Novel : Dia Suamiku 20

11 November 2010  
Kategori: Novel

21,561 bacaan 45 ulasan

Oleh : norisha natasya

BAB 20

Aku memerhati mukaku di cermin. Sembab di mata masih kelihatan. Selepas kejadian yang berlaku semalam air mata menemaniku sepanjang malam. Mujur hari ini hari minggu. Dengan demikian tidaklah aku perlu berhadapan dengannya setelah apa yang berlaku. Perkara yang berlaku itu betul-betul membuatkan hatiku sakit. Sampai hati dia sanggup buat aku begitu. Dia ingat aku ni siapa? Aku juga ada maruah!

Setelah merapikan bedak baby johnson’s di wajah aku lantas ke dapur menyiapkan sarapan pagi. Ketika sedang leka menyiapkan nasi goreng Hamra menyergahku. Rasa bagai nak gugur jantungku.

“Kau nak suruh aku mati cepat ke?” kataku kepada Hamra.

“Kau leka sangat. Aku datang pun tak perasaan. Masak apa tu?”

“Masak ulam jantung!”

“Amboi marah nampak. Sorrylah… Eh, kenapa dengan mata kau sembab? Kau nangis ke?”

“Taklah, tidur lewat malam tadi,” jawabku sambil melarikan wajahnya ke arah lain.

“Aku rasa kau awal-awal lagi kau dah masuk bilik. Kau kenapa? Ada masalah ke?” tanya Hamra. Riak risau jelas diwajahnya.

“Takde apa-apalah. Tidur lewat,” aku meneruskan kerja memotong sayur.

“Pasal Aleef ke?”

Jawapan itu aku biarkan sepi. Belum masanya untuk aku bercerita. Aku masih sakit hati dengan perbuatan Aleef Aakif. Dan aku juga tidak akan bercerita mengenai apa yang telah berlaku semalam petang. Rasa malu di hati masih lagi tersisa.

“Aku dah agak dah. Ini mesti pasal Aleef kan? Dia buat apa kat kau?” tanya Hamra lagi.

“Takde apa-apalah. Betul. Aku malam tadi tidur lewat,” aku tetap berkeras dengan jawapanku.

“Kalau tidur lewat takpelah. Kalau pasal Aleef dia memang nak kena dengan aku,”

“Ewah, macam samseng pula kau ni. Kau boleh ke buat apa-apa dekat dia?” perliku.

“Tengok kaki la beb. Ini Hamra bukan sebarang Hamra. Ini Hamra ada keturunan darah pahlawan,” kata Hamra dengan megahnya. Aku tergelak kecil. Perasaan betullah budak ni. Badan kecil ada hati nak berlawan dengan Aleef Aakif. Baru sekali jentik dah tumbang.

“Aku tengok bulu je yang penuh dekat kaki tu. Takde pula cop pahlawan,” selorohku.

“Hellooo…. bulu-bulu tak main tau. Ni kau nak suruh tolong apa?” Hamra mengubah topik.

“Apa kata kau masak. Aku dah siap potong-potong semua ni. Lama tak merasa masakan kau,”

“Okaylah-okaylah. Eh, telefon kau berbunyi tu,” kata Hamra.

Aku langsung bergegas meninggalkan Hamra di dapur sendirian. Aku mencapai telefon bimbitku. Panggilan dari Mayesa rupanya. Aku lantas menekan butang jawab.

“Hai, awal bangun?” tegurku memulakan bicara.

“Aku memang biasa bangun awal. Kau tengah buat apa tu?” tanya Mayesa.

“Kat dapur tadi. Ni telefon awal pagi ni ada apa? Tak pernah-pernah pun,”

“Aku nak beritahu esok pagi ada futsal dekat Cyberjaya. Jom pergi,” pelawa Hamra.

“Aku tak tahu pun,”

“Aku pun baru tahu. Tadi Harith call,” kata Hamra. Patutlah aku tak tahu.

“Siapa je yang datang?”

“Aku pun tak pasti. Harith baru nak contact diorang. Jomlah pergi. Kalau takde kau tak bestlah,”

“Ala, kau ajaklah husband kau,”

“Aku memang bawa dia tapi mesti dia main. Aku nak tengok je,”

“Tengoklah. Kalau aku rajin aku datang okay?”

“Datanglah. Eh? Datang tau. Aku nak beritahu Harith ni,” rayu Mayesa.

“Eee… tak tahu lagilah. Baru nak rehat-rehat dekat rumah,” balasku. Walhal aku khuatir sekiranya Aleef Aakif turut hadir. Buat masa ni aku tidak mahu berjumpa dengan mukanya. Aku masih lagi marah dengan tindakannya.

“Bolehlah eh?” pujuk Mayesa lagi.

“Aku tak tahu lagi. Nanti aku beritahu,” aku tidak dapat memberikan kata putus lagi.

“Okay, nanti beritahu tau. Aku nak telefon yang lain pula,”

Setelah itu kami memutuskan perbualan kami. Aku duduk disofa sambil berfikir sejenak tentang perlawaan itu. Perlukah aku hadir? Lagipun aku dah lama tidak bersukan. Sesekali beriadah dengan teman-teman seronok juga. Tapi aku khuatir sekiranya Aleef Aakif turut hadir. Kehadiran dia nanti bakal mencemari mood aku.

Satu keluhan dilepaskan. Kenapa aku harus peduli tentang hal ni? Kenapalah aku kisah sangat pasal dia? Sedangkan dia tak pernah fikirkan langsung pasal aku. Kenapalah perkara yang mudah ini menjadi sukar? Soalan SPM pun tidak sesukar ini.

******************************

Aku melangkah memasuki dewan futsal yang terbentang luas ini. Akhirnya aku membuat keputusan menjejakkan kaki ke sini. Semuanya atas desakan Mayesa yang tidak putus-putus memujukku.

Semalam entah berapa banyak mesej yang telah dihantar oleh Mayesa semata-mata untuk memujukku dan mengingatkanku tentang permainan ini. Beria-ia benar dia mengajakku. Untuk tidak menghampakannya aku akhirnya bersetuju.

Aku menghampiri dan menyapa mereka yang lebih dulu sampai dariku. Mayesa, Lyla, En. Hisham, Harith, Sufiah, Azrul dan Aleef Aakif. Ada yang membawa pasangan masing-masing. Nampaknya aku terpaksa berdepan dengannya. Ah, pedulikan dirinya. Hari ini untuk aku merehatkan diri.

“Ingatkan kau tak datang tadi,” kata Mayesa sambil menghampiriku.

“Eleh, dah paksa orang boleh pula cakap macam tu,” aku memerli Mayesa dan dia hanya tersengih.

“Jom…. Kita dah nak start ni,” kata Harith.

“Eh, tak warming up dulu ke?” tanyaku.

“Dah warming up la sayang. Awak je yang datang lambat,” kata Harith. Tersentak mendengar dia berkata begitu. Berani sungguh. Semua yang ada mula tersengih-sengih memandangku. Cuma Aleef Aakif sahaja berwajah selamba.

“Amboi, bersayang-sayang pula. Dah jomlah. Ryna, aku, laki aku, Harith dengan En. Hisham satu team,” kata Mayesa.

“Aik, bila pula divide team ni?” soal En. Hisham.

“Hehe… siapa cepat dia dapat,” selamba sahaja Mayesa menjawab.

“Ikut hang lah May. Aku tak kisah team mana,” kata Harith.

“Kau silap pilih oranglah May. Aku dengan En. Aakif yang handal bermain kau kasi team lain. Memang kalah la korang,” kata Azrul di sisi Lyla. Aku mencuri-curi pandang reaksi Aleef Aakif. Dia hanya tersenyum.

“Rul, aku tahu kau mana boleh berpisah dengan Lyla tu. Kalau aku tarik Lyla dalam team aku, kau mesti nak ikut sama kan? Kan? Nanti kesian Sue sorang je perempuan dalam team tu. Aku ni seorang yang adil tau,” balas Mayesa. Aku hanya mampu tersenyum melihat Mayesa. Ikut kau lah Mayesa. Janji aku bukan satu kumpulan dengan si Aleef tu.

“Korang nak main ke tak ni? Sudah. Jom mula sekarang. Tak payah lawan mulut, lawan kaki baru tahu siapa menang siapa kalah,” Aleef Aakif bersuara.

“Betul tu. Tunggu budak-budak ni berborak memang tak main kita pagi ni,” sambung En. Hisham pula. Dan kami semua tersengih-sengih. Bos sudah mengeluarkan kuasa vetonya. Kemudian kami terus beransur ke gelanggang.

Sementara mereka sedang bermain-main sambil menunggu kalau-kalau ada lagi staff yang datang aku memanaskan badan sendirian. Takut pula kejang kaki ni. Maklum sajalah umur pun semakin meningkat. Ditambah pula aku ni amatlah jarang untuk bersukan. Boleh dikira setahun berapa kali sahaja aku beriadah. Lemak-lemak di badan pun dah naik tepu.

Kehadiran Hazriq dari staf unit kewangan lima minit selepas itu memulakan perlawanan kami. Aku yang tidak biasa main hanya mampu mengejar bola. Kalaupun bola itu sampai ke kakiku, aku menendang tanpa arah. Bukan aku sahaja yang mempunyai ragam tetapi ada macam-macam lagi gelagat yang aku dapat lihat. Lebih-lebih lagi apabila kaum hawa bermain.

Ada yang tendang bola sambil tergelak. Ada yang tendang angin. Ada yang kuis sahaja bola tu. Ada pula berpusing mengelilingi bola untuk menendang bola ke arah bertentangan memandangkan gol pihak lawan berada di belakangnya. Lawak sungguh! Aku lebih banyak tergelak daripada bermain.

Tetapi kaum adam usah dikata. Mereka main cukup bersemangat. Kadang-kala naik takut pula hendak bermain dengan mereka. Tendangannya padu. Aku selalu sahaja mengelakkan badanku dari terkena bola tendangan mereka. Mayesa di dalam gelanggang sudah mula bising kerana mereka main sesama mereka. Mereka lupa kami ada di sini. Mereka lupa kaum hawa turut berada dalam gelanggang itu.

Ketika aku menerima bola dari Mayesa, aku cuba bawa bola itu ke gol lawan. Walaupun agak terkial-kial aku tetap sahaja berusaha. Namun aku sedar dua tiga orang sedar menghampiriku. Mereka mula menghimpit dan berusaha untuk merampas bola dariku. Entah dimana silapnya aku terpelecok dan jatuh.

Aku terduduk di lantai namun aku terasa lain. Kenapa lantai ni terasa lembut. Dan ketika itu aku baru tersedar pinggangku telah dirangkul oleh seseorang. Seseorang yang kini berada dibawahku. Aku terduduk di atasnya! Oh, tidak! Malu tidak terkata. Tengok dari bentuk tangan memang sah lelaki. Siapa lelaki ini?

Perlahan-lahan aku memusingkan kepala dan aku menelan air liur. Alamak! Sekali lagi hatiku berderau. Aleef Aakif! Buat apalah dia ada kat bawah ni? Macamana aku boleh terduduk atas dia? Kejadian hari tu sudah membuatku malu dengannya inikan pula ditambah lagi satu kejadian malu.

Mayesa menghulurkan tangan. Sebaik sahaja aku berdiri dan menapak, pergelangan kaki kiriku terasa sakit. Aku mengaduh dan duduk kembali. Tetapi yang pasti tidak di atas Aleef Aakif.

“Kenapa Ryna?” tanya Mayesa.

“Kaki aku sakit,”

“Mari aku tengok kaki kau,” kata Sufiah sambil menanggalkan kasutku. Dia mula memicit dan meregangkan kakiku. Terasa sakit tetapi semakin lega.

“Terseliuh sikit je kaki kau,”

“Kenapa tu?” tanya En. Hisham. Mereka mula mengerumuni aku.

“Takde apa-apa. Sue kata urat saya tegang sikit,” jawabku sambil menyarungkan semula kasut.

“Ryna rehatlah dulu dekat luar. Kalau dah okay baru main balik,” kata Harith.

“Kau okay ke ni?” tanya Mayesa lagi.

“Okay,” jawabku pendek. Aku cuba bangun. Namun ketika menapak masih terasa sakit. Tetapi tidak sesakit tadi.

“Aduh,” aku mengaduh untuk kedua kalinya.

“Okay tak ni? Mari…. aku papah kau keluar dulu,” aku berpaut pada Mayesa.

“Mayesa, biar saya bawa dia keluar. Awak buka pintu keluar tu,” arah Aleef Aakif.

“Eh, takpe. May boleh tolong. Kan May?” kataku.

“Aah, yelah. Aku tolong kau buka pintu okay,” kata Mayesa sambil mengenyitkan mata ke arahku. Apa maksudnya?

Dia terus sahaja melepaskan pautanku dan berjalan ke arah pintu keluar gelanggang. Geram sungguh dengan tindakan Mayesa. Ada ke patut tinggalkan aku dengan si Aleef Aakif ni. Aku mula mengatur langkah sedikit. Walaupun sakit aku gagahkan juga. Aleef Aakif memegang tanganku dan aku menepis. Perlahan.

“Takpe, saya boleh jalan sendiri,”
“Degil!!” kata Aleef Aakif perlahan. Mujur sahaja tidak didengari orang lain.

Aleef Aakif lantas mendukungku. Aku terkedu. Ketika itu hanya tuhan sahaja yang tahu betapa aku malu diperlakukan begitu. Staf yang lain yang sedang menyaksikan adegan itu ada yang bersiul tidak kurang juga bertepuk tangan melihat Aleef Aakif mendukungku. Seronok benar nampaknya mereka melihat adegan ini. Tetapi aku…..

“Apa ni? Turunkan saya. Saya boleh jalan sendiri,” kataku kepadanya.
“Diam!”

Aleef Aakif terus sahaja berjalan membawaku. Ingin sahaja aku melompat turun dari dukungan Aleef Aakif itu. Namun melihat pada keadaan kakiku, aku terpaksa membatalkan niatku itu. Mayesa tersenyum simpul ketika kami berdua melalui pintu keluar itu. Malunya.

“Terima kasih,” ucapku sekadar berterima kasih atas pertolongannya.

Setelah Aleef Aakif meletakkan aku di kerusi yang berdekatan, mereka mula menyambung semula perlawanan. Aku hanya memandang dari luar. Dalam pada itu tanganku mengurut-urut kakiku. Aku cuba memijak beberapa kali. Alhamdulillah rasa sakit beransur pergi sedikit demi sedikit.

Tidak lama selepas itu, kelibat seseorang yang aku kenali datang dan menghampiriku. Wanita itu duduk hampir denganku. Dia melambai ke arah gelanggang dan Aleef Aakif membalasnya. Aku buat-buat tidak perasaan dengan mereka berdua. Hakikatnya aku nampak semua yang berlaku. Aku mengurut-urut kakiku dan setelah itu aku menyarung kasutku semula. Dalam pada itu hati ini resah dengan kehadirannya.

“Aku rasa kau patut lepaskan Aakif,” kata wanita disisiku, Damisya. Aku terkejut dan memandangnya.

“Saya rasa awak kena tanya Aakif,” balasku.

“Aku tahu. Aku tahu dia tak nak lepaskan kau. Dendam dia masih membara. Tapi kau boleh tuntut fasakh,” kata Damisya lagi. Matanya langsung tidak memandangku. Wajahnya hanya memandang gelanggang yang terbentang dihadapan.

Aku mengalih pandangan ke arah gelanggang. Memerhati gelagat Aleef Aakif yang sedang bermain. Dendam? Entah sampai bila dendam itu akan membara dalam hati Aleef Aakif. Aku tidak pasti. Tapi apa yang dapat aku lihat perwatakan Aleef Aakif sentiasa sahaja kelihatan pelik dimataku.

“Tapi saya…….” argh, payah sungguh untuk aku beritahu situasiku sekarang ini kepadanya. Dia mungkin takkan faham. Dia akan menganggap aku ni perampas cintanya buat selama-lamanya.

“Kenapa? Kau sayang nak lepaskan dia?” duga Damisya.

“It’s very complicated,” jawabku pendek. Aku malas ingin berdebat dengannya ketika ini.

“Please lah….Kau yang buat semua ni susah. Kalau bukan kerana kau, aku dengan Aakif sudah pun hidup bahagia,”

“Semua ni takdir, Damisya. Saya pun tak nak perkara begini berlaku,”

“Huh, senang kau cakap. Disebabkan kau, aku terpisah dengan Aakif hampir 6 bulan. Kau tahu? Kau tahu betapa seksanya aku ketika itu?” luah Damisya. Ya, Damisya aku tahu seksanya berpisah dengan orang yang kau sayang. Aku kehilangan suami hampir 2 tahun. Aku mengerti akan perasaan kau. Tetapi kau takkan mengerti apabila orang yang kau sayang tidak menerima cinta kau. Kau takkan mengerti apabila suami kau sendiri dendam terhadap kau. Kau takkan mengerti apabila semua orang menghina kau. Kau takkan mengerti apabila ibu sendiri membenci kau. Gumamku didalam hati.

“Maafkan saya Damisya. Saya tak berniat nak buat hidup awak macam tu,” kataku ikhlas dari lubuk hatiku sendiri. Aku turut simpati dengan apa yang berlaku terhadapnya. Cuma sekarang ini aku memerlukan masa untuk memperbaiki masalah ini.

“Benda dah jadi bolehlah kau cakap macam tu. By the way, aku akan tetap berkahwin dengan Aakif juga. Aku harap kau selesaikan masalah ini cepat. Aku tak suka berkongsi kasih,” kata Damisya lalu bangun mendapatkan Aleef Aakif yang sedang keluar sebelum sempat aku menjelaskan keadaan sebenar. Kawan-kawan yang lain turut sama keluar dari gelanggang.

Aku terdiam mendengar ayatnya yang terakhir. Mereka akan berkahwin?? Ayat itu bermain difikiranku. Ya, mungkin disebabkan aku, mereka masih lagi tidak berkahwin. Aku penghalang kehidupan mereka. Aku menahan sebak di dada. Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menyelesaikan semua masalah ini.

“Ryna, kaki kau dah okay?” tanya Sufiah.

“Okay dah. Thanks Sue,”

“Betul ni okay? Kalau tak okay saya hantar awak balik, Ryna,” tanya Harith.

“Betul… saya dah okay. Takde apa-apa lagi kan? Ryna balik dulu ye,” kataku. Aku ingin pulang ke rumah secepat yang boleh. Tidak sanggup rasanya untuk melihat kemesraan mereka berdua.

“Eh, nantilah dulu. Kitorang rancang nak lepak minum-minum dekat kedai dulu,” kata Mayesa.

“Takpelah korang pergilah. Ryna balik dulu. Assalamualaikum,”

“Waalaikumsalam,” jawab mereka selang-seli.

Aku terus sahaja melangkah dengan langkah yang sedikit terhencut. Tidak kuat rasanya untuk berada bersama-sama mereka. Aku tidak mahu semua orang dapat melihat air mukaku yang keruh ini.

Aku terus sahaja memandu meninggalkan tempat itu. Namun begitu mindaku masih lagi memutar hujah-hujah yang Damisya katakan. Semuanya silih-berganti. Dan kepalaku semakin berserabut.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

45 ulasan untuk “Novel : Dia Suamiku 20”
  1. nina says:

    sambunglah.best giller citer ni. thumbs upppppppp :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

  2. Lin says:

    mana sambungannye ni.. da lama tunggu episode 21.. x sabar.. cepat laa sambung..

  3. nini says:

    cik penulis…dah byk kali saya baca ep ni…bila lagi nak kuar ep yg seterusnya…hehehe…tak sabar menunggu… ;-)

  4. miraberry says:

    :lol: betol2…cepat la keluarkan,x sabanyer

  5. Siti Soleha Yahaya says:

    ;-) ;-) ;-)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"