Novel : Dia Suamiku 21

20 November 2010  
Kategori: Novel

18,556 bacaan 41 ulasan

Oleh : norisha natasya

BAB 21

Black Monday!!
Argghh… perutku terasa amat sakit. Rasa memulas-mulas dan perit. Aku berguling di atas katil ke kanan dan ke kiri. Namun begitu sakit ini tetap sahaja terasa. Sudah lama rasanya aku tidak mengalami senggugut teruk sebegini. Nampaknya ia datang lagi.

Hendak bangun pun tidak larat. Inikan pula ingin ke dapur untuk mengambil ubat. Sakitnya! Sudahlah kakiku yang terseliuh itu masih lagi terasa sakit kini ditambah lagi dengan satu lagi sakit. Besar sungguh dugaan ini.

Aku sempat menghantar khidmat pesanan ringkas kepada Mayesa mengatakan aku cuti hari ini. Tidak tertanggung rasanya untuk aku pergi kerja pada waktu ini. Aku berjalan keluar sambil terbongkok-bongkok dan sedikit terhencut-hencut. Aku kemudian terus berbaring di sofa bersama comforter milikku. Aku cuba melelapkan mata di situ sambil ditemani suara televisyen yang sedang memaparkan rancangan tv3. Walaupun agak payah untuk melelapkan mata tetapi aku tetap mencuba. Entah bila akhirnya aku terlelap juadi sofa.

Ketukan bertalu-talu dipintu rumahku mengejutkan lenaku. Rasa sakit masih lagi dapat dirasai. Masih lagi tidak berkurang. Pintu diketuk sekali lagi. Aku memandang ke arah jam dinding. Hampir jam 12 tengahari. Tidak sedar aku telah terlena begitu lama. Siapa pula yang mengetuk pintu rumahku ketika ini? Siapa yang nak datang pada waktu begini? Takkanlah Hamra terlupa untuk membawa kunci rumah? Setahu aku Hamra tidak pernah pulang ke rumah pada waktu begini.

Dalam keterpaksaan aku bangun dari pembaringanku. Dengan gaya terhencut dan sedikit membongkok itu aku membuka pintu bersebelahan sofaku. Dalam pada aku menahan kesakitan yang menyengat hingga ke ulu hati ini, kehadiran seseorang yang tidak dijangka itu membuatkan aku terkejut. Aku memandang tepat ke arah matanya. Dia juga bagaikan terkejut melihatku. Kenapa dia datang?

“Kenapa ni?” tanya Aleef Aakif.

“Takde apa-apa,” jawabku. Aku cuba menahan rasa sakit tatkala berada dihadapannya.

“Muka dah berkerut pun masih nak bohong lagi. Sakit apa ni?” tanya Aleef Aakif lagi. Tangannya sudah pun menyentuh lenganku.

Perutku semakin memulas. Aku hampir terduduk dihadapan pintu itu tetapi dia sempat memautku dan memapahku ke sofa. Dan ketika itu baru aku sedar dengan pakaianku. Tubuhku hanya beralaskan singlet putih dan seluar pendek! Patutlah dia seakan terkejut ketika melihatku tadi. Aku malu sekali. Teramat malu dengan cara pakaianku ini. Namun kesakitan yang aku alami mengatasi perasaan maluku ketika ini. Perlahan-lahan aku menarik comforter dan berbaring di sofa itu.

“Ryna, kenapa ni? Sakit sangat ke?” tanya Aleef Aakif lembut. Dalam diam aku terharu dengan pertanyaannya. Kenapa dia baik denganku hari ini? Kenapa tiba-tiba sahaja dia muncul?

“Errr… senggugut..” dalam malu aku menjawab.

“Huh? Sakit apa tu?” mukanya berkerut.

“Sakit perempuan la…” kataku lemah. Kenapa dia datang? Hatiku masih lagi tertanya-tanya.

“Owh.. sorry sebab tak tahu. Dah makan ubat belum?”

“Belum….” jawabku sepatah. Kenapa dengan dia??

“La, kenapa tak makan lagi? Mana ubat tu?”

“Dapur… tak larat nak ambil,” Aleef Aakif terus sahaja berlalu ke dapur sebaik sahaja aku berkata begitu.

“Kat mana? Tak jumpa pun,”

“Peti ais…” jawabku perlahan.

“Kat mana??” tanya Aleef Aakif lagi.

“Peti ais lah…” aku meninggikan suara. Aku sudah cukup resah dengan kehadirannya. Sekarang ni ditambah lagi dengan soal jawabnya. Aku perlukan rehat. Aku perlukan waktu untuk bersendirian. Kenapa dia tiba-tiba datang dan mengambil berat tentangku? Kenapa?

“Ubat tu tak jumpalah. I think you should go to clinic,” cadang Aleef Aakif. Aku hanya mengeleng lesu dan memejamkan mata semula. Hendak ke dapur pun tak larat inikan pula mahu ke klinik.

“Janganlah macam ni. Aku temankan kau ke klinik,” pujuk Aleef Aakif sambil berlutut di hadapanku.

“It’s okay. Kejap-kejap lagi baiklah ni. En. Aleef baliklah. Tak perlu risau pasal saya. Saya cuma perlukan rehat,”

“No, you have to!” tiba-tiba aku terasa bagai diawang-awangan. Aku membuka mata. Aleef Aakif sedang mendukungku.

“Hei… turunkan saya. Kenapa dengan En. Aleef ni??” marahku. Bengang dengan sikapnya. Namun dia tetap sahaja bersahaja.

“Yang mana satu bilik kau?”

“Huh??”

“Yela, takkan la kau nak pergi klinik dengan baju macam ni,” jawabnya. Aku terdiam. Perlahan-lahan aku menuding jari ke arah bilik yang berdekatan. Malas mahu bertekak dengannya. Dia bukan kisah. Ikut suka hati dia je.

Dia meletakkan aku di katil dan menyuruhku untuk menukar baju. Setelah itu dia keluar dan menungguku bersiap. Aku mengeluh sebaik sahaja dia keluar dari bilikku. Kenapa dia begini? Nasib baiklah pagi tadi aku sudah pun mandi. Kalau tak lagi bertambah malu. Dalam kepayahan aku menyarungkan sweater dan seluar panjang. Rambut diikat dan dompet dicapai. Setelah itu aku keluar dan kembali duduk disofa.

“Saya rasa En. Aleef patut balik sekarang. Saya boleh ke klinik sendiri,”

“Kenapa degil sangat? Dah, jom!” kata Aleef Aakif sambil menarikku dan aku mengaduh.

“Ops… sorry-sorry. Tak sengaja,”

“Sakit tau tak? Dahlah jalan pun payah. Nak paksa-paksa pula,” marahku.

Sekali lagi tindakannya mengejutku. Tanpa rasa bersalah dia terus mendukungku. Dalam sakit aku meronta namun dia tetap sahaja bersahaja. Akhirnya aku terpaksa akur kerana perutku betul-betul tidak mengizinkan aku untuk bertindak agresif. Aku hanya mampu merelakan dia mendukungku sehingga ke perut keretanya.

********************************

Satu jam selepas itu, aku dan dia tiba di rumah. Nasibku baik hari ini kerana klinik yang aku pergi tiada pesakit lain. Untuk itu aku tidak mengambil masa yang lama untuk berada di klinik tersebut.

Setelah menelan ubat yang diberikan doktor, aku merebahkan diri di katil dan terus sahaja melelapkan mata. Perut yang sakit beransur pergi sedikit demi sedikit. Namun badan masih lagi terasa lesu dan sengal-sengal.

Dua jam selepas itu aku bangun dari lenaku. Rasa sakit sudah berkurangan namun tetap sahaja sakit. Perut pula terasa lapar. Perlahan-lahan aku bingkas bangun dari pembaringanku. Sebaik pintu bilik dibuka, mataku terbeliak memandang sesusuk tubuh yang sedang lena di sofa.

What!!! Are you kidding me?? Kenapa mamat ni tak balik lagi? Mati-matilah aku ingat aku tinggal berseorangan je tadi. Dia ni tak pergi kerja ke hari ni? Aku memandang tubuh yang kelihatan sepi. Hurm… biarlah dia di situ.

Aku terus melangkah perlahan-lahan ke dapur. Buat kedua kalinya jantungku hampir gugur. Di meja makan sudahpun terhidang makanan. Nasi bubur beserta sedikit lauk-pauk. Dia masak ke? Kenapa banyak sungguh kejutan yang diterima hari ini. Apa motif dia?

“Jomlah makan,” suara dibelakangku mengejutkanku. Tanpa banyak bicara aku mengambil tempat.

Masing-masing diam menikmati hidangan yang tersedia. Aku hanya menjamah tiga empat suap. Walaupun hakikatnya aku terasa lapar tetapi keadaan kesihatanku betul-betul menyekat selera makanku. Aku lebih banyak menjamu minuman daripada menjamu makanan yang terhidang.

“Kenapa tak habiskan?” tanya Aleef Aakif.

“Kenapa En. Aleef macam ni?” pertanyaanku membuatkan suapannya terhenti seketika. Kemudian dia menyambung kembali suapannya. Membiarkan pertanyaanku berlalu begitu sahaja.

“Kenapa En. Aleef datang? Kenapa En. Aleef tiba-tiba baik dengan saya? Apa niat En. Aleef sebenarnya? Tolonglah beritahu saya,” tanyaku bertubi-tubi namun tetap juga tidak diendahkan oleh Aleef Aakif.

“En. Aleef……” rayuku.

“I dont know Afrina. I dont know why I’m doing all this. I dont know why I came here. Please.. stop asking me,”

“Tapi…..”

“Kenapa? Tak boleh ke aku jalankan tanggungjawab aku sebagai suami kau?” Aleef Aakif membidas kata-kataku.

“En. Aleef, saya tak pernah halang. Tapi En. Aleef perlu ingat status kita hanya dalam sijil nikah sahaja. Hakikatnya kita bukan macam suami isteri,” kataku cuba mengingatkannya.

“Bukan ini ke yang kau mahu selama ini?”

“Ya, memang. Saya memang pernah harapkan saya dicintai dan disayangi oleh suami saya sendiri. Tapi sekarang saya tidak pasti. Saya dah penat… Saya dah penat dengan cinta macam ni,”

“Aku tak pernah minta kau mencintai aku ta……”

“Saya tahu. Memang silap saya salah memberi cinta kepada yang tidak sepatutnya. Dahlah, En. Aleef pulanglah. Pulanglah sebelum teman serumah saya balik,” aku memotong kata-katanya. Sakit hati ini mendengar butir bicaranya.

“Kau rasa perceraian boleh selesaikan semua masalah ni?” tanya Aleef Aakif.

“Saya rasa itu yang terbaik. Lagipun En. Aleef bakal berkahwin dengan Damisya,” wajah Aleef Aakif sedikit berkerut tatkala aku mengucapkan kata-kata terakhir itu. Mungkin dia tidak menyangka bahawa aku akan mengetahui perkara ini.

“Atau kau yang dah tak sabar nak kahwin?” perli Aleef Aakif.

“Ikut suka En. Aleef nak fikir apa. En. Aleef baliklah. Saya nak berehat,”

Setelah itu, tanpa menunggu lebih lama Aleef Aakif bangun dan meninggalkan aku sendirian. Aku sudah nekad. Memang itulah keputusanku kini.

****************************

Tayangan di televisyen sikit pun tidak menarik minatku. Sebaliknya aku masih memikirkan tindakan yang harus dibuat selepas ini. Kejadian demi kejadian yang telah berlaku silih berganti bermain difikiranku. Betulkah keputusan yang bakal aku buat nanti?

Kehadiran Hamra di dalam rumah itu juga tidak aku endahkan. Aku lebih banyak termenung dan berfikir. Kadang-kala sakit yang menyengat diperutku ini menyedarkan aku dari lamunan yang panjang.

“Ryna, bila kau masak? Balik awal ke?” tanya Hamra sebaik sahaja keluar dari dapur.

“Aku cuti hari ni. Lagipun bukan aku yang masak,” Hamra duduk disisiku sambil tangannya mencapai remote control.

“Habis tu siapa yang masak?”

“Aleef Aakif…” perlahan sahaja nama itu keluar dari bibirku.

“OMG!!!! Really??” jeritan Hamra mengejutkanku.

“Iye….”

“Ceritalah… Apa dia buat dekat sini? Korang hurm…..”

“Ish, budak ni tak senonoh betullah. Aku pun pelik macamana dia boleh datang rumah siang tadi. Dia yang bawa aku pergi klinik,” beritahuku.

“Wow, that’s great. Hubungan korang berdua dah okaylah ni. Alhamdulillah… Untung kau dapat Aleef, sedap dia masak,” jawapan Hamra aku biarkan sepi. Andai sahaja aku orang yang bertuah itu, tentu sahaja aku tidak perlu alami semua perkara ini.

“Ryna, what’s wrong? Macam ada yang tak kena je?” tanya Hamra.

“Ham…. I think… I should let him go..”

“What?? Serious??”

“I dont know. I just feel… this is a right time,”

“Hei, kenapa ni Ryna? Kau rasa ini yang terbaik ke? Aku rasa korang berdua macam dah okay je. Lagipun takkan kau nak mengalah?”

“Aku dah penat Ham. Dah penat menagih kasih. Dah penat mengejar cinta. Dah penat dengan cinta bodoh aku ni. Aku rasa ini yang terbaik. Semua orang akan happy,” luahku.

“Kau fikir semua orang akan gembira. Kau pula macamana?”

“Aku gembira kalau orang lain gembira Ham,”

“Ryna, aku tak kisah apa pun keputusan kau. Aku tetap sokong kau. Janji kau bahagia,” kata Ham sambil memeluk bahuku.

Sebaik sahaja aku meluah rasa telefonku berdering. Aku mencapai telefonku dan membaca mesej. Senyuman dibibirku mekar tatkala membaca mesej itu. Sekurang-kurangnya pemberi mesej ini membuat hatiku sedikit terhibur.

“Wa, sekarang ni telefon kau selalu berbunyi. Dah ada buah hati baru ke?” tanya Hamra yang masih berada di sisiku.

“Ish, mana ada buah hati. Kawan aku lah,”

“Yelah tu. Mesti someone special kan? That’s why kau tiba-tiba buat keputusan. Kan?” duga Hamra.

“Takdelah. Aku dengan dia kawan je. Aku tak terfikir pun macam apa yang ada dekat kepala kau tu,”

“Tapi kalau kau terfikir pun tak apa. Aku suka tengok kau dah mula nak berkawan. Aku sentiasa doakan kau bahagia,”

“Terima kasih Ham. Ni yang aku sayang kau sangat ni. Nasib baik kau perempuan,”

“Eeeee…. kau jangan! Putus cinta sampai suka perempuan pula. Aku tak nak kahwin dengan kau. Aku nak kahwin dengan Halim je okay?” kata Hamra seraya bangun menuju ke bilik. Dan aku gelak sakan dengan telatahnya. Simpang malaikat empat puluh empat. Aku masih lagi punya pegangan agama.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

41 ulasan untuk “Novel : Dia Suamiku 21”
  1. sitie89 says:

    best sgt2….nk bca lg… :lol: :lol: :lol: :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"