Novel : Cinta kontrak 4

5 October 2010  
Kategori: Novel

58,840 bacaan 29 ulasan

Oleh : nurul ain syuhada @ aleeya natasya

4

“Oi minah! Cepat bangun la! Hari ni kan awak nak start kerja. Mentang-mentang la a.b.c, sedap pulak tidur lama-lama. Kak Yati dah selesai solat subuh ni, cepat sikit mandi. Pukul 8 kena ada kat butik.” Arah kak Yati. Buat bingit telinga betul! Aku lenyek kak Yati ni kang dengan steamroller, tak kawen abang Haziq nanti!

“Yela, yela. Orang bangun.” Dengan malas aku bangun dan duduk bersimpuh di atas katil. Lantas aku menguap dan menggeliat. Papp! Satu tamparan hinggap di pehaku.

“Pe ni kak Yati? Sakit tau!” marahku.

“Mandi cepat la! Budak ni nak kena wrestling baru tau. Kak Yati kira sampai tiga, kalau tak bangun jugak, siap la!” kak Yati sibuk memberi amaran. Haduhhhh! Kacau betullah! Lantas aku bangun dan mengambil tuala di penyidai dan berlalu pergi ke bilik air. Sebelum itu….

“Kak Yati, nampaknya Rysh salah la.” Ujarku pendek di balik pintu.

“Salah apa pulak?” soal kak Yati.

“Rysh ingat kak long la singa betina yang paling teruk, rupanya ada jugak yang lagi dahsyat!” selamba aku memberikan pandanganku. Mata kak Yati mencerlung ke arah ku.

“Mandi cepat! Kalau tak, kak Yati tukar jadik the Hulk colour purple nanti baru tau!” segera aku mempercepatkan langkah ke bilik air.

Pintu bilik air, kubuka malas. Tuala ku sangkut di penyangkut yang telah tersedia. Malasnya! Duduk kejap la. Huargghh! Sejuk pulak lantai ni. Takpe la, sejuk ke, panas ke, aku kisah apa! Mengantuk!!!

30 minit kemudian…..

“Rysh! Lamanya mandi! Kak Yati tak dengar bunyi air pun! Dah pukul 7.30 ni! Nanti lambat la!!” kak Yati mengetuk pintu beberapa kali. Lantas aku terjaga! Alamak! Tertidur ke? Haduhhh! Si kak Yati ni pulak, ketuk pintu kuat-kuat, roboh, habis jahanam pintu ni!

“Sorry kak, Rysh tertidur. Nanti kejap, Rysh mandi 5 minit!” lantas aku membuka pili shower.

Tertidur?! Budak ni nak kena ni! Ada jugak yang hilang kepala kejap lagi! Bisik hati kecil kak Yati. Lantas pintu diketuk lagi.

“Cepat! Lambat, kak Yati tinggal!” aku kaku.

“Muhammad Danial Franz! Cepat bangun! Nanti lambat pulak sampai butik! Awak tu kalau nak mandi, mesti ambik masa sampai sejam! Mengalahkan perempuan! Danial! Wake up! Bangun!!!” jerit Datin Aleeya. Untuk mengejutkan ‘pakcik’ yang sekor ni, memang susah. Kalau dah tidur, bom kat tepi telinga pun dia tak dengar. Waktu subuh je bangun, lepas tu, tidur balik! Anak siapa la ni! Rungut Datin Aleeya.

Danial menggeliat letih. Matanya tertacap pada pintu biliknya. “Yes mom!” balasnya. Tangannya memicit-micit kepala yang terasa pening. Rambut yang agak panjang diselak ke tepi. Gayanya dah macam artis korea! Pergghh! Macho beb! Dia terus menuju ke bilik air dan membersihkan dirinya.

Usai mandi, dia mengenakan T-shirt hitam berseluar jeans Texan. Amat simple, tetapi tetap tampan! Sunglasses dikepitkan di bajunya. Siap! Danial terus menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu. Datin Aleeya sudah lama menantikan dirinya.

“Papa mana, my?” soal Danial.

“Syarikat la. Kat mana lagi. Awak tu, dah balik sini, tolong la papa awak tu buat kerja. Ni tak, membuta je! Orang sibuk cari pengalaman, cari rezeki, yang awak pulak, sibuk buat bijih timah!” bising Datin Aleeya. Ahhh, dah start dah machine gun dia. Ni kalau tak dipotong, alamatnya sampai tahun depan pun tak habis.

“My, orang baru balik. Tunggu la dalam beberapa hari lagi. Bagi la peluang kat Niel nak jumpa girlfriend Niel dulu.” Ujar Danial manja.

“Correction, girlfriends!” Datin Aleeya menekan huruf S. sudah masak dengan perangai anaknya yang sorang ni. Playboy! Danial hanya tersengih. Mommy tau la pulak!

“My, jom lah, nanti lambat.” Sebelum apa-apa terjadi, baik aku potong cakap mommy. Bisik hati kecil Danial. Datin Aleeya mengangguk dan terus menuju ke kereta Mercedez Benz miliknya
.
“My, naik kereta Niel la.” Pelawa Danial. Datin Aleeya menjungkit bahu.

“Tak kisah. Duit minyak jangan mintak kat mommy.” Ujar Datin Aleeya. Alah, tak dapat kat mommy, papa ada! Backup setiaku! Danial ketawa kecil dalam hatinya. Kereta Mini Cooper milik Danial pantas menyusuri jalan menuju ke butik ibunya, Butik Aleeya.

“Lambatnya Datin sampai. Dah pukul 9 ni.” Keluh kak Yati. Pelik pulak aku, seharusnya aku yang resah, tapi yang panas punggung ni, bukan aku, tapi kak Yati. Tak reti duduk diam! Ke hulu ke hilir.

“Kak, rileks boleh tak? Yang kak Yati risau sangat kenapa? Nak kena hukum pancung ke? Rileks, rileks, nanti buah hati pengarang jantung kak Yati sampai jugak. Dah macam ayam nak kena sembelih je kak Yati ni.” Tuturku. Kak YAti memandangku.

“Yela, Datin tak pernah lewat. At least, kalau lewat 15 minit, or 30 minutes, dia mesti telefon. Risau kak Yati.” Ada nada kerisauan pada suara kak Yati. Risau kat Datin ke, risau kat Danial? Haha, kak Yati ni…

“Ala, kejap lagi sampai la tu. Kak Yati ni dah macam anak Datin pulak. Hoho! Berangan nak jadik menantu la tu.” Usikku. Merona merah wajah kak Yati. Sekali aku dapat habuan daaa! Merah agaknya paha gebu aku ni.

“takde tempat lain ke nak pukul? Jangan paha la. Tak lawa dah paha orang.” Ujarku manja.

“Assalamualaikum!” satu suara yang membuatkan kepala kak Yati terus mengalihkan pandangannya dariku.

“Datin!” panggil kak Yati. Kak Yati meninggalkan aku terkapai-kapai seorang diri. Apa yang kak Yati bualkan bersama Datin tidak dapat aku dengari. Lantas mata aku tertacapa pada sekujur tubuh di belakang Datin Aleeya. Dia! Cicak kobeng ni lagi?! Ohh tidak! Tidak!!! Segera aku mengambil tas tangan untuk berlari keluar dari butik itu. Aku cuba buat wajah selamba bila lalu di hadapannya. Tetapi, sudah nyata takdirku untuk bertemu dengannya buat kali kedua! Gedebuhhh!

“Aduhh! Jalan tengok orang boleh tak!” ujar Danial kasar. Anak melayu rupanya! Pandai cakap Melayu la! Alamak! Yang hari tu? Aduhhhh!!
Aku hanya menunduk malu. Tidak berani untuk memandang jejaka dihadapnya.

“Maaf.” Ujarku pendek. Aku segera berlalu, tetapi lenganku dipaut jejaka itu. Masalah ni! Mampus aku!

“Mintak maaf, cuba pandang muka orang. Macam tak ikhlas, after all, awak yang salah. Meskipun, maybe ni juga salah saya, tapi kita sama-sama perlu mintak maaf, kan?” ayat tu! Ayat aku! Dia ciplak ayat aku!. Ayat aku!!!!!!!

“Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!” aku semburkan ayat-ayatku dihadapan wajahnya. Matanya tertacap padaku. Pautan lengan masih tidak dilepaskan.

“So, you yang hari tu kat KL Central? Keciknya dunia! Tak sangka bertemu kembali.” Dia senyum meleret. Pautan diketatkan membuatkan tanganku sakit.

“Sakit lah!” rengekku.

“Sakit lagi hati I bila you marah I tengah-tengah KL Central. And one more thing, cicak kobeng?!” matanya mencerlung ke arah ku. Sumpah! Matanya terlalu lawa!!

“Serve you right! Cicak kobeng! Lepas la!” aku terus meronta. Nasib baik tiada sesiapa di dalam butik. Datin dak kak Yati berada di dalam office.

“You have no manners young lady!” lantas dia menarikku ke dalam bilik persalinan pakaian. Tubuhku ditekan merapati dinding. Sakitnya!!!!! Kedua tangannya ditekap ke dinding. Dia begitu rapat denganku sehingga aku dapat mendengar deruan nafasnya.

“Awak pun takde manners! Cakap orang pulak! Tepi! Atau saya..” tidak sempat aku menghabiskan ungkapanku dia sudah sibuk mencelah.

“Or what?” dia menyoalku. Aku memijak kakinya sekuat hatiku! “Arghhhhh!!!! Damn you!” jerit Danial. Aku ketawa terkekek- kekek dan terus berlari keluar apabila dia mengundur ke belakang sambil mengerang kesakitan.

Padan muka! Nak sangat kenakan aku! Jangan harap beb! Ni Alia Airysha la! Takde siapa pun boleh buli tau.

“Rysh! Jom, masuk office. Datin nak jumpa.” Tegur kak Yati. Huh.. selamat aku daripada mala’un tu.

Usai berbincang dengan Datin Aleeya, aku diterima untuk bekerja dengannya. Sebelum itu, sempat juga aku dikenalkan dengan dia. Muhammad Danial Franz. Lelaki yang akan sentiasa aku musuhi. Datin menyuruh kami bersalaman. Aku mengangguk. Dia juga begitu. Hipokritnya kami! Masing-masing tersenyum, sedangkan dalam hati, perang dunia ketiga sedang meletus. Tanganku digenggam erat oleh Danial. Macam nak patah je dia genggam! Aku cuba tahan kesakitan. Dia nak balas dendam la!

“Rysh, malam ni nak masak apa? Soal kak Yati. Aku hanya membisu seribu bahasa. Mataku masih fokus di kaca TV. Tapi fikiranku melayang ke tempat lain. Dia memang nak cairk nahas dengan aku. Tengoklah, suatu hari nanti, mesti kena jugak dengan aku. Jangan harap kau nak terlepas dari aku. Aku mengomel sendirian. Marahku masih meluap-luap. Anak Datin rupanya.

“Hoi! Rysh! Dengar taka pa kak cakap ni?” ujar kak YAti tidak puas hati dengan reaksi kosongku.

“Ha? Ye. Masak jela pape. Orang tak kisah makan apa pun. Asalkan jangan batu, kayu atau besi cukup. Mati tercekit nanti.” Gurauku.

“Kak tengok, Rysh macam fikirkan sesuatu. Apa dia?” soal kak Yati seakan mengerti pergolakan dalam diriku. Aku perlukan ibu dan kak long saat ini! Aku rindukan seluruh keluargaku. Aku nak balik!!!!

“Takde pape. Rindu kat family je.” Bohongku. Bipp.. bipp…. Handphone kak Yati berdering. Kak Yati menjawabnya dengan salam. Lama mereka berbual. Siapa agaknya? Abang Haziq kot.

“Rysh, kak long nak cakap dengan Rysh!” kata Kak Yati. Kak long!!!

“Berani dia kenakan aku? Padan muka! Mesti hancur tangan dia. Ha! Ha! Ha!” Danial berdialog sendirian di dalam kamarnya. Tetapi, kenapa dia tidak tergoda dengan aku? Pelik. Hanya dia satu-satunya wanita yang tak tengok aku lama-lama. Selalunya, semua orang tertarik dengan aku, tapi dia? Pelik giler! Perempuan tu ada masalah mata kot. Lelaki yang sikit punya handsome dia tak pandang? Ajaib!

Wajah dia… tak secantik Issabella. Suara dia, tak semenawan Adira. Kelakaunnya tak sesopan Kristina. Percakapannya, tak selembut Farisya. Tapi aku seronok nak permainkan dia! Seronok ni kalau dia jadik mainan aku. Perempuan kampung! Tengoklah. Aku mesti kerjakan kau! Kau mesti tunduk pada aku suatu hari nanti!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

29 ulasan untuk “Novel : Cinta kontrak 4”
  1. red modani says:

    cintak kontrak best sgt2….i like

  2. cikbunga says:

    Saya sangat pelikk membaca novel ini, kata AIRYSHA seorang muslimah memakai tudung labuh tapi kenapa diawal cerita boleh pula penulis menulis mereka bersalaman. Mana ada muslimah bersalaman dengan seorang yang bukan muhrim. Haram. Penulis x alert ke?

  3. mariyam says:

    saya setuju dengan cikbunga .. ! knpa bleh ade berpgngn plak ? sedangkan AIRYSHA seorg watak yg muslimah ..

  4. Steyfa Isle says:

    Setuju ngan Cik Bunga… but, btw, best sangat novel ni…

  5. setuju ngan cik bunga…pepun…cte tetap best dan tebaik…^_^

  6. min says:

    cerita best. cume details tk consistent. macam ep 2 aisy abc ep 3 si aisy yg solat kak yati tk bole then tibe2 ep 4 aisy pulak abc lagi. and jugak pasal ape cikbunge kate. tapi still good job.

  7. adlina says:

    ada betulnya kata2 cik bunga tu.. tapi kalau saya tak salah.. bukan penulis kata sumayyah tu ke yg tudung labuh ?

    a bit konfius lah.. sapa yg abc sebenarnya ni ?
    cara penulis mengolah ayat kurang memuaskan.. sorry 2 say.. tapi itu pandangan saya.

  8. _taiko_ says:

    betol !! sape yg abc nih ha ?? pelik je aku,sejap solat,sejap abc. haha. ye betol,yg muslimah bukan sumayyah tu ke ?

  9. teady says:

    hurm…
    itulah perlunya komen2 kita..
    yg kurang baik.. di perbaiki… yg kyrang memuaskan.. akan cuba di puaskan…
    aku pown kompius tentang cerita ne… apa pown semoga penulis novel ne buat yg terbaik…
    best juak layan cerita ne… :)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"