
Novel : Maafkan abang, Tikah 8
Oleh : Eyla
BAB 9
JAM di dashboard direnung sekilas. Sudah pukul 6 petang. Hatrisya mengeluh perlahan. Dia menekan pedal brek, lalu menarik handbrek apabila lampu isyarat bertukar merah. Kereta Porsche Cayenne yang berada di hadapannya direnung.
Hatinya meronta-ronta untuk balik ke rumah. Sungguh, Hatrisya malas nak berbuka puasa bersama Hazimi. Malas sangat-sangat. Kan bagus kalau dia bertegas tidak mahu mengikut Hazimi keluar tadi. Tengok, sekarang dah rasa menyesal pula.
Untuk kesekian kalinya, Hatrisya mengeluh lagi. Dia menekan punat radio beberapa kali, mencari siaran radio Hot fm. Namun, tiba-tiba timbul satu idea di kepalanya. Idea yang membuatkan Hatrisya mengukir senyum.
Hazimi bersiap sedia untuk melepaskan handbreaknya. Sebaik sahaja lampu isyarat bertukar hijau, lelaki itu terus menekal pedal minyak, memecut ke hadapan. Tidak perasan kereta Hatrisya sudah membelok ke kanan. Hanya setelah dia melihat cermin, baru dia perasan tiada MyVi biru yang mengikutinya.
‘Mana pulak Tikah ni?’
Hazimi berhenti di bahu jalan. Dia menoleh sekali lagi, memastikan yang kereta Hatrisya sudah hilang dari pandangannya. Huh, sahlah, dah hilang! Terus dia mencapai telefon bimbitnya, lalu mencari nombor Hatrisya. Baru nak menekan punat ‘panggil’, satu mesej masuk. Dari Hatrisya! Lantas Hazimi menekan mesej tersebut, ingin membacanya.
Zimi, I’m sorry. Have some emergency. Kau pergi sendiri la, ya? Sorry sangat.
Hazimi tak puas hati. Dia menekan punat balas lalu terus menaip-naip sesuatu.
Emergency apa?
Hatrisya yang usai membaca mesej itu mengeluh. Dia menggaru kepalanya. Huh, alasan apa yang harus dia bagi ni? Hah! Dapat idea!
Housemate aku demam la. So I’ve to go back ASAP. Sorry again.
Mesej itu membuatkan Hazimi mengeluh berat. Rasa menyirap pula dibuatnya. ‘Ni mesti sebab dia taknak dinner dengan aku ni!’
Bukannya Hazimi nak buruk sangka, tapi hatinya kuat mengatakan yang Hatrisya cumalah mencipta satu alasan. Alasan untuk taknak keluar dengannya. Kenapa dia rasa macam tu? Sebab melihatkan riak wajah Hatrisya yang masam dan kelat tadi. Bilamana Hatrisya kata dia malas nak keluar dengan Hazimi.
Huh! Geram betul Hazimi dibuatnya dengan perangai Hatrisya ini. Kejap mesra, dan seminit lepas tu, dingin balik. Dia naik buntu dengan sikap Hatrisya ini. Tak tahu nak buat apa dah. Eh, kejap-kejap! Hah! Aku tahu nak buat apa!
Kalau macam tu aku tolong belikan makanan untuk kau. Kita dinner kat rumah kau je la ek.
Hatrisya terkejut badak. Alamak! Alamak!
Hisy, tak payahlah. Aku boleh masak sendiri untuk buka puasa.
Rumah kau kat PJ kan? Kiranya aku dah dekat la ni. Nanti aku pergi tapau Chicken Rice Shop, pastu kita dinner sekali ek. Aku dah janji nak belanja kau. So aku mesti kena tunaikan janji. Takpe, aku beli lebih sikit untuk housemate kau.
Hazimi tersenyum kambing. Apapun yang terjadi, dia tetap mahu makan bersama Hatrisya! Dan dia nak buktikan yang Hatrisya cumalah menipu tentang rakan serumahnya yang konon-kononnya demam itu.
Zimi, tak payahlah. Nanti lain kali je la kau belanja aku. Lain kali ek?
Hatrisya membuka pintu pagar. seketika kemudian, dia masuk semula ke dalam MyVinya, lalu memarkirkan kenderaan itu di hadapan rumah. Hati gadis itu makin tidak keruan. Gila ke apa Zimi ni? Sampai nak makan kat rumah aku? Bukannya aku ni ada apa-apa dengan dia. Tiba-tiba je sibuk nak makan kat rumah aku!
“Kau ni kenapa? Muka macam orang nak beranak je ni.”
Farah pelik melihat Hatrisya yang asyik mundar mandir di hadapannya sejak gadis itu masuk ke dalam rumah tadi. Hatrisya pula tak boleh nak duduk diam.
“Tikah, kau kenapa ni?”
Hatrisya mengetap bibirnya. Menanti balasan mesej dari Hazimi. Dari tadi dia tidak menerima sebarang jawapan pun dari Hazimi. Sekarang sudah pukul 7.15 petang. Kalau diikutkan, hampir 20 minit sejak mesej terakhir dihantarnya tadi. Mana tak dia risau?
Bunyi mesej yang kedengaran membuatkan Hatrisya pantas mencapai G900nya. Dia membuka mesej dari Hazimi itu.
I’ve bought the dinner. Mesej aku alamat kau. Aku dah nak masuk PJ ni.
Hatrisya bungkam. Alamak alamak alamak! Gadis itu mundar mandir lagi. Huh, tak boleh jadi ni!
Farah yang melihat jadi pelik. Hatrisya tak sihat ke? Dia makin pelik bila Hatrisya tak henti henti merenungnya.
“Farah, kau kena tolong aku!”
“Tolong apanya kau ni?”
Farah semakin tertanya-tanya. Hatrisya pula sudah tidak punya pilihan lain. Nak tak nak dia terpaksa minta tolong dari Farah supaya berpura-pura sakit.
“Kau kena duduk dalam bilik, dan pretend yang kau demam. Please!”
“Hah?”
“Please. Zimi nak datang makan kat sini!”
“Hah!?”
Farah terkejut besar. Rasanya dia tak pekak lagi. Dia memang dengar dengan jelas yang Hatrisya kata Hazimi mahu datang makan di sini. Biar betul!
HAZIMI melangkah keluar dari bilik tetamu itu sesudah menunaikan solat Maghrib. Dia menuju ke arah dapur. Melihatkan Hatrisya yang sedang sibuk meletakkan hidangan makan malam mereka di atas meja membuatkan lelaki itu mengukir senyum.
Terasa kasihan pula dengan Hatrisya. Waktu dia mula-mula sampai tadi, wajah Hatrisya memang kelat sangat. Dia tahu Hatrisya tidak selesa dengan tindakannya yang melulu ini. Dia tahu gadis montel itu rasa kekok. Tapi itulah. Siapa suruh degil sangat tidak mahu keluar makan dengannya. Tengok siapa yang dah menyesal.
“Nak aku tolong ke?”
Wajah Hazimi direnung sekilas. Hatrisya menggeleng perlahan. Tangannya lincah mengambil pinggan, lalu meletakkan nasi dari kotak bungkusan di atas pinggan tersebut.
“Duduklah dulu. Give me 5 minutes.”
Hazimi hanya mengangguk. Dia mengambil tempat di meja makan. Keadaan di dapur itu direnung. Susun atur di dapur itu ringkas sahaja. Tapi, walaupun ringkas, dapur itu tetap kemas, bersih dan semua barangnya tersusun rapi.
Pandangannya beralih pula ke arah ruang tamu yang terletak tidak jauh dari dapur. Tadi sewaktu dia sampai, tidak sempat nak melihat-lihat dekor rumah teres Hatrisya ini. Waktu itu jam sudah menunjukkan pukul 7.40 malam. Jadi dia harus berkejar untuk menunaikan solat Maghrib.
Rumah itu memang kemas dan bersih. Dekornya ringkas sahaja, tapi agak menarik.
Sofa berwarna lavender dan beberapa biji bantal kecil berwarna ungu pekat itu masuk dengan langsir krim yang berbunga ungu. Televisyen pula diletakkan di atas rak televisyen yang berwarna putih. Meja kopi pun berwarna sedondon dengan rak televisyen. Dinding pula berwarna coklat lembut. Dan terletak sebatang lampu yang memancarkan cahaya kekuning-kuningan tidak jauh dari televisyen, membuatkan suasana di ruang tamu itu kelihatan lebih menarik.
“Cantiklah rumah kau. Kau dekor sendiri ke rumah ni?”
“Haah. Aku dengan Farah yang buat. Ala, bodoh bodoh je buat ni. Kitorang bukannya macam Eric Leong. Tak reti nak decorate lawa-lawa ni.”
Hazimi pantas menggeleng. Tidak, dia merasa ruang dalaman rumah ini ringkas dan menarik. Penataan lampu pun sangat sesuai.
“Korang sewa je ke rumah ni?”
Hatrisya mengangguk. Dia sibuk membancuh air oren di dalam jag kaca lutsinar.
“Kitorang sewa je. Tapi waktu masuk dulu, rumah ni kosong gila. Tu yang kitorang decide nak decorate lawa sikit tu. Sayang je dinding dia dah bercat, tapi decoration langsung tak ada.”
Hazimi mengangguk kecil. Betul juga. Dinding dah bercat baru. Sayanglah kalau tak dihias ruang tamu itu.
“Makanlah.”
Air oren dituang ke dalam cawan. Hatrisya kemudiannya meletakkan cawan itu di sisi Hazimi, sebelum mengambil tempat di hadapan lelaki itu. Mereka membaca doa sebelum makan. Masing-masing kemudiannya mula menjamah hidangan yang tersedia.
“Eh, tak ajak kawan kau makan sekali?”
“Dia tidur kot. Tadi aku baru lepas bagi dia makan ubat.”
Bohong Hatrisya. Habis kurang pahala puasanya hari ini sebab dah berbohong. Menyesal pula rasa hati.
Hazimi hanya tersenyum. Entah betul entah tidak apa yang dikata Hatrisya itu. Huh, tak mengapalah. Asalkan hari ini dia berjaya juga untuk makan dengan Hatrisya. Misi terlaksana!
“SERONOK betul anak papa hari ni? Dari Zimi balik tadi papa tengok Zimi asyik tersenyum je.”
Hazimi yang sedang khusyuk melayari laman Facebook mengukir senyum. Tan Sri Zakuan pula hanya merenung anaknya dengan penuh tanda tanya.
“My mission has been accomplished.”
“Mission apa?”
Tan Sri Zakuan ingin tahu. Sebab apa dia ingin tahu? Sebabnya, sejak Hazimi sampai rumah tadi, lelaki itu tak henti mengukir senyum. Kadang-kadang tergelak sendiri. Dah macam orang gila sahaja lagaknya.
“Kamu keluar dating dengan Riss ke?”
Hazimi menggeleng. Tan Sri Zakuan jadi semakin tertanya-tanya. Hai, kalau tak keluar dengan Marissa, apa lagi yang boleh membuatkan anaknya itu tersenyum lebar sepanjang masa? Selalunya Hazimi akan jadi macam ini selepas balik dari keluar bertemu janji dengan buah hatinya itu. Eh, cop cop. Kali ini rasanya macam lain sikit. Kegembiraan Hazimi macam lagi melampau.
“Cakaplah, pasal apa happy sangat ni. Papa nak tau jugak.”
Hazimi tersenyum lagi. Busy body jugak papa aku ni!
“You know Hatrisya right? The one I asked when I first enter the company.”
“Yeah. You told me that she was one of your tutormates. What about her?”
“Sebenarnya dulu Zimi rapatlah jugak dengan dia. Kitorang saling membantu dalam pelajaran. Tapi entah bila, dia macam cuba nak mengelakkan diri dari Zimi. Sampailah kitorang jumpa balik sekarang, dia masih mengelak dari Hazimi.”
“So?”
“So hari ni Zimi ajak dia lunch. When we were at Seri Melayu, I found out that she was fasting. Well, of course kitorang balik. And petang tadi, Zimi insists nak ajak dia buka puasa, Zimi nak belanja. On the way pergi OU, dia kata housemate dia demam. So dia balik dulu. But I was confident at that time yang dia menipu. So I bought some food and we had dinner dekat rumah dia.”
“Zimi dinner kat rumah dia?”
“Yup.”
“And that makes you very happy?”
“Yup.”
Tan Sri Zakuan sedikit pelik. Untuk apa Hazimi gembira sehingga sebegini sekali? Bukannya Hatrisya itu kekasih hatinya.
“Zimi ni suka dekat dia ke?”
Hazimi terkejut dengan soalan yang diajukan bapanya itu. Dia pantas menggeleng.
“Mana ada. Papa ni tanya soalan merepek kenapa?”
“Tapi dah kalau Zimi happy sangat semata-mata sebab dapat makan dinner dengan dia, mana la tak papa ingat Zimi suka kat dia? Papa tengok Zimi macam terlebih gembira je. Tu yang papa fikir Zimi suka kat dia.”
“Apalah papa ni. Zimi suka sebab akhirnya dapat jugak Zimi rapatkan jurang antara kitorang. Zimi geram, sebab Zimi tak tahu kenapa dia tiba-tiba mengelakkan diri dari Zimi dulu. At least Zimi nak dia layan Zimi macam dia layan kawan-kawan lelaki yang lain. Zimi taknak dia terus mengelak dari Zimi.”
Perasaan yang timbul setiap kali orang lain mengelak bila jumpa kita kan sangat tak best? Itulah yang Hazimi rasa. Hazimi sangat bencikan situasi di mana Hatrisya mengelak setiap kali bertentang mata dengannya.
Tan Sri Zakuan mengangguk kecil. Tapi dia tetap tak faham kenapa Hazimi terlalu gembira dapat makan malam dengan Hatrisya. Kalau semata-mata sebab yang diberitahu tadi, rasanya tak perlulah tersenyum sahaja sepanjang masa.
“Zimi, papa tak halang kalau Zimi nak rapatkan jurang antara Zimi dan Hatrisya tu. Tapi Zimi kena ingat, Riss tu lagi sebulan lebih je nak jadi isteri Zimi. Jangan buat hal pulak.”
Kata-kata Tan Sri Zakuan itu dirasakan Hazimi kelakar. Dia? Buat hal? Maksudnya tak nak kahwin dengan Marissa? Huh, merepek! Setelah 6 tahun lebih menyulam cinta, masakan Hazimi tidak jadi berkahwin dengan Marissa pula? Cinta dia terhadap gadis itu masih teguh, masih utuh. Mana mungkin gadis seperti Hatrisya bisa menggugat rasa kasihnya terhadap Marissa?
Marissa masih tetap bertakhta di hati Hazimi. Dia yakin cintanya terhadap Marissa masih belum pudar biarpun 6 tahun sudah berlalu. Takkan mungkin Hatrisya dapat menggugat perasaannya ini. Takkan mungkin!
“Papa ni, jangan risau la. Takkannya Zimi nak pergi jatuh cinta dekat si Tikah tu. Zimi Cuma nak rapat balik dengan dia macam dulu. Itu je. Takkanlah Zimi boleh tinggalkan si Riss untuk perempuan yang macam Tikah? Montel macam tu. Hisy, takde maknanya.”
Riak, itulah rasa Tan Sri Zakuan terhadap kata-kata anak tunggalnya itu. Risau Tan Sri Zakuan bersebab. Melihatkan sikap Hazimi, cara Hazimi melayan Hatrisya, betapa Hazimi kisah untuk rapat semula dengan Hatrisya. Melihatkan semua itu dia jadi khuatir. Dia sudah lama makan garam. Sekilas ikan di air, dia tahu jantan betinanya.
Hazimi tidak patut memandang rendah akan kuasa cinta. Sekali kita sudah jatuh cinta, paras rupa takkan diambil peduli lagi. Pangkat, darjat, harta, semua itu takkan diambil peduli lagi. Itulah pendapat Tan Sri Zakuan. Dan realitinya pun memang begitu.
“GIVE a clear explaination apa sebenarnya yang terjadi, Tikah.”
Farah berdiri di hadapan Hatrisya yang sedang duduk di meja makan. Ceh, lagak seperti inspektor polis nak menyoal pesalah la pula!
Hatrisya tenang menghirup nescafe panas yang dibancuhnya. Dia seperti biasa, bijak membuat muka bodohnya. Farah yang melihat jadi geram. Ini satu lagi perangai Hatrisya yang dia tak berkenan. Pandai buat muka tak bersalah!
“Tikah, aku cubit kau karang. Baik kau explain kenapa Hazimi sengal tu boleh tiba-tiba dinner dekat sini. Teman kau bukak puasa. Apa cerita ni beb? Sampai dia boleh datang rumah?”
“First, aku mintak maaf sebab buatkan kau terperuk je kat dalam bilik. Second, Hazimi tak sengal. Third, aku tak ajak pun dia makan kat rumah. Dia yang buat keputusan sendiri nak tapau makanan and nak datang rumah kita, nak makan.”
Farah mencebik. Harus ke nak sebut yang Hazimi tu tak sengal? Poyo je!
“Dah kalau dia buat keputusan sendiri nak datang rumah ni, yang kau pandai sangat pergi terima je keputusan dia tu apasal? Dah buang tebiat dah?”
“Aku dah cakap aku tak nak dah. Tapi dia dah masuk simpang ke PJ. Aku nak buat macam mana. Nak tak nak terpaksa lah bagitau dia alamat rumah. ”
“Asal dia tiba-tiba je nak datang rumah? Mesti ada sebab kan?”
Hatrisya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Farah memang suka tanya banyak soalan. Naik pening dia dibuatnya.
“Harus ke aku bagitau?”
“Harus. Eh, bukan. Wajib bagitau.”
Hatrisya mengeluh berat.
“Mulanya kitorang nak bukak puasa kat OU. On the way pergi sana, aku jadi malas. So aku terus balik rumah. Lepas tu aku mesej dia, cakap ada emergency, aku kena balik dulu. Then dia tiba-tiba kata nak dinner jugak dengan aku. Tu yang dia bungkus chicken rice shop tu.”
“And emergency yang kau cakap tu….”
“Kau demam.”
Farah mengerti kini. Itu pasal lah Hatrisya tak bagi dia keluar bilik tadi. Sebab dia sepatutnya demam. Orang demam mana boleh merayau ke sana ke mari, kan? Kalau Farah dengan sihat walafiatnya keluar dari bilik, dah tentulah tembelang akan pecah.
“Yang kau bengong sangat cakap kau ada emergency kat rumah tu apahal? Kan tak pasal-pasal dia usulkan cadangan bodoh ni. Salah kau lah dia boleh sampai terfikir nak datang rumah. Lain kali menipu la lagi.”
Hatrisya diam. Malas nak berbalah, memandangkan memang betul salah dia juga sebenarnya. Kalau dia tak terfikir untuk menipu, tak adalah Hazimi boleh sampai ke rumah ni. Itulah, konon dapat lepas. Sekali rupa-rupanya terperangkap juga.
“Dah habis ke sesi soal siasat kau Inspektor Farah? Kalau dah habis aku nak pergi masuk bilik.”
Hatrisya tersenyum. Farah pula rasa geram dengan sahabatnya itu.
“Belum habis lagi penjenayah Atikah Hatrisya.”
Gelaran penjenayah itu membuatkan Hatrisya tersenyum lebar. Marah benar Farah nampaknya. Yalah, dah sampai sebut nama penuh Hatrisya. Itu tandanya Farah marah.
“Kau nak cakap apa lagi ni? Aku ada kerja nak kena buat.”
“Tikah, kau berhenti jelah kerja kat tempat tu.”
“Hah!?”
Hatrisya terkejut. Dia ingin ketawa, mengandaikan bahawa kata-kata itu cumalah gurauan semata-mata. Namun melihatkan wajah Farah yang serius itu, membuatkan Hatrisya sedar, sahabatnya itu tidak main-main. Farah benar-benar mahu dia berhenti kerja dari Zakuan Engineerings & Constructions.
“Apa benda kau merepek ni Farah? Kalau aku berhenti kerja kat situ, kat mana pulak aku nak kerja lepas ni? lagipun baru empat lima bulan aku kerja kat situ. Aku…”
“Aku boleh mintak papa carikan tempat kerja yang sesuai untuk kau, Tikah. Kau resign ya?”
Hatrisya mengeluh berat. Dia rasakan Farah ini risau terlebih terhadap dirinya. Ya, Hatrisya tak nafikan, setiap kali melihat wajah Hazimi, dia akan teringat yang lelaki itu akan jadi milik Marissa tidak lama lagi. Setiap kali dia teringatkan perkara itu, rasa pedih akan mula mencucuk hatinya.
Tapi setakat ini, Hatrisya masih mampu menahan rasa pedih itu. Paling terukpun, dia akan menangis secara sembunyi. Seteruk manapun rasa sedihnya, Hatrisya tidak akan mempamerkannya di hadapan orang lain. Dia yakin, dia masih mampu mengawal kepedihan ini. Farah tidak perlu risau.
“Look, Farah. Kau risau aku sedih ke?”
Farah mengangguk. Ya, dia risau Hatrisya akan sedih. Dan satu lagi perkara yang sangat ditakutinya, firasatnya yang mengatakan bahawa hidup Hatrisya akan musnah jika gadis itu terus berdekatan dengan Hazimi akan menjadi kenyataan.
“I have a total control over this, Farah. You don’t have to worry about this. Risau kau tu tak bersebab. Aku sedih macam mana sekalipun, ia takkan effect apa-apa.”
“Kau dah lupa ke pasal aku cakap yang aku dapat rasakan sesuatu yang buruk akan jadi kat kau kalau kau terus dekat dengan Zimi?”
“Ya Allah, Farah, Farah. Tak ada apa yang buruk pun yang akan terjadi. Apalah kau ni. Tak payahlah percaya semua tu. Itu semua mainan syaitan.”
Farah menggeleng-geleng. Itu semua bukan mainan syaitan, dia pasti. Dia pasti semua yang dirasakannya akan jadi kenyataan sekiranya Hatrisya terus bersama dengan Hazimi!
“Tikah, percayalah. Aku tak tahu perasaan ni datang dari mana. Tapi yang pasti, aku yakin ia akan jadi kenyataan kalau kau terus simpan perasaan dekat dia. Tolonglah Tikah, consider cadangan aku ni baik-baik. Aku tak sanggup tengok apa-apa yang buruk terjadi dekat kau.”
“Tak payah risau okay? Aku betul-betul tak apa-apa. Takkannya aku pergi bunuh diri sebab frust menonggeng tak dapat Hazimi. Aku ni orang Islam Farah. Tak masuk syurga langsung kalau aku bunuh diri. Jangan risau, kalau aku tak dapat tahan kesedihan aku, Allah masih ada. Biarlah aku mengadu dengan Dia. Yang penting sekarang ni, kau kena sentiasa yakin yang tak ada apa-apa yang buruk akan jadi dekat aku, InsyaAllah.”
Tangan Farah digenggam erat. Lama Hatrisya begitu, sehinggalah akhirnya dia melihat sebuah anggukan di kepala Farah. Hatrisya tersenyum. Farah pun turut tersenyum, walaupun dia masih belum yakin sepenuhnya akan kebenaran kata-kata Hatrisya.
U6HA













salam… tahnh 2 eyla bab ni tlh myebabkn sy btekad utk start mbc karya anda ini dr bab 1 n of course sy akn jd peminat karya ni… trskn ush… erm… cpt2 smbg ek,,, mls nk tgu lama2 hehehe….
sy pun sama mcm mirza…
yeh….yeh….sukanya…

rasan2nya Zimi dah jatuh cinta ngan Tikah..
hehehehe….
agree with mirza jugak….zimi mmg da jatuh cinta ngan tika..hehe..sweeet, tp cian kt taufiq…jadi ke zimi kawen ngan riss tuh…eeeee, gerammmm nyerrr… trus kn usaha anda…kalo bole cpt ckit ciap kn smbgan nyerr k..