Cerpen : Musuhku Cintaku

27 November 2010  
Kategori: Cerpen

13,492 bacaan 59 ulasan

Oleh : ZAQIAH

1-
“Hoi gendut!. Sudah-sudahlah kau makan! Kau nda nampakkah badan kau tu sudah gendut!” serentak itu kedengaran hilai tawa dari rakan-rakan Daos atau nama sebenarnya Ferrdauos.

Qarysha yang sedar sergahan itu ditujukan untuk dirinya berpaling. Melihat muka Daos dengan sengehan mengejeknya menambahkan sakit hati Qarysah. “Yang kau sibuk kenapa?. Kalau aku makan bertambah gemuk maknanya aku nda membazir, lain la macam kau tu, makan bertan-tan pun tetap juga kurus kering!. Membazir saja.” Serentrak itu kedengaran satu dewan makan mentertawakan Ferrdaous. Panas hatinya setelah niatnya untuk mengenakan Qarysha tidak kesampaian malahan telah memalukan dirinya sendiri.

Sememangnya dia dan Qarysha adalah musuh tradisi, dahulunya Ferrdaous dan Qarysha adalah rakan sepermainan, tidak terlalu rapat namun mereka tinggal di satu taman perumahan yang sama menjadikan hubungan mereka baik. Namun setelah menapak ke sekolah menengah tingkah laku Ferrdaous berubah, kerana malu ditertawakan mempunyai teman wanita yang hodoh dan gemuk menyebabkan Ferrdaous membenci Qarysha. Walaupun hakikatnya mereka hanya berkawan sahaja, disebabkan Ferrdaous merasakan usikan itu memalukan dirinya, Qarysha sering dimalukan dihadapan kawan-kawannya bagi membuktikan dia tidak pernah bercinta dengan Qarysha.

Qarysha dan Ferdaous sama-sama adalah pelajar harapan sekolah, mereka sama-sama bersaing untuk mendapat tempat teratas, kadang Qarysha ditangga teratas kadang pula Ferrdaous ditangga teratas, dalam pelajaran mereka tetap bersaing sihat walau diluar mereka adalah musuh ketat!

2-
Qarysha setia menanti di pintu pagar sekolah, hari ini dia ditugaskan untuk mengawasi pintu pagar sekolah. Dari jauh lagi Qarysha telah melihat susuk tubuh yang dia kenali, “Daos!, siap kau hari ni!.” Qarysha bermonolog sendiri. “Nama?!” Qarysha berlagak sedang bersedia mencatat sesuatu d atas buku samannya.

“Nama aku GENDUT!. G.E.N.D.U.T suda kau tulis?. Daos menjungkitkan kening seperti sedang mengejek Qarysha.

Qarysha menahan sabar didalam hati “bukan namamu CICAK RAMPING bin BIAWAK KERING kah??.” Mata berlaga, kasar nafas dihembus. Perasaan marah telah bercampur dengan perasaan malu. Ferrdaous Sekali lagi dimalukan dihadapan pintu pagar sekolah dengan disaksikan oleh rakan-rakannya dan pengawas bertugas yang lain.

“Kau!!!, kau pikir kau pengawas bagus la kunun?!” Ferrdaous berlalu sambil merampas kertas saman yang telah disua dihadapan hidungnya. 30sen adalah jumlah yg kecil namun rekod yang yang disimpan akan menyebabkan markah disiplin ditolak. “nanti kau gendut! Siap lah kau nanti!” terkumat kamit Daos menyumpah seranah Qarysha.

Usai sudah sesi pembelajaran pada hari ini, Qarysha bergegas keluar dari kelas dengan satu tujuan, dia bergegas untuk pulang ke rumah, hari ini bas uncle Ng masuk bengkel, ini maksudnya hanya ada satu sahaja bas yang akan sampai ke kawasan perumahannya. Jam telah menunjukkan tiga petang, badannya terasa letih dengan kelas tambahan yang tiba-tiba diadakan pada petang tadi, walaupun letih namun kaki tetap dihayun untuk memastikan dia dapat menaiki satu-satunya bas yang akan memasuki kawasan perumahannya, “mati aku kalau aku terlepas bas ni, kalau nda sempat mau lagi menunggu sampai petang.” Qarysha bermonolog sendiri.

Setibanya diperhentian bas harapannya menjadi hampa, Qarysha melihat disekeliling perhentian bas, melihat kalau-kalau Ferrdaous dan Maliki masih ada. Hanya Ferrdaous dan Maliki harapannya kerana hanya meraka bertiga yang tinggal di taman perumahan yang sama. Namun pencarian matanya berakhir dengan kehampaan. Pastinya bas ganti yang akan sampai ke taman perumahannya telah pun pergi. Hatinya bagaikan hendak menangis, pastinya kali ini dia terpaksa berjalan kaki satu kilometer untuk sampai ke rumahnya. Satu kilometer bukanlah satu halangan bagi diri Qarysha, namun anjing milik tauke kedai runcit yang terletak berdekatan taman perumahannya itu yang menyebabkannya kecut perut. Anjing yang tingginya paras pinggang berwarna hitam dan seperti sedang menunjuk-nunjuk gigi taringnya itu amat menakutkan.

Seperti yang ditakuti Qarysha setibanya dihadapan kedai tauke Soon Tat anjing garang milik tauke itu telah menggonggongnya, persis Qarysha adalah seorang pencuri, mula-mula Qarysha hanya berundur perlahan-lahan menjauhkan diri dari anjing yang jaraknya hanya beberapa meter sahaja dari tempatnya berdiri, namun pergerakkan itu telah bertukar menjadi larian apabila anjing tersebut telah berubah rentak dari hanya berdiri menggonggang kini berlari kearah Qarysha. Qarysha yang hilang punca terus sahaja angkat kaki, otak tak sempat mencerna kerasional tindakan Cuma bertindak mengikut rentak badan, longkang dihadapan cuba dilompat, namun akibat dari tubuh badan Qarysha yang berat mengakibatkan lompatan Qarysha sedikit terencat sekaligus menyebabkan hujung kaki kirinya tersadung pada tembok longkang.
Dunia seakan berhenti, memberikan ruang kepada Qarysha mencerna kembali perkara yang baru berlaku sebentar tadi. Anjing! Ya anjing tadi sedang merenung kearah Qarysha yang sedang selesa duduk didalam longkang sambil menggoyangkan ekornya. Tauke Soon Tat berlari kearah longkang tersebut, membantu Qarysha keluar dari longkang sambil berulang kali memohon maaf.

“aiya! Amoi lu punya kepala ada darah owh!. Mari uncle kasi cuci itu luka.” Sambil mengajak Qarysha untuk kekedainya. Namun pelawaan Tauke Soon Tat ditolak dengan baik. Bukan kerana marah pada tauke tersebut, bukan juga takut kerana anjing tauke itu sedang merenungnya, tapi kerana dia tersangat malu dengan kejadian itu. Dia tidak pasti sama ada ada sesiapa yang melihat kejadian itu atau tidak kerana dia sendiri malu untuk mendongak meninjau sekiranya ada mata yang sedang melihat kejadian itu. Qarysah berjalan menuju kerumahnya sambil sedikit terhincut-hincut akibat kakinya yang tersadung sehingga menyebabkan dia terjatuh tadi.
Maliki berlari-lari menuju ke rumah Ferrdaous, sesungguhnya kejadian telah membuatkannya serba salah. Ya! Maliki adalah salah seorang yang melihat kejadian itu ketika dia hendak ke kedai tauke tersebut untuk membeli chewing gum.

“Daos! Daos!.” Panggilan Maliki dijawab oleh Ibu Ferrdaous. “kenapa kau Maliki? Macam dikejar anjing saja.”

“Daos adakah makcik?”

“Ada dia di dalam, sekejap ya, makcik pigi panggil dulu dia. Mari masuk dulu bah, panas diluar tu.” Maliki yang sudah terbiasa dengan rumah Daos tanpa segan terus sahaja duduk di sofa di ruang rehat itu.

“Kenapa Maliki? Kau cari aku ka?”

“Anu.. Daos, si Qarysha tadi dikejar anjing tauke Soon Tat.”

“ha?! Hahaha! Padan mukanya.”

“Ish! Jangan kau begitu bah, kesian aku tenguk dia tadi, terjatuh dia di dalam longkang.” Maliki meluahkan rasa simpatinya terhadap Qarysha.

“Kalau kau kesian kenapa kau nda tolong jak dia tadi, kau mengadu sama aku pun nda juga aku mau tolong dia, biar padan mukanya siapa juga suruh selalu kasi panas hatiku!.” Ferrdaous tetap dengan amarahnya.

“Tapi kan kalau bukan kau minta driver bas tu jalan terus tadi nda la si Qarysha tu tunggu bas lain.”

“Wei! Ini cerita kita dua saja tau, kalau kau cerita sama orang lain pacah pengancingan mu sana!” Ferrdaous memberikan amaran kepada Maliki. Sewaktu menghanatar Maliki ke muka pintu kelihatan seorang remaja sekolah yang masih lengkap berpakaian sekolah sedang jalan terhinjut-hinjut, sambil berusaha menampung berat bebanan beg sekolahnya.

“Eh! Qarysha, baru balik.” Maliki hanya bermanis mulut, mungkin kerana rasa bersalah yang menghantui dirinya kerana bersubahat dengan rancangan Ferdaous untuk mengenakan Qarysha. Namun Qarysha hanya memadang Maliki tanpa suara, hanya anggukan menjawab pertanyaannya tadi. Senyum sinis yang terpamer diwajah Ferrdaous tiba-tiba berubah pucat melihat darah pekat yang masih basah di dahi Qarysha. Serta merta rasah bersalah Ferrdaous bertandang. Tiada kata terluah, air liur terasa pekat dan perit untuk ditelan. Hanya pandangan mata tanpa ungkapan sebagai bahasa simpati buat Qarysha.

Keesokan harinya Qarysha tidak dapat hadir ke sekolah, berita yang sempat menjengah pendengaran Ferrdaous adalah Qarysha telah mendapat jangkitan akibat lukanya yang mengakibatkan Qarysha menghidap demam panas, mangkin bertimpa-timpa rasa bersalah Ferrdaous. Dan bermula pada saat itu tiada lagi pertengkaran atau perbalahan mulut diantara Ferrdaous dan Qarysha. Maliki awal lagi telah menyatakan maaf kerana perkara itu terjadi akibat dari ulahnya dan Ferrdaous, namun Qarysha hanya berdiam diri. Tiada lagi si gendut pengawas garang, Qarysha berubah menjadi seorang yang sangat pendiam dan menyediri.

Keputusan SPM telah pun diumumkan, dan seperti yang dijangkakan Ferrdaous dan Qarysha adalah diantara pelajar yang mengisi tempat teratas selaku pelajar terbaik sekolah. Namum kemeriahan suasana di sekolah Ferrdaous tidak dapat membunuh rasa bersalah yang bersarang dihati Ferrdaous. Rancangannya untuk bertemu dengan Qarysha bagi mengucapkan maaf dan tahniah tidak kesampaian apabila Ferrdaous melihat ayah Qarysha datang bagi mewakili Qarysha mengambil keputusan SPM. Berita yang mengatakan Qarysha sedang bercuti di kampung neneknya setelah tamat latihan PLKN hanya diketahuinya daripada Maliki.

3- 6 tahun telah berlalu, setelah setahun lebih mempraktikkan pengetahuan pendidikan yang dipelajarinya dari Universiti Putra Malaysia dalam bidang kejuruteraan di tanah semenanjung, kini tibalah masanya dia kembali ke tempat kelahirannya. Ferrdaous kini sah menjadi salah seorang jurutera di salah sebuah syarikat minyak kelapa sawit yang terkemuka dalam carta bursa saham. Sementara itu dia juga telah mengikat ikatan pertunangan dengan Yunilisa iaitu rakan sekerja sewaktu di tanah semenanjung dulu.

Ferrdaous memperlahankan pemanduannya ketika memasuki kawasan perumahan tempatnya tinggal. Masih lagi di taman perumahan yang sama sejak enam tahun yang lalu, banyak yang telah berubah namun ia tidak mampu untuk merubah cerita yang tersimpan sejak sekian lamanya.

Ya! Qarysha, satu nama yang pernah menjadi mangsa usikannya merangkap musuh yang dinobatkan oleh dirinya sendiri. Sudah lama dia tidak bertemu dengan gadis itu. Kali terakhir dia melihat wajah gadis itu adalah ketika kertas akhir fizik pada enam tahun lalu, sejak itu Qarysha seolah-olah cuba menyembunyikan diri darinya, berita berkenaan dengan Qarysha hanya diketahui Melalui Maliki sahabat baiknya. Hanya dengan Maliki sahaja Qarysha sering bertembung.

Tangan mencapai telefon, speed dail ditekan. “hello brother!.” Ferrdaous berkata setelah talian berjaya disambungkan.

“Assalamualaikum kawan!, bagi salam bah dulu.” Maliki ditalian sudah tersengeh kerana berjaya mengenakan Ferrdaous.

“Waalaikumsalam bah, yala kau tu kalau tercan-can suda mengasi kena bukan alang-alang kau mau perli-perli aku.” Kedengaran hilai tawa d hujung talian.

“bukan selalu geng!, bah! Apa cerita mu ni tiba-tiba telefon aku?.”

“ah! Kau ni! Kenapa mau ada hal saja kah baru boleh menefon sama kau?.”

“nda juga lah, tapi selalunya kau tu begitu bah.”

“nda bah aku mo menanya ni, kau dirumah juga ka?, aku mo pigi rumah mu bah ni nanti malam melepak, boring aku teda kawan di rumah, durang beliau ku balik kampung sama kakak ku.”

“oooo… datang saja lah, dirumah juga aku ni, nda aku dapat jalan pigi mana-mana sebab bini ku menunggu hari suda ni.”

“bah, yalah! Ni malam lepas isyak aku pigi rumah mu a.”

Setelah talian dimatikan, tiba disatu persimpangan kelihatan seorang gadis sedang mencangkung memandang kearah tayar keretanya. “pancut rupanya.” Ferrdaous bergumam sendiri sambil menghentikan kenderaannya ditepi jalan belakang kereta Pesona gadis tadi.

“cik adik, nda buli kembang balik tu tayar kalau ditengu saja, mau aku tolong tukarkan.” Gadis tadi yang sedang mencangkung lantas berdiri, lama dia merenung wajah lelaki dihadapannya.

“jangan tenung lama-lama rayang, nanti kau jatuh cinta sama aku susah aku mau jawab sama tunangku.” Gadis yang baru tersedar setelah ditegur oleh Ferrdaous lantas berpaling kearah lain bagi menghilangkan rasa malunya.

“Tayar ganti nda ada angin, kau ada pump tayar kah?.” Gadis tersebut bertanyakan Ferrdaous, tanpa menjawab soalan gadis tadi Ferrdaous terus menuju kearah bonet kereta gadis tersebut.

“aku tolong pump tayar mu di station minyak depan sana, kau mau ikutkah atau tunggu di sini saja?.” Tanpa sebarang petunjuk Ferrdaous telah mengeluarkan tayar ganti gadis tersebut dan di masukkan kebahagian belakang kereta Honda CRVnya.

“nda apalah aku tunggu sini saja.” Kemudian Ferrdaous berlalu untuk ke station minyak yang dimaksudkan. Setalah hampir 30minit gadis tersebut menanti di dalam kereta akhirnya Ferrdaous telah kembali, selesai memasang tayar Ferrdaous sempat berpesan “lain kali selalu-selalulah periksa spare tyre, jangan nanti pancut tinggal di tingu saja tu tayar.”

Ferrdaous pantas berlalu ke keretanya, sebelum masuk kedalam kereta sempat lagi Ferrdaous melaung kearah gadis tersebut “bah! Terima kasih ya sebab saya tolong kamu tukar tayar.” Kemudian Ferrdaous terus berlalu. Gadis tadi hanya terkedu tanpa kata. “dah lah dia sound aku suka-suka tanpa tahu hal sebenar, pastu sedap-sedap lagi menyindir. Hangkuk punya lelaki!. Ni kereta baru sampai dari Sarawak la! Huh!.” Gadis tersebut bermonolog didalam hati. “tapi dia nda kenal aku lah.” Tiba-tiba cuaca mendung merentasi wajah gadis tersebut. Ferrdaous satu nama yang sama, hanya fizikalnya sahaja banyak berubah tapi lasernya tetap sama. Gadis tersebut kemudian masuk kedalam kereta dan memandu pulang.

4-
“Cikgu Qary! Cikgu Qary!.” Kedengaran suara kanak-kanak sedang melaungkan nama Qarysha dari luar rumahnya.

“oh! Iqbal, Isya… kenapa panggil cikgu?” Iqbal dan Isya merupakan pasangan kembar yang sedang berada dalam darjah satu, mereka adalah pelajar yang mengambil kelas tambahan dengannya, mulanya Qarysha menolak namun bila dipujuk dia terpaksa menerima apatah lagi nenek kepada kembar tersebut adalah jiran yang telah bersusah payah menjaga emaknya ketika dimasukkan ke wad hospital akibat serangan jantung setahun lalu sebelum dia berpindah kembali bertugas di Sabah.

“Cikgu Qary boleh kah ajar kami kira-kira?.” Dalam logat yang masih belum terlalu fasih Iqbal memohon daripada Qarysha.

“Bah! Marilah sini datang tempat cikgu.” Qarysha mempelawa pasangan kembar itu untuk datang ke rumahnya, sebenarnya rumah Qarysha dan nenek kepada pasangan kembar tersebut hanya bersebelahan, disebelah kiri rumah nenek si kembar manakala rumah Qarysha berada ditengah dan rumah emak Qarysha berada disebalah kanan rumahnya. Dia membeli rumah tersebut daripada penghuni lama yang dahulu juga adalah pasangan guru. Rumah tersebut dijual apabila pasangan guru tersebut ingin pulang ke tanah semenanjung.

Sedang seronok mereka belajar tiba-tiba kedengaran laungan dari dalam rumah memanggil nama si kembar. “Iqbal!, Isya! Mana kamu dua?.”

“Sini kami uncle Achik!.” Si kecil Isya membalas laungan si pemanggil tadi. “oooo!!.. apa kamu buat sana Iqbal, Isya?.”

“kami minta ajar kira-kira sama Cikgu Qary.”

“kenapa nda minta ajar sama uncle Achik ja, uncle Achik lagi terror dari Cikgu KARI AYAM.” Qarysha yang mendengar gelaran nama yang diberikan oleh pakcik si kembar tadi suda kembang kempis dada menahan bahang.

“Tapi uncle Achik bukan cigu!.” Si Iqbal comel menjawab. Kredit kepada Qarysha, senyuman terpamer.

“Tapi uncle terror sebab uncle engineer!.” Si pakcik tak puas hati.

“Tapi di sekolah nda ada engineer cuma ada cigu ja.” Si comel Isya menjawab. Qarysha sudah hampir pecah tawa. “padan muka!.” Qarysha bermonolog sendiri.

“oooo… kamu dua nda sayang uncle laini kan, sebab tu kamu dua nda mau belajar sama uncle, biarlah! No more Giant! No more play station!.” Si pakcik cuba rasuah, cara untuk pancing undi anak buah.

Mata bundar pasangan kembar rasa bersalah, Qarysha kini rasa tergugat. Si pakcik tarik sengeh jenayah berat. “Hehehe….”

“nda apa, nanti kalau uncle Achik nda mau bawa Iqbal dengan Isya pergi Giant cikgu bawakan ya, kalau uncle Achik tak mo teman main play station nanti cikbu bawa pergi main dekat play ground ya.” Qarysha main tarik tali, bertindak balas meraih undi.

“Amboi! Beli undi Nampak!” si pakcik sudah masuk mood bahasa kasar.

“nda apalah beli undi bukan beli jiwa pun.” Si cikgu tak ada rasa ingin mengalah. Anak buah dan anak murid dah kerut dahi. Bukan isu pergi Giant atau isu main game yang menjadi persoalan, tapi perang bahasa lebih kepada dendam orang dewasa.

“kalau kau mau beli pun tentu-tentu aku nda mau jual!” dengan penuh yakin si pakcik berkata.

“Ello!! Ada aku cakap mau beli jiwa mu?.” Sambil angkat-angkat kening Qarysha bertanya mengarah pandangan mata kebola mata si pakcik. Blurrr… malu tak terkata.
Laungan nama si pakcik dari dalam rumah menyelamatkannya dari terus malu.

“Aku belum siap sama kau, nanti sambung!.” Si pakcik berlalu ke dalam rumah.

“uiiiii!!! Tatutnyaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!.” Qarysha menunjukkan aksi takut-takutnya pada si pakcik. Si pakcik tak terkata, rasa geram dipendam saja. “nanti aku deduct kau!.” Dalam hati si pakcik memasang angan.

5-
Pertengkaran demi pertengkaran terus tercetus dan semestinya yang sengaja diwujudkan oleh Ferrdaous, tak ada yang ingin beralah diantara mereka dan seringkali Ferrdaous yang akan kalah. Namun bukan itu yang menjadi isu, tanpa disedari hatinya senang setiap perbalahan yang dicetuskan olehnya sendiri. Gembira bila Qarysha kembali kepada Qarysha yang dulu yang tak pernah ingin mengalah. Sesungguhnya dia gembira kerana Qarysha juga sudi memaafkan kesalahan dimasa remajanya dulu, sesungguhnya dia turut menyesali perbuatannya sendiri kerana membenci Qarysha tanpa sebarang sebab yang logik.

Namun perbalahan yang telah menjadi rutin harian mereka tiba-tiba suram, Semenjak Ferrdaous pulang dari tanah semenanjung bersama ahli keluarganya yang lain, hati Ferrdaous dipagut rasa kecewa, tunang tercinta meminta memutuskan ikatan atas alasan mereka jauh terpisah oleh lautan. Tujuan Ferrdaous datang ke tanah semenanjung untuk memberi kejutan kepada Yunilisa akhirnya memberikan kejutan pada dirinya sendiri dengan keputusan Yunilisa untuk memutuskan ikatan pertunangan, bukan hanya kecewa dengan tindakan Yunilisa namun Ferrdaous juga malu kepada orang tuanya yang turut bersamanya datang ke tanah semenanjung yang kononnya untuk membincangkan hal perkahwinan mereka.

Sejak itu Ferrdaous semakin jauh, dia lebih banyak menghabiskan masanya di tempat kerja, balik ke rumah hanya pada lewat malam, lebih banyak waktunya bersendirian di dalam bilik dari menghabiskan masanya bersama keluarga mahupun teman rapatnya Maliki.

Hari yang dilalui Qarysha semakin terasa sunyi, sunyi dari pertengkaran yang sengaja dicetuskan oleh Ferrdaous. Tiada lagi wajah segak Ferdaous di pagi hari menemani kepergiannya untuk ketempat kerja kerana Ferrdaous akan keluar lebih awal dari biasa. Tiada lagi usikan dari Ferrdaous ketika dia sedang sibuk mengajar si kembar kerana Ferrdaous hanya akan pulang bila semua orang dibuai mimpi. Kini hari yang dilaluinya terlalu sunyi dan dia sedar kini dia merindui kehadiran lelaki itu.

6-
“Cikgu! Cikgu!, cikgu mau pigi mana?.” Iqbal bertanya sambil kedua tangannya kemas memegang jeriji besi yang memisahkan kawasan rumah mereka.

“cikgu mau keluar jalan-jalan bawa baby Dina dengan baby Dani.”

“ala… ikut bah cikgu, lama sudah kami nda jalan-jalan.” Kedengaran rengekan halus daripada Iqbal, takut didengari neneknya mungkin. Sementara Isya juga merapati jeriji besi setelah mendengar Iqbal menyatakan keinginannya untuk ikut sama, seperti Iqbal, Isya juga menantikan jawapan daripada Qarysha.

Qarysha berfikir sejenak sambil mengetuk-ngetuk dagu dengan kunci kereta, wajah sayu si kembar direnung silih berganti, rasa sayu menghambat hati, sememangnya telah lama mereka tidak keluar untuk bersiar-siar, iba bapa si kembar sering sibuk kebelakangan ini, tanggungjawab terpikul dibahu nenek mereka buat masa ini. Ferrdaous juga telah lama tidak melakukan aktiviti bersama si kembar kerana sibuk melayan perasaan kecewanya, akhirnya Qarysha memberi kata putus untuk membawa si kembar bersiar sama. Melonjak gembira si kembar mendengar persetujuan daripada Qarysha.

Setelah mendapat persetujuan daripada nenek si kembar berdencit kedua-duanya masuk kerumah untuk menyalin pakaian. Ferrdaous yang hampir bertembung dengan si kembar hanya melihat kedua-duanya berkejaran naik ketingkat atas. Kening dijungkit kearah ibunya tanda pertanyaan tindakan si kembar.

“Dorang mau ikut sama si Qary pigi jalan-jalan”

Sambil kening berkerut “Ai! Kenapa mau kasi susah orang bawa durang jalan-jalan.?” Ada nada tidak puas hati kedengaran.

“Jadi mau harap siapa bawa si kembar tu jalan-jalan?, mama ni suda tua mana larat mau bekejar sana sini menjaga sama dua budak tu, mau harap kau tu sibuk saja melayan perasaan.” Rasa bersalah bertandang dihati Ferrdaous. Melihat keriangan anak-anak buahnya, dia sedar telah lama dia mengabaikan mereka yang penting dalam hidupnya hanya kerana kealfaannya menyalahkan takdir Tuhan.

“Iqbal, Isya tunggu situ, uncle bawa kamu jalan nanti.” Si kembar memandang si pakcik dengan rasa tidak percaya.

“tapi kami mau jalan sama cikgu.” Iqbal menjawab jujur. Puan Rosnah yang mendengar perbualan antara anaknya dan cucunya menjenguk keluar.

“Daous, kalau kau mau bawa durang jalan sekalilah sama durang si Qary, nda bagus juga tadi suda beriya-iya dia mau bawa dua budak tu.” Ferrdaous seperti sedang menimbangkan permintaan ibunya. Nafas dihembus panjang. Iqbal, kasi tau cikgu naik kereta uncle. Setelah mendapat arahan daripada Ferrdaous berkerja-kerja si kembar mendapatkan Qarysha.

Lima minit kemudian Ferrdaous kelihatan santai dengan seluar jeans lusuh, berbaju tshirt tanpa koler berwarna putih sambil menekan punat kawalan kereta. Qarysha static berdiri ditepi kereta pesona miliknya, si kembar menanti arahan sama ada menaiki kereta Qarysha ataupun Ferrdaous.

Ferrdaous paling wajah, melihat kearah Qarysha yang tidak ada tanda-tanda untuk menaiki keretanya. Ferrdaous melangkah kearah rumah sebelah, pintu penumpang dibuka, mengangkat baby Dina yang baru berusia setahun sambil memimpin tangan baby Dani yang berusia 2 tahun setengah. Ferrdaous memandang kearah Qarysha tanda dia ingin Qarysha menaiki keretanya. Tanpa banyak bicara si kembar cepat-cepat menaiki kereta Ferrdaous, baby Dani juga di letakkan di tempat duduk belakang bersama-sama si kembar, hanya baby Dina sahaja yang diberikan kepada Qarysha untuk dipangku.

Qarysha yang pada mulanya ingin membantah, namun melihat pandangan mata emak Ferrdaous kearahnya mematahkan niatnya, pastinya emak Ferrdaous tidak mahu memusnahkan mood baik Ferrdaous pada ketika itu.

Duduk bertiga bersama Ferrdaous dengan baby Dina diatas riba, sambil mengawasi si kembar dan baby Dani bermain di bahagian permainan di Giant mencerminkan keluarga bahagia. Qarysha diam tak berkutik, hanya static menyusukan baby Dina dengan susu botol yang dibawanya dari rumah. Ferrdaous tekun memandang kearah ketiga-tiga kanak-kanak yang bermain di tapak permainan di Giant, sambil sesekali memanggil nama Iqbal yang seperti ingin mencetuskan perang dengan kanak-kanak yang lain. Sambil menantikan anak-anak buah mereka puas bermain Ferrdaous bergerak ke kaunter KFC untuk memesan makanan.

“kau tolong tengok-tengokkan budak-budak tu dulu, aku mau pergi order makanan.” Ferrdaous memaklumkan kepada Qarysha sebelum berdiri dan bergerak ke dalam kaunter. Namun dia berpatah semula kepada Qarysha. “kau mau makan apa?.”

Qarysha yang baru sahaja tenggelam dalam khayalnya terkejut. “ha!, oh! Emmmm… sneak plate saja lah, budak-budak tu pun sama Cuma untuk dorang kau tolong order rasa ori. Errrr… kau tolong bayar dulu, nanti aku bayar balik ya.”

Ferrdaous hanya memandang Qarysha, sebelum berlalu sempat dia berpesan. “tengok budak-budak tu, jangan mengkhayal pula!.” Qarysha hanya menahan geram.
“Cis! Bagus saja mood terus jadi komunis!” Qarysha bermonolog sendiri.

Sneak plate tidak berusik, hanya memerhati si kembar dan baby Dani makan dengan berseleranya, tidak timbul pergaduhan diantara mereka, ini yang paling memudahkan Qarysha tiap kali membawa mereka keluar untuk bersiar-siar. Ferrdaous hanya memerhati tanpa bunyi, melihat Qarysha tidak menjamah makanan yang dipesan lantas baby Dina di ambil dan di pangku atas ribaan.

“Makanlah dulu, aku jaga baby Dina.” Sambil membawa baby Dina ke tepi tingkap entah apa yang ditunjuk oleh Ferrdaous kepada baby Dina di luar sana, hanya bertujuan untuk mengagah baby Dina yang ada tanda-tanda ingin menangis bila di pangku oleh orang yang tidak dikenali. Akhirnya baby Dina dapat menerima Ferrdaous.

“Hai! Cikgu Qary, lama nda jumpa cikgu.” Seorang lelaki berpakaian kemas yang menyapa Qarysha menggamit mata Ferrdaous untuk memandang. Hati terasa gusar, seperti ada yang tidak kena melihat kemesraan yang dipamerkan oleh lelaki tersebut walaupun Qarysha hanya melayan lelaki tersebut dengan bersahaja.

Baby Dina yang mula bosan dengan apa yang dilihatnya di luar KFC mula merengek, Ferrdaous datang kearah Qarysha untuk menyerahkan baby Dina sebelum ia memulakan irama nyaring yang tidak digemari. “pigi basuh tangan dulu, baby Dina mau menyusu barangkali ni.” Lelaki yang tadinya rancak beramah dengan Qarysha agak terkejut dengan kehadiran Ferrdaous yang tiba-tiba. Qarysha lantas bergerak kearah singki kemudia kembali untuk mengambil baby Dina dari dakapan Ferrdaous.

“Cikgu sudah kahwin rupanya, nampaknya saya nda ada peluang la ni kan.” kelihatan senyuman tawar terpamer diwajah lelaki tadi. Belum sempat Qarysha membuka mulut untuk menjelaskan kedudukan sebenar Ferrdaous terlebih dahulu menghulurkan salam perkenalan.

“Ferrdaous.” Tangan berjabat.

“Hisyam.” Senyuman berbalas, setelah berbual seketika Hisyam meminta diri untuk pulang.

Didalam kereta hanya kedengaran si kembar berceloteh, baby Dani hanya mengkekeh turut sama ketawa walaupun dia tidak memahami apa yang sedang dikatakan oleh si kembar. Ferrdaous senyap tidak berkutik, hanya Qarysha yang sesekali melayani keletah si kembar dan baby Dani, baby Dina lena diribaan Qarysha, Ferrdaous sesekali menjeling kesisi.

Betul kata Maliki ketika dia bertandang kerumah sahabatnya itu, Maliki banyak menceritakan perihal Qarysha, Qarysha banyak berubah, Qarysha bukan lagi Qarysha yang dulu, Qarysha yang ada disebelahnya adalah Qarysha yang walaupun secara fizikal adalah kasar namun dirinya penuh dengan kasih sayang, cara dia melayani anak-anak buahnya, manjanya, walaupun dia bukan wanita rupawan namun setelah lama diamati dia adalah gadis yang manis, memberikan ketenangan bagi sesiapa memandangnya, dan tidak hairanlah sekiranya Maliki mengatakan bahawa ramai kumbang di sekolah tempat mereka mengajar yang ingin mendekatinya. Kemesraan Hisyam tadi tergambar semula. Ada getar cemburu disitu. “apa suda jadi?, nda kan la…..?”

7-
Perhubungan antara Qarysha dan Ferrdaous mula bertambah baik, namun perbalahan sesekali tetap berlaku, namun perubahan Ferrdaous kali ini mengundang resah di hati Qarysha, Ferrdaous bukan lagi Ferrdaous yang dulu, kadang kala renungan mata Ferrdaous menggetarkan naluri wanitanya. Dia sendiri kurang mengerti dengan perasaannya kini, sehinggakan ada kalanya dia tidak dapat menumpukan pengajarannya terhadap si kembar bila Ferrdaous juga turut duduk diluar rumahnya dan dia sedar mata itu sering merenungnya.

Bukan itu sahaja, malahan setiap kali dia ingin membawa baby Dani dan baby Dina untuk keluar bersiar-siar pastinya Ferrdaous juga ingin keluar, walaupun mereka menaiki kereta yang berlainan namun mereka tetap akan bertemu di destinasi yang sama. Pernah Qarysha menyuarakan ketidak selesaannya kepada Ferrdaous, takut kalau-kalau nanti dia akan di katakana pengganggu tunangan orang kerana Qarysha masih belum mengetahui perihal pertungan Ferrdaous yang kecundang atau pun takut sekiranya teman lama Qarysha menyangka Ferrdaous adalah suaminya. Namun jawapan Ferrdaous sangat mudah “aku mampu kahwin lebih dari satu bah.” Ataupun “sekarang bukan suami, esok-esok mana tau yang kau peluk masa tidur tu aku.” Sesungguhnya kesemua jawapan Ferrdaous amat menyakitkan hati. Pernah sekali bila Ferrdaous mengatakan yang dia boleh jadikan Qarysha isteri keduanya, refleks Qarysha menjentik hidung Ferrdaous, menyeringai sakit Ferrdaous, namun hanya sekali itu kerana kali kedua Qarysha ingin melakukan perkara yag sama tangannya digenggam Ferrdaous, bersama amaran Ferrdaous berkata “kalau kau lastik idung aku lagi, aku nda teragak-agak cium kau! Biar kahwin free!.” Semenjak itu Qarysha hanya berani tayang penumbuk tanda tidak puas hatinya terhadap Ferrdaous.

8-
Dari ruang rehat keluarga, Ferrdaous mengintai Qarysha yang sedang tekun mengajar si kembar, sesekali Qarysha akan terut sama bergelak dengan si kembar.

“apa kau intai tu Daous?” Puan Rosnah yang keluar dari dapur menyapa Ferrdaous. Bukan dia tidak sedar perubahan keatas diri anak terunanya, hal ini juga disedari oleh suaminya, tugas untuk merisik hati anak terunanya diberikan kepada si ibu.

“nda la ma… mana ada aku mengintai.”

“Daous, mama bukan mau marah sama kau, apa lagi mau halang kau, tapi nda manis kau selalu intai anak perawan orang. Kalau kau suka bagus kau terus terang, jangan sampai melepas, Maliki pun ada kasi tau mama si Qary tu ramai orang suka.

“ish! Mama ni, mana ada aku suka sama si Qary tu, pandai-pandai saja mama buat spekulasi.” Ferrdaous masih sembunyi hakiki.

“Daous, mama yang mengandung sama kau, jangan la kau mau membuyuk sama mama, kalau kau masih sama ego mu nda mau mengaku, esok-esok kalau dia diambil orang jangan kau menyesal. Dia memang nda lawa macam bekas tunang mu, tapi dia perempuan yang cukup sempurna untuk dijadikan isteri, Kau fikirlah baik-baik kalau buli istikarah sekali.” Selepas memberikan nasihat kepada Ferrdaous Puan Rosnah terus naik ke bilik untuk berehat.

Kata-kata ibunya tadi sedikit sebanyak meresap ke hati. “Kenapa aku perlu butakan hati hanya kerana kecewa pada masa lalu.” Ferrdaous bermonolog sendiri.
Ferrdaous melangkah untuk kebilik, nasihat ibunya akan dituruti, “siapa tahu andai benar dia adalah tulang rusuk ku” kata perangsang buat diri sendiri.

9-
“aku nikahkan dikau dengan Nurul Qarysha Binti Sahed dengan mas kahwinnya 80 ringgit tunai.”

“aku terima nikahnya Nurul Qarysha Binti Sahed dengan mas kahwinnya 80 ringgit tunai.”

Dengan sekali lafaz Nurul Qarysha Sahed sah menjadi isteri kepada Mohd Ferrdaous Salleh, acara pembatalan air sembahyang adalah acara yang dinantikan oleh lensa-lensa kamera. Ferrdaous mendekati Qarysha, usai acara menyarungkan cincin si isteri pula mencium tangan si suami kemudian diikuti ciuman kasih berlabuh didahi si isteri daripada si suami.

Majlis perkahwinan berlanjutan hingga ke malam hari, ini adalah kebiasaan bagi majlis perkahwin di Sabah yang diraikan hingga ke malam hari. Memandangkan rumah mereka hanya berjiran maka acara disambut dengan meriah, ini kerana acara tingkuang iaitu acara menyambut anak menantu bagi pihak lelaki akan diadakan serentak.
Tepat jam 12:00 malam tetamu beransur pulang, biasanya majlis yang diraikan di taman-taman perumahan akan berhenti pada waktu tengah malam bagi menghormati pravisi jiran tetangga. Tidak seperti keraian yang diadakan di kampung-kampung yang akan berlanjutan hingga ke dini hari.

Usai mandi, Qarysha keluar ke balkoni di biliknya sambil melihat pihak catering yang masih berkerja memngemas peralatan catering mereka untuk dibawa pulang. Sedang asyik melayan perasaan tiba-tiba dia dikejutkan dengan bunyi orang berdehem.

“bila kau masuk?” Qarysha bertanya menghilangkan rasa gugupnya berduaan dengan lelaki yang halal baginya.

“baru saja.” Keadaan sunyi seketika.

“buli aku request something kah?.” Static Qarysha pandang Ferrdaous, banyak kemungkinan permintaan Ferrdaous yang bermain difikiranya.

“jangan fikir sembarangan sana, abang bukan buruk lantak, abang tau kita masih dalam tempoh untuk cuba menyesuaikan diri.” Qarysha membuntangkan mata, rasa lucu bila Ferrdaous membahasakan dirinya “abang”. Namun rasa ingin ketawa itu hanya disimpan, takut dengan pandangan menggoda Ferrdaous.

“apa yang kau mau request?.” Qarysha memandang kearah pekerja-pekerja catering, takut untuk melihat renungan Ferrdaous.

“panggail aku abang.” Qarysha panggung wajah. “normallah kau panggil aku abang, aku kan suami kau, takkan kau mau beraku berkau sama aku?”

“okey!” mudah jawapan daripada Qarysha.

“aku panggil kau ‘Ary’.” Qarysha pandang pelik.

“aku nda mau panggil kau dengan nama yang biasa orang panggil, aku mau panggil kau guna nama panggilan yang cuma aku saja yang guna.” Senyuman terukir diwajah Qarysha.

“kau jealous eh?.” Qarysha soal selidik.

“eh! Opkos la! Abang ni suami Ary.” Terbayang dimata Ferrdaous saat dia dan Qarysha bertembung dengan Hisyam di butik pengantin untuk membuat pilihan persalinan perkahwinan mereka. Dengan selamba Hisyam meminta Qarysha mempertimbangkan dirinya setelah mengetahui Qarysha masih belum berkahwin dengan Ferrdaous. Dengan pantas Ferrdaous mengheret Qarysha keluar dari butik tersebut. Pada hari yang sama juga Ferrdaous meminta ibunya untuk berbincang dengan keluarga Qarysha bagi memperawalkan lagi tarikh perkahwinan mereka dari tarikh yang telah dipersetujui sebelumnya.

Qarysha hanya tersengeh melihat wajah Ferrdaous yang nyata tidak puas hati kerana ditertawakan akibat dari sifat cemburu yang dirasakan Qarysha sebagai keterlaluan.
“ketawa pula dia!, abang kahwin lagi satu baru Ary tau!.” Sengehan Qarysha terhenti.

“amboi!!!!… baru siang tadi nikah sudah pikir mau poligami? Banyak cantik!” seretak itu satu jentikan yang kuat mendarat tepat di hidung Ferrdaous, bila sekali lagi tangan Qarysha ingin mendaratkan jentikan di hidung Ferrdaous, sepantas itu juga tangan Qarysha digenggaman oleh Ferrdaous.

“kan abang suda pernah cakap!, sekali lagi Ary lastik idung abang, abang nda akan teragak-agak cium Ary!” tanpa sempat mengelak bibir Ferrdaous dengan tepat mendarat di bibir Qarysha. Pelukan semakin diperkemaskan.
The rest is history ….. ?)))))

Imeginasi sebuah kisah biasa… ? ? ?

Pergi pasar membeli belacan,
Belacan dari papar jadi pilihan,
Kalau hati sudah berkenan,
Jangan sembunyi, tapi luahkan…

Dekat-dekat hati membenci,
Dendam dulu disimpan rapi,
Walau benci kian berapi,
Kalau dah jodoh cinta pasti bersemi….

Jodoh ada disekeliling kita, namun kita perlu berusaha untuk menemuinya. Dalam benci ada cinta, selamat menikmati cerpen ke-4 dalam versi sabahan…..

Mengharapkan komen & komplen




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

59 ulasan untuk “Cerpen : Musuhku Cintaku”
  1. didi_hamtaro says:

    aku suka sama bhsa sabah bha,,meski aku org smnnjung~

  2. teeya says:

    suka bah, haha nice cerpen keep it up writer :D

  3. Sha says:

    cite bes.. tapi sha tak berapa paham lah.. sbb bhasa seberang laut.. heheh.. sorry…

    tapii,, rasanya cite neyh mmng best..

  4. ali says:

    nda tu maksudnya takkan btul tak

  5. bella says:

    ndak>> tidak…. cuba sbut tidak laju2…. bunyinya jd ndak…. anda faham??
    cter niey mmg best…. sya banggggga ama ko….

  6. T.Alie Raz says:

    ni kali la..btl2 terimagine ni crita..law sd starting ny bgs ,4surela ending ny pn..mantap…keep in touch..truskan..

  7. liza says:

    urm..cerpen ne best sngt..tpi sya x brapa pham lah bhasa sbah ne.. hehe! sory ye…n then utk m’mdahkan cmua org m’bca apa kata lain kli buat cerpen dlm bhsa smenanjung pla… apa2 pun, good job ye..

  8. khairiah khaizu says:

    best

  9. yen says:

    Thumb up

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"