Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu 34

23 October 2010  
Kategori: Novel

7,967 bacaan 11 ulasan

Oleh : Nuril Bahanudin

Angin petang menampar lembut pada wajah tegangnya… Daniel mengeluh… dan terus mengeluh… itulah yang dilakukan sejak hampir satu jam tadi berada di sini.. berat benar ujianMu kali ini ku rasakan ya ALLAH.., lebih berat daripada kena bernikah dengan Balqish hampir 11 bulan yang lalu.. entahlah dia sendiri tidak tahu seberapa lama dia mampu menyimpan rahsia ini daripada pengetahuan Balqish.. tak tahulah bagimana reaksi isterinya itu nanti… marahkah Balqish?, kecewakah? atau sedih??.

Tuhan… tolonglah tunjukkan aku jalan untuk keluar daripada belenggu masalah kali ini… Tuhan aku buntu kali ini.. bantulah aku…

Perbincangan dengan Suhail semalam betul-betul menemui jalan buntu.. permintaan yang menyesakkan dirinya…

“Kenapa mesti I?” Daniel membentak, geram sungguh hatinya… wajah Suhail yang putih memucat itu direnungnya penuh benci… nasiblah kau tengah terlantar macam ni, kalau tak nak saja aku cekik-cekik kau biar mati terus, habis cerita… hisy hidup tak habis-habis nak menyusahkan orang saja.

“Sebab cara hidup you hampir sama dengan cara hidup I..” selamba saja jawapan yang terluncur dari mulut Suhail itu, sedikit pun tiada terselit nada bersalah kedengarannya.

“Tapi I mana pernah sentuh you, kenapa you sengaja nak perangkapkan I?”

“Eh kenapalah you ni susah hati sangat, I hanya buat impian keluarga kita untuk menyatukan kita berdua, menjadi kenyataan.. alah lagi pun you tak payahlah berlagak baik sangat.. macam you tak pernah sentuh perempuan sebelum-sebelum ni kan? agaknya dah berapa ramai perempuan yang you dah sentuh? mesti tak terkira kan? so anggaplah I ni macam salah seorang perempuan yang you pernah sentuh..”

Urgh… gila ke apa perempuan ni… dia ingat segalanya akan selesai kalau mengambil keputusan sebgini ke? menambahkan lagi masalah adalah… ni yang susah jadinya kalau bertindak mengikut nafsu… dan akibatnya orang lain yang akan mendapat susah.

“Tapi I tak nak, I tak setuju dengan cara you ni… I tak berkenan, you melibatkan I dalam masalah you…” luah Daniel tegas… walau apa pun yang terjadi, dia mesti menghentikannya.. dia tak mahu ada hati yang terluka dan jiwa yang terguris dek kerana dia menuruti kehendak gila Suhail itu.

“Terpulanglah pada you Daniel… I tak kisah, kalau you rasa, you nak mummy you tu tahu rahsia, cerita di sebalik perkahwinan you dengan isteri you tu, dan juga kisah tentang berapa orang perempuan yang you dah usik… yang dah jadi sisa tu… you nak isteri kesayangan you tahu juga ke? I akan rela hati, senang hati untuk menceritakan kepadanya…?”

“Kau… kau… urghh berani kau ugut aku.. hei kenapa mesti nak I yang bertanggungjawab atas keterlanjuran you sendiri? mana boyfriend you yang you dok berkepit ke hulu-hilir dekat kelab tu? kenapa kau tak suruh dia pula? atau dia pun dah tinggalkan kau juga, oh lupa pulak aku perempuan jalang macam kau ni siapalah yang nakkan..?” sengaja Danie berkata begitu, untuk membakar amarah Suhail.. namun nampaknya Suhail hanya bersahaja… dia sendiri yang bertambah bengang adalah… ah perempuan macam ni manalah ada apa perasaan.. orang kata apa pun bukannya menjadi kudis pada dia…

“Hello… eh you ingat I ingin sangat ke nak berlakikan you tu hah?, tolonglah… kalau tak sebab benda ni dah jadi, I takkan nak kita nikah… alah anggap sajalah you tengah buat amal ni, kot-kot boleh tampung dosa-dosa yang you pernah lakukan sebelum-sebelum ni..”

“Amboi senang-senang je kau cakapkan… kalau tak ingin, kenapa terhegeh-hegeh suruh aku kahwin dengan kau?? kenapa tak mintak jantan yang dah buat perut kau jadi buncit tu kahwini kau? eh sejak bila kau tahu pasal amal dan dosa ni? geli telinga aku mendengarnya orang macam kau ni cerita pasal dosa-dosa ni.. kau tak layak tau tak? kau sepatutnya ingatkan diri kau sendiri pasal dosa-dosa ni…”

Huh dengan perempuan macam dia ni tak perlu nak bertapis-tapis cakap… cakap saja apa yang di rasakan hendap di cakapkan, biar dia sedar diri sikit..

“Heh sebab I tahu you macamanalah I berani kata pasal dosa-dosa ni.. macam nilah.., kita nikah then after seminggu you boleh ceraikan I, lepas tu bolehlah kita jalani hidup seperti biasa, anggaplah benda ni tak pernah terjadi dalam hidup you… apa macam?”

“Wah-wah.. senangnya kau punya cadangan… hei kau ingat ni dalam cerita novel ke apa? nikah cerai pun kau buat macam mainan.. ”

“Eh kira oklah tukan… lagipun I minta seminggu saja… bukan lama pun, pejam celik pejam celik dah habis berlalu waktu seminggu tu..”

“Aku tak setuju dengan cadangan kau tu… dan untuk pengetahuan kau aku tak ada hati langsung nak bernikah dengan kau, kau tahu tak? kau dah menyusahkan aku dan keluarga aku…” marah yang bergumpal dalam dada di hamburka.. pedulilah Suhail nak menangis ke apa ke, yang pasti sekarang perasaan dia teramatlah bencikan Suhail…

“OK sekarang you cakaplah macam tu… sombong dengan I, jangan sampai satu masa nanti you cari I dan merayu-rayu pada I pula…” yakin benar kata-kata Suhail itu, siap berbaur ugutan… orang kalau dah hatinya hitam, dalam keadaan sakit pun belum tentu dia nak insaf… Daniel mengetap bibir geram… cepat-cepat dia melangkah keluar dari bilik itu, takut andai dia berlama di situ, dia tak akan mampu menahan sabar yang semakin menipis, takut kelak dia akan mula mencederakan Suhail bila marahnya mula menguasai diri…

“Ingatlah apa yang I cakap ni…”

Kurang ajar kau perempuan… kau ugut aku… kau sengaja nak hancurkan rumah tangga aku yang baru terbina ini, kau saja nak musnahkan cinta aku yang baru hendak bertunas ni…

“Awak ni… kenapalah asyik termenung sehari dua ni? awak ni ada masalah ke? nak kata angau, saya ni ada je dekat depan mata awak…” Balqish membebel perlahan… geram.. apa yang dicakapkan kepada lelaki itu, seperti dibuat endah tak endah saja… entah dia dengar entah tidak.

“Qish cakap apa tadi? abang teralit tengok pasangan burung yang hinggap dekat dahan pokok sana tu… comel sungguh… hesyss kalaulah kita macam tu alangkah seronoknya…”

Balqish mencebik… melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Daniel itu…

“Urhg tak nak saya jadi macam tu… makan makanan yang tak masak, lepas tu makan ulat-ulat.. eeii geli-geleman saya…”

“Lah… abang tak kata pun kalau kita jadi burung tu… yang abang maksudkan kalau kita diibaratkan seperti burung tu, sentiasa bersama.. berdua ke mana juga…”

“Oh… eh manalah boleh kita berdua saja sekarang ni… kitakan dah bertiga.. ke amana-mana mesti bertiga, takkan nak tinggalkan saja Risyia kita tu… menangislah dia nanti…”

Adui isteri aku ni, bila dah datang perangai lurus bendul dia, cakap apa saja pun dia tak faham.. ke dia buat-buat tak faham? apa-apalah..

“Hah Qish cakap apa dengan abang tadi?”

“Cakap apa ya…errr kejap saya cuba ingat kembali… terlupa… ni awak punya pasallah, ajak lagi saya mengarut..

“Eh salahkan abang pulak… dia tu yang banyak makan semut.. tu yang jadi perlupa..”

“Amboi tak sayang mulut nampak.. sedap saja mengata orang ya? Hah… ok saya dah ingat balik dah…”

“Apa dia Qish…”

“Begini…”

“Hisy cakap sajalah cepat… yang terhenti-henti tu kenapa…” saja buat suspenlah tu… gerutu hati Daniel.

“Uik tak penyabar langsunglah awak ni..” hehehe saja nak duga dia, penyabar ke tidak tu….. tapi nampak gaya macam tak saja… alahai suami aku yang satu ini.. eh memanglah satu, takkan ada dua pula… haram tu…

“Qish…”

“OK-OK saya cakap ni…”

“Cepatlah.. karang abang kiss karang kalau main-main lagi…”

“Eh ugut-ugut orang pula dia ni..”

“Qish..”

“Yalah-yalah…” hehe dah benganglah tu…

Melihat reaksi Daniel yang mula menghampiri dirinya… cepat-cepat dia membuka mulut… tak nak oi kena kiss… tak rela I tau…

“Cuti saya dah nak habis ni… saya rasa eloklah kalau kita balik rumah kita… balik awal dua, tiga hari… yalah mesti rumah tu dah berabuk, lama sangat kita tinggalkan.. silap-silap labah-labah pun dah buat sarang dekat dalam rumah tu….”

“Kalau tak balik tak boleh ke Qish…?”

“Kenapa pula taknak balik..? ke awak masih lagi tak puas berkepit dengan mummy dan daddy awak?”

“Qish ke situ pulak.. tak adalah… abang rasa lebih selesa dekat sini… yelah sekurang-kurangnya Qish ada teman, kalau-kalau abang kena pergi outstation dua tiga hari…”

“Alah awak ni… bukan sekarang saya dah ada teman ke? tu anak kita tu, kan dia boleh temankan mama dia, apa yang awak nak risaukan? sebelum-sebelum ni awak selamba saja tinggalkan saya seorang diri… boleh saja kan..”

“Ok-ok sukahati Qishlah…”

“Lagi pun saya dah rindu dekat kereta saya tu…”

“Ceh kenapalah tak cakap terus terang yang Qish tu sebenarnya rindukan… tuk… er kereta Qish tu…”

“Apa dia, baik awak ulang balik… apa tuk-tuk tu? oh kutuk kereta saya ya….”

Teringat peristiwa yang Daniel menggelarkan kereta kesayangannya tukun… kurang asam jawa sungguh suamiku ini dulu…

“Mana ada apa-apa…” Daniel tersengeh, menahan gelak yang hampir memburai…

“Eiii… jahatlah awak ni tau…” Balqish memasamkan muka.. tak apa, nanti hari aku siaplah…

“Baby tengok papa ni, jahat gelakkan mama, jom kita jangan kawan papa, malam ni cakap dengan papa dia tak boleh tidur sekali dengan kita…”

“Alahai… sayang… abang gurau saja… baby bagitahu dekat mama, papa gurau saja…”

SAYANG… gulp… dia panggil aku sayang? macam tak percaya saja… biar betul… oh sekali lagi aku dah terjatuh cinta toing-toing, gedebuk-gedebuk dengan suami aku sendiri… eh aku tak bermimpi kan? dia menampar pipinya sendiri kuat-kuat…

“Ouch… !” sakitlah…

“Qish… yang tiba-tiba tampar diri sendiri kenapa?”

“Err… ada nyamuklah hinggap dekat pipi saya tadi..”

“Mana abang tak nampak pun…”

“Err dah terbanglah tu kot…”

Wajah Balqish direnungnya lama… mereka bertemu pandang… lama membalas panahan mata sesama sendiri… sehinggalah Balqish menunduk dengan getaran hati yang menggila…. eh orang kata kalau hati kita bergetaran sewaktu bertemu pandang dengan seseorang tu, bermakna orang tu jodoh kita…. betullah tu kot…

Qish… apalah perasaanmu andai kau mendengar apa yang Suhail fitnahkan kepada abang ni? Qish percayakan dia ke percayakan abang? ah kenapalah aku tak ada kekuatan untuk memberitahu semua ini kepadanya… Daniel mengeluh kuat…

“Awak ok tak ni?” hairan… tadi kelihatan ceria mengusik aku, ni sekelip mata wajahnya bertukar menjadi muram pula… agaknya apalah yang mengganggu fikiranmu itu suamiku..

“Ok… eh jomlah kita masuk dalam… sejuk dekat luar ni… nanti demam pula Risyia tu…”

*********

“So macamana? kamu dah dapat kata putusnya Suhail?”

“Entahlah mama… Daniel tu macam endah tak endah saja dengan Suhail ni…”

“Budak tu memang nak kena ajar, dia sedap-sedap berkepit dengan anak dan isterinya, anak kita dibiarkan saja terlantar macam ni..” bentak Dato’ Zakuan geram, hatinya nekad kini… Daniel memang kena ajar, biar dia sedar dirinya itu sikit.. sekali kau buat anak aku, dua kali aku akan membalasnya..

“Biar mama telefon Puan Sri Nuha, nak bincang apa yang patut…manalah tahu dia boleh pujuk anaknya itu..”

“Err tak perlulah kot mama, mungkin Daniel perlukan sedikit masa untuk terima semua ni”

“Perlukan masa??? sampai bila? sampai berita tentang hal kamu ni tersebar.. macam tu?”

“Alah papa janganlah risau sangat, tahulah Suhail macamana nak selesaikan..”

“Amboi… jangan risau konon, tahu macamana nak selesaikan konon… Eh suhail… yang Suhail bela sangat budak Daniel tu kenapa? orang kalau ya pun cinta sangat pun… cuba bertindak ikut rasional.. ini tak semuanya kamu nak bagi.. sampai tergadai body macam tu saja… nasiblah juga keguguran… kalau tak apalah yang papa nak cakap kalau orang tanya cucu papa tu datang dari mana…”

“Eii papa ni tak habis-habis nak fikirkan diri tu depan mata orang lain… papa tahu tak sebab sikap papa macam nilah Suhail jadi macam ni tau tak…? papa selalu nak Suhail kelihatan sempurna dekat depan mata orang lain sampai Suhail rasa hidup Suhail ni macam boneka.. ikut saja kehendak papa dan mama…”

“Jadi sekarang kamu salahkan papa dan mamalah? kiranya kamu memberontaklah ni?”

Terkesima.. anak yang selama ini hanya menurutkan saja apa katanya kini mula bersuara.. malah meninggikan suara padanya lagi..

“Memang…!”

“Suhail tak baik cakap dengan papa macam tu nak..”

“Suhail rasa tertekan sangat sebab ada papa, dan mama macam ni..”

“Sampai hati Suhail cakap kami macam ni…”

“Suhail benci, bila tengok kawan-kawan mereka bebas buat aktiviti yang mereka suka, tapi Suhail.. Suhail tak macam tu… Suhail hanya kena akur saja dengan papa dan mama… 24 tahun Suhail pendamkan semua rasa hati Suhail.. tapi hari ni Suhail dah tak boleh simpankan lagi… Suhail dah tak larat nak pendamnya lagi..”

“Papa cuma nakkan yang terbaik untuk Suhail..”

“Yang terbaik papa kata? sampai Suhail perlu nak sekat segala kebebasan yang Suhail ada untuk menikmati pada zaman remaja Suhail? kalaulah papa lebih terbuka mesti Suhail takkan jadi macam ni” lirih nadanya, kecewa bersalut duka.

Lama Dato’ Zakuan terdiam, cuba mencerna kata-kata anaknya itu. sehinggalah akhirnya dia mengeluh berat… mungkin ada benarnya anaknya jadi begitu kerana dia, dia memang terlalu pentingkan kesempurnaan.

“Maafkan papa kalau Suhail rasa cara papa tak kena dengan jiwa Suhail..”

Suasana kamar wad itu kembali sunyi sepi… masing-masing melayan perasaan sendiri…

Ah… kenapa aku hampir terlupa yang anakku ini juga punya perasaan, punya keinginan seperti orang lain… kalau benarlah ini salahku… ya ALLAH berdosanya aku… dia menghembuskan nafasnya berat.

Ah ringan rasa dada ini… akhirnya berjaya juga ku luah rasa hatiku ini yang ku pendam selama bertahun ini… tanpa sedar wajahnya menggaris senyum.. lapang teramat lapang perasaannya kini.

Baguslah kalau papa dan mama dah tahu.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

11 ulasan untuk “Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu 34”
  1. rosmpkmn says:

    benci suhail

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"