
Novel : Putri Dihati 13
4 September 2010
Kategori: Novel
455 bacaan Jom bagi ulasan
Oleh : MielaEdward
13
Natasya muntah lagi.Masuk kali ini telah beberapa kali dia masuk keluar tandas.Dia tidak tahan melawan keloyaannya itu.Natasya sedih.Doktor Clarissa sudah beberapa kali menyoal siapa suaminya dan pemeriksaan kali ini dia harus membawa suaminya untuk berjumpa dengan doctor Clarissa.Kebingungan menguasainya kini.
Dia meraba raba perutnya yang kian kelihatan.Tidak sampai 4 bulan saja lagi dia akan melahirkan anak Daniel yang menjadi lambang cintanya pada lelaki itu.Dia memandang potret Daniel.Dia amat merindui Daniel.Kesedihannya tidak dapat dibendung lagi sepatutnya pada saat begini Daniel harus berada disisnya.Namun lelaki itu jauh dimatanya.
Natasya mencapai tas tangannya.Kali ini dia nekad.Dia harus membuang bayi dalam kandungannya itu.Bayi itu tidak boleh hidup.Bayi itu akan menyusahkan kehidupannya.
“Natasya nak kemana ni,”langkah Natasya terhenti.Dia memandang kearah wajah anak angkat mamanya,Kelvin.Semenjak dia tinggal di Sarawak mamanya mengambil Kelvin sebagai anak angkatnya.Mungkin juga mamanya sunyi tanpa peneman.
“Yang awak sibuk tu kenapa? Suka hati akulah nak pegi kemana pun,”Natasya sombong berkata.Semenjak dia mengandung dia amat sensitive.Perasaannya mudah tersentuh.
“Tasya salahke abang nak Tanya Tasya.Abang sayangkan Tasya,”Kelvin masih berusaha memujuk Natasya agar Natasya dapat menerima kehadiran dia dirumah itu.
“Sapa awak??Saya tak ada pertalian darah pun dengan awak.Dah ketepi,Saya nak cepat ni,”Natasya menolak Kelvin.Namun badan setegap Kelvin tidak mudah tersungkur.Seketika Kenari hitam meninggalkan perkarangan rumahnya.
________________________________________
Khairunissa berhias bagai seorang bidadari.Memang ayu wajahnya mengalahkan putri raja dizaman Cinderella.Dia merasakan hari ini adalah hari yang amat bahagia baginya.Dia akan berjumpa dengan putera raja yang sekian lama menjadi idaman hatinya.
Dia menanti sabar Danish diwaterfront.Beberapa kali Khairunissa menilik jam tangannya namun bayangan Danish tidak kelihatan.Jarum panjang menunjuk keangka 9 malam.Khairunissa mulai resah.Adakah ini petandanya Danish ingin lari darinya dan terus melupakan dia untuk selamanya?Ahhh andainya perkara ini terjadi apalah gunanya hidup ini?
Khairunissa mendail nombor Danish namun sering masuk kepeti suara.Berpuluh puluh mesej dihantarnya namun tidak mendpat sebarang balasan.Khairunissa mulai bimbang.Peluh panas mulai memercik.Dia tidak mahu berpisah dengan Danish.Lelaki itulah tujuan utamanya untuk meneruskan kehidupan.
Natasya merasakan beberapa titis air sejuk membasahinya makin lama makin lebat.Hujan turun mencurah curah namun Khairunissa tetap menanti.Dia tetap sabar menanti meskipun hujan membasahi badannya.Dia tidak akan berganjak dari situ selagi lagi Danish tidak muncul didepan matanya.
________________________________________
Keadaan di Hospital umum Sarawak gamat dengan suara tangisan.Semuanya bersedih.Semuanya tidak merelakan pemergiaan Danish.Dan semuanya tak sanggup berpisah dan kehilangan Danish..
“Danish akan pergi ma,maafkan Danish ma, pa, abang atas segala dosa dosa Danish.Danish tak dapat lagi meneruskan segalanya.Danish sakit sangat,Ma pa janji dengan Danish jangan bagitau kawan kawan Danish atas pemergian Danish ni,Janjilah,”Danish bersuara terketar ketar.Darah makin banyak keluar dari mulutnya.Siang tadi dalam perjalanan ingin menemui Khairunissa dia berlanggar dengan lori yang membawa tanah.Dia tersepit.Nasib baik dia sempat dikejarkan kehospital.Darah banyak keluar dari mulutnya,Doktor mengatakan bahawa Danish amat sukar untuk diselamatkan kerana darah banyak membeku dikepalanya.Bila bila masa saja dia akan pergi.
“Jangan bercakap lagi sayang.Mama janji mama akan merahsiakannya,”Puan Juliana memegang erat jari jemari anaknya.Matanya basah,Daniel merasakan hidupnya bagai ingin berakhir melihat penderitaan adiknya itu.
“Abang janji dengan Danish bang.Janji dengan Danish abang jaga dan lindungi gadis ni.Abang kena tunaikan Janji Danish yang ingin menjaga dia sehingga keakhir hayat.Abang jaga Khaiunissa bang.Abang jangan kata pada dia Danish mati bang hinggalah sampai satu saat bila dia dah dapat terima kenyataan,”Danish meninggalkan amanat pada abangnya.Daniel mengambil potret dari tangan adiknya.Memang gadis itu cantik secantik bidadari.
“Abang janji dik, Abang janji,”
Daniel memejamkan matanya.Nafasnya turun naik makin lama makin perlahan dan akhirnya kedengaran tangisan sayu puan Juliana.Anak kesayangan telah pergi dulu menghadap ilahi.Daniel berteriak sepuasnya.Adik yang selama ini berkongsi kesedihan dengannya kini telah tidur untuk selamanya.Datuk Syaiful merasa amat pedih,dia terasa kehilangan anak bongsunya.
“Nish jangan pergi Nish.Jangan tinggalkan abang.Abang tak sanggup kenangkan kenangan dengan adik.Abang tak sanggup kerana selama ini dik suka ganggu abang.Adik menghiburkan abang.Adik juga berkongsi suka duka dengan abang.Bawalah abang bersama.Jangan pergi seorang dik.Abang masih ingin memberi kasih saying pada adik,”Daniel meraung raung.Dia sukar menerima kenyataan apabila Danish telah pergi selamanya.Baru sebentar tadi adiknya itu menyuruh Daniel untuk mendoakan kejayaannya memikat Khairunissa,namun sekarang adiknya itu telah terbaring lemah dengan mata tertutup rapat.
________________________________________
Natasya menangis.Hidupnya telah musnah.Masa depan dan impiannya hanya tinggal anganan kosong yang diimpikan dalam alam khayalan.Cita citanya sebagai seorang pramugari tidak dapat diteruskan kerana beberapa bulan saja lagi dia akan bergelar seorang ibu dan ini menghalangnya untuk mencapai cita citanya.
Natasya berpaling setelah dia merasakan bahunya disentuh oleh seseorang.Kelvin tersenyum manis memandangnya.Dia mengambil tempat bersebelahan dengan Natasya.Natasya merasa benci melihat lelaki didepannya itu.Dia merasa kekok bersama leleki itu merskipun Kelvin abang angkatnya.Dia masih tidak dapat menerima lelaki itu.
“Kenapa awak datang sini?.”Natasya bersuara kasar.Dia tidak memerlukan kehadiran Kelvin disitu.
“Abang datang untuk menghulurkan bahu abang untuk Tasya sebagai tempat untuk adik abang bersandar dikala Tasya bersedih.Tasya abang dah tahu segalanya,Sapa bapa kepada anak yang Tasya kandungkan itu?Jawab Tasya.Siapa?,”kata kata Kelvin bagaikan bom jangka yang bias musnahkan Nataya pada saat itu.Dia memandang wajah jernih didepannya.
“You ni kenapa hah??Apa yang you maksudkan ni??,”Natasya cuba mengelirukan Kelvin.Kelvin tidak boleh mengetahu rahsianya.
“Jangan berpura pura tidak tahu Tasya.Doktor Felicia sudah menceritakan segalanya kepda abang.Abang datang sini bukan nak mempersendakan Tasya.Tapi abang ikhlas nak Bantu Tasya.Apapun yang terjadi Tasya tidak boleh menggugurkan kandungan Tasya tu.Anak tu tak berdosa Tasya.Tasya yang berdosa,janganlah menambahkan dosa tu lagi.Sekarang ni Tasya kita mencari jalan untuk mencari ayah Baby tu.Dia harus bertanggungjawab Tasya,Dia mesti bertanggungjawab Tasya,”memang ada benarnya pada kata kata Kelvin.Selain daripada berdosa malah kata kata doctor Felicia sebentar tadi pun menakutkan dia.Kata dia anak yang dikandungkannya itu tidak dapat digugurkan.Sekiranya digugurkan mungkin nyawa Natasya sendiri akan tergadai.
“Tapi mama tidak boleh tahu hal ni,”Natasya mulai menangis.Dia memang lemah terutama bila dia memikrkan tentang hidupnya yang akan musnah.
“Tasya tinggallah kat kampong abang dulu.Kampung tu jauh kat pedalaman.Tasya lahirkanlah anak Tasya kat sana.Lepas tu Tasya suruhlah saudara abang jaga dia sehinggalah dia besar,Abang jamin Tasya selamat kat sana,”kata kata Kelvin bagaikan memberi harapan kepada Natsya.Untuk pertama kalinya Tasya menyandarkan bahunya kepada Kelvin dan menangis semahunya.Segala kesedihannya terluah.Kelvin turut merasai penderitan yang dialami Natasya,matanya turut basah,beberapa titis mutiara jernih turun membasahi pipinya.
________________________________________













