Novel : Usai, Aku Terima NikahNya 1

22 September 2010  
Kategori: Novel

60,445 bacaan 39 ulasan

Oleh : Umie Nadzimah

“Aku terima nikahnya Puteri Nur Aina binti Megat Azami …….”

“Sah….sah”

Itu sahaja yang didengari Puteri Nur Aina dengan jelas. Lain-lain ayat amat kabur di pendengarannya. Mungkin bagi hadirin yang tidak ramai itu, ucapan yang penuh nada yakin itu begitu jelas sekali didengar oleh setiap orang. Tetapi tidak untuk telinganya, kerana di dalam kepalanya sendiri terlalu banyak terisi dengan agenda-agenda lain, sehingga menjejas prestasi pendengarann kala ini.

Mungkin Kalimah yang terucap itu, amat dinanti-nanti oleh berjuta-juta wanita dalam dunia ini. Saat bergelar sebagai isteri kepada seorang lelaki ! Ya…Saat yang paling bahagia, setelah merentasi alam remaja. Namun dia juga masih di alam remaja! Umurnya baru melewati sembilan belas tahun, dan mula hendak menjejaki awal dua puluhan. Masih tidak layak untuk mendengar kalimah yang ditujukan khas untuk dirinya.

Namun, perkahwinan ini bukanlah paksaan baginya. Dia sendiri yang bersetuju. Dia sendiri yang relahati menerima. Mulutnya sendiri yang berkata ‘ya’ kepada bakal ibu-bapa mentua yang merangkap emak-bapa saudara angkatnya. Kepalanya sendiri yang mengangguk apabila diulang sekali lagi tentang persetujuannya mengenai pernikahan ini, dua minggu yang lalu. Ternyata, bukanlah paksaan! Jangan menyalahkan sesiapa! Keputusan adalah dari dirinya sendiri.

“Kak Puteri….Tuan Kadi tengah berdoa”

Mazni , sepupu angkatnya berbisik perlahan , secara sopan memintanya untuk sama-sama menadah tangan mengaminkan doa. Maznilah satu-satunya manusia yang paling dikenalinya di majlis ini. Yang paling rapat. Itupun secara sembunyi dia datang dari kampung , dengan alasan ke rumah kawan baiknya . Yang lain-lain, kebanyakannya tidak dikenali langsung, kecuali ibu-bapa mentuanya serta lelaki yang telah sah bergelar suaminya kini . Iskandar Hafiz. Itupun dikenalinya tiga minggu yang lalu!

Opps! Ada seorang lagi yang amat dikenalinya, yang hadir ke sini, Uncle Yahya, peguam peribadi arwah datok. Dengan restu peguam tersebut juga , dia telah bergelar isteri kini. Dia tahu sebab lain kenapa peguam itu dijemput untuk melihat majlis yang amat tidak gemilang ini. Majlis yang seharusnya dihiasi dengan senyum tawa dan diselangi usik mengusik . Namun yang kelihatan, cuma wajah-wajah mencuka dan tertekan!

“Puteri….Iskandar dah di depan , untuk batal air sembahyang. Cuba angkat sikit muka tu….”

Dia tidak berapa pasti suara siapakah itu, tetapi rasa-rasanya suara wanita yang baharu sahaja menjadi ibu mentuanya. Agak tegas kedengaran, walaupun dengan nada yang seperti berbisik.

Tanpa sebarang perasaan dia mengangkat wajahnya. Waah….Tiba-tiba ingin berdebar pula dada ini. Sebentar tadi bagus sahaja kelakuannya! Apabila melihat sesusuk tubuh tegap di hadapan dan mata bertentangan, beralih arah pula rasa. Hissh! Mesti kuat ! Perasaan, jangan sekali terpedaya !Jalan berliku masih menunggu di hadapan!

“Puteri…..Jari tangan kanan”

Wanita itu bersuara lagi. Tanpa berlengah, dia menghulurkan jari manis tangan kanannya . Sebentuk cincin berlian bermata satu di sarungkan ke jari manisnya. Cantik terletak!. Memang padan di jarinya yang runcing. Dia sedikitpun tidak mahu memikirkan berapakah harganya . Takut nanti menyakiti hati sendiri!

Terasa dahinya dikucup lembut . Aahh! Teringin juga lelaki ini untuk mengucupi dahinya? Ingatkan tidak sudi! Bukan perempuan impiannya ! Namun inikan upacara pembatalan air sembahyang ? Kenalah melakukan seperti yang dibuat orang lain. Mungkin itu alasannya.

” Puteri…..salam suami”.

Suara itu lagi. Dia akur, Mencapai tangan yang di hulur dan menciumnya. Beberapa saat sahaja sudah selesai. Tidak susahpun!

Usai segala yang wajib, jamuan makan diadakan. Tidak ramai yang dijemput. Sekadar majlis nikah. Dan pengantin perempuannya tidak dikenali di kawasan perumahan itu! Dia sendiri berasa janggal berada di sini, walaupun sudah tiga minggu di bawa ke rumah sederhana besar dua tingkat ini.

Mazni masih menemani sehingga ke meja makan. Wajahnya pun nampak sedih, walaupun dalam hatinya merasa syukur dengan pernikahan ini. Gembira kerana kakak sepupu angkatnya mendapat suami yang lebih baik daripada perancangan awal.

” Kak , makanlah banyak sikit. Jangan susah hati lagi. Maz yakin abang Is jauh lebih baik dari abang Mazlan. Nampak rupa macam orang baik-baik. Maz rasa dia akan jaga kak dengan baik”.

Mazni berbisik ke telinga Puteri Aina. Dia sekadar memandang sepupunya dengan mulut terkunci. Masih terlalu awal untuk memberikan komen tentang Iskandar. Adakah benar Iskandar jauh lebih baik dari Mazlan ? Atau adakah sama sahaja? Ahh! Dia memang tiada jawapan buat masa ini. Yang dia tahu dan nampak selama tiga minggu ini, Iskandar jauh berbudi bahasa dari Mazlan. Itu sahaja. Itu yang membuatkan dia menerima lamaran mak long angkatnya itu.

Dan yang dia tahu, apa yang diinginkannya adalah lari jauh dari cengkaman dua lelaki yang selalu memerhatinya dengan pandangan bernafsu! Inilah jalan yang dia rela pilih! Menjadi isteri kepada Iskandar Hafiz setelah tiga minggu mengenali!

“Kak, lepas makan ni, Maz kena balik. Takut ayah tanya mana Maz, susah emak nanti”.

Lamunannya dikejutkan dengan suara Mazni. Dan pada masa yang sama juga dia tersedar ada sepasang mata yang asyik memerhatinya di hadapan !

“Err….Maz dah nak balik ? Alaa…sedihlah kak, tak ada kawan”.

” Kak apa susah…..di depan tu, lebih dari kawan kak ada. Dari tadi Maz tengok dia asyik pandang-pandang. Maz kena cepat kak. Tau-tau ajelah perangai ayah tu…”

“Yelah….yelah. Nanti kak teman kat luar, tunggu teksi”

” Eh…..Tak apa ke kak ? Tetamu kan masih ada lagi”.

” Entaah! Tak apa kot ! Nanti kak bagi tau abang Is dulu. ”

Mujur Iskandar dengan senang hati menghantar Mazni ke stesen bas besar, walaupun dijeling-jeling tanda tidak suka oleh ibunya. Jadi, tidak susah untuk Mazni mendapat bas untuk terus ke rumahnya di Kuala Kangsar. Kesian Mazni, sanggup bersusah payah . Itu yang difikirkan Puteri Aina. Rasa sedih pun ada melepaskan gadis itu pergi sebentar tadi. Selama ini , hanya gadis itu dan emaknya alias mak ngah angkatnyalah tempat dia mengadu nasib. Namun , mak ngah juga perempuan sepertinya, yang terpaksa akur pada kuasa vito lelaki yang bergelar suami!

Suami mak ngah, yang dipanggilnya pak ngah dan mak long alias mentuanya sekarang ini adalah adik beradik. Mereka adalah anak angkat kepada arwah datoknya. Kemudian, datoknya mendapat anak sendiri, yang menjadi ibunya. Bermakna Iskandar Hafiz , suaminya kini adalah saudara sepupu angkat. Namun dia tidak pernah mengenali kerana mak long dan pak ngah tidak pernah sefahaman dan selalu sahaja berbalah dan menjauhkan diri masing-masing sejak ketiadaan datok .

Setelah pemergian ibu-bapa dan datoknya, dia dipelihara oleh pak ngah. Itupun mungkin di atas sebab-sebab tertentu. Dia amat yakin tentang itu. Sebenarnya, mak long juga merebutnya untuk dipelihara, namun ditentang keras oleh pak ngah yang terkenal dengan sikap panas barannya. Baginya sama sahaja, samada di pelihara pak ngah atau mak long, mereka tetap menjaganya tanpa keikhlasan. Masing-masing ada impian sendiri.

“Ehem….Dah sampai New York ? London? Japan?”

Dia terkejut, bila tiba-tiba sahaja Iskandar berada di hadapannya, dan menggoyang-goyangkan ke dua-dua tapak tangan di hadapan muka. Entah waktu bila Iskandar masuk ke bilik, tidak disedarinya.

“Sang Puteri….Banyak sangatkah masalah sehingga tiada kerja lain selain dari termenung ? Idakpun , merenung dinding bagai nak tembus !”

“Err…banyaklah kot!. Tapi rasanya, saya boleh tanggung sorang-sorang!”

“Baguslah…..Taklah bertambah beban saya….”.

Terasa hendak keluar air mata saat Puteri Aina mendengar ayat yang sebaris itu. Dia tidak minta ini semua. Dia tidak ingin menjadi beban pada sesiapa. Tidak pada pak ngah, mak ngah, mak long. Tidak juga pada Iskandar! Walaupun Iskandar adalah suaminya kini! Hati, kuatlah! Jadilah kuat!

” Err…. Mazni dah naik bas ?”

“Dah”.

Sepatah sahaja Iskandar menjawab. Malas!.

“Err….Awak? Kita masih berpegang pada apa yang kita bincangkan dua minggu lepas kan ?”

Tiba-tiba suara Puteri Aina lembut bersuara. Iskandar yang terbaring atas katil segera memandangnya. Bolehpun! Macam ni barulah perempuan! Ini harap nama saja puteri, tetapi penampilan macam jantan. Rupa cantik. Putih melepak, hidung mancung terletak, tetapi rambut, huh! Ala-ala jantan. Pendek! Senyuman pula, jangan harap!

“Iyaalah Cik puteri ooi. Awak tolong saya, saya tolong awak. Saya ingat semua tu ! Di antara kita, tak akan ada apa-apa. Sehingga suatu masa yang di bolehkan, kita akan…….”.

Iskandar tidak dapat meneruskan ayatnya. Ahh….Biarlah masa yang menentukan. Pagi tadi baru sahaja mengucapkan lafaz ijab dan Kabul, takkan waktu petang pada hari yang sama berbincang pula bila hendak bercerai!. Tidak sampai hatinya. Sungguh….ketika dia melafazkan aku terima nikahnya…lahir dari hatinya yang bersungguh-sungguh, tanpa ada sebarang keraguan…..




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

39 ulasan untuk “Novel : Usai, Aku Terima NikahNya 1”
  1. mis says:

    sedhnye….pent cri novel nie,xdpt2 gk..cpt tol abs..jlez tol spe y dh cer tue…huhu

  2. mne nk cari novel nie penat cari kat jaybee tpi x jmpe

  3. kikie says:

    mana nak cari novel nie??ada jual on9 x?

  4. deeda says:

    bnyk lah on9

  5. saya says:

    kenapa la khalif tidak bertindak secara benar2 sebagai seorang sahabat kepada iskandar tak kala masalah masih awal…. mungkin perasaan minat pada puteri ia alfa tanggujawab dia sebagai sahabat pada iskandar… any where.. cerite best tapi terlalu lama waktu iskandar … dipenghujung baru kembali…. pengakhiran yg best aaar…

  6. afiq says:

    mmg terbaek novel ni .. suka Puteri ngn Is …

  7. eka says:

    salam ..novel ni memang terbaek larh ..jalan cerita yg sngt mnarik coz buat pmbaca ase trus nk baca n tahu endingnya…

  8. norhasnieza nieza says:

    erm citer ni best giler

  9. Nk says:

    Best sangat

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"