Novel : Siapakah kekasih hatiku? 9

8 September 2010  
Kategori: Novel

1,470 bacaan 5 ulasan

Oleh : hazel adriana

Aku menghempaskan badanku di atas katil. Sunyi. Kuperhatikan keadaan di sekeliling. Objek-objek kaku terletak elok ditempatnya.Mataku tertancap pada bingkai gambar yang berada di atas meja berhampiran dengan katilku. Lalu aku bangun mencapai bingkai gambar itu. Gambar aku dan Alan di majlis perkahwinan kami. Segera fikiranku menerawang. Peristiwa yang berlaku petang tadi berlegar-legar di fikiranku dan tanpa disedari sedikit demi sedikit merobek hatiku. Alan. Wajah lelaki itu segera memenuhi kotak fikiranku, menyesakkan dadaku dan menyakitkan hatiku. Lantas air mata yang sudah sedia bermain di tubir mata gugur juga.

‘ kenapalah aku nangis-nangis macam ni. Tak guna pun nangis sebab laki macam tu.’ Aku cuba memujuk hati sendiri.

Aku bangkit dari katil. Bingkai gambar sengaja kubiarkan di atas katil. Lalu aku ke kamar mandi. Mencari sedikit ketenangan dengan buih mandian lavender yang baru ku beli tadi.

Lama juga aku berendam di dalam tab mandi. Siap buat konsert lagi. Habis semua lagu jiwang-jiwang terkeluar dari mulutku. Nyanyian ala-ala soprano juga turut kupersembahkan untuk mengurangkan kesedihan. Sudah menjadi tabiatku, jika hatiku diamuk resah, aku pasti aku menyanyi lagu-lagu jiwang dengan sepenuh jiwa raga dan sedaya- upaya menyumbangkan lagu tersebut.

Entah berapa lama aku bertapa di dalam bilik air. Aku sendiri tak menyedarinya. Akhirnya aku keluar juga. Dan aku dapati seketul objek seakan-akan manusia sedang berbaringan di atas katilku. Mujurlah aku sudah siap berpakaian. Sudah menjadi tabiatku untuk terus memakai pakaian di bilik mandi. Almaklumlah aku ni kan pemalu. Lama aku berdiri di muka pintu bilik air itu. Memerhatikan objek yang terdampar bak dugong kelemasan di atas katilku. Tiba-tiba objek itu bangkit dari pembaringannya. Memandang aku yang masih lagi di muka pintu.

” Sedap nyanyian soprano kau. Patut la dua tiga hari ni ade je pinggan yang retak kat rumah kita ni.” Alan memerli aku. Aku senyap. Lantas aku mendekati Alan. Tangannya ku salam dan kukucup. Namun segera Alan menarik tangannya dari peganganku. Tindakan refleks agaknya.

” Abang baru sampai?” aku bertanya. Sengaja aku lembutkan suara, khas buat Alan kerana dia suamiku.

” lama la jugak sampai naik bernanah telinga aku dengar kau menyanyi kat dalam tu.” Sinis pertuturannya. Aku akur. Aku isteri yang tak dianggap. Pastinya dia tak punya hati untuk menuturkan kata-kata yang indah buatku. Aku berlalu ke arah meja solek. Rambut yang agak lembab ku sikat dengan menggunakan jari jemariku sebelum menggunakan sikat. Losyen bayi aku lumurkan di tangan, leher and juga kakiku. Bedak Carrie Junior kutempek ke muka ku yang tak seberapa ni. Aku hanya melirik ke arah Alan. Masih berbaringan di atas katil.

‘ kenapa dia tak tidur kat rumah isteri baru dia? Biasanya lelaki ni mana nak berenggang dengan isteri dia. Lagi-lagi yang dia sayang.’ Aku bermonolog sendirian. Entah mengapa aku ingin sekali berbicara dengan Alan. Sekadar berborak kosong.

” Abang?” Aku memanggil Alan. Kadang kala aku sendiri pelik akan sikapku. Aku selalu cuba mendekati Alan, cuba memikatnya meskipun aku tahu sukar untuk mendapatkan hatinya walau secebis.

Alan diam. Lantas aku berpaling dari meja solek. Mencari seraut wajah Alan. Alan senyap. Aku bangkit menuju ke arah Alan lantas aku melabuhkan punggung di birai katil. Bahunya kusentuh. Dan tindakan refleks berlaku lagi. Tanganku ditepis. Aku tersentap. Dengusan Alan memberikan aku isyarat agar tidak mengganggunya. Aku bangun dari dudukku.Dan telefon bimbit Alan mula mengalunkan lagu tanda ada yang memanggil.

Alan menjawabnya sambil mata mengerling ke arahku, mengisyaratkan agar menjauh dari dirinya. Aku akur. Aku berlalu keluar dari bilik. Sempat juga aku mendengar tawanya dengan pemanggil itu.

” I love u,sayang. Bosan la duduk kat sini. Sayang la, suruh abang balik rumah ni. Padahal sayang tahu abang rimas duduk kat sini.” manjanya bunyinya. Aku sendiri tak sangka ayat-ayat romantis seperti itu boleh keluar dari kotak suara Alan.

Aku tergamam. Lututku terasa longgar mendengar kata-kata romantis itu. Tapi sayang, bukan untukku. Mudahnya bagi seorang insan bernama Riana mendapat kasih sayang seorang suami. Sedangkan aku? Ketandusan kasih sayang seorang suami. Terpaksa mencari-cari kasih sayang suami dalam bahtera rumah tangga yang hampir karam di tengah lautan. Mungkinkah aku pengemis cinta?

Tak sanggup mendengar bait-bait romantis Alan buat Riana, aku turun ke bawah.Lantas punat televisyen dibuka. Aku? Menikmati drama yang tak tahu hujung pangkalnya di televisyen. Entah bila aku tertidur pun aku tak pasti. Yang pastinya, aku cuba mencipta kenangan manis bersama Alan di dalam mimpi.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

5 ulasan untuk “Novel : Siapakah kekasih hatiku? 9”
  1. fifi fadhlan says:

    pendek sangat la…tak sempat nak menghayati beb… :roll:

  2. aini nisha says:

    ya la .. x smpat nak layan perasaan… pndek sgt..sian ngan zatia.. dah tau laki ada bini baru tp cool aje…..geram la…..cpt smbung tp pnjang la….. k

  3. wawa says:

    terlalu bayak persoalan…???ptt ade sikit huraian…best boleh layan la…xsabar tgu klimaks part zatia tu da diterima alan…

  4. riena says:

    lelaki tu sombong lerrrr…nyampah…zatia tak boleh protogonis gak, mesti rebut hak anda….sedarkan lelaki ngan selembut yang tersendiri…cepat la sambung

  5. musana says:

    sabarnye si zatia tu ngn kerenah alan..
    pendek sangat la..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"