Novel : Terjerat Kasih 6

8 September 2010  
Kategori: Novel

1,944 bacaan 4 ulasan

Oleh : Qaireen Arina

Bab 6

Cuaca semakin gelap. Hujan mula turun rintik-rintik dan lama kelamaan semakin lebat. Adam masih setia memandu. Tumpuannya sedikit terganggu oleh hujan yang agak lebat. Sekali-sekala kelihatan kilat memancarkan cahaya. Guruh saling berdentam-dentum. Dia mencuri pandang ke arah Aisyah di seblahnya yang sedang lena di buai mimpi. Mungkin agak kepenatan setelah seharian berjalan di pinggir pantai di Teluk Kemang, Port Dickson. Niat untuk bermalam di sana terpaksa di batalkan kerana Aisyah berkeras juga untuk pulang.

Jam di dashbord kereta dipandang sekilas. Hampir ke pukul satu pagi. Seharian dia meluangkan masa bersama dengan Aisyah. Rasa bahagia menyelubungi segenap ruang kamar hati Adam. Tidak pernah dia sebahagia itu. Masih terbayang lenggok manja Aisyah di PD sepanjang hari tadi.

” Aisyah bahagia sangat hari ini…thanks yer bawa Aisyah jalan-jalan kat sini.” Ujar Aisyah manja. Sememangya Aisyah memang seorang yang manja. Sikap yang semula jadi hadir dalam dirinya.

” Abang pun sama. Rasa bahagia sangat bila berada disamping Aisyah. Kalau boleh abang tak mahu berpisah langsung dengan Aisyah.” Tutur Adam penuh jujur. Sememangnya dia tidak mampu menyorok lagi perasaan sayangnya pada gadis bernama Aisyah Nabila.

” Terima kasih abang kerana sudi menyayangi dan menyintai Aisyah sepenuh jiwa abang. Aisyah rasa di hargai sangat. Mungkin ini cinta terakhir dalam hidup Aisyah. Dan tak ada insan lain yang mampu menggantikan tempat abang. Abang la cinta dunia dan akhirat Aisyah. Andai Aisyah tiada di sisi abang, Aisyah harap sangat abang jalani hidup seperti biasa ye. Tutur Aisyah panjang lebar. Begitu syahdu Aisyah meluahkan suara hatinya. Adam terkedu mendengar.

” Syhhhh!!…Sayang jangan cakap macam tu, abang tak mahu Aisyah berbicara soal kematian. Abang tak sanggup nak kehilangan Aisyah.” Adam tersentak mendengar luahan Aisyah tadi. Entah kenapa perkataan itu agak sensitif buat dirinya pada petang itu.

Aisyah memandang sayu wajah kekasih hatinya. Tak terniat pun dia mahu membuat Adam rasa sedih. Tapi itu lah perasaannya sejak dua tiga hari ini. Rasa sebak semakin menyelubungi hati gadisnya bilamana Adam Faris melamarnya di PD hari tu. Sesuatu yang tidak di duga. Cincin emas belah rotan yang bertatahkan sebutir berlian di tengah-tengah tersarung cantik di jari manisnya yang runcing. Sesuatu yang amat bermakna sepanjang hidupnya.

” Sayang…..Sudi tak cik Aisyah Nabila binti Rashidi menjadi permaisuri di hati Adam Faris Bin Dato’ Imran.” Soal Adam penuh rasa cinta. Dia merenung dalam anak mata Aisyah. Mata Aisyah mula berkaca. Cukup terharu bila mendengar soalan yang di damba sekian lama.

” Aisyah sudi….Aisyah rela menjadi suri dihati Adam Faris.” Ujar Aisyah dengan air mata bahagia. Adam tersenyum panjang. Bahagia dengan jawapan ikhlas dari Aisyah.

” Abang janji…..Abang akan jaga Aisyah dengan penuh kasih sayang..Abang tak akan sia-siakan Aisyah sepanjang hidup abang kerana hanya Aisyah yang layak memiliki hati Abang.” Janji Adam pada Aisyah dan dirinya sendiri. Tangan Aisyah di capai lantas dicium berkali-kali.

“Terima kasih abang.” Ujar Aisyah masih lagi menangis.

Bakal isteri abang asyik menangis jer.” Seloroh Adam. Dia cuba membuatkan suasana kembali ceria semula.

” Tak mau…”

“Senyum la…..senyum la sikit sayang.”

” Tak nak….Tak nak…..tak nak…..muktamad.” Aisyah menjauhkan dirinya dari Adam. Dia sengaja berbuat demikian. Mahu Adam tidak putus asa memujuknya.

” Tak nak yer…nanti Abang cubit pipi gebu tu baru tahu.” Adam cuba mengugut.

Adam tahu Aisyah paling tidak suka orang menarik pipinya yang putih gebu. Paling tidak suka. Adam secara sengaja mengambil kesempatan atas kelemahan itu. Aisyah terus berlari meninggalkan Adam, bimbang pipinya akan menjadi mangsa. Adam cuba mengejar . Akhirnya dua-dua tersungkur kepenatan. Tawa mereka berledakan bersama. Sungguh bahagia sekali.

Hilang penat.Mereka berjalan berpimpin tangan menyusuri tepian pantai. Rasa bahagia terbuai-buai di bawa oleh angin pantai yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Kanak-kanak yang berkejaran riang turut menghibur hati pasangan dua sejoli itu. Sambil berkongsi menikmati sebiji air kelapa, meraka berbual riang bercerita perihal hati sesama sendiri. Memang romantik.

Tiba-tiba, khayalan Adam di ganggu oleh silauan lampu kereta dari hadapannya. Kebahagian yang baru dimilikinya sebentar tadi hilang sekelip mata. Dia tidak mampu mengawal stereng kereta dek kerana jalan terlalu licin tika itu. Akhirnya kereta yang dia naiki bersama insan tersayang terbabas lalu melanggar tembok pembahagi jalan dan terus meluru langar ke arah papan tanda ditepi jalan.

Bahagian penumpang remuk teruk. Aisyah tersepit teruk di dalam kereta. Dia dapat mendengar jelas jeritan kesakitan Aisyah. Namun sebentar sahaja dia dapat mendengar jeritan nyaring Aisyah. Akhirnya Aisyah diam tanpa kata. Apa yang mampu dia lakukan saat ini, hanyalah sekadar menjerit nama Aisyah sekuat hati.

” Aisyah….Aisyah…..Jangan tinggalkan Adam seorang diri.” Liih Adam dalam kesakitan. Dia cuba menggagahkan diri kea rah Aisyah.

Adam jadi lemah selemahnya. Longgar rasa lututnya taktkala menatap wajah putih bersih Aisyah yang dipenui darah merah saat itu. Mata Adam berpinar-pinar. Akhirnya dia rebah tidak sedarkan diri. Dia sekadar mengalami luka-luka ringan dimuka. Dan manakala kaki kanannya retak akibat hentakan yang kuat.

*****************

Dato’ Imran dan Datin Mariam terkejut besar apabila mendapat berita Adam kemalangan. Bergegas kedua-dua orang tua Adam ke hospital. Bertambah pilu hati kedua-duanya pabila mendengar berita kematian Aisyah, Bakal menatu mereka. Terduduk Datin Mariam tatkala mendegar berita itu dari mulut suaminya.

” Adam macam mana bang….kesian Aisyah..” Datin Mariam merintih pilu. Baru pagi tadi Adam memberitahunya mahu melamar Aisyah. Namun malam ini dia mendapat berita Aisyah sudah tiada di sisi anak terunanya.

” Adam stabil..dia cuna retak di pergelangan kaki kanan dan mengalami luka-luka ringgan di muka jer…” terang Dato’ Imran pada isterinya.

Maya yang sedang tidur terkejut besar apabila mamanya memberitahu mereka hendak ke hospital. Dia juga terkesima pabila mendapat berita tentang kematian Aisyah, bakal kak iparnya. Maya menangis semahunya. Dia amat menyayangi Aisyah seperti kakaknya sendiri. Sementelah dia sendiri tidak mempunyai kakak. Apa sahaja masalah dia pasti mencari Aisyah.

” Mama…Maya nak ikut….Abang macam mana mama?” Tutur Maya dalam sedu-sedan. Dia masih terkejut dan rasa lemah dengan berita itu.

” Kalau Maya nak ikut jom la..papa dah tunggu kat bawah tu..Abang ok, dia selamat. Dia cuma cedera ringgan jer.” Ujar Datin Mariam sambil berlalu.

” Kesian keluarga kak Aisyah kan Ma…Maya sedih mama…Maya dah kehilanggan seorang kakak yang baik.” Ujar Maya sedih.

” Semua orang sedih Maya..mama risau sangat dengan keadaan abang bila dia tahu tentang kematian Aisyah. Mama tak sanggup lihat dia sedih.” Ujar Datin Mariam perlahan. Naluri ibunya kini dapat merasakan keadaan itu.

Pernah dulu dia membenci pilihan hati Adam Faris. Aisyah Nabila gadis yang agak lasak dimatanya. Melihat pakaian dia sudah tahu sifat Aisyah. Namun lama kelamaan dia semakin menyukai Aisyah Nabila. Rupanya dalam lasak, Aisyah Nabila mempunyai sifat kelembutan seorang gadis. Pertama kali dia melihat Aisyah menyarung baju kebaya ketika dia menjemput Aisyah makan malam dirumahnya. Niatnya untuk merenggangkan hubungan Adam dan Aisyah terbantut begitu sahaja.

Hatinya bertambah kasih ketika Aisyah menjaganya di saat dia serang deman panas selama seminggu. Semua perihal dirinya di uruskan oleh Aisyah. Perasaan sayu seorang ibu bertandang jauh di sudut hatinya. Bermula dari situ sedikit demi sedikit kasih sayangnya bercambah terhadap gadis pilihan anaknya. Ternyata Adam benar-benar memilih calon yang sesuai. Namun semua itu tinggal kenangan. Aisyah telah membawa pergi semua impian itu.

Lamunan Datin Mariam di matikan oleh panggilan Dato’ Imran. Rupanya mereka sudah sampai di hospital. Datin Mariam menyeka air mata yang bertamu di tubir matanya. Dari jauh kelihatan keluarga Aisyah sedang berpelukan. Ibu Aisyah, Puan Kalsom tertunduk lemah di tepi kerusi. Datin Mariam melangkah pantas mendapatkan Puan Kalsom. Bahu bakal besannya di peluk. Terasa basah bahunya terkena air mata Puan Kalsom. Dia tahu betapa sedihnya Puan Kalsom kerana kehilangan anak gadis sebaik Aisyah. Dia juga berperasaan yang sama.

” Sabar ye Som…Saya minta maaf banyak-banayak bagi pihak Adam. Saya tak sangka langsung perkara sebegini boleh berlaku. Saya dan keluarga akan bertanggung jawab dalam urusan pengebumian Arwah Aisyah. Lagipun saya dah anggap Aisyah macam anak saya sendiri.” Ujar Datin Mariam dengan linangan air mata. Sayu bila melihat kesedihan seorang ibu bila kehilangan anaknya.

“Tak apa la Datin…dah tersurat Aisyah pergi dulu meninggalkan kita..saya redha..cuma saya terkilan tak dapat melihat dia naik pelamin. Kalau Datin nak tahu, Sebelum ke PD pagi tadi dia punya la ceria saya tengok.” Ujar Puan Kalsom dalam teresak-esak.

” Saya tahu semua tu…dia ada singgah di rumah sebelum bertolak..Sempat bergurau senda dengan Maya pagi tadi. Tak sangka itu gurauannya untuk kali terakhir. Adam juga beritahu saya, dia mahu melamar Aisyah semasa di PD.. rupanya tidak kesampaian saya bermenantukan Aisyah.” Datin Mariam semakin teresak-esak. Sedih dating bertamu bila teringatkan situasi pagi tadi ketika dia berbual bersama-sama Aisyah.

Dalam tiga puluh minit, doktor yang merawat Adam keluar dari bilik kecemasan. Semua ahli keluarga meluru k arah doktor.

” Macam mana keadaan Adam…” tanya dato’ Imran.

” Alhamdulilah, dia selamat. Kaki kanan dia terpaksa disimenkan kerana retak. Kalau boleh nanti jangan beri tekanan pada dia yer. Keadaan dia masih lemah. Mayat kawan perempuannya sudah kami hantar ke bilik mayat. Jadi, pada warisnya boleh lah menuntut mayat di sana. Kalau tiada apa-apa lagi, saya minta diri dulu.” Ujar doktor muda itu sambil meminta izin untuk beredar bagi melakukan tugasnya yang seterusnya.

**************

Adam tersedar dari lena yang panjang. Suasana di sekelilingnya dirasakan asing. Dia cuba mengangkat kaki kanannya. Terasa berat. Dia juga terasa perit ditepi pipinya. Adam memandang sesekeliling. Kelihatan beberapa gadis memakai uniform berwarna putih. Salah seorang daripada mereka menghampiri ke arahnya.

” Syukur encik dah sedar. Jangan bergerak banyak yer..kaki encik belum sembuh lagi…encik kena banyak berehat tau. Baru cepat sembuh.” Tutur jururawat itu lembut.

” Saya di mana yer.” Tanya Adam separuh mamai.

” Encik di hospital. Encik kemalangan semalam. Encik tak ingat ker.” Terang Jururawat yang bernama Nora.

” Erm!! Saya ingat…kawan saya bagaimana. Dia selamat ker..boleh saya jumpa dengan dia.” Adam mula teringatkan Aisyah. Dia mahu tahu keadaan Aisyah walaupun saat itu dia masih lemah.

” Baik encik berehat dulu..jangan fikir apa-apa. Nanti dah sembuh baru encik melawat kawan encik itu.” Jururawat itu cuba merahsiakan hal yang sebenar. Dia bimbang keadaan Adam andai dia berterus terang.

” Tapi…kawan saya dimana?” Soal Adam masih belum puas hati. Dia takut kehilangan Aisyah. Jururawat itu terdiam. Tidak tahu bagaimana mahu menerangkan situasi yang berlaku kepada Adam.

” Abang…” Suara Manja Maya membuatkan jururawat itu melepaskan nafas kelegaan.

Adam memandang kearah pintu. Dia tersenyum melihat kedatangan adiknya.

” Abang dah sedar.. Maya ada bawa bubr nasi untuk abang. Mak siti buatkan tadi. Maya suapkan yer.” Usul Maya.

” Boleh juga..mesti sedapkan..air tangan Mak siti semua sedap-sedap kan dik..” Ujar Adam cuba berseloroh.

” Mesti la..Mak siti kan pandai masak… Nah! buka mulut abang.” Ujar Maya sambil menyua sesudu bubur ke mulut Adam. Adam membukan mulut lemah. Terasa perit luka di tepi pipinya bila dia menganga luas. Sesekali dia mengaduh sakit.

” Dik..kak Aisyah Mana..dia selamat ker?” Adam bertanya pula pada Maya setelah tidak mendapat jawapan dari juruawat tadi. Selagi dia tidak tahu situasi Aisyah selagi itu dia akan bertanya.

Maya terkedu. Tidak tahu bagaimana mahu memberitahu abangnya. Apa-apa pun dia tidak boleh sorok dari abangnya. Lambat laun abangnya akan tahu juga. Cuma buat masa terdekat ini dia terpaksa berbohong. Dia mahu abangnya sembuh dahulu.

” Kak Aisyah selamat..nanti kita melawat dia yer bang..abang habiskan bubur nie dulu.” Ujar Maya dengan mimik muka ceria yang saja dibuat-buat.

” Lega abang dengar dia selamat. Tutur Adam ceria. Maya hampir mahu menitiskan air mata saat itu. Namun dia cuba bertahan.

” Aisyah…tunggu abang sembuh yer…nanti kita tunaikan impian kita.” Luah Adam sambil tersenyum simpul.

Maya yang tidak mampu membendung rasa sedihnya lalu meminta diri ke tandas. Di tandas dia menangis semahu-mahunya. Apa perasaan abang kalau dia tahu kak Aisyah sudah tiada lagi. Macam mana aku nak berterus terang ni. Mana mama dengan papa nie..tak sanggup aku nak berdepan sorang diri depan abang. Tak terjawab semua soalan yang ditanya oleh abang. Maya meruntun seorang diri. Sayu hati bila melihat senyum ceria abang bila diberitahu kekasih hatinya selamat.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

4 ulasan untuk “Novel : Terjerat Kasih 6”
  1. vampire95 says:

    kalau aisyah mati.
    then, who’s the heroin ?

  2. SEMPOI! says:

    MYBE AKAN HADIR SOWANG POMPUAN YG MUKENYER SBIJIK CAM AISYAH KOT..

  3. ROSE says:

    cerita ne smakin menarik tunggu n lihat sape wanita yg akan hadir d dlm
    hidup adam…… :?: :?:

  4. KINA MARSO says:

    heroinnye alia lh… ;-)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Kaki Novel"      "Penerbit Fajar Pakeer"