Novel : Love After Married 9, 10

3 September 2010  
Kategori: Novel

3,761 bacaan 7 ulasan

Oleh : 4z

9-

“Azie, aku rindu kau la.” Memang aku betul-betul sangat rindukan dia. Malam itu sengaja aku menghubungi sahabat baik aku yang seorang ini.

“Ye la tu. Ni mesti ada apa-apa ni?” Azie di hujung talian mula mengusik aku.

“Isyh, kau ni. aku rindu betul-betul la kat kau. Kau tak percaya ke?”

“Ye la, aku percaya. Kau sihat? Abang Adam kau?” Azie masih lagi dengan gurauan dia. Aku pula macam cacing kepanasan bila nama Adam disebut. Kalau la Azie tahu perkara yang bakal aku cerita ini, mesti Azie tak akan menyebut nama Adam ketika ini.

“Aku sihat je. Azie, aku kena kahwin cuti sem ni.” Aku terus memberitahu perkara sebenar tanpa perlu dengan bahasa yang berbunga-bunga. Senang dan mudah untuk difahami. Sebenarnya aku teringin nak tengok muka dia masa aku beritahu tentang ini.

“Tak lawak la Cik Ain oi.” Aku dah agak, memang Azie tak akan percaya.

“Sekarang ni mama aku tengah sibuk uruskan majlis perkahwinan aku. Tarikh pun dah ada. Kad jemputan pun dah ditempah.”

“Kau tak main-main la ni?”

“Azie, benda macam ni mana boleh main-main. Azie, aku tak bersedia lagi la. Aku kan muda lagi. Nak jaga diri sendiri pun tak lepas. Ni nak kena jaga laki pula lepas ni. Aku pun tak tahu apa akan jadi dengan aku lepas ni.” Aku mula mengadu nasib pada Azie. Hanya Azie saja yang memahami apa yang aku rasa di saat ini. Rasanya kalau dia ada di depan aku, mesti aku sudah menangis di depannya.

“Em, habis tu kau macam mana? Kau setuju ke?” Tanya Azie di hujung talian. Mungkin dia sudah mengerti apa yang aku rasa ketika ini.

“Entah la. Aku serba salah. Kalau ikutkan akal aku yang waras ni, memang aku tak setuju langsung. Tapi, aku tak sampai hati nak hampakan harapan mama aku tu.”

Memang antara sebab aku terima keputusan ini pun sebab mama. Aku memang tidak sampai hati nak kecewakan mama. Aku tak nak mama marah pada aku. Aku tahu mama cuma mahukan yang terbaik untuk aku. Dan aku sebagai anak, apa pula alasan yang boleh aku berikan semata-mata mahu menolak segala-galanya yang telah dirancang ini.

“Ain, ni soal masa depan kau. Kalau kau tak setuju, kenapa kau nak setuju dengan semua ni? Kau ada hak juga nak tentukan hidup kau. Kau boleh hentikan semua ni selagi semua ini tak berlangsung lagi.” Azie cuba menasihati aku dengan apa yang dirasakan yang terbaik untuk aku.

“Entah la Azie. Aku betul-betul runsing ni. Aku tak tahu nak buat apa lagi. Aku tak sampai hati nak hancurkan apa yang dah mereka semua rancang. Aku dapat bayangkan kalau aku hentikan semua ini, mesti mama sangat-sangat kecewa dan sedih. Dia memang berharap sangat aku dapat kahwin dengan Adam. Kalau ini yang dapat bahagiakan mereka, aku rasa tak salah kalau aku teruskan juga.” Panjang lebar aku menerangkan pada Azie. Mesti Azie sangat faham apa yang sedang aku fikirkan ketika ini.

“Em, kalau kau dah cakap macam tu. Terpulang la pada kau tapi aku nak kau tahu, sebagai kawan, aku akan sentiasa menyokong apa yang kau buat.”

“Thank you Azie. Kau janji ye akan sentiasa menyokong aku walau apapun yang terjadi ye.”

“Isyh, apa cakap macam tu. Tak kan jadi apa-apa la. Semuanya akan okey. Kau jangan la fikir sangat ye. Aku doakan semuanya akan jadi baik-baik.”

Azie menjalankan tugasnya sebagai seorang kawan. Aku sangat terharu ada kawan yang sanggup mendengar segala rintihan aku di kala aku susah dan senang. Memang itu pun gunanya kawan.

Perbualan kami hari itu panjang lebar. Azie bercerita tentang kehidupannya di kampus. Seronok mendengar celotehnya ketika itu. Dia memang suka bercerita. Ada sahaja cerita yang mahu dia kongsikan dengan aku. Aku pula suka melayan apa yang dia cakap. Sesekali aku ketawa bila gurauannya mencuit hati aku. Macam-macam Azie ni.

Untuk seketika aku lupa pada masalah yang sedang aku lalui ketika ini. Kehadiran Azie ketika ini walaupun hanya dalam telefon tapi memberi kesan yang positif dalam hidup aku. Hampir satu jam kami berbual. Langsung tidak ingat pada masa yang bergerak laju. Dan aku juga hampir lupa untuk menemani Laila ke cafe untuk makan. Nasib baik Laila tidak terasa hati dengan aku. Aku bersyukur mempunyai kawan-kawan yang sangat memahami aku.

Malam itu selepas solat maghrib, Laila mengajak aku menemani dia ke library. Katanya mahu mencari bahan untuk assignment. Aku ikut saja. Tambahan pula, aku sendiri perlu mencari beberapa buah buku rujukan untuk assignment aku yang makin banyak ini. Kami hanya bercadang mahu meminjam buku. Bukan untuk study di sana. Memang itu lah yang sepatutnya. Sebab hari pun sudah malam. Lagipun banyak kerja yang kami perlu lakukan di kolej.

Selesai kami meminjam buku, kami bergegas mahu pulang. Hujan mula turun ketika ini. Lebat. Aku kira kalau kami tetap redah dalam keadaan begini, tentu basah lencun kami. Akhirnya kami membuat keputusan untuk berteduh dulu sementara menanti hujan berhenti. Tapi aku rasa macam lambat je hujan ni nak berhenti. Entah-entah sampai siang kami terpaksa menetap di sini. Mati la. Dah la banyak lagi kerja yang tak buat. Aku mula risau. Tambahan pula esok dah kena hantar assignment kat Doktor Raihana. Memang la dah siap, tapi aku perlu menyemak untuk kali terakhir. Esok pagi-pagi lagi dah nak hantar. Kalau macam ni la gayanya hujan turun, memang kena berkampung dekat sini juga la. Tak nak!!! Aku nak balik juga. Basah pun basah la.

“Ain… Laila… Korang pun ada kat sini.” Kami berpaling serentak. Rul tersengih pada kami.

“Eh, Rul. Kau pun ada. Kenapa tak nampak pun kat dalam tadi?” Laila bertanya. Aku juga pelik. Rasanya tak nampak pula dia tadi.

“Oh, aku kat tingkat tiga tadi. Study…”

“Kau ni rajin macam dulu juga ye,” aku mula bersikap biasa. Dia tersenyum.

“Aku memang rajin. Baru tau ke?” Rul juga bersikap selamba. Aku lega.

“Aku tahu.”

Akhirnya Rul menghantar kami pulang ke kolej. Hati aku mula lega. Lega kerana aku akan dapat mengemaskini assignment aku. Di dalam kereta, Laila yang lebih banyak berborak dengan Rul. Aku hanya diam. Hanya sesekali aku menyampuk perbualan mereka.

“Apasal kawan kita sorang tu diam je dari tadi? Teringat buah hati jantung pisang ke?”

Muka aku terasa panas. Terasa seperti disimbah dengan air panas. Aku dapat rasakan ketika ini mereka berdua sedang memandang ke arah aku.

“Mana ada aku ingatkan sape-sape la. Aku tengah susah hati ni ingat assignment yang kena hantar esok. Kau orang pun tau kan pensyarah aku tu jenis yang macam mana.” Balas aku cuba mempertahankan diri.

“Silap hari bulan kena reject lagi assignment aku.” Sambung aku lagi.

“Macam aku.” Rul menyampuk.

“Macam kau?” Laila menyoal pelik.

“Em… Kisah lama, biar la.”

Hati aku mula tidak sedap. Entah mengapa ketika ini aku rasa kolej aku begitu jauh sekali. Lambatnya sampai. Hati aku makin tidak senang. Aku harap cukuplah sampai di situ saja kata-kata Rul tadi. Tak sanggup rasanya nak dengar ayat seterusnya dari dia.

“Thank you Rul.” Akhirnya sampai juga di kolej kesayangan aku ini. Tak sabar rasanya nak masuk ke dalam bilik. Sejak bila la aku rasa kekok sangat-sangat bila berhadapan dengan Rul ni? Em, entah la.

“Welcome. Kalau ada apa-apa, call je la. Anytime. Anywhere.”

Aku hanya mampu senyum. Tak mungkin rasanya. Kalau dulu, mungkin ya. Tapi sekarang keadaan dah banyak berubah. Aku tengok Rul juga senyum. Dah lama tak tengok dia senyum.

“Kau bahagia ke sekarang Rul?” Alahai, lajunya mulut aku ni. Terlajak perahu boleh diundur, terlanjak kata-kata… Tanggung la sendiri Cik Ain nasuha oi…

“Kau bahagia?” Rul tanya aku balik. Alamak, nak jawab apa ni? Aku tengah bahagia ke sekarang ni?

“Bahagia. Macam yang kau tengok sekarang.”

“Kalau kau bahagia, aku pun bahagia.”

Em, lain macam je ayat Rul ni. Aku rasa sudah sampai masa untuk aku mengundur diri.

“Aku rasa nak naik dulu la. Terima kasih sekali lagi ye.” Kaki aku mula mengatur langkah. Tak sanggup rasanya mahu lama-lama di situ. Dah lah si Laila awal-awal lagi tinggalkan aku dengan Rul kat bawah ni. Ada ke patut? Siap la Laila sekejap lagi dengan aku.

“Ain…”

Sekilas aku memandangnya. Ada apa lagi ni Rul?

“Take care.”

Aku pandang Rul. Dia masih lagi tersenyum. Entah mengapa saat ini aku rasa sangat bahagia melihat senyuman dia. Sebenarnya, aku juga harap dia bahagia sangat. Bahagia dengan siapa yang aku harapkan? Entah la. Rasanya tak sanggup nak lihat dia dengan orang lain. Tapi aku nak sangat tengok dia bahagia. Em, pelik betul perasaan aku ni. Tapi itulah hakikakatnya.

-10-

Orang kata dalam hidup ini mesti ada pengorbanan. Ya, pengorbanan untuk satu kebahagiaan. Walaupun bukan untuk diri sendiri tapi kadang-kadang pengorbanan yang kita buat juga boleh membahagiakan orang lain. Contohnya, kita korbankan sedikit wang ringgit kita untuk disedekahkan kepada orang-orang miskin atau pada anak-anak yatim, aku yakin dengan sumbangan ini pasti dapat membahagiakan mereka. Walaupun tidak dapat memberi sepenuh kebahagiaan kepada mereka tapi sekurang-kurangnya dapat memberi mereka sedikit senyuman. Senyuman itu kan gembira. Gembira itu kan bahagia. Sebenarnya benda-benda kecil seperti ini jarang orang berfikir sebabnya orang zaman sekarang ni lebih suka berfikir benda-benda yang berat. Contohnya, hal-hal polotik, ekonomi, dunia dan macam-macam lagi la.

Aku sendiri juga perlu membuat satu pengorbanan untuk membahagiakan orang lain. Walaupun aku rasa apa yang aku buat ini tidak lah terlalu besar tapi jika itu yang membahagiakan semua orang, aku rasa tidak salah pengorbanan yang aku buat ini. Mungkin ini hanya permulaan. Mana tahu pengakhirannya nanti akan menjadi yang lebih baik. Segalanya adalah mungkin.

“Kau pernah buat pengorbanan dalam hidup kau tak?” Entah kenapa soalan di luar alam ini juga yang aku tanya pada Laila. Laila pandang aku pelik. Itu sudah semestinya.

“Of course la pernah. Kenapa tanya soalan pelik macam ni? Kau ada masalah ke Ain?”

“Pengorbanan apa yang kau buat Laila? Kalau tak keberatan, cerita la kat aku.”

“Okey… Topik kita pada hari ini ialah pengorbanan. Definisi pengorbanan ialah…”

“Hohoho…. Tak perlu la skema sangat mak cik oi.” Laila sudah gelak besar di atas katilnya. Geram aku dibuatnya. Main-mainkan aku pula budak ni. Nak kena ni.

“Aku bukan apa, cuma pelik sangat dengan perangai kau hari ni. Risau aku, Ain.”

“Apa yang peliknya? Aku biasa je.” Balas aku selamba.

“Tak ada lah, tiba-tiba je tanya aku pasal pengorbanan. Pelik tapi benar.” Laila buat muka macam sedang berfikir.

“Mana ada pelik. Biasa je la. Kalau kau tak nak cerita kat aku pun tak apa. Aku tak kisah. Cuma aku terfikir je. Memang setiap manusia kat dunia ni mesti buat pengorbanan ke?” Aku menyoal diri aku sendiri. Aku harap Laila faham apa yang aku rasa ketika ini. Laila pandang aku.

“Setiap orang dalam hidup dia mesti pernah buat pengorbanan, sama ada kecil atau besar. Aku sendiri pun pernah. Kau pun mesti pernah kan? Aku rasa pertunangan yang kau lalui ni juga adalah pengorbanan terbesar dalam hidup kau. Semuanya semata-mata nak bahagiakan semua orang yang penting dalam hidup kau.” Laila bangun dari katil. Pantas menarik kerusi duduk bersebelahan aku.

“Ala, aku tanya kau. Bukan kisah aku la.” Aku menarik muka tanda protes. Pandai pula Laila ni kenakan aku balik.

“Sama je, tak ada beza pun kisah aku ke kisah kau ke. Eh, kau dengan Adam apa cerita ek? Dah lama aku tak dengar kau sebut pasal dia.”

“Macam tu la.”

“Macam tu la, macam mana?”

“Tak ada yang menarik pun yang nak aku cerita kat kau. Lagipun aku rasa semua ni macam tak patut terjadi je.” Balas aku selamba.

“Apa yang tak patut terjadi? Pasal pertunangan kau ni ke?”

“Entah la Laila. Aku tak tau nak terangkan kat kau macam mana. Kau doa je la semua yang aku buat ni betul. Semoga semuanya selamat, aman dan damai. Amin.” Tangan yang seperti sedang mengaminkan doa segera aku raup ke muka. Laila hanya memandang aku.

“InsyaAllah, aku doakan kebahagiaan kau.” Balas Laila sambil menggosok-gosok belakang aku. Aku rasa Laila faham apa yang aku rasa ketika ini.

Telefon bimbit aku nyaring berbunyi minta diangkat. Sudah tiga kali ia berdering. Siapa la pula yang rajin telefon aku malam-malam buta ni? Nak study pun tak senang. Dah lah dah lama aku tak boleh nak fokus pada study aku. Masuk kelas pun menonong je, tapi otak entah ke mana aku fikir. Ni time rajin aku datang tiba-tiba, ada pula yang kacau daun. Memang la manusia ni tak boleh tak tengok aku senang. Dengan hati yang geram, punat answer aku tekan.

“Hello, sape ni? Tak reti-reti tengok jam ke sekarang pukul berapa? Orang nak tidur dengan tenang pun tak senang.” Nasib la sape yang kena sergah dengan aku ni. Dah lah kepala aku tengah bengong nak kira apa jenis formula dalam buku ni. Macam pernah ku lihat formula ni tapi kenapa macam aku tak tahu apa-apa je. Memang la aku masuk kelas semata-mata untuk memenuhkan tandatangan aku dalam kehadiran kelas je.

“Assalamualaikum Suha. Sorry la Adam kacau Suha tengah-tengah malam ni. Tak boleh tidur, tiba-tiba je ingat Suha.”

Tunang aku rupanya. Lamanya tak dengar suara dia. Memang la aku tak rasa manisnya di alam pertunangan ni. Walaupun dah lama tak dengar suara Adam, langsung tak ada perasaan rindu kat dia. Kalau la ada orang tanya apa yang aku rasa ketika dalam alam pertunangan ni, memang jawapan yang aku beri ‘tak rasa apa-apa pun.’ Itu kalau aku jujur la. Kalau nak tipu sikit-sikit, aku cakap je la ‘aku bahagia sangat-sangat.’ Tapi itu bukan tipu sikit-sikit namanya, dah lebih-lebih la tu. Lantak la, malas aku nak fikir. Kalau ada yang tanya aku, baik aku jawab macam ni ‘bertunang la sendiri, rasa la sendiri.’ Tanpa sedar bibir aku tersenyum tiba-tiba bila fikiran aku mula sedar yang aku sudah jauh berfikir.

“Dah pagi pun Adam. Bukan tengah malam lagi.” Balas aku selamba. Jam di pergelangan tangan aku pandang. Dah pukul 1.30 pagi.

“Buat apa ni tak tidur lagi? Study ye?” Dari suara dia, aku rasa Adam sudah mahu memulakan perbualan.

“Mana tau tak tidur lagi?”

“Suara Suha ceria semacam je. Tak macam orang tengah tidur pun.”

Aku segera menepuk dahi. Memang la terlebih ceria. Tak pasal-pasal Adam kena sumpah seranah dengan aku. Adam ni memang manusia yang pelik. Kalau menyepi tu, langsung tak hantar khabar berita. Kalau nak muncul, tiba-tiba je datang dalam hidup aku. Agaknya mulai sekarang aku kena mula memahami sikap tunang aku sendiri supaya senang bila kahwin nanti. Ngee…

“Selalu ke tidur lewat?” Adam bersuara lagi. Mungkin dia tahu aku sedang terkial-kial di hujung talian.

“Tak la. Ikut mood juga. Tapi selalu tidur awal la.” Balas aku selamba.

“Bagus la. Jangan lewat sangat tidur. Nanti bila kita dah kahwin, Suha kena tidur awal sebab pagi-pagi lagi Suha dah kena bangun awal. Nak siapkan sarapan untuk Adam, siapkan anak-anak nak pergi sekolah.”

Rasa macam tengah telan pasir je sekarang ni. Mamai ke Adam sekarang ni? Seumur hidup aku tak pernah ada lelaki yang cakap macam ni kat aku. Alahai, malas betul aku nak jiwang pagi-pagi buta ni. Kahwin pun belum, dah cakap pasal anak.

“Em, kenapa Adam tak tidur lagi ni? Esok kan Adam kerja. Kena bangun awal.” Balas aku, cuba mengubah topik sebenarnya. Janganlah Adam pusing-pusing topik dengan aku lagi. Kang aku masuk topik politik, jangan menyesal Adam.

“Entah. Tiba-tiba je teringat kat Suha. Suha tak ingat kat Adam ke?”

Langsung tak ingat. Nak je aku jawab macam tu. Entah kenapa la mamat ni. Rimas aku. Dah lah esok kelas pukul lapan, alamat tersengguk-sengguk lagi la aku dalam kelas. Dia tak pe la, syarikat ayah dia.

“Adam, Suha mengantuk la. Nak tidur dulu la ye. Esok kelas pukul lapan. Nanti lambat pula bangun. Lambat pula masuk kelas.” Aku harap Adam faham aku sengaja cari alasan nak tamatkan perbualan dengan dia.

“Okey, selamat malam sayang.”

“Selamat malam. Assalamualaikum.” Segera aku mematikan perbualan tanpa sempat Adam membalas salam aku. Entah kenapa seram sejuk pula aku rasa.

Aku rasa Adam ni bukan ingat aku. Tapi tengah ingat kekasih hati dia. Liya Ameera. Tak pasal-pasal aku yang jadi mangsa. Macam ni ke orang tengah angau? Sebenarnya mata aku tengah segar lagi ni, tak terasa mengantuk pun lagi. Tambahan pula bila Adam merepek entah apa-apa dengan aku tadi.

Langkah kaki segera aku halakan ke bilik air. Segera aku berwudu’. Saat-saat begini kalau aku solat sunat lagi bagus dari aku melayan perasaan. Dengan rasa rendah diri, aku sujud kepada Pencipta yang maha kuasa. Hati aku ketika ini aku kosongkan dengan segala macam perasaan. Tenang. Itu yang aku rasa saat ini.

“Ya Allah, sesungguhnya aku hamba-Mu yang lemah. Aku sangat kerdil di muka bumi ini Ya Allah. Sesungguhnya diri ini tidak tahu apa yang bakal aku lalui di masa akan datang. Aku mohon pada-Mu Ya Allah agar Kau beri aku sedikit kekuatan dan ketabahan untuk aku hadapi segala dugaan dan ujian yang Kau beri. Aku lemah Ya Allah. Hanya pada-Mu aku meminta. Aku redha Ya Allah untuk setiap ketentuan yang telah Engkau tetapkan pada aku.

Ya Allah, jika ini yang telah Engkau takdirkan dalam hidup aku… Jika ini adalah yang terbaik untuk aku… Aku mohon pada-Mu agar Kau berkati setiap perjalanan hidup aku.

Ya Allah, yang memberi segala rezeki kepada aku… Jika dia yang sememangnya dijodohkan untuk aku sejak azali lagi, aku mohon pada-Mu Ya Allah… Aku mohon pada-Mu agar Kau permudahkanlah segala urusan aku dengan dia. Sesungguhnya hanya pada-Mu aku mengadu Ya Allah.”

Air mata mengalir. Aku benar-benar sedih malam ini. Aku tahu setiap apa yang aku lalui, aku tidak bersendirian. Allah sentiasa bersama hamba-Nya.

Jam sudah menunjukkan ke angka tiga pagi. Aku segera membaringkan diri di atas katil. Walaupun mata ketika ini begitu segar, namun aku tetap perlu memejamkan mata. Esok awal-awal pagi lagi aku sudah ada kelas. Aku tidak mahu lewat ke kelas. Aku pandang ke arah Laila yg sedang lena diulit mimpi. Aku juga perlu segera tidur.

Otak juga perlu direhatkan. Hanya dengan tidur, aku dapat melupakan segala masalah yang hadir dalam hidup aku ketika ini. Selesai membaca doa tidur, aku segera memejamkan mata. Walupun hanya tinggal beberapa jam ke subuh, tapi aku tetap mahu tidur. Aku ingin melupakan segala-galanya. Walaupun untuk seketika.

“Ain, awak ada masalah ke?” Tanya Dr. Raihana pada aku. Aku memandang wajah pensyarah aku yang memang terkenal dengan ketegasannya. Mata aku menyoroti pada assignment aku yang berada di atas mejanya.

Aku segera dapat menangkap maksud kata-katanya itu. Mungkin ini ada kaitan dengan assignment aku. Aku kira assignment aku pada kali ini aku di reject olehnya. Tadi, masa Johan, kawan sekelas memberitahu yang Dr. Raihana ingin berjumpa aku, aku langsung tidak menduga yang perjumpaan kali ini adalah berkaitan dengan assignment aku.

“Sebenarnya ada apa Doktor?” Tanyaku. Walaupun hakikatnya aku sudah tahu punca sebenar aku berada di biliknya ketika ini.

“Saya rasa awak sudah cukup jelas dengan perangai saya. Saya memang sangat tegas bab-bab assignment ni. Saya rasa assignment awak kali ni tak cukup bagus untuk saya. Saya nak awak perbaikinya semula.” Begitu tegas kata-kata itu menusuk ke telinga aku.

Perasaan aku ketika ini hanya Tuhan yang tahu. Rasa mahu menangis depan pensyarah aku yang seorang ini, namun aku tahan. Tidak pernah sekali pun assignment aku ditolak mentah-mentah selama dua tahun aku belajar dengannya. Kali ini entah di mana silapnya.

“Baik Doktor. Saya akan perbaiki semula.” Jawab aku lemah. Suara akan tersekat-sekat. Aku memandang assignment aku dengan perasaan sayu. Usaha aku tidak membuahkan hasil. Aku benar-benar kecewa.

“Saya tahu awak ada masalah. Kalau boleh jangan campur adukkan masalah itu dalam pelajaran awak. Saya tak pernah reject assignment awak. Ni kali pertama.” Ucapnya bersahaja. Dia memandang aku. Aku hanya menundukkan wajah.

“Baik Doktor. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu.” Balasku. Dia hanya mengangguk.

Ternyata aku bukanlah seorang gadis yang kuat untuk terima ini semua. Aku kalah dengan perasaan aku sendiri. Aku menangis sebaik keluar dari biliknya. Hampir setengah jam aku berada di dalam tandas. Aku rasa ketika ini diri aku benar-benar tidak berguna. Assignment yang mudah macam tu pun boleh kena reject.

Aku memandang handphone yang aku silent dari tadi. Ternyata Intan, Maria dengan Liyana begitu risau dengan aku. Enam missed call. Aku mengeluh. Pantas jemari aku menaip mesej untuk mereka. Ketika ini aku ingin bersendirian. Tidak sanggup untuk aku berdepan dengan mereka dengan keadaan aku seperti ini. Dengan mata merah dan sembap ini. Pasti mereka akan risau dengan keadaan aku jika mereka melihat aku seperti ini. Aku tidak mahu menyusahkan mereka. Cukuplah aku rasa sendirian.

Aku benar-benar ingin bersendirian. Langsung aku tidak memikirkan kelas yang ada pada tengah hari ini. Langsung aku tidak memikirkan kawan-kawan yang tengah risaukan aku. Aku benar-benar mahukan ketenangan.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

7 ulasan untuk “Novel : Love After Married 9, 10”
  1. dee says:

    nape msti msukkan 2 chaptr dalam 1 citer
    citer nie best
    karang la byk2 ckit.
    all the best! :smile:

  2. missfiza says:

    citer yg best!!!xsabo nk tnggu time dorg kawen….
    pe agknye jd kt rul ea??huhu

  3. wild cherry says:

    A’a x saba nk tunggu dorg kwen…

  4. sherbee says:

    cite nie mcm best je..
    xsabar pla nk beli..
    da ada kat pasaran ke???hehheheh… ;-)

  5. rose says:

    em… bagaimana agaknya love after married mereka bdua bhgia
    atau pun sbaliknya xsabar nk tggu cerita slanjutnya…..?

  6. zakiah says:

    nape 2lis lmbt sgt niey…jgn mara,huhu..sbnr nyer sy xsabo nk bce cmpai hbis
    p/s:tlg la 2lis cpt2 k…

  7. ny says:

    jadi kawin ke? tak sabo nak tau ni …..cepatlah smbung

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"