Novel : Cinta kontrak 5

9 November 2010  
Kategori: Novel

55,097 bacaan 26 ulasan

Oleh : nurul ain syuhada @ aleeya natasya

5

Ahhhh.. pagi ni hujan la pulak. Sedapnya kalau dapat tidur lebih masa. Kalau kat kampung, dengan keadaan tengah period ni, pukul 12 pun belum tentu bangun lagi. Hujan lebatnya. Nikmatnya hidup kalau dapat tidur!!

“Airysha!! Liat sungguh minah sekor ni nak bangun pagi! Kalau lah boleh solat ni, mesti lambat nak buat kan?” marah kak Yati. Haishh, membebel je kerja makcik ni. Eh, bukan makcik dah, sekarang dah layak status nenek. Aku ingat tinggalkan kampung, boleh selamat dari bebelan kak long, rupanya nenek ni membebel lagi sakit telinga. Cair tahi telinga ni tau tak!

“Kak Yati ni! Baru pukul 6.30. Pukul 7 nanti orang mandi la. Lagipun sekarang kan Datin kata butik bukak pukul 9. Jangan la rushing sangat. Orang mengantuk tau tak. Semalam orang tidur lambat. Sembang dengan kak long lama sangat sampai panas telinga ni.” Rengekku panjang lebar. Aku memeluk erat bantal peluk. Membayangkan bantal itu seperti ibu.

“Berangan peluk ibu la tu. Anak manja! Kak Yati lupa pulak Datin dah tukar waktu. Ni mesti sebab anak dia, kan? Handsome giler anak Datin! Cair hati kak Yati.” Celoteh kak Yati. Aik! Sempat pulak memuji cicak kobeng tu? Depan mak pura-pura anak soleh! Belakang, perangai macam hantu! Jembalang ikan bilis betul!

“Ehem, jangan lupa abang Haziq. Jap gi tak kawen baru tau.” Gurauku. Paha aku lagi sekali menjadi sasaran. Aduhhh! Silap haribulan, paha ni bukan lagi putih, biru terus jadiknya!

“Kak, orang tau, paha orang lawa, gebu, sedap, cantik, comel. Jangan suka-suki cubit boleh tak? Sakit tau tak. Nanti orang gigit kak Yati baru tau.” Ugutku. Geram tau! Ingat badan aku ni tak pakai insurans ke? Ada tau!

“Eleh, sikit je. Tu pun nak kecoh. Semalam sembang apa dengan kak long?” soal kak Yati teruja.

“Pasal ibu, ayah, Lina, Nasi Kandar, abang Kimi…” aku tidak dapat meneruskan kata-kataku kerana menguap.

“Nasi Kandar?” soal kak Yati.

“Iskandar la.” Terangku sambil ketawa.

“Oh, ada jugak masuk abang Kimi? Macam mana pulak tu?” membuak-buak perasaan ingin tahu kak Yati.

“Abang Kimi hantar rombongan meminang kak long. Rupanya kak long dah lama maafkan abang Kimi. Kak long tak terima lagi pinangan tu sebab ibu dengan ayah. Kak long nak tolong ibu dengan ayah. Tapi abang Kimi janji akan bantu semua dengan syarat kak long sambung balik study. Supaya kemudian hari kak long boleh tolong ibu dengan ayah.” Terangku panjang lebar.

“Abang Kimi dah balik dari Belanda?” soal kak Yati. Aku hanya mengangguk. Kak Yati juga mengangguk faham.
Ahh sudah! Sembang punya sembang, dah pukul 8! Aku terus ke bilik air setelah kak Yati menyuruhku segera mandi. Aku sempat berfikir, apa yang aku nak buat untuk kerjakan cicak kobeng tu?

“Mommy, jom la cepat pergi butik! Niel dah ready ni!” semangat sungguh Danial. Jam baru menunjukkan pukul 8.12 minit. Datin Aleeya terkejut. Anak teruna seorang ni, pelik-pelik je. Tak dapat dijangka tindakannya. Sekejap rajin, sekejap malas, sekejap baik ,sekejap nakal.

“Awal pulak hari ni! Semalam bukan main liat lagi nak teman mommy.” Perli Datin Aleeya.
Danial hanya tersengih macam kerang busuk. Beg yang tersangkut dibadannya menyimpan sejuta rahsia. Peralatan yang akan dia gunakan untuk mengenakan Airysha tersimpan di dalam beg itu.

“Pukul 8.30 baru keluar. Mommy nak kemas dapur kejap.” Datin Aleeya meneruskan kerja mengemasnya bersama pembantu rumahnya. Walaupun dia sudah mempunyai pembantu, tetapi dia tetap membantu pembantu-pembantunya untuk mengemas rumah. Itu sudah menjadi rutin hariannya. Senaman, katanya. Danial terus menerus menanti ibunya selesai mengemas. Yang pasti, lipas di dalam botol dan kodok yang dia cari semalam mesti hidup! Aku nak tengok macam mana reaksi kat, Alia Airysha. Sengih Danial.

“Franz, what’s wrong? Senyum sorang-sorang. In love?” soal Encik Eddy yang baru turun ke ruang tamu sambil membetulkan butang di lengan baju kemejanya. Lelaki Perancis itu amat fasih berbahasa Melayu. Sudah 30 tahun dia menikahi Datin Aleeya dan mereka menetap di Malaysia.

“Nothing la papa. Just thinking of something that will happen later.” Jawabnya penuh rahsia. Encik Eddy mengangkat kening tanda tidak faham. Dia hanya menggeleng dan mencari isterinya di dapur untuk membantunya membetulkan tali leher yang tergantung di leher.

Danial dan Datin Aleeya berjalan masuk ke dalam butik. Danial meluru masuk ke bahagian baju-baju yang sepatutnya Airysha berada. Tiada! Hishh! Mana la pergi minah ni. Lantas lipas dan kodok dikeluarkan dari begnya. Dia menoleh ke kiri dan kanan supaya tiada siapa yang sedar tentang tindakannya. Datin Aleeya telah lama menghilang ke dalam officenya. Kebetulan, kedatangan Airysha membuatkan Danial tersenyum lebar. Kotak yang berhias indah dibetul-betulkan supaya kelihatan cantik. Airysha segera meletakkan beg tangannya di tempat rehat dan mengambil posisi yang sepatutnya dia berada.

“Oi cicak kobeng! Kau buat apa kat sini? Menyebok je! Pergi sana! Shuhh!” kasar sekali aku menghalaunya. Gayanya seperti aku menghalau anak kucing, mak kucing, bapak kucing! Ha ha ha. Aku ketawa sendiri di dalam hati.

“I just wanna say i’m sorry.” Dia menghulurkan kotak yang berhias indah itu kepadaku. Aiseyman!! Pandai jugak mamat ni balut hadiah! Lawa! Ada reben lagi tu. Serba salah untuk aku menerimanya. Terima ke tak? Terima? Tak? Arghhh! Rezeki depan mata.

“Terima kasih.” Ucapku pendek dan menyahut huluran bungkusan itu. Danial tersenyum. Kenapa aku rasa seronok bila perempuan depan aku ni terima hadiah yang aku bagi? Aahhh! Kacau!

“bukak lah.” Pinta Danial. Yang penting, dia harus melihat reaksi Airysha apabila membuka bungkusan itu. Aku hanya menurut. Reben di buka. Pembalut dikoyakkan. Kotak dibuka.

“Mak oi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” aku segera membaling kotak tersebut jauh dari diriku. Kodok yang berada di dalam kotak itu segera melompat pergi untuk menyelamatkan dirinya. Daripada aku jadik korban, baik aku lari. Mungkin ayat ini yang berada dibenak kodok itu. Danial ketawa terkekek-kekek. Meleleh air matanya kerana terlalu banyak ketawa. Jantung aku berdegup kencang. Takut dan geli dengan kodok itu, juga marah dengan Danial. Tidak semena-mena, air mata bergenangan di mataku. Aku terlalu takut dan marah. Bibirku diketap rapat. Danial yang menyedari titisan air mula meleleh dari mata aku merasa bersalah.

“Rysh, sorry. I just wanna have fun with you.” Ucapnya. Aku hanya kaku. Air mataku bertambah deras mengalir. Danial serba salah. Lipas di dalam botol tidak jadi digunakan untuk mengenakan aku buat kali kedua. Pantas jari jemari kasar Danial mengesat manik-manik air yang meleleh dari mataku. Aku terkesima. Apa yang dia buat ni?! Aku terus menepis tangannya dan berlari menuju ke bilik air. Aku menangis semahunya.

“ahhh!! Cicak kobeng! Mala’un! Mangkuk tingkat! Senduk! Kuali! Periuk! Berani dia buat aku macam ni! Dah la buat aku terkejut, buat aku menangis depan dia pulak tu! Berani pulak dia sentuh aku?! Aku takkan lepaskan kau!” aku hamburkan kemarahanku di hadapan cermin di dalam bilik air. Pantas air mata diseka. Jaga kau! Aku ada seribu satu cara untuk kenakan kau. Kau akan menyesal! Aku segera mencuci wajahku bagi menghilangkan sedikit kesat air mata.

Alamak. Sampai menangis minah tu aku kerjakan. Parah ni! Tapi dibandingkan malu aku kat KL Central, mana lagi teruk? Ke sama-sama teruk? Arghh! Perempuan buat hidup aku kacau la! Lantas Danial terus meninggalkan butik dan pulang ke rumah. Lipas di dalam botol dibuang di dalam tong sampah berdekatan keretanya sebelum memecut laju di jalan raya.

Aih? Mana mangkuk tadi? Lesap? Tunggu kau mangkuk ayun! Bisik hatiku.

“Sayang, malam ni you teman I makan, boleh?” ucap Issabella. Danial hanya mendengar rengekan kekasihnya itu. Kenapa malam ni moodnya untuk bermanja dengan kekasih-kekasihnya hilang? Air mata Airysha terbayang difikirannya.

“You, malam ni I tak boleh teman you. I nak keluar dengan mommy I. Later I call you. Assalamualaikum.” Tup! Danial terpana. Salam yang baru dia ucapkan. Tidak pernah seumur hidupnya mengucapkan salam diakhir perbualan dengan sesiapa pun. Arghhh! Kacau! Alia Airysha, apa kau buat kat aku ni! Segera Danial bangun dari pembaringan dan menuju ke bilik air untuk membasahkan dirinya yang terasa melekit.

Issabella terkejut. Salam? Huh! Kenapa dengan mamat ni? Berubah pulak perangai jadik alim macam ni apa kes? Something’s fishy here. Issabella terus membaling talifonnya. Geram! Berderai sudah C905 nya. Arghh!

“Rysh!” sapa kak yati. Aku segera menoleh ke arahnya. Dia memasuki bilik.

“Huishh! Kenapa?” soalku.

“Danial….” kak yati menoleh ke arah tingkap. Aku pelik. Danial? Segera aku bangun dari katil dan mendekati tingkap. Mak oii!! Cicak kobeng ni gila ke datang malam-malam kat sini?? Mana pulak dia tau tempat tinggal aku ni? Hadoii!! Boleh bagi aku heart attack macam ni!!

“Keluar la. Dia tunggu tu. Kak yati nak sambung cerita Gumiho ni.” Kak yati terus berlalu pergi menuruni anak tangga untuk ke ruang tamu. Aku segera menyarung tudung di kepala. Nak kena tau cicak kobeng ni! Segera aku keluar untuk ‘menghalau’nya pergi.

Pintu pagar ku tolak sedikit. Dengan wajah mencuka aku memandangnya.

“Nak pe?” soalku acuh tak acuh. Perghhh! Perfume dia! Harum semerbak! Kalaulah aku ni isteri dia, dah ku peluk-peluk tak bagi keluar rumah. Uihh! Sampai ke situ pulak aku fikir! Erghh! Padam! Padam! Padam! Nyah kau dari fikiran aku!

“I just wanna say sorry pasal pagi tadi.” Keluhnya kesal. Aku mendongak sedikit ke wajahnya. Haaaaa…. kenapa macam ni! Mata diaaaa!!! Cantiknya.

“Boleh pinjam mata awak tak?” soalku tiba-tiba tanpa disedari. Opss! Segera aku menekup mulut. Ihh! Mulut ni bagi malu aku je. Danial terkejut dengan soalanku. Kemudian dia ketawa perlahan.

“If you maafkan I, I sanggup bagi mata I kat you.” Ujarnya. Gentleman beb!! Danial terus membetulkan rambutnya yang jatuh di dahi. Ihhhhh!!! Bergetar jantung!! Segera aku mengalih pandangan. Malu pon ada!

“Awak! Baliklah. Saya nak kena bangun awal esok. Awak tau saya bekerja dengan mommy awak, kan? Saya kna jaga disiplin saya. Sudahlah! Balik! Balik! Balik!” segera aku menolak tubuhnya jauh dari pagar rumah.

“Ehh! Nanti! Nanti! You maafkan I?” soalnya. Aku berhenti menolak.

“Balik! Go home!” aku terus-terusan menghalaunya macam kucing.

“I won’t go home sebelum you maafkan I.” Terus dia melutut dihadapanku. Aku kaget. Terpana dengan tindakannya. Hah! Kisah apa aku! Terus aku berlari masuk ke dalam rumah. Sebelum itu, pintu pagar ku kunci.

“Shuhh! Meoow! Shuhh!” sempat aku mengusiknya. Menghalaunya seakan menghalau kucing liar. Kejam memang kejam. Tapi apa yang dia buat kat aku lagi kejam! Tak boleh diterima!

“Hah?!” rengus Danial. Ingat aku kucing kurap ke? Suka suki je halau aku macam tu. Terus danial bangun dan masuk ke dalam kereta. Dia merenung lama ke arah stereng kereta. Jari diketuk-ketuk di atas stereng. Lantas radio dipasang. Rentak ayat-ayat cinta berkumandang memenuhi ruang kereta. Sentimental pulak aku malam ni! Pacuan empat roda itu terus bergerak membelah malam yang dingin.

Aku mengintai dibalik tingkap. Tau pon kau! Hah! Melutut konon. Seminit pon tak boleh nak tahan! Anak mak betul! Casanova melutut depan aku tu! Patutnya aku mintak kak yati ambil gambar tadi. Boleh simpan dalam frame! Bawak masuk facebook ke, twitter ke pon best jugak. Perghh! Boleh jadik famous aku cam ni. Seronok la pulak ada orang melutut depan aku. Tak pernah-pernah orang buat kat aku macam ni. Hu hu hu.. seronok!

Langsir ditutup. Kak yati memerhatikan perlakuanku. Lantas kak yati ketawa sinis.

“Pehal kak?” soalku. Aku terus mengambil tempat bersebelahan dengan kak yati.

“Kemaruk cinta eak?” soal kak yati. Aku hanya menjeling dan terus menaiki anak tangga menuju ke bilik. Ku hempas tubuhku di atas katil. Haisshh!! Kenapa la pulak dengan cicak kobeng tu? Wayar dalam otak dia terputus kot! Haha.. tidur lah mata.. tidur.. hari esok.. pastikan dia terkena! hati aku masih berbara. seandainya bara benci ini boleh digantikan dengan bara api cinta. isshh! apa aku ni! hilang lah kau dari fikiran aku, cicak kobeng! shuhhh!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

26 ulasan untuk “Novel : Cinta kontrak 5”
  1. ladymem says:

    best!! dah buat bku ker? nak satu!

  2. ayu zalikha says:

    novel ni ok..jln cerita menarik..tp…..kata ganti nama aku tu x brp kenala…knp x gunakan nama airysha..jgn guna “aku” kerana cerita ni berkisar tentang hal semua orang..apa yg berlaku dirumah , didlm hati watak2 yg terlibat..kalau gunakan aku tu mcm x kena plk…

  3. Hye mi says:

    haha gumiho.. haha best oo citer gumiho..haha tp cite ni best gk

  4. Ain says:

    Gumiho , akk ske eak cite uuw ? ;)

  5. 1234 says:

    okey. jalan cerita dye dh best dah. but, terlalu banyak tanda seru sampai mata saye x boleh nak terima lagi.. hehe

  6. sheery merry says:

    bestttttttttt .. kelakar sgt22222

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"