Novel : Cappuccino, Cafe dan Cinta 1

18 October 2010  
Kategori: Novel

489 bacaan 2 ulasan

Oleh : Lana Lia

“BOSSSS!” Lili berlari-lari anak ke ruang dapur Kafé. Tersentak Jet yang sedang menyusun kek di dalam peti ais. Gadis yang bertubuh kecil dan berkaca mata putih itu menangis teresak-esak di hadapan Jet. Tangisannya bergema di ruang dapur hingga mengejutkan pekerja lain di situ. Mereka bingkas merapati Lili. Lili kalau sudah berteriak bukan senang nak behenti. Mencurah-curah air matanya.

“Boss takder. Dia sudah keluar tadi.” suara Jet. “Kau ni kenapa?”

“Budak-budak di meja sana itu membuli saya Jet.” Jari telunjuk Lili dihalakan pada meja di penjuru dinding itu. Sekumpulan gadis-gadis remaja sedang bergelak ketawa. Comel-comel belaka. Kalau Boss ada pasti meleleh air liur melihatnya. Boss memang pantang tengok perempuan.

“Budak yang comel-comel tu buli Lili?”

Lili anggukan kepala.

“Mereka simbah muka saya dengan air mineral. Mereka tak mahu saya ambil order mereka tapi mereka hanya mahu Jimi sahaja yang ambil order mereka.”Jari telunjuk Lili terarah kepada Jimi yang sedang tidur di kerusi malas berhampiran ruang dapur kafé. Muka Jimi terkatup dengan sebuah majalah komik. Nyenyak betul tidurnya. Jet gelengkan kepala. Dia tak boleh nak marah Jimi sebab sekarang memang masa rehat temannya itu.

“Tak mengapa. Biar saya ambil order mereka.” Jet menepuk lembut bahu Lili. “Kesat air hingus awak tu dengan tisu. Geli saya menengoknya.” sambung Jet lagi. Muka Lili jadi kemerahan.

Jet aturkan langkah ke arah meja kumpulan gadis terbabit. Bukan main meriah lagi gadis-gadis itu berborak. Kehadiran Jet buat gadis-gadis itu senyap seketika. Mereka merenung Jet atas dan bawah. Masing-masing mencebikkan muka.

“Boleh abang ambil order adik-adik yang comel ini.” ujar Jet dengan penuh gaya kemachoan. Dia mengusap-usap dagunya.

“Apa pasal pulak mamat gelap ini yang datang. Kita tak panggil dia kan.” Gadis yang bertocang satu itu bersuara dengan mimik muka tidak senang. Yang lain anggukkan kepala.

“Entah! Kami panggil Jimi bukan lelaki berbulu tangan lebat ni! Gelinya!” Gadis yang bertubuh tinggi lampai itu bingkas bangun. Tangannya dihentakkan atas meja. Dia jegilkan biji matanya ke arah Jet.

Jet lawan balik. Berani budak perempuan itu kata dia lelaki berbulu tangan lebat. Mereka saling bertentang mata.

“Betul! Kami hanya Jimi yang ambil order kami.” sokong yang lain.

“Tapi Jimi tengah rehat. Sama saja sesiapa yang ambil order kamu.” Tinie pengurus di kafé itu mendekati. Dia berdiri di sisi Jet. Dia sendiri tidak senang tingkah-laku gadis-gadis remaja itu. Gedik!

Jimi! Jimi! Jimi! Jimi! mereka melaungkan nama Jimi serentak. Keadaan jadi tidak terkawal. Suara mereka menarik perhatian pelanggan-pelanggan di kafé itu. Tinie dan Jet saling berpandangan. Tinie merengus kecil. Tiada cara lain selain memanggil Jimi melayan kumpuan gadis remaja itu. Tinggallah Jet yang terpaksa melayan karenah mereka.

Tinie menarik majalah komik yang menutupi muka Jimi. Jimi yang sedang enak tidur itu terjaga. Terpisat-pisat matanya melihat jam tangan. Awal lagi. Dia merengus kecil sambil menyorotkan mata ke arah Tinie. Tinie telah mengganggu tidurnya.

“Bangun!” arah Tinie.

Jimi buat tidak endah. Dia pejamkan matanya semula.

“Bangun Jimi! Peminat fanatik kau sedang buat kecoh di luar tu!” Tinie menendang kerusi malas Jimi. Jimi terjatuh dari baringannya. Dia mengetap bibir. Kolar kemeja Tinie ditarik kasar. Pantang betul kalau ada orang berkasar dengan dia.

“Kau nak apa?” jerkahnya.

“Kau tahu tak peminat fanatik kau selalu timbulkan masalah di kafé ini! Kau sepatutnya tidak perlu bekerja di sini? Kau menyusahkan orang lain tahu tak!” balas Tinie.

Tinie tidak faham kenapa pemuda liar seperti Jimi diterima bekerja di sini oleh Boss.Tengok saja pada penampilan Jimi yang tidak ubah seperti samseng ini. Kasar dan adakalanya menakutkan pelanggan lain. Apa yang menghairankan Tinie, pekerja-pekerja kafé ini boleh bergaul baik dengan Jimi. Dia seorang sahaja yang sering tidak berpuas hati dengan Jimi. Displin kerja Jimi terlalu teruk. Punch card kedatangan Jimi tidak pernah tepat pada waktunya. Merah sepanjang bulan!

“Aku tengah rehat dan pasal peminat fanatik itu tidak kena-mengena dengan aku!”

“Jimi! Cuba kau jangan jadi selfish. Kau tahu tak kami sering ditimpa masalah disebabkan oleh kau dan rupa kau itu!”

Jimi terdiam. Dia membuka langkah melepasi Tinie. Tinie menelan air liur. Gerun juga bila melihat wajah bengis Jimi tadi. Nampak saja Jimi itu seorang pendiam.

Jimi kini sudah berada di depan kumpulan gadis remaja tadi. Apa lagi makin riuh-rendahlah mereka. Jet sudah tidak dipandang. Berebut-rebut mereka mengambil gambar Jimi dengan telefon bimbit masing-masing. Malah ada yang bergambar bersama Jimi. Jimi hanya bermuka kaku sambil memengang buku dan pen untuk mengambil pesanan.

“Cik adik semua mahu order apa?” suaranya.

Gadis-gadis tersebut buat tidak peduli. Mereka sibuk mengambil dia dengan mulut yang tak reti-reti diam. Jet hanya jungkit bahu. Dia sendiri tidak dapat nak menolong Jimi ketika ini.

“Saya tanya cik adik semua mahu order apa?!” Jimi meninggikan suaranya. Kumpulan gadis remaja itu terdiam. Suasana hening seketika. Mereka mula membuat pesanan masing-masing dan Jimi ligat mencatit di bukunya. Dia berlalu setelah mengambil pesanan. Suara gadis-gadis itu kembali memecahkan keheningan.

“INI order kamu!” Jimi meletakkan dulang yang berisi minuman itu dengan kasar. Kumpulan gadis remaja itu hanya tersengih. Raut wajah Jimi yang menyeringai itu tidak menakutkan mereka. Sebaliknya mereka makin galak menanya itu dan ini kepada Jimi. Jimi naik lemas. Dia rasa nak laga-lagakan saja kepala mereka.

“Bagilah nombor telefon awak.” Gadis yang bertocang satu meminta. Terkedip-kedip matanya.

“Maaf saya tiada handphone.” rengus Jimi.

“Awak jangan bohonglah. Zaman sekarang budak sekolah rendah pun sudah ada handphone.” Gadis bertocang satu itu mengangkat keningnya. Teman-temannya anggukkan kepala.

“Apa kata kita keluar bersama malam ini.” celah yang seorang.

“Mana boleh! Aku pun mahu keluar bersama dia.” Seorang lagi bersuara. Mereka mula bertikam lidah. Keadaan menjadi bingit sekali.

Bibir Jimi sudah terketap-ketap. Urat-urat amarah mulai timbul di dahinya. Jimi sudah tidak mampu menahan lagi. Serentak itu dia menghentakkan tangannya sekuat hati di atas meja. Meja berbentuk bulat itu terbelah dua. Kumpulan gadis itu terdiam. Muka mereka berubah menjadi pucat. Jet menggigit kuku. Lili sudah menangis di sisi Tinie. Apa Tinie mahu jawab dengan Boss nanti. Dia menepuk dahi. Dalam soal ini dia tidak menyalahkan Jimi seratus peratus.

Jimi mencampakkan apron yang dipakai di atas lantai. Dia berlalu keluar dari kafé tersebut. Jet segera mengekori dari belakang.

“I’M look so ugly!” Gadis berwajah super model itu menghentak-hentakkan kaki di atas lantai. Si teman lelaki cuba menenangkan buah hatinya itu.

Hebe menongkatkan dagu. Sudah berbelas pakaian pengantin yang diajukan pada gadis itu. Tiada satu pun yang gadis itu berkenan. Butik pengantin yang dia syorkan ini adalah antara butik yang top di Malaysia. Pekerja-pekerja di butik itu pun dah naik menyampah dengan karenah cerewet gadis itu. Bodoh betul teman lelakinya. Perempuan gedik begini mahu dijadikan suri.

Hebe tiada pilihan lain. Dia mengarah dua pekerja itu memberikan pakaian pengantin terakhir untuk gadis itu mencubanya. Jika masih tidak bersesuaian terpaksalah dia mencadangkan butik pengantin yang lain. Masa semakin suntuk. Pening kepala dia mahu melayan karenah pelanggan yang seornag ini.

“Maafkan Shuet…I tak sangka boleh jadi begini. Mungkin kerana dia mahu lihat majlis perkahwinan menjadi sempurna. dan tiada cacat celanya.” Raymond bersuara sebaik sahaja Shuet masuk ke bilik persalinan.

“I faham. I akan buat yang terbaik untuk you dan Shuet.” balas Hebe. Dia mengorak senyuman nipis.

“Thanks Hebe. Wedding planner lain tidak mampu tahan dnegan karenah Shuet kecuali you. Mujur saja Tse perkenalkan you pada I. Kalau tidak majlis perkahwinan I pasti akan dibatalkan.”

“Kawan Tse adalah kawan I juga.”

“Bertuah Tse kerana memiliki you tapi…” mimic muka Raymond berubah. Hebe mengerutkan dahi. Apa pula yang tidak kena pada Raymond.

“I rasa lebih baik Tse cakap pada you sendiri nanti. I tak mahu jaga tepi kain orang.” sambung Raymond.

Dia bingkas bangun sebaik saja melihat Shuet keluar dari bilik persalinan dengan pakaian pengantinnya. Shuet mengayakan di hadapan Raymond. Wajah ceria Shuet seakan dia berpuas hati dengan pakaian tersebut. Hebe masih melekat di tempat duduknya. Kata-kata Raymond tadi menimbulkan rasa gusar di hati Hebe. Kebelakangan ini dia memang sibuk dan tiada masa untuk bersama dengan Tse. Dia sudah memaklumkan pada Tse dan Tse memahaminya.

Aturcara majlis dan lokasi bulan madu Raymond dan Shuet yang diusulkan tiada bantahdan dari kedua-dua pihak pengantin. Lepas ini bolehlah dia ambil cuti panjang. Hebe merancang mahu melancong ke Taiwan bersama Tse. Dia mahu menebus kembali masa yang terbuang itu. Hebe mula mengimpikan saat iromantis bersama Tse nanti. Dia telah menempah penerbangan ke Taiwan dan segala penginapan di sana telah diuruskan tanpa pengetahuan Tse. Dia ingin berikan kejutan kepada Tse.

Hebe menyanyi-nanyi ketika membuka pintu rumahnya. Dia mahu mandi dan merehatkan diri. Esok dia akan menguruskan segala persiapan majlis perkahwinan Raymond dan Shuet. Tse pastinya akan hadir dalam majlis tersebut. Raymond dan Tse satu pejabat. Dia mahu Tse lihat kesempuraan majlis perkahwinan itu. Dia mahu Tse memujinya nanti. Ruang tamu rumah itu terang namun tidak nampak kelibat mamanya seperti selalu. Ada nota ditinggalkan atas meja. Hebe tersenyum. Mama pergi ke parti temannya. Pastinya mama pergi bersama kekasih barunya. Mama tidak boleh hidup tanpa lelaki. Hebe hilang di balik bilik mandi.
Kekecohan suara di tingkat bawah mengejutkan Hebe yang hampir terlena di dalam tab mandi dengan aroma terapi wangian Ros itu. Apakah mamanya sudah pulang dari parti. Dan suara lelaki itu seakan dikenali. Dia bingkas bangun mencapai tuala.

Setelah menyalutkan pakaian tidurnya Hebe bergegas turun ke bawah. Belum mencecah tangga yang terakhir, mata Hebe membulat besar melihat teman yang di abwa oleh mamanya itu. Dia menekup mulutnya. Mamanya segera meloloskan diri dari pelukan lelaki terbabit.

“Hebe…” Mama merapatinya namun dia berundur ke belakang.
“Tse.” Dia allihkan pandangan ke arah lelaki itu.

“Maafkan I.” bicara Tse lemah.

Hebe tidak menunggu lebih lama. Dia meluru keluar dari rumahnya. Hebe terus berlari tanpa mempedulikan keadaan sekelilingnya. Dia behenti setelah kakinya penat untuk mengorak langkah lagi. Dia sudah tidak tahu ke mana hala tujunya. Apa pun dia tidak bawa bersamanya. Hebe duduk memaut kedua belah kakinya di tepi jalan raya itu. Orang lalu-lalang sekadar memerhatikan gelagatnya.

“Adakah cik adik yang manis ini tersesat mencari jalan pulang.”

Hebe mengangkatkan kepalanya. Seorang lelaki bertubuh tegap dan berkumis nipis itu melirik senyuman kepadanya. Hebe gelengkan kepala.

“Seorang gadis tidak patut keluar di tengah malam ini seorang diri dengan hanya memakai pijama dan berkaki ayam.” ujarnya lagi.
“Saya…saya tak tahu nak ke mana.”

“So cik ini tiada destinasi nak dituju.…apa kata cik adik singgah di kafé saya untuk menikmati cappuccino. Capuccino di kafé saya adalah yang tersedap di dunia.”

Hebe akhirnya tersenyum dan bingkas bangun mengekori langkah lelaki itu. Firasatnya mengatakan lelaki itu bukan seorang yang jahat. Sebelum ini dia tidak pernah tahu ada sebuah kafé terletak di tepi seberang jalan. Dia kerap memandu berulang-alik melalui jalan tersebut. ‘Café Lover’ nama yang terpahat di atasnya. Sebuah kafé yang agak simple tetapi menarik.

“Perempuan mana pula yang pakcik gatal itu bawa balik? Waku kerja kan sudah habis,” desis Jet sebaik melihat Boss membawa seorang gadis masuk ke dalam kafé. Gadis yang di bawa itu hanya memakai pijama dan berkaki ayam. Mereka pula sedang bersiap-siap untuk pulang. Jimi menyandangkan beg di belakang. Dia ingin melanngkah keluar namun di tahan oleh Boss.

“Buatkan secawan cappuccino untuk dia.” Boss mengarah. Jimi tidak membantah. Dia menghilang ke ruang dapur. Beberpaa minit kemudian dia muncul bersama secawan cappuccino. Di hulurkan kepada Hebe yang sudah sedia duduk bersama Boss. Yang lain masih tegak berdiri berhampiran.

“Saya tidak mengganggu orang-orang di sinikah?” soal Hebe.

“Orang secantik cik adik masakan akan mengganggu saya dan pekerja-pekerja saya. Betul tak?” Boss merenung pekerjanya. Mereka hanya tersengih. ” Mari saya kenalkan pekerja kafé saya. Si hantu selekeh ini nama dia Jimi, si tangan berbulu lebat ini nama dia Jet, si pendek ni Lili dan si muka batu itu nama dia Tinie…dan saya yang kacak ini…”

“Pakcik tua yang gatal ini kami panggil dia Boss!” celah Tinie. Boss ketawa kecil. Dia tidak nampak marah dengan kata-kata Tinie.
Bukan setakat Boss kafé itu pelik. Pekerja-pekerjanya pun nampak pelik terutamanya pemuda bernama Jimi. Hebe alihkan matanya dari memandang Jimi yang bermata tajam itu. Dia segera menghirup minumannya. Wajah Hebe berubah. Betul seperti yang Boss kafé itu katakan. Cappuccinonya memang sedap sekali!

“Sedap! Memang sedap!” ucap Hebe. Rasa tidak puas menikmatinya dengan hanya minum secawan. Hebe tanpa rasa malu meminta Jimi menyediakan untuknya lagi secawan. Boss senang hati melihat keceriaan yang terpamer pada wajah yang mendung sebentar tadi. Jet, Lili dan Tinie turut mengulum senyuman. Apalah rahsia cappuccino Jimi? Setiap mereka yang menikmatinya pasti akan menjadi seperti gadis ini.

“Jimi…buatkan lagi secawan cappuccino untuk dia.”

bersambung….




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

2 ulasan untuk “Novel : Cappuccino, Cafe dan Cinta 1”
  1. hanna_raz says:

    agak menarik!
    tahniah, Lana Lia..
    teruskan usaha anda..

  2. eyrah says:

    arghhhh , akak!! , sgt best larhh .
    adeq sukee ^^
    truskan kak :) )

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"