Cerpen : Saya Tak Akan Paksa Awak, Okay?

27 November 2010  
Kategori: Cerpen

22,148 bacaan 33 ulasan

Oleh : Haliza Haliz

Dalam zaman mikrochip ini, mana mungkin lagi seseorang anak muda itu berkahwin atas pilihan orang tuanya. Tetapi, pujukan Mama menjadikan aku anak muda yang masih hidup berlandaskan tradisi. Mama cakap, bukan kenal atau cinta itu penentu bahagia tetapi konsep perkahwinan yang difahami itulah penentu. Pujukan Mama itu cuba aku tolak ke tepi. Papa? Entah ke mana agaknya lelaki itu menghilang agaknya. Suka sangat dia mengembara. Aku dan Mama mungkin bukanlah nombor satu dalam hidupnya.

Biarlah aku ceritakan sedikit latar belakang hidupku. Nama aku ialah Lisa. Mungkin ada yang bertanya balik, Lisa Surihani ke? Tetapi, aku tidak kisah bahkan bangga tambah lagi wajah aku ada iras-iras dia pun. Mungkin cerita yang bakal aku ceritakan ini ada yang kata sebiji macam cerita Adamaya atau I’m Not Single tetapi kisah aku tiada kena mengena pun.

Aku tidak pernah kenal pun bakal suami aku. Pelik, bukan? Zaman moden begini masih ada perkahwinan begini. Mama kata, dulu pun dia kahwin tanpa kenal Papa. Mama cakap, Mama ada impian. Mahu jodohkan aku dengan anak kawan baiknya. Impian itu dibisikkan sebaik aku tamat pengajian di Universiti Sains Malaysia. Impian aku mahu bergelar pendidik seolah-olah terhalang. Mama cakap, kawannya Mak Cik Zubaidah telah bersetuju.

Mama cakap, rupa bakal suamiku sebji penyanyi Justin Timberlake yang menjadi kesukaanku. Aku tahu, Mama cuba sedapkan hatiku. Kata Mama, anak kawannya yang baru pulang dari Mesir itu mampu membahagiakanku. Ya ke? Habis? Bagaimana dengan impianku. Aku mahu belajar sampai ke Ph.d. Aku mahu ke luar negara. Masih mahu berseronok bersama-sama kawan. Aku mahu bercinta dulu, merasa nikmat menjadi orang muda pada zaman moden ini. Mana boleh Mama buat begini.

“Kamu tidak mahu dengar cakap Mama. Mama ini semakin tua. Bukan semakin muda. Kamu pun sama. Mama pun mahu pegang cucu,”

” Lisa muda lagi, Mama. Baru umur 24 tahun. Nanti, umur 27 baru Nisa fikir,” aku cuba juga berdalih. Aku tidak mahu impian aku musnah gara-gara perkahwinan.

” Umur 27? Adui, Lisa. Sudah tua sangat itu. Nanti, susah hendak dapat anak. Mama bukan apa, keturunan kita bukannya keturunan yang ramai anak. Mama ini pun, adik-beradik tiga orang. Itu, Papa kamu anak tunggal. Datuk kamu punya adik-beradik pun tidak ramai,”

” Mama….,”

” Dengar cakap, Mama. Mesti berkat. Macam ini, banyak kira sampai tiga. Setuju atau tidak. Kalau diam itu tandanya setuju. Itu, kamu senyum. Okay,setujulah itu. Macam ini anak Mama. Mama akan suruh pereka fesyen terkenal di Malaysia untuk reka baju kamu. Sayang, anak Mama,”

Begitu sahaja ke? Diam tanda setuju. Undang-undang apa ini? Tidak pernah aku dengar kawan-kawan aku kena begitu dengan Mama atau Papa mereka.

” Elok sangatlah itu. Zaman sekarang, bukan senang nak cari jodoh. Kacak tak?” kawanku Dinas sempat mengusik aku.

” Dia bukan lelaki pilihanku,” ayat sastera serupa itu keluar dari bibirku. Aku bukanlah wanita yang jiwang yang mudah dibawa asmara. Aku tidak suka hidup mengecewakan dan dikecewakan.

” Alah, okaylah. Pak Ustaz bukan senang tahu?” Sarah pula menyampuk. Entah menyindir entah apa. Aku tida tahu mahu reaksi bagaimana.

” Pak Ustaz itulah aku risau. Aku takutlah, dia tak bagi aku sambung belajar lagi,”

” Kau jangan buat andaian bukan-bukan. Kenal pun tidak. Daripada kau mengadu nasib dekat kami, ada baiknya, kau jumpa jejaka pilihan Mama kau. Tanya dia betul-betul. Entah-entah dia ada teman wanita, tetapi sebab Mak dia beria, dia ikut sahaja,”

” Susahlah. Mama cakap, dia ini malu sikit. Buatnya, dia jenis yang jaga pandangan mesti dia tidak boleh jumpa aku sampai kami kahwin,”

“Hello, aku pun belajar agama. Bukan ke dalam Islam, seorang bakal suami dibenarkan melihat wajah dan tapak tangan bakal isterinya,” Sarah cuba mempertahankan cadangannya.

” Agama ke dalam filem Ayat-Ayat Cinta,” Dinas cuba mengusik. Mereka berdua memang begitu. Ada sahaja isu mahu dijadikan perbahasan.

” Woi, nama pun novel Islamik mestilah agama yang mengajar begitu,”

Kami bertiga ketawa. Aku tidak pasti mahu ikut atau tidak cadangan Sarah itu. Aku bimbang kalau-kalau Mama memandang sepi idea Sarah yang bakal aku mahu sampaikan.

Sepanjang malam aku berfikir. Aku memandang gambar Mama mendakap tubuhku. Sungguhpun belum ada teman lelaki, tetapi aku bukanlah jenis yang terdesak. Panggilan telefon itu nyata menganggu ketenteraman aku. Nombor yang terpampang juga tidak aku kenali. Haruskah aku jawab. Suara seorang lelaki memberi salam itu bagai menyentuh hatiku.

” Hello, siapa itu?”

Salam yang diberi dibalas hello. Entah apalah aku ini. Barangkali dia juga senyum. Lama juga dia diam kemudian, dia menyambung.

” Saudari kenal saya?”

” Masakan saya tidak kenal. Awak yang jual putu mayam hari-hari, bukan? Yang selalu pagi-pagi jerit macam ini, putu mayam, putu mayam depan rumah saya,”

Nyata, dia gelak kecil. Mungkin dia tidak sangka aku seberani itu.

” Tentulah saya tidak kenal. Suara awak seumur hidup saya, saya tidak pernah dengar pun,” aku mula bengang kerana kata-kataku seolah-olah tidak dilayan.

” Awak ini terlalu berterus-terang. Apa-apa sahaja yang terlintas, akan dicakap tanpa berselindung. Awak sama seperti yang Ammi katakan,”

” Ammi? Jadi awak….,” nada suaraku bertukar. Mungkin ke dia orangnya?

” Saya ada dengar. Awak macam keberatan untuk menerima saya. Saya faham perasaan awak. Saya sendiri pun semasa Ammi menyebut hasratnya untuk bermenantukan awak, saya pun tertanya-tanya. Zaman sekarang, masih ada ke perkahwinan ditentukan oleh orang tua,”

Aku diam sekejap. Nampaknya, dia jenis pemaham. Tetapi, kekerasan hatiku masih gagal menghidu niat baik dia.

” Jadi, bagaimana? Kalau awak faham, baguslah. Apa yang saya tahu tentang awak, tiada. Gambar awak sahaja yang pernah saya tengok,”

” Walauapa pun, awak tetap ada hak. Jika awak tidak suka, apa yang boleh saya kata. Awak, ini soal masa depan kita. Kalau panjang jodoh kita, kita akan tetap bersama. Mungkin tidak hari ini, cinta kita bersemi tetapi berkat keyakinan kita bersama kita akan bersama juga satu masa nanti,”

Aku sedikit terharu. Mulia sungguh hati dia.

” Jika telah tersurat saya milik awak, tiada apa-apa pun yang boleh halangnya lagi. Sekarang, marilah kita sama-sama berdoa, agar tiada bencana mengiringi perjalanan kita. Saya tahu, awak anak yang baik. Setiap ibu inginkan yang terbaik buat anaknya. Tetapi, awak mesti faham perasaan awak juga,”

” Saya….,” aku hilang kata-kata. Air mata aku tumpah.

” Selagi ada cara untuk berbincang dan selesaikan masalah, ada baiknya kita berbincang. Saya percaya, Ammi dan Mama awak pasti tidak mahu melihat masa depan rumah tangga kita musnah,”

” Cadangan awak?”

” Kita tundakan dulu pertunangan. Secara jujurnya, ini pengalaman baru bagi saya apatahlagi buat awak yang baru sahaja tamat pengajian. Saya tidak mahu kita terburu-buru. Jika benar awak milik saya, awak tidak akan ke mana. Lagipun, dalam cinta janganlah terpaksa. Saya tidak akan paksa awak, okay?”

Aku terduduk di atas katil. Hatiku bagai dijentik sesuatu. Mungkin ke, ini yang dikatakan cinta.

” Baiklah. Terima kasih, awak. Terima kasih banyak-banyak. Berilah saya sedikit waktu,”

Dalam diam, buat kali pertama aku jatuh cinta pada seseorang. Ya. Aku cintakan dia. Aku mahu habiskan seumur hidup dengannya tetapi biarlah kami timba ilmu sebelum harungi rumah tangga.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

33 ulasan untuk “Cerpen : Saya Tak Akan Paksa Awak, Okay?”
  1. Jureenda says:

    Tergantung

  2. lina says:

    trgantung nie..mne smbgnyer….

  3. imanda95 says:

    cerpen yg menarik..tapi tergantung

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"