Novel : Renovate Cinta 2

3 October 2010  
Kategori: Novel

1,584 bacaan 10 ulasan

Oleh : DYADILA

Alia menongkat dagu, pelik. Pipinya dicubit kuat. Aduhhh!! Sakit. Maknanya bukan mimpi. Wajah Puan Mariam dipandang lagi. entah apa yang menegur mamanya semalam dari tadi dok tersengih sampai ke telinga. Kalau boleh diukur dengan jam dan saat dan lebih dari paras normal.

“Mama sihat ke?” tanya Alia pelik

“Kenapa kau nak doakan aku cepat mati?” suara itu kembali meninggi. Pantang kena cuit sikit macam sarang tebuan.

“Tanya aje.. itupun nak marah..” rungut Alia. Tapi cukup perlahan biarlah sekadar halwa telingannya saja. Puan Mariam ditinggalkan dengan senyumannya. Langkah Qalesya Alia dilajukan.

Puan Mariam kembali tersenyum. Membayangkan perkahwinan anaknya yang akan diadakan secara besar-besaran. Bukan calang-calang orang bakal menantunya, anak Tan Sri pulak tu. Pandai betul Dania cari bakal suami, sejuk perut aku melahirkan dia. wajah Harith melintas lagi dalam fikirannya. Emmm memang macam pinang dibelah dua.

“Apa bising-bising tadi Kak?” Yusop menyusun tin susu ke rak. Soalan diajukan sebaik saja melihat Alia menuju ke arahnya.

“Macam biasalah Sop.. tapi risau juga akak ni..”

Dahi Yusof berkerut. Dulu dia segan untuk bercakap dengan Alia, maklumlah anak majikan. Kalau ikutkan Puan Mariam dan Cik Dania memang jarang bagi muka dengan pekerja tapi Alia berbeza. Qalesya Alia lebih senang membiasakan diri dengan sesiapa saja. Pernah juga anak bosnya itu makan sekali dengan mereka di dalam stor. Memang Alia berbeza.

Wajah muram didepannya dipandang kembali. Kening Alia yang seakan bersambung membuatkan dia ketawa kecil. dah buat dah muka sincan dia tu.. hishhh apalah pulak kali ni?.

“Apa yang akak risaukan?”

“Mama akak tulah.. sejak-sejak nak bermenantu ni senyum sampai ke telinga. Risau juga kalau-kalau rahang dia jatuh ke bawah ke” Alia menambah.

Yusop menahan nafas, wajah tak bersalah Alia dipandang lama. Bila mata mereka bertentang akhirnya ketawa yang ditahan pecah. Yusop mengeleng. Sempat membayangkan bagaimana kalau rahang bosnya Puan Mariam jatuh. Mesti kelakar.

“Betul ke saya dengar Cik Dania nak kawin?”

Alia berhenti ketawa, sisa senyumnya masih mekar dibibir. Yusop salah seorang pekerja Mariam’ shop yang baru berumur 18 tahun. Dia selesa berbual dengan yusop, dengan yusop dia bebas menjadi dirinya yang sebenar. Cuma masanya kadang kala tak pernah memberi ruang untuk dia duduk berbual mesra dengan pekerja-pekerja lain. Dari luar memang dia anak bos tapi hakikatnya dia lebih teruk dari penjaga stor.

“Entahlah Sop.. betullah kot kalau tak ada angin tak akan pokok nak bergoyang”

“Anak Tan Sri ek Kak?” sekali lagi Yusop mula mengorek rahsia.

Alia membantu kerja Yusop bila melihat Tin Susu yang masih banyak di dalam bakul. Soalan Yusop dibiarkan seketika. Sengaja menyibukkan diri. Bukan yusop orang pertama bertanya dan berpuluh orang. Malah semalam mamanya diserbu wartawan yang inginkan jawapan pada status modal terkenal Alesya Dania. Dan yang menjadi mangsa menjadi pengawal tak bergaji siapa lagi kalau bukan dia.

“Mungkinlah kot.. akakpun tak pasti sangat, akak tak sempat pun nak jumpa bakal abang ipar akak tu.. tapi apa yang penting menantu pilihan Puan Mariam..” usik Alia sekali lagi. cuba melahirkan nada gurauan.

Alia memang mudah tersenyum. Namun senyuman itu akan mati bila dia duduk berseorangan di dalam rumah banglo Puan Mariam. Untuk berbualpun payah inikan pulak nak bersenda gurau memang jauh sekali. Sikap Mama tidaklah bukanlah kejam seperti cerita Cinderella atau bawang putih bawang merah cuma cukup payah nak melihat rasa kasih dan sayang mamanya. Cuma bila mama dengan Dania, terserlah kasih dan rasa cinta seorang ibu.

Kadang-kadang dia terfikir mungkin sebab dia bukan anak kandung Mama, sebab itu Mama susah sangat nak sayangkan dia. selama nipun dia sendiri yang memanjakan diri. Sengaja dipekakkan telinga dengan amarah dan sikap dingin Mama. Akhirnya dia sudah lali dengan semua itu. Bukan sehari dua tapi 21 tahun dah cukup buat dia faham siapa Puan Mariam Abdullah.

“dahlah Sop baik kau buat kerja.. kang menjerit radio kat kaunter tu.. alamat kena tadah telingalah dengar ceramah” bisik Alia perlahan.

Yusop mengangguk fahamm, sempat matanya menjeling kea rah Puan Mariam yang berada jauh di kaunter. Memang wajah garang itu menakutkan. Belum lagi dia lepaskan peluru berbisa dari mulut. Mak aikkk serius tak tahan.

***

Persiapan sudah lebih 50 peratus siap. Tinggal urusan hotel yang tak payah dia ambik tahu, semua itu diserahkan kepada pihak keluarga lelaki. Tugas utama dia macam biasa menjadi driver kepada yang tak berhormat Dania. Lepas satu tempat ke tempat yang lain.

“mana senarai nama VIP yang akan dijemput?” Tanya Dania.

“ada atas meja tu… ramainya sampai 100 orang?” entah macamana soalan itu keluar dari mulutnya. Semalam dia sudah diberi amaran supaya tidak masuk campur. Hishhh degil betullah. Alia mengaru kepalanya.

“itu kau tak payah fikir, yang aku nak senarai tu siap dan siap dengan alamat, nanti senanglah kita nak bagi… untuk peingatan yang mungkin kau dah lupa yang aku ni akan berkahwin dengan anak TanSri tahu tak. Bukan Pak Mat jual goreng pisang” jelas Dania. Wajah jelas keangkuhan.

Alia mengangguk faham, walaupun sebenarnya dia tak pernah nak faham.. tak faham dengan sikap mama dan kakaknya yang terlalu lupa diri bila berkaitan dengan duit. Malah lepas ini tak tahu lagilah apa akan berlaku.

Wajah Dania dipandang lagi. hari ini kakaknya tak kemana-mana, kononnya nak duduk rumah jaga muka. Tak nak berjemur atau kena cahaya matahari. Eiii geli anak tekak dengar.

“Betul ke kakak dah bersedia nak kawin ni?” sengaja soalan itu diutarakan. Dania yang duduk di depannya sekadar tersenyum sambil membaca majalah hiburan.

“Aku tahu kau jelouskan..tak apa nanti aku kenalkan kau dengan Harith lepas tu aku suruh dia kenalkan dengan mana-mana kawan dia, manalah tahu kot-kot ada yang buta boleh jatuh cinta dengan kau..”

Qalesya Alia mencebik. Memang ada aje ayat sindiran yang akan keluar dari mulut Dania. Dania langsung tak pernah nak berbaik dengannya. tapi jauh di sudut hati dia tahu Dania masih sayangkan dia sebagai adik.

“bukan cemburu tapi kalau nak jadi isteri orang kenalah lengkapkan diri, kena pandai masak, kemas rumah dan apa yang penting kena belajar-belajarlah solat..” sindir Alia sebelum dia meninggalkan Dania.

Dania mencebik.. amboii pandai dah nak nasihatkan aku.. Dania tak pernah ambil serius apa yang keluar dari mulut Lia. Siapa Alia yang nak mengajar dia yang mana betul yang mana salah.

“ehhh kalau kau nak berceramah pergi ke masjid depan tu ek.. lagipun aku ni bukanlah teruk sangat, setakat nak jadi isteri bila-bila masa boleh. Petik jari je” sekali lagi Dania meninggi diri. Bukan sekali tapi sudah beratus juta kali sejak kecil lagi memang itulah hobi Dania. Suka meletakkan diri di atas. Mungkin kakaknya lupa yang dunia ini ada hokum karma. Setiap yang berada di atas tak akan selamanya berada di atas.

“ehhh bakal suami aku tu kaya raya.. tak payah nak masak segala..” jerit Dania geram. Suka sangat nak sakitkan hati orang tau budak ni.

“kaya bukan boleh bawa mati..”

“hishhh malas aku layan kau ni.. dari aku layan kau baik aku call Harith ajak keluar..” suara Dania lagi kali ini dia melangkah pergi meninggalkan Alia.

****

Anita menepuk bahu Alia perlahan. Wajah itu seperti biasa penuh dengan kerutan penuh dengan masalah.

“nak dapat abang ipar tak gembira ke?” anita menongkat dagu sama seperti Alia. Wajah masam mencuka itu dipadang lama. Akhirnya mereka tersenyum.

“hahhh nilah Alia aku, selalu tersenyum.. tak kira apa masalah pun..” usik Anita. Anita satu-satunya kawan yang dia ada. Tapi anita juga akan meninggalkannya.

Wajah sahabatnya itu dipandang. Kenapa setiap pertemuan pasti ada perpisahan, dia paling tak suka bila terpaksa berdepan dengan perpisahan macam ni, sangat menyakitkan.

“betul ke kau nak ke India?” tanya Alia sekali lagi.. Anita mengangguk perlahan. Kalau bukan disebabkan keluarga mereka terpaksa berpindah tentu dia juga tak sanggup untuk meninggalkan Alia seorang diri.

“seronokkan jadi anak diplomat ni.. boleh pindah sana sini..” suara Alia sengaja menceriakan suasana.

“emmm seronok apa.. baru nak kenal tempat baru dah kena pindah.. baru nak kenal dunia dah kena pindah..” suara Anita sedikit bosan dengan kehidupannya.

Qalesya Alia tersenyum. jauh di sudut hati dia kalau dia diberi pilihan kehidupan seperti Anita lebih bermakna.

“kau kena bersyukur sekurang-kurangnya kau masih ada keluarga untuk kau bergantung.. bagi aku tak kisahlah kemana saja walau ke hujung dunia pun kalau kita dengan orang yang kita sayang aku sanggup” bisik Alia yakin.

Anita meletakkan Coklat Cabery di depan Alia yang masih menongkat dagu. Mata itu kembali bersinar. Pantas tanganya mengambil apa yang ada di depan mata.

” beli dekat mana?”

“pasaraya Puan mariam..” usik Anita. Mereka membalas senyuman.

Di taman permainan ini mereka berkenalan. Ketika itu Alia hanya duduk seorang diri dan termenung. Anita yang menghulurkan salam perkenalan. Dan persahabatan mereka kekal sehingga kini. Tapi kini mereka terpaksa berpisah.

“mula-mula Danish.. sekarang kau pulak.. lepas ni mesti aku tak ada kawan..”

Tiba-tiba ingatannya kembali kepada Danish. Hanya dua tiga bulan pertama Danish mengirimkan surat lepas itu mereka terus terputus hubungan. Hilang segala sumpah setia mereka. Janji yang terpatri bahawa jarak tak akan memisahkan mereka. Tapi sekarang jangan katakan surat bayang posmenpun tak akan nampak di depan rumahnya. Sehingga kini dia juga dah mula belajar untuk melupakan Danish.

“aku janji akan tulis surat dekat kau..” bisik Anita.

Alia mencebik. Lalu digelengkan kepala perlahan.

“tak payah nak berjanji.. kalau kau ingatkan aku dah cukup, lagipun persahabatan kita tak akan putus walaupun surat kau tak sampai.. tapi kalau rajin baliklah sini, janganlah terus lupakan aku.

Anita tersenyum. Tangannya mencapai tangan sahabatnya lalu digenggam kuat.

“kau kawin jangan lupa beritahu aku..” bisik Anita perlahan.

Qalesya Alia menjulir lidah. Sempat tangan Anita dicubit perlahan.

“aku tak akan kawin selagi aku tak capai cita-cita aku.. walaupun mungkin aku terlewat tapi aku akan pastikan cita-cita aku akan tercapai..” Alia nekad. Jauh di dasar hati dia masih lagi Qalesya Alia yang berani dan bercita-cita tinggi. Cuma cita-cita itu disimpan kemas di hujung hatinya.

“aku pasti suatu hari nanti kau akan berjaya.. dan masa tu kau akan berdiri sama tinggi dengan wanita-wanita yang berjaya” doa Anita.

“amin…….itu sebab aku sayang kau..”

Mereka saling tersenyum. Biar masa yang singkat ini dibaluti dengan seribu satu kenangan yang manis untuk dikenang sampai ke akhir hayat. Entah kenapa dia dapat rasakan yang kegembiraan akan dirampas dari hidupnya. walaupun selama ini sememangnya dia tak pernah rasa bahagia.

“lagi satu pesanan ikhlas dari penaja..” wajah Anita kembali serius. Alia terdiam memberi perhatian sepenuhnya kepada wajah di depannya ” aku nak kau jadi seorang yang berani, berani dalam segala hal.. tambah-tambah dengan si Dania dan Mama kau tu. Jangan biarkan mereka pijak kepala kau, walaupun kau memang suka benda tu berlaku”

Alia melepaskan keluhan. Tiada jawapan untuk kenyataan itu.

“kenapa kau takut sangat dengan mama kau tu?”

“walaupun dia hanya ibu tiri tapi dia yang jaga aku sejak aku kecik lagi.. walau buruk macamana layanan dia pada aku , aku akan sentiasa ingat yang dialah insan yang membesarkan aku sehingga kini..” jelas Alia jujur. Itulah sebab kenapa dia bertahan sehingga kini.

“aku kagum dengan kau.. kalau aku jadi kau dah lama aku hayun kepala kakak kau tu dengan kerusi, tapi kau tetap aje senyum walau apa dia buat dekat kau..” Anita mengenggam erat tangan Alia seolah membekalkan semangat.

“kadang-kadang aku hilang sabar juga.. hahah” mereka ketawa kuat. Terbayang peristiwa meninggalkan Dania di shopping mall seorang diri dan akhirnya ratu cantik itu terpaksa naik bas dengan kasut tinggi 3 incinya.

“nanti kau hantar aku ek..” pinta Anita.

“emmm kau kan tahu jawapannya tidak.. aku tak suka..”

“ucapkan selamat tinggal..” sambung Anita pada Ayat Alia yang masih tergantung. Mereka saling tersenyum. persahabatan yang cukup membuatkan Anita memahami dan mengenalinya lebih mama dan Dania.

****

“cantik tak? Yang ni cantik juga kan..” Alia hanya mengangguk kalau sepuluh yang diangkat sepuluh kali juga dia akan mengangguk.

Dania tersenyum puas, koleksi baju pengantin memang membuatkan dia hilang pertimbangan.

“mana satu ni nak pilih?” soal Dania sedikit kuat.

“akak ni.. pilih ajelah tadi kata semua cantik.. emm tema warna sebenarnya apa?” Alia bertanya malas. Bukan dia tak gembira dengan perkahwinan Dania tapi untuk berdiri hamper dua jam semata-mata nak pilih baju cukup membosankan.

“Ha ar… bijak juga otak tak sekolah kau ni ek?”

Alia diam. Dalam hatinya menjerit kuat.. bukan aku yang tak nak sekolah tapi sebab pentingkan kau, sebab mama lebih sayangkan kau. Tiba-tiba dia rasa hulu hatinya sakit. Pedih bila mengenangkan peluang yang dilepaskan begitu saja. Alia beristifar, tak seharusnya dia membenci mama macam tu sekali.

“emm kalau warna putih tu cantik..” ucapnya perlahan.

Dania tersenyum, matanya melekat ada gaun pengantin putih mengikut potongan badan itu. memang kalau nak diikutkan dia suka dengan setiap pilihan Alia. Walaupun tak pernah dinyatakan.

“kau rasa Harith suka tak kalau aku pakai baju ni?”

Qalesya Alia diam. Kata-kata Dania dibiarkan berlalu.

“weiiii Alia kau dengar taka pa aku cakap ni?”

Keluhan Alia kedengaran kuat. Dania menjeling, amboi macam tak puas hati aje.

“manalah tahu, lagipun bukan Lia pernah jumpapun si Harith tu.. kalau akak suka maknanya cantik, kalau cantik mestilah dia suka.. kalau nak tahu dia suka ke tak call dia suruh dia datang sekali baru boleh tengok sama-sama..” suara Alia perlahan tapi cukup tegas.

“emm tak apalah kita pilih dulu nanti baru beritahu dia.. lagipun dia mesti sibuk sekarang ni..emmm pilihlah satu untuk kau..”

Alia berpaling.. ayat akhir yang keluar dari mulut Dania tadi seakan jelas di telinganya.

“hahh!! Kenapa pula tengok aku macam tu?..”

“apa akak cakap tadi?” soal Alia masih tak percaya.

“hishhh nak kena rewind pulak.. pilihlah baju untuk kau.. aku belikan..” akhirnya suara itu jelas. Alia tersenyum.

“betul ni?”

“betullah.. lagipun Harith pun suruh belikan baju untuk kau sekali..”

Senyuman Alia semakin lebar. Untuk kali pertama Dania ingin membelikannya sesuatu. Hatinya berbunga riang. Timbul rasa kesal kerana memikirkan sesuatu yang buruk tadi. Matanya beralih ke deretan baju kebaya yang cantik-cantik. Sudah lama dia tak membeli baju baru. Kalau arwah papa masih ada mesti setiap kali papa ke luar Negara dia akan mendapat habuan.

Hahh!! Rindunya pada papa…..


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

10 ulasan untuk “Novel : Renovate Cinta 2”
  1. yucca says:

    menarik…smbg la lg..

  2. knape kakaknye tergerak hati nk belikn baju untk dye??? pelik… :| :???:

  3. zura says:

    die nak adiknye lawa,x lah malu…hehehe… ;-) rase2 kakaknye jadi kawin tak

  4. Are You Amron says:

    ntah2 si dania tu x jd kawin dengan harith tp alia pula yg kawin dgn harith…..pastu the best thing is harith tu abg danish……bersegi-segi sungguh kisah cinta ni….

  5. Aneesa says:

    cerita yg menarik ;-) tak sabar nak baca sambungnya :smile:

  6. crezygirl says:

    ;-) nice..good job.. :grin:

  7. noni says:

    so nice…i like it :lol:

  8. Mimin says:

    Sweet..smbg la lg.okey what kalo lps harith da kawin dgn kakak dia pstu jth chenta lak kat die?dia nak bls dndm so die lyn jek laki 2.

  9. mRlaPok says:

    beznye…. :razz:
    bile nk smbung??? :?:

  10. vacifarous says:

    best la kak.. xsabar nk bace lg..
    sambung la cpt yunk..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"