
Novel : Omak Den VS Ayah Hang 11
Oleh : G.Y haniey
Bab 11
Mona meneruskan larian. Angin petang bertiup dengan lembut,menyegarkan tubuhnya yang sudah kebasahan peluh. Sesekali dia berhenti,membuat beberapa gerakan badan sebelum meneruskan langkah kaki. Di hadapannya ada beberapa orang turut melakukan perkara yang sama. Berlari,berhenti kemudian menyambung semula larian.
‘Kalau ada Lisa,kan best?..Ada juga kawan nak bersembang. Ini,dah macam orang bisulah pulak’,getus hati Mona. Sebuah kerusi kayu di kawasan trak jogging itu menjadi tempat mendarat tubuhnya melepaskan lelah.
“Nasib baik aku tak pegang jawatan penting..Kalau tak,mesti sekarang ni tengah migrain macam Lisa”,omelnya sendiri sambil tersengih-sengih. Nasib baik tiada sesiapa yang ternampak…
Ah..,minggu depan sudah mula cuti sekolah. Dia akan ikut Lisa pulang ke Pahang dua tiga hari. Hendak merasa buah-buahan dari dusun emak Lisa. Bersungguh sangat rakannya itu mengajak dan dia berbesar hati untuk menerimanya. Kalau ada kesempatan,dapatlah bertemu dengan Pak Saleh yang glamour itu…
Tuala pink kecil berbunga kuning dilap ke muka yang basah dengan peluh. Sekujur tubuhnya rasa hangat pijar kesan dari lemak-lemak yang mula terbakar. Hampir dengan tempat dia berehat itu,ada satu pasangan muda sedang berjoging berduaan. Mona memandang dengan mata tak berkelip. Mesranya..
Serta-merta ingatan Mona membongkar kembali wajah yang tersemat di kotak ingatan. Wajah tampan yang menjadi igauan malam harinya. Mungkinkah ada pertemuan lagi? Dia sendiri pun mengharapkan begitu namun apakan daya, hajat di hati hendak memeluk gunung tapi tangan tak sampai..
Mona melangkah lemah menuju ke tempat parking. Kunci kereta berputar-putar di hujung jari. Kalau Lisa ikut sama berjoging ,jangan haraplah dapat pulang seawal itu. Mesti Mona kena paksa berlari dua tiga pusingan lagi. Selagi tak lembik lutut berdiri,selagi itulah Lisa suruh dia berjoging.
Huh! Teruk betul..
Semakin hampir dengan kawasan parking,semakin ligat kunci berputar. Sudah jadi satu keseronokan pula,melihat kunci kereta berpusing laju di tangan. Dengan tidak semena-mena, kunci Viva yang sedang berpusar ligat itu tercampak dari tangan Mona lalu melayang masuk ke bawah salah satu kereta yang terpakir. Terkebil-kebil matanya memandang alarm dan keychain yang masih tersepit di hujung jari.
Hah?
“Alamak,macam mana ni?..Habislah..mana kunci akuu??”,lantas dengan muka merah padam menahan malu,Mona pun terbongkok-bongkok mengendap ke bawah sederetan kereta yang memenuhi tapak parking. Sudahlah begitu,pengunjung yang baru tiba berhenti pula melihatkan aksi luarbiasanya. Bukan nak tolong pun!
“Haa..adapun!”,serunya gembira bila nampak segugus kunci hitam miliknya berlonggok di bawah Kembara silver yang bertempek dengan sticker pelbagai bentuk. Bila Mona amati betul-betul,barulah terperasan,sticker pasukan bolasepak luar negara rupanya. Ooo..
Pantas tangannya menjulur ke bawah kembara itu untuk menggapai tapi..
“Aduuhh,tak sampailah pulak!. Macamana nak buat ni?..Dah lah kereta ni parking kat tengah. Seksa betullah”,bingung dia seketika. Matanya melingas di sekeliling tapak parking tersebut kalau-kalau ada ranting kayu yang boleh dijadikan pengait namun hampa..
“Bagus betullah pihak pengurusan taman ni..Satu kayu pun aku tak nampak. Rajin korang buat kerja,ye?”. Sakit hati tidak usah dicakap lagi. Ditendang-tendangnya tayar belakang Kembara itu.
Apalah salah dan dosa kereta tu,Mona?
“Hish..susah betul. Tak baliklah aku macam ni..Nak menunggu tuan kereta ni datang,pukul berapa aku nak sampai rumah?”,bebel Mona lagi. Kalaulah dia Incredible Hulk,dah lama kereta itu melayang dihumbannya..
Tidak cukup dengan tayar, badan kereta itu pula digoyang-goyang. Macamlah kuat sangat padahal Kembara itu langsung tidak berganjak. Mona tidak peduli itu semua. Yang penting,dia dapat melempiaskan geram. Tayar kereta tidak berdosa itu disepaknya lagi.
“Err cik! Kenapa ni? Ada masalah ke?”,tegur satu suara. Sepantas itu juga Mona berpaling.
“Oh..Takde apa-apa lah encik. Kunci saya tercampak kat bawah kereta ni,hah..Tuannya tak tahu ke mana. Dah lewat petang macam ni,tak tau nak balik-balik lagi. Dah lama saya tunggu kat sini”,jelas Mona ramah.
“Tercampak bawah ni?”,pemuda itu pula bertinggung menjenguk ke bawah. “Haah..,yelah..ada kunci kat bawah!”. Mona menjuling mata ke atas. Memanglah,kan dah cakap tadi!
“Macamana boleh tercampak sampai ke bawah tu?”,tanya pemuda itu semula.
Mona jungkit bahu sambil sengih menayang gigi. ‘Ish..banyak tanyalah pulak’,umpatnya dalam hati.
“Dah nak jatuh kat situ..nak buat macamana,ye tak?”, pemuda itu ketawa dengan soalan sendiri yang dijawabnya sendiri. Mona merenungnya sejenak. Mmm..boleh tahan juga mamat ni..
“Yelah..dah nak jatuh. Tapi,saya pelik dengan tuan punya kereta ni..Tak nak balik ke? Dah dekat sejam saya kat sini. Masa saya datang tadipun,kereta ni dah ada kat sini dah..Hish..berapa lama mau tunggu ni? Maghrib dah dekat. Dia tak tau ke,setan banyak berkeliaran waktu-waktu macam ni. Mesti dia ni jenis suka keluar senja-senja..”,Amboi Mona, sedap mulut saja dia mengata. Pemuda itu angkat dua kening,tinggi.
“Ada apa-apa yang boleh saya bantu?”, mengelopak senyuman di bibir. Mona ikut sengih,meniru tingkah pemuda itu.
“Err..kalau saya minta awak tolong alihkan kereta ni ke tepi, boleh tak? Nanti,saya belanja awak”,pelawa Mona, main-main.
“Alihkan?”,tanya anak muda itu semula sambil mata tidak berkelip merenung wajah ayu itu. Mona mengangguk laju sambil menambahkan manis dalam senyumannya. Terleka seketika orang di hadapan..
“Err..kalau saya boleh buat,macamana?”,bunyinya macam dia ni spesis ‘orang hijau’ saja!
“Silakanlah,kalau awak mampu!”,cabar Mona lagi masih dalam mood bergurau.
“Oo..cabar saya ya?”,berani betullah dia ni..,getus hati pemuda itu.
“Hahaha..ok,saya cabar awak. Cubalah buat!”, Mona menghambur gelak. Terlupa sekejap sekarang sudah hampir senja. Matanya dikenyit kearah pemuda itu. Amboi!
“Hahaha..berani awak ya? Betul ni? Nak cabar saya,ni?” Makin laju Mona mengangguk. Pemuda itu semakin tertarik. Kepalanya terteleng,asyik melihat aksi si gadis yang begitu mengujakan.
Kemudian,dia menyambung bicara, “Setakat nak alihkan,bukannya susah. Kalau nak undur teruspun, mudah aje beb!”,alarm ditekan dan perodua itupun menjerit..
Tit!tit!
Hah?
Ya Allah! Malunya!
Itulah,bukankah sudah ada bidalan mengatakan ‘cakap siang pandang-pandang,cakap malam dengar-dengar. Kan dah kena!
Kembara itu berundur ke belakang bersama tuannya, tersengih memandang Mona yang sudah tidak tahu ke mana hendak disorokkan mukanya yang sudah terlebih tebal .Segera anak dara itu mendapatkan kunci Vivanya.
Pemuda tadi kembali menghampiri.
“Maaf..err..tadi tu..err..sorry!..”, Mona menayang muka minta dikasihani,ditambah sedikit gaya merayu simpati. Pemuda itu hanya ketawa.
“Tak apa. It’s okay!”, jawabnya sambil tersenyum manis. “Err..awak tinggal di mana?”.
“Seksyen 6″,ringkas saja jawapan Mona. Sebenarnya,dia mahu lekas-lekas pergi dari situ kerana tidak sanggup memandang wajah yang sudah diumpatnya tadi. Tapi,pemuda itu bagai enggan melepaskan dia pula. Apa nak buat,kan? Nanti dituduh sombong pula..
“Eh..samalah. Saya pun tinggal di Seksyen 6 juga”,teruja saja bunyinya. Mona tarik senyum,lebar. Berjiran rupanya..
“Awak kerja kat mana?”,kali ini giliran Mona pulak menemuramah. Lelaki itu merenungnya tajam. Mona lekas-lekas membuang pandang. Bahaya ni..
“Saya kerja di Seksyen 10. Awak pulak?”, Alahai,lembutnya suara. Nasib baik kaki Mona masih kuat untuk berdiri..
“Saya mengajar kat Seksyen 9″,terangnya tanpa memandang muka pemuda tersebut. Bilalah nak habis interview ni?,rungut Mona dalam hati.
“Oo..cikgu lah ni,ye?”,Mona angguk kepala,laju. “Saya pernah pergi sekolah awak tu..minggu lepas”.
“Yaa? Hantar anak sekolah ke?”,soalan serkap jarang itu sebenarnya tersembunyi maksud yang lain.
“Anak? Eh tak..saya belum kawin”,Haa..kan dah dapat jawapannya.
“O..belum kawin rupanya. Habis tu,awak buat apa pergi sana?”,setahu Mona tidak ada apa-apa acara yang berlangsung minggu lepas. Mesyuarat PIBG pula akan diadakan minggu depan..
“Tak ada apa-apa. Saya cuma hantar kertas periksa. Ada cikgu mana entah…cuai sangat. Kertas yang penting macam tu pun,tercicir merata-rata..tak boleh nak jaga. Tak layak jadi cikgu kalau macam tu..”terang pemuda itu lagi,panjang lebar. Mona sudah jatuh rahang bawah.
“Hah? Awak?….” Sungguh dia tidak percaya..
*******
Beberapa kali Lisa bangun untuk menambah air minumannya. Kalau Mona ada di rumah,mesti kawannya itu sudah dijadikan orang gaji atau hamba tebusan di dalam rumah itu…
“Mona,tolong ambilkan air!”
“Mona,tolong angkatkan kain aku sama!”
“Mona,kertas A4 dalam cabinet luar tu,ada lagi tak? Kalau tak cukup,boleh tolong beli?”, Mesti Mona akan menjeling tajam. Marah bila diarah-arah atau bengang kerana terpaksa jadi bibik tak bergaji.
“Mesti dia tengah boring sekarang ni..Kena jogging sorang-sorang. Ataupun,dia duduk melepak saja,tengok orang lain berlari. Bukan boleh percaya minah tu..” Sesedap hati saja,Lisa mengata. Mentang-mentang Mona tiada untuk mendengar. Kalau tak,mesti siku tajam Mona sudah mendarat atas perut Lisa.
Lisa mengeluh kemudian bangun dan mengeliat. Mengadap laptop bagi menyelesaikan lapuran kewangan sekolah yang akan dibentangkan pada mesyuarat PIBG minggu depan, sangatlah memenatkan minda. Skrin bercahaya yang direnung terusan itu mula nampak berbinar-binar. Sesekali dia bertukar ke laman facebook nya bagi mengelakkan mengantuk dan kebosanan.
“Mamat ni tengah online lah. Layanlah kejap..”, pantas tangannya mengklik ruangan sembang dipenjuru sebelah kanan.
Saya : Hai..salam
Kamal : W’salam..hai
Lisa sengih. Ada respon! Tangannya mula memainkan peranan..
Saya : Busy ke? Saya ganggu?
Kamal : Takkkkk….
Lisa gelak pula bila nampak berderet huruf‘ k’ yang keluar.
Kamal : Thanks for add. Kita kenal ke?
Ah..sudah. Lisa garu kepala yang tak gatal. Apa nak jawab ni? Fikir..!
Saya : Mesti kenal ke,baru nak add? Kenalah add dulu baru boleh kenal-kenal..
‘Hehe..nasib aku pandai’,Lisa masuk ke dalam bakul sebelum mengangkatnya sendiri.
Kamal : Betul3..Anak kucing ke ni? Mesti comel,kan?
Lisa gelak lagi. Mesti lelaki itu merujuk kepada gambar profilnya.
Saya : Haah..tapi ini anak kucing yang comel..dan jelita!
Kamal : Dah agak dah..
Saya : What?
Kamal : Nothing..Anak kucing ni,ada tuan tak?
Lisa blur sekejap. Kamal sudah mula masuk bab merisik secara online..
Saya : Tuan tanah ke? Hehe..ada2..tuan tanah ada,tuan rumah ada,tuan pengerusi majlis ada,tuan hakim ada..tuan pengetua pun ada…
Err..rasanya jawapan itu tidak menepati soalan yang ditanya. Belasah sajalah..,Lisa gelak seorang depan laptopnya bila nampak imoticon sengih dari Kamal keluar dalam ruang sembang itu..
Saya : Kat mana ni?
Lama dia menunggu sebelum pertanyaannya di jawab.
Kamal : Kat rumah..Awak?
Saya : Sama..kat rumah juga.
Kamal : Rumah kat mana?
Saya : Seksyen 6 KD..
Kamal : Eh..samalah. Asal mana?
Amboi..dah tanya asal pulak..Layan sajalah..
Saya : Pahang + N9..Awak?
Kamal : yang Pahang tu,sama..hahaha
Lisa menguntum senyuman. Seronok pulak melayan kawan barunya itu.
Saya : Awak kerja kat mana? Seksyen 6 juga ke?
Kamal : Tak..,bank di Subang. Awak?
Ooo..pegawai bank rupanya. Lisa angguk kepalanya. Macamlah orang tu boleh nampak..
Saya : Saya mengajar di SK Seksyen 9
Sekali lagi, Lisa menunggu agak lama. Sangkanya lelaki itu sudah tiada di talian. Rupa-rupanya..
Kamal : O..cikgulah ni..Mengajar subjek apa?
Saya : Matematik. Kenapa? Nk belajar dengan saya ke? Hehehe
Kamal : boleh juga,apa salahnya..Cuma kertas hari tu,bukan awak punyalah..
Kertas? Kertas apa pulak yang disebutnya itu? Lisa sudah teruja hendak tahu. Pantas saja tangannya menaip mengikut apa yang keluar dari fikirannya.
Saya : Kertas apa awak cakap ni? Cerita sikit..
Kamal : Hari tu,saya jumpa kertas exam BI SK Seksyen 9 tercicir depan surau seksyen 6..dh hantar ke sekolah dah..mungkin cikgunya dah terima.
Ternganga Lisa membaca sebaris ayat itu. Tidak disangka-sangka,cempedak sudah jadi nangka!
Kalaulah Mona tau..
******
Sebaik sahaja lelaki itu beredar,kelam-kabut Mona mengeluarkan telefon bimbitnya. Lisa dihubungi dengan rasa teruja yang menyumbat dada.
“Lisaaa..”,panjang saja nama itu disebut sebaik saja mendengar panggilannya disambut.
“Assalamualaikum..kat mana ni? Tak tahu nak balik?”,sergah Mona. Mona menjauhkan telefon dari telinga. Bingit!
“Walaikumsalam. Alah..nak balik dah ni..Baru pukul 7.00. Lisa,aku ada hal nak cerita dengan kau ni..”,riang hatinya tak dapat disembunyi.
“Aku pun ada something nak bagitau..Mesti kau suka”,Lisa senyum membayangkan Mona yang terjerit gembira bila dia sampaikan berita itu nanti.
“Nanti dulu..simpan dulu cerita kau tu..Mesti tak boleh lawan dengan cerita aku ni..Lisaa..,aku dah jumpa!”,jerit Mona. Nasib baik dia sudah berada di dalam kereta. Kalau tidak,mesti ramai yang terkejut mendengar suara nyaringnya itu..
“Jumpa? Jumpa apa? Jumpa Tok Kadi?”,Mona mencebir kearah telefon. Suara Lisa yang ketawa sakan,memang menyakitkan hati. Huh!
“Hish..kau ni. Aku tak main-mainlah. Aku dah jumpa dengan balak yang hantar kertas exam aku yang hilang hari tu”.
Lisa hilang suara. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang didengarnya dari mulut Mona itu.
Dah jumpa? Bukan ke baru je online tadi? Kat cc ke? Tapi,Mona pergi jogging kat taman rekreasi?..Agaknya dia angkut laptop kat situ,kot? Tapi tadi,dia kata dia kat rumah..Berputar-putar soalan yang mengasak benak Lisa.
“Hello Lisa..Kau dengar ke tak,ni?”,Mona pula diserbu kehairanan bila Lisa membisu seribu bahasa.
“Ya..ya..aku dengar. Eh,betul ke kau jumpa dia? Yakin tak salah orang ni? Kau jumpa kat mana?”, Mona garu kepala yang bertudung mendengarkan soalan cepu emas dari Lisa. Banyaknya tanya..
“Betul la..Dia sendiri cakap,dia hantar kat jaga sekolah minggu lepas. Dia pun tahu itu kertas BI. Ada 3 keping semuanya. Takkan salah orang kot? Aku jumpa kat sinilah..Joging sekali”
Bertambah pening kepala Lisa. Nampaknya kes Mona ini menambahkan pusing kepalanya yang seharian mengadap penyata kewangan.
‘Macamana pulak orang yang sama,boleh berada di dua tempat berbeza? Pelik bin Ajaib betul..’,bisik hati Lisa
Yalah..dah macam siri X-Files lah pulak!
“Lisaa..!”,sekali lagi suara nyaring Mona mencantas lamunannya.
“Wei,kalau ye pun,janganlah jerit kuat sangat. Baliklah cepat..cerita betul-betul”,arah Lisa,tegas.
“Aku memang nak balik dah ni..Cuma tak sabar nak cerita kat kau. Hehehe..rupanya pun boleh tahan juga”,mulalah nak merenyam tu..
“Handsome ke? Ada tak rupa dia macam Woo Bin?”,Lisa memasang perangkap. Jelas ditelinganya keluhan Mona.
“Hai Lisa. Tak ada siapa boleh lawan abang Woo Bin aku tu..kecuali..yang hari tu lah..”,lemah saja bunyinya. Berkerut-kerut dahi Lisa yang mendengar.
Eh..Kamal tu,bukan ke Woo Bin yang Mona jumpa di restoran tempohari? Yang tinggalkan alamat emelnya kat penanda buku Mona? Yang mengaku terjumpa kertas periksa Mona itu pada Lisa sebentar tadi?,Kalau itu bukan Woo Binnya,habis siapa?
“Mona..siapa nama mamat tu?”,berdegup-degup dada Lisa menunggu jawapan. Dia dengar Mona menghela nafas panjang sebelum mengucapkan sepotong nama..
“Johan Iskandar..”














hehe…. best… kelakar nengok mona tu…
ayat2 pun dibina cantik… pandai akak azi
memang best dan kelakar cite ni..tak jemu membaca..setiap bab pasti ada sesuatu yang akan membuat saya tergelak sendiri..syabas buat penulis..tak sabar menanti bab seterusnya..
terima kasih kpd yg sudi baca…
terima kasih juga krn masih belum jemu mengikutinya..
reena..sarah..apit..~ tunggulah bab yang lebih mengujakan..
pasti anda akan terhibur..hehehe..
tahniah buat penulis..
saya sukakn cerita ini..
ianya sgt berbeza dr cerita2 yg prnah ada di P2U ini..
setiap bab,ada saja peristiwa mncuit hati..yg nmpak sgt real..buknnya dibuat2..
romntiknya tidak over dn kelakarnya tidak brlebihan..
keep up the good job!
hehehe…kelakar ler Mona nih….

hahahaha….suruh alih keta lak…