Novel : Pabila cinta memanggilku 6, 7

8 September 2010  
Kategori: Novel

5,830 bacaan 12 ulasan

Oleh : Syamnuriezmil

Bab 6

Dua minggu sudah berlalu, aku masih belum menerima sebarang jawapan. Aku rasa aku dah failed! Nampaknya kerja di sini lagilah… Aku suka juga! Tapi abah akan bisinglah. Lagipun sampai bila abah nak bising pun! Ibu sekarang sedang sibuk menguruskan majlis perkahwinan Ayham. Aku pun ada tolong-tolong menggubah bunga untuk bilik tidur pengantin. Semalam bakal kakak ipar aku telefon, Kak Ati kata bajunya tukang jahit tu salah buat! Ayham mengamuk-amuk semalam. Aku tak ada idea lain, terpaksa panggil rescuer aku! Encik Adam! Nasib baik hari ini hari Ahad, Adam tak kerja. Boleh datang membantu aku menyelesaikan masalah Ayham dengan Kak Ati!

“Assalamualaikum…”

Aku mendengar suara Adam dari luar rumah aku. Dah sampai! Cepat-cepat aku menyarungkan tudungku dan menyambutnya sambil tersenyum. Senyuman paling manis aku boleh buat supaya dia boleh tolong aku selalu!

“Waalaikumussalam. Masuklah!” Inilah kali pertama kawan lelaki aku yang datang ke rumahku. Tak pernah lagi mana-mana lelaki aku jemput masuk, mahu kena terajang dengan abah. Kali ini terpaksa lah, kalau tidak baju Kak Ati tak siap! Adam membuka kasutnya.

Adam tersenyum memandangku. “Kenapa cantik sangat ni? Awak selalu macam ni, saya boleh tergoda tau!” bisik Adam.

“Pakai tudung indon saja dah cakap cantik! Mata awak ni sihat tak?”

Adam tergelak.

“Ini ibu saya, Raudhah Sakinah Al-Haj Sayid Al-Haj! Ibu, inilah Adam.” Aku memperkenalkan ibu kepada Adam. Adam menghulurkan tangannya, bersalaman.

“Baru saya tahu, daripada mana kecantikan yang Ayesha dapat!”

“Ada-ada sajalah Adam ni!” Ibu malu. Pandai juga Adam mengambil hati ibu. Macam-macam hal! Abah datang tiba-tiba, berdiri di sebelah ibu.

“Abah, ini Adam. Adam, inilah abah saya, Yong Ayaaz Yong Aydid”

“Pakcik.” Adam bersalam dengan abah. Abah tersenyum. Miracle! Aku takut juga kalau-kalau abah bertukar reaksi! Abah… macam aku juga, tak berapa betul mood dia! Sat lagi tiba-tiba dia hambat Adam dengan penyapu, takut juga.

“Ini abang sulung saya yang nak kahwin tu, Yong Ayham, ini bakal isterinya, Haryati.” Ayham bersalam dengan Adam. Adam melemparkan senyuman kepada Kak Ati, Kak Ati membalasnya.

“Saya Yong Ayman. Panggil Ayman, nanti lama-lama sikit bolehlah panggil abang ngah, bila korang berdua dah kahwin nanti!” sampuk Ayman! Aku terkejut! Haramm…

“Apa abang ngah ni! Buat malu orang ja. Pi duduk sanalah, orang tak berkenaan sila ke tepi ya!” Aku marah abang ngah. Buat lawak tak kena tempat… kang abah marah kang!

Adam hanya tersenyum melihat gelagat aku dan abang ngah. Memalukan! Aku menarik Adam membawanya ke ruang tamu. Boleh bincang dengan selesa sikit. Adam duduk di sebelah aku. Aku menarik Kak Ati duduk di tengah-tengah aku dan Adam. Yang nak buat baju, bukan aku pun! Saja nak menyibuk…

“Okay, saya ada buat sketch sikit semalam bila Ayesha call saya macam yang Kak Ati nak. Cuba tengok!” Adam mengeluarkan bukunya. Baju gaun berlengan panjang dengan kain lace mempunyai manik hampir keseluruhan bajunya. Di tengah-tengah baju, riben berwarna kelabu, apabila di ikat, pemakai akan nampak ramping. Model lukisan Adam dipakaikan tudung, cara pemakaiannya juga simple dan berbunga di tepi. Memang cantik!

“I like…” kataku. Adam tersenyum. Apa sahaja yang ada lukis, menarik pada mata aku. Setakat ini tak pernah pula aku bantah atau komplen yang teruk-teruk.

“Cantik sangatlah Adam. Kak Ati bukan bersanding dekat hotel! Dekat rumah sahaja.”

“Kak Ati ni, once in your life time!” ujar aku. Sekali seumur hidup nak berpakaian cantik ala permaisuri, bila lagi??

“Ya Ati, ibu tengok lukisan pun dah cantik, ibu tak dapat nak gambarkan kalau dah siap!”

“Berapa lama boleh siap Adam?” Tanya abah. Wah… abah pun excited!

“Material ni dah ada dekat kedai. Kalau Kak Ati setuju, saya ukur, petang ni saya potong. Besok saya jahit, kena jahit manik juga, lusa boleh siap, InsyaAllah. Nak cepatkan?”

Kak Ati mengangguk-angguk. “Okay ke bang?” Tanya Kak Ati pada Ayham.

“Cantik, abang okay saja. Adam, harganya mesti mahal kan?” agak Ayham.

Adam tergelak. “Harga jangan risaulah!”

“Harga bakal adik beradik boleh kot.” ujar Ayman. Aku menjeling memandangnya! Dari tadi tak habis-habis mengusik. Mereka semua tergelak, termasuk abah. Abah pun okay saja… boleh layan pulak! Apa ilmu Adam pakai ni?

“Kalau macam tu okaylah.” Akhirnya Kak Ati bersetuju. Bukan calang orang nak buat baju Kak Ati ni tau… pereka fesyen termuda yang terkenal tau!

“Kalau macam tu, saya ambil ukuran. Makcik tak mahu sekali baju lace macam ni?”

“Eh.. tak payahlah Adam. Makcik dah tua!”

“Tak tualah!”

Ibu tersenyum. Seronoklah tu orang puji-puji dia cantik… aku membantu Adam mengukur badan Kak Ati. Setelah siap di ukur, aku menjemput Adam menjamu juadah yang sudah disediakan.

Di meja makan, abah seronok berbual-bual dengan Adam, aku tak menyampuk apa pun. Aku hanya melihat kepelikan! Aku pelik sebab abah tak selalunya peramah macam ni! Mungkin ini kerana lelaki pertama yang aku bawa datang berjumpa abah, abah jadi seronok atau abah memang sekepala dengan Adam! Mana tahu??

“Lama dalam bidang ni?”

“Lama juga, dari saya grad UiTM. Saya sudah ada dua kedai dah.”

“Majulah macam ni.”

“Biasa saja pakcik.” Adam merendah diri.

“Lama dah kawan dengan Yang?” tanya Ayman.

“Baru saja. Kebetulan kedai bunga dia sebelah butik saya.” Ujar Adam.

Habis sekerat hari Adam kena soal macam polis tengah siasat penjenayah. Ini semua kerja abang ngah dengan abah! Tapi abang ngah yang melebih-lebih, nasib Adam tak cuak! Kalau dia cuak… takpa akak tolong cover! Cet.. aku sendiri tak berani nak bersuara.

Aku menghantar Adam ke pintu pagar setelah bersalaman dengan semua orang, Adam mahu meminta diri. Ada kerja perlu disiapkan, terutamanya hendak potong kain untuk baju Kak Ati. Aku minta maaf banyak-banyak dengan Adam, sebab kena soal macam-macam. Adam senyum sahaja. Tak ada pula nak marah-marah atau mengamuk-amuk.

“Kalau awak di tempat saya, awak pun akan di soal macam itu juga!”

“Tak ada maknanya saya nak pergi rumah awak pula? Mom awak nak gubah bunga pula ke?”

“Gubah bunga tak adalah setakat ini, tapi nak sunting bunga, mungkinlah! Kalau ada orang sudi…” Adam berkias-kias denganku. Adam! Macamlah aku tak faham…

“Eleh!”

“Awak tak mahu temankan saya potong kain ni ke? Awak ada, seronok sikit saya buat kerja. Cepat sikit saya buat kerja, entah-entah boleh siap jahit manik ni.”

“Awak gila ke? Nanti kena tangkap basah, tak pasal saja.” Gila mamat ni! Kalaulah dekat kedai dia ada orang tak apalah.

“Butik saya ada orang jagalah. Nanti saya hantar awak balik. Tak sampai malam… Jomlah!” ajak Adam bersungguh-sungguh. Aku pun bukan ada hal pun hari ini, semua kerja rumah yang ibu suruh, aku dah buat dah.

“Kejap, saya tanya abah.” Aku masuk ke dalam rumah. Aku minta izin abah, aku kata aku nak tolong Adam, terus abah bagi izin. Terus aku tukar baju, pakai jeans dan T-Shirt. Elok sikit dari tadi. Aku pakai tudung warna biru cair, warna kegemaranku. Aku melompat masuk ke dalam kereta Adam, macam dah biasa.

“Wanginya!”

“Saya tak pakai minyak wangi pun, tapi orang beriman memang baunya wangi-wangi saja.”

“Eleh!” Adam mencebik. Aku tersenyum.

******

Aku leka melihat Adam memotong kain mengikut ukuran badan Kak Ati. Sekali-sekala dia mengusik aku yang sedang sibuk membaca majalah, majalah fesyen. Sejak aku ke sini, aku tak pernah nampak mom Adam datang ke butik, hanya sekali sahaja sewaktu aku menghantar bunga. Lepas tu tak jumpa dah! Adam selalu kata mom dia tu sibuk memanjang.

“Cuba awak tengok majalah yang itu.”

“Yang mana? Yang ini?” Aku menunjukkan majalah yang dimaksudkan.

“Buka mukasurat 18. Ada gambar bakal suami awak tu…”

“Siapa? Anuar Zain?”

Adam tergelak. “Anuar Zain pun tak pernah jumpa, nak jadi bakal suami.”

“Mana tahu suatu hari nanti saya terserempak, dia terjatuh cinta dengan saya, jodoh di tangan Tuhan, bukan awak, wahai Encik Adam!” Aku menyelak mukasurat 18. Terpampang besar gambar Adam. Award apa ni? Juara Anugerah Pereka Fesyen Muda 2009.

“Wah!”

“Handsome tak?” tanya Adam.

“Boleh lah… daripada tak ada!”

“Yang Ayesha!” Adam menjerit.

Aku tergelak. “Jangan jerit-jerit, saya tak pekak lagi.”

“Saya seronok berjumpa dengan keluarga awak, macam-macam hal! Keluarga muhibbah!” ujar Adam sambil memotong kainnya.

“Keluarga saya memang macam tu. Tapi abah tu garang tau! Dengan awak dia macam… okay saja. Awak nak tahu, awaklah orang pertama saya bawa masuk jumpa keluarga saya.”

“Iya? Makna kata family restulah kalau saya ada hubungan dengan awak?”

“Awak jangan macam-macam Encik Adam! Saya balik karang…” ugut aku. Aku geram betul dengan Adam ni. Cakap entah apa-apa, selalu tak masuk akal.

“Eh Cik Ayesha ni, itupun nak marah! Kalau ada jodoh, tak ke mana…”

“Saya bukan nak cari jodoh sekarang ni… saya nak cari kerja.” Aku mulai bising.

“Cakap pasal kerja, ada berita baik yang saya nak beritahu awak.” Adam memberikan surat itu kepadaku, lantas duduk disebelahku. Aku dapat kerja ke ni? Aku tersengih dan membuka surat itu.

“Kepada Cik Yang Ayesha binti Yong Ayaaz, sukacita dimaklumkan anda telah mendapat tawaran bekerja sebagai pereka dalaman bermula pada 1 Mac ini. Sila laporkan diri anda pada hari tersebut kepada Pengurus Hotel ini.” Aku menutup surat itu.

“So??”

“Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya kerja tu.” Kataku bersahaja.

“Tak nampak macam excited pun?”

“Yeah!!!” Aku gelak besar. Sebenarnya aku seganlah dengan Adam nak menunjukkan perangai buruk aku ni, kang tak laku pula karang!
Adam tersenyum. “Suka? Ingat janji awak tak?”

“Mestilah saya ingat. Kerja awak dah siap ke?” tanya aku. Aku hendak menunaikan janjiku, aku nak bawak dia pergi makan petang.

“Saya dah siap potong, saya nak suruh staf saya jahit kejap. Awak tunggu ya!” Adam menghilang selamat 5 minit kemudian kembali semula.

“Jom! Lepas ni saya hantar awak balik. Nanti malam pula, abah marah saya nanti.”

“Amboi… macamlah abah tu abah dia!” kataku. Adam bahasakan abah aku dengan abah saja, macam abah tu bapa dia pulak! Selamba kodok je mamat ni tau…

“Abah to be…”

“Perasaan!” Tengoklah tu… tak habis-habis!

Bab 7

Lagi seminggu aku nak masuk kerja baru. Aku dah tak sabar nak bekerja di tempat baru. Aku dah suruh abang ngah beritahu Kak Sophia yang aku akan bekerja satu pejabat dengan dia. Kak Sophia pun excited! Bos, Encik Saadan sudah dapat menerima kenyataan yang aku akan pergi dari kedai itu. Berkali-kali aku berjanji padanya yang aku akan datang apabila dia perlukan aku. Aku dah cakap pada dia, kalau aku anggap kedai ini macam kedai bapak aku, so dia jangan marah!

Kelmarin, Kak Ati sudah mencuba baju yang Adam telah siapkan. Kak Ati memang cantik sekali. Kerja tangan Adam memang cantik, aku sangat kagum dengan bakat yang dia ada. Semakin lama aku dengan Adam semakin rapat! Walaupun Adam masih berkias-kias dengan aku, aku masih anggap itu satu gurauan. Aku tak mahu serius! It’s not time yet!

Aku menyusun bunga-bunga lily di dalam pasu. Wangian bunga ni menusuk hidung aku. Kalau lagi kembang bunga, lagilah wangi. Boleh jadi pening!

“Hari ini tak nampak cik abang sayang pun? Selalu pagi-pagi dah melekat kat sini, macam satu blok bangunan ni dia punya!” ujar Kak Zara.

“Siapa??” tanya aku, aku tak faham siapa yang Kak Zara maksudkan.

“Adam Harith! Mana dia? Akak tak nampak pun dari tadi. Ini dah nak petang pun tak nampak-nampak?”

Aku tergelak. Siapa yang rindu siapa ni?? Orang tak tunggu Adam pun… dia pula yang sibuk!

“Siapa tunggu siapa ni? Akak rindu dengan Adam ya?” usik aku. Aku mencium lagi bunga lily itu. Habis wangiannya kalau aku terus mencium lagi!

“Hish… akak pula. Kak Zara takut Yang yang rindu, sampaikan gubah bunga pasu merah tu pun tak siap-siap dari tadi tau.”

“Itu bukan pasal rindu, pasal Yang tak suka pasu tu! Pelanggan mana pilih pasu tu?” Entah, hari ini tak ada mood nak gubah! Pasal Adam ke? Tak lah…

“Salah ke pasu pulak.” Gelak Kak Zara. Aku buat tak dengar saja.

“Ahad ni jangan lupa tau datang rumah Yang tau, kenduri Yoep.” Aku ingatkan Kak Zara. Kak Zara antara orang penting yang aku jemput selain bos, Kak Irah dan Abang Meon termasuk Adam dan keluarganya. Itu sahaja kawan yang aku ada pun! Ah Bok pun aku jemput juga.

Bunyi loceng pintu, aku berlari anak mendapatkannya. Hari ini aku sengaja nak jaga kaunter, bosan. Biar Kak Zara duduk menggubah bunga. Bos, Kak Irah dengan Abang Meon pun tak ada, ada kerja di luar. Kami berdualah jaga kedai.

“Yes?” Macam aku kenal mamat ni! Ni bukan Encik Irfan, manager hotel tu ke? Dia buat apa kat sini??

“Sini tempatnya…”

“Encik Irfan nak beli bunga ke nak jumpa Encik Saadan? Kalau bunga, nak bagi pada siapa?? Kalau nak jumpa Encik Saadan, dia tak ada, dia keluar. Assistant dia, Kak Zara adalah.”

“Saya nak jumpa awak.”

Aku terkejut. “Kenapa?”

“Saja, nak tengok bakal pekerja saya.” Irfan senyum tipis.

Aku mengerut dahi. Apa kena dengan mamat ni! Sakit ke?? Dia memandang aku semacam, macam pandangan si Edward dalam Twilight. Tudung aku senget ke?? Aku membetulkan tudung ku.

“Adam mana?” Sengaja aku memecahkan suasana sunyi yang buat aku tak selesa antara dia dah aku.

“Ada, kat sebelah.”

“Oh…” Adam ada kat sebelah?? Kenapa tak datang sini? Sibuk agaknya.

“Kalau awak suka sangat kerja sini, kenapa nak kerja dekat hotel?”

“Saya rasa waktu temuduga saya dah berlalu!”

Irfan tersengih. Aku pelik. Ada aku buat lawak ke? Mamat ni menyeramkanlah! Cepatlah balik…

“Awak nampak macam tak selesa dengan saya. Awak kena biasakan diri dengan saya ni, saya ni bakal bos awak.”

Aku semakin pelik. Aku tak faham kenapa mamat ni datang lepas tu cakap dekat aku yang bukan-bukan! Tak masuk dek akal! Ada juga kena karate percuma ni…

“Encik Irfan kalau tak ada apa-apa, saya nak selesaikan kerja saya.”

“Jangan lupa 1 Mac ini.”

“Okay! Bye.”

Irfan senyum dan berlalu. Aku menepuk dahi!

“Siapa mamat tu? Tegang semacam saja.”

“Itulah bos Yang dekat hotel tu nanti.” Ceritaku kepada Kak Zara.

“Apahal datang sini pulak?” tanya Kak Zara.

“Entah… Yang tak fahamlah! Pelik gila mamat tu, tak boleh tahan! Jiwa kacau!” Lepas ni aku gelarkan dia, si mamat jiwa kacau!

“Jangan mulakan dengan perasaan benci Yang, nanti jadi sayang. Macam dulu, tak suka Adam, sekarang tercari-cari Adam.” Ujar Kak Zara. Aku ketawa.

“Adam kawanlah kak!” balasku balik.

“Mula-mula kawanlah, lepas tu sawan!”

Aku ketawa besar. Apalah Kak Zara ni! Kalau ada sekelumit perasaan aku pada Adam pun, akan aku buang jauh-jauh supaya persahabatan aku dan Adam tidak terganggu. Kawan lagi seronoklah buat masa sekarang ni… Abah cakap, nak bercinta boleh tapi bercinta biar ada tujuan seterusnya, bukan main-main. Sekarang ni masa kawan-kawan dulu, orang kata… belum sampai seru!

“Kenapa ketawa-ketawa? Ada apa yang kelakar?”

Aku tak sedar dari mana Adam datang! Tiba-tiba menyampuk, selalu macam tu! Macam biskut, kalau tak cari, tak ada, bila ada, timbul tiba-tiba.

“Kau ni buat terkejut semangat akaklah Adam!” Kak Zara mengurut-urut dadanya.
Adam tersenyum. Lama aku tak nampak senyuman Adam yang meruntun jantung aku, lama tak nampak konon! Walhal baru setengah hari! Rindu kah? Ish…

“Kerja banyak ke?” tanya aku.

“Hemm… ada jugalah. Last tadi fitting baju abang.” Jawab Adam. Adam leka membelek bunga di dalam pasu merah yang aku tak siap-siapkan lagi.

“Patutlah mamat tu tersembul tadi kat sini.” Ujarku.

“Dia datang sini? Irfan? Buat apa?” tanya Adam.

“Katanya nak tengok bakal pekerja dia.” Jawab Kak Zara sambil bangun ke stor belakang. Muka Adam berubah.

“Nak jumpa awak Sya? Kenapa?” tanya Adam, dia memandangku serius.

“Tak tahu. Dia kata macam tu saja.” Aku menjungkit bahu.

“Tak apalah. Saya pergi tanya dia kenapa.” Adam mahu berlalu, serta merta aku menarik tangannya. Tindakan refleks. Aku tak pernah pegang tangan lelaki! Pertama kali. Adam memandangku. Aku terkejut, serentak aku lepaskan. “Sorry!” ujarku. Nasib baik Kak Zara dah bangun pergi ke belakang, ambil bunga. Kalau dia nampak… sure kecoh satu kedai!

Adam duduk disebelahku. Tangannya didepakan di belakangku. Aku ganjak ke depan sikit. Mamat ni kang…

“Awak dah sentuh saya, jadi awak kena kahwin dengan saya!” ujar Adam dengan nada mengugut.

“Eh eh… saya ter.. tersentuhlah!” Tersentuh saja kena kahwin ke? Fahaman mana Adam pakai ni??

“Batal tau air sembahyang saya. Orang dah lah nak pergi solat asar tadi…”

“Saya pulak punya salah. Kalau nak pergi sembahyang asar, kenapa datang melepak dekat sini?”

“Saya nak naik atas, tiba-tiba kaki terlajak dekat sini. Rindu pula rasa hati, tak jumpa awak sehari, bagaikan gusi tak bertemu dengan gigi!”

Aku tergelak. Pantun tiga kerat Adam betul-betul melucukan. Adam tersenyum. “Orang cakap betul-betul, dia gelak pulak. Tak faham betul lah, kenapa Irfan datang sini?”

“Sudahlah, dia datang nak tengok kedai kot!”

“Saya rasa dia dah jatuh hati dengan awaklah.”

“Merepek. Jangan merepek boleh tak Encik Adam.”

“Awak tu tak kenal abang saya, Cik Yang Ayesha. Kalau dia nak, dia nak juga. Awak… benarkanlah saya panggil awak Yang.”

“Apa kena mengena dengan abang awak dan panggilan saya.”

“So, dia tahulah awak kepunyaan saya.”

“Lagi merepek!”

Adam mencebik. “Dah berminggu saya minta dekat awak, saya kan dah dalam senarai orang tertentu awak, bolehlah!” rayu Adam. Aku tersengih. Dia memang dah masuk senarai. Cuma kalau aku bagi dia peluang ni, aku takut dia salah guna. Sat lagi bukan Yang dia panggil aku, dia panggil Sayang nanti aku yang kelupoq! Jangan Adam… jangan rosakkan hati Yang Ayesha yang suci murni ni..

“Okay.. okaylah!”

Adam suka, meloncat-loncat!

“Kenapa dengan kau ni Adam??”

“Saya dah naik pangkat dah kak!” ujar Adam teruja.

“Kau dah couple dengan Yang ke?”

“Hish… ni lagi satu merepek!” Aku mencebik.

“Nak dekatlah kak.. Akak tu doakan saya lebih sikit! Susah nak cair hati batu kepala kayu ni kak oiii..” ujar Adam sambil ketawa. Kak Zara lagilah terbahak-bahak sampai terkeluar anak tekak.

Hampeh… sempat mengata aku lagi! Ada juga kena tusuk duri bunga ros ni. Aku geram, melihat Kak Zara pun dua kali lima dengan Adam, sama naik pulak dua orang ni. Aku menyampah.

“Adam, jom. Function di hotel tu dah nak start.” Ketawa mereka berdua terhenti apabila terdengar suara Irfan, menegur. Aku memandang Irfan, mamat jiwa kacau yang berdiri macam tiang bendera di sebelah kaunter.

“Oh, okay.” Adam bingkas bangun.

“Adam jangan lupa, Ahad ni?” ujarku. Aku takut Adam lupa! Adam kan dah janji nak jadi pengapitnya Ayham gara-gara Ayman tak mahu jadi pengapit, takut hilang seri! Mengada betul abang aku yang seorang tu!

“Kita ada date kah?” tanya Adam balik. Dia buat dah! Nasib baik tak terlepas pasu merah ini dari tanganku.

“Yoep kahwinlah…”Aku menepuk dahi. Adam tersenyum.

“I won’t forget, sayang. I will be there.” Ujar Adam. Irfan senyum kelat. Bodoh betul lah dia ni. Aku dah agak dah, mesti salah guna! Aku nak cubit mulutnya itu, tetapi aku tahan.

Setelah Adam dah Irfan berlalu dari situ, Kak Zara mencuit-cuit bahu aku.

“Kenapa kak?”

“Yang, akak takut Yang terperangkap dengan cinta tiga segi antara adik beradiklah Yang!”

“Meaning?”

“Akak tahu Adam pun suka dekat kau, tapi akak rasa Irfan pun suka dekat kau juga. Kau kena pilih Yang, jangan dua-dua kau terjatuh cinta pula!”

“Akak ni, banyak sangat pengaruh TV lah!”

“Hebatlah kau ni Yang, sekali datang, dua terus!” ujar kak Zara tergelak-gelak.

Aku mengelengkan kepalaku, tak sanggup nak menerima kata-kata Kak Zara yang merapu itu. Masakan Irfan sukakan aku, dia kan dah bertunang. Adam.. yang itu memang tak makan saman! Tak kisahlah tu, yang penting aku tahu hati aku untuk siapa. Bila aku jatuh cinta nanti… aku sendiri yang tahu!


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

12 ulasan untuk “Novel : Pabila cinta memanggilku 6, 7”
  1. Enieya says:

    complicated! best!!

  2. ziera says:

    best sangat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"