
Novel : Terlanjur Mencintaimu 13, 14
Oleh : Syamnuriezmil
Bab 13
Salam… abang dah sampai Sungai Petani. Kirim salam semua. –Johan-
Salam. Okay. Kirim salam semua juga. Jangan lupa ucapkan tahniah pada Zaleha. ? -Hanis-
Johan tergelak. Tak sampai sehari berpisah, Johan sudah rindu pada keletah Tengku Hanis yang mencuit hati. Garang macam singa, tetapi dalam hati warna pink!
Sampai di rumah, Johan menyalami Lutfiah dan Syaifullah. Sudah 3 hari tidak jumpa, alhamdulillah kedua-duanya sihat. “Semua orang kirim salam. Tengku Zahariah ada kirim barang. Katanya kain baju untuk kenduri nanti. Ini untuk ibu dan ini untuk atuk.” Johan mengeluarkan bungkusan kain dari dalam beg galasnya.
“Huish… cantiknya kain ni. Nanti Johan sampai pesan terima kasih dekat depa. Ibu nak pergi tempah cepatlah, sat lagi ramai orang. Maklumlah dekat-dekat nak puasa ni, Kak Kiah tu tak mau ambik tempahan dah.” Lutfiah bangkit mencapai tudungnya.
“Ayah, Yah pi sat saja. Pi rumah Kiah.”
Syaifullah mengangguk-angguk. Lutfiah begitu teruja.
“Macam mana persiapan semuanya Johan?”
“Baguih atuk. Semuanya dah siap. Borang nikah kahwin semuanya Johan dah tolong selesaikan dengan Hanis. Rumah dan kereta pun Johan dah tempah. Selebihnya Hanis yang selesaikan. InsyaAllah minggu depan kad undangan pun siap, nanti mereka hantaq pakai pos laju.” Cerita Johan.
“Alhamdulillah…” Syaifullah bersyukur.
“Johan dah pergi ke STH. Gambar atuk dan Tok Din pun ada terpampang di lobi pejabat. Esoknya, Tengku Hishamuddin kenalkan Johan pada BOD.” Cerita Johan lagi.
“Amanat Tok Din tu janganlah Johan sia-siakan.”
“InsyaAllah atuk. Atuk, Johan masuk bilik dululah. Nak berehat kejap. Badan ini letih, di sana boleh dikatakan hari-hari ada aktiviti.” Ujar Johan.
“Yelah…”
******
Johan mencongak-congak hari-hari yang bakal tiba, lagi sebulan! Johan terfikir-fikir apakah yang berlaku apabila tiba waktu itu nanti? Malam itu sampai sahaja di rumah, bukannya dia boleh lelapkan mata. Asyik betul teringatkan Tengku Hanis, senyum, tawanya, bengisnya, marahnya dan cubitannya! Apabila bersama Tengku Hanis, Johan seakan terlupa apa sebenar tujuannya untuk meneruskan rancangan perkahwinan itu, seperti semua itu tidak dipedulikan lagi. Entah apa ilmu yang Tengku Hanis pakai, dia pun tak tahu!
Cuba-cuba Johan menelefon Tengku Hanis, ‘malam-malam dalam pukul 10.00 ni… dia belum tidur lagi! Entah-entah sedang menyanyi di laman, entah-entah sedang bermain netbooknya! Mana tahu… test saja!’ bisik hati Johan. Entah, hatinya rasa rindu bukan kepalang!
Johan mendekapkan telefon ke telinganya, bunyi deringan tetapi tidak berangkat! ‘Pergi ke mana??’ tanya Johan dalam hati, dia mengerut dahinya. Setahu Johan, Tengku Hanis jarang keluar rumah waktu malam-malam kecuali, masih di pejabat!
‘Arghh… cuba sekali lagi…’
Bunyi deringan, tetapi tidak juga diangkat! Johan cuba menunggu, mana tahu Tengku Hanis menelefon kembali. Tetapi dari 5 minit, ke 10 minit sehingga ke setengah jam, masih tiada maklumbalas.
‘Line tak ada ke?’ Johan menatap skrin telefonnya, walaupun bukan ‘full bar’ tetapi, masih tetap ada line… ‘Tak boleh jadi ni… kena cari line juga!’
Johan keluar dari biliknya, diangkat telefon bimbitnya mencari-cari tempat yang mempunyai tanda line penuh. Syaifullah yang sedang melihat TV mengerut dahi. ‘Apa kena budak ni?’ getus hatinya. Lutfiah yang sedang memicit kaki bapa mertuanya, juga turut pelik.
“Hang ni pasai pa? Macam cicak berak kapur ni awatnya?” tanya Lutfiah.
“Ibu ni… line tak dak ni!” gerutu Johan. ‘Kalau Hanis telefon tak dapat macam mana? Kan dah terlepas peluang tu…’
“Laa… memang selalu lagu tuh la. Mana kawasan rumah kita dapat line penuh! Hang suruh saja Hanis tu telefon di rumah ni, line memang tetap punya!” ujar Syaifullah selamba.
Johan terkejut.
“Aik tuk… perli nampak!” ujar Johan tersipu malu.
“Aik ayah… macam mana ayah tau ni? Ayah pasang spy ka?”
“Tak sat baru dia call sini waktu ibu hang tengah sembahyang. Atuk ingat hang masuk tidoq, atuk suh dia call esok. Betul ka panggilan dari dia yang hang dok tunggu-tunggu?”
Johan menggaru kepalanya yang tidak gatal. ‘Mengaku, rasa malu, tak mengaku pula, rasa bodoh! Yang Hanis call situ buat apa..’ Johan jadi segan! Dia nak telefon balik, dia rasa segan nak berborak depan keluarganya.
“Tak palah, bukan benda penting pun! Saja nak habaq dah sampai…” Johan cover!
Syaifullah tersengih, dia mengeleng kepala. Lutfiah pun hanya tersenyum sumbing. Johan terus masuk ke biliknya, ‘susah betul macam ni!’ bisik hatinya.
******
Tengku Hanis merenung-renung telefon bimbitnya. Tadi Johan telefon dia tidak sempat nak angkat. Lapar maggi kari punya pasal! Dia bertungkus lumus melihat bibik Jamilah memasak untuknya. Bukan dia yang masak sendiri! Telefon bimbitnya berdering, Tengku Hanis tidak sedar. Sedar-sedar sudah ada ‘missed call’. Bila di lihat siapa, nombor telefon Johan yang tertera. Dia cuba telefon tetapi tidak dapat. Nak tak nak dia menelefon rumah Johan. Atuk yang angkat! Atuk kata Johan tidur. Tidur?? Tak sampai 5 minit dia call… takkan dah tidur? Pelik bin ajaib betul…
“Non, makan! Udah siap…”
Tengku Hanis tersengih. “Bibik punya maggi memang best, kedai mamak pun tak boleh tanding! Bibik patut masuk pertandingan, nak bik?” ujar Tengku Hanis, mengusik. Tapi memang betul bibik Jamilah memang pandai memasak.
“Hati-hati non, panas!”
“Bik, apa pendapat bibik tentang Johan?” tanya Tengku Hanis.
“Orangnya baik, beriman, ganteng, ya, bibik suka dia sama non.”
Tengku Hanis tersedak! Bibik mengurut-urut belakang Tengku Hanis.
“Hish bibik ni!”
Bibik tersengih. “Kan udah bibik kata, hati-hati!” marah bibik Jamilah.
‘Bibik aku pun suka dengan Johan, tambah lagilah orang dalam rumah ni!’ pening Tengku Hanis. Masalah negara betul!
“Johan telefon Hanis kenapa ya?”
“Mungkin ada hal penting kot! Ngapa ngak di telefon balik?”
“Udah bik, tapi tidak dapat,” ujar Tengku Hanis sambil menghirup kuah maggi kari itu. ‘Sedap betul!’
“Di sana ngak ada line kot.” Ujar bibik.
“Mungkinlah.” Tengku Hanis merenung kembali telefonnya. Nak telefon ke tak nak??
“Non, bibik ke bilik dulu. Apa-apa panggil bibik ya?”
Tengku Hanis mengangguk-angguk. Dia masih lagi terfikir-fikir, mengapa Johan menelefon dia!
“Hah apa termenung ni? Tengok telefon tu, macam nak tembus!” ujar Tengku Zahariah. Tengku Hanis tersentak. ‘Iskk.. mummy ni, buat terkejut orang saja!’
“Tak ada apalah. Mummy buat apa dekat sini?”
“Haus! Okaylah, mummy nak tidur. Bye sayang. Tak perlu tenung-tenung telefon tu, kalau nak, telefon sajalah Johan tu!” ujar Tengku Zahariah sambil tergelak.
Tengku Hanis mengelengkan kepalanya, tersengih! Ada-ada aja lah diaorang ni…
Bab 14
Selama peninggalan Johan, semua pesanan Johan, Tengku Hanis sudah turutkan. Sepanjang itu juga, segala kemajuan majlis perkahwinan, perihal rumah dan keretanya, semua itu di ceritakan pada Johan. Namun, bab call dulu atau mesej dulu, Tengku Hanis tidak berani memulakan. Kadang-kadang bila Tengku Hanis teringat, tiba-tiba Johan mesej atau call dia, seperti Johan dapat membaca firasat di dalam hati Tengku Hanis. ‘Chemistry orang kata! Atau dejavu? Mengarutlah!’
Kadang-kadang, Johan sengaja mencuit hati Tengku Hanis dengan kata-kata romantisnya, seperti biasa Tengku Hanis akan marah. Johan tahu, Tengku Hanis bukan marah betul-betul, marah-marah sayang! Susah betul, Johan mahu menembusi hati batu Tengku Hanis.
Tarikh pernikahan mereka semakin hampir. Hendak Johan harapkan Intan, Intan sudahpun meninggalkannya. Intan pun sudah memulakan pengajiannya di Alor Star. Makcik Halijah pun terkejut apabila Johan sendiri menyerahkan kad undangan perkahwinannya. Sejak hari itu, makcik Halijah sudah membenci dirinya. Barulah dia tahu mengapa Intan membawa diri dan tidak mahu bertemu Johan lagi.
Johan pula telah berjanji pada dirinya, apa yang berlaku pada masa depan nanti, dia akan cuba menempuhinya. Cinta perlu pengorbanan dan itulah yang sedang Johan lakukan. Sekiranya betul yang ditunjuk Allah di dalam solat istikharahnya dulu, Johan juga redha. Kalau jodoh, tidak ke mana!
Seminggu sebelum tarikh pernikahannya, Johan sudah membawa atuk dan ibunya ke Kuala Lumpur. Tinggal di rumah yang dibeli hasil dari pemberian atuknya. Kesemua barang di dalam rumah telah tersusun rapi, mahu menyambut menantulah katakan. Barang-barang di dalam rumah semuanya telah lengkap sehinggalah barang di dalam dapur. Johan betul-betul ingin memastikan Tengku Hanis selesa. Inipun pilihan Tengku Hanis juga. Dalam hendak dan tak hendak itupun, Tengku Hanis banyak memberi idea di dalam pemilihan perabot sehinggalah ke luar laman. Tidak Johan tahu yang Tengku Hanis, gadis garang macam singa itu minat kepada pokok-pokok bunga. Pandainya Tengku Hanis menghiaskan laman sehingga menjadi taman yang cantik. Siap dengan kolam yang dipenuhi ikan koi yang jinak. Mungkin dia mahu rumahnya juga seperti rumah keluarganya, ada laman, ada gazebo dan ada ikan koi buat teman berbicara.
“Cantik rumah ini Johan. Pandai kamu hiaskan.” Puji Lutfiah.
“Bukan Johan lah ibu. Bakal menantu ibu yang hiaskan. Johan hanya ikut sahaja. Orang kampung mana ada citarasa begini.” Jawab Johan merendah diri.
“Biliknya ada lima. Kamu duduk berdua sahaja. Tiga-tiga bilik ini sudah lengkap dengan set katil dan almari. Siapa nak duduk banyak-banyak ni?”
“Tetamu. Kata Hanis, kalau tetamu datang terus duduk dalam bilik. Senang tak payah bentang-bentang tilam kat ruang tamu pula. Lainlah kalau ramai sangat.” Terang Johan. Sebenarnya satu bilik yang lengkap dengan perabot itu adalah bilik Tengku Hanis. Syaratnya yang pertamakan, duduk bilik asing-asing.
Lutfiah mengangguk-angguk. Syaifullah hanya menjadi pemerhati. Dia lebih senang duduk di taman dan bermain-main dengan ikan koi Johan yang jinak. Kalau dulu dia tidak pindah ke kampung, sudah tentu rumahnya lagi besar dari rumah Johan sekarang.
“Ibu, petang nanti kita ke rumah mereka ya. Auntie Zahariah ajak makan malam di rumahnya.”
Lutfiah hanya mengangguk-angguk. Syaifullah juga bersetuju.
Petang itu seperti yang dijanjikan, mereka bertiga sekeluarga telah sampai ke rumah Tengku Hishamuddin. Johan tersenyum melihat bakal isterinya yang cantik manis, setia menunggunya di depan pintu. Tengku Hanis yang berbaju kurung berwarna merah berbunga putih tersenyum membariskan giginya yang putih bersih. Syaifullah yang bertongkat dibantu oleh Tengku Hanis untuk keluar dari kereta Johan.
“Boleh ke tuk?”
“Boleh. Hanis sihat?”
“Sihat alhamdulillah…” Melihat Syaifullah, Tengku Hanis terbayang nendanya. Dia sangat rindu arwah nenda kesayangannya.
Tengku Hanis juga menyalami dan mencium tangan bakal ibu mertuanya.
“Makcik sihat?”
“Sihat…” Ucap Lutfiah tersenyum.
Johan turut tersenyum melihat keramahan Tengku Hanis. Tengku Hanis ke tu? Johan menghampiri Tengku Hanis. Tengku Hanis menghulurkan tangan, mereka bersalaman dan Tengku Hanis mengucup tangan Johan, tanda hormat. Johan tersentuh hati.
“Hanis sihat?”
“Sihat… awak?”
“Tak berapa sihat, dah sebulan abang asyik sakit.” Ujar Johan sambil menunjukkan mimik muka sakit.
‘Aik… selalu call tak dengar sakit pun? Sakit apa sampai sebulan?’
“Sakit apa?” Tanya Tengku Hanis kepelikan.
“Sakit rindu…”
“Mengadalah!” sempat Tengku Hanis mencubit lengan Johan. Johan mengaduh sakit.
“Korang berdua ni, kalau berjumpa tak sah kalau tak bergaduh. Kalau tak jumpa, makan pun tak berapa nak lalu! Asyiklah merenung telefonnya tu!” Bebel Tengku Zahariah.
“Mummy!” marah Tengku Hanis.
“Sama lah yang ini pun! Mengalahkan orang bercinta, bergayut tak cukup dahan!” sambung Lutfiah. Johan malu.
Mereka semua tergelak. Merah pada muka Tengku Hanis dan Johan.
“Masuklah pakcik, kakak, Johan…” jemput Tengku Hishamuddin.
Di belakang, Johan mengusik Tengku Hanis lagi…
“Patutlah Hanis nampak kurus, rindu sangat Hanis kat abang ya! Takpalah… seminggu saja lagi. Lepas tu, hari-hari abang depan muka Hanis. Jangan Hanis bosan pula.” Bisik Johan. Walaupun berbisik, Tengku Hanis mendengar sepatah-patah perkataan yang ditutur Johan.
“Eleh…” Tengku Hanis menjuih bibirnya. ‘Kenalah mummy nanti, Hanis cubit-cubit mulut mummy!’
“Betul ke Hanis tertunggu-tunggu panggilan dari abang?” tanya Johan berbisik-bisik.
“Tak ada maknanya!” jawab Tengku Hanis, walhal siang malam dia menunggu panggilan dari Johan. Seronok bercakap dengan Johan di dalam telefon, romantis, baik… tak macam cakap dalam keadaan berdepan, asyik nak bergaduh sahaja! Ada sahaja benda yang Johan hendak mengusiknya!
Johan tersenyum senang. ‘Tak suka, tak suka, tapi tunggu juga. Mulut kata tak mahu, hati kata mahu! Macam aku juga.’ Bisik hati Johan. Johan menepuk dahinya. ‘Mengata dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih!’
“Abang tidak bertepuk sebelah tangan agaknya?” ucap Johan.
“Jangan nak berperasaan yang bukan-bukan ya Encik Johan!” jawab Tengku Hanis sambil mengerling ke arah bakal suaminya.
Johan tersengih. “Tak apa, tak mahu mengaku sekarang, lambat laun mengaku juga! Kalau masa tu Hanis mengaku, abang janji abang tak gelak kan Hanis. Abang terima Hanis dengan tangan yang terbuka!” Johan mendepakan tangannya. Hangatnya cinta Johan, bagaikan cinta pandang pertama, terlupa akan tujuan sebenar dia mengahwini Tengku Hanis.
“Elehhh….” Itu sahaja yang mampu Tengku Hanis ucapkan. Dia sebenarnya malu, takkan mahu memuntahkan semua yang dipendamkan? Dia sendiri tidak pasti perasaannya apa pada Johan! Argghh… merepek!













sukanya cite ni teruskan smbg…..
So sweet…






bestttttt sangat3…..
cpt2 smbung yew….
lagi afdal lau di bukukan saja novel nie….
confirm ramai yg bli….
hehhehehhehehe
BAGUS LAH NOVEL NIE…..HEHEHE

selamt hari raye ye….
oit owg suh bg ulasan bkn ucapan..huhuhu
best2
sweet sangat n best gilerr ..

tahniah writer
cepat sambung eh .. x sabar nak tunggu ne . hehe
best sgt citer dia….slamber jer bahasa yg digunakan….
bila nk terbit novel ni…xsbr nk tgu….
best…best….bestnya

alala cumil gila part ni…
besssttttt…..
