu mata tambahan.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Kaki Novel"      "Penerbit Fajar Pakeer"