Novel : Cinta Sejati Cinta Abadi 1

29 November 2010  
Kategori: Novel

9,985 bacaan 2 ulasan

Oleh : NABMR

PROLOG

“Adam… Hawa, mari masuk. Mama masak pisang goreng ni. Mandi dulu baru makan,” kata Mira kepada dua orang anaknya yang tengah bermain di halaman rumah.
“Ya, mama,” serentak Adam dan Hawa menjawab.
“Adang…ate kate ite awan? Cape apai lu, iye oleh andi ulu? Nak tak?” dengan petahnya Hawa bertanya kepada Adam.
“Nak!” jawab Adam dengan gembira.
“Abang kira. 1…2…3…” sambungnya.
Mereka berlari dengan semangatnya. Disebabkan usia Adam yang lebih tua dari Hawa, maka Adam menang.

“Im tengok anak daromu…kecik-kecik pon doh nakal supo mu laa…turon bakak ko? Hahaha!!!”, kata Is dengan loghat Kelantan yang diwarisi dari mamanya.
“Abis… keluar dah… keluar dah. Dik, kite pon kene keluarkan gak, dik” kata Amiruddin kepada Mira.
“Ape yang terkeluar? Anak tu ke?” kata Is sambil menunjukkan perut Mira yang sedang boyot itu.
“Im… Im call ambulan cepat! Anak ko dah nak keluar dah! “sambung Is dengan gurau sendanya yang semakin galak.
“Ya Allah! Mana? Mana?” Im yang sedang leka dengan puterinya terus kelam kabut masuk dan pergi ke isterinya.
“Hahaha…hahaha,” gelak sakanlah mereka apabila Im terkena dengan gurauan Is. Is tergelak kuat sampai terkeluar air matanya.

Adam dan Hawa yang tidak mengerti apa yang berlaku hanya memandang ayahnya. Merah padam muka Im apabila Is berjaya mengenakan dia. Namun belum sempat Is berhenti gelak, dia sudahpun dikejar oleh Im. Semakin kuatlah gelak serta keserian dalam rumah yang telah lama sepi.

BAB 1

“Adik tunggu kat sini tau? Kakak nak pergi beli makanan, ” kata Ira kepada Mira. Ketika itu, ini adalah waktu rehat akhir mereka di Sekolah Kebangsaan Taman Koperasi Polis sebelum cuti sekolah bermula. Ira dan Mira ketika ini berada dalam Darjah 1.
“Ok…tapi kakak jangan lame tau,” jawab Mira dengan lembut.

Lepas beberapa minit Ira pergi membeli makanan, Mira mundar-mandir kerana risaukan kakaknya, Ira. Tiba-tiba dia terlanggar seorang budak lelaki yang sedang berjalan ketika itu.
“Mata ko, ko taruk mane ah??!” kata budak lelaki itu yang lebih tua 2 tahun dari Mira dengan kasar.
“Minta maaf, ” kata Mira apabila mengetahui itu salahnya.
“Pompuan nie memang ar…” sambung budak lelaki itu sebelum sempat Mira berhenti meminta maaf. Budak lelaki itu terus melanggar bahu Mira dan menyebabkan Mira terjatuh. Mira mengerang kesakitan. Namun budak lelaki itu terus pergi tanpa memandang belakang. Namun tiba-tiba kakinya terpaku apabila ada suara seakan-akan memanggilnya.
“Woii!!” kata Ira apabila lelaki itu semakin jauh dari Mira.
“Kakak, jangan,” kata Mira walaupun dia tahu kakaknya tidak akan mendengarnya.
Setelah budak lelaki itu berpaling ke belakang, dia melihat seorang budak perempuan di hadapannya yang comel sangat. Namun kerana bencinya kepada maknya, dia membenci semua wanita kecuali adiknya, Alya Farhana. Ira terkesima dengan apa yang dilihatnya. Budak itu berjaya mengugatkan hatinya ketika itu. Namun dia ketepikan semua itu setelah dia sedar bahawa budak itu telah menyakiti adiknya.
“Amik ko!!!” seraya satu tumbukan kena pada pipi budak itu.
Budak itu memegang pipinya yang sakit itu. Saat itu sebelah tangan budak itu dah mengenggam penumbuk untuk membalas. Namun, belum sempat dia membalas tumbukan itu, dia terdengar orang memanggil namanya.
” Is!!! Is…jangan!!!” jerit Im atau nama penuhnya Zahim Zahari dan Airen serentak. Mereka adalah sahabat-sahabat Is.
Im memberi isyarat kepada Is supaya tidak meneruskan hajatnya itu. Zahim dan Airen pun mengajak Iskandar meninggalkan kantin selepas terdengar loceng yang menandakan waktu rehat berakhir berbunyi. Sementara itu, Ira memapah Mira untuk bangun. Dalam hatinya, dia telah menanam satu azam agar dia tidak akan membiarkan adiknya diperlakukan seperti itu lagi. Mira memberitahu kakaknya bahawa apa yang berlaku adalah salahnya dan bukan budak lelaki itu. Namun Ira tidak berpuas hati kerana adiknya sudah pun meminta maaf. Jika tahun hadapan dia bertemu lagi dengan budak lelaki itu, dia tidak akan lepaskan.

***

Selepas tamat persekolahan, Im dan Airen dipanggil oleh Iskandar. Namun, belum sempat dia berkata-kata, sahabatnya itu mencelah.
“Iskandar…tau la ko tak suka mak ko. Tapi ko tak boleh la benci semua wanita hanya disebabkan kau benci mak ko,” pujuk Im dan Airen yang sudah menjadi sahabatnya sejak mereka ditadika lagi. Dia tahu hati sahabatnya itu terluka. Dia tahu hati Iskandar sebenarnya lembut malah Iskandar manja dengan maknya. Namun, disebabkan maknya mempunyai lelaki lain dan meninggalkan dirinya, dia benci semua wanita yang ada.
Is tidak mengambil peduli apa yang dikatakan oleh Im dan Airen. Dia membiarkan semua itu berlalu begitu sahaja kerana niatnya memanggil sahabat-sahabatnya itu adalah untuk memberitahu khabar yang sangat penting.
“Im…Airen…lusa aku akan gi Jepun. Aku, Alya dengan daddy aku je,” kata Iskandar selepas melepaskan keluhan.
” APE?!!!” jerit Im dan Airen yang nyata terkejut dengan khabar itu. Dorang tak sangka yang dorang akan berpisah dengan Iskandar yang telah dianggap sebagai abang walaupun mereka sebaya.
“Aku rasa aku tak akan kembali kat sini dah. Aku minta maaf, sebab baru hari ini aku beritahu dan hari ini adalah hari terakhir kita berjumpa sebelum aku berangkat ke Jepun,” sambungnya sambil mengelap air mata yang hampir gugur. Dia tak nak sahabat-sahabatnya melihat dia mengalirkan air mata.
“Korang lah sahabat yang paling baik ngan aku. Aku minta maaf, kalau aku penah buat salah kat korang. Aku tak akan lupekan korang sampai bile-bile…takkan. Dan Ri, aku nak mintak tolong ko untuk minta maaf kat budak perempuan tadi bagi pihak aku,”sambungnya.
“InsyaAllah, Is,” katanya dengan esakan kecil.
“Kalau boleh, ko cakap kat kak die, tumbukan dia bagus. Aku akan ingat sampai bila-bila sebab dialah budak perempuan yang pertama penah tumbuk aku selain adik aku,” tambah Is sambil tertawa kecil.
Airen dan Im sudah tersenyum hambar dengan jenaka yang dibuat oleh Iskandar. Namun, hanya Allah yang tahu betapa sedihnya hati mereka apabila rakannya akan pergi jauh dari mereka. Mereka melihat riak wajah Iskandar, hanya ketenangan yang terpacar di wajah itu. Namun jauh di lubuk hati, hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan Iskandar ketika itu. Betapa sedihnya hati Iskandar apabila terpaksa meninggalkan sahabat-sahabat yang sangat disayanginya sebagai adiknya sendiri.
Mereka melihat pelajar-pelajar lain sangat gembira apabila persekolahan sudah tamat. Namun bagi Im dan Airen, tidak ada ertinya kegembiraan tamat persekolahan tanpa Iskandar disisi.
Ketika hendak pulang ke rumah, Im dan Airen telah meminta izin dengan ibubapa mereka untuk duduk bersama Iskandar sampai Iskandar berangkat ke Jepun. Walaupun keberatan, namun kerana persahabatan yang dah lama terjalin antara anaknya itu ngan Iskandar, mereka mengizinkan. Im dan Airen terus berlari untuk mengejar Iskandar.
“Is!!! Is!!! Tunggu!!!” kata Airen di dalam hati. Namun kerana kepenatan dia rebah. Im yang sudahpun berada dihadapan berpatah balik untuk memapah Airen. Walaupun rumah Iskandar tidak jauh dari sekolah tetapi bagi budak Darjah 3 yang lain rumah itu jauh sekali.
“Airen…kau kene kuat…demi Is,” kata Im dengan termengah-mengah.
“A…aku…dah…tak…la…rat……” kata Airen.
“Demi Is, Airen…cepat… . Is kata bila dia balik dia akan terus gi umah atuk die yang dekat ngan KLIA tu. Kalau kita lambat…tak dapat lah kita jumpe die,” kata Im dalam satu nafas sahaja.
“Cepat naik belakang aku. Aku dukung ko,” kata Im dengan bersemangat.
“Tapi aku berat laa…” kata Airen.
“Ko gi lah kejar die. Aku betul-betul dah tak larat,” sambungnya lagi.
“Aku sanggup dukung ko kejar Is daripada aku tinggalkan ko sorang-sorang kat sini,” kata Im dengan tangisan yang kecil.
“Cepatlah…” kata Im sambil membongkokkan badannya.
“Bismillah hirrohma nirrohim,” kata Im selepas Airen ada di belakangnya.
Di dalam hati, mereka berdoa agar Iskandar belum tiba lagi di rumah. Dengan sisa-sisa tenaga yang Im ada, dia berlari ke rumah Iskandar. Dia mengucap kesyukuran kepada Ilahi kerana apabila mereka tiba di rumah Iskandar, Iskandar belum lagi berangkat ke rumah atuknya.
Daddy Iskandar telah diberitahu oleh kedua-dua ibubapa Im dan Airen bahawa anak mereka akan tinggal disana dengan Iskandar sehingga Iskandar berangkat ke Jepun. Sebelum ini, anak lelakinya itu selalu bercerita tentang Im dan Airen melalui telefon. Begitu seronok dia bercerita tentang sahabat-sahabatnya. Walaupun Im dan Airen anak orang berada, namun penampilan mereka macam orang biasa saja. Tidak suka menunjuk-nunjuk. Dia menyokong kata Iskandar bahawa Im memang seorang budak yang sering meminta maaf dan suka memaafkan orang apabila Im terpijak kaki Alya. Alya yang bagai mengerti yang Im meminta maaf kepadanya terus berhenti menangis. Dari cerita Iskandar, Airen suka makan. Namun dia tidak kisah mengabiskan duit demi melihat kegembiraan terukir di wajah Airen.
Sehari sebelum Iskandar berangkat ke Jepun, Daddynya telah membawa mereka keluar seharian. Walaupun mereka keletihan pada hari itu, mereka masih bermain dengan Iskandar hingga tertidur bersama Iskandar di bilik permainan.

***

Lagi sekali air mata Airen dan Im jatuh. Sebelum Iskandar berangkat, dia telah bersalaman den berpelukkan bersama dua orang sahabatnya buat kali terakhir. Namun wajah Iskandar kelihatan tenang. Ibubapa Im dan Airen pun tersentuh dengan agenda yang berlaku dihadapan mereka. Walaupun mereka masih kecil, namun persahabatan yang telah 6 tahun terjalin akan memberi impak besar kepada Im dan Airen. Mereka mengucapkan selamat tinggal kepada Iskandar, begitu juga Iskandar.

“Aku tak kan lupakan korang…tak akan!” itulah azam yang tersemat rapi di hati Iskandar.

Sebaik sahaja Iskandar menaiki kapal terbang, air matanya tidak dapat dibendung lagi. Dia menangis sepuas hati. Daddynya yang bagai mengerti tidak mengganggunya. Dia memandang awan putih diluar tingkap tempat duduknya itu. Terbayang wajah rakannya ketika mereka baru berkenalan. Air mata itu keluar tanpa henti sehinggalah Iskandar terlelap kerana penat menangis. Daddynya begitu terharu dengan persahabatan anaknya itu. Begitu besar pergorbanan yang perlu anaknya lakukan di usia sebegitu.

Sampainya mereka di Jepun, daddynya membawa mereka ke tempat tinggal mereka. Keesokkannya, daddynya membawa mereka bersiar-siar di sekitar Tokyo. Setelah sebulan berada di Tokyo, persekolahan pun bermula. Walaupun pada awalnya dia tidak biasa dengan kehidupan disitu tapi lama-kelamaan dia sudah biasa dengan semua itu.

***

Amat sukar permulaan persekolahan bagi Im dan Airen tanpa Iskandar disisi. Namun mereka akan berusaha bersungguh-sungguh agar bila besar nanti mereka dapat pergi ke Jepun untuk berjumpa dengan Iskandar.
Semasa Im Darjah 4 ini, dia mula rapat dengan Amiruddin kerana mereka sekelas. Amiruddin merupakan abang kepada dua beradik kembar yang pernah dia jumpa pada tahun lepas. Mereka sekelas sampai Darjah 6. Memandangkan pada tahun ini mereka akan menghadapi peperiksaan UPSR, mereka belajar bersama. Menjelang hari peperiksaan, mereka menjawab bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang baik. Selepas habis sahaja UPSR, mereka meraikan kegembiraan mereka di MidValley. Mereka keluar bersama-sama pelajar Darjah 6 yang lain.

2 bulan kemudiaan, keputusan UPSR pun keluar. Im, Amiruddin dan Airen sangat gembira kerana mendapat 5A. Namun dalam kegembiraan Im ada kesedihan kerana Airen akan berpindah ke Terengganu. Air mata Im begitu murah jatuh tanpa dipinta. Oleh itu, dia berharap agar Amiruddin tidak akan pergi jauh darinya. Amiruddin merasai apa yang turut dirasai oleh Im, walaupun dia hanya berkawan dengan Airen 3 tahun sahaja.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

2 ulasan untuk “Novel : Cinta Sejati Cinta Abadi 1”
  1. er... says:

    ble nk smbg??? :smile:

  2. NAMBR says:

    tengah proses…tunggu je

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"