Cerpen : Cinta Yang Tak Kesampaian

21 November 2010  
Kategori: Cerpen

2,967 bacaan 11 ulasan

Oleh : Jinak Merpati

” Su, jodoh itu di tangan Allah. Kita sebagai manusia hanya boleh merancang dan Dia yang menentukan segalanya. Su jangan sesekali meratapi kegagalan dan perpisahan yang terjadi. Perpisahan antara Su dan Rizal sudah ditentukan oleh Allah. Su kena terima dengan redha. Allah lebih sayangkan Rizal, nak. Semua yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Mungkin ade sesuatu yang lebih baik menanti Su di luar sana. Tidakkah Su terfikir akan kebesaran-Nya itu?”

Kata –kata mama masih terngiang-ngiang di telingaku dan kata-kata itu akan mengingatkan ku kepada arwah tunangku, Rizal. Sudah hampir 3 tahun Rizal pergi meninggalkanku buat selama-lamanya. Dalam tempoh itu jugalah aku melalui kehidupan di atas muka bumi ini bersama kenangan yang memang sukar untuk aku lupakan. Mengenalinya merupakan satu anugerah buatku kerana dialah lelaki pertama yang mengajarku erti cinta dan kasih. Dia jugalah yang membuatkan rindu semakin menggebu di hatiku dari hari ke hari. Teringat kembali detik perkenalan antara aku dan Rizal. Ketika itu usiaku baru menjangkau 22 tahun manakala Rizal pula berumur 24 tahun. Semuanya bermula sebaik sahaja aku selesai membeli sebuah novel di kedai buku Popular.
*********************************************************************
” Err.. Saudari!” Tiba-tiba satu suara memanggilku dari belakang. Aku yang terkejut terus menoleh dan kelihatan seorang pemuda sedang berlari-lari anak menuju ke arahku bersama sesuatu yang berada di genggamannya.

” Ini saudari punya kan?” pemuda itu menghulurkan sehelai sapu tangan biru bercorak bunga-bunga kecil. Aku mengerutkan dahi.

” Macam mana sapu tangan ni berada pada dia?” tanyaku dalam hati. Aku yang kebetulan moody pada hari itu hanya mampu mengangguk lantas mengambil sapu tangan itu dari tangannya. Tanpa memandang ke arahnya, aku mengucapkan terima kasih lalu berlalu dari situ.

” Eh, macam tu je!! Sombongla awak. Muka saja cantik tapi miskin dengan budi bahasa. ” kata-kata pemuda itu membuatkan langkahku terhenti. Berani betul dia berkata begitu padaku. Dia belum kenal lagi siapa aku!! Aku terus meluru ke arahnya.

” Awak nak apa lagi? Kan saya dah ucap terima kasih kat awak? Tak cukup ke?” kataku dengan nada marah. Sesungguhnya aku bengang dengan pemuda itu.

” Mak oi.. garangnya. Cik adik, janganlah garang sangat. Kalah singa betina kat hutan tu, awak tahu tak?” Kurang ajar punya laki!! Nasib baik ni tempat awam. Kalau tak, memang aku cincang-cincang mulut kau sampai lumat. Pemuda itu hanya tersenyum melihatku.

” Awak comel la bila marah.” Aku sungguh terkejut dengan kata-kata pemuda itu. Tiba-tiba aku menjadi malu.

” Macam ni la. Apa kata awak teman saya pergi makan. Jangan risau. Saya belanja awak sekali.” Aku merasa sungguh hairan dengan pelawaan pemuda itu. Tak kenal tapi sudah berani pelawa perempuan. Dasar lelaki.

” kenapa saya kena teman awak pergi makan? Apa salah saya?”

” Kan awak dah marah saya tadi sedangkan saya tak bersalah pun. Tambahan pula saya yang pulangkan sapu tangan tadi pada awak. Awak sepatutnya ucapkan terima kasih dengan ikhlas. Bukan marah-marah macam tu saja. Jadi, awak kenala terima denda ni.” Terang pemuda itu dengan senyuman yang terukir di bibir. Manis sungguh senyuman itu. Ya Allah! Apa dah jadi dengan aku ni?

Aku sedar akan kesilapanku. Aku tidak patut marah pada pemuda itu. Seharusnya aku bersyukur kerana sapu tangan kesayanganku telah dipulangkan. Sapu tangan itu adalah pemberian sahabatku sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat kanser otak. Mungkin sapu tangan itu terjatuh ketika aku mengeluarkan dompetku dari dalam beg tangan aku tadi. Hmmmm… Kalau tidak kerana datang bulan, tidaklah aku moody begini dan semua ini tidak akan berlaku.

” Baiklah. Awak nak makan kat mana?” Akhirnya aku mengalah.

” Betul ke awak nak teman saya ni? Hehe.. Baiklah. Apa kata kita makan KFC je. Saya pun dah lama tak makan KFC sejak akhir-akhir ni.” Aku hanya mengangguk. Lalu kami pun beriringan menuju ke KFC yang hanya terletak di dalam bangunan yang sama.

Sampai sahaja di KFC, pemuda itu terus memesan dua set Snake Plate bersama air milo.

” Pandai betul laki ni order makanan. Favourite aku pula tu.” Kata-kata itu hanya lahir di hatiku. Aku mengambil kesempatan merenung pemuda itu sepuas-puasnya walaupun hanya daripada tepi. Wah!! Kacak juga dia ni. Dengan hidung yang mancung, mata yang seksi serta senyuman yang tidak pernah lekang di bibir pasti membuatkan mana-mana gadis yang melihatnya tertawan. Aku tersenyum sendiri. Adakah aku juga tertawan dengannya?? Arrgghh!! Suraya, control yourself!!

” Dah puas tengok saya?” kata-kata pemuda itu membuatkan aku tersentak dari lamunan. Tiba-tiba aku merasakan muka ku panas. Ya Allah! Malunya aku. Kenapa aku boleh jadi begini?

Dengan perasaan yang bercampur baur, aku menuruti langkahnya untuk mencari tempat duduk. Sememangnya ramai pelanggan pada hari itu memandangkan hari itu adalah hari cuti. Akhirnya, dia telah memilih tempat yang agak terpencil sedikit daripada orang ramai. Privacy katanya. Aku yang seperti kerbau dicucuk hidung hanya menurut sahaja. Ketika sedang asyik menjamah ayam, tiba-tiba pemuda itu bersuara.

” Awak makan pun comel.” Aduh!! Apa masalah laki ni?? Aku makan pun dikatakan comel. Mata apa dia pakai ni? Sampai macam tu sekali dia memerhatikanku.

” Awak, kenapa dengan awak ni? Ada yang tak kena ke?” Tanyaku dengan nada bergetar menahan rasa geram.

” Tak adalah. Saja suka-suka. Tapi memang betul awak comel.” Pemuda itu menyambung sambil tersenyum. Ya Allah, senyuman itu.

” Eh! Kita ni dah bersama sejak dari tadi tapi nama pun tak tau lagi. By the way, saya Rizal. Mohd Rizal Abdul Fatah. Awak?”

” Saya Nor Suraya. Just call me Su.” Acuh tak acuh saja aku menjawab pertanyaan itu. Sesungguhnya aku tiada mood pada waktu itu namun setiap kali aku melihat senyumannya, hatiku menjadi sejuk. Sesejuk ais batu yang berada dalam peti ais rumahku. Haha..

” Oo… cantik nama tu. Macam tuannya jugak.” Aku yang dari tadi mengunyah ayam tiba-tiba tersedak. Lalu dia menghulurkan air milo yang berada di depanku.

” Itulah awak. Makan tak ingat dunia. Kan dah tersedak.” Ishk!! Laki ni memang saja nak cari pasal dengan akulah. Siaplah kau, Rizal. Aku akan kenakan kau balik.
Setelah selesai makan, aku meminta izin untuk pulang.

” Emm… okaylah awak. Saya pun nak cepat ni. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya balik dululah. Terima kasih sebab sudi belanja saya makan.”

” Eh, Su. Nantilah dulu. Saya nak nombor phone awak boleh? Just as a friend. Itupun kalau awak sudi.” Eh mamat ni. Tak malu betul. Dahla tadi kenakan aku. Sekarang mintak nombor phone plak.

” Saya tak pakai handphone la awak. Saya pakai public phone je. Errr.. By the way, zip awak terbukak. Nanti hilang pulak barang awak.”

Rizal yang dari tadi berdiri cepat-cepat meraba zip seluarnya. Aku hanya tersenyum melihat telatahnya.

” Awak jangan main-main. Mana ada zip saya terbukak.” Katanya sambil menahan malu.

” Saya tak cakap pun zip seluar awak yang terbukak. Cuba tengok porchbag awak tu.”

Barulah Rizal sedar bahawa zip porchbagnya terbuka lalu ditutupnya kembali dengan senyuman di bibir. Sungguh!! Senyuman itu membuatkan hatiku terpaut.
Ketawa yang kutahan sejak dari tadi akhirnya terlerai juga. Aku tidak tahan melihat wajahya yang sedang menahan malu. Akhirnya misi untuk mengenakannya berjaya juga dilakukan dan aku berasa sungguh puas hati. Barulah buku bertemu ruas. Bisikku. Akhirnya kami sama-sama ketawa.

Sejak daripada peristiwa itu, hubunganku dengan Rizal menjadi semakin rapat. Dia selalu datang ke rumah menziarahi kedua ibu bapaku. Sesungguhnya, Rizal memang pandai mengambil hati orang tua dan kerana itulah kedua ibu bapaku sangat senang dengannya. Walaupun kami berbeza pendapat dalam sesetengah perkara, itu tidak bermakna kami tidak sepakat dalam membuat sesuatu keputusan. Rizal juga begitu memahamiku dan sering bersamaku tidak kira ketika susah atau pun senang. Walaupun dia agak sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang jurutera, namun dia tetap berusaha untuk meluangkan masa bersamaku. Berbeza pula dengan aku yang sememangnya tidak bekerja selepas menamatkan pelajaranku di peringkat diploma. Ini berikutan aku tidak bersedia lagi untuk bekerja di tambah pula dengan kesihatan ibu yang tidak begitu mengizinkan. Memandangkan aku ini anak tunggal, aku perlu menjaga ibu. Ayah pula sibuk berkebun, menjaga tanaman serta sayuran kerana itulah punca rezeki keluarga kami.

Tanpa disedari, hubungan kami sudah mencecah hampir setahun. Sememangnya aku bersyukur kepada Tuhan kerana telah menemukan aku dengan Rizal. Dalam pada masa yang sama, satu perasaan telah timbul di dalam lubuk hati. Aku cuba buang perasaan itu namun ianya terlalu sukar. Aku sedar hati ini telah dimilki oleh insan bernama Rizal. Aku cuba menahan perasaan itu kerana aku malu untuk berterus terang padanya sehinggalah pada suatu hari aku menerima berita gembira daripadanya.

” Kita tunang.” Kata-kata daripada Rizal itu membuatkan aku seperti berada di awangan. Bersugguhkah dia dengan kata-katanya itu? Aku tidak mahu dipermainkan.

” Awaklah wanita yang saya cari selama ni. Tiada perempuan lain di hati saya melainkan insan bernama Nor Suraya Kamal. Saya nak awak menjadi permaisuri hati saya dan menjadi ibu kepada anak-anak saya. Saya berjanji akan cuba menjaga awak dengan baik dan membimbing awak setakat mana yang saya mampu. Percayalah Su. Saya sangat mencintai awak dan tidak sanggup kehilangan awak. Saya mahu awak sentiasa di sisi saya. Sudikah awak menjadi pasangan saya buat selama-lamanya?”

Kata-katanya itu membuatkan aku berasa sungguh terharu. Ini bermakna aku tidak bertepuk sebelah tangan. Akhirnya, air mata yang kutahan gugur jua. Tiada kata yang mampu kulafazkan bagi menjawab persoalannya melainkan air mata gembira yang terus mengalir di pipi.

Setelah mendapat restu daripada kedua-dua belah pihak, akhirnya majlis pertunangan kami berjaya dilangsungkan dalam suasana yang agak meriah. Maklumlah, aku anak tunggal manakala Rizal pula satu-satunya anak lelaki dalam keluarganya. Aku berasa sungguh gembira kerana Rizal akhirnya menjadi milikku jua.

Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Masuk bulan ketiga pertunangan kami, aku mula merasa pelik dengan sikap Rizal yang seperti tidak mahu melepaskanku. Kalau boleh, dia sentiasa ingin di sampingku. Pernah juga dia kerap menelefonku dalam sehari hanya kerana ingin bertanyakan khabar. Ini berbeza benar dengan sikapnya dahulu. Aku pernah bertanya kepadanya samada dia mempunyai sebarang masalah namun dia hanya menafikan sehingga aku putus asa untuk bertanya berulang kali. Aku masih ingat lagi kata-kata terakhir yang diucapkannya kepadaku sehari sebelum dia pergi meninggalkanku buat selama-lamanya.

” Su, abang benar-benar menyayangi dan mencintai Su. Abang tak nak kehilangan Su. Abang mahu kita berdua hidup bahagia di samping anak-anak kita suatu hari nanti. Su kena ingat. Walau apapun yang terjadi selepas ini, abang tetap mencintai Su sepenuh hati dan seandainya abang pergi mendahului Su, kirimkanlah doa untuk abang dan bersihkanlah hati Su dengan keimanan serta ketaqwaan terhadapNya, Su. Dan berjanjilah pada abang yang Su akan tetap meneruskan hidup Su dengan tabah walau apa jua yang berlaku. I love u so much!!! Forever.”

Keesokan harinya, aku mendapat berita yang mengatakan Rizal ditimpa kemalangan dan meninggal di tempat kejadian. Aku yang tidak percaya dengan khabar itu terus cuba menghubungi Rizal beberapa kali namun gagal. Aku menjadi tidak keruan seperti orang yang kehilangan arah. Ibu berusaha menenangkanku dan memberitahu perkara sebenar. Akhirnya, aku percaya dengan apa yang berlaku dan aku redha. Sesungguhnya tiada siapa yang dapat melawan takdir Tuhan. Walaupun berasa sugguh sedih di atas kehilangan insan yang amat kucintai, kugagahkan jua diri ini untuk menghadirkan diri pada hari pengkebumiannya. Aku tidak dapat menahan perasaan. Teringat kembali kenangan bersamanya dan aku sedikit terkilan kerana Rizal pergi bersama impian yang tidak kesampaian. Barulah aku mengerti akan perubahan yang berlaku pada dirinya beberapa hari sebelum dia pergi meninggalkanku. Ya Allah!! Mengapa Engkau pisahkan kami di saat kami ingin mengecap kebahagiaan?? Sungguh berat dugaan yang Kau berikan ini, Ya Allah. Kau tabahkanlah hati ini dalam menghadapi dugaan-Mu dan tuntunilah aku dalam meniti kehidupan di muka bumi ini, Ya Allah.

” Abang, sesungguhnya Su sangat mencintai abang. Hanya abang yang berada di hati Su. Tak mungkin Su akan melupakan setiap kenangan indah kita bersama. Tuhan saja yang tahu betapa peritnya hati Su apabila kehilangan orang yang amat Su cintai. Selepas ini, tiada lagi senyuman yang dapat menemani Su. Hanya iringan doa yang mampu Su hadiahkan buat abang agar abang ditempatkan bersama para solehin. Bahagialah abang di sana. Sesungguhnya mencintaimu adalah hadiah yang paling berharga dalam hidupku. Selamat tinggal sayang. Selamat tinggal kekasihku… Nantikan Su di sana..”
***********************************************************************
” Su!! Jomlah.. Maya dah tunggu kat bawah tu..” suara Zila mematikan lamunanku. Airmata yang mengalir tanpa disedari kuseka dengan perlahan.

” Su, kenapa ni? Kau ada masalah ke?” tanya Zila sebaik sahaja dia ternampak air mataku.

” Tak ada apalah Zila. Tiba-tiba ku teringat pada arwah Rizal. Aku pun tak tahu bagaimana aku hendak lupakan dia. Aku dah cuba banyak kali tapi tetap tak boleh. Setiap hari aku doakan kesejahteraan dia di sana dan setiap kali aku berdoa, air mata ni pasti akan mengalir. Macam mana ni Zila? Aku tak boleh lupakan dia!! Aku sangat cintakan dia!!” terangku dengan sedu yang tak dapat kutahan lagi. Zila tahu perihalku dengan arwah Rizal dan kerana itu aku tidak segan untuk meluahkan segalanya pada Zila. Zila adalah teman serumahku.

” Sabar Su. Sesungguhya Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Aku faham perasaan kau. Tapi, sampai bila kau nak bersedih dengan kenangan lama kau? Aku tak bermaksud nak suruh kau lupakan arwah Rizal terus. Walau apapun, hidup mesti diteruskan. Kalau arwah Rizal tahu kau bersedih macam ni, dia pun pasti akan sedih.” kata Zila sambil memelukku. Kata-kata Zila membuatkan aku bertambah sedih.

” Sudahlah Su. Aku tak nak tengok kau bersedih lagi. Cepatlah bersiap. Nanti bising pulak Maya tu. Kau bukan tak tahu perangai dia kalau kita lambat-lambat ni.”

Aku hanya mampu tersenyum lalu bingkas bangun untuk bersiap. Benar kata Zila. Walau apapun yang terjadi, hidup mesti diteruskan. Ya Allah, tabahkanlah diriku dalam menempuhi setiap dugaanMu, Ya Allah.

Buat sayangku, hanya doa yang mampu kuhadiahkan agar kau bahagia di sana bersama para solihin. Al-fatihah…




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

11 ulasan untuk “Cerpen : Cinta Yang Tak Kesampaian”
  1. gadisyangpunyaihati says:

    hurm mcm cite kat dalam novel yg pernah sye bce..ape2pon gud luck 4 next cerpen..chaiyok3x

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"