Cerpen : Mencari sinar harapan

31 October 2010  
Kategori: Cerpen

1,776 bacaan 6 ulasan

Oleh : Amirah Mohd

Safa menutup novel yang dibaca sambil menguap panjang. Novel bersiri penyiasatan yang menjadi kegemarannya itu sudah sering dibaca berulang kali tanpa jemu. Memang dia merupakan peminat novel terutamanya novel genre seram dan saspens. Lama dia mengelamun. Dipandang sekeliling bilik yang dihuni nya itu.Begitu suram sekali serta dipenuhi dengan nota pelajaran yang dilekatkan di dinding.
“Kenapa kau tak masuk?”dia menoleh ke pintu bilik tiba-tiba.
“Masuk jelah pintu tu tak berkunci,”arah Safa pada seorang gadis yang masih tercegat di muka pintu. Gadis itu melangkah masuk dan tersenyum. “Memanglah tak berkunci sebab pintu bilik ni dah memang terbuka pun. Apalah kau ni Safa,”tegur Hana sambil tertawa. Safa ikut tertawa sambil menggelengkan kepala.
“Kau dari mana tadi?”soal Safa kepada teman nya itu.
“Aku baru balik dari library tadi. Ada pinjam buku nak buat rujukan untuk pembentangan projek minggu depan. Eh,kau dah makan ke belum ni?aku ingat nak ajak kau makan kat dewan makan Kolej Mawar nanti,”jawab Hana sambil memandang ke arah teman nya.
“Aku dah makan roti tadi. Masih kenyang lagi. Kau nak makan kau pergilah dulu. Tak perlu tunggu aku okay,”Safa menolak pelawaan Hana. Perlahan-lahan dia melangkah ke tingkap lalu menggeliat. Dibuang pandangan ke luar jendela. Hana hanya menggeleng kepala. “Alah,tak payah lah nak berdiet pula..kau tu bukan nya gemuk pun,kalau macam aku ni lain lah..” belum sempat Hana menghabiskan ayat nya dia segera berpaling ke muka pintu bilik mereka. Terdengar suara perbualan beberapa orang gadis di luar.
“Err,Safa…aku rasa aku kena pergi dulu ni. Nampaknya lain kali saja lah kita keluar makan sama okay,” belum sempat Safa bersuara dia melihat kelibat Hana sudah melesap.
“Eh,cepatnya dia pergi…”rungut nya sendirian. Wajahnya berkerut seribu.
“Kau bercakap dengan siapa tadi Safa?”soal Wani yang muncul secara tiba-tiba ke muka pintu bilik. Safa tergamam. “Takkan kau tak nampak Hana?dia baru saja keluar dari bilik aku tadi..”
Segera Wani menggelengkan kepala nya. Dia kehairanan kerana dia langsung tidak nampak mana-mana kelibat manusia di sepanjang koridor bilik mereka malah dia pula tidak pernah mengenali siapa Hana. Kelihatan Safa sudah kembali ke katil nya dan terus berbaring. Wani hanya mendiamkan diri sambil melangkah masuk.
“Kau selalu bercerita pada aku tentang Hana. Tapi kenapa belum pernah sekali pun aku berjumpa dengannya? Bukan apa,aku jadi…pelik je dengan sikap kau ni Safa…” Wani duduk di atas katil nya dan menghadap ke arah teman nya itu.
“Kau jadi pelik sebab mungkin kau ingat aku ni dah gila kan?”soal Safa di sebalik bantal yang menutupi wajahnya. Wani tersentak. “Em,bukan begitu maksud aku…”
“Habis tu,kenapa kau tanya aku macam tu?kau tak nampak dia ada dekat sebelah aku sekarang ni?Hana, kenapa kau senyap saja?”marah Safa sambil mata nya memandang sebelah nya yang kosong. Wani menundukkan wajah nya perlahan-lahan.
‘Nampaknya kau masih tidak berubah Safa…’
**********
Kadang-kadang perasaan ini sukar untuk dimengerti. Terasa seolah-olah jiwa ini telah mati dan menghilang entah ke mana. Bukan dia pinta untuk jadi begini. Keluhan ini hanya Tuhan sahaja yang mengetahui dan juga diri nya.
Safa menghembuskan nafas perlahan sambil kaki nya terus menghayun langkah mengelilingi sekitar Taman Tasik Shah Alam bagi mencari ketenangan. Keindahan dan kehijauan tanaman landskap mampu memberikan ketenangan pada nya. Lupa seketika dengan masalah diri.
Sungguh, masalah penyakit mental yang dihidapi Safa bukan lah satu halangan untuk nya melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi. Bahkan,dia merupakan pelajar terbaik di kalangan pelajar lain. Disebabkan keputusan peperiksaan yang amat cemerlang setiap semester,maka dia ditawarkan biasiswa melanjutkan pengajian ke Amerika Syarikat pada hujung tahun ini dalam bidang seni bina yang diceburinya itu.
‘Aku penghidap skizofrenia…’hati nya berbicara. Sakitnya itu menyebabkan dia sering berhalusinasi sesuatu yang tidak masuk pada logik pemikiran manusia normal. ‘Mungkin sebab itu aku tidak punya ramai teman. Hanya Hana sahaja yang sudi bersahabat denganku…’rintih hati nya pilu. Walaupun begitu,ramai yang menentang dengan mengatakan Hana hanyalah khayalan dan rekaan imaginasi nya semata. Bahkan, tidak pernah wujud pada dunia realiti yang sebenar. Dia sedaya upaya menidakkan perkara itu dan menganggap mereka semua mencemburuinya kerana punya teman sebaik Hana. ‘Ah,mereka memang tidak pernah mahu mengerti…’
Safa memerhatikan sekumpulan remaja yang rancak bersembang dan beberapa orang yang kelihatan turut bersiar-siar mengambil udara petang seperti dirinya. Dia melepaskan keluhan yang berat. Tiba-tiba…
“Safa…”kedengaran suara halus menegurnya dari belakang. Dia segera berpaling dan tersenyum lebar sebaik melihat yang empunya diri. ‘Hana..’
“Eh,kau buat apa kat sini Hana?”soal nya.
“Puas aku cari kau merata tempat. Rupanya kau di sini,”keluh Hana tanpa menjawab pertanyaan Safa. Lantas, dia terus melabuhkan punggung di sisi Safa.
“Kau datang ke mari semata-mata nak cari aku ke?oh ya,kau datang dengan siapa Hana?”
“Aku dengan mama tadi. Kebetulan mama pun ada nak berjumpa dengan kawan nya juga jadi aku ternampak kau. So,aku ke sini lah..”
Safa mengerling sekilas ke wajah sahabatnya. Mujur lah ada Hana menemani nya. Jika tidak dia pasti keseorangan di sini. “Oh ya, mama ajak kau singgah ke rumah kami nanti. Dah lama kau tak datang. Bila lagi nak merasa masakan mama yang special tu,”pelawa Hana sambil tersengih.
“Ya ke?okay juga tu..”balas Safa sambil tersenyum. Sedikit sebanyak dia mencemburui teman nya yang masih mempunyai ibu bapa yang begitu mengambil berat. Sedangkan dirinya? Dia sudah lama tidak mengecapi kasih sayang kedua ibu bapa yang telah lama tiada akibat kecelakaan jalan raya tiga tahun yang lalu. Namun begitu, dia tetap tabah dengan ujian yang diberikan Ilahi terhadap diri nya.
Hana menepuk bahu nya tiba-tiba. Safa kembali sedar dari lamunan. “Kau ni kenapa?macam ada masalah besar saja?” Safa hanya mengeluh berat.
“Takde apa-apa lah. Aku biasa saja..”
“Kau jangan nak tipu aku lah Safa. Aku dah lama kenal kau dan aku memang masak benar dengan sikap kau tu. Kalau dah selalu termenung mesti ada apa-apa ni kan?”teka Hana.
“Eh,betul, aku memang takde apa-apa. Kau jangan lah risau. Aku cuma sakit kepala memikirkan design untuk kerja projek kali ni. Risau juga kalau tak berjalan lancar macam yang dikehendaki. Faham-faham lah ni dah semester akhir…”
“Ala,pelajar hebat macam kau pun nak risau juga ke?aku macam tak percaya saja. Pensyarah kau kan selalu puji dengan model design kau yang hebat-hebat tu. Nampaknya bakal arkitek ternama lah kau suatu hari nanti,”puji Hana.
Safa hanya tersenyum simpul. Sebenarnya bukan itu yang paling difikirkan…susah untuk diterangkan pada sahabat baik nya itu. Tunggu lah masa yang sesuai nanti. “Hubungan kau dengan Ryzal macam mana?”tanya Hana tiba-tiba.
‘Ryzal…?’entah mengapa, hatinya terusik tatkala terdengar nama itu.
**********
Sudah lama Ryzal tidak menghubungi nya. Teman lama di zaman persekolahan itu menggamit banyak kenangan bersama. ‘Ah,mungkin sibuk agaknya. Maklum lah sekarang kan tengah demam final exam,’getus hati nya sendirian.
Jejaka berusia 23 tahun itu juga sepertinya yang menuntut di universiti yang sama tetapi dalam jurusan berlainan iaitu sains komputer. Bezanya prinsip mereka iaitu Ryzal akan terus melangkah ke alam pekerjaan nanti sebaik sahaja tamat pengajian. Manakala dia pula bakal terbang ke bumi Amerika Syarikat dalam peringkat ijazah sarjana di sana. Tiba-tiba dia mula mengimbas kembali saat perkenalan mereka sewaktu di alam persekolahan.
Ryzal satu-satu nya teman sekelas yang rajin benar membantu nya dan berbincang terutama di dalam bidang pelajaran. Dia tidak punya ramai teman mungkin kerana personaliti nya yang kurang ramah itu.
“Aku dengar Cikgu Maarof nak lantik kau sebagai ketua pengawas,”
“Ha’ah,memang betul pun. Kau pula Safa?kau tak berminat ke nak jadi pengawas?”soal Ryzal pula sambil tersengih.
“Aku ni tak cukup garang lah Ryzal. Agaknya pelajar lain yang akan jerkah aku balik bukan nya aku,”serentak Ryzal tertawa besar tatkala mendengar kata nya.
“Ala,kau ni asyik fikir negatif saja. Kau mesti berani macam aku ni. Nanti bila dah masuk IPT senang lah takde la budak-budak nak kacau kau terutama lelaki…”Ryzal berkata sambil mengerling ke arah Safa.
“Maksud kau apa?”
“Err,yalah..kau kan cantik. Aku..err,aku…tak suka kalau ada yang nak kacau kau nanti bila aku tak ada. Sebab siapa yang nak jaga kau nanti selain dari aku?”
Safa terdiam. Tergamam mendengar kata-kata Ryzal yang tersembunyi seribu makna. “Kau tak perlu lah rasa macam beban pula sebab berkawan dengan aku. Lagipun,aku ni takde apa yang istimewa..mak ayah pun dah tak ada..”kata Safa menahan sebak. Ryzal mula berasa serba salah.
“Eh,kau janganlah fikir macam tu pula Safa. Aku tak pernah rasa beban pun bersama kau selama ni. Aku…aku memang sayangkan kau sebagai kawan aku yang paling baik di dunia ni,”tutur Ryzal ikhlas. Perkataan ‘kawan’ itu dirasakan seperti tidak kena sahaja. Padahal apa yang diinginkan lain. ‘Aku mencintaimu Safa…’ kata itu dipendam dalam hati sahaja. Jauh di lubuk hati, dia sudah lama menyimpan perasaan terhadap gadis manis itu. Walaupun gadis itu sering mengelak tatkala diajak berbicara soal hati, namun dia tidak mudah mengalah. Tunggulah satu saat yang betul-betul sesuai nanti. Akan diluahkan segala nya yang terpendam di sanubari.
Safa membisu seribu bahasa. Dia terharu mendengar keikhlasan Ryzal. Sebenarnya, dia bukan tidak faham perasaan Ryzal yang sebenar terhadap nya. Cuma dia tidak mahu meletakkan harapan terhadap lelaki itu. ‘Aku sakit Ryzal. Dan aku malu untuk berterus terang tentang penyakit ku ini kepadamu…’
Hati nya merintih hiba. Dia pasrah..
**********
Peperiksaan semester akhir telah pun berakhir. Safa bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah berjaya menyempurnakan tugasan dan pembentangan projek akhir bagi semester ini. Malah,hasil kerja nya turut mendapat pujian para pensyarah dari jabatan seni bina universiti. Berbaloi juga dengan usaha keras nya selama ini sehingga sanggup berjaga saban malam semata-mata menyiapkan rekaan model dan pelan projek. Rakan-rakan satu jurusan juga telah banyak membantu dengan memberi kerjasama sewajarnya.
Hanya tinggal tiga bulan sahaja lagi dia bakal berangkat ke luar negara. Dia telah pun pulang ke rumah setelah tamat pengajian semester akhir. Segala persiapan harus dilakukan mulai sekarang. Tetapi apa yang digusarkan adalah, sehingga sekarang Ryzal masih tidak menghubungi nya. ‘Mengapa aku sering sahaja fikirkan tentang dia?’
“Kau harus melupakan dia Safa…”Hana bersuara perlahan.
“Sejak bila kau muncul ni Hana?pintu bilik aku pun kau tak ketuk. Terkejut aku tau?”marah Safa.
“Kau kena lupakan Ryzal!”tiba-tiba Hana menjerit dengan lantang.
“Aku tak boleh Hana. Dia satu-satu nya kawan yang paling rapat dengan aku. Tak mungkin aku dapat melupakan dia..”rintih Safa.
“Habis tu aku ni apa?aku ni bukan kawan kau ke?” Safa menggeleng lemah. “Bukan begitu maksud aku…”
“Habis tu,kau dah mula jatuh hati dengan Ryzal ke?”soal Hana masih tidak puas hati.
“Aku…”Safa kehilangan kata-kata.
“Sudah,cukup! Aku tetap nak kau lupakan dia. Kau ingat dia nak ke terima kau bila dia tau perkara sebenarnya yang kau tu gila?”Hana berkata sinis.
“Tidak! Aku tak gila..kau jangan nak tuduh aku begitu Hana,”Safa menggeleng berulang kali.
“Kau memang dah gila Safa. Kau tu orang gila!!”
“Tidak! Aku tak gila…aku tak gila!!!”jerit Safa sambil menekup kedua belah telinga. Manakala Hana terus tertawa. Tetapi tidak lama apabila tiba-tiba sahaja ibu saudara Safa muncul di muka pintu bilik.
“Ya Allah, Safa mengapa ni?”dia bersuara cemas. Dipeluk tubuh Safa sambil mengusap belakang badan nya.
“Mak usu,Safa tak gila…sampai hati dia cakap Safa gila…mak usu pun tahu Safa tak gila kan,”Safa terus menangis teresak-esak.
Mak usu terus menggeleng. “Taklah,mana ada Safa gila. Jangan fikir yang bukan-bukan lagi okay?dah banyak kali mak usu cakap Hana tu tak wujud. Percaya lah cakap mak usu ni..”kata mak usu sambil berlinangan air mata. Tak sanggup rasanya melihat penderitaan anak saudara nya yang telah dipelihara sejak tiga tahun lalu.
“Safa dengar cakap mak usu okay?kan doktor dah pesan jangan ikutkan sangat emosi dan yang paling penting Safa mesti kuatkan semangat lawan penyakit tu. Hanya itu saja satu-satu nya jalan nak hilangkan bayangan yang tak sepatutnya,”
Safa mengangguk lemah. Di satu sudut,dia dapat melihat riak wajah Hana yang sedang tersenyum sinis memandang ke arahnya.
**********
“Bila kau akan berangkat ke sana?”
Ryzal menyoal setelah agak lama suasana sepi menyelubungi mereka pada petang itu. Hari itu Ryzal sendiri yang mengajak untuk berjumpa. Mereka sedang menikmati keenakan laksa penang di sebuah restoran di Shah Alam. “Insya Allah,minggu depan aku pergi ke sana,”jawab Safa ringkas. Dia terus menyuapkan laksa ke mulutnya. Sudah lama dia tidak merasa makan laksa yang menjadi kegemaran nya itu.
“Sekejap je masa berlalu kan?alih-alih kau dah nak belajar ke luar negara. Habis tu,tinggal lah aku sorang je kat sini..”kata Ryzal sambil meraup rambut depan ke belakang. Safa tergelak.
“Kau ni jangan lah cakap macam tu. Kau kan ramai member. Mustahil lah kau tinggal seorang. Tak logik betul lah kau ni.”
“Maksud aku..hati aku ni yang kesepian bila kau dah takde nanti,”Ryzal berkata perlahan namun masih dapat didengar Safa. Safa membisu seribu bahasa. “Kenapa kau diam?” soal Ryzal tiba-tiba. Dia tidak puas hati selagi tidak mendengar jawapan dari gadis itu. Setiap kali pasti begitu reaksi Safa seolah-olah tidak mempunyai apa-apa perasaan sedikit pun.
“Takdelah,aku akan pastikan kau tak kesepian nanti sebab aku akan selalu menghubungi kau bila kat sana nanti. Jadi kau tak perlu lah risau okay?”jawab Safa sambil tersenyum. Sedaya upaya disembunyikan gelodak di jiwa. Terasa gementar tatkala direnung tajam oleh lelaki berwajah kacak itu.
Ryzal melepaskan keluhan. “Sampai bila kau nak mengelak dari aku Safa?” dia melepaskan pandangan ke arah jalan. Agak ramai juga orang yang berkunjung ke restoran tersebut pada petang itu.
“Apa maksud kau ni Ryzal?”
“Kau sebenarnya buat-buat tak faham kan selama ni?Baiklah,kalau kau memang betul tak memahami perasaan aku selama ni,aku akan berterus terang. Safa,sebenarnya aku…dah lama menyimpan hati terhadap kau. Aku sangat mencintaimu Safa. Aku dah tak mampu nak pendam lagi perasaan ni..”Ryzal berkata tenang.
Safa tergamam seketika. Agak lama dia mendiamkan diri. Wajahnya ditundukkan. Terasa jantung nya berdegup dengan begitu kencang. ‘Apa yang harus aku katakan padanya agar dia tidak kecewa?tapi aku juga menyintai dirinya…’bicara hati nya sendirian. Dia merasa serba salah. Kalau boleh dia tidak mahu mengecewakan Ryzal.
“Safarina,please tell me your true feeling?takkan takde sedikitpun perasaan sayang padaku selama ni?”desak Ryzal.
“Kau jangan terima dia Safa. Kau kena melupakan dia buat selamanya. Percayalah cakap aku Safa,kalau tidak kau akan menyesal di kemudian hari..”muncul Hana di sebelah sambil menarik tangan nya. Safa kaget. Dia merentap kasar tangannya.
“Kenapa?kau masih tidak dapat terima kenyataan lagi yang kau tu gila?kau fikir Ryzal dapat terima ke orang gila macam kau Safa?”Hana masih tidak puas hati. Safa menggeleng berulang kali. Fikirannya semakin kacau dan tertekan.
“Tolong jangan ganggu aku lagi kau faham tak!!”bentak Safa sekuat hati.
Ryzal tersentak mendengar jeritan Safa. Beberapa orang pelanggan yang berada berdekatan di situ kelihatan berbisik sesama mereka. Barangkali terkejut mendengar jeritan yang tidak semena itu.
“Kalau kau tak suka sekali pun jangan lah buat aku macam takde perasaan pula…”Ryzal bersuara lirih. Dia benar-benar kecewa. Dan terluka..ternyata selama ini kehadiran nya tidak dihargai Safa malah dianggap sebagai satu gangguan kepada gadis itu. Dia benar-benar tidak menyangka Safa tergamak memperlakukan diri nya seperti tiada maruah.
Safa berasa serba salah pula. Sebenarnya bukan itu maksudnya tadi. Tapi adakah Ryzal akan mempercayai nya jika dia memberitahu hal sebenar?
“Ryzal…aku,err,minta maaf. Bukan itu maksud ku…”belum sempat dia memberikan penjelasan Ryzal terus menggeleng lemah.
“Tak perlu lah kau nak jelaskan apa-apa lagi sebab aku dah faham. Baiklah kalau begitu,mulai dari saat ni aku takkan ganggu hidup kau lagi sampai bila-bila…”
Safa menahan rasa hiba tatkala mendengar suara kecewa lelaki itu. Betapa pedih hati kerana telah melukakan perasaan teman nya. Namun,pedih hati nya tiada siapa yang tahu. Dia dapat merasakan yang mungkin itu kali terakhir dia dapat menatap wajah milik lelaki itu yang sebenarnya juga mendapat tempat di hati nya. Hati nya menangis pilu…
**********
Masa yang berlalu dirasakan begitu cepat sekali. Sedar tidak sedar,dia sudah berada di bumi asing ini menjalani kehidupan sebagai pelajar seni bina di Eastern Michigan University. Dan tahun ini merupakan tahun akhir dia bakal menamatkan pengajian.
Hati Safa terusik tiba-tiba. Dia teringatkan email yang dikirimkan Ryzal setahun yang lalu. Itulah yang pertama dan terakhir kali Ryzal mengirimkan khabar setelah hubungan mereka terputus sebaik sahaja dia hendak berangkat ke Amerika Syarikat. Walaupun rasanya telah berpuluh kiriman email dikirimkan kepada lelaki tersebut namun tiada satu pun dibalas. Ryzal nampaknya benar-benar telah nekad melupakan nya dan telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan sepupu yang telah diaturkan keluarga mereka.
Safa benar-benar kecewa. Lama juga dia mengambil masa untuk melupakan Ryzal. Namun amat sukar dirasakan nya. ‘Sungguh aku tidak percaya kau sanggup menikahi wanita lain Ryzal..’
Diteruskan jua kehidupan dan kesibukan bergelar pelajar sedikit sebanyak melalaikan diri dari mengingati masa silam. Setelah bayangan Hana menghilang, dia sudah tidak merindui lagi ‘sahabat’ nya itu. Sedikit demi sedikit dia dapat melupakan Hana.
Hana sudah tidak lagi hadir mengganggu hidup nya. Namun, dia masih bergantung dengan ubat-ubatan dan menjalani rawatan rutin psikologi bagi merawat sakit nya seterusnya bersemangat waja dalam menjalani kehidupan yang normal seperti orang lain. Hidup di negara ‘Uncle Sam’ ini juga telah mematangkan diri nya menjadi lebih kuat. ‘Ya,aku harus kuat berpegang pada prinsip hidup dan agama.’
“Biasanya rawatan terapi akan sering dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan keadaan kamu kembali pulih sedikit demi sedikit. Yang paling penting sekali, kamu perlu kuatkan semangat dan terus hidup seperti biasa. Apabila saat halusinasi itu datang,sedaya upaya kamu cuba elakkan. Sebaiknya jangan pedulikan dan selalu lah berfikiran positif. Kerana itu yang penting. Nasihat saya,jangan lupa untuk terus menjalani rawatan dari semasa ke semasa,”pesanan Doktor Henry itu masih diingati hingga kini.
“Ya,aku harus kuat menghadapi semua ini…”tidak lama sahaja lagi dia akan menamatkan pelajaran dan pulang kembali ke tanahair tercinta.
**********
Majlis perpisahan antara pelajar-pelajar jurusan seni bina dengan para tenaga pengajar di Eastern Michigan University berjalan dengan lancar dan begitu meriah. Kelihatan Safa sedang rancak berbual dengan beberapa orang pelajar yang datang nya dari seluruh pelosok negara. Dia sudah tidak sabar untuk pulang ke Malaysia dalam masa seminggu lebih sahaja lagi.
Namun begitu, dalam masa yang sama dia pasti merindui saat bersama dengan teman-teman nya dan para pensyarah di sini yang begitu memahami diri nya. Malah,sentiasa memberikan sokongan padu untuk meneruskan pengajian peringkat ijazah sarjana.
‘Aku akan merindui saat-saat suka dan duka bersama kalian semua…’
**********
Suasana di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) begitu gamat dengan orang ramai. Sudah setengah jam Safa tiba lalu menunggu Azfar iaitu anak mak usu datang menjemputnya. ‘Penat nya…’rungut Safa. Lama perjalanan akhirnya dia selamat juga menjejakkan kaki ke bumi Malaysia. Sungguh,dia sangat bersyukur kepada Tuhan kerana diberiNya perlindungan dalam menempuh perjalanan dengan selamat.
Terasa dahaga benar tekaknya. Lantas dia mencapai sekotak air minuman yang berada di dalam beg sandang nya. Sedang enak menghirup minuman dengan straw,tiba-tiba sahaja terdengar nama nya dipanggil seseorang dari arah belakang.‘Pasti Azfar ni..’hatinya riang. Segera dia bangun dan berpaling. Tetapi…
Matanya langsung tidak berkelip merenung lelaki itu. Lelaki yang pernah bertakhta di hati. Lelaki yang sangat dirindui selama ini. Dan lelaki ini juga lah yang telah menghancurkan hati. Ryzal kini berada di hadapan nya. Tetapi, dia masih seperti dahulu. Tidak berubah gaya nya.
Lelaki itu keseorangan di sini. Atau dia datang bersama isteri nya?sudah punya anak kah dia?pelbagai persoalan menerpa di benak nya. Paling menghairankan, ‘bagaimana dia tahu aku berada di sini?’
Perlahan-lahan Ryzal datang menghampiri. Riak wajahnya begitu serius sekali. Akhirnya, setelah sekian lama mereka bertemu kembali.
“Safa…”
Diam.
“Bagaimana kau boleh tahu aku akan pulang ke Malaysia hari ini?”Tanya Safa inginkan kepastian. Matanya meliar ke sekeliling mencari kelibat isteri Ryzal. Bimbang juga hati nya. Manalah tahu nanti tiba-tiba sahaja dia diserang akibat salah faham.
“Azfar suruh aku datang ambil sebab dia ada hal mustahak tadi,”jawab Ryzal selamba.
“Kau kenal Azfar?”
“Kau dah lupa ke yang aku pernah datang ke rumah kau dulu?masakan aku tak kenal keluarga mak usu kau?”
“Maaflah,sebab banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku sebelum ni. Sepatutnya aku tak boleh lupa…”
“Kenapa kau tak pernah bercerita tentang penyakit kau Safa?”soal Ryzal kembali. Wajahnya tetap tenang seperti tadi.
“Kau dah tahu?”
“Mak usu dah menceritakan segala-gala nya pada aku semasa aku datang ke rumah kau sehari selepas kau berangkat ke AS dulu.”jawapan Ryzal membuatkan Safa tersentak. Sungguh dia tidak menyangka.
“Aku tak percaya kau menolak cintaku dengan mudah. Selama ni,aku dapat merasakan kau juga menyukai diriku,”
“Habis tu,kalau kau dah tahu,bagaimana pula dengan email yang mengatakan kau dah berkahwin?kau memang sengaja kan nak menyakitkan hati aku!”
“Safa,sebenarnya aku…”
“Kau memang sengaja semata-mata nak balas dendam kan?tahniah Ryzal,kau memang dah berjaya sakitkan hati aku. Selama ini aku merahsiakan penyakit ku kerana aku tidak mahu kau juga menderita. Cukuplah hanya aku sorang saja yang menanggung penderitaan ni. Aku dah cukup banyak menyusahkan keluarga mak usu. Aku terpaksa kuatkan semangat sebab aku hidup miskin Ryzal. Hanya dengan ilmu saja aku dapat mengubah hidupku. Sekarang ni,untuk apa lagi kau berjumpa dengan aku?balik lah Ryzal,isteri mu pasti sedang menunggu…”
Safa berkira-kira ingin berlalu dari situ. Namun, pergelangan tangan nya ditarik ke belakang. Dia terkejut dengan tindakan yang tidak disangka itu. “Lepaskan aku Ryzal. Tolong jangan buat aku macam ni..”
“Aku tidak pernah berkahwin Safa. Aku minta maaf kerana dah membohongi kau selama ni,”perlahan tangan Safa dilepaskan nya.
“Apa??”
“Ya,aku sengaja mereka-reka cerita yang aku sudah berkahwin dengan sepupu ku. Aku lakukan itu semua kerana aku tidak mahu kau terlalu mengingati diriku dan terus bersedih. Aku tahu,aku telah melakukan kesilapan dan aku mohon kau maafkan aku Safa..Safa,perasaan ku terhadap kau tak pernah berubah. Aku masih menyayangimu dan mencintai sepenuh hati..”Ryzal bersuara sayu.
Safa menahan sebak di hati. Perlahan-lahan air mata jatuh membasahi pipi nya yang putih bersih itu. Ternyata, masih ada sinar harapan dan peluang memperbaiki kesilapan yang lalu.
“Maafkan aku Ryzal…”
“Safa,seandainya sudah tiada lagi ruang di hatimu untuk aku,aku rela melepaskan kau pergi Safa. Tapi,aku masih menunggu jawapan untuk terakhir kali. Aku berjanji takkan mengganggu hidup kau lagi selepas ni,”
“Safa,masih ada lagi kah peluang untuk ku?”
Lama Safa mendiamkan diri. Akhirnya,perlahan-lahan bibir nya mengukir senyuman manis lalu mengangguk kan kepala. Ryzal turut tersenyum bahagia dan memahami maksud gadis yang telah lama ingin dimiliki sejak dahulu lagi. “Terima kasih Safa kerana memberi aku peluang. Aku berjanji akan membahagiakn mu hingga ke akhir hayat,” Ryzal bersuara dengan tenang. Akhirnya, Safa telah menerima diri nya juga.
“Aku juga turut mencintaimu Ryzal. Terima kasih untuk segalanya…”
Betapa dia mula menyedari bahawa bahagia itu akhirnya menjadi miliknya jua. ‘Terima kasih ya Allah,kerana memberiku bahagia yang aku cari selama ini..’dia memanjatkan seribu kesyukuran sambil mengukir senyuman.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

6 ulasan untuk “Cerpen : Mencari sinar harapan”
  1. ZAra says:

    bubh la paragraph wei..
    buat aku malas nak baca
    sakit mata

  2. Amirah Mohd says:

    akn cuba dperbaiki pd masa akn datang,anyway thanks luangkan masa utk baca percubaan pertama saya

  3. aq aries says:

    bez2…. :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

  4. farah says:

    xpaham lar cter nie…
    penin3..

  5. husain arrawanji says:

    huhu…best r cter ni..pndai buat lain drpd yg lain..unik skali

  6. siti says:

    sakit mata baca…
    cuba laa tgk2 cerpen org lain jga…
    format yg mereka guna nk tulis cerpen…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"