Novel : Cinta kontrak 6

16 November 2010  
Kategori: Novel

52,892 bacaan 16 ulasan

Oleh : nurul ain syuhada @ aleeya natasya

6

“Long, tolong ibu jap. Ni haa.. beras ni. Ibu tak larat nak angkat.” Ujar ibu lesu. Kak long terus membantu ibu meletakkan guni beras itu di atas meja.

“Nak buat apa ni,bu? Kenapa nak letak atas meja?” soal kak long.

“bahaya letak kat bawah. Sekrang dalam rumah ni, banyak tikus. Nanti habis beras kita dimakan dek cik siti tu.” Ibu terus duduk di kerusi. Kak long juga menarik kerusi dan duduk di tepi ibu.

“Ibu macam tak bermaya je lepas Angah takde. Ibu rindu Angah?” soal kak long sambil memerhatikan raut wajah tua ibunya. Ibu mengangguk.

“Dia nak telefon kita pon tak boleh. Kita mana ada nombor rumah. Along, teman ibu pergi telefon Angah kejap. Ibu rindu la.” Pinta ibu. Jari jemari ibu diramas lembut oleh kak long. Kak long mengangguk seraya bangun untuk mengambil tudung.

Usai breakfast, aku terus menyiapkan diri untuk ke butik. Aku memilih untuk memakai sehelai blouse labuh berwarna kuning pekat dan hitam dan sehelai jeans hitam. Tudung labuh bidang 60 yang berwarna kuning air ku pakai. Aku tidak tahu kenapa aku gemarkan tudung labuh. Yang pasti, itu menunjukkan keayuan diri aku dan insya Allah kekuatan imanku. Tiba-tiba aku teringat kejadian malam tadi. Sesenang dia je nak sentuh-sentuh aku! Dalam cuaca yang tenang, jangan ingat takde taufan! Kata orang tua, air yang tenang jangan disangka tiada buaya! Kau memang betul-betul mencabar diri aku, Danial! Bipp..bipp…bipp…Aku menoleh ke belakang di mana telefon bimbit kak Yati teletak di atas katil. Terdengar telefon bimbit kak Yati berbunyi. Aku terus meluru ke arah katil dan melihat siapa yang memanggil. Aku tersenyum. Pasti kak long!

“Kak yati!! Orang angkat telefon tau! Kak long telefon ni!” jerit aku. Kak yati membalasnya dengan jeritan juga. Dia membenarkan aku untuk mengangkatnya.

“Assalamualaikum!! Kak long!” jerit ku. Aku terlalu merindui keluargaku. Aku sudah mengenali nombor yang memanggil. Walaupun hanya beberapa hari lalu kak long sudah menghubungiku, tetapi aku tetap tidak puas. Aneh. Aku terdengar tangisan dihujung corong telefon.

“Kak long?” soalku.

“Angah…. Ibu ni.” Si pemanggil memperkenalkan dirinya. Aku terkedu. Ibu?

“Ibu!!” aku menjerit gembira. Air mata juga sudah mengalir perlahan.

“Angah sihat?” ujar ibu sekadar berbasi-basi. Hati ibu merintih hiba ingin bertemu dengan anaknya.

“Angah sihat, bu. Ibu jangan risau la, bu. Angah dalam proses mengumpul duit. Nanti angah dapat gaji, angah hantar kat ibu, okey?” beritahuku.

“Ibu tak harap duit dari kamu. Ibu harap kamu balik jenguk ibu dengan ayah ni je. Itu pun dah cukup buat ibu.” Ibu sebak. Hatinya terlalu sedih.

“Ibu, jangan la menangis. Insya Allah, angah akan balik. Tapi lambat sikit. Sebab angah pun baru mula kerja. Angah rindu gilerr kat ibu!!!” rintihku. Ibu mengangguk. Air mata dikesat perlahan. Bahu ibu disentuh kak long. Kak long cuba menenangkan perasaan ibu.

“Ibu tau. Ibu harap kamu jaga diri kamu elok-elok. Jangan bagi kami semua risau. Alang pun boleh tolong ibu sekarang. SPM dah tamat. Tunggu result je dia tu. Entah result nak keluar macam mana.” Keluh ibu. Tapi aku tahu, Alang amat bijak! Apa gunanya result gempak kalau tiada duit?

“Insya Allah ibu… angah tau…” tak sempat aku menghabiskan ayat, telefon sudah terputus.

“Ibu?? Ibu! .. ibu!!” jeritku. Apa yang terjadi? Kenapa terputus? Aku mula risau.

“Angah? Angah??” ibu mula panik. Kenapa angah mematikan talian?

“Ibu, duit syiling habis la. Ibu jangan la risau. Angah takde apa-apa. Cuma duit syiling ni haa.. tak cukup.” Kak long memberitahu ibu. Ibu mengangguk. Patut la.. buat suspen je. Bisik hati kecil ibu.

Aku tertanya-tanya keadaan ibu. Kenapa talian terputus?? Ibu ada apa-apa ke? Argghh! Aku mula naik risau. Aku hanya mampu memikirkannya dan terus memikirkannya.

Setibanya di butik, aku terus melaksanakan tugasku. Tetapi hari ini, semuanya serba tidak kena. Aku masih merisaukan keadaan ibu. Aku tidak dapat menumpukan perhatian yang penuh terhadap tugasku. Tanganku membetul-betulkan baju-baju dihadapanku. Tetapi pandanganku tidak tertumpu di situ.

“Aleeya, I’m sorry. I know I was wrong. I tak patut buat macam tu kat u. I’m sorry okey?” Danial muncul dari belakang dan meminta maaf. Aku hanya diam. Tidak mendengar kata-katanya. Danial memandang belakang tubuhku. Geram dengan reaksiku. Ego! Budak ni kan! Memang tau! Rasa macam nak lenyek-lenyek buat cucur pisang je. Tak pun gantung minah ni kat tayar kapal terbang. Padan muka! Malas nak layan! Gerutu hati Danial. Lantas Danial terus berlalu pergi meninggalkan diriku menuju ke kereta miliknya.

“Jangan ingat aku nak tunduk la dengan kau, minah… minah… minah pisang! Argghh!!” sempat juga Danial mengomel di hadapan butik. Lantas dia terus Danial masuk ke dalam kereta dan memecut laju. Minah pisang? Tiada idea lain nak panggil ke? Pelik jugak aku ni. Fikir Danial sendiri.

“Rysh! Hohoi!” sergah kak yati. Aku yang sedang mengelamun, terkejut.

“Kenapa ni kak? Main sergah-sergah orang pulak.” Ngomelku.

“Danial marah apa tu sampai naik merah muka dia tadi?” soal kak yati. Aku terkejut. Danial ada datang ke? Bila masa? Tak sedar pun. Aku hanya terdiam.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

16 ulasan untuk “Novel : Cinta kontrak 6”
  1. intan maisarah says:

    <3

  2. farhana says:

    Tolong untuk ke 22 dn seterusnya..kt popular dh abis stock..

  3. nana says:

    bezz giler.mmg bezlah x tau nk ckp per

  4. roziana Ana says:

    lucu giler la novel ni…..pastu ada lek unsur unsur korea…best giler…
    ktawa sakan dah ni….

  5. mariyam says:

    <3

  6. raiha says:

    da dapt cari pon kt popular.. mmg best.. bnyak kali tangkap leleh.. ade jgak y port kelakar x ingat dunie.. sweet couple.. x boleh tgal bce novel nie.. lau tgal mst asyk dok ingt ape akan jdi lpas 2..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"