Novel : Dia Segalanya 18, 19

15 October 2010  
Kategori: Novel

6,853 bacaan 5 ulasan

Oleh : sha ibrahim

BAB 18

Selepas peristiwa ditegur oleh abangnya semalam, perasaan benci terhadap Amira semakin mendalam. Dia langsung tak menyukai sifat gadis tersebut yang langsung tak professional. Sekiranya gadis itu gadis yang betul-betul professional dia akan berjumpa dengan dirinya dulu, bincangkan masalah yang sering tercetus di antara mereka. Malah gadis itu dengan berani mereka-reka cerita sehingga dia diibaratkan seperti seorang pekerja syarikat yang langsung tak bertanggungjawab.

“Berani dia tuduh I langsung tak terima pendapat dia dan suka buat keputusan membabi buta tanpa persetujuan dia…gila! Kalau you di tempat I apa you rasa?” Tanya Faizul kepada pembantu peribadinya yang sedang duduk berhadapan dengannya di kala itu.

“I tak tahu nak cakap apa…tapi you kena fikir kalau diri you di tempat dia…sejak you kerja di syarikat ni, semua pendapat dan idea dia ditolak…semua pekerja setuju dengan idea you…tentu dia kecewa kan?” Najihah tak berani memberi pendapat secara mendalam dalam masalah yang dihadapi oleh bosnya itu.

“Siapa suruh dia bagi idea bodoh! Bukan I nak berlagak Jihah, tapi cuba you fikir, semua idea dia, pendapat dia, berada pada tahap yang lama….come on la, kita sekarang sudahpun dalam tahun 2009…semua benda kita kena ikut perubahan zaman, kalau asyik di takuk lama…macam mana nak maju?” ngomel Faizul. Najihah mengangguk faham. Jauh di suatu sudut hatinya dia bersetuju dengan kata-kata bosnya itu. Memang idea yang diberikan oleh Cik Amira masih berada di takuk yang lama. Sebab itulah pekerja yang sama menguruskan projek yang diketuai oleh Faizul sentiasa bersetuju dengan pendapat bosnya itu. Dia sendiri yang menghadiri setiap mesyuarat yang diadakan oleh bosnya begitu jelas dengan keadaan yang sebenar dan dia percaya pekerja lain turut sependapat dengannya bahawa Cik Amira sering kali memberikan idea yang membuatkan pekerja lain menggelengkan kepala tak setuju. Tetapi lelaki yang sedang duduk berhadapan dengannya di kala itu, cukup matang dan sentiasa memberikan idea yang bernas setiap kali dia membentangkan kertas kerjanya di hadapan semua kakitangan. Malah dia sendiri terkejut pada mulanya bagaimana lelaki yang kelihatan muda dan suka dengan hiburan boleh bertukar menjadi lelaki yang cukup matang dan serius apabila melibatkan soal kerja.

“Tapi Joe…you tak boleh berterusan macam ni dengan Cik Amira tu…lagipun sampai bila you nak macam ni kan, you dengan dia nak bekerja lama lagi, kalau you asyik bergaduh saja dengan dia banyak masalah lain yang akan timbul nanti,” bicara Najihah lembut. Dia tahu Faizul bukannya seorang lelaki yang degil seperti yang sering Cik Amira perkatakan setiap kali mereka bergaduh dalam bilik mesyuarat. Walaupun kadangkadang lelaki tersebut agak baran dan cepat melenting namun masih ada sifat baik hati dan lembut yang jarang dia tunjukkan.

“Habis tu you nak suruh I pergi minta maaf dengan dia….no way! I tak pernah minta maaf dengan sesiapa pun kecuali mak ayah I…dengan abang I sendiri pun I jarang sangat ucap kata maaf ini pulak dengan minah tu…mustahil tau tak!” ujar Faizul agak tegas. Najihah hanya menjungkit bahu kemudian dia teringatkan sesuatu.

“Habis tu macam mana you selesaikan masalah you dengan gadis hari tu?” tanya Najihah cuba memancing sesuatu. Faizul terdiam seketika.

“Gadis hari tu? Siapa?” Faizul masih tidak mengeti dengan bicara Najihah.

“Ala…gadis yang marah dan merajuk dengan you sampai you minta pendapat I macam mana nak pujuk dia balik?” Najihah cuba mengimbas kembali peristiwa tersebut. Serta merta wajah Faizul berubah. Dia menggarukan kepala yang tak gatal. Ternyata Najihah mempunyai ingatan yang cukup tajam sehinggakan dapat mengaitkan perkara hari ini dengan masalahnya dengan Suraya.

“Siapa cakap I gaduh dengan seorang gadis…setahu I, I tak beritahu you pun kawan I tu lelaki ke perempuan,” Faizul cuba mengelak dari terus berbicara soal perkara tersebut.

“Come on la Joe…you bukan ‘gay’ kan?”

“Of course not!….gila!” Faizul lancar menjawab pertanyaan Najihah.

“Habis tu…kalau you bukan gay dah tentu la kawan you tu perempuan, kalau tak takkanla you kalut dan resah semacam saja bila you gaduh dengan dia…ala, you tak payah nak nafikan kawan you tu perempuan, macam mana? Masalah you dengan dia dah selesai? Takkanlah selesai macam tu saja tanpa kata maaf…sebab you beritahu I you yang bersalah dalam soal tu!”

“Dalam otak you ni boleh simpan macam-macam maklumat ek? Macam mana you boleh ingat semua kata-kata I pada hari tu?” Tanya Faizul kembali. Nampaknya dia langsung tak berpeluang mengelak pada kali ini.

“Joe…dalam otak I ni macam-macam I kena simpan, semua pasal urusan business yang complicated pun I mampu simpan…inikan pulak soal-soal yang macam tu, I ingatlah…you dah minta maaf dengan dia belum?” soal Najihah sambil tersenyum penuh makna terhadap Faizul menyebabkan lelaki tersebut tertunduk.

“Dah….” Jawab Faizul pendek.

“Jadi masalah you dengan dia dah selasailah kan…tapi you cakap you tak pernah ungkapkan kata-kata maaf kecuali mak ayah you dan abang you…tapi boleh pulak you minta maaf dengan dia ek?” Najihah makin berani. Keinginannya untuk mengetahui perkara tersebut dengan lebih lanjut semakin memuncak. Tambahan pula Faizul sendiri mengaku bahawa dia sudahpun meminta maaf dengan gadis tersebut.
“Dia lain…dia berada dalam kategori lain…beribu kali I kena minta maaf dengan dia pun I tak kisah….sebab…sebab….

“Dia terletak di suatu sudut yang cukup istimewa dalam hati you kan?” sambung Najihah. Faizul terus memandang tajam ke arah Najihah. Kemudian dia mengangguk.

“Wow!…tak sabar I nak berkenalan dengan gadis tu….bila agaknya I boleh berkenalan dengan satu-satunya gadis yang boleh membuatkan En. Faizul kita ni ungkap kata-kata yang tak pernah dia ungkapkan dengan orang lain kecuali mak ayah dia dan abang dia… walaupun beribu kali….wow! so interesting!”

“Ah! Malas I nak layan you Jihah…makin I layan makin banyak you korek rahsia I,” Faizul terus bangun dari tempat duduk dia dan berjalan menuju ke arah sofa yang berhampiran lantas menghempapkan punggungnya dan terus mencapai surat khabar dan dibeleknya.

“Ok…mungkin sekarang you keberatan nak beritahu I…tapi I tahu suatu hari nanti pasti I dapat bertemu dengan gadis tu…oklah, I keluar dulu, tapi masalah dengan Cik Amira kita tu, I harap you selesaikan dengan secepat mungkin, I tak nak benda ni jadi semakin besar, nanti you jugak yang susah,” nasihat Najihah sebelum melangkah keluar.

“Yalah-yalah…tahulah macam mana I nak uruskan…sibuk je!” ngomel Faizul.

“Siapa suruh you ajak I jadi kawan you…I memang suka nasihatkan seorang kawan…..dan dalam masa yang masa yang sama korek rahsia kawan!”

“Jihah!”

“I keluar dulu…bye my friend!” Najihah ketawa dan terus melangkah keluar. Faizul tersenyum. Ternyata gadis itu cepat memahami perangai dan kerenahnya. Tapi sayang buat masa sekarang dia belum bersedia untuk menceritakan segala-galanya kepada Najihah. Biarlah Deraman seoarang sahaja yang tahu tentang isi hatinya. Lagipun dia belum mengetahui lagi sejauh mana kejujuran Najihah. Dia baru sahaj mengenali gadis itu. Walaupun Najihah cepat memahami perangai dan kerenahnya namun dia belum mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang hati budi Najihah.

BAB 19

Malam itu semua keluarga Datuk Rashid berkumpul di ruang tamu sambil menonton televisyen. Tak ketinggalan Faizul yang agak jarang untuk turut serta. Tetapi memandangkan pada malam itu dia langsung tak ada sebarang temujanji dengan teman-temannya terus sahaja dia mengambil keputusan untuk turt serta menonton televisyen bersama.

Namun perasaannya di kala itu Tuhan sahaja yang tahu. Dia tak habis-habis menjeling ke arah Faizal dan Suraya yang dari tadi asyik berbual sambil menonton sedangkan dia hanya duduk bersendirian di sofa yang tidak jaun dari tempat abangnya dan Suraya. Mama dan papanya pun turut sama berbual sambil menonton.

“Angah…tak makan buah ni ke?” Tanya Datin Rafidah setelah melihat anaknya yang tengah itu hanya menonton televisyen tanpa sepatah kata.

“Hah…tak apalah ma…dah kenyang dah,” jawabnya ringkas. Namun matanya sempat menjeling ke arah Suraya. Gadis itu pula seperti langsung tak kisah tentang kewujudannya di situ. Hatinya mulai sakit. Hendak sahaja dia meninggalkan ruang tamu di kala itu. Namun dia malas nak menjawab sebarang soalan yang bakal ditanya oleh mama dan papanya nanti.

“Kau free pulak malam ni? Tak ke mana-mana ke? Biasanya kalau kau balik awal dari pejabat, jadual malam kau penuh?” Tanya Faizal kepada adiknya itu.

“Saja…malas nak keluar…kenapa tak boleh?” Jawab Faizul kembali. Faizal hanya tersenyum. Soalan yang dikemukakan oleh adiknya itu langsung tak dijawab. Diabiarkan begitu sahaja. Dia malas nak bertekak dengan adiknya itu tambah-tambah mama dan papanya ada sekali.

“Entah Along ni….dah Angah nak duk kat rumah biarlah..nanti kalau dia keluar pas tu balik lewat Along jugak yang bising…kan Ngah?” tiba-tiba sahaja Suraya bersuara dan memihak kepada Faizul. Faizal dan Faizul serentak memandang ke arahnya. Suraya terus sahaja tersengeh. Faizul tersenyum seketika kemudian dia menyambung menonton televisyen walaupun dia sendiri tak tahu apa yang sedang ditontonnya di kala itu.

“Ni sejak bila pulak adik menyebelahi Angah pulak ni…apa yang Angah dan sogok adik sampai adik dah tak sebelahkan Along?” Tanya Faizal walaupu di kala itu dia hanya menguji. Dia langsung tak terasa hati dengan tindakan Suraya itu malah dia rasa senang hati melihat kemesraan yang wujud antara Faizul dengan Suraya sejak dua tiga hari ini.

“Mana ada…adik just cakap perkara yang betul saja,” jawab Suraya. Dia sedikit malu. Dia sebenarnya bertindak demikian bagi membuang segala perasaannya yang wujud di kala itu. Dia ingin menjadikan Faizul sebahagian daripada hidupnya. Dia sering berbisik kepada diri sendiri bahawa dia mempunyai dua orang abang. Faizul adalah abangnya juga dan dia harus rapat dengan Faizul seperti mana dia rapat dengan Faizal. Walaupun dalam hatinya dia langsung tak ada keyakinan bahawa dia dan Faizul akan rapat seperti dia rapat dengan Faizal.

“Ni mesti Angah dah sogok adik masa dia orang keluar hari tu kan? Angah beli apa je kat adik?” Tanya Datin Rafidah. Rupa-rupanya dia turut memerhati perbualan anak-anaknya itu.

“Mana ada mama…Angah kedekut…semua benda dia nak berkira dengan adik,” jawab Suraya selamba sambil memandang ke arah Faizul. Faizul terus sahaja memandang ke arahnya. Dia mencebik.

“Kedekut…kalau aku ni kedekut ramailah orang kedekut….dia mengarut je ma…Angah bawak dia tengok wayang, belanja makan….buku dia beli pun Angah yang bayar…boleh dia kata Angah ni kedekut,” jawab Faizul membalas kata-kata Suraya. Jelingan tajam dilemparkan kepada Suraya. Sekali lagi Suraya mencebik memandangnya. Faizul kemudiannya tersenyum. Dia tahu Suraya hanya bergurau, saja mahu menguji dirinya.

“Amboi…sampai pergi tengok wayang..mana aci tak ajak pun Along sekali,” Faizal pula bersuara.

“Dah Along kerja….sapa suruh Along busy, sejak Along kerja Along jarang ada masa dengan adik, kalau hari minggu pun Along pergi jumpa dengan awek Along, nasib baiklah adik ni ada dua orang abang…kan Ngah?” Suraya bersuara sambil memandang ke arah Faizul dan lelaki itu hanya membalas dengan senyuman. Namun senyuman itu langsung tak menggembirakan Suraya. Dia tahu senyuman itu. Berbeza dengan senyuman Faizul dua tiga hari yang lepas apabila bersamanya. Kenapa? Dia pun susah untuk memberikan jwapannya.

“Ala….buat masa sekarang ni, Along banyak kerja sangatlah dik…nanti bila Along dan tak busy nanti, kita keluarlah jalan-jalan ek,” pujuk Faizal. Dia akui kata-kata Suraya itu ada kebenarannya. Sejak dia bekerja dia jarang bersama dengan Suraya, banyak cerita berkenaan dengan adiknya dia tak tahu. Biasanya Suraya suka bercerita apabila mereka ada waktu bersama.

“Bila Along nak bawak teman wanita Along jumpa papa?” tiba-tiba Datuk Rashid pula bersuara. Rupa-rupanya dia turut memerhatikan perbualan di antara anak-anak dan isterinya. Kali ini semua orang terdiam. Semua mata tertumpu kepada Faizal. Faizal menggarukan kepala yang tak gatal.

“Entah mama pun nak kenal jugak perempuan yang boleh memikat hati anak mama yang sorang ni,” Datin Rafidah menyampuk. Faizal makin gelisah. Jawapan yang bagaimana harus dia berikan untuk memastikan semua orang boleh terima dengan jawpannya nanti. Bukan dia tak mahu bawa Zarina bertemu dengan keluarganya namun gadis itu belum bersedia lagi. Namun, sekarang dia sendiri pun belum bersedia untuk membawa Zarina bertemu dengan ahli keluarganya apatah lagi Zarina masih belum tahu siapa dirinya lagi. Bagaimana reaksi Zarina nanti apabila mengetahui dia adalah anak kepada salah seorang jutawan di Malaysia.

“Entah Along…aku pun nak kenal jugak, macam manalah perempuan yang boleh buat kau cair tu….yalah, kalau kat UK bukannya tak ada perempuan yang terkejarkan kau…tapi kau yang jual mahal sangat, tapi alih-alih aku dapat tahu kau dah ada teman wanita…siapa nama dia ek? Kau pernah beritahu aku ke nama dia?” Tanya Faizul cuba mengingati kembali adakah abangnya itu pernah memeberitahu nama teman wanitanya.

“Entah…aku pun tak ingat,” jawab Faizal ringkas.

“Habis tu…apa nama dia?” Tanya Datuk Rashid. Dia sebenarnya teringin untuk bertemu dengan teman wanita anaknya yang sulung itu. Dia tau dia boleh percayakan anaknya itu untuk mencari calon isteri sendiri. Malah dia tidak kisah bakal menantunya nanti berasal dari keluarga yang biasa. Asalkan perempuan itu jenis perempuan yang beriman, baik, sopan santun dan tahu menghormati orang tua.

“Hah…oh, Zarina…nama dia Zarina…nantilah, dalam masa terdekat Along akan bawak dia jumpa mama dan papa…buat masa sekarang ni busy sangatlah pa…nanti kalau Along dah bersedia, Along bawak dia datang rumah,” beritahu Faizal. Suraya tersenyum melihat reaksi abangnya itu. Jarang di dapat melihat wajah Faizal yang agak malu dan takut. Kebiasaanya abangnya itu sentiasa berkeyakinan dengan apa yang dicakapkannya. Susah untuk melihat Faizul takut dan tak berkeyakinan seperti sekarang.

“Jangan lama sangat Along…tak baik bawa anak dara orang ke sana ke mari tanpa kenalkan dengan orang tua terlebih dahulu,” ujar Datuk Rashid. Datin Rafidah mengangguk setuju. Dia sebenarnya tak sabar untuk bertemu dengan bakal menantunya itu. Walaupun dia tahu Faizal baru sahaja berkenalan dengan gadis itu namun dia teringin sangat nak mempunyai menantu. Hanya Faizal yang menjadi harapannya untuk beroleh menantu dan cucu dengan lebih awal. Kalau nak harapkan anaknya yang tengah itu, dia sendiri pun tak tahu sampai bila. Dia tahu , Faizul memang mempunyai ramai teman wanita namun tidak seorang pun yang dianggapnya serius.

“Betul cakap papa tu Long…baik kau bawak jer teman wanita kau tu balik jumpa mama ngan papa…mana boleh bawak anak dara orang tak tentu pasal kan pa,” Faizul memotong.

“Kamu pun sama…Angah jangan ingat papa tak tahu perangai Angah kat luar…papa tahu Angah ramai teman wanita…jangan nak enjoy sangat Angah, papa tak suka Angah keluar dengan gadis yang bukan-bukan,” Datuk Rashid terus sahaja bersuara menyebabkan Faizul terdiam seketika. Kemudian kedengaran Faizal mengekek ketawa.

“Mana ada papa….pandai je papa buat cerita…papa dengar dari siapa pulak ni?” Faizul terus sahaja menafikan apa yang dicakapkan oleh ayahnya. Suraya memandang tepat ke arah Faizul. Dia tahu lelaki itu sedang menegakkan benang yang basah. Dia sendiri tahu Faizul mempunyai ramai teman wanita malah lelaki itu sendiri yang mengakuinya.

“Kamu tu anak papa…kalau tak ada orang yang cerita pun papa tahu….

“Sebab papa Angah dulu pun sama macam Angah, ramai teman wanita…mama ni entah pilihan yang keberapa,” sebaik sahaja Datin Rafidah habis bersuara, kesemua mata memandang ke arahnya. Termasuklah suaminya yang menjeling sambil tersenyum penuh makna.

“Ish! Awak ni…ada ke beritahu kisah dulu-dulu pada anak-anak, nanti mereka jadikan saya ni contoh pulak…tambah-tambah si Angah tu, bukan boleh percaya pun, sekarang ni pun dia dah buat perangai,” ujar Datuk Rashid. Datin Rafidah hanya tersenyum.

“Ooo…papa pun sama jugak, patut la Angah pun ikut perangai papa..tapi kan pa, tentu dalam ramai-ramai teman wanita papa, mama seorang sahaja yang mampu buat jantung papa berdegup kencang kan pa,” Suraya bersuara riang. Bahagia rasanya sekali sekala dapat bergurau senda dengan ahli keluarga walaupun dia sebenarnya bukan ahli keluarga yang sebenar bagi keluarga yang bahagia ini.

“Betul tu….pandai adik, nampaknya adik seorang sahaja yang faham dengan situasi papa,” ujar Datuk Rashid laju. Semua ahli keluarga mereka ketawa. Faizul pula hanya memandang tepat ke arah Suraya. Kalaulah suraya tahu dan faham dengan perasaannya di kala itu. Kalaulah Suraya tahu hanya dia sahaja yang mampu membuatkan jantungnya berdegup kencang setiap kali dia berhadapan dengan gadis itu.

“Jadi tak salah la kan…Angah ada ramai teman wanita …sebab nanti senanglah Angah nak buat pilihan, kan pa,” Faizul kembali bersuara. Suraya terus sahaja memandang ke arah Faizul. Entah kenapa tiba-tiba perasaannya kurang senang mendengar pengakuan lelaki tersebut. Fikirannya terus sahaja terfikirkan bagaimanakah rupa bentuk teman wanita abangnya itu. Tentu semua teman wanitanya itu terdiri daripada perempuan-perempuan yang cantik dan seksi. Yalah, kadang-kadang dia seakan-akan tahu akan pilihan dan citarasa Faizul.

“Jangan nak mengada-ngada…mama la ni, ungkit lagi kisah dulu-dulu…papa ada ramai teman wanita pun mereka yang sukakan papa, dah mereka nak berkawan dengan papa, takkan papa nak sombong pulak….tapi papa tak pernah buat mereka tu macam teman wanita papa, papa hanya layan mereka seperti seorang kawan saja….kamu pulak Angah, papa tahu kamu bukan seperti papa kan…semua teman wanita kamu, kamu layan mereka sehinggakan mereka salah faham yang kamu sukakan mereka….kalau tak macam mana gadis mat salleh dekat UK dulu minta kebenaran papa dan mama untuk kawin dengan kamu kalau tak kamu yang layan dia berlebih-lebihan,” panjang lebar datuk Rashid bersuara malah sempat mengungkit peristiwa yang pernah berlaku di UK dulu. Faizal hanya tersengeh. Dia sebenarnya bukan suka melihat Faizul terkena tetapi dia suka kerana soal dia dengan Zarina sudah tidak dibincangkan lagi. Nasib baiklah ahli keluarganya sudah tertumpu dengan masalah yang ditimbulkan oleh Faizul.

” Cik Suraya ada panggilan telefon,” tiba-tiba orang gaji mereka datang membawa telefon dan diserahkan kepada Suraya. Suraya mengerutkan dahi. Siapa yang menelefonnya dengan menggunakan nombor telefon rumah.

“Hello…”

“Assalamualaikum…Suraya ke tu?” Kedengaran suara garau dari corong telefon. Suraya mengerutkan dahi lagi. Dia cuba mengecam suara tersebut. Rasanya dia pernah mendengar suara tersebut tetapi dia lupa.

“Ya saya…siapa ni?” Tanya Suraya kembali. Semua ahli keluarganya tertumpu ke arahnya. Mungkin kerana pelik melihat reaksi mukanya yang dari tadi tak berhenti berkerut.

“Saya…Shah…takkan Suraya dah lupakan saya,”

Suraya semakin mengerutkan dahi. Shah? Siapa Shah. Kawan dia ke? Otaknya ligat memikirkan siapakan lelaki yang sedang berbual di telefon dengannya di kala itu.

“Oh…Doktor Shahrul..maaflah, saya tak cam suara doktor tadi, tambahan pulak saya langsung tak sangka doktor yang telefon saya,” ujar Suraya terus menunjukkan wajah ceria. Alongnya yang berada di sisi hanya tersenyum. Manakala faizul yang sednag duduk tidak jauh darinya memandang ke arah televisyen namun telinganya memasang perbualan Suraya.

Siapa Doktor Shahrul? Entah kenapa sejak dia pulang dari UK dia pantang mendengar Suraya menyebut nama lelaki lain selain namanya dan Alongnya sahaja. Dia resah bila memikirkan ada lelaki lain yang cuba untuk memiliki hati Suraya. Susah untuk dia mnerima hakikat suatu hari nanti Suraya bakal mempunyai teman lelaki.

“Saya dapat nombor telefon rumah awak ni dari pejabat HKL…awak kan pernah praktikal kat sini, bukan apa, saya sebenarnya ada urusan dengan awak, saya nak ajak awak jadi sukarelawan untuk aktiviti “Rantaian Kasih” di mana kami akan pergi ke semua rumah anak yatim yang berada di sekitar KL untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan, saya dengar daripada staff kat sini, awak sukakan aktiviti yang sebegini, nak tak?” suara garau itu berbicara anjang. Suraya hanya mendengar dengan penuh khusyuk.

“Eh, mestilah saya nak…saya suka, bila start?” Tanya Suraya legat. Wajahnya sudah bertukar ceria. Akhirnya ada juga aktiviti yang akan mengisi masa lapangnya sepanjang cuti semester ini.

“Kalau awak setuju…saya boleh daftarkan nama awak, aktiviti ni akan bermula Isnin depan, tapi lusa awak kena datang ke HKL la, ada taklimat berkenaan dengan program ni,”

“Ok…Insya-Allah saya datang, terima kasih sebab doktor sudi ajak saya menyertai program ni, lagipun boring la duk kat rumah lama-lama…akhirnya ada jugak aktiviti yang berfaedah yang boleh saya lakukan…tamabahan pula aktiviti amal macam ni, saya memang suka, terima kasih doktor,” Suraya bersuara sambil tersenyum lebar.

“Ye saya tahu…tapi awak masih tak berubah ye, tetap nak panggil saya doktor, kalau awak, awak suruh saya panggil awak Suraya,”

“Hehe…mana boleh saya panggil doktor dengan panggilan nama, tak sedap didengar…doktor sihat?” Tanya Suraya. Faizal sudah menjeling degan penuh makna ke arah adiknya. Suraya faham dengan jelingan tersebut dan dia terus mencebik kepada Alongnya. Faizal tersenyum.

“Alhamdulillah, saya sihat…bertambah sihat bila dapat dengar suara awak, tak apalah….sebenarnya sekejap lagi syif saya pulak…kalau tak ada aral kita jumpa taklimat pasal program ni lusa, Assalamualaikum,”

“Waalaikumussalam,” jawab Suraya dan terus mematikan talian. Dia tersenyum girang. Semua mata kembali memandang ke arahnya.

“Siapa yang telefon dik?” Tanya Datin Rafidah.

“Oo…Doktor Shahrul…dia ajak adik sertai aktiviti amal, buat pemeriksaan kesihatan dekat semua rumah anak yatim yang berada di sekitar KL,” jawab Suraya sambil tersenyum. Datin rafidah dan suaminya mengangguk faham.

“Oo…Doktor Shahrul yang adik cakap doktor muda yang paling handsome kat HKL ek? Yang selalu beri tunjuk ajar kat adik sepanjang adik praktikal kat sana?” Tanya Faizal walaupun dia tahu dia benar. Tekaannya tak akan silap kerana Suraya pernah memberitahunya semasa dia berada di UK dulu.

“Macam mana Along boleh ingat lagi?” Tanya Suraya kembali.

“Mestilah Along ingat….kan Along dah cakap doktor tu mesti suka kat adik, adik tak nak percaya, tengok sekarang, sampaikan dia sendiri telefon adik ajak adik sertai aktiviti amal tu, padahal dia nak jumpa adik….apa kata orang sambil menyelam minum air,” ujar Faizal sambil mahu mengusik adiknya. Serentak dengan itu Suraya menampar lembut paha Faizal.

“Pandai saja Along ni…tak baik fitnah tau!” marah Suraya. Datuk Rashid dan datin Rafidah hanya tersenyum melihat telatah anak-anaknya. Dia langsung tak ambil serius dengan apa yang diperkatakan oleh Faizal. Dia kenal dengan Suraya. Anak bongsunya itu paling tak berminat dengan percintaan.
“Betul la…tengoklah nanti, dia akan cakap dekat adik yang dia sebenarnya suka kat adik, percayalah cakap Along,” ujar Faizal. Faizul yang mendengar perbualan tersebut mulai tak senang duduk. Sekali sekala dia berdehem untuk menenangkan perasaannya di kala itu.

“Biarlah…apa yang adik tahu, adik hanya anggap dia sebagai salah seorang guru adik yang selalu beri tunjuk ajar kat adik, perasaan adik kat dia tak lebih daripada seorang murid terhadap gurunya…paling tak pun adik hanya akan angap dia sebagai kawan, itu sahaja. Titik!” bicara Suraya tegas. Matanya sempat menjeling memandang ke arah Faizul. Entah kenapa dia merasakan lelaki itu seperti dari tadi menjeling ke arahnya dengan pandangan yang susah untuk dia jelaskan maksud jelingan tersebut.

“Ok! Jangan lepas ni adik bawak dia balik jumpa mama ngan papa sebagai teman lelaki adik sudah!” sambung Faizal lagi yang tak puas mengusik adiknya.

“Along! Adik tak sukalah! Kan adik dah cakap tadi. Titik! Maksudnya benda tu dah muktamad! Faham! Mama! Tengoklah Along ni, tak habis-habis usik adik,” Suraya merengek manja. Faizal ketawa berdekah-dekah. Lucu melihat riak muka adiknya yang malu apabila diusik sebegitu.

“Along gurau sajelah, takkan tak boleh kot,” ujar Faizal sambil menarik hidung adiknya. Suraya terus sahaja memukul bahu Faizal. Faizul hanya mampu memerhatikan adegan tersebut. Malah sedikit ketenangan dapat dirasainya apabila mendengar pengakuan daripada Suraya sebentar tadi.

******

Faizul termenung sendirian di beranda biliknya. Suasana dingin pada waktu malam langsung tak membuatkan dirinya terasa sejuk. Entah mengapa nama lelaki yang timbul di ruang tamu sebentar tadi meresahkannya. Seakan-akan apa yang dibicarakan oleh Alongnya ada kebenarannya.

“Doktor Shahrul? Siapa dia ni? apa hubungannya dengan Suraya? Betul ke Suraya hanya menganggapnya hanya sebagai kawan sahaja?” bicaranya sendirian. Jiwanya langsung tak tenteram di kala itu. Ingin sahaja dia keluar bertemu dengan rakan-rakannya di pub dan lepaskan segala yang menyerabutkan fikirannya. Namun dia tahu sekiranya dia bertindak sedemikian pada masa itu akan menimbulkan masalah lain pula.

“Apa yang kau nak hairankan sangat Joe…dia tu cantik, lemah lembut, manja…semua lelaki impikan perempuan yang sebegitu dalam hidup mereka…tak hairanlah kalau ramai lelaki yang terkejarkan dia….aduh! Boleh gila aku kalau macam nilah!” bicaranya lagi. Sudah berapa kali dia maraup mukanya dan mengeluh panjang. Dia seperti sudah tidak mampu melakukan apa-apa. Namun hatinya tak mampu untuk memadam nama gadis tersebut. Tidak pernah setiap saat pun dia melupakan gadis itu.

“Tetapi mustahil untuk aku memiliki dia…mustahil! Mustahil! Ahhh….penatlah!” laung Faizul agak kuat. Dia terduduk di atas bangku yang tersedia di balkoni biliknya. Dia tertunduk sambil memeluk lututnya.

“Penat..tahu tak Suraya, aku penat sangat! Aku tak tahu sampai bila aku mampu bertahan! Aku takut sekiranya aku sudah tak mampu menahan perasaan aku lagi, aku bakal lakukan sesuatu yang tak elok terhadap kau! Aku takut aku akan cederakan kau! Boleh tak kau faham perasaan aku sekarang ni?” Faizul berbicara sendirian. Tanpa disedari air mata lelakinya jatuh lagi. Entah kali yang keberapa dia menangis disebabkan gadis itu.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

5 ulasan untuk “Novel : Dia Segalanya 18, 19”
  1. acucute says:

    boleh tak terbitkan novel cepat sikit.. tak sabarlah… :lol:

  2. harnia cute says:

    kesian dekat faizul…
    :sad: :sad:

  3. Siti Soleha Yahaya says:

    ;-) ;-) ;-)

  4. bdak cute!! says:

    kak sha cpat la sambung… :sad: :sad: x larat nak tunggu dah ni

    best5 :grin: :razz: :mrgreen: :mrgreen:

  5. ana says:

    best…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"