Novel : Siapakah kekasih hatiku? 8

3 September 2010  
Kategori: Novel

1,139 bacaan 4 ulasan

Oleh : hazel adriana

Seharian aku di rumah. Mengemas dan membasmi habuk-habuk yang bertaburan menghiasi lantai dan dinding rumahku. Habis sawang-sawang aku kerjakan secukupnya. Tanganku segera mengambil penyapu dan menyapu debu-debu nakal yang berani mengotori lantai rumahku. Tak cukup dengan ruang tamu, aku beralih ke atas. Ke kamar tidur aku dan semestinya Alan juga. Aku menuju ke meja kerjanya. Bersepah! Geram benar aku dengan suamiku ini. Sesedap rasa sahaja menyepahkan bilik. Buku-bukunya aku susun di atas rak. Fail-fail aku susun rapi di atas meja. Tiba-tiba aku terpandangkan satu objek aneh yang terselit di celahan buku.

‘Eeh.. ada diari’ otak aku lambat menafsirkan apa yang harus aku lakukan dengan diari itu. lantas aku mendapat akal. Lantas aku ketawa berdekah-dekah kerana hatiku waktu itu dipenuhi dengan idea jahat.

‘balas dendam sebab dia baca blog aku dulu. Abang, maafkan Tia ye.’ Lantas ketawa versi Cruela De vil dalam animasi 101 dalmations berlaku.

Aku beralih ke mencari tempat yang selesa. Lantas helaian pertama aku tatap.

Tiada wanita secantik kamu

Tiada lelaki sekacak aku

Aku ingin kau tahu

Kau memang tercipta untukku

Hati aku berbunga-bunga pabila membaca bait-bait ayat yang tersusun indah di dalam diarinya. Lantas helaian seterusnya kuselak.

12 Julai 2009

Aku menikahi gadis bernama Zatia. Orangnya taklah secantik mana. Ada mata dan lubang hidung seperti gadis-gadis yang pernah kukenali dulu. Dia baik namun terus terang aku katakan hati aku bukan untuknya. Mungkin kerana aku menikahinya kerana mama. Semua benda untuk majlis perkahwinan kami dibuat sendiri. Pandai dia menjimatkan duit aku. Macam tahu-tahu je aku tak sukakan dia. Sebenarnya aku tak rela nak kahwin dengan dia namun kasih sayang mama mengatasi segalanya. Hati aku masih lagi untuk Riana.

Aku terduduk. Entah mengapa hatiku terasa pedih. Seperti ada sesuatu menyesakkan dada. Mengigil tanganku menyelak helaian seterusnya. Aku meneruskan bacaan dan akhirnya aku terhenti pada helaian yang menghancur leburkan hati aku sebagai seorang wanita.

20 Disember 2009

Hari ini aku sah menjadi suami kepada Riana. Perasaan berbeza yang dapat aku huraikan di sini. Perasaan bahagia menyelubungi diriku. Aku sangat bahagia di samping Riana. Tak seperti waktu aku melafazkan akad buat Zatia. Waktu itu terasa duniaku tak bermakna. Aku seharusnya berterima kasih kepada Zatia kerana menandatangani borang itu tanpa membacanya terlebih dahulu. Namun, aku rahsiakan semua itu daripada keluarga Zatia. Mama tak banyak bicara. Dia tahu aku terseksa kerana mengahwini Zatia. Jadi dia merelakannya dengan syarat aku tak boleh menceraikan Zatia. Aku turuti sahaja. Yang pastinya aku dapat bersama buah hatiku Riana.

Air mata yang kutahan jatuh jua. Aku tak sedih namun aku terasa hati apabila Alan tidak meminta izin dariku untuk berkahwin lagi. Diari itu aku tutup. Tak sanggup membaca episod kebahagiaan Alan. Pastinya dia gembira bersama insan yang dicintai. Aku? Mungkin menunggu masa untuk menjadi janda.

Sayup-sayup kedengaran bunyi kereta Alan masuk ke porch kereta. Lantas aku menyimpan kembali diari itu di tempat asal dan aku mengesat sisa air mata yang mencemari wajahku. Aku melihat Alan baru melangkah ke kamar. Aku memaniskan muka. Alan meletakkan briefcasenya di atas meja kerjanya dan berlalu ke kamar mandi. Aku pula memanjangkan kaki ke dapur. Makan malam siapkan petang tadi aku panaskan dan hidang di atas meja.Kulihat Alan menuruni tangga.

“ Abang, mari makan.” Lembut tutur bicaraku. Namun hanya dijawab oleh gelengan dari Alan.tahulah aku bahawa aku akan menikmati makan malam sendirian lagi malam ini. Deruan enjin kereta yang semakin menjauh menambahkan lagi sayu di hatiku. Lantas lauk ketam masak lemak cili padi ku gigit sepenuh hati.

Seminggu sudah Alan tak menampakkan dirinya. Kalau dahulu aku akan menelefonnya, bertanyakan ke mana dia menghilang. Sekarang aku rasa itu semua tak perlu lagi. Mungkin, jika aku menelefonnya aku akan mengganggu rumah tangga Alan yang masih baru. Aku berjalan-jalan di sekitar Kuantan. Sengaja aku lakukan kerana tiada apa yang hendak di buat di rumah. aku berjalan tanpa arah tujuan sekejap ke kedai cenderahati , sekejap ke kedai buku. Banyak juga novel yang kuborong sepanjang meninjau-ninjau kedai buku di Kuantan Parade.Tiba- tiba langkahku terhenti di suatu sudut yang menempatkan kedai barangan berjenama. Aku seakan kenal susuk badan lelaki itu. Di sisinya seorang gadis yang anggun. Lama aku perhatikan.namun aku seakan ingin menidakkan kebenaran yang jelas di depan mataku. Masakan aku tak kenal suamiku sendiri dan pastinya gadis itu isterinya. Aku ingin berlalu dari situ namun kakiku bagaikan digam di lantai marmar itu.Aku hanya memerhatikan gelagat suamiku dan gadis itu. Mesra dan tergambar kebahagiaan di wajah mereka berdua. Senyuman ikhlas yang tak pernah diberikan kepadaku. Lalu aku cuba melangkah pergi dari terus menonton aksi-aksi bahagia pengantin baru. Longlai dan aku terfikir…

‘perasankah dia aku di sini?’


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

4 ulasan untuk “Novel : Siapakah kekasih hatiku? 8”
  1. aini nisha says:

    sedihla… bergenang gak airmata ni.. sy br bc nvl ni trus jtuh suke n trus cr bab2 yg sblum ni…. bez n sdih sgt2 kisah zatia…. cpt smbung…. x sbr… :cry:

  2. ayu fazira says:

    sye rse novel nie menyentuh hati sye…sye rse mahu menangis….. :oops: :roll:

  3. hazel says:

    jgn la sedih2.. but thanx sudi membace novel ni.. hehe.. hazel akan cube sambung secepat mungkin.. hehe :grin:

  4. musana says:

    memang sedih..berlinang air mata ini mengikuti kisah hidup zatia
    umpama diari sebenar…
    tahniah hazel buat akak menangis

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Kaki Novel"      "Penerbit Fajar Pakeer"