Novel : Syurga Di Wajahmu 16

3 September 2010  
Kategori: Novel

10,582 bacaan 26 ulasan

Oleh : Laila Hanni

Bab 25

Selesai mengemas di dapur, Mak Nab terus ke bilik Idayu. Gadis itu sedang duduk di katilnya sambil membuat jahitan silang pangkah.

“Ayu tengah buat apa tu?,” sapa mak nab sambil duduk di tepi katil.

“Jahit silang pangkah Mak Nab. Hari tu masa nak balik rumah mak, Ayu singgah kat kedai jual barang-barang jahitan. Banyak Mak Nab, paten-paten jahitan silang pangkah yang dijual. Contoh-contoh yang dah diframekan pun banyak. Ayu belilah satu paten. Kalau nak beli yang dah siap frame mahal sangat. Buat sendiri lagi baik…,” jawab Idayu sambil menunjukkan gambar paten yang telah dipilihnya. Mak Nab tersenyum melihat gelagat Idayu yang bersungguh-sungguh menunjukkan hasil kerjanya.

“Tak tau pulak Mak Nab yang Ayu minat kerja-kerja tangan macam ni. Dah banyak ke yang Ayu dah siapkan,” kata Mak Nab sambil membelek hasil jahitan Idayu.

“Baru separuh Mak Nab. Ye lah… bukannya boleh buat selalu. Kadang-kadang sambil temankan Mak Engku pun, Ayu jahit jugak. Dia tak kesah…,”

“Baguslah tu, sekurang-kurangnya dapatlah minat macam ni menjauhkan kita dari asyik dok berangan dan buat perkara-perkara yang tak ada faedah,”

“Emm….,”

Entah mengapa Idayu merasakan ada tujuan lain yang menyebabkan Mak Nab menjengah ke biliknya malam ini.

“Mak Engku dah tidur ke?” tanya Mak Nab setelah agak lama mereka membisu.

“Sudah, tadi lepas Ayu bagi dia makan ubat, terus dia tidur. Malam ni, penat betul dia. Dia tak minta pun Ayu bacakan Al-Quran.,”

“Ayu…,” sapaan Mak Nab yang tiba-tiba kedengaran agak pelik itu membuatkan Idayu memberhentikan kerjanya. Matanya memandang tepat ke arah Mak Nab. Ya, memang benarlah ada sesuatu yang Mak Nab ingin sampaikan.

“Ada apa Mak Nab?” dia bertanya apabila melihatkan Mak Nab seakan serba salah untuk menuturkan kata.

“Mak Nab nak ingatkan Ayu, malam ni Engku Lokman tidur kat sini…,”

Mak Nab memulakan kata. Idayu sedikit tergamam. Apakah Mak Nab mendengar perbualan antara dia dan Engku Lokman di dapur tadi?

“Emm… kenapa pulak Mak Nab…?” Idayu buat-buat tidak faham dengan apa yang ingin disampaikan oleh Mak Nab.

“Tak.. Mak Nab nak ingatkan supaya Ayu kunci pintu bilik ni nanti, manalah tau kalau-kalau dia buang tebiat, masuk ke bilik ni nanti, hah…cari nahaslah jawabnya. Ayu tahukan yang dia tu pantang jumpa yang cantik…., Mak Nab tak mau nanti jadi apa-apa yang tak elok pulak…,” kata Mak Nab sambil memperlahankan suaranya seolah-olah bimbang nanti ada yang mendengar kata-katanya. “Dia buat apa pada Ayu tadi. Mak Nab nampak bukan main laju lagi Ayu keluar dari dapur,” tanya Mak Nab menduga.

“Eh.. tak ada apalah Mak Nab. Dia cuma mengusik Ayu aje… Ayu malu, jadi Ayu larilah cepat-cepat,” jawab Idayu pantas, cuba untuk menyembunyikan peristiwa tadi. Terselit rasa malu pada Mak Nab.

“Memang tiap-tiap malam Ayu kunci pintu bilik. Pintu ke bilik Mak Engku pun Ayu kunci. Memang sejak dari sekolah lagi, cikgu Ayu dah pesan minta kami jaga diri. Cikgu pernah kata, dengan ayah sendiripun kita tak boleh percaya. Apatah lagi dengan orang lain,”

“Baguslah kalau macam tu. Kita orang perempuan ni kenalah beringat sebelum jadi apa-apa kan…,” kata Mak Nab sambil tersenyum. Senang hatinya melihatkan sikap berhati-hati Idayu.

Setelah berbual seketika, Mak Nab meninggalkan Idayu untuk berehat. Idayu tersenyum sendiri mengenangkan sikap perihatin Mak Nab kepadanya. Jangan bimbang Mak Nab, Idayu bukanlah semudah yang disangkakan. Idayu tahu jaga diri, getus hatinya.

********

Engku Lokman melangkah masuk ke rumah. Jam di tangan menunjukkan tepat pukul 2.00 pagi. Tidak sedar dia akan masa yang berlalu begitu pantas sejak dia keluar dari rumah kira-kira jam 11.00 malam tadi. Selepas Idayu melarikan diri darinya tadi, tidak tentu arah dia dibuatnya. Kalau dikejarnya gadis itu tadi, tentunya akan menarik perhatian nendanya, ayah engku dan umi. Perasaan kecewanya bertambah lagi apabila Mak Nab yang kelihatan tidak senang dengan dirinya masuk ke dapur selepas Idayu pergi. Dia dapat merasakan yang pembantu rumah itu mengesyaki ada sesuatu yang berlaku antara dia dan Idayu. Dalam keadaan tidak menentu itu, Engku Lokman mengambil keputusan untuk keluar. Dia menyangka dengan keluar menemui rakan-rakan dia akan dapat menghiburkan hatinya dan melupakan gadis manis itu buat seketika.

Namun, tanggapannya itu jauh meleset dari kenyataan yang perlu ditanggungnya. Wajah Idayu yang mendamaikan itu terus bermain di mata. Cuba menenangkan hatinya dengan mengajak Astri keluar. Kebetulan gadis itu bermalam di sini malam ini dan akan bertugas dalam penerbangan awal pagi esok. Namun, bersama Astri yang sentiasa menggoda itu, dia masih tidak dapat melupakan Idayu. Perasaan aneh yang baru timbul sejak malam hujan lebat yang lalu memang tidak dimengertikan olehnya. Mengapa…?

Kalau dulu dia yang sentiasa dapat mengawal perasaannya bila berdepan dengan wanita. Mengapa kini dengan gadis kampung yang serba sederhana itu, dia bagaikan kecundang dengan perasaannya sendiri? Malah kehadiran Astri disisinya tidak juga dapat meleraikan perasaan gundah yang ada dihatinya itu. Rayuan Astri untuk bersama menghabiskan malam ini juga ditolak dengan pelbagai alasan. Di hatinya kini hanya ada Idayu. Kecewanya masih bersisa dengan sikap Idayu tadi. Mangapa gadis itu amat sukar untuk diterokai hatinya. Dia bagaikan ingin melarikan diri dari keadaan yang memungkinkan mereka dapat menyelami hati budi masing-masing.

Melangkah melintasi bilik tidur Idayu, hatinya tertanya-tanya apakah yang diimpikan oleh gadis itu di saat ini. Jari-jemarinya menggenggam tombol pintu dan dipusingnya perlahan, tapi pintu itu berkunci. Ah.. berhati-hati sungguh gadis ini, bisik hatinya. Termanggu seketika dengan perlakuannya itu. Engku Lokman tidak pasti mengapa dia cuba membuka pintu bilik itu. Idayu….. mengapa perasaan ini bersarang dalam hati?, bisik hatinya. Mata Engku Lokman beralih ke pintu bilik nendanya. Dia melangkah ke situ lantas membuka pintu bilik nendanya. Engku Maryam kelihatan begitu nyenyak sekali lenanya. Wajah tuanya yang tenang itu ditenungnya. Engku Lokman tahu bahawa nendanya selalunya tidak akan terjaga kecuali dikejutkan akibat dari kesan sampingan ubat yang dimakannya. Malah pendengarannya juga sudah kurang baik.

Matanya beralih pula ke pintu yang menghubungkan bilik Idayu dengan bilik nendanya. Apakah pintu itu juga berkunci?, hatinya tertanya. Dia menghampiri pintu itu dan membukanya dengan berhati-hati, bimbang perlakuannya akan disedari oleh nendanya. Dia tahu, perlakuannya itu salah. Tapi dia tidak dapat menahan hatinya. Dia perlu menatap wajah lembut itu lagi. Mahu disimpan kenangan wajah itu di hatinya, lalu ingin dibawa ke dalam mimpinya malam ini. Perasaan girang di hati bagaikan tidak dapat dibendung lagi bila melihatkan pintu itu terbuka dengan mudahnya.

Sesaat itu dia telah berada di bilik Idayu yang sederhana besarnya. Matanya terus menatap wajah gadis itu yang sedang lena tidurnya. Ah.. wajah itu, sederhana parasnya, namun begitu memberi kesan di hati. Raut wajah yang lembut, mendamaikan dengan matanya yang sentiasa dilarikan ke tempat lain apabila direnung, begitu mengasyikkan naluri lelakinya. Wajah yang begitu bersahaja dan sesekali kelihatan gugup apabila mengetahui dia sedang diperhatikan, sentiasa mendatangkan perasan sejuk dan tenang di jiwanya.

Dan kini, berdiri di hujung katil Idayu, dia menatap keindahan yang ada di situ. Rambut ikal gadis itu yang mengurai ke sisi katil bagaikan melambai-lambai padanya. Dia masih ingat lagi ketika malam hujan lebat dulu, rambut separas pinggang itu basah dan sungguh menggiurkan. Tapi, malam ini dengan rambut yang kering dan kelihatan lembut sekali, tak tertahan rasa di hati untuk membelainya. Ingin dibenamkan wajahnya ke dalam huraian rambut itu untuk menikmati kelembutannya. Ingin dinikmatinya haruman di tubuh gadis itu untuk mendamaikan badai yang melanda di jiwanya. Gaun tidur dari kain kapas gadis itu terselak hingga ke pangkal pehanya menampakkan kulit putih gebu seperti yang sering di bayangkan oleh Engku Lokman. Posisi lena Idayu begitu menggiurkan bagai meramas-ramas tangkai hati dan perasaan mudanya.

Engku Lokman mengetap bibirnya menahan perasaan. Untuk apa dia masuk ke bilik gadis ini? Apa sebenarnya yang diinginkan dari gadis ini? Adakah hanya untuk menatap wajahnya sahaja atau lebih dari itu? Gelora di hatinya tidak dapat dibendung lagi. Dia menghampiri sisi katil Idayu tanpa sedikit pun melepaskan renungannya pada tubuh yang kelihatan sungguh menggiurkan itu. Lalu dia duduk di sisi Idayu.
Debar di hatinya makin kencang apabila Idayu, dalam lenanya mengeluh manja sambil bibirnya sedikit tersenyum. Apakah Idayu sedang bermimpi sesuatu yang indah. Tertanya-tanya adakah gadis ini menyedari kehadirannya di situ, tapi kemudian dibuang jauh-jauh tanggapan itu.

Kalau Idayu sedar, sudah semestinya dia akan menjerit dan menjauhkan dirinya lagi. Ah…gadis ini, dalam tidurnya pun dia mampu merenggut perasaan ini dengan kenaifannya. Engku Lokman memejamkan matanya. Terasa gelora nafsunya membuak-buak membadai di hati. Dia mesti mendapatkan gadis ini tak kira apa pun yang bakal berlaku. Ketika itu perasaannya sudah tidak dapat dibendung lagi. Akalnya yang sembilan itu sudah tidak dapat mengawal nafsunya yang satu itu. Idayu………

Perlahan-lahan jari Engku Lokman mula menanggalkan pakaiannya satu persatu tanpa berfikir akan risiko perlakuan yang bakal dilakukannya itu. Yang ada di fikirannya sekarang ialah dia mesti melempiaskan hawa nafsunya terhadap gadis ini untuk menenangkan gelora di jiwanya. Dia mendekatkan dirinya pada Idayu dan perlahan-lahan memeluk tubuh idamannya itu. Bibirnya dibenamkan ke leher Idayu sambil membisikkan nama gadis itu. Bau tubuh Idayu yang begitu harum sekali, mendamaikan jiwanya. Dia hanyut dibuai rasa, dibuai nafsu.

Bab 26

Dalam mimpinya, Idayu dapat merasakan tubuhnya didakap mesra. Mimpinya dibuai rasa, dibuai rindu. Sungguh indah dirasakan perasaan itu. Lembut suara yang membisikkan namanya itu bagaikan alunan lagu indah yang membelai jiwa. Dia mengeluh lembut apabila merasakan dirinya dicumbu mesra. Rasanya tidak mahu dirinya tersedar dari mimpi yang indah begini.

Tapi, dalam keadaan separuh sedar itu dia merasakan tubuhnya ditindih kemas oleh seseorang. Tidak mampu bergerak, dia terasa lemas tak dapat bernafas. Bibir rakus yang kemudiannya meneroka seluruh wajahnya membuatkan dia merasakan bahawa ini bukan sekadar satu mimpi. Lantas dia membuka matanya perlahan, mengharapkan mimpi itu tidak akan berlalu begitu sahaja.

Debar di hati Idayu kian membadai, masih terkeliru samada dia berada dalam satu mimpi indah atau igauan ngeri. Dua tangannya digagahi untuk menolak tubuh sasa lelaki itu, tapi tak berhasil. Dia mahu menjerit, tapi bibir lelaki itu begitu rakus mendiamkan jeritannya. Suaranya tersekat di kerongkong dan yang keluar hanyalah satu jeritan halus. Tangan dan jejari kasar itu terus mengusap tubuhnya dengan penuh ghairah. Idayu mencuba lagi untuk menjerit. Di kesamaran malam dia dapat melihat wajah lelaki itu dan dia bagaikan tidak percaya. Tergamam sebentar dengan apa yang dilihatnya. Apakah benar apa yang dilihatnya ini? Perasaan takutnya menyelinap masuk tanpa dapat dibendung lagi.

“Tolong…….lepaskan……,” rayunya apabila untuk seketika, bibir lelaki itu melepaskan bibirnya. Namun, lelaki itu tidak memperdulikan rayuannya. Idayu terus lemas bila bibir lembutnya kembali diratah oleh lelaki itu. Cuba dikumpulkan kekuatan untuk menjerit. Tubuhnya yang lemah itu tidak dapat melawan tubuh lelaki yang sedang diamuk gelora jiwa. Kedua-dua tangannya bagaikan digari oleh tangan lelaki itu, membuatkan dia makin lemah tidak berdaya.

Idayu hampir putus asa, apa daya yang ada pada dirinya dalam keadaan begini. Dalam kekalutan begini, dia sedar, dia perlu melakukan sesuatu. Sekuat-kuat hatinya dia cuba meronta untuk melepaskan diri. Namun, rontaannya membuatkan lelaki itu makin bernafsu.

Airmata Idayu mula mengalir deras. Dalam keadaan dan kedudukannya yang sebegitu, dia merasakan dia tak mampu untuk mengalahkan lelaki ini. Untuk pasrah dengan keadaan, dia tidak rela. Dia tahu bahawa dia sepatutnya mempertahankan maruahnya walau dengan apa cara sekalipun. Malah jika terpaksa, nyawanya pun boleh dipertaruhkan untuk menjaga maruah dari tercemar. Namun, ketika itu apalah dayanya. Dengan tangan rakus dan tenaga lelaki yang sekuat ini, kemampuannya terhad.

“Ya Allah…. ya tuhanku, bantulah… diriku.. ya Allah… kepadamu aku berserah. Berikanlah aku kekuatan….,” hatinya merayu pada tuhannya yang satu. Dalam keadaan begini, dia hanya mampu berserah.

Dengan sedikit kekuatan yang masih bersisa, Idayu menjerit apabila sahaja bibir lelaki itu sekali lagi melepaskan bibirnya untuk seketika waktu. Namun dia tewas lagi, bibir itu kembali semula mematikan jeritannya. Hatinya terus berharap dan berharap agar ada yang mendengar jeritannya yang tidak sekuat mana itu.

“Mak Engku… bantu Ayu. Mak Nab, Ayah, emak….. bantu Ayu, Ayu tak berdaya, ya Allah… bantulah hambamu yang hina ini……,” hatinya tidak berhenti berbisik.

Dan akhirnya Idayu terpaksa pasrah dengan keadaan. Segala-galanya musnah. Jeritannya sebentar tadi, kalaupun didengar oleh sesiapa, sudah tidak bermakna lagi. Maruahnya akhirnya tercemar, direnggut oleh tangan kasar yang penuh dengan kehinaan. Mahkota gadisnya yang selama ini dipertahankannya sudah roboh. Ranap dimusnahkan oleh insan yang menjadikan nafsunya sebagai raja di hati. Tangisan yang sejak tadi tidak henti-henti kini berbaur dengan pelbagai perasaan. Sakit, marah, benci, kecewa dan beribu perasaan lagi yang tidak dimengertikan.

****

“Syh…. ,” bisik Engku Lokman lembut di telinga Idayu. Dia memeluk erat tubuh Idayu yang masih terketar-ketar ketakutan. Esakan gadis itu yang tidak dapat dipujuk sejak tadi merenggut perasaannya. Timbul seribu kekesalan di hati atas keterlanjuran tadi. Ketika nafsu memuncak, akal tidak lagi berfungsi. Dia mabuk dengan kecamuk jiwa hinggakan hilang kewarasan pada ketika itu.

“Idayu.. maafkan saya….,” rayunya.

Dan kemaafan itu sudah tidak berguna lagi. Segalanya telah musnah dek kerana terlalu terbuai dengan nafsu serakah. Kalaulah dia setuju bersama dengan Astri tadi, tentunya ini tidak berlaku pada Idayu. Kalaulah dia tidak masuk ke bilik Idayu tadi, tentunya keterlanjuran ini tidak akan berlaku. Kalaulah dia tidak terlalu mengikut nafsunya, tentulah dia dapat mempertahankan amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya sebagai seorang lelaki. Kalaulah….

Bersama Astri atau gadis-gadis lain yang pernah didampingi, dia tidak pernah merasa berdosa. Hubungan haram yang dikecapinya selama ini tidak pernah membawa rasa resah di jiwa kerana mereka sentiasa merelakan. Tetapi bersama gadis ini…..untuk sekian kalinya dia merasakan dia telah melakukan dosa yang amat besar. Dosa kerana gadis ini tidak merelakannya. Idayu tidak bersalah dalam hal ini. Dia yang bersalah kerana membiarkan kewarasannya dipengaruhi nafsu yang didesak oleh bisikan syaitan. Ketika ini pasti syaitan-syaitan bersorak riang kerana dapat menundukkan seorang lelaki.

Idayu masih lagi menangis teresak-esak. Entah berapa banyak air matanya sudah dihamburkan. Sudah basah dada Engku Lokman dek tangisan Idayu yang masih belum berhenti sejak tadi. Dia cuba melepaskan dirinya dari pelukan sasa anak muda itu, tapi masih belum berjaya. Rangkulan lelaki itu bagaikan besi melingkari tubuhnya.

“Idayu… saya akan bertanggungjawab,” perlahan suara itu berkata bak memujuk. Ah… apa lagi yang nak dikatakan. Segalanya sudah musnah, punah segala harapan, binasa segala impian.

Ketika fajar hampir menyising, barulah Idayu terlena akibat keletihan. Engku Lokman sedar, dia perlu keluar dari bilik itu untuk mengelakkan perhatian semua orang. Kebetulan ayahandanya sekeluarga juga bermalam di rumah itu. Untuk seketika dia perlu meninggalkan Idayu. Berjanji di hati akan bertemu semula dengan gadis ini nanti untuk menyelesaikan masaalah yang dia mulakan ini. Dia tahu, dia perlu bertanggungjawab ke atas masalah ini, walaupun masih belum tahu bagaimana untuk menyelesaikannya. Dia juga perlukan sedikit masa untuk berfikir.

Direnungnya raut wajah yang kembali lembut dibuai tidurnya. Entah mengapa, hatinya damai memandang wajah ini. Menyelinap satu perasaan aneh di hati bila melihatkan kelembutan wajah itu. Dia tidak dapat mentafsir apakah maknanya perasaan itu. Lantas diciumnya bibir munggil itu dalam-dalam.

“Idayu, saya pergi dulu … nanti kita bincang ok….,” bisiknya ke telinga Idayu, lantas bangun dan meninggalkan gadis itu.

***********

Baca dan komenlah ye.
Kak Laila perlukan bantuan semua untuk baiki lagi gaya tulisan. Jangan komen yg baik aje, yang lemah juga pastinya dapat membantu.
TQ very much
Sayang untuk semua dari Kak Laila




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

26 ulasan untuk “Novel : Syurga Di Wajahmu 16”
  1. mira says:

    wah best sangat tak sangka niat engko lokman yang hanya nak menatap sahaja idayu bertukar tragedi,best la cerita nie tak sabar rasanya nak tahu habis macam mana :mrgreen: :grin:

  2. hana says:

    cian dayu..EL mmng melampau..papepown keep touch…the beshhh

  3. song eun hae says:

    jln cter dy best sgt…hope EL + ayu will live together forever

  4. ALEEYA says:

    kak..saya x paham la..idayu tu mula2 x sedar pastu tetiba sedar plak ..

  5. fafa 17 says:

    kesiannye kat Ayu tu..
    kejam bt0l la Engku Lokman tu..
    gerammm!!!but,,cite nie memang “terbaek”…

  6. iffah zahira says:

    kesiannya idayu…x guna ounya engku lokman..lelaki sememangnya x guna..idayu pon 1 bknnya nk menjerit..walaubagaimanapun,novel ni mmg best

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"