Novel : Bilakah Kau Kan Mengerti? 14

29 October 2010  
Kategori: Novel

3,268 bacaan 7 ulasan

Oleh : Noreyn

“Assalamualikum..” Adam menyapa Balqis yang sedang leka menyiram pokok bunga di laman rumah.

“Waalaikumusalam. Eh En. Adam? Mana tau rumah saya? Macam mana En. Adam masuk?”

“Gate tak kunci. Jadi nilah dia rumah ‘buruk’ awak?”

“Mana En. Adam tau ni?”

“Itu tak penting. You know? You have such a bad habit”

“What?”

“Tu” Adam menunding kepada lollipop yang dipegang oleh Balqis.

“What’s wrong with this?”

“Potato chip, lollipop.. lagi apa bad habit awak?”

“Halau orang yang datang rumah saya tanpa diundang?”

“Isyh.. awak ni. Tak baik tau. So.. awak ada baju lain selain uniform awak tu ya?” Adam memandang Balqis yang memakai t-shirt berwarna hijau dan jeans biru. Rambutnya dibiarkan lepas tanpa diikat.

“En. Adam tunggu sini sekejap. Duduklah kat bangku tu. Saya nak masuk kejap” Balqis mematikan paip air dan berjalan menuju ke pintu masuk tetapi memaling mukanya memandang Adam.

“En. Adam jangan cuba cuba nak masuk dalam, tunggu kat sini je”

15 minit kemudian Balqis keluar dengan menatang dulang berisi secawan air dan sepiring kuih. Diarinya pula terkepit dicelah ketiaknya.

“Sempat lagi awak tukar baju. Awak ni.. mesti ke kena tukar kepada ‘uniform’ awak?”

“Saya tak selesa. Jadi apa yang En. Adam nak saya buat?” Balqis yang sudah duduk bertentangan dengan Adam bertanya. Diarinya diselak. Pen dipegang dan bersedia untuk menulis.

“Tak payahlah formal sangat. Saya datang sini bukan nak suruh awak buat apa pun. Saja je”

Balqis menutup diarinya. Pen diletakkan di atas meja.

“Habis tu kenapa En. Adam susah payah datang rumah saya? Takkan saja jer?”

“Ye cik Balqis saja jer. Kenapa? Tak boleh ker?”

“Eh tak bolehlah. Mana boleh pergi rumah anak dara orang sesuka hati? Tak pasal pasal kena tangkap basah nanti”

“Jadi sebab tulah awak tak bagi saya masuk? Takut kena tangkap basah?”

“Iyelah. Sia sia hidup saya nanti. Tak pasal pasal kena kahwin ‘baby ‘ besar macam En. Adam ni”

“Baby? Awak cakap saya baby? Awak nak saya saya tunjukkan cara macam mana nak dapat baby kat awak ke? Masa tu baru awak tahu yang saya ni baby ke bapa baby”

“En. Adam ni dah melampau ni. Sesuka je mulut berkata kata. Mentang mentanglah lidah tak bertulang”

“Habis tu awak cakap saya baby? Saya ni lagi tua dari awak tahu?”

“En. Adam, saya ni dah 37 tahun. Mana mungkin En. Adam lebih tua dari saya. En. Adam baru berumur 29 tahun ni kan?”

“Ye memang umur saya 29 dan awak, I have said it before wasan’t I? You have a lot of bad habit. Kenapa perlu bohong?”

“En. Adam ni tak sudah sudah bad habit. Ye memang saya ni banyak sangat bad habit tapi bila pula saya menipu ni?”

“Umur awak 27 bukan 37 kan?”

“So? En. Adam tak rugi apa apa kan?”

“Kalau umur awak betul betul 37 tahun pun saya tak kisah, saya tetap sukakan awak kerana umur bukan penghalang”

“Memanglah umur tak menghalang daripada kita bekerja dengan cemerlang. Kalau kesihatan kita baik tak kisah 100 tahun pun masih boleh bekerja”

“Balqis!”

Balqis tersentak.

“Kenapa En. Adam?”

“Awak ni sengaja buat tak faham atau saja nak jual mahal atau awak betul betul tak faham?”

“Faham apa? Saya tak tau apa yang En. Adam cakapkan ni. Jual apa? I’m not salesgirl”

“Saya sukakan awak. Saya tak kisah umur 100 tahun sekalipun saya tetap nak awak bersama saya selama lamanya”

“Insya Allah En. Adam. Kalau saya berkemampuan dan dipanjangkan umur sampai seratus tahun serta masih sihat tubuh badan boleh..”

Adam senyum mendengar jawapan dari Balqis.

“Saya boleh jadi P.A En. Adam, tapi tak apa ke kalau En. Adam simpan P.A yang dah tua?”

“Masya Allah. Balqis.. macam mana lagi saya nak explain kat awak ni. I want you to be my ‘sleeping partner’. Will you accept it?”

“Sleeping partner? Tak naklah. Saya tak suka jadi rakan kongsi En. Adam. Cukuplah sekadar P.A. Lagipun saya tak minat dengan business ni”

Adam mengeluh kuat.

Macam manalah mangkuk tingkat ni boleh jadi lawyer? Atau sengaja nak menguji kesabaran aku?

“Saya nak baliklah”

“Okay. Terima kasih sebab datang sesaje jer”

“Awak jangan buat lawak saya tengah marah ni. saya nak awak fikirkan balik apa makna ‘sleeping partner’ tu. Direct translation. Masa tu awak akan faham apa maksud saya”

Adam melangkah keluar dari perkarangan rumah Balqis dengan perasaan kesal.

Direct translation? Sleeping=tidur. Partner=rakan kongsi/teman/pasangan. Hah? Dia nak jadikan aku teman tidur dia? Gila ke apa? Apa dia ingat kalau dia bos aku, sesuka hati dia boleh ajak aku tidur dengan dia? Tak sangka aku yang En. Adam ni lelaki yang jenis macam ni. Betullah orang cakap, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Ni bukan setakat buaya, ni buaya tembaga tak pun buaya bujang senang.

Aku tak faham kenapa Balqis ni susah sangat nak mengerti maksud aku. Aku harap dia faham apa yang aku maksudkan dengan ‘sleeping partner’. Aku nak dia jadi pasangan hidup aku. Teman tidur, teman berbual, teman bershopping dan juga menemani aku dalam keadaan susah dan senang. Tapi faham ke dia? Dahlah aku suruh dia buat direct translation. Maunya dia ingat aku nak buat kerja tak senonoh. Tak apa tak apa. Aku masih boleh handle bila dia serang aku nanti. Masa tu aku nak tengok apa pula reaksi dia.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

7 ulasan untuk “Novel : Bilakah Kau Kan Mengerti? 14”
  1. faz87 says:

    sengal btol la balkis tue…hehe.. sweet tol adam tue.. walaupn rmai writer gne nme adam, sye ttp xkesah…hehe… Adam!!!!…hehe keep it up yerr..

  2. dania says:

    lawak baca cerita nie…tapi bagus gak jalan cerita camnie…good luck

  3. lieya says:

    ish up bate la cpat2…
    x sbar ni…. :smile:

  4. apple.net says:

    best best and best…cpt la sambung

  5. Faridah says:

    cerita ni best la..harap dibukukan..oleh penerbit..saya suka plotnya..ada sedih..lawak..dan selamba..tak bosan..membacanya..teruskan usaha..

  6. shiraz says:

    seronok la citer ni…sambung la cepat x sabar nak bce…

  7. Syazan says:

    Mmg mulut lawyer betullah Balqis ni… mmg pandai buat2 ayat tak paham ni… lain ditanya, lain pulak jawapan dia… straight to the point pun dia boleh pusing lagi.. suker dia dgn Adam.. Adam, jgn give up!!!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"