Cerpen : Aku Cinta Dia

17 October 2010  
Kategori: Cerpen

5,816 bacaan 23 ulasan

Oleh : amani yasmin

Elfie mengurut pangkal lehernya perlahan-lahan. Kepenatan jelas terpancar di wajahnya yang lesu. Dia mengeluh seketika. Dipandang sekilas timbunan kertas di atas mejanya. Masih banyak kertas peperiksaan yang masih belum ditanda padahal minggu depan semua markah- markah pelajar perlu diserahkan kepada Unit Peperiksaan untuk urusan ‘key in’ markah para pelajar. Jika terlewat, maka syarahan bebas dari Cikgu Asiah akan berkumandang tiga jam tanpa henti. ‘Hai, nampaknya tak tidur la aku malam ni,’ Elfie menggeliat sebelum menyambung kerjanya.
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik sudah sunyi. Para pelajar dan guru sudah beransur meninggalkan perkarangan sekolah memandangkan hari sudah beransur senja. Menyedari kawasan sekolah sudah semakin sunyi, Elfie mengemaskan mejanya yang berselerak dan mengunci pintu bilik guru sebelum berlalu ke keretanya.

“Baru balik ke Reen? Lewatnya. Bukan kau tak ada kelas ke pukul 2 sampai 5?” soal Aisya apabila melihat kelibat teman sebiliknya itu.
“Tadi si Fahry announce tempat practical kitorang nanti. Tu yang aku lewat balik,” ujar Nasreen sambil mealbuhkan punggungnya di sofa.
“Habis kau dapat sekolah mana? Dengan siapa?” soal Aisya dengan teruja. Matanya memandang tepat ke arah Nasreen.
“Aku dapat SMK Taman Tasik,” jawab Nasreen sambil tersenyum.
“Yeke? Baguslah tu. Dekat dengan rumah kau. Tak payah pening-pening nak cari rumah sewa,” Aisya membalas sambil menepuk bahu kawannya itu.
“Tapi yang tak best nya, aku dapat sekali dengan Aiman,” teduh wajah Khadeeja Nasreen tatkala menyebut nama lelaki itu.
“Aiman? Macam mana kau boleh dapat sekali dengan dia pulak?” Aisya yang sedang meneguk minumannya hampir tersedak.
“Entah. Aku pun tak tau,” keluh Nasreen. Dia memejamkan matanya. Seolah-olah berfikir.
“Habis si Najiha tak mengamuk ke pakwe dia dapat sama tempat dengan kau?” soal Aisya dengan lagak Michelle Wee, wartawan Melodi yang sedang meneruramah artis terkenal.
“Mahu tak mengamuk. Dia siap pergi jumpa Mr. Fauzi lagi nak mintak tukarkan si Aiman tu sekali dengan dia. Macam la kau tak tau perangai cemburu si Najiha tu. Kalau boleh, dia tak nak siapa-siapa pun pandang Aiman tu kecuali dia seorang. Meluat betul aku. Macam la aku hadap sangat dengan balak dia tu,” getus Nasreeen dengan nada tidak puas hati.
Aisya tersenyum. Dia kenal siapa Najiha. Dia kenal juga siapa Aiman. Lelaki yang pernah menghancur lumatkan perasaan teman baiknya itu suatu ketika dahulu. Aiman yang berkata padanya sanggup berkorban apa sahaja kepada Khadeeja Nasreen, sanggup merayu padanya untuk mendapatkan nombor telefon Nasreen, sanggup berhujan di luar pagar hostel apabila Nasreen tidak ingin berjumpa dengannya. Atas kesungguhan itulah dia menasihatkan Nasreen menerima Aiman walaupun pada mulanya Khadeeja Nasreen enggan. Kehilangan cinta pertamanya benar-benar memberi kesan kepadanya. Ridzu, cinta pertamanya terkorban dalam nahas jalan raya telah meruntun semangat Nasreen.
Selepas Khadeeja Nasreen menerima Aiman, dia lah orang yang paling gembira. Melihat Nasreen tersenyum setiap kali keluar dengan Aiman. Namun, dia tidak menyangka Aiman hanya berpropaganda. Pada suatu hari, dia dan Nasreen ke pameran buku di KLCC dan secara tidak sengaja mereka terserempak dengan Aiman dan Najiha, dengan lagak mesra sepasang kekasih. Tiga hari Khadeeja Nasreen ponteng kuliah kerana sakit hati. Memikirkan masa depan Nasreen, dia berhadapan dengan Aiman. Dia juga turut sakit hati apabila Aiman memperkenalkan Najiha sebagai teman wanitanya.
“Eh, Sya. Aku masuk bilik dulu ye? Nak mandi. Badan aku dah melekit ni. Kejap lagi kita pergi makan ye?” teguran Nasreen mematikan lamunannya. Aisya tersenyum sambil mengangguk.

Hari ini adalah hari pertama bagi Khadeeja Nasreen memulakan latihan practicalnya di SMK Taman Tasik. Semangatnya berkobar-kobar. Tidak sabar berdiri di hadapan pelajar-pelajar sebagai seorang guru. Setibanya dia di kawasan sekolah, dia memandang sekeliling. ‘Kat mana pejabat ni? Sekolah ni pun satu. Yang besar sangat ni kenapa. Nak cari pejabat punya la susah.’ Ngomel Nasreen di dalam hati.
“Encik, tumpang tanya. Pejabat dekat mana ye?” soal Nasreen apabila melihat kelibat seorang lelaki.
“Pejabat? Cik naik tangga ni, tingkat satu,” jawab lelaki itu sambil tersenyum dan berlalu sebelum sempat Nasreen mengucapkan terima kasih. Sampai di pejabat, Aiman sudah sedia menunggunya.
Selepas dia dan Aiman melapor diri di pejabat sekolah, dia menuju ke bilik guru. Dia berjalan mendahului Aiman. Tidak sanggup beriringan dengan lelaki itu. seboleh-bolehnya dia akan cuba melarikan diri dari lelaki itu. Tapi, sampai bila? Sekolah ini bukan luas mana pun. Dek kerana terlalu terburu-buru dia terlanggar seorang guru yang kebetulan ingin keluar dari bilik guru. Habis bertaburan kertas dan buku yang dibawa guru tersebut.
“Saya minta maaf. Saya tak nampak tadi. Cikgu okey ke?” ujar Khadeeja Nasreen tanpa memandang guru tersebut. Mukanya merah menahan malu. Nasib baik cikgu-cikgu tak ramai. Tangannya sibuk memungut semula kertas yang bertaburan dan menyerahkan semula kepada guru yang dilanggar itu.
“It’s okay. Saya faham. First day awak kat sini mestilah nervous. Jalan pun dah tak nampak kan. Anyway, thanks,” ujar Elfie Rafizee sebelum berlalu. Nasreen terlopong seketika. ‘Mamat ni sindir aku ke apa?’
“Awak okey tak, Reen?” soal Aiman dengan nada bimbang. Matanya tidak lepas dari memandang wajah Khadeeja Nasreen.
“Saya tak apa-apa. Saya masih boleh jaga diri saya sendiri tanpa awak. Awak balik lah ke meja awak,” ujar Nasreen dengan nada sinis sambil berlalu ke mejanya. Dia memandang sekeliling. Hanya beberapa orang guru yang berada di dalam bilik guru ketika itu.dia hanya sempat bertegur sapa dengan tiga orang guru yang kebetulan duduk di meja berhampiran dengannya. Dia menjeling sekilas ke meja di sebelahnya.
‘Gila bersepah meja ni. Mesti meja lelaki,’ ngomel Nasreen di dalam hati. Dia terpandang nama yang tertulis di buku rujukan di atas meja tersebut. Elfie Rafizee. ‘Aku dah agak, lelaki.’ Dia mengeluh seketika sambil membuka fail yang baru diterimanya tadi dari Tuan Pengetua. Dia melihat jadual waktu mengajar. Dia hanya akan mula masuk ke kelas keesokan hari. Maka, sempat lah untuknya membuat persiapan awal sebelum masuk ke kelas esok.
Sedang dia tekun menulis, tiba-tiba seorang lelaki duduk di sebelahnya. Dia mendongak seketika. Lelaki itu hanya tersenyum.
“Awak guru practical ye? Kenalkan, saya Elfie. Elfie Rafizee,” ujar lelaki itu sambil menghulurkan tangannya. ‘Ini bukan lelaki yang aku langgar tadi tu ke?’ soal Nasreen di dalam hati.
“Saya Khadeeja Nasreen,”jawab Nasreen sambil menyambut huluran tangan lelaki tersebut. ‘Hemm, not bad. Handsome. Hehehe,’ngomel Nasreen di dalam hati.
“Awak dari maktab mana?” soal Elfie. Tangannya sibuk membelek-belek buku di tangannya.
“IPG Ipoh. Major in English,” jawab Nasreen selamba. Peristiwa memalukan tadi masih dikenangnya.
“Oh. Awak dah makan? Jom, saya belanja awak. Sempena hari pertama awak datang sini. Kiranya welcoming party la untuk awak. Lagipun saya nak tunjuk dekat awak kantin sekolah dekat mana. Takut awak sesat pulak,” ujar lelaki itu lagi.
‘Sesat? Ingat aku ni jakun sangat ke?’ protes Nasreen di dalam hati.
“Susah nak cari pejabat tadi?” soal lelaki itu lagi. Dia mengerutkan keningnya. Apa maksud mamat ni? Dia memandang Elfie. Baru la dia teringat. ‘Lah, mamat tadi rupanya. Patut la.’
“Terima kasih ye, tolong tunjukkan jalan tadi,” Nasreen menrungut di dalam hati. ‘Kekwat gila mamat ni. Menyampah betol aku!’ kutuk Nasreen. Tiba-tiba perut Nasreen mula memainkan irama keroncong. Berkeriut bunyinya. Nasreen terdiam. Harap-harap lelaki di sebelahnya tidak dengar. Memang dia tidak sempat bersarapan pun di rumah tadi.
“Jom lah,pergi makan. Perut awak dah bagi green light tu. Hahahaha,” lelaki itu ketawa lepas. ‘Kurang asam betol mamat ni!’ Dia memandang lelaki itu. tiba-tiba matanya terpaku memandang lesung pipit di pipi kiri lelaki itu. Dia mengamati senyuman lelaki itu. Sekali lagi dia terkedu.
“Kenapa awak pandang saya macam nak telan je? Lapar sangat ke sampai dengan saya sekali awak nak makan? Jangan makan saya ek? Saya belanja awak makan. Jom,” Nasreen mengalihkan pandangannya. ‘Apalah nasib aku. Duduk sebelah mamat poyo ni.’

Elfie menghidupkan enjin Honda Jazz kesayangannya. Baru dia hendak bergerak meninggalkan kawasan sekolah, telefon bimbitnya berdering. Melihat nama pemanggil yang tertera di skrin, dia tersenyum.
“Assalamualaikum, mama,” ujar Elfie sambil tersenyum.
“Waalaikumussalam. Kamu kat mana ni? Dah nak Maghrib pun tak reti nak balik ke?” tutur Puan Saleha dengan nada bimbang. Walhal dia bukan tidak biasa dengan tabiat Elfie yang suka menghabiskan masa di sekolah tetapi dia tetap bimbangkan keselamatan anaknya itu. Manakan tidak, itulah satu-satunya anak yang dia ada setelah anak sulungnya Ezrie Ridzuan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya lima tahun yang lalu.
“Elfie dah on the way la ni, ma. Kejap lagi Elfie sampai ye? Mama dah masak ke? Elfie dah lapar ni,” rengek Elfie dengan nada manja yang dibuat-buat.
“Kamu lama-lama dekat sekolah tak kan tak makan lagi?” soal Puan Saleha dengan dahi berkerut.
“Belum, mama. Makanan dekat kantin semua tak best macam yang mama buat,” ulas Elfie.
“Apa-apalah Elfie. Balik cepat. Papa kau dah tunggu ni, boleh makan sekali nanti,” ucap Puan Saleha.
“Okey, mama. Kejap lagi Elfie sampai,” jawab Elfie menutup perbualan. Lantas keretanya memecut laju menuju ke rumahnya.

Nasreen memandang sekeliling. Hanya beberapa orang pelajar sahaja yang masih berada di kawasan sekolah. Hari sudah beransur petang. Dia mengelap peluh yang merintik di dahinya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.
“Hello, abang dekat mana ni?” tanya Nasreen tidak sabar. Manakan tidak. Sudah sejam dia menjadi penunggu setia pondok bas di hadapan sekolah itu.
“Kereta abang rosak la, dik. Adik balik sendiri la. Ambik teksi. Nanti balik, claim dengan abang duit tambang,” ujar abangnya dengan nada bersalah.
“Ye ke, bang? Em, tak pe lah abang. Adik balik sendiri. Abang take care tau. Nanti apa-apa, call adik,” ucap Nasreen menutup perbualan. Dia menegeluh perlahan. Matanya memandang ke jalan raya. ‘Mana la pulak teksi ni? Kalau aku nak, satu pun tak ada. Tadi, aku tak nak berlambak-lambak lalu depan aku.’ Tiba-tiba sebuah kereta berhenti di hadapannya.
“Awak tunggu teksi ke? Dekat sini kalau petang, susah sikit nak dapat teksi. Jom la saya hantar awak balik,” ujar Elfie sambil membuka pintu di bahagian penumpang. Nasreen serba salah. Dia memandang wajah Elfie dan jalan raya silih berganti.
“Jangan risau. Saya takkan culik awak punya. Jom lah,” ujar Elfie sambil tersenyum. Nasreen melangkah masuk dengan hati berbelah bahagi.
Di dalam kereta, Nasreen hanya berdiam diri. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Elfie yang sudah kebosanan apabila Nasreen tidak menunjukkan tanda untuk berbual juga turut berdiam diri. Kesempatan ini digunakan Nasreen untuk meneliti wajah lelaki di sebelahnya. Matanya, hidungnya dan yang paling penting lesung pipit di pipi kiri lelaki itu benar-benar mengingatkannya kepada seseorang yang sudah sekian lama dirinduinya. ‘Ah, pelanduk dua serupa kot,’ getus Nasreen cuba menutup gentar di hati.
“Terima kasih hantar saya balik. Awak tak nak singgah dulu ke?” pelawa Nasreen. Elfie hanya menggeleng.
“Terima kasih je lah. Tapi, saya kena balik ni, dah lewat. Nanti risau pulak mama saya. But, if you insist saya tak kisah kalau awak nak belanja saya makan esok,” ujar Elfie sambil mengenyitkan mata sebelum memecut meninggalkan Nasreen terpinga-pinga.

Selesai makan malam, Elfie termenung di beranda. Dia memandang kereta yang lalu-lalang di hadapan rumahnya. Fikirannya menerawang seketika. Terkenang kembali peristiwa di sekolah siang tadi.
“Buat apa tu, Fie?” tegur Datuk Samsuddin apabila dilihat anaknya itu tidak berganjak dari beranda sejak 15 minit lalu.
“Eh, papa! Terperanjat Elfie. Tak de buat apa-apa pun,papa. Elfie tengah kira berapa buah kereta yang lalu dekat jalan ni malam ni,” jawab Elfie sambil mengekek ketawa.
“Oh, nak loyar buruk dengan papa,ye?” Datuk Samsuddin tersenyum. Dia terdiam seketika. Cuba menyusun ayat untuk berbicara dengan anaknya.
“Papa ada satu benda nak cakap dengan kamu,” ujar Datuk Samsuddinn dengan nada serius. Elfie yang sedang galak ketawa tiba-tiba terdiam. Dia memandang papanya.
“Apa dia, papa?” jawab Elfie dengan berdebar-debar. ‘Apa kena pulak papa ni? Macam serius je bunyinya.
“Tadi Mak Cik Faridah datang. Dia datang nak minta tolong dengan papa dan mama. Dan papa dengan mama pun dah janji nak tolong dia,” ujar Datuk Samsuddin sambil matanya memandang tepat wajah anak lelakinya itu. Elfie menelan liur. ‘Macam ada yang tak kena je ni?’ Elfie bersungut di dalam hati.
“Dia mintak tolong apa, pa?” tanya Elfie tidak sabar. Matanya tidak lepas memandang wajah papanya.
“Dia mintak tolong papa dengan mama terima Sherry jadi menantu dia. Atau dalam erti kata lain, jadi isteri kamu,” ujar papanya dengan selamba.
“What?! Sherry? You can’t be serious pa! No, Elfie tak setuju. Elfie ni masih waras lagi papa. Kalau Elfie gila sekalipun Elfie takkan pilih si Sherry tu jadi bini Elfie, papa. Kalau papa dah berkenan sangat dengan si Sherry tu, papa je la kahwin dengan dia,” tukas Elfie dengan tegas.
“Tapi, Sherry tu tak nak dekat papa. Dia nak dekat kamu. Dan papa pun dah janji dengan family Sherry, kamu akan kahwin dengan Sherry hujung tahun ni. Itu keputusan papa. Muktamad!” tegas suara Datuk Samsuddin. Elfie memandang papanya. Apalah yang merasuk fikiran papanya sehingga bersetuju menerima lamaran Mak Cik Faridah itu. Masakan dia mahu dikahwinkan dengan ‘gadis separuh tulen’ itu.
“Tapi Elfie pun tak nak kahwin dengan dia, papa,” Elfie sudah tidak keruan. Kelibat mamanya yang menatang dulang ke arah mereka segera diterkamnya.
“Mama, tolong lah mama. Elfie tak nak kahwin dengan Sherry, ma. Sampai hati mama rosakkan hidup anak mama ni. Kenapa mama terima lamaran Mak Cik Faridah tu, ma?” Elfie merayu mamanya. Datin Saleha yang baru muncul terlopong.
“Bila masa pulak mama janji dengan Mak Cik Faridah nak kahwinkan kamu dengan si Sherry tu? Eh, mama belum mereng la nak bermenantukan si Sherry tu. Siapa yang cakap dengan kamu ni?” ujar Datin Saleha sambil bercekak pinnggang.
“Tapi, tadi papa cakap…” ayat Elfie terhenti apabila mendengar papanya ketawa terbahak-bahak. Dia memandang papanya dengan dahi berkerut.
“Haa, tahu pun takut. Tadi kamu kenakan papa, sekarang papa pulak kenakan kamu,” jawab Datuk Samsuddin dengan tawa yang masih bersisa. Elfie mendengus geram.
“Huh, Elfie tak nak kawan dengan papa,” balas Elfie dengan nada merajuk. Dia memuncungkan mulutnya.
“Buat la muncung macam tu. Macam la handsome sangat,” sakat Datuk Samsuddin sambil disahut tawa Datin saleha.
“Elfie nak masuk bilik dulu, ma. Ada banyak kerja belum siap,” ujar Elfie sebelum berlalu meninggalkan orang tuanya.
“Aik, takkan merajuk kot,” Elfie tidak mempedulikan usikan papanya. Papanya itu kalau datang angin meroyannya, boleh migraine dibuatnya. Ada saja idea nak menyakat.
Di dalam bilik, Elfie tersenyum sendirian. Peristiwa siang tadi di sekolah kembali di ruang ingatannya. Dia masih di dalam kereta, mencari buku-buku yang perlu untuk pengajaran pada hari ini apabila matanya terpandangkan seorang wanita yang berdiri termangu-mangu seorang diri seperti tidak ada arah tujuan. Matanya tidak lepas memandang wanita itu. Wajahnya yang ayu dilitupi tudung merah jambu tampak tenang dan lembut. Matanya tidak jemu memandang gadis itu.
Tiba-tiba dia terkenang pula pada Ezrie Ridzuan, kalau Ezrie Ridzuan masih hidup, tentu dia sudah berkahwin. Dulu, Ezrie saban kali menceritakan tentang gadisnya. Dia masih ingat lagi, arwah abangya pernah berkata padanya, buah hatinya menggemari warna merah jambu. Namun, belum sempat dia berjumpa dengan gadis itu abangnya sudah pergi dahulu. Peristiwa tiga tahun lalu masih jelas diingatannya. Dia selalu bergaduh siapa yang patut memandu jika mereka hendak keluar. Tiba-tiba dia terasa sangat rindu akan abangnya itu. air matanya menitis laju bila terkenang saat terakhir semasa Arwah hidup.
Malam itu, Elfie mengajak abangnya keluar menonton perlawanan bola sepak di Stdium Bukit Jalil. Beria-ia dia mengajak walaupun abangnya menolak. Namun kerana kasihankan adiknya itu, dia mengalah juga walaupun badannya terasa tidak sihat.
“Malam ini Elfie drive ye? Abang rasa tak sihat la malam ni,” ujar Ezrie sambil memandang Elfie di sebelahnya.
“Alah abang tak payah nak kelentong Elfie. Macam la Elfie tak biasa dengan temberang abang tu,” jawab Elfie sambil mencebirkan mulutnya. Dia tidak mempedulikan mata Ezrie yang memandangnya sayu. Ezrie mengeluh sambil perlahan-lahan Ezrie menghidupkan enjin keretanya.
Elfie tidak menyangka yang ajakannya pada malam itu mengundang padah apabila mereka terbabait dalam kemalangan jalan raya. Dia juga tidak menyangka abangnya benar-benar tidak sihat kerana Ezrie selalu menggunakan helah tersebut apabila dia malas memandu. Rasa bersalahnya menggunung apabila satu-satunya abang kesayangannya itu pergi menghadap Ilahi akibat kedegilannya. Dua minggu dia berkurung di dalam bilik. Dia asyik menyalahkan dirinya atas pemergian abangnya itu.
Datin Saleha dan Datuk Shamsuddin sudah bingung melihat gelagat anak bongsu mereka. Risau mereka bukan kepalang. Lantas, mereka pun bertindak menangguhkan pelajaran Elfie yang ketika itu berada di tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Automatif. Namun, mereka dikejutkan dengan satu berita dua hari kemudian apabila Elfie telah berhenti belajar dan memohon untuk menjadi seorang guru.
Elfie bertekad untuk menjadi seorang guru. Baginya, menyambung usaha arwah yang ketika itu sedang meneruskan pelajaran di Institut Perguruan Cheras sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir adalah satu-satunya cara untuk menebus dosa terhadap arwah memandangkan arwah Ezrie sangat meminati profesion ini sehinggakan dia sanggup mencari duit sendiri untuk menampung pengajiannya apabila Datuk Shamsuddin tidak bersetuju dengan pilihannya.Dia terjaga apabila alarm telefon bimbitnya berbunyi. Dia meraup mukanya. Jam di dinding dikerlingnya sekilas. Lantas dia bingkas bangun dari katil.
Hari minggu ini, tidak banyak aktiviti yang dilakukannya melainkan melepak di hadapan tv. Puas dia mencari-cari siaran televisyen yang menarik, namun semua dirasa membosankan. Mama dan papanya pagi-pagi lagi sudah keluar menghadiri majlis perkahwinan anak kenalannya. Walaupun mamanya ada mengajak, dia menolak.
“Fiq, kau dekat mana tu?” soal Elfie apabila panggilannya disahut sahabtanya, Taufiq.
“Hah, Elfie. Panjang umur engkau. Aku baru nak call kau.Aku dekat Ampang Point. Tengah lepak dengan Shahir. Kau tak nak join ke?” soal temannya itu.
“Boleh gak. Kau tunggu eh. Setengah jam lagi aku sampai,” ujar Elfie.
“Setengah jam? Lamanya. Kau nak mekap dulu ke apa?” ulas Taufiq sambil ketawa.
“Diamlah kau. Kejap lagi aku sampai,” ujarnya sebelum bergegas ke biliknya untuk bersiap-siap. 10 minit kemudian, dia sudah berada di jalan raya.
Elfie menekan brek sekuat hati. Dadanya turun naik. Dia bingkas keluar. Dilihatnya gadis yang dilanggarnya sedang menggosok-gosok kakinya. Dia menarik nafas lega. ‘Nasib baik hidup lagi. Kalau tak, tidur dekat lokap la aku malam ni,’getus Elfie di dalam hati.
“Cik tak apa-apa ke? Minta maaf la. Saya tak nampak awak lintas tadi,” soal Elfie sambil badannya dibongkokkan. Nasib baik kawasan parking Ampang Point agak lengang. Kalu tidak pasti dia sudah lunyai dibelasah kerana melanggar seorang gadis.
“Tak nampak awak kata? Tak kan la saya yang besar ni pun awak boleh tak nampak? Nak kata buta, mata awak tu elok lagi saya tengok,” hambur gadis itu tanpa memandang ke arah Elfie.
‘Macam besar sangat. Badan macam budak sekolah je. Tapi garangnya macam mak cik-mak cik. Hehehehe,’ kata Elfie di dalam hati. Dia tergelak kecil.
“Apa gelak-gelak? Kelakar sangat ke dah langgar orang ni?” soal gadis itu lagi. Dia ingin menyambung bebelannya lagi tetapi tatkala matanya memandang gerangan yang melanggarnya tadi, dia tiba-tiba terdiam.
“Nasreen?” Elfie turut terkejut apabila gadis itu mendongak wajahnya. Tidak sangka dia akan bertemu dengan gadis itu hari ini. Kemalangan itu juga berpunca daripadanya yang sedang terkenangkan Nasreen sehingga fokus terhadap pemanduannya sedikit terganggu. Tidak disangkanya, gadis itu benar-benar berdiri di hadapannya kini.
“Apa awak buat dekat sini?” soal Elfie menutup kegugupannya.
“Saja nak tunggu awak datang langgar saya,” uajr Nasreen selamba sambil cuba bangun. Elfie tersengih. ‘Amboi, bisanya mulut. Nampak dekat sekolah macam pendiam. Tak sangka mulut pedas,’ Elfie mengomel sendirian. Nasreen cuba untuk berdiri tetapi dia terduduk kembali. Kakinya dirasakn sangat sakit. Dia menyeringai kesakitan. Elfie yang cuba membantu Nasreen ditepis.
“Saya boleh bangun sendiri,” ujar Nasreen. Dia cuba berdiri sekali lagi. Namun kesakitan kakinya mengahalangnya untuk berdiri dengan stabil. Dia nyaris tersungkur jika tidak disambut Elfie.
“Minta maaf. Saya tak sengaja,” Elfie tergagap-gagap. Tangannya yang melingkari pinggang Nasreen segera dilucutkan. Sangkanya Nasreen marah dengannya. Muka Nasreen yang merah padam ditenungnya sekilas.
“Mari saya hantar awak ke klinik. Kaki awak tu dah bengkak. Kalau bentan nanti susah,” ujar Elfie. Nasreen hanya menurut.
“How did you hurt your ankle? The swollen is very bad,” soal doctor itu tatkala melihat bengkak di buku lali Nasreen.
“Saya jatuh dekat bilik air,” soal Nasreen sambil matanya menjeling Elfie Rafizee di sebelahnya. Dia mencemik apabila Elfie hanya tersengih.
“Kaki isteri awak tak ada apa-apa. Cuma terkehel sikit saja. Seminggu lagi baiklah tu,” tersentak Nasreen mendengar kata-kata doctor itu.
“Alhamdulillah,” ujar Elfie mengucap syukur.
“Tapi untuk masa seminggu ni, Puan Khadeeja tak boleh lasak sangat. Dia kena banyak berehat. Takut nanti buku lalinya susah sembuh. So, minggu ni semua kerja rumah awak suruh suami awak yang buat. Faham Puan Khadeeja?” soal doctor itu. Nasreen hanya terlopong mendengar ayat doctor itu. dia baru hendak menjawab apabila bahunya dicuit Elfie.
“Tak ada masalah doctor. Saya akan pastikan dia akan dapat rehat yang cukup. Pasal kerja rumah tu, jangan risau. Saya akan take over minggu ni. Okey, sayang?” ujar Elfie sambil mengenyitkan matanya. Nasreen hanya mendengus mendengar kata-kata Elfie. Dia memuncungkan mulutnnya.
“Sekarang saya akan balut buku lali your wife. Suruh dia tahan. This might be painful,”ujar doctor itu sambil tangannya lincah membalut buku lali Nasreen. Nasreen mengetap gigi apabila doctor itu mengemaskan balutannya. Tanpa disedari tangannya memaut lengan Elfie yang berdiri di sebelahnya. Elfie yang melihat Nasreen menahan kesakitan menggenggam erat tangan Nasreen. Dia tersenyum. Nasreen yang baru tersedar tangannya dalam genggaman Elfie segera menarik tangannya kembali.
“Awak dengar tak apa doctor cakap tadi? Jangan lasak sangat. Jangan buat kerja rumah minggu ni. Biar saya yang buat,” usik Elfie sambil mengekek ketawa.
“Kenapa dengan awak ni?” soal Nasreen tidak puas hati.
“Kenapa apa pulak? Saya nak tolong pun salah ke? Dah sakit-sakit pun nak marah orang lagi,” ujar Elfie masih mahu menyakat Nasreen.
“Apasal awak mengaku saya ni isteri awak?” tanya Nasreen. Mukanya sudah merah padam.
“Bukan saya yang cakap. Doctor tu yang cakap. Lagipun saya tak nak doctor tu salah faham. Tadikan saya angkat awak masuk ke klinik itu. Nanti apa pulak doctor tu cakap kalau dia tahu kita ni takde apa-apa hubungan. Lagipun, tadi awak yang pegang tangan saya, kan?” ujar Elfie bersahaja. Nasreen memuncungkan mulutnya. ‘Aku cepuk jugak mamat ni karang. Sengal betul!’ marah Nasreen dalam hati.

“Kenapa ni Reen? Kenapa kaki berbalut ni?” soal Aliff apabila melihat adiknya masuk ke rumah dengan terhincut-hincut.
“Abang, saya nak minta maaf. Tadi saya tak sengaja. Saya tak nampak Nasreen nak lintas jalan. Nasib baik saya sempat brek,” ujar Elfie takut-takut. Dia bertambah apabila melihat mata Aliff yang tajam merenungnya.
“Salah adik jugak bang. Tak tengok kiri kanan masa nak lintas jalan tadi. Lagipun, Elfie dah hantar adik pergi klinik. Doctor cakap tak ada pap-apa pun,” ujar Nasreen meredakan keadaan apabila menyedari pandangan tajam abangnya itu kepada Elfie.
“Terima kasih la sebab hantar Reen pergi klinik dan hantar dia balik. Eh, ajak la Elfie duduk. Nanti abang suruh Kak Ros buatkan air,” ujar abangnya sebelum berlalu.
“Duduklah,” pelawa Nasreen. Elfie hanya tersenyum mendengar pelawaan Nasreen.
“Mak ayah awak mana? Tak nampak pun?” soal Elfie sekadar.
“Mak ayah saya dekat Ipoh. Saya tumpang rumah abang saya sebab dekat dengan sekolah. Senang nak ulang alik,” jawab Nasreen.
“Jemput lah minum,”jemput Abang Aliff yang muncul di ruang tamu diikuti Kak Ros di belakangnya. Elfie mengangguk.
“Kamu tinggal dekat mana, Elfie?” soal Abang Aliff memulakan bicara.
“Saya tinggal dekat Taman Malewang,” balas Elfie.
“Kerja kat mana?” soal Kak Ros pula.
” Saya kerja dekat SMK Taman Tasik. Cikgu kak,” Elfie menjawab.
“Oh, sekali dengan Reen la ye. Cikgu practical jugak ke?” soal Kak Ros lagi.
“A’ah. Tapi saya bukan cikgu practical,” jawab Elfie sambil merenung Nasreen yang dari tadi ayik mendiamkan diri sahaja.
“Assalamualaikum,” terdengar suara salam dari luar.
“Waalaikumussalam. Baru balik Afiq? Salam dengan kawan Mak Su ni,” arah Abang Aliff kepada anak tunggalnya itu.
“Eh, Cikgu Elfie? Buat apa dekat sini?” soal anak muda itu kaget.
“Kamu kenal ke Afiq?” soal Kak Ros.
“Kenal, ibu. Ini cikgu kelas Afiq. Cikgu Elfie ni ajar Bahasa Inggeris,” ujar Afiq sambil dia duduk di sebelah Nasreen.
“Alang-alang dah nak Maghrib ni, kamu makan dekat sini je lah Elfie,” usul Kak Ros. Nasreen membeliakkan matanya.
“Em, tak menyusahkan ke akak?” soal Elfie tersipu-sipu. Dia memandang Nasreen yang merenungnya tajam. ‘Elok jugak aku makan kat sini. mama dengan papa bukannya balik malam ni. Kalau akau balik pun aku makan sorang-sorang jugak.’
Usai makan malam, Elfie dan Abang Aliff berborak di ruang tamu. Nampaknya Abang Aliff sudah kamceng dengan Elfie. Dari tadi berborak tidak berhenti. Adakalanya mereka ketawa terbahak-bahak. Kak Ros di dapur hanya menggeleng-geleng.
“Dah lama kamu kenal Elfie tu, Reen?” soal Kak Ros sambil membancuh minuman panas.
“Tak ada lah kak. Reen kenal dia dekat sekolah tu la. Baru dua minggu je,” ujar Nasreen sambil tangannya sibuk mengupas kulit epal.
“Nampaknya Abang Aliff dah suka dekat Elfie tu. Tak lama lagi abah dengan umi akan dapat menantu baru la nampaknya.
“Akak!” Nasreen menjerit sambil tangannya serantak membaling kulit epal. Kak Ros mengelak sambil ketawa terbahak-bahak sebelum berlalu ke ruang tamu menatang dulang minuman.
Malam itu, dia menyiapkan rancangan mengajar untuk kelasnya keesokan pagi. Setelah seminggu dia diberi cuti sakit, dia akan kembali semula ke sekolah. Nasib baik pensyarahnya boleh bertimbang rasa dengan kemalangannya itu. ucapan terima kasih juga patut diberi kepada Elfie kerana telah menerangkan perkara sebenar kepada pensyarahnya. Sepanjang tempoh seminggu itu jugalah Elfie tidak pernah lupa untuk menelfonnya setiap hari untuk bertanyakan keadaannya.
Mengingatkan Elfie, dia tersenyum. Rupa-rupanya di sebalik perangai Elfie yang selalu menyakitkan hatinya, Elfie seorang yang kelakar. Bersembang dengan Elfie selalu membuatnya ketawa. Dia terkenang kembali saat dia bersama dengan arwah Ridzu. Karakter mereka hampir sama. Cuma, Ridzu sedikit gelap manakala Elfie pula sedikit cerah. Angan-angannya terbang apabila pintu bilinya diketuk.
“Eh, Afiq. Tak tidur lagi ke?” soal Nasreen sambil mengusap kepala anak buahnya itu.
“Belum. Em, Mak Su. Afiq nak tanya sikit boleh tak?” soal Afiq teragak-agak.
“Boleh. Afiq nak tanya apa?” tanya Nasreen.
“Mak Su bercinta dengan Cikgu Elfie ke?” Nasreen tersentak. Dia mengerutkan keningnya.
“Kenapa Afiq cakap macam tu pulak?” Nasreen kehairanan.
“Cikgu Aiman yang cakap. Kan Cikgu Aiman ambil kelas Afiq, gantikan Cikgu Elfie. Dia yang cakap dengan Afiq. Sebab dia selalu nampak Mak Su borak dengan Cikgu Elfie dekat bilik guru. Lagipun, dia ternampak Cikgu Elfie datang melawat Mak Su dekat rumah tiga hari lepas. Dia suruh la Afiq tanyakan dekat Mak Su,” ujar Afiq.
“Mana dia tahu Afiq ni anak buah Mak Su?” ujar Nasreen kaget.
“Entah,” Afiq menjungkitkan bahu.
“Tak apa lah Afiq. Nanti biar Mak Su yang cakap sendiri dengan Cikgu Aiman. Afiq pergi tidur. Esok nak sekolah pulak,” usul Nasreen sambil mengusap kepala Afiq. Afiq hanya mengangguk. Selepas Afiq kembalike biliknya, Nasreen mengeluh. Aiman sudah melampau. Melibatkan anak buahnya dalam masalah mereka. Dia sendiri tidak faham. Kenapa Aiman perlu campur tangan dalam hidupnya kerana mereka kini sudah tidak ada apa-apa hubungan. Sejak akhir-akhir ini, dia juga menerima banyak panggilan telefon daripada Aiman. Tapi, dia hanya membbiarkan saja panggilan itu tidak berjawab.

Pagi itu, Nasreen sampai di sekolah agak awal dari biasa. Elfie juga masih belum tiba. Dia memandang sekeliling. Hanya beberapa orang guru sahaja yang sudah tiba. dia termenung seketika. Soalan Afiq malam tadi masih terngiang-ngiang di telinganya. Dia masih memikirkan apa yang harus dijawab kepada Aiman seandainya mereka bertemu mata hari ini.
“Amboi, kuatnya termenung. Sampai saya masuk pun awak tak sedar. Awak ingatkan siapa tu? Baru seminggu tak jumpa, awak dah rindukan saya?” ujar Elfie sambil meletakkan barang-barangnya di atas meja. Dia hampir melatah apabila bahunya tiba-tiba ditepuk Elfie. Dia hanya mencebikkan mulutnya.
“Tak ada maknanya,” ucap Nasreen sambil menjeling ke arah Elfie.
“Kaki awak dah okey?” tanya Elfie.
“Dah. Dah okey 100%,” jawab Nasreen sambil tersenyum.
“Okeylah. Saya nak pergi pejabat kejap. Ada hal sikit,” ujarnya. Tangannya mencari-cari sesuatu di atas mejanya.
“Awak cari apa tu?” soal Nasreen.
“Surat yang Pengetua bagi semalam. Semalam saya letak dekat sini. hari ini dah hilang pulak,” ujarnya sambil tangannya sibuk membelek helaian kertas yang berselerak di atas mejanya.
“Itu lah. Lain kali kemas la meja tu elok-elok. Ini tak. Dah macam sarang tikus saya tengok. Entah-entah ular pun dah buat sarang,” ujar Nasreen. Tangannya turut membelek-belek helaian kertas di atas meja Elfie.
“Yang ini ke?” tanya Nasreen. Tangannya menghulur sehela kertas kepada Elfie.
“Terima kasih. Nasib baik jumpa. Oh, by the way thank you kerana awak nak tolong kemas meja saya,” ujar Elfie. Nasreen terpinga-pinga.
“Bila pulak saya cakap nak kemas meja awak?” tanya Nasreen kehairanan.
“Alang-alang awak dah mencemar duli tadi, elok lah awak sambung sampai habis. Segala kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih,” ucap Elfie sambil terburu-buru keluar. Nasreen hanya menggeleng-gelengkan kepala.
“Mesra betul saya tengok awak dengan Elfie. Ada apa-apa ke?” Nasreen yang sedang sibuk mengemas meja Elfie terhenti seketika. Dia tidak mempedulikan Aiman.
“Apa maksud awak?” ujar Nasreen tanpa mendongak memandang Aiman.
“Ye lah. Bergurau senda, siap tolong kemas meja. Loving semacam je saya tengok. Awak couple dengan Elfie ke?” soal Aiman.
“Ada masalah ke kalau saya ada apa-apa dengan dia?” ujar Nasreen cuba bermain tarik tali. Tangannya masih sibuk mengemas. Tiba-tiba dia terpandang bingkai gambar yang terlungkup di atas meja Elfie. Sebaik sahaja dia melihat foto di dalam bingkai tersebut, dia kaget. Hampir-hampir dia menjerit. Lelaki yang sedang tersenyum di sebelah Elfie itu benar-benar dikenalinya.
Dia membaca ayat yang tertulis di bingkai gambar tersebut. “In Memory, Ezrie Ridzuan. My Beloved Brother.” Nasreen hampir pitam.
“Awak belum jawab soalan saya. Awak couple dengan dia ke? ” desak Aiman. Dia bengang apabila pertanyaan tidak diendahkan Nasreen. Dia merentap pergelangan tangan Nasreen. Nasreen terkejut. Matanya yang berkaca hanya memandang Aiman.
“Jawab soalan saya. Apa hubungan awak dengan dia?” soal Aiman keras.
“Apa kena dengan awak ni?” Nasreen berusaha menarik pergelangan tangannya yang dicengkam Aiman. Namun, Aiman mengemaskan pegangannya.
“Lepaskan tangan Nasreen,”ujar Elfie yang tiba-tiba muncul. Aiman hanya tersenyum.
“Kau siapa nak arah-arah aku? Nasreen ni awek kau ke?” soal Aiman sinis.
“Ya. Nasreen ni awek aku. Ada masalah? Aku sayang dia. Kami akan kahwin lepas Nasreen tamat practical dekat sini. Kalau kau tak nak dapat cuti sakit sebab kena tumbuk, baik kau lepaskan tangan Nasreen,” ujar Elfie sambil tangannya mengcengkam kolar baju Aiman. Nasreen terkesima. Ayat Elfie benar-benar menyentak hatinya. Aiman terdiam. Mukanya merah padam menahan marah. Dia melepaskan Tangan Nasreen sambil berlalu dengan perasaan cemburu membuku di dada.
“Awak okey, Reen?” soal Elfie dengan nada bimbang. Tangannya membelek-belek pergelangan tangan Nasreen. Nasreen hanya mendiamkan diri. Dia masih terkejut dengan kenyataan yang baru diketahuinya.
“Awak sakit ke? Reen, say something. Awak buat saya risau,” ujar Elfie.
“Saya okey. Saya tak apa-apa. Saya pergi tandas kejap,” ujar Nasreen dengan sebak sebelum berlari meninggalkan Elfie. Elfie hanya mengeluh di tempat duduknya. 15 minit berlalu tetapi Nasreen masih belum muncul. Dia mahu mencari Nasreen, tetapi loceng masa pertama sudah berdering. Dia membatalkan niatnya mahu menjejaki Nasreen. Dia perlu masuk ke kelas.
Sehingga tamat waktu sekolah, dia tidak nampak kelibat Nasreen di bilik guru. Apabila dia free, Nasreen pula yang masuk mengajar. Akhirnya dia pulang hari itu tanpa bertemu dengan Nasreen.

“Abang perasan tak Reen hari ni tak banyak cakap. Selalu dia tak macam ni,” soal Kak Ros kepada suaminya yang sedang asyik menonton tv.
“Abang pun perasan. Dia ada masalah ke?” tanya Abang Aliff. Dia sudah beraluh duduk di sebelah Kak Ros.
“Risau abang tengok dia macam tu. Makan pun tak nak. Cuba awak pergi tanya dia. Dia kan rapat dengan awak,” usul Abang Aliff. Kak Ros hanya mengangguk.
“Reen, boleh akak masuk,” soal Kak Ros apabila ketukannya di pintu bilik Nasreen tidek mendapat respon. Setelah menunggu seketika, dia menguak daun pintu. Seluruh bilik gelap gelita. Dia memetik suis lampu. Dilihatnya Nasreen sedang terbaring di atas katil.
“Reen, kenapa ni?” soal Kak Ros dengan terkejut apabila melihat mata Nasreen yang bengkak dan sembab.
“Akak, kenapa Reen tahu benda ni bila Reen dah mula sayang dia?” Nasreen menangis teresak-esak di bahu Kak Ros. Kak Ros terpinga-pinga.
“Apa ni, Reen? Kak Ros tak faham la. Cuba cakap betul-betul,” ucap Kak Ros. Tangannya meggenggam erat tangan Nasreen.
“Elfie, kak. Elfie tu adik Ridzu,” jelas Nasreen sambil teresak-esak.
“Ridzu mana ni?” Kak Ros masih terpinga-pinga.
“Ridzu. Ezrie Ridzuan. Elfie tu adik dia kak. Penyebab kematian Ridzu. Penyebab Reen kehilangan cinta Reen,” ujar Nasreen separuh menjerit.
Kak Ros terpempan. Kenangan lima tahun dulu kembali di benaknya. Selepas Nasreen menerima panggilan bahawa Ridzu meninggal dalam kemalangan, dia seolah-olah hilang semangat. Semangatnya sudah direntap bersama-sama pemergian Ezrie. Nasreen tidak dapat menerima kenyataan bahawa Ridzu sudah pergi meninggalkannya. Hubungan mereka yang masih menjadi rahsia hanya diketahui oleh Kak Ros dan Abang Aliff. Oleh kerana itu, dia dan suaminya hanya membawa Nasreen melawat pusara Ezrie Ridzuan selepas majilis pengebumian selesai.
Di tanah perkuburan itu, dia terserempak dengan seorang lelaki di kuburan Ridzu. Lelaki itu sedang menangis teresak-esak. Melihat masih ada orang di kuburan Ridzu, mereka bersembunyi di sebalik pokok berdekatan. Dari situ, dia mendengar segala kata-kata lelaki itu. Lelaki itu menangis teresak-esak memohon maaf kepada Ridzu, abangnya. Menurutnya, dia yang menjadi punca kematian Ridzu. Nasreen yang hampir-hampir hilang kawalan bertindak ingin menyerang adik Ridzu namun sempat ditenangkan Abang Aliff.
“Reen akan dendam siapa yang menyebabkan kematian Ridzu,” masih terngiang-ngiang ayat Nasreen setelah mereka kembali dari tanah perkuburan hari itu.
“Reen sayang Elfie?” tanya Kak Ros. Lambat-lambat Nasreen mengangguk.
“Kalau Reen sayang dia, Reen kena terima dia apa adanya. Lupakan segala kesilapan dia. Reen kena bersedia terima kekurangan dan kelebihan dia,” jelas Kak Ros.
“Tapi dia yang menyebabkan Reen dan cinta Reen tak dapat bersatu. Dia sudah membuat Reen menderita kak. Kalau tak kerana dia, Ezrie Ridzuan takkan mati kak. Elfie pembunuh! Pembunuh!” jerit Nasreen. Dia sudah tidak dapat mengawal perasaannya.
“Awak ingat saya tak menderita bila Abang Ezrie pergi? Awak ingat saya tak rasa bersalah bila dia meninggal sebab saya?” ujar Elfie yang entah bila muncul di bilik itu. Nasreen terkejut.
“Awak penyebab saya kehilangan semangat hidup saya. Awak penyebab penderitaan saya Elfie,” tangisan Nasreen makin menjadi-jadi. Kak Ros cuba mendapatkan Nasreen tetapi ditegah Abang Aliff.
“Kita tinggalkan saja diorang selesaikan masalah ni sendiri,” ujar Abang Aliff sambil menarik tangan isterinya keluar dari bilik Nasreen. Membiarkan Elfie dan Nasreen menyelesaikan perang perasaan di antara mereka.
“Awak jangan ingat hanya awak yang menderita. Saya lagi menderita. Tiga tahun saya ambil masa untuk pulihkan semangat saya. Abang Ezrie adalah insan yang paling saya sayang selepas papa dan mama saya. Awak jangan ingat saya dapat lalui semua ini dengan mudah. Awak bayangkan, saya tak pernah berpisah dengan Abang Ezrie sejak kami kecil. Tiba-tiba dia tinggalkan saya. Awak tak rasa saya lagi menderita? Abang Ezrie tu abang kandung saya, darah daging saya,”terang Elfie. Matanya sudah menakung air mata.
Dia sudah terduduk. Dia tidak menyangka bahawa Nasreenlah gadis yang selalu diceritakan abangnya. Satu-satunya gadis yang telah membuka pintu hati abangnya. Gadis yang berjaya membuat hidup abangnya lebih bermakna. Sejak kecil lagi dia dan abangnya berkongsi citarasa, minat dan selera yang sama. Dia tidak menyangka bahawa mereka juga mencintai gadis yang sama. Dia menghampiri Nasreen yang terjelepok di tepi katil.
“Saya minta maaf kalau saya sudah merampas kebahagiaan awak sebelum ni. Tapi bukan itu yang saya pinta. Saya pun tak nak perkara ini berlaku. Tapi percayalah. Mungkin sudah takdir kita dipertemukan. Mungkin Abang Ezrie mahu saya membahagiakan awak semula. Sebab itu dia hantar awak kepada saya,” jelas Elfie panjang lebar.
“Awak jangan risau, saya akan bahagiakan awak. Saya akan buat awak rasa gembira seperti apa yang awak rasa masa awak dengan arwah dulu,” ujar Elfie. Tangannya meraih jemari Nasreen lalu digenggam erat. Nasreen masih diam membatu.
“Saya cintakan awak. Sepenuh hati saya. Dan saya tahu, awak pun sama. Tapi, dalam masa yang sama, saya juga tahu awak masih kenangkan arwah. Saya tak minta awak lupakan dia. Tapi saya minta awak bukakan hati awak untuk saya. Saya pasti arwah Abang Ezrie juga kan bahagia bila tengok dua orang yang dia sayang bahagia. Sudi tak awak terima saya, baik buruk saya seperti saya terima awak apa adanya?” tanya Elfie dengan dada berdebar.
Nasreen hanya mendiamkan diri. Air matanya makin lebat. Dia tidak pasti apa yang harus dilakukannya sekarang. Dia tidak pasti. Yang dia pasti, dia juga menyayangi Elfie.
“Saya faham kalau awak tak boleh buat keputusan sekarang. Awak fikirlah dulu. Saya tetap akan tunggu awak sampai bila-bila,” Elfie bersuara sebelum dia berlalu meninggalkan bilik Nasreen.
“Abang, saya balik dulu ye? Maaflah mengganggu tengah-tengah malam ni. Saya minta diri dulu,” kata Elfie sambil menghulurkan tangannya. Abang Aliff tidak menyambut huluran tangannya sebaliknya memeluk Elfie erat.
Di dalam kereta Elfie terkenang semula kata-kata Abang Aliff sebelum dia keluar dari rumah itu tadi.
“Nasreen memang pernah sayangkan Ridzu dulu. Tapi itu dulu. Semasa arwah masih ada. Tapi, sekarang abang percaya dia hanya ada kamu dalam hati dia,” ujar Abang Aliff sambil menepuk bahunya.

Tiga minggu berlalu, Elfie tidak menegur Nasreen. Tiba-tiba Nasreen terasa sunyi tanpa usikan dan celoteh Elfie. Dia akui, dia rindu dengan Elfie. Tapi, egonya yang melangit menghalangnya. Latihan practical Nasreen sudah hampir tamat. Hari ini merupakan hari terakhir Nasreen berada di sekolah itu. pihak sekolah mengadakan majlis perpisahan untuknya dan Aiman. Semua pelajar dan guru terlibat dalam majlis itu. Sewaktu majlis itu berlangsung, dia mencari bayang Elfie. Sudah puas ditunggu kehadiran Elfie namun bayangnya tidak kelihatan. Dia hampa. Tekadnya, sebelum dia kembali ke IPG Ipoh, dia mahu memberi jawapan kepada Elfie.
Waktu sekolah sudah tamat. Nasreen masih menunggu Elfie di bilik guru. Setelah satu jam dia menunggu, dia masih belum nampak bayang Elfie.
“Tak ada guna awak tunggu dia, Reen. Dia hanya anggap awak macam kawan dia. Tak lebih dari itu. Kalau tak, takkan dia tak datang majlis perpisahan tadi,” ujar Aiman memprovokasi Nasreen. Jauh di sudut hati, dia masih menyimpan hasrat untuk kembali bersama Nasreen. Dia berasa menyesal kerana melepaskan gadis ebaik Nasreen demi Najiha. Gadis yang hanya tahu menghabiskan wang ringgitnya.
“Saya pun tak tahu, Man. Mungkin betul awak cakap. Hanya saya yang bertepuk sebelah tangan,” ujar Nasreen sambil ketawa pahit. Dia lantas bangun.
“Jom la kita balik. Saya belanja awak makan sempena kita dah berjaya menghabiskan latihan practicum kita,” pelawa Aiman. Nasreen hanya mengangguk lesu. Baginya, tiada guna mengharap pada yang tidak sudi. Lalu dia berjalan berjalan keluar dari bilik guru beriringan dengan Aiman.
“Saya tak sangka serapuh itu cinta awak pada saya,” Nasreen yang sedang menuruni anak tangga terhenti. Aiman di sebelahnya juga turut berhenti.
“Tiga minggu saya tunggu awak bagi jawapan, akhirnya saya dapat jawapan dari awak. Kalau ini jawapan awak, saya doakan awak bahagia. Selamat tinggal,” ujar Elfie sebelum berlalu meninggalkan Nasreen dan Aiman. Nasreen lantas mengejar Elfie. Nampaknya Elfie sudah salah faham. Dia harus menyelesaikan salah faham ini. Aiman hanya tersenyum. Dia nampak kini, cinta Khadeeja Nasreen hanya untuk seorang Elfie Rafizee. Dia harus belajar melepaskan Nasreen kini.
“Nanti dulu Elfie. Awak kena dengar dulu penjelasan saya,” ucap Nasreen sambil tangannya memegang pintu kereta Elfie. Air matanya sudah lebat berguguran.
“Awak nak jelaskan apa lagi? Dah terang-terang awak pilih Aiman dari saya. Awak nak saya buat apa lagi? Merayu dekat awak supaya awak terima saya?” bentak Elfie. Dia lantas masuk ke dalam kereta tanpa mempedulikan Nasreen yang sudah teresak-esak. Sewaktu keretanya hendak bergerak meninggalkan kawasan parkir, Nasreen secara tiba-tiba berdiri di hadapan kereta Elfie. Elfie lantas menekan brek.
“Awak ni kenapa?” jerkah Elfie.
“Saya cintakan awak. Saya cintakan awak, Elfie Rafizee. Sepenuh hati saya. Bukan Aiman Khusyairi,” ucap Nasreen dengan lantang. Nasreen hanya menangis teresak-esak. Elfie lantas menarik tangan Nasreen dan menyuruhnya memasuki kereta. Lantas dia memecut laju meninggalkan kawasan sekolah. Dia memecut laju menghala ke kawasan pinggir bandar. Nasreen di sebelah sudah gelisah.
‘Mana dia nak bawak aku ni? Dah hilang akal ke apa?’ gumam Nasreen di dalam hati. Tiba-tiba Elfie memberhentikan kereta di bahu jalan. Dia keluar selepas mematikan enjin dan bersandar di hadapan Honda Jazznya itu. Nasreen membukakan pintu dan berjalan menghampiri Elfie.
“Kenapa awak bawak saya ke sini?” soal Nasreen. Elfie hanya mendiamkan diri. Lama Nasreen mendiamkan diri. Nasreen yang penat menunggu, berpusing untuk kembali ke kereta. Langkahnya terhenti saat lengannya diraih.
“Sebab saya nak dengar awak cakap awak cintakan saya sekali lagi,” ujar Elfie dengan lembut. Nasreen terpana. Mukanya merona merah.
“Tadi saya tak dengar dengan jelas sebab bising dekat sekolah tadi. Sekarang, dekat sini sunyi. So, saya boleh dengar tanpa sebarang gangguan,” ujar Elfie sambil memandang Nasreen tepat. Nasreen hanya menunduk memandang rumput.
“Kalau awak malu nak cakap, biar saya yang cakap. Khadeeja Nasreen, I do love you so much. Will you marry me?” soal Elfie sambil melutut. Di telapak tangannya terdapat sebentuk cincin bertatahkan berlian. Nasreen hanya terkedu. Dia memandang Elfie dengan linangan air mata.
“I do. And I love you too. So much,” ujar Nasreen sambil tersipu-sipu. Elfie menjerit kegembiraan. Nasreen hanya ketawa.
“Awak jangan risau. Saya janji saya akan bahagiakan awak,” luah Ezrie sambil tangannya erat menggenggam jemari Nasreen. Nasreen tersenyum penuh makna.
‘Terima kasih, ya Allah. Engkau telah mengambil Ezrie Ridzuan untuk memberikan Elfie Rafizee kepadaku,’ getus Khadeeja Nasreen di dalam hati.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

23 ulasan untuk “Cerpen : Aku Cinta Dia”
  1. diyana says:

    s0 sweet….. :) :D

  2. enarin says:

    very sweet

  3. khairiah khaizu says:

    best

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"