Novel : Love 8

2 September 2010  
Kategori: Novel

1,395 bacaan Jom bagi ulasan

Oleh : shina

Bab 8

“Saya Jasmine dan saya merupakan ketua bahagiaan Research & Development yang juga merangkap penyelia awak sepanjang 4 bulan awak berada di sini,”ujar Puan Jasmine sambil memandang ke arah Tengku Alisha Arieynaa yang kelihatan agak gugup.Tengku Alisha mengangguk tanda faham.

“Anim akan menunjukkan tempat awak serta akan menerangkan apa tugas kamu untuk hari ini.”sambung Puan Jasmine lagi.Sekali lagi Tengku Alisha mengangguk.Dia turut menoleh ke arah seorang gadis yang berdiri di sudut kanan pejabat yang sederhana besar itu. Tidak tahu mengapa mulutnya berat semacam.Nervous barangkali.Maklumlah pertama kali berkerja walaupun hanya menjalani latihan praktikal namun ia turut menyebabkan hati ini berdebar-debar.First impressionnya terhadap Puan Jasmine adalah seorang yang serious,kalau produktivitinya tidak mencapai tahap standard Puan Jasmine, tentu laporan penilaiannya teruk.Namun bak kata orang putih ‘ Don’t judge a book by its cover’ ,eh nak berfalsafah pula aku ni.

“Kalau tak ada apa-apa soalan lagi,Anim,tolong bawa Cik Alisha ke tempatnya,”wah,pertama kali dengar orang panggil diriku ini Cik.Aku tersenyum sendiri.Mungkin pihak kolej yang menghantar aku dan Mirza ke sini memandangkan tiada sebarang persoalan mengenai nama serta kewarganegaraanya. Jadi itu memudahkan lagi kerjaku. Cik yang bernama Anim itu mengangguk lantas aku berdiri dan mengikuti Cik Anim untuk ke mejaku.

“Ini meja awak,dan meja saya ada dihadapan sana.Kalau awak ada apa-apa masalah boleh tanya saya.Nanti saya akan bagi fail-fail yang perlu awak kemaskinikan berkaitan dengan pelanggan-pelanggan DNI Coorporation di luar negara.” ujar Cik Anim. “Sebelum itu,saya nak minta awak tolong hantarkan fail ke bahagian corporate”sambung Cik Anim lagi. Dari gayanya,Alisha berpendapat yang Cik Anim itu sudah berkahwin namun masih dalam lingkungan umur tak sampai 30.Aku mengangguk tanda faham.Cik Anim itu dilihatnya ingin berlalu.

“Err..Cik..”panggilku

“Panggil kak Anim sudah,”jawabnya mesra.Aku tersenyum.Ternyata panggilan kakak itu dapat memberikan sedikit kelegaan dalam hatiku.

“Kak Anim,boleh saya tanya di mana rest room?”tanyaku perlahan rasa gugup sebentar tadi menyebabkan rasa nak terkucil.Kak Anim dilihatnya tersenyum.

“Nervous lagi ke?tak apa,akak dulu pun macam itu.Awak keluar dari pintu itu then belok kanan.Dia dekat-dekat dengan area lif,”terang Kak Anim sambil tangannya menunjukkan ke arah pintu. Aku tersengih apabila terdengar perkataan ‘nervous’.

“Owh…okey”jawabku lantas meminta diri.

***********

“Selamat pagi Tuan”ucap pengawal yang sedia berdiri di hadapan pintu utama bangunan DNI Coopration sebaik sahaja terlihat kelibat Tengku Aqeef Darwisy.Tengku Aqeef mengangguk.Dia sengaja memandu kereta sendiri daripada datang bersama papanya.Bondanya hanya akan datang apabila diperlukan sahaja memandangkan Bondanya hanyalah pemegang saham.Kalau tidak di ugut oleh Papanya,jangan harap dia nak pijak lantai bangunan ini.

Tengku Aqeef menanti lif di ruang lobi utama.Beberapa pekerja yang turut hendak menaiki lif mengucapkan selamat pagi kepadanya.Sekali lagi dia hanya mengangguk,malas untuk menjawab ucapan tersebut.Dia turut terdengar bisikan kecil mengatakan ‘handsomenya dia’ dari beberapa pekerja wanita namun prinsipnya dia tak akan menjalinkan hubungan dengan pekerja syarikat Papanya sendiri.

Dia menaiki lif tersebut apabila lif itu tiba ground floor lantas menekan punat 24.Sebaik sahaja tiba di tingkat 15 pintu lif terbuka lalu kelihatan seorang gadis yang membawa fail yang begitu banyak sehinggakan menutupi sebahagian mukanya.

“24 please…”kedengaran suara gadis yang membelakanginya itu.Memandangkan nombor 24 sudah ditekan jadi seseorang sudah memberitahu kepada gadis itu.

“Nak saya tolong pegangkan separuh”kedengaran suara lain pula.

“Err..its okey,thanks”jawab gadis itu sambil cuba menundukkan kepalanya tanda dia respon ke atas permintaan orang tadi.Tengku Aqeef hanya menjadi pemerhati.Berlagak.Orang dah nak tolong bukan nak terima.Tunjuk kuatlah tu.Tengku Aqeef bermonolog sendirian.Dia dapat membau keharuman minyak wangi dari gadis itu kerana amat hampir dengannya.Gadis yang berseluar kelabu dan mengenakan kemeja biru itu keluar dari lif sebaik sahaja sampai ke tingkat yang ingin di tuju.Begitu juga Tengku Aqeef.

“Alamak ada nombor kod la pula”ujar Tengku Alisha apabila cuba menolak pintu kaca itu menggunakan kakinya.Namun tidak berhasil.Dia terpandangkan alat yang dapat membuka pintu tersebut,tetapi di sebabkan tangannya penuh dengan fail menyukarkan pergerakkannya.

Tengku Aqeef sedari tadi hanya melihat .Sengal budak ini. Sah-sah la pintu dikunci kalau tak buat apalah syarikat Papa aku ni nak habiskan duit semata-mata untuk perhiasan.Fikir Tengku Aqeef sebaik sahaja terpandangkan gadis tadi cuba menolak pintu kaca dengan menggunakan kakinya.

“Ishh…kebas tangan aku ni.”Alisha sudah berura-ura untuk meletakkan fail-fail tersebut di lantai.Sebaik sahaja dia berpusing untuk meletakkan fail,tanpa disedari dirinya sudah melanggar seseorang.Habis jatuh bertaburan fail-fail itu kelantai.Bergema bunyi yang terhasil akibat hempasan fail-fail tersebut.

“Yang you pergi pusing tu apahal!”marah satu suara.Tengku Alisha mengangkat wajahnya.Terkejut dia melihat wajah itu yang sedang menggosok-gosokkan lengannya yang mungkin terkena fail sewaktu berlanggar sebentar tadi.Apalah hutang dia dengan Mr Tenuk ni pada hayat yang lepas.Masakan tidak dalam masa sebulan sahaja beberapa kali terjadi pertemuan yang tidak disengajakan ini.Muka Tengku Aqeef juga seperti tidak percaya.

“Apa kau buat dekat sini?”tanya Tengku Alisha yang sedang memandang ke arah Tengku Aqeef yang kemas bersut itu.Pertama kali dia melihat Tengku Aqeef berpakaian sebegitu memandangkan sebelum ini lebih banyak kepada casual.

“Kau tu yang sepatutnya aku tanya”jawab Tengku Aqeef kembali angkuh.Tengku Alisha mengerutkan dahinya.Wah main kasar nampak.

“Tak payah nak main tarik tali dekat sini.Memandangkan soalan itu aku yang tanya dahulu,so tugas kau adalah jawab soalan aku”ujar Tengku Alisha sambil memeluk tubuh.Tengku Aqeef memandang wajah comel itu dengan penuh geram.Selalunya dia hanya akan berhubung dengan gadis-gadis tak lebih dari sebulan dan dia tak akan berjumpa dengan gadis-gadis tersebut selepas itu. Namun dengan gadis yang didepan matanya ini, sudah menjangkau beberapa bulan tanpa sebarang pertalian walaupun sahabat.Tengku Alisha tidak mahu mengalah cuba memberanikan diri membalas kembali renungan lelaki tersebut.

“Masa bila pula aku nak main tarik tali?.Ni office tahu tak!”sengaja Tengku Aqeef berkata begitu walaupun dia tahu apa maksud gadis itu.Seronok melihat wajah marah gadis itu.

“Alisha!”panggil satu suara.Lantas dia menoleh.

“Apa yang lama sangat?.Akak ingat Alisha sesat tadi.”ujar Kak Anim namun kemudiaannya mempamirkan muka pelik apabila melihat fail-fail yang bertaburan itu.

“Err..Kak Anim…”Alisha kehilangan kata-kata.Dia sendiri terlupa akan tugasnya itu apabila berdepan dengan Mr Tenuk ini.

“Kenapa Fail ni…”tak sempat dia menghabiskan ayatnya dia berhenti tatkala melihat wajah Tengku Aqeef.

“Selamat pagi Tengku,tak perasan pula Tengku ada di sini”ujar Kak Anim serba salah.Aku memandang pelik,bukan main formal pula Kak Anim bertutur dengan Tengku Aqeef.Padahal Kak Anim lagi tua pada Tengku Aqeef.

“Selamat pagi”jawab Tengku Aqeef pendek.Kalau diikutkankan hati malas dia nak jawab memandangkan seronok pula nak tunjuk kuasa dekat Mak cik gila itu dia jawabkan juga ucapan tersebut untuk menunjuk.Tak pernah dia rasa nak menang sampai begitu sekali.Hanya kerana gadis ini yang selalu buat dia geram sampai nak pecah kepala.

“Alisha,ini Tengku Aqeef anak kepada Pengarah syarikat ini,”ujar Kak Anim memperkenalkan status Tengku Aqeef yang sedari tadi tidak dijawab oleh Tengku Aqeef.

“What!?”Tengku Aqeef sudah tersenyum sinis.

“Takkan si Tenuk ni kerja dekat sini?”Tengku Alisha masih belum percaya.Bulat mata Kak Anim tatkala terdengar perkataan Tenuk keluar dari mulut Tengku Alisha.

“Alisha!”tegur Kak Anim. Kalau dulu ya Tengku Aqeef akan mengamuk apabila mendengar istilah ‘Tenuk’namun sekarang dia sudah mampu menanganinya.

“Maaf Tengku,Alisha baru hari ini mula practical di sini.Jadi dia tak tahu siapa Tengku,”Kak Anim cuba membetulkan kesilapan Tengku Alisha.

“Oh tidak mengapa, saya faham.”jawab Tengku Aqeef sambil memandang ke arah pekerjanya itu. Menyampah pula Tengku Alisha mendengar jawapan Tengku Aqeef. Baginya orang kaki perempuan ini bijak bermain dengan kata-kata. Kali ini Tengku Aqeef memandang pula ke arah Tengku Alisha.

“Jadi Alisha,I pasti you ada sesuatu nak cakapkan pada I,”ujar Tengku Aqeef bersahaja.Tiada lagi ‘aku’ atau ‘kau’. Tengku Alisha menarik muka masam.Tak guna punya lelaki,suka ambil kesempatan.Tengku Alisha mendengus.Dia risau Kak Anim akan melaporkan pada Puan Jasmine

“Err…saya… minta… ma..af Tengku.Saya tak sengaja nak langgar Tengku tadi,”payah Tengku Alisha untuk menuturkan perkataan itu.Dia menahan geram habis merah tangannya digenggam.Hampir ketawa Tengku Aqeef keseronokkan.Akhirnya dengar juga perkataan maaf keluar dari mulut gadis itu walau tanpa rela.Merah muka gadis itu dilihatnya. Perasaan geram Tengku Alisha dihantar melalui pandangan mata.Kak Anim sudah mula mengutip fail-fail tersebut.

“I forgive you.Bagus, pekerja macam inilah sesuai di ambil bekerja kerana sedar akan kesilapan sendiri. Next time,tak payah bawa fail banyak-banyak buat accident je”perli Tengku Aqeef sambil menghampiri pintu kaca itu lantas menekan-nekan punat di alat tersebut dan kemudian memasuki ruang pejabat tersebut apabila kedengaran bunyi ‘beep’.Tengku Alisha memandang geram.Dia dapat membayangkan kehidupan 4 bulannya di company tersebut.

“Saya nak berhentilah kak…bolehkan?”tanyaku lemah.Namun mataku tidak memandang ke arah Kak Anim.

“Ishh…merepeklah awak ni!”tergelak kecil Anim atas soalan kebudak-budakkan itu.Aku memandang Kak Anim.Aku sendiri dah tahu jawapannya.Kalau berhenti,habislah result aku!.Arghhh…jiwa kacau!.

“Kak Anim,maaf ya.Saya buat Kak Anim naik atas pula.Padahal hantar fail sahaja.”ujarku serba salah.Aku mengambil separuh dan separuh lagi pada Kak Anim.Kak Anim tersenyum.

“it’s ok lah.Tapi,Alisha macam dah pernah kenal je dengan Tengku Aqeef tu?”berkerut Kak Anim meminta kepastian.Aku tersenyum nipis.Cukuplah itu mewakili jawapanku.

************

Tengku Mahkota Aqiel Isyaraf Al-Muhaymin sedang berdiri menyandar pada tiang seri ruang tamu Zirconia sambil memerhatikan pemandangan indah The Royal Moissanite Garden. Taman buatan yang lengkap dengan kolam air pancut serta buaian dan juga gazebo .Taman ala-ala Inggeris itu dikatakan juga ilham dari Mamanya. Bahagian sayap selatan Istana Perdana ini boleh di katakan keseluruhan dindingnya adalah dari kaca. Dia telah mengarahkan agar tirai di ruang Zirconia ini sentiasa dibuka pada waktu siang agar ruang ini tidak terbiar. Tempat ini juga merupakan tempat kegemaran adinda Tengku Alisha. Jadi apabila dia terkenangkan adiknya itu,dia akan menghabiskan banyak masanya disini. Jarang tempat ini digunakan oleh kaum kerabatnya memandangkan ia terletak paling hujung di sayap selatan lagipun banyak lagi taman-taman di sayap-sayap lain yang lebih dekat buat apa mereka hendak menapak di Istana yang maha luas itu.

Tengku Isyaraf mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menelefon Adindanya,namun hasratnya dibatalkan sebaik sahaja teringat bahawa mungkin Adindanya sedang beradu,memandangkan perbezaan waktu jika di Eritreapura siang maka di Malaysia adalah malam.Dia sedang runsing sebenarnya kerana Ayahandanya sudah mula mencarikan jodoh untuknya. Dia sedar yang suatu hari nanti dia akan berkahwin juga namun memandangkan kerabat Di Raja akan berkahwin dalam usia yang muda berbanding rakyat biasa. Ini adalah untuk penyambungan pewaris. Dia memerlukan seseorang untuk mengurangkan kerunsingannya itu.Namun Adindanya nun jauh di Malaysia.

“Putera Isyaraf…”lembut kedengaran suara itu di telinganya. Dia menoleh. Nendanya sedang berdiri di tengah-tengah ruang Zirconia itu. Entah sudah berapa lama agaknya Nenda Maharani berdiri di situ. Dia membongkokkan sedikit tubuhnya dan menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat.

“Apa yang cucunda fikirkan itu?.Kerap sangat mengeluh.”tegur Nenda Zahira.Tengku Isyaraf menghampirinya dan membawa Nendanya duduk di sofa yang berhampiran.Dayang yang mengiringi Nendanya mengundurkan diri dan hanya menunggu di luar pintu utama ruang Zirconia.

“Sudah berapa lama Nenda memerhatikan cucunda?”Tengku Isyaraf cuba mengelakkan pertanyaan neneknya itu.Dia masih belum berbincang dengan Nendanya mengenai Adinda Tengku Alisha yang selama ini dirancang oleh Nendanya.Kalau dia tahu,tak adanya dia susah payah mengupah penyiasat sendirian. Nendanya hanya memberikan senyuman.Dia menarik tangan Tengku Isyaraf lalu dipegangnya lembut.Dia mengelus tangan cucunya itu.Dia tahu berat tanggungjawab yang bakal dipikul oleh cucu kesayangannya itu.

“Cuba ceritakan pada Nenda, Mungkin Nenda boleh meringankan beban cucunda,”ujar Maharani Zahira sambil memandang sayang cucundanya itu.Tengku Isyaraf cuba mencari kepastian,dia tahu Nendanya seorang yang boleh dipercayai.Hanya kedengaran hiasan batu crystal lampu chandelier yang berlaga sesama sendiri walaupun perlahan.Terasa sunyi Istana jika tiada apa-apa upacara.

“Perihal perkahwinan cucunda,Nenda…”ujar Tengku Isyaraf sambil mengeluh. “Cucunda masih belum bersedia.Kalau boleh cucunda ingin berkahwin dengan pilihan cucunda sendiri,”sambung Tengku Isyaraf sambil menundukkan wajahnya.Maharani Zahira berasa simpati terhadap cucunya yang memang ternyata hidup sudah diatur sejak lahir lagi.

“Putera…lihat Nenda..,”panggil Maharani Zahira .Tangan Tengku Isyaraf masih dipegangnya.Tengku Isyaraf mengikut seperti yang di suruh. “Nenda dan Ayahanda semuanya kahwin awal.Ini memang tradisi kita cucunda,kita tiada pilihan lain.Cuma kali ini caranya berbeza di mana wasiat mantan Maharaja inginkan pewaris Al-Muhaymin berkahwin dengan rakyat. Nenda percaya,melalui perkahwinan ini rakyat akan memberikan taat setia yang tidak berbelah bahagi.”sambung Maharani Zahira lagi.Tengku Isyaraf mengeluh berat.Dia bangun dan berjalan kea rah tiang seri yang disandarnya seawal tadi.

“Ini perkahwinan politik namanya,cucunda juga manusia biasa”jawab Tengku Isyaraf lemah .Matanya memerhati buaian emas yang berukir yang dulunya sering dinaikki oleh Tengku Alisha.Sekurang-kurangnya Ayahandanya dapat berkahwin dengan wanita yang dicintainya iaitu Mama.Maharani Tengku Zahira tersenyum nipis.Dia tahu apa yang bermain di pemikiran pemuda itu.

“Tidak.Cucunda bukan manusia biasa.Cucunda adalah pewaris kerajaan Eritreapura dan memang sudah termaktub sejak cucunda dilahirkan. Tidak semua perkahwinan yang diatur tidak bahagia cucunda. Lihat sahaja Nenda, Nenda amat menyintai Almarhum suami Nenda walaupun dia sudah tiada lagi di dunia ini. Sebab itu,Nenda masih tidak berkahwin lain!,”meletus ketawa dari Tengku Isyaraf tatkala terdengar ayat terakhir dari Nendanya.Kalau ya pun Nendanya hendak berkahwin,siapa yang mahukannya.Usia yang hampir menjangkau 70 tahun namun masih sihat tubuh badan.Melainkan lelaki itu gilakan harta dan darjat. Dia tahu Nendanya hendak menggembirakan hatinya.Namun kesan itu hanya sementara.

‘Argghh! Aku perlukan Adinda Alisha!’jeritnya dalam hati.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Kaki Novel"      "Penerbit Fajar Pakeer"