Novel : Terlanjur Mencintaimu 26

20 November 2010  
Kategori: Novel

34,467 bacaan 107 ulasan

Oleh : Syamnuriezmil

Lutfiah telah pun selamat sampai di hospital, Pak Said yang datang mengambilnya. Tengku Hanis tersenyum melihat ibu mertuanya telah sampai lalu mengajaknya melihat Tengku Zahariah. Bilik Tengku Zahariah hari ini penuh dengan bunga segar dan buah-buahan yang diberikan oleh pelawat-pelawat. Dari pagi tadi sampai ke saat ini, tidak henti-henti yang datang melawat. Tengku Zahariah tidak boleh rehat!

“Kak Yah ada bawa kan kari ikan kegemaran kamu Zah.” Lutfiah mengeluarkan bekas berwarna oren lalu diletakkan ke atas meja.

“Akak masih ingat apa yang saya suka? Terima kasih banyak-banyak kak!” ujar Tengku Zahariah kegembiraan. Tengku Hanis tersengih.

“Ibu punya kari ikan memang sedaplah. Ibu kena ajar Hanis nanti.” Ujar Tengku Hanis.

“Boleh… tak ada masalah. Johan pun suka, ini salah satu makanan kegemaran dia. Tapi paling dia suka, gulai nangka ikan masin!” cerita Lutfiah.

“Ibu kena ajar Hanislah macam ni! Hanis tak tahu macam mana nak buat tu…”

“Boleh, nanti ibu tunjukkan.”

“Tiba-tiba saya rasa lapar lah bang! Bau kari ikan ni, saya tak tahanlah.” Ujar Tengku Zahariah. Tengku Hishamuddin yang sedang membaca surat khabar disebelahnya bingkas bangun mengambil pinggan.

“Dia tu sakit ke sihat ke, selera makan tak pernah berubah!” usik Tengku Hishamuddin. Tengku Zahariah mencebik.

“Ibu nak makan sekali?” Tanya Tengku Hanis.

“Ibu kenyang lagi ni. Johan mana Hanis? Kerja ke?”

“Kerja. Kejap lagi dia datang bu.” Ujar Tengku Hanis.

Lutfiah mengangguk-angguk. Lutfiah membelek-belek kad-kad ucapan yang terlekat pada bunga-bunga yang dihadiahkan kepada Tengku Zahariah.

“Rasa macam duduk kat Cameron Highlands!” ujar Lutfiah. Tengku Hanis tergelak. “Sudahlah sejuk, sini pula banyak sangat bunganya.”

“Jom Hanis bawa ibu ke kantin hospital, kita minum-minum kopi, panaskan badan.” Tengku Hanis mengajak Lutfiah. Lutfiah setuju, di dalam bilik itu sangat sejuk sekali, bagaimana besannya boleh tahan? Tengku Hanis beriringan keluar ke kantin dengan Lutfiah. Waktu tengah hari macam ini, mesti kantin ramai. Yelah, staf hospital keluar makan tengah hari!

“Ibu nak makan apa? Nak minum apa?” Tanya Tengku Hanis.

“Makan tak mahu lagi. Minum kopi ais lah. Kalau ada kuih-kuih, Hanis belilah.”

“Okay.” Jawab Tengku Hanis sambil tersenyum. Tengku Hanis beratur di situ bersama-sama staf yang lain. Ada juga pelanggan yang lain beratur. ‘Kenapalah hospital ni tak buat 2 line? Satu client satu staf? Apa punya pengurusan lah!’ detik hatinya.

“Kau nak makan apa Intan?”

“Entah… aku tak tahu lagi…”

Tengku Hanis menoleh ke belakang, sahlah Intan Syuhada di belakangnya.

“Hai Intan!” Tegur Tengku Hanis.

“Eh… Hai Kak Hanis.” ‘Adoii… kenapa mesti aku berjumpa dengan dia ni? Baru mahu mengubat hati, dia muncul lagi!’ Mata Intan meliar-liar mencari seseorang. Tengku Hanis tersenyum, ‘Tentu mahu mencari Johan? Kalau Johan ada, takkanlah Johan bagi aku beratur!’

“Akak dengan ibu.” Tengku Hanis menunjukkan tempat duduk ibu mertuanya. Lutfiah memandang ke arah Tengku Hanis, Tengku Hanis menunjukkan Intan di sebelahnya. Intan hanya mengangkat tangan, Lutfiah agak terkejut sedikit, hanya membalas perlahan.

“Bila makcik sampai?” Tanya Intan. ‘Semakin cantik makcik Lutfiah, al-maklumlah, bermenantukan anak Tan Sri!’ cemuh Intan di dalam hati.

“Pagi tadi dia sampai, saja nak tengok mummy.”

Intan mengangguk-angguk.

“Weh… siapa perempuan cantik tu?” tanya kawan Intan berbisik. Bisikannya masih boleh didengar Tengku Hanis.

“Anak Tan Sri tu lah. Isteri orang kampung aku!” Jawab Intan sambil berbisik juga.

“Doktor kata bila mak akak boleh baik?” tanya Intan.

“Dalam 2 bulan baru boleh jalan. Esok mungkin sudah boleh keluar kot. Intan di sini sampai bila?”

“Oh dalam seminggu saja. Nak masuk baliklah ni. Esok last.” Jawab Intan, dia sebenarnya terpegun dengan kecantikan dan budi bahasa Tengku Hanis. Dia tidak sangka Tengku Hanis bukan sombong orangnya malah terlebih mesra! Masakan makcik Lutfiah tu boleh sayang, kalau aku ni, jangankan hendak disayang, nak pandang pun tak mahu! Materialistik…

Akhirnya, Tengku Hanis sampai ke tempat membeli air. Dia meminta diri dulu pada Intan.

“Ibu, sorry lambat. Ramai sangat orang.” Tengku Hanis meletakkan air yang dipesan Lutfiah di depannya. Lantas duduk disebelah Lutfiah.

“Tak apa. Tadi tu bukan Intan ke?” Tanya ibu mertuanya.

“Ya, Intan lah tu. Dia seminggu belajar di sini.”

“Oh! Patutlah makcik Halijah kamu dok bising-bising, habaq anak dia kat Kolumpo la ni. Macam mana pula, Hanis kenal Intan?”

“Semalam abang Johan yang kenalkan. Dia datang ambil tekanan darah.”

“Kecil betul dunia ni.” Ujar Lutfiah.

Tengku Hanis hanya melemparkan senyuman sambil menghirup air fresh orange nya.

“Hanis tahu siapa dia dengan Johan.” Tanya Lutfiah tanpa segan silu.

“Tahu. Abang Johan ada bagi tahu.”

“Ibu tak berkenan dengan si Intan tu, dari dulu dia dok rapat-rapat dengan Johan, ibu tak suka.”

Tengku Hanis mengerut dahinya. Dilihat Intan itu baik-baik sahaja, apa yang tidak kena? “Kenapa bu?” Tanya Tengku Hanis.

“Ini cerita siapa pun tak tahu Hanis. Ibu rasa Intan pun tak tahu, lagilah Johan. Ibu harap ini biarlah jadi rahsia kita berdua.”

Tengku Hanis mengangguk-angguk. Macam serius bunyinya!

“Intan tu bukan anak makcik Halijah. Makcik Halijah kau tu tak boleh mengandung!”

“Dah tu, dia anak siapa?”

“Dulu makcik Halijah ada bela seorang perempuan, katanya adik angkat dia. Dia tu kena rogol dengan suami makcik Halijah. Makcik Halijah bercerai dengan suami dia. Perempuan tu meninggal sewaktu melahirkan. Oleh kerana makcik Halijah tak ada anak, dia bela juga. Dia katalah anak dia, tapi kami tak pernah pula tengok dia tu mengandung.”

“Ayahnya di mana sekarang?”

“Dah mati, kemalangan. Masa tu Intan dah besar sikit, suami Halijah ini kaki judi. Dia doklah mai rumah, curi barang-barang. Nasib baik dia tak rogolnya Intan tu. Sewaktu ibu ke kebun, ibu terserempak dengan dia masa dia nak ambil dadah. Dia kejar ibu, dia nak rogol ibu. Ibu tolak dia ke jalan, kebetulan ada lori laju. Terlanggar dia, mati terus.”

“Hush… ibu!” Tengku Hanis sedikit terjerit.

“Intan ingat bapanya tu baik sangat. Memanglah bapanya baik, bila tak ambil dadah. Cuba bila ambil? Dia bukan tahu apa-apa, dia kecil lagi. Johanlah kasihan sebab tidak berbapa, tiada adik beradik, Johan ambil dia jadi adik angkat. Kecil-kecil lagi sudah berkawan.”
Cerita Lutfiah terhenti, dia menghirup air kopinya.

“Ibu bukannya apa Hanis. Kalau boleh biarlah Johan dapat keturunan yang baik-baik. Kalau kita dah tahu, keluarganya begitu, kita boleh halang lagi. Kalau tak tahu, lainlah.”

“Itukah sebab ibu tak berapa berkenan dengan Intan?”

“Tengok muka Intan tu, teringat apa yang bapanya buat pada ibu. Ibu tak mahulah. Kalau ikutkan bukan dia salah pun. Betui?”

Tengku Hanis mengangguk-angguk. Perit juga penderitaan ibu mertuanya.

“Yang ibu geram tu, makcik Halijah kau. Canang satu kampung, anak ibu macam-macam. Kahwin sebab hartalah! Kalau ikutkan mulut ibu, boleh saja ibu ceritakan satu kampung. Tapi ibu kenangkan si Intan yang tak bersalah tu. Kalau dulu Johan dan Intan jadi menikah, memang ibu akan cerita. Tapi disebabkan tak jadi, ibu malas lah nak cerita pekung orang kan!” cerita Lutfiah lagi.

“Macam mana pula ibu tahu cerita ibu kandung Intan kena rogol?” tanya Tengku Hanis.

“Waktu tu ibu ada di rumah tok bidan, ambil ubat akar kayu sebab ibu keguguran. Tiba-tiba makcik Halijah datang, suruh tok bidan ke rumahnya lekas-lekas. Katanya ada orang nak bersalin di rumahnya. Tok bidan suruh ibu tunggu sampai dia balik. Bila balik, dia cerita pada ibu. Makcik Halijah tu tahu yang ibu ni tahu, tapi dia tu pelupa. Kalau ibu ingatkan dia balik, dia tentu tak berani nak canang macam-macam pasal ibu. Dia tu cemburu pada ibu, sebab ibu dapat kahwin dengan arwah ayah Johan. Lepas kahwin pun, laki makcik Halijah tu memang tergila-gilakan ibu.” Lutfiah tersengih.

“Gadis pujaan…”

“Ratu kebaya 1970-an!”

Tengku Hanis tergelak. Lutfiah pun ikut serta.

“Ibu syukur sangat, Johan pilih Hanis. Johan jaga Hanis dengan baik tak?”

“Baik sangat-sangat!” ‘Terlalu baik, aku saja yang jahat! Pendera perasaan..’

“Dulu ibu takut juga, yelah Hanis darah lain, kami darah lain. Johan kena duduk sini, ibu jauh di sana. Ibu sama sekali tidak pernah berpisah dengan Johan. Tapi sekarang dah okay. Ibu gembira, sebab kamu berdua gembira.” Lutfiah memeluk bahu Tengku Hanis.
Tengku Hanis tersenyum dan memeluk Lutfiah.

“Ini rahsia kita tau.”

“Ya… rahsia kita…” Janji Tengku Hanis.

Lutfiah tersenyum. Dia rasa beban dihatinya sudah ringan. Kalau dulu dia pikul beban seorang, tidak tahu mahu meluahkan pada siapa. Kenapa dengan Tengku Hanis, mulutnya ringan untuk bercerita? Dia sangat rasa senang dengan menantunya itu. Dalam hati Lutfiah bersyukur lagi mengurniakan menantu yang baik budi dan memahami.

————————-
Bab yang terakhir disiarkan di penulisan2u. Untuk sambungan novel ini. dapatkan novel ini di pasaran akan datang. Insyallah novel ini akan diterbitkan pada tahun hadapan 2011. kami akan war-warkan apabila novel ini dipasaran nanti. Teruskan menyokong karya penulis. Anda juga boleh membaca novel ke 2 penulis iaitu Pabila Cinta Memanggilku




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

107 ulasan untuk “Novel : Terlanjur Mencintaimu 26”
  1. Noorhazimah Atikah Ngadiman says:

    bestnye bce nvel nie …………
    sye nak bli la ..wat koleksi

  2. LS says:

    aduhai…romantiknya citer ni..nak bercinta jugalah, hehehe…

  3. LS says:

    aduhai…romantiknya cerita ni…nak bercinta juga lah, hehehe…

  4. awin says:

    best la citer ni.. suka part kat hospital ms Ika memujuk Johan (mmg romantik), rasa sedih plk bila Ika keguguran dn terkezut ms kelahiran anak mereka. terima kasih Syamnuriezmi. make me want to fall in love again. btw just love to read all your cerpen.

  5. yatie yatt.. says:

    wah..best sgt2 cter nie….laulh aq dpt laki yg romantik cm johan mmg bhgia smpai syurgalh jwbnye….

  6. hazwani says:

    romantiknye johan tu…harap2 aq dpt suami mcm tu…bahagia sentiase

  7. eiyda says:

    huhu best gilerr la cite ni.. x sabar nak baca bab seterusnya… agaknya bile ya nak keluar bab seterusnya???…. ermmmm sabar je la

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"