Novel : Usai, Aku Terima NikahNya 3

12 October 2010  
Kategori: Novel

32,297 bacaan 28 ulasan

Oleh : Umie Nadzimah

Dalam diam Puteri Aina memerhati sekeliling ruang tamu apartment kos sederhana yang di dakwa Iskandar sebagai rumah mereka kini. Rumah bagi sepasang suami isteri baru, yang mungkin hanya akan tercatit di atas surat nikah. Sesuai dengan konsepnya rumah sederhana, maka ruang tamunya juga serba sederhana. Tidak terlalu mewah, juga tidak terlalu nampak teruk sangat. Cukup seadanya. Kusyen yang tidak sarat ,sebuah peti telivisyen LCD 32 inci dan dan sebuah meja kopi. Ada juga karpet bulu tebal di tengah-tengah. Itu sahaja.

” Rumah ini abang Is beli masa bank lelong tahun lepas. Dapat murah waktu tu. Cadangannya untuk disewakan nanti , sebab sini ramai pelajar universiti yang perlukan rumah. Tapi buat sementara ni, kita tinggallah di sini dulu”.

Puteri Aina hanya memandang Iskandar sekejap lalu mengangguk . Sejak dari semalam, dia tiada keinginan untuk bercakap dengan suaminya itu. Dia lebih banyak mendiamkan diri. Sekadar mengangguk dan mengiyakan sahaja , apa yang diperkatakan oleh Iskandar. Hatinya rasa terluka dengan kelakuan keluarga Iskandar terhadapnya, terumatama ketika di pejabat guaman Uncle Yahya.

Emak mertua serta adik-adik ipar perempuannya yang seramai tiga orang itu, sungguh berusaha untuk menyakiti hatinya, samada dengan sengaja ataupun tidak. Berbagai-bagai kenangan yang menusuk kalbu perempuannya . Masih tergiang-giang lagi di telinganya dengan kata-kata dan sindiran mereka.

“He..he..he. Langkah pertama emak sudah berjaya. Tidak sia-sia kita membawa lari si puteri tu dari orang kampong bodoh tu Ada hasil juga. Nanti , bila dapat pampasan dari kerajaan untuk tanah tu, kayalah emak. Boleh buat majlis kahwin kakak di hotel mewah ya? “.

Itu kata adik iparnya yang paling tua. Yang telah bertunang ,walaupun masih belajar. Itu yang didengarinya semasa berada di rumah mereka. Sebelum ini , dia tidak tahu apa-apa pun tentang sepupu-sepupu angkatnya itu.

“Itu yang emak usahakan sangat kakak. Sebab emak tahu, tanah itu akan dibangunkan untuk projek kerajaan. Pak Ngah kamu yang tolol tu mana tahu apa-apa. Jika dia dapat duit pampasan tu pun, habis juga dia joli dengan anak jantannya, si Mazlan tu. Kira berbaloi juga kita cepat mendapatkan perempuan tu”.

“A’ahlah. Bagus juga emak yang dapat. Dapatlah kita enjoy sikit dengan duit tu. Jika tak Rina terpaksa catu duit belanja. Bukan cukup sangat , belanja di kolej mahal. Nak keluar bersuka ria pun terpaksa fikir banyak-banyak kali. Kadang-kadang malu dengan kawan-kawan. Dia orang semua loaded-loaded”.

“Jangan risaulah Rina. Dalam empat lima bulan lagi, Rina jadi OKB, boleh tunjuk pada kawan-kawan yang berlagak sekarang ni. Kereta pun mak boleh belikan untuk anak bungsu mak ni. Baru ada gaya anak mak kat kolej tu”.

“Waah…..Itu bagus punya plan tu mak!”

” Iyalah….plan memang bagus. Tapi nasib baik juga abang Is kamu setuju untuk nikah dengan perempuan tu. Kalau tidak kita semua buntang matalah, tengok Pak Ngah kamu kaya! Ni ….Emak ingat nak bagi pada abang Is lebih dari apa yang mak bagi kamu bertiga. Kesian dia, dah ada kekasih elok-elok, kena pula paksa kahwin dengan penkik tu. Habis tu, nak buat macam mana, dia kenalah berkorban untuk kita”

“Alaah….mak, nak kesian apa sangat dengan abang Is tu, dia boleh kahwin apa dengan Wan Marini tu. Wan dengan keluarganya bukan tahu pun abang Is dah kahwin. Pandai-pandai lah abang Is sorokkan si Puteri tu. Bukannya susah sangat pun. Puteri tu bukannya cerdik sangat untuk pergi hebahkan satu dunia dia tu isteri Iskandar”.

“Betul kata kakak tu mak. Abang Is pun macam tak kisah. Puteri tu bukan taste abang Is pun. Jangan kan nak mengaku isteri, nak pandangpun agaknya abang Is segan. Apalah punya perempuan. Hee…..Takkanlah abang Is nak tinggalkan Kak Wan kerana dia. Tak masuk akal. Biarlah perempuan tu dikerjakan abang Is. Rina pun macam mak juga, tak suka nak pandang muka dia. Hati tak berkenan. Tak ngakulah kakak ipar kita. Malu! Kalau kak Wan lain lah!”

Itu antara perbualan mereka yang jelas di dengar Puteri Aina. Suara-suara itu cukup kuat untuk dia dengar dari ruang keluarga tingkat atas. Lagi pun rumah itu bukan besar benar. Tidak cukup besar untuk menyembunyikan segala umpatan mereka itu. Tambahan pula , telinga Puteri begitu sensetif dengan bunyi-bunyian , terutama jika yang berkaitan dengan dirinya.

Kiranya sehari-dua itu, topik perbualan satu keluarga itu adalah mengenai isu harta datuk, Pak Ngah , duit, Puteri perempuan yang tidak disukai, abang Is dengan teman wanitanya. Sakitnya rasa hati….Dia orang ni seperti zalim benar… Tidak ada perasaan kah? Apakah dosa Puteri Aina untuk diperlakukan begitu?

Sebab itu Puteri Aina malas untuk bercakap dengan abang Is. Abang Is ? Iya…abang Is. Dia yang membahasakan dirinya begitu. Seperti lelaki yang tidak tetap pendirian! Panggilan diri sahaja boleh bertukar dalam masa lima hari. Mula-mula dulu dia bahasakan dirinya aku, kemudian saya, dan sekarang ni abang Is pula. Selepas ini tidak tahu lagi apa pula gelaran dirinya terhadap Puteri ? Nak suruh panggil sayang ? Baby , atau singkatannya bi ? Lantaklah dia !

Abang Is dengan keluarganya , hampir sama sahaja. Walaupun dia tidak mengumpat dan mengata dia,tetapi dia tidak pernah menegah kaum keluarganya berbuat demikian. Dia membiarkan sahaja adik-adik perempuannya bermulut lancang dan bercakap dari hati yang busuk itu. Sedikitpun tidak dimarahi. Pada emaknya lagilah….. macam tikus takut kucing saja layaknya.

“Puteri…..cukup-cukuplah tu berangan. Mari bawa beg-beg puteri ke dalam bilik”.

Puteri Aina mengikut sahaja. Dia seperti perang mulut lagaknya dengan Iskandar. Lelaki itu melangkah ke bilik hadapan. Yang paling besar agaknya di antara tiga bilik di aparment itu. Perabot dalam bilik itupun dalam keadaan minima sahaja. Ada sebuah katil double , sebuah almari baju tiga pintu dan meja solek. Itu sahaja.

” Kalau Puteri tidak selesa, abang Is boleh tinggal di bilik sebelah. Lagipun abang dah biasa dengan bilik tu. Bilik study. Rehatlah dulu. Nanti abang belikan makanan. Di sini, jangan fikirkan yang bukan-bukan. Rasanya tidak ada sesiapa lagi yang akan menyakiti hati Puteri. Dirumah ni, buatlah sesuka hati Puteri . Abang takkan marah”

Abang Is terus melangkah keluar meninggalkan Puteri Aina dalam bilik itu. Masa dia hendak jadi orang baiklah tu! Gerutu Puteri dalam hati. Dasar tidak tetap pendirian! Kejap berbuat baik dengan dia, kejap buat dia seperti patong yang tidak ada perasaan. Iya…lah, dia kan seperti jantan, penkik, tomboy, perempuan tidak serupa perempuan, dan bermacam-macam lagilah gelaran yang diberikan ahli keluarga Iskandar aka abang Is itu. Adalagi yang dia tidak pernah lupa, puteri yang bukan puteri ,orang kampong yang bodoh, anak yatim tak sedar diri !

Jika abang Is dengan sukarela tidak berebut bilik dengannya, Puteri seribu kali memanjatkan syukur. Tidak betah dia untuk sebilikdengan manusia asing itu lagi. Cukuplah beberapa hari yang lalu. Naik lemas dia tidur dalam keadaan berselubung kepala. Rasa seperti tidak boleh bernafas pun ada.

Sejak pergi ke pejabat Uncle Yahya semalam , dia merasakan suaminya itu bukan lagi penyelamat untukknya. Tujuannya sama sahaja dengan semua ahli keluarganya , pak ngah dan Mazlan. Selama ini mereka berebutkan Puteri Aina, hanyalah dengan satu tujuan sahaja, harta dan tanah peninggalan datuk.

Sekiranya abang Is ikhlas untuk menolongnya dari belenggu orang lain, kenapa dia begitu beiya-iya menyiasat tentang perjumpaan empat mata antara Puteri dan uncle Yahya semalam ? Selepas urusan dokumen penukaran nama untuk mak long selesai, Uncle Yahya ingin bertemu dengan Puteri Aina sahaja didalam biliknya. Semua orang di kehendaki keluar dari situ. Semua orang tidak berpuas hati, dan bertanya kenapa, namun uncle Yahya tidak memberikan alasan apa-apa. Akhirnya semua melangkah keluar dengan pandangan semacam pada Puteri Aina. Termasuk juga dengan abang Is!

Dalam perjalanan balik, berbagai-bagai soalan keluar dari mulut abang Is. Seperti peluru , berdesing-desing. Ada yang Puteri jawab, ada yang tidak. Yang tidak itulah yang membangkitkan sedikit kemarahan abang Is. Nampak tegang muka dia apabila Puteri membiarkan sahaja soalannya berlalu begitu sahaja. Di ulang-ulang lagi pun, begitu juga respon puteri.

Namun, sejak mengenali abang Is hampir sebulan, Puteri tahu abang Is bukan seorang yang cepat naik baran tidak tentu pasal. Di kebanyakan masa, dia ‘cool’ saja. Mungkin emaknya telah meracuni fikirannya ke tahap maksima semasa Puteri di dalam bilik tadi. Walaupun abang Is telah mempamerkan kemarahannya di hadapan Puteri, dia masih dapat lagi mempertahankan rahsia yang baru sahaja diketahui dari uncle aka peguam Yahya itu. Tidak siapa perlu tahu rahsia ini, walaupun suaminya sendiri! Aaah…..Puteri Aina terasa malu pula utuk menyebut perkataan …..suami. Layakkah dia ? Atau layakkah abang Is ?

Jauh di sudut hati Puteri Aina, merasakan cukup bersyukur dengan kurniaan Tuhan, menjodohkannya dengan abang Is. Dia merasakan nasibnya sungguh baik sekali dengan peluang ini. Walaupun cara dia dinikahkan tidak seperti pasangan lain, yang penuh kerelaan dan ‘happening’.

Semuanya bermula apabila mak long dan kuncu-kuncunya berjaya membawa dia lari dari rumah peliharaan pak ngah di Kuala Kangsar. Sebetulnya, itulah rumah yang paling durjana bagi Puteri Aina. Rumah maklong yang penuh kata nista itupun seratus kali lebih baik dari rumah pak ngah. Dua hari selepas berada dirumah mak long itulah , dia mula mengenali abang Is yang dipaksa balik bercuti. Dan tiga minggu kemudian, mereka pun sah bergelar suami -isteri.

Senang sahaja perjalanan dia untuk menjadi seorang isteri. Mungkin tidak sama lansung dengan gadis-gadis lain yang terpaksa menempuh berbagai-bagai fasa mendebarkan. Namun tidak siapa tahu, perjalanan gadisnya yang penuh seribu liku. Hanya segelintir sahaja yang memahami, tetapi tidak dapat berbuat apa-apa , sebab mereka tidak berupaya.

Walau siapapun abang Is, walau bagaimana pun emosi dia, dan walau apa pun tujuan dia menikahi Puteri Aina, naluri Puteri Aina dapat merasakan bahawa hidupnya akan jauh berubah mulai sekarang. Lebih-lebih lagi, apabila abang Is telah membawa dia lari jauh dari manusia-manusia durjana itu. Doanya, mereka semua tidak akan ada hati lagi untuk menganggu hidupnya. Sekurang-kurangnya dalam jangka masa lima tahun ini!

Biarlah abang Is melayan dia teruk sekalipun selepas ini, dia tidak akan kisah . Sekurang-kurangnya hanya abang Is seorang, bukan komplot beramai-ramai. Jika abang Is hendak kahwin lain pun, rasanya dia tidak akan marah. Hak dia. Kesian juga pada abang Is, khabarnya dia sudah ada pilihan sendiri. Perkahwinan dengan Puteri, bukan juga dengan kerelaannya.

Yang penting , bagi Puteri Aina dia perlu merancang untuk membina masa depannya sendiri. Ya…..dia perlu bangun dan memulakannya…




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

28 ulasan untuk “Novel : Usai, Aku Terima NikahNya 3”
  1. umie nadzimah says:

    Pada yang memaklumkan penkik tu sebenarnya penkid, TQ ya, nanti umie betulkan. Mengenai blog tu, buat masa ni umie tak sempat nak update and publish kan . Nanti jika dah sedikit perfect, umie akan war-warkan. Tapi P2U okay ape? Kena sabar ikut turn lah. Penulis lain pun banyak karya yg menarik. Anyway TQ pada yg bertanya pasal blog tu…..

  2. yana says:

    best citer ni …jln citer pn ok……tp cepat la sambung…x sabar nak tahu citer seterusnya…..
    biler agaknya nak di bukukan…
    :lol: :lol: good luck :lol: :lol:

  3. R'aiza says:

    best citer ni..tahniah umie and good luck… x sbr nk tggu bab sterusnya
    harap2 jln citernya lain dr yg lain…

  4. Silver Haq says:

    ejaan berterabur…pening kepala aku baca :evil:

  5. Silver Haq says:

    maaf ya. tak bermaksud jahat. tp sbg calon penulis, ejaan kenalah jaga betul-betul. jangan main bantai aje. cerita dah ok. tp bab ejaan yg buat aku terkilan sikit.

  6. lee seoul says:

    citer ni syok gle…tp pendek sngt

  7. diyana says:

    setuju dengan lee seoul , cerita ni terlalu pendek and sekejap je baca , takdapt nk feel dh habis :D
    Kepada umie untuk sambungn pnjnglah sikit hehe GOODLUCK cerita ni mula2 pun dh best dh (Y)

  8. zerah says:

    nma blog???

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"