Novel : Bila Hati Kata Sayang 1

29 November 2010  
Kategori: Novel

26,535 bacaan 59 ulasan

Oleh : Marissa

Bab 1

Pagi lagi. Dalam pukul 8.00.

Aku ketuk perlahan pintu bilik taraf VIP dengan perasaan cukup berdebar. Takut seperti selalu setiap kali terpaksa bekerja sendiri. Hari ini ramai betul yang cuti. Sampai 3 orang. Kalau aku tahu, aku pun nak cuti jugak. Aku pun boleh buat-buat sakit. Aku lagi terror dalam bab tu. Cakaplah sakit gigi ke atau apa yang patut. Janji aku tak payah kerja hari ni.

Tapi dah terlambat. Masa aku datang tadi, aku gatal sangat dengan menyanyi-nyanyi kecil sampai Kak Miah tegur. “Kenapa happy giler ni weh?” Lepas tu baru dia cakap 3 orang cuti. Tak kan masa itu jugak aku nak buat-buat sakit. Memang nak kena pijak dengan Kak Miahlah jawabnya.

Selalu-selalunya aku kerja dengan Nisa. Hari ini terpaksalah buat kerja sendiri-sendiri memandangkan banyak bilik yang bakal dibersihkan.

Pintu terbuka dan seorang lelaki kelihatan di muka pintu. Kakiku mula menggigil bila melihat lelaki yang buka pintu langsung tak berbaju. Hanya berseluar panjang yang agak longgar. Rambutnya juga kusut masai. Nampak sangat baru bangun tidur. Terus terang aku cakap, aku tak boleh tengok lelaki tak pakai baju. Tak tahu kenapa, tapi memang tak boleh! Rasa lain macam sangat.

Waktu itu aku harap sangat kalau ada perempuan yang masih berada di atas katilnya. Tak kisahlah siapa. isteri dia ke, kekasih gelap atau terang dia ke atau perempuan simpanan dia sekalipun, aku tak peduli. Janji ada perempuan.

“Encik panggil room servis tadi?” soalku perlahan. Aku pandang muka lantai bersama debar di dalam diri. Kemudian sekilas aku pandang dia. Seperti ada satu kuasa yang suruh aku tengok muka lelaki tu. Kuasa apa aku tak tahu, tapi mungkin kuasa orang gila! Gila? Aku gila? Bukan gila, tapi gatal! Ah! Lantaklah! Selama ini tak ada yang pernah kisah kalau aku gatal pun.

Lelaki tu tak jawab apa tapi aku perasan dia pandang aku sambil buat muka blur yang jenis tak faham cakap orang. Ke dia ni tak ingat yang dia dah panggil orang untuk cuci bilik dia? Kalau macam tu lagi bagus. Aku tak payah bersihkan apa-apa.

“Hmm…masuk!” arahnya kemudian.

Faham soalan rupanya. Tadi tu cuma fikir nak suruh aku masuk atau tidak. Nak tengok aku ni jenis perompak ke tidak agaknya. Kalau itu yang dia fikir, baguslah! Aku sikit tak kecik hati. Sebab aku belum ada hati nak rompak orang!

Tapi hatiku masih lagi sangat berat untuk masuk. Lama aku membina kekuatan dalam diri untuk berhadapan suasana begini. Aku sedang berkerja dan kerjaku tetap halal. Mudah-mudahan semuanya bakal berjalan dengan baik.

“Masuklah, saya belum ada hati nak rogol orang, dan sebelum ini saya memang tak pernah rogol orang pun!” katanya lagi. Mungkin tengok aku teragak-agak nak masuk dia terus cakap macam itu.

Hisy, mamat ni. Macam tahu-tahu saja apa yang sedang aku fikirkan.

Aku terpaksa juga melangkah sekali pun hatiku sangat-sangat berat ketika itu. Cakap-cakap daripada lelaki itu juga bukan boleh dijadikan jaminan diriku tidak diapa-apakan. Orang lelaki ni mana ada yang selalu cakap betul. Mulut dan hati mereka memang tak pernah ngam sejak azali. Itu yang aku tak berapa yakin sangat.

Sebaik saja menjengah bilik mewah itu, aku terus pandang katil yang sudah tak serupa katil orang. Entah makluk mana yang terlepas tidur kat situ. Buruk sangat keadaannya! Tetapi tak ada sesiapa di atas katil. Jadi betullah cuma dia ada dalam bilik tu. Bertambah susah hatiku.

Kenapalah aku terpilih untuk kemas bilik dia ni? Aduhai…

Aku lebih terperajat lagi bila melihat keadaan bilik tersebut. Tak ubah seperti tongkang karam. Karam sekaramnya. Tidak kelihatan seperti bilik yang didiami manusia.
Huh! Rasanya orang utan juga tahu berkemas!

“Atiqah!” tiba-tiba dia panggil aku.

Aku tersentak bila namaku disebut. Langsung melihat wajah lelaki berambut kusut masai. Dari mana agaknya lelaki seorang ini tahu akan namaku?
Perlahan aku melihat tanda nama yang tersemat di dada kiri. Mungkin dari situ.

“Ya encik,” jawabku. Tunjuk ramah dan mesra.

“Tolong hantar dobi semua pakaian saya.” Dia keluarkan arahan selepas itu.

“Baik encik.” Akur dengan arahan, aku kutip semua pakaian yang berselerak di atas lantai. Dari pakaian besar sehinggalah pakaian kecil. Rasanya malang sungguhlah perempuan yang jadi isteri lelaki ni. Sudahlah tak pandai nak jaga kebersihan, pakaian pulak main campak sesuka hati mak bapak dia. Nak mengumpulkan semua saja sudah jadi masalah.
Selesai kumpul semuanya, aku kira jumlahnya. Aku rekodkan di atas kertas mengikut jenis pakaian.

Pakaian biasa aku tidak kisah, tetapi ketika menulis jumlah pakaian paling kecil, aku menjeling empunya badan.
Hmm…5 helai seluar dalam. Agaknya dia sudah kehabisan pakaian jenis ini.

Kemudian dia berdiri tegak tepi katil. Aku perasan dia perhatikan aku buat kerja. Waktu itulah cemas ku sudah menggila.

Bimbang betul kalau-kalau dia nak buat apa-apa padaku. Buatnya dia terkam aku dengan tiba-tiba, memang aku habis kat situ juga.

Aku tetap berlagak tenang. Buat tak tahu. Terus cadar aku tarik. Hendak digantikan dengan cadar baru.

Katil yang asalnya macam tempat kucing beranak, jadi kemas.

Anehnya, dia masih tercegat bak pak jaga. Ke dia ni sedang awasi aku? Takut aku mencuri apa-apa? Atau memang muka aku ni ada cap mohor perompak sebab itu dia takut sangat nak biarkan aku buat kerja sendiri? Kalau begitu yang dia fikirkan bagus juga. Tercegatlah kat situ sampai aku habiskan kerja. Lagi bagus.

Selesai di atas katil, aku melangkah untuk tolak sliding door. Biar udara segar masuk. Sebab aku dah tak boleh bernafas. Ruang bilik itu dipenuhi dengan bau rokok. Dia ini mesti perokok tegar yang mungkin paru-paru dia dah separuh rosak. Padan muka dia!

Sebaik sahaja sliding door aku tolak, udara segar sudah menyerbu masuk.

Dia masih tercegat perhatikan aku buat kerja. Lantak dialah. Jangan usik aku sudahlah.

Aku kutip semua sampah yang berselerak di atas lantai selepas itu. Macam-macam ada. Dari plstik roti, biskut, gula-gula. Semua ada. Kemudian beralih ke atas meja tulis. Rasa malas nak kemas sebab semua barang peribadi dia ada. Kunci kereta, dompet, lap top, dan banyak fail-fail yang tak tersusun. Jadi aku fikir baik aku tak sentuh apa-apa.

Aku cuma ambil bekas abu rokok yang sudah melimpah ruah dengan puntung rokok. Jijik betul aku rasa.

Tak sayang paru-paru betul mamat ni. Siapalah perempuan malang yang bakal tidur disebelah dia? Nampaknya tak selamatlah perempuan tu!

Habis di situ aku ke bilik air. Nak bersihkan bilik air pula.

Tak sangka dia ekori aku juga dan tercegat di muka pintu bilik air sambil perhatikan aku buat kerja.

Mamat ni kenapa? Mustahil dalam bilik air pun simpan barang berharga jugak! Rimas betullah. Padanlah Nisa dah cakap awal-awal tak nak kemas bilik ni. Rupanya penghuninya memang bermasalah.

Tapi peduli apa aku. Suka hati dialah. Aku teruskan jugak kerjaku. Dia nak tengok, tengoklah.

Bila selesai semuanya, aku minta diri. Baik cepat-cepat aku blah. Lagi lama lagi sakit jiwa!

“Tunggu kejap,” katanya sambil berjalan ke arah meja tulis untuk ambil dompetnya. Kemudian dia datang dekat aku semula. Aku dah rasa pelik. Nak tunjuk dia banyak duit ke? Kalau nak tunjuk, baik tak payahlah. Aku tak hairan kalau satu kontena pun duit dia. Tiba-tiba aku nampak dua keping wang kertas bernilai lima puluh ringgit tiap satunya dikeluarkan lalu diserahkan kepadaku.

“Tip untuk awak,” katanya. Terus aku pandang tepat muka dia dan dia pandang aku.

“Eh, tak payahlah encik.” Aku tolak dengan rasa sedikit terkejut. Sebelum ini memang jarang aku diberi tip.

“Ambillah, lagi pun awak teruk bersihkan bilik ni. Saya ni memang suka buat sepah.” Dia masih hulurkan duit-duit tersebut kepadaku.
Sedar diri rupanya dia. Ingat tadi tak sedar.

Aku pandang lagi muka dia. Berat sangat nak terima. Sebab benda ni melibatkan duit. Kalau setakat coklat ke, pop corn ke, aku tak kisah. Dah lama aku terima. Paling-paling pun aku anggap dia belanja aku. Tapi ini soal duit. Aku dalam bab duit memang takut sangat.

“Tak apalah encik, dah kerja saya macam ni…” Aku berusaha mengelak untuk terima duit dia.

“Saya kira sampai 3 saja. Kalau awak tak ambil, saya cium awak kat sini jugak. Satu…!”

Terus aku ambil duit tersebut daripada tangan dia. Dia dah main ugut-ugut. Aku malas nak berkira lagi. Malas nak layan. Lagi pun dia ada sebut perkataan cium tadi. Tengok gaya memang sanggup buat macam tu.

“Terima kasih banyak encik.” Aku cakap perlahan. Terpaksalah aku ambil duit tesebut kerana tidak mahu berada di dalam bilik itu dengan lebih lama lagi. Sebab aku tak selesa bila tengok badan lelaki yang putih melepak itu, jadi aku harus cepat tinggalkan bilik tersebut.
Dia tolong bukakan pintu.

“Terima kasih,” kataku tanpa pandang muka dia. Tak boleh pandang selalu. Tu muka ada virus. Virus yang boleh berjangkit pada perempuan yang mudah tak sedar diri. Termasuklah aku! Sabar ajelah. Ingatkan tak ujud lelaki berwajah begitu di muka bumi ni. Kenapa dengan wajah dia? Handsome giler weh!

Aku terus beredar. Tolak troli ke bahagian cucian dengan perasaan tak berapa senang. Masih teringatkan lelaki pelik yang menginap di bilik mewah tu.
Dia sebut nak cium tadi? Wah! Kalau betul kena cium kan bagus! Ceh! Gatal pulak.

Ah! Malaslah nak fikir. Manusia ni bukan semacam. Kalau semacam dunia tak akan jadi bulat. Tentu bentuknya jadi empat segi. Jadi, biarlah dia…
Tiba di bilik mencuci, sudah ada beberapa pekerja sudah menanti. Semua aku kenal, tak payahlah aku sebut satu persatu nama mereka.

“Kak, ini pakaian tetamu bilik mewah.” Aku serahkan bungkusan yang mengandungi pakaian lelaki tersebut kepada Kak Suzie.

“Ini yang akak malas. Dia ni cerewet gila. Hari tu Nisa dah kena,” rungut Kak Suzie selaku penyelia bahagian cucian pakaian.

“Nak buat macam mana. Terpaksalah kita layan jugak. Tetamu terhormatlah katakan…” Aku bersuara sambil mengeluh perlahan.

“Tie dah kira betul-betul kuantiti pakaian dia ni? Akak tak nak bertanggung jawab kalau hilang. Seluar dalam dia ni kalau hilang susah kita nak ganti. Jenis ni tak ada jual kat sini.”

“Tie dah kira betul-betul. Nanti kalau apa-apa hal Tie bertanggung jawab. Akak jangan bimbanglah.”

Aku tinggalkan Kak Suzie dengan bungkusan yang mengandungi pakaian milik tetamu terhormat. Kalau hendak uruskan pakaiannya saja sudah bermasalah, apatah lagi nak uruskan bilik dia. Lagilah banyak masalah.

Aku melangkah semula sambil tolak troli untuk membersihkan ke bilik yang lain pula. Masih ada bilik yang perlu dikemaskan.

Di pertengahan jalan aku nampak lelaki itu sedang berjalan untuk bermain squash. Aku tahu pun dia nak main squasy sebab ditangannya ada reket squash. Sebodoh-bodoh aku, memang aku kenal reket squash macam mana rupanya dan kayu hoki itu macam mana. Memang jauh bezanya.
Aku malas nak bertembung dengan dia. Rasa runsing sangat kalau jumpa dia. Jadi aku perlu mengelak. Perlu mengelak dari terjumpa dengan dia. Aku malas nak runsing apa-apa. Bukan boleh buat aku kayapun!

Cepat-cepat aku tukar arah. Nak ikut laluan lain, tapi terpaksa lalu tepi kolam renang. Tak kisahlah kolam renang ke, kolam ikan ke, sekali pun kolam buaya, aku akan lalu jugak. Itu lebih baik daripada aku bertembung dengan dia.

Sambil-sambil itu aku melihat kolam renang. Sudah ada yang berenang-renang. Ya lah hari ini hari minggu. Yang mana sedang bercuti tu ambil kesempatanlah nak berendam.

Aku ini nama saja dah bertahun kerja di sini, tapi belum pernah sekali pun nak berenang-renang begitu.

Hmm, kalau dapatkan seronok. Tapi seronok itu rasanya jauh sangat daripada diriku. Jadi cukuplah kalau tumpang seronok orang saja.

Aku sambung tolak troli, tapi belum sempat bergerak jauh aku jadi tergamam. Lelaki bilik mewah itu tiba-tiba saja berdiri berhampiranku.

Aduh! Dia ini ikut jalan mana? Tadi sah-sah macam nak pergi gelanggang squash, tapi kenapa boleh tercegat depan aku?

Gelanggang squash nun hujng tanjung resort, macam mana boleh tercegat kat sini pulak. Ke dia ni masih tak kenal dengan gelanggang squash tu macam mana bentuknya? Atau tadi tu bawak reket squash sekadar tunjuk lagak saja?

Tapi yang buat aku jadi pelik sepeliknya tu, ilmu apa dia ni pakai sampai boleh terpacak dekat aku tanpa aku sedar? Ada kuasa Superman ke dia ni?
Aku cuba buat tak tahu walau aku yakin sangat dia tengah perhatikan aku. Sama seperti dia perhatikan aku dalam bilik dia tadi.

Helo kawan! Aku ni bukan geng perompaklah. Seumur hidup belum pernah buat kerja macam tu. Yang bersungguh syak aku tu kenapa? Ke dia ni ketua perompak yang nak ajak aku join geng dia?

Alahai, rimas dibuatnya!

Entah apa-apalah dia tu. Tengok orang macam tak pernah jumpa orang kat muka bumi ni. Muka bukan main handsome lagi, tak kan kurang kut. Kalau kurang memang kasihan betullah.

Aku tolak troli perlahan. Buat-buat tak tahu. buat-buat tak pandang. Dengan harapan dia pun buat-buat tak tahu jugak.
Waktu selisih dengan dia, aku tak pandang pun muka dia. Selalunya nak juga aku beri tanda hormat. Dengan yang ini nak pandang pun aku rasa tak selera.

Agak jauh berjalan, aku pusing pandang belakang. Rasa nak luruh jantung, bila tengok dia dah ikut belakang aku.

Mamat ni kenapa? Sakit apa dia ni? Mereng sangat ke?

Kalau aku tanya kenapa dia ikut aku, buatnya dia jawab dia tak ikut aku, malu aku nanti. Tapi aku dah perasan sangat dia memang ikut aku.

Aduhai, nak ku tengking, tetamu istimewa. Silap hari bulan aku pulak yang hilang kerja. Benda ni mana boleh buat main.

Sengaja aku lambatkan langkah. Manalah tahu dia pintas aku, tapi tak jugak. Aku beranikan diri menoleh ke belakang. Nak tengok kut mamat tu ada lagi.

Tak ada sesiapa di belakangku. Aku tertinjau-tinjau mana tahu dia dah jalan jauh. Ataupun tadi tu hanya hantu raya dia saja. Manalah tahu. Sebabnya aku memang rasa pelik sangat dengan dia ni.

“Cari saya ke?”

Tiba-tiba aku dengar seorang lelaki tegur aku.

Sekali lagi rasa nak luruh jantungku sebaik saja terpandang muka dia. Bila masa pulak berdiri di situ. Kenapa aku boleh tak nampak dia dan tunjuk perangai gatal?
Aduhai. Penat aku macam ni!

Cepat-cepat aku pandang tempat lain sambil berusaha sorok mukaku yang dah tebal sangat. Dah rasa macam tapak kaki unta saja mukaku ini. Macam manalah aku boleh tercari-cari tadi? Gatal betul!

“Cari saya ke tadi?” Dia soal lagi. Macam tak puas hati saja. Tapi aku tahu dia nak kenakan aku. Tak guna!
Dia melangkah terus bila aku langsung tak bercakap. Berlagak seperti tak ada apa-apa yang berlaku antara aku dan dia sebentar tadi.
Aku dah tak tahu nak cakap apa. Tergamam gila! Sebenarnya hari ini, antara aku dan dia, siapa agaknya yang tak betul?




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

59 ulasan untuk “Novel : Bila Hati Kata Sayang 1”
  1. myza hamid says:

    kalo mamat tetamu terhormat ni rupe cam lee min ho.. mmg angau la saya… awwww… pastu, atiqah tu muke cam ku hye sun… waahhh… mmg sesuaiiii…

  2. ct zue says:

    novel ‘bila hati kata sayang’…… sy suka baca sinopsisnye tp sy blum jumpa novel ni d kedai2 buku yg brhampiran…. x boleh ke klu sy nk beli by pos…. sure sy boleh baca keseluruhan cerita tu…. :(

  3. nami says:

    ha mamat ni mesti ada kaitan dgn bakal suami dia

  4. scha ahmad says:

    brpe m/s untuk novel ne eh ? ada spe2 thu x ….

  5. sue says:

    entry yg menarik.lain dr novel yg sy slalu bc..dr entry nye dah ckup capture attention sy utk trus bc..mcm ni la sy suke.

  6. rosmpkmn says:

    dah ada kat pasaran ke blum?

  7. Muharni says:

    Boleh tahan!

  8. eyna says:

    da ade kat pasaran da pun

  9. ema says:

    best la jgk lawak pun ada!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"