Cerpen : Lukisan cinta

5 December 2010  
Kategori: Cerpen

7,209 bacaan 30 ulasan

Oleh : NIERASHIDA

BAB 1

“papa, tengok tu. Ada orang kat tepi jalanlah papa”
“mana?”
“tu kat sana”, ujar anak kecilnya yang berusia 8 tahun.
Berkerut-kerut dahi Danial melihat ke arah tempat yang di tunjuk oleh anak perempuannya itu. lambat-lambat dia tersenyum. “ishk sayang ni, bukan tepi jalan tu. Orang panggil bus stop. Dia tunggu bas agaknya” Danial cuba membuat andaiannya.
“taklah papa. Takkan tunggu bas tengah-tengah malam ni. Mana ada bas tengah malam macam ni papa”
Danial tersenyum lebar. Bercakap dengan anaknya seperti bercakap dengan orang dewasa pula.
“manalah tahu dia hantu ke. Merepek je anak papa ni” Danial cuba menakutkan anak perempuannya itu.
“apalah papa ni. Kalau hantu mesti tak ada kaki. Tapi, dia ada kakilah papa”, bidas si anak.
Danial sudah pening. Dia pula yang terkena. “jadi, nak suruh papa buat apa?”
“papa berhentilah. Tanya dia mana nak pergi. Kita hantarkanlah. Nek Nab cakap, kalau buat baik kat orang, dapat pahala tau”
Danial sudah ketawa kecil. “pandainya anak papa ni” Sempat lagi pipi gebu anak perempuannya itu di cubit manja. Anak perempuannya itu terlalu baik sangat. Semua orang dia nak ambil tahu. Danial tersenyum kecil. Akhirnya, kereta Toyota Wish berhenti di bahu jalan.
“sayang tunggu kat sini, papa pergi tanya kakak tu tau. Kunci pintu nanti”, pesan Danial cukup prihatin. Kepala si kecil itu hanya mengangguk-angguk tanda mengerti.
Danial membalas senyuman anaknya. Dengan langkah yang teratur, dia berjalan ke arah seorang perempaun yang tidak langsung menghiraukan dirinya. Dari segi penampilan, Danial dapat agak bahawa perempuan itu dalam usia 20an.
“assalammualaikum cik”, sapa Danial tenang.
“waalaikummussalam”, jawab Danela tenang.
“awak nak ke mana? Boleh saya tolong hantarkan” Danial tersenyum. Sesekali matanya mengerling ke arah cermin kereta yang tertutup rapat. Jelas kelihatan anaknya sedang tersenyum lalu mengangkat ibu jari. Danial menggeleng berkali-kali dengan perangai Dania.
“tak apalah encik. Saya ada otak, pandai-pandailah saya balik sendiri”, balas Danela sinis.
Danial tersenyum hambar. Baguslah kalau ada otak. Aku pun tak ingin nak tolong perempuan sombong macam kau. Sebab anak aku yang suruh je! Danial memalingkan wajah menghadap Dania. Lambat-lambat Danial menggeleng kepalanya. Dania yang berada di dalam kereta hanya menepuk dahi berkali-kali. Danial hanya mengangkat bahu. Dia hanya melihat Dania keluar dari kereta. Comelnya!
“hai kakak. Saya Dania. Ni papa Dania. Nama dia Danial. Kami nak tolong hantarkan kakak balik ke rumah. Bas tak adalah kakak malam-malam macam ni”, sapa Dania terlebih ramah.
Danial sudah meraup mukanya. Susah juga dapat anak yang terlebih peramah ni. Desis hati kecilnya.
Hati Danela tersentuh mendengar kata-kata yang di lontarkan oleh anak kecil itu. hilang rasa marahnya. Timbul pula rasa terharu. Perasaan menyesalnya menggunung sekarang. Dalam fikirannya menyangkakan Danial berniat jahat terhadap dirinya. Sekarang, padan muka kau Danela. Ejek hati kecilnya.
“maafkan saya Encik Danial” Mukanya mula merah.
Danial mengangkat keningnya sebelah. Dania kini sudah mengambil tempat bersebelahan dengan Danela. “kakak tinggal kat mana? Nak kami hantarkan tak?”
Danela tersenyum lebar. Baik sungguh hati budak ni. Hati kecilnya mula memuji-muji Dania.
“akak tak ada tempat tinggal. Boleh tak kalau akak tinggal di rumah Dania?”, soal Danela penuh berharap.
Danial sudah terkejut beruk. Dia menggaru-garu kepalanya.
Siapa sebenarnya perempuan ni?
Apa yang sebenarnya perempuan ni nak?
Dia ni boleh percaya ke?
Berbagai-bagai soalan yang menerjah kotak fikirannya. Danial sendiri binggung.
“papa, bolehkan?”, soal Dania meminta persetujuan daripada papanya.
Danial tersentak. hilang terus soalan-soalan yang bermain-main di fikirannya. Danial membalas pandangan Danela. Dia cuba mencari kepastian pada seraut wajah yang putih itu.
“bolehkan encik? Saya tak ada niat jahat encik. Kalau boleh, encik bagilah saya kerja sebagai orang gaji ke. Saya tak kisah encik” Danela memandang sayu ke arah Danial. Dia perlukan tempat tinggal. Dia tidak punya apa-apa. Itulah, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Namun, tidak sesekali dia akan pulang ke ‘sana’ semula.
Danial mengeluh. Tangan kasarnya di pegang oleh Dania. Tidak sedar akan kehadiran Dania di sebelahnya.
“bolehkan papa? Nek Nab cakap…”
“buat baik dapat pahala. Papa dah hafal ayat Dania tu. Jom, ikut kami balik” Danial terus mendukung Dania lalu pipi gebu Dania di cium bertalu-talu.
Danela menghela nafas lega. Alhamdulillah. Ucapnya penuh syukur. Pacuan empat roda itu terus memecut membelah kepekatan malam. Danela hanya diam membisu. Sesekali suasana sunyi itu di hiburkan dengan dengkuran si kecil. Siapa lagi kalau bukan Dania. Di kerling ke arah lelaki di sebelahnya. Jelas di matanya lelaki itu tenang memandu.
“awak tinggal kat mana?” Akhirnya Danial bersuara juga. Dia tidak mahu suasana di himpit sepi.
“saya ada masalah. Kalau saya dah bersedia, saya akan cerita kat encik”
“kalau awak ada masalah sekali pun, takkan sampai lari diri malam-malam macam ni? berani juga awak ni”
Danela tersenyum hambar. “saya terpaksa encik. Saya pun tak sempat nak bawa duit tadi. Baju je saya sempat bawa. Kalau encik tak boleh tolong saya, tak apalah. Berhentilah kereta kat tepi jalan. Tapi, saya nak minta tolong encik dari segi kewangan. Seratus pun dah cukup. Nanti saya ganti balik”
Danial diam. Kalau dia bagi pertolongan dari segi kewangan sekali pun, perasaan bimbangnya tetap bersarang di hati. Mana tidaknya, sekarang macam-macam isu rogol, bunuh yang tersiar di media masa.
“tak apalah. Dah malam sangat ni. Awak tidurlah kat rumah saya. Lagipun, saya perlukan pembantu rumah. Kalau awak setujulah. Kalau tak, awak boleh pergi esok pagi. Untuk malam ni, awak tinggallah dulu kat rumah saya”
Danela hanya mengangguk. Tirai malam makin pekat berlabuh.

BAB 2

“dia dah bangun ke belum Mak Nab? Tak nampak batang hidung pun”
“belum lagi. Lepas sembahyang subuh, dia kata nak tidur balik. Mengantuk katanya. Semalam dia ada beritahu kat Mak Nab, dia nak kerja kat sini”
Danial hanya mengangguk. Kopi panas di dalam cawan di teguk penuh bernati-hati.
“assalammualaikum papa, Nek Nab”
“waalaikummussalam”, balas Danial dan Mak Nab serentak.
“mana kakak yang cantik tu papa? Dania tak nampak pun”
Danial tersenyum. “kakak tu tidur lagi. Cepat makan. Nanti nak ke sekolah pula. Mak Nab, nanti Mak Nab taklah bosan sangat. Sebab, Danela kerja kat sini mulai hari ni. tapi, biarlah dia rehat dulu. Letih agaknya”, ujar Danial lalu mengunyah roti bakar.
“oh, Danela namanya. Cantik macam orangnya juga. Kan Dania” Mak Nab tersenyum kecil. Terhibur jugalah dirinya nanti jika ada teman. Tidaklah bosan menunggu Dania pulang dari sekolah.
Dania yang penuh mulutnya dengan roti sekadar mengangguk setuju. Danial mencubit pipi Dania. “makan elok-elok sayang. Jangan makan macam tu. Kalau orang laki tengok mesti kena tolak sebab tak sanggup ada isteri yang makan gelojoh” Danial dan Mak Nab sudah ketawa besar.
“Mak Nab pergi dapur dulu” Wanita berusia lewat 50an terus hilang di balik ruang makan.
“apalah papa ni. Dania muda lagilah. Papa tu yang sepatutnya carikan mama untuk Dania. Lagipun papa, Dania ni kan comel. Mesti ramai yang suka kat Dania”, balas Dania menyebabkan Danial ketawa lagi.
“asyik-asyik papa je yang terkena. Anak papa ni, kalau cakap macam tak ada insuran pula eak”
“papa ni, insuran tu apa papa?”
Danial sudah mula bangun lalu mencapai kot yang tersangkut di kerusi. “besar nanti Dania tahulah. Jom, nanti terlambat pula. Pergi salam dengan Nek Nab kat dapur. Dania akur tanpa banyak cakap.

*****

“APA?”
“betul Datuk. Cik Riana dah tak ada dalam bilik”
“macam mana boleh jadi macam ni bang?” Datin Halimah terus bergegas naik ke atas. Setibanya dia di dalam bilik anak perempuannya, kosong! Hatinya mula risau. Ini semua salah suaminya.
“nak kena agaknya budak ni”, marah Datuk Sufian dengan berang.
“abang ni kenapa? Kalau bukan perangai gila abang tu, Rian takkan lari dari rumah. Semuanya salah abang. Saya tak kira, saya nak balik anak saya!” Datin Halimah terus berlalu keluar.
“Tini, awak call Darnish sekarang juga. Suruh dia balik”, arah Datuk Sufian dengan tegas. Dia terus berlalu meninggalkan bilik anaknya yang kosong itu.
“padanlah dengan muka awak. Hanya kerana harta, awak buat macam tu kat anak kita”, marah Datin Halimah sebaik saja Datuk Sufian muncul di balik pintu.
Datuk Sufian hanya mengeluh. Ada juga penyesalan yang muncul dalam dirinya. “saya tak tahu yang Rian akan ambil tindakan macam ni. Saya nak satukan syarikat kita dengan syarikat kawan lama saya. Dah mereka berkenan dengan anak kita, saya setuju sajalah dengan permintaan mereka”
Datin Halimah menyeka air matanya. Pandangannya tajam menikam wajah suaminya. Rasa mahu di telan Datuk Sufian hidup-hidup. “tak cukup lagi ke dengan apa yang kita ada? Kalau abang dah kemaruk sangat dengan harta, jangan sampai babitkan Rian dalam hal ni. Dia pun ada kehidupannya juga. Cubalah abang faham” Datin Halimah menangis semula. Hati ibu mana yang tidak sedih akan kehilangan anaknya. Tambahan lagi, anaknya adalah perempuan. Kalau lelaki dia tidak kisah sangat. Ini, perempuan. Macam-macam boleh berlaku!
Datuk Sufian merapati isterinya. Bahu isterinya di rangkul perlahan. “abang tahu salah abang. Abang buat semua ni bukan kerana harta. Abang nak yang terbaik untuk anak abang. Dia satu-satunya anak perempuan yang kita ada. Abang nak jodohkan dia dengan anak kawan abang sebab abang nak Rian hidup senang. Abang tak mahu Rian tersalah pilih pasangan hidup. Tapi, percayalah. Niat abang hanya nak satukan syarikat Megah Holding dengan Jaya Holding. Abang dah suruh Tini call Darnish. Nanti, kita sama-sama usahakan macam mana nak cari Rian. Imah dah call Rian?”
“dah. Tapi, Rian tak angkat”
Datuk Sufian menghela nafas panjang. Sekarang, semua yang terjadi adalah salahnya!
“nanti kita cari Rian sama-sama. Dah, jangan nangis lagi”, pujuk Datuk Sufian menyeka air jernih di pipi Datin Halimah.

BAB 3

“kenapa Rian tak angkat telefon masa mama call?”
“maaflah along. Rian tak nak sesiapa pun tahu kat mana Rian berada. Along jangan risau. Rian selamat kat sini”
“betul ni Rian tak nak balik rumah? Dah nak dekat sebulan Rian pergi. Kenapa Rian buat macam ni? Mama dengan papa risaukan Rian”
“tak nak. Buat sementara waktu ni, Rian tak nak balik rumah lagi. Nanti bila sampai waktunya, Rian akan balik. Papa selalu tak faham Rian”
“papa buat sebab ada alasan Rian. Along kesiankan mama. Baliklah. Kalau tak pun, call lah mama. Kesian mama selalu tunggu panggilan dari Rian. Papa pun dah tolak pinangan kawan papa”
Danela terdiam. Sayu sekali suara Darnish di pendengarannya. Matanya yang bundar itu sudah mula merah. “nanti along tolong kirimkan salam kat papa dengan mama. Cakap dekat papa dengan mama, Rian sihat dan selamat. Jangan risaukan Rian. Assalammualaikum”
Darnish hanya diam. Salam Danela di jawab dalam hati. Hanya kedengaran talian di putuskan. Lama Darnish termenung.
“lama tunggu?”
Darnish tersentak. “kau, terkejut aku. Kalau ye pun, bagilah salam. Ni tak, main redah je. Duduklah”, balas Darnish perlahan.
“assalammualaikum kawan yang di kasihi. Yang kau muka macam tempe basi ni kenapa? Putus cinta ke wei?” Danial cuba menyakat.
Darnish tersenyum hambar. “waalaikummussalam. Tak adalah. Aku ada masalah keluarga sikit. Mana si comel? Lama aku tak tengok. Rindu pula aku nak kiss dia” Darnish cuba mengalih topik. Dia tidak mahu memanjangkan masalah yang melanda keluarganya.
“kau ni, jangan nak pandai-pandai buat benda yang tak senonoh kat anak aku. No kiss okey? Kau ada masalah pe? Tak nak share dengan aku?”
Darnish sudah ketawa. “taklah besar sangat. Kecil je. Dahlah, lupakan. Kau macam mana sekarang?”
“aku macam ni je. Business aku alhamdulillah. Makin maju sekarang”, balas Danial tersenyum kecil.
“bukan tu aku nak tahu. Maksud aku, kehidupan kau yang dah membujang lama ni”
“kau ni. ubah sikit perkataan bujang tu. Dah ada anaklah. Lainlah kau, masih lagi bujang. Pelik-pelik je kau ni”
Berkerut dahi Darnish dengan sikap temannya yang selamba saja. “Danial, Danial, aku tahu kau masih teringatkan Suzila. Kau tak nak cuba bercinta lagi ke?”
Keluhan kecil terkeluar juga dari mulut Danial. Cermin mata hitam di tanggal. Suasana di Kopitiam begitu lenggang kala ini.
“aku tak tahulah. Lepas aku dan Suzila berpisah, dunia aku hanya dengan Dania. Seharian aku habiskan masa dengan Dania. Aku dah tak suka lagi buat sesuatu yang boleh mengingatkan aku kat Suzila. Aku paling benci melukis. Bila aku lihat kanvas, aku jadi benci. Aku tak boleh lupakan Suzila”, ucapnya jujur.
“aku faham perasaan kau. Tapi, kau kena terima hakikat Danial. Kau tak boleh pentingkan diri. Kau tak kesiankan Dania ke? Dania tak pernah cakap ke yang dia teringin mama?”
Danial mengangguk lambat-lambat. “dia ada cakap kat aku. Bukan aku tak kesiankan Dania. Masalahnya, aku tak boleh lupakan Suzila. Setiap kali aku terima tawaran tentang show, aku akan tolak. Aku benci lukisan. Hidup aku bukan dengan dunia seni lagi Darnish. Aku nak buang kenangan aku dengan dia jauh-jauh. Kau pun tahukan, perkahwinan aku di tentang hebat oleh kedua orang tua Suzila. Siapalah aku ni. Sebatang kara je Darnish. Tapi, aku berusaha hinggalah aku berjaya. Aku ingatkan dengan cinta dan kemewahan yang aku ada, Suzila akan kekal dengan aku. Tapi, semuanya tak kekal. Aku kalah Darnish”
Darnish diam. Mendung di wajah sahabatnya di pandang dengan rasa sayu. Dia tahu Danial seorang yang gigih. Walaupun Danial sebatang kara, dia berusaha majukan dirinya sendiri dengan kudrat yang ada. Sudah lama dia mengenali Danial. Sejak di bangku sekolah hinggalah mereka sama-sama menjejak kaki ke universiti.
“Suzila tak pernah tengok Dania?”
Danial tersenyum hambar. Lambat-lambat dia menggeleng kepalanya. “dia kejam Darnish. Bayangkanlah, Dania tak pernah minum setitis susu pun dari ibunya sendiri. Dia membesar tanpa kasih sayang seorang ibu. Aku betul-betul terkilan Darnish. Dia sanggup tinggalkan aku dengan Dania lepas habis pantang. Lepas tu, aku dapat dokumen cerai. Jadi, jalan terbaik adalah berpisah. Itu je. Tapi, anak aku yang jaga. Aku dah buat perjanjian dengan dia”
“sabarlah Danial. Kau akan jumpa juga jodoh kau satu hari nanti. Nak aku carikan ke? Kau nak macam mana? Tinggi macam model, rendah macam ayam katik, kurus macam lidi or gemuk macam tong drum?”, seloroh Darnish lalu ketawa. Dia tidak mahu sahabatnya bersedih lagi. Dia tidak sanggup lihat penderitaan Danial.
“ishk, kau ni. mengarut tak habis-habis. Kau tu, umur dah 29. Takkan tak ada lagi kot. Aku ni teringin nak makan nasi minyak”, sakat Danial menghamburkan tawanya.
Darnish ketawa besar. “kau ni sama macam Dania. Aku juga yang terkena”
“uikh, akukan papa Dania. Kawan kau juga”, balas Danial dengan ketawa panjang.
“aku akan kahwin lepas adik aku kahwin. Baru aku boleh tenang”
“kau ni, dari dulu sampai sekarang tak berubah. Okeylah, aku nak balik dulu. Nanti bising pula Dania tu”
“cakap kat Dania, Uncle Darnish kirim salam”
Danial hanya mengagguk. Langkah Danial di pandang sepi oleh Darnish. Tabahlah sahabatku!

*****

“ENCIK DANIAL nak makan? Nanti saya boleh siapkan. Mak Nab balik kampung hari ni. Dia tak sempat nak beritahu encik”
“tak apalah. Lepas maghrib nanti saya makan dengan Dania. Mana Dania?”
“dia mandi encik”, balas Danela perlahan.
“nanti suruh dia ke bilik saya”
Danela hanya mengangguk. Sebaik saja kelibat Danial hilang, Danela menarik nafas lega. Gugup juga bila berhadapan dengan Danial. Dari segi fizikal, Danial mempunyai ciri-ciri idaman yang di impikan oleh setiap perempuan. Bertubuh sasa, berkulit putih, matanya yang kuyu dan lekuk di dagunya jelas kelihatan. Danela tersenyum kecil. Hampir sebulan juga dia bekerja di sini. Selama itu jugalah, hatinya suka melihat Danial. Adakah ini cinta?
“kakak senyum seorang diri kenapa?”, sergah Dania sudah lengkap berpakaian tidur.
Danela tersentak. “taklah, mana ada kakak senyum”, dalih Danela membuat muka blurr.
“akak tipu. Dania nampak akak senyum lepas papa masuk bilik. Akak suka kat papa eak? Nanti Dania bagi tau kat papa” Dania mula melangkah mendaki anak tangga.

Danela gelabah. Pantas Danela menahan Dania. “mana ada. Akak senyum sebab akak teringatkan pakwe akak kat kampung”, tipunya.
“akak dah ada pakwe? Ala, tak jadilah Dania nak kenalkan akak kat papa”, balasnya penuh kesal.
Danela tersenyum. Dia mendukung Dania. Pipi gebu di ciumnya. “apalah Dania ni. fikir macam orang dewasa pula. Tadi papa pesan kat kakak suruh Dania pergi bilik dia. Nek Nab tak ada tau malam ni”
“Nek Nab pergi mana? Siapa yang nak cerita kat Dania malam nanti?”
“papa kan ada”
“papa tu, bukannya Dania yang tidur dulu. Nanti papa yang tidur dulu”, rungut Dania dengan muncung yang panjang.
Danela sudah ketawa kecil. “okey, nanti akak cerita. Dah sampai depan bilik papa. Pergi masuk ye” Danela menurunkan Dania.
“bye akak. Janji tau malam ni”
Danela hanya mengangguk sebelum pergi. Dia tersenyum sendirian. Terasa lucu pula apabila mengenangkan Dania. Mulut kecil tapi petah bercakap. Mengalahkan orang dewasa. Kadang-kadang dia perhatikan juga Danial berborak dengan Dania. Mesti Danial yang akan kalah apabila bercakap dengan Dania.
Ishk, aku ni. dah lewat ni. nanti maghrib terlepas pula. Getus hatinya.

*****

“WAH, banyaknya lauk. Pandailah akak masak. Papa, cepat baca doa”, ujar Dania tidak sabar-sabar lagi.
Danela dan Danial hanya tersenyum.
“anak papa ni. cuba bersabar sikit. Danela, mari makan sekali. Takkan awak nak tengok kami makan pula. Duduklah” Danial cuba beramah dengan pembantu rumahnya. Dia tidak mahu nanti di kata sombong pula.
Danela hanya mengangguk. Dia menganbil tempat bersebelahan Dania. Danial sudah menadah tangan untuk membaca doa. Setiap perlakuan lelaki itu di pandang penuh minat oleh Danela. Hatinya seolah-olah tenang memandang wajah Danial. Sungguh memikat! Sebaik saja Danial selesai membaca doa, Danialah orang pertama menikmati makanan dengan penuh selera.
Danial tersenyum senang. “dia tak pernah makan telur masak sos. Mak Nab tak tahu macam mana nak masak. Makanlah”
Danela hanya mengangguk.
“sedaplah akak. Bertuahlah pakwe akak kat kampung tu. Boleh buat isterikan papa”
Danial tersedak. Danela cepat-cepat menuang air ke dalam gelas lalu di hulurkan kepada Danial.
“encik okey tak?”
“itulah papa, kan dah pesan jangan makan gelojoh”, marah Dania.
Danela sudah ketawa besar. Tidak tahan dia dengan perangai Dania. Danial membuang pandangan ke arah Danela. Gelak tawa Danela bagaikan magnet yang berjaya menarik dirinya. Dia terus memerhati gadis itu. Dalam diam dia cuba memahami Danela. Wajahnya cukup menawan. Siapa yang melihat pasti akan terpikat. Tambahan lagi, mukanya yang bujur sirih dan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya menambahkan lagi kecantikan yang telah ada. Danial tersenyum tanpa sedar.
Danela yang perasan dengan renungan tajam Danial terus terdiam. Hilang terus tawanya. Perasaan malunya membuak-buak. Mukanya yang putih langsat itu sudah bertukar merah.
“ehem” Danela cuba berdehem.
Danial tersentak. Dia terus tunduk lalu meneruskan makan. Aduh, malunya aku.
“kenapa muka papa dengan kakak merah? Pedas ke ayam sambal tu?”, celah Dania memecah kesunyian.
Danela hanya diam. Dia sendiri tidak tahu bagaimana lagi hendak membalas pertanyaan Dania.
“mana ada. Dania salah tengok kot. Dah, makan cepat. Homework dah siap ke belum?”, soal Danial cuba berdalih. Hatinya yang bergetar hebat makin surut.
Dania hanya mengangguk. “dah, petang tadi kakak yang tolong ajarkan”, jawab Dania ceria.
“okey, lepas makan, Dania kena tidur awal”
“malam ni Dania nak tidur dengan kakak boleh? Esokkan hari cuti”
Danela hanya mengangguk.
“kalau Dania tidur buas, awak beritahu saya”
Danela hanya menangguk tanda mengerti.
“papa, esok kita pergi berkelah nak? Bosanlah duduk rumah je. Bolehkan papa?”
“nanti papa fikirkan. Cepat makan ye”
Dania hanya mengangguk laju. Danela terus diam. Dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak memulakan perbualan. Sesekali matanya nakal melihat Danial yang begitu selera sekali menikmati makan malam. Dia tersenyum senang dengan hati yang berbunga-bunga.

BAB 4

“papa, kakak, marilah mandi sekali”, jerit Dania begitu riang sekali.
Danela hanya ketawa. Kalau dia pasti akan mandi sekali. Mana tidaknya, bukan selalu datang ke tempat-tempat seperti ini.
“awak tak nak mandi ke?”, soal Danial tidak langsung memandang wajah Danela.
Mestilah nak. Siapa yang tak nak main pelampung. Getus hati kecilnya. Cemburu juga melihat Dania bermain air di kolam renang itu.
“kalau awak nak, kita main kat situ. Baru best. Mencabar sikit”
Danela menelan liur. Mak aiii….takkan aku nak naik pelampung dengan dia pulak. Tak mau la. Malu tapi mahu sebenarnya. Danela tersenyum sendirian.
“kenapa encik tak pergi Sunway lagoon ke, tak pun PD ke. Kenapa pilih Desa Water Park?”
“saja. Kat sini macam-macam ada. Dekat pun dekat. Taklah jauh macam Sunway dengan PD. Kenapa, awak tak suka ke?”
Danela hanya menggeleng. “saja tanya. Mana isteri encik? Saya tak pernah tengok”
Danial diam.
Danela yang dapat merasa perubahan majikannya terus ,mengutuk diri sendiri. “maaflah kalau saya ni sibuk ambil tahu”, ucapnya penuh kesal.
Danial tersenyum hambar. “tak apa. Saya dah berpisah. Dia ikut laki lain ke London. Sampai sekarang saya tak tahu khabar tentang dia”
Danela diam. “maaf kalau saya buat encik mengingati kenangan lama”
“taklah. Hal dah berlalu. Saya pun tak mahu ingat lagi”, balas Danial perlahan.
“sabarlah encik. Ada hikmah apa yang terjadi” Danela cuba memberi kata-kata semangat. Dalam hatinya ligat mengatakan jika dia mempunyai suami seperti Danial dan anak secomel Dania, dia tidak akan sesekali tinggalkan mereka. Baginya, cukup dengan kasih sayang dan mempunyai keluarga yang bahagia.
“awak nak air? Boleh saya belikan”
“hah?” Danela tersentak.
“tunggu sini kejap. Nanti saya belikan”, tutur Danial terus berlalu.
Danela hanya diam. Dia akui, makin lama dia cuba melawan perasaan yang mula bercambah dalam hatinya, makin mendalam perasaannya terhadap lelaki itu. Dia tidak tahu kenapa. Setiap saat, setiap detik dan setiap waktu, dia akan terkenangkan Danial. Danela mengeluh. Tidak mugkin Danial juga menyimpan perasaan seperti dirinya. Siapalah dia jika hendak di bandingkan dengan bekas isteri Danial.
“lama termenung?”
Danela terkejut. Kus semangatnya kala ini.
“suka betul Dania mandi. Awak tak nak join ke?”, soal Danial untuk sekian kalinya.
Danela menggeleng.
“awak tak teringin ke nak balik kampung?”
Danela terdiam. Terlayar bayang papa, mama dan along di ruang matanya. Rindu? Ya, dia memang rindukan keluarganya. Derhakakah aku buat macam ni? Benarkah papa dah putuskan majlis pertunangannya dengan Riezman?
Riezman? Dia tidak tahu punyai perasaan langsung terhadap lelaki itu. Dia yakin, Riezman pun mempunyai pasangannya sendiri. Dan dirinya sendiri? Sukar untuk di ungkapkan. Sekeping hatinya kini sudah menyukai Danial. Dia tahu dia akan bertepuk sebelah tangan. Tiada lagsung tanda-tanda Danial menyukai dirinya.
“Danela”
Danela tersedar dari lamunannya. Dia terpinga-pinga memandang Danial yang sudah tersenyum panjang.
“maaflah kalau saya ni sibuk hal orang. Saya Cuma nak beri nasihat je. Kalau awak ada masalah dengan keluarga, awak perlu selesaikannya cepat-cepat. Satu hari nanti kalau awak dah ada keluarga, kalau anak awak buat macam tu kat awak, awak akan susah hati tak?”
Lambat-lambat Danela mengangguk.
Danial tersenyum lebar. “kalau macam tu, awak perlu berdepan dengan masalah. Bukan lari dari masalah. Awak nak saya tolong selesaikan ke”
Pantas Danela menggeleng. “tak perlulah encik nak susahkan diri. Saya dah beritahu kat family saya tentang keadaan saya sekarang. Insyaallah, mereka faham”
Danial menarik nafas sedalam-dalamnya. “apa-apa pun, saya akan sokong awak”
“terima kasih Encik Danial”, ucap Danela lalu menguntum senyuman ikhlas dari hatinya.
“saya suka tengok awak senyum. Sejujur-jujurnya saya katakan”
Danela tertunduk malu. Mukanya sudah panas. Namun, jauh di dasar hati, terselit juga rasa bahagia. Sungguh, dia menyukai lelaki ini. Biarlah dia pendam dalam hati. Dia tidak mahu hatinya jika dia berterus-terang, cintanya akan di tolak. Biarlah masa yang menentukan segala-galanya!

*****

“maaflah kalau saya ni sibuk hal orang. Saya Cuma nak beri nasihat je. Kalau awak ada masalah dengan keluarga, awak perlu selesaikannya cepat-cepat. Satu hari nanti kalau awak dah ada keluarga, kalau anak awak buat macam tu kat awak, awak akan susah hati tak?”
Terngiang-ngiang lagi nasihat daripada Danial. Setitis air matanya menitis juga. Sungguh dia rindukan keluarganya.
Pantas saja jarinya menekan butang hijau. Lama juga dia menanti, akhirnya talian di angkat juga.
“sayang, sayang kenapa tak balik rumah? Kenapa mama call Rian tak angkat? Kenapa buat mama, papa dengan along macam ni? Baliklah Rian”
Danela menangis juga. Rian…Sudah lama dia rindukan panggilan itu. Panggilan dari seorang ibu yang telah lama di tinggalkannya.
“maafkan Rian mama. Rian minta maaf”, ucapnya teresak-esak.
“kami dah lama maafkan Rian. Baliklah nak. Mama dengan papa rindukan Rian sangat-sangat” Penuh mengharap suara Datin Halimah .
Danela memejamkan matanya. “Rian akan pulang mama. Mama tunggu Rian ya. Rian sayang mama. Rian sihat mama. Mama, papa dengan along sihat?”
“kami semua sihat Rian. Cuma, rumah ni macam hilang penyeri bila Rian pergi tinggalkan kami” Sayu suara Datin Halimah.
“maafkan Rian lagi sekali mama. Rian janji Rian akan pulang. Kirim salam kat papa dengan along. Rian akan pulang mama. jaga diri, assalammualaikum”
Sebaik saja talian terputus, Danela terus menangis. Ya Allah, berdosanya aku pada kedua ibu bapa aku. KAU ampunkanlah dosa hambaMU ini. Rintih Danela dalam hati.
“kenapa kakak menangis?”
Danela tersentak. Laju saja tangannya menyeka air mata. Ya, dia lupa kunci pintu.
“papa, kakak menangis!”, jerit Dania mendapatkan Danial.
Danela mati kutu. Dia tidak tahu mana hendak menyorok mukanya tika ini. Tidak sampai 1 minit, Danial muncul di ruang pintu. Dia berpeluk tubuh melihat keadaan Danela yang sudah merah mukanya. Dia berjalan merapati gadis itu. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung bersebelahan Danela. Danial mengarahkan Dania keluar. Anak kecil itu hanya mengangguk tanda faham.
“tak nak share dengan saya?”, soal Danial perlahan.
Danela hanya menggeleng-geleng kepalanya. “saya okey”, balasnya dengan suara yang serak.
“kalau awak okey, kenapa menangis sampai merah muka-muka?”
Berkerut dahi Danial memandang wajah Danela.
“saya nak berhenti kerja”, ucap Danela lambat-lambat.
“kenapa?”, soal Danial mula tidak senang.
“saya nak balik kampung”
Danial terdiam. “saya temankan awak balik boleh?”
“tak apa. Saya balik sendiri”, balas Danela.
Danial menghela nafas panjang. “kalau itu yang awak nak, saya tak boleh kata apa lagi. Awak rehatlah dulu”, ujar Danial dengan perasaan terkilan.
Sebaik saja pintu bilik Danela di tutup, Danial memejamkan matanya serapat yang mungkin. Dia sendiri tidak tahu perasaannya terhadap Danela. Mengenali Danela membuatkan hari-harinya di sinari kebahagiaan. Dia tidak sanggup kehilangan Danela. Benar, dia menyukai Danela dalam diam. Dia harus berterus terang dengan Danela!

BAB 5

“Rian”
Danela menghentikan langkahnya. Dia memusingkah tubuhnya. Riezman! Danela cuba mengukir senyuman. Namun, hambar saja senyumannya.
“awak apa khabar?”
“alhamdulillah sihat. Awak?”
“alhamdulillah. Sihat juga. Awak nak ke mana ni?” Tenang saja laki di depannya ini. Tidak ada rasa marahkah lelaki ini? Marah bila majlis pertunangan di batalkan oleh Datuk Sufian!
“saya ada janji dengan along. Awak nak kemana?”
“saya ada hal sikit”
“oh, keluarga Uncle Khairul dengan Auntie Sofea sihat?”
“mak dengan ayah saya sihat. Kebetulan saya jumpa awak, bolehlah saya jemput awak datang ke majlis perkahwinan saya”
Danela mengangkat keningnya sebelah. Membutang matanya. “wahh, dah kahwin? Tahniah Riez. Saya ingatkan awak nak marah saya pasal papa saya putuskan majlis pertunangan tu”
Riezman tersenyum kecil. “tak adalah. Hal kecil je tu. Waktu tu, saya memang dah ada pilihan sendiri. Nasib baik jodoh saya panjang dengan Aqilah”
Danela tersenyum. Ternyata rancangannya dengan melarikan diri membuahkan hasil. “alhamdulillah. Saya gembira tengok awak bahagia dengan insan yang awak sayang. Okeylah, saya minta diri dulu. Kirim salam kat family awak ye. Insyaallah saya akan datang majlis persandingan awak nanti”
Riezman hanya mengangguk. Danela berlalu dengan hati yang lapang sangat. Dia bernasib baik kerana Riezman tidak menyimpan sebarang dendam terhadapnya.langkahnya makin laju memasuki ke dalam ruang yang sudah di penuhi dengan pelanggan. Maklumlah sekarang waktu rehat. Danela memanjangkan lehernye mencari kelibat Darnish.
Akhirnya dia tersenyum juga apabila Darnish melambai-lambai tangannya. Laju saja kakinya melangkah ke arah insan yang di sayanginya itu.
“assalammualaikum, along apa khabar? Sihat?”
“waalaikummussalam. Sihat. Macam mana Rian tengok macam nilah”
Danela tersenyum terus dia menyalam tangan kasar lelaki itu.
“Rian dah lapar ke?”
“tak lagi”, jawabnya dengan senyuman yang sentiasa meniti di bibir merah itu.
Darnish tersenyum. Lama wajah adik perempuannya di pandang sayang. Makin menyerlah kecantikan Danela tanpa sebarang make up.
“kita tunggu kawan along sekali ye. Dia nak join sekali”
Danela hanya mengangguk. “sementara tu, Rian nak ke tandas dulu”, ujar Danela terus berlalu pergi. Kesesakan pengunjung yang beratur di hadapan kaunter agak memeningkan kepalanya. Dia terus menilik dirinya di hadapan cermin. Tangannya ligat membetulkan blaus lengan panjangnya supaya tidak berkedut. Bibirnya di calit sedikit gincu bewarna pink.
Setelah puas dengan keadaan dirinya, dia terus melangkah keluar. Kelihatan dari jauh, mejanya kini sudah di duduki oleh dua jejaka. Dia tidak dapat melihat wajah pemuda yang duduk bertentangan dengan Darnish. Entah kenapa dadanya terasa bergetar hebat.
“kenalkan, adik aku. Nur Danela Riana”
Sebaik saja lelaki yang bergelar kawan kepada Darnish mengalih ke belakang, dia kelihatan tergamam. Danela lagilah. Terkejut beruk. Terasa mati kutu pula dia tika ini. Dia tidak langsung menyangka akan bertemu dengan Danial di sini. Dia ingatkan dia tidak akan bertemu dengan lelaki itu lagi.
Jiwanya makin bergetar. Terasa kakinya tidak mampu berdiri lagi. Darahnya seolah-olah menyirap satu badan. Nafasnya pula sudah tidak teratur. Lama juga mereka terdiam. Lambat-lambat Danial cuba tersenyum.
“hai, saya Muhammad Danial Hakimi”, ucap Danial perlahan.
“Rian duduk dulu. Along dengan Danial nak pergi beli makanan kejap”
Danela hanya mengangguk. Dia hanya melihat dua lelaki itu melangkah ke arah barisan yang panjang itu. Sungguh dia tidak menyaangka Darnish berkawan dengan Danial. Aduh, macam mana boleh jadi macam ni? Nasiblah Dania tak datang sekali. Danela mula memicit-micit kepalanya. Dia tidak tahu lagi bagaimana untuk mengelak dari Danial.
“Rian pening ke?”, soal Darnish membuatkan Danela tersentak.
Laju saja dia menggeleng kepalanya.
“macam ni, along ada hal sikit. Nanti Rian balik dengan Danial boleh?”
Gulpp…..
Macam mana ni?
“tak apalah Darnish. Kau pergilah uruskan hal kau dulu. Nanti aku hantar adik kau balik”, celah Danial sesekali memandang ke arah Danela yang sudah pucat mukanya.
“thanks beb. Aku pergi dulu. Okey Rian, along pergi dulu”
Danela hanya mengangguk. Dia membuang pandangan ke arah dua ketul ayam di dalam pinggannya. Hilang terus seleranya untuk menikmati ayam kfc. Dia mengalih pula ke arah Danial yang begitu selera sekali. Lelaki itu hanya tunduk makan tanpa menghiraukan dirinya. Marahkah dia? Danela sudah tidak senang duduk.
“saya nak balik. Tak apalah, awak makan dulu. Saya balik dengan teksi je”, tutur Danela bingkas bangun. Tiada lagi perkataan ‘encik’ dari mulut Danela.
“saya hantarkan” Begitu tegas suara Danial.
Danela sudah tidak boleh berkata apa-apa lagi. Dia hanya mengikut langkah Danial. Hampir tersungkur dia menyaingi langkah Danial. Masing-masing hanya diam membisu hinggalah di dalam perut kereta. Hanya kedengaran lagu ‘sampai syurga’ yang di dendangkan oleh Faizal Tahir saja yang berkumandang di segenap ruang kereta.
“jadi, nak panggil Rian ke Danela?”, soal Danial perlahan.
“apa-apa pun tak apa”, balas Danela agak gugup.
“tak sangka awak ni adik Darnish. Tak tahu pula saya Darnish ada adik”, ujar Danial berakhir dengan tawa.
“awak tak marah?”
“kenapa nak marah?”, soal Danial sesekali melarikan matanya ke arah Danela.
“sebab saya tipu awak”, balas Danela agak gusar.
Danial terus menghentikan kereta di bahu jalan. Lama mereka terdiam. Danial terus menekan punat radio. Suasana terus sunyi. Tiada lagi lagu yang berkumandang. Kini, hanya kedengaran nafas Danial yang tenang.
“saya ada benda nak cakap sikit dengan awak”
Nada Danial yang begitu serius menyebabkan Danela menelan liurnya berkali-kali. Dadanya mula berkocak hebat.
“saya cintakan awak”, ucap Danial memandang tepat ke anak mata Danela.
Terkebil-kebil Danela memandang Danial.
“saya cintakan awak Nur Danela Riana”, ucap Danial lagi dengan nada yang tegas dan bersungguh-sungguh.
“se…se…sejak bila?” Dia sudah tidak mampu lagi untuk bersuara.
Danial tersenyum. “entah. Saya pun tak pasti. Yang saya tahu, saya tak sanggup kehilangan awak”
Danela terus membuang pandangan ke luar tingkap. Hatinya memang gembira. Kiranya dia tidak bertepuk sebelah tangan. Namun, hatinya tetap berasa sangsi dengan kata cinta yang baru di lafazkan oleh Danial. Dia tidak mahu lelaki itu menerima dirinya demi Dania.
“boleh awak beri peluang tu kat saya?”
Danela terdiam. Peluang? Mungkin boleh. Desis hati kecilnya. Lambat-lambat Danela mengangguk.
Danial tersenyum panjang. Kereta Toyota wish terus meluncur laju.

*****

DANELA mengeratkan lagi pelukannya.
“Rian minta maaf mama”
“mama dah lama maafkan Rian”, tutur Datin Halimah menyeka air jernih yang mengalir di pipi Danela.
Danela tersenyum. Kedua-dua pipi Datin Halimah di kucup penuh kasih sayang. “Rian sayang mama. Rian janji, Rian tak akan ulangi lagi kesalahan yang pernah Rian buat”, janji Danela dengan mengangkat tangannya seperti berikrar.
Danial sudah ketawa kecil melihat perangai Danela.
“terima kasih Danial sebab tolong hantarkan Rian. Diana mana? Rindu auntie nak tengok dia”
Bibir Danial tidak lekang dengan senyuman. “hal kecil je auntie. Lagipun, Darnish yang minta tolong hantarkan adik dia. Diana kat sekolah auntie”
“makanlah kat sini dulu. Nanti uncle baliklah tengah hari ni. Boleh makan sekali. Lama Danial tak datang rumah ni”
“tak apalah auntie. Sebenarnya, saya ada kerja lagi nak kena buat. Nak kena jumpa client lagi. Bila-bila saya senang, saya dengan Diana datanglah. Kirim salam kat uncle”, ujar Danial bingkas bangun.
“hati-hati bawa kereta”, pesan Datin Halimah.
Danial hanya mengangguk. Sempat lagi dia mengenyit sebelah mata ke arah Danela. Membutang mata Danela melihat perangai Danial. Sawan ke apa laki ni. Ngomel hatinya. Sekarang, hatinya sudah kembali tenang. Cintanya pun berbalas walaupun dia sendiri tidak yakin dengan Danial. Dan, yang paling penting, dia sudah kembali ke pangkuan keluarga yang di rinduinya.

*****

DANELA tersenyum senang. Gambar Danial dan Diana di tatap penuh kasih. Itu pun gambar di ambil secara curi semasa dia bekerja di rumah Danial. Rindunya begitu mencengkam sekarang. Dia rindu akan suara lelaki itu, rindu akan gelak tawa Diana.
“Rian buat apa tu?”
Danela tersentak. Dia tersenyum ke arah Datuk Sufian yang sudah menjengukkan kepala di dalam biliknya.
“tak buat apa pun papa”, balas Danela dengan senyuman.
Datuk Sufian menghampiri anak gadisnya itu. Dia melabuhkan punggung di sebelah Danela.
“anak papa dah makin cantik rupanya”
Danela menguntum senyuman lebar. Kembang setaman apabila di puji begitu.
“bila anak papa makin besar, makin papa risau. Papa tahu Rian ada kehidupan sendiri. Mungkin salah papa tak pernah faham Rian” Datuk Sufian mengeluh perlahan. Wajah Danela di pandang penuh kasih sayang. “papa minta maaf sebab tak faham Rian. Papa terlalu sayangkan Rian, dan papa nak yang terbaik untuk Rian”, sambung Datuk Sufian.
Sayu saja suara yang menyapa telinga Danela. “kenapa papa cakap macam tu? Rian minta maaf sebab buat papa dengan mama risau. Maafkan Rian papa”, ucap Danela penuh mengharap.
Datuk Sufian tersenyum lebar. Kepala Danela di usap penuh rasa sayang. “papa tahu Rian anak yang baik. Rian tak nak cerita kat papa ke pengalaman Rian masa lari rumah?”
Danela ketawa kecil. “papa ni, tak ada yang menarik pun” Danela cuba menyembunyikan hal sebenar.
“macam mana anak papa ni boleh hidup? Dahlah tak bawak duit masa keluar”
“Rian dah besar papa, Rian kerja tau. Tapi dah berhenti”
“Rian kerja kat mana?” Risau juga jika Danela mengambil tindakan bodoh. Zaman sekarang macam-macam boleh jadi. Kerana duit, maruah tergadai.
“papa ni, Rian kerja halal tau. Rahsialah papa. Mana boleh beritahu Rian kerja kat mana” Danela sedaya upaya cuba berselindung.
“okey, papa tak tanya lagi. Janji hasil yang Rian dapat tu halal di sisi hukum islam. Papa percayakan Rian”
Danela tersenyum lebar. Pertama kali dia dapat berborak dengan tenang. Jika tidak, perbualan antara dia dan Datuk Sufian mesti berakhir dengan pertengkaran. Mungkin ada hikmah semasa dia melarikan diri.
“papa nak masuk tidur dulu. Dah lewat sangat ni. Jangan tidur lewat-lewat sangat. Nite Rian”
“nite papa”, balas Danela perlahan.
Sebaik saja pintu bilik di tutup, dia kembali menatap gambar Danial dan Dania yang menjadi penghias skrin telefonnya. Bibirnya makin lebar denga senyuman. Harap-harap kebahagiaan menjadi miliknya.

BAB 6

Langkah Danela di susun dengan kemas. Baju kemeja yang tersarung di tubuhnya di betulkan. Sebaik saja pintu rumah mewah itu terbuka, tubuh Danela terus di peluk. Danela membalas pelukan dengan erat.
“Dania rindukan mama”
Danela tersenyum. Dia merenggangkan pelukannya. “mama pun rindukan sayang juga. Mana papa?”
“papa kat atas. Tengah bersiap. Masuklah mama”
Tangan Danela di pegang kemas oleh Dania. Sudah tiga bulan lebih dia dan Danial menjalinkan hubungan cinta. Makin dalam kasihnya terhadap Danial dan Dania. Sekarang, Dania sudah memanggilnya mama bukan lagi kakak.
“okey tak?”
Danela terus bangun dari sofa. Dia memerhati Danial dari atas hingga ke bawah berkali-kali. “not bad. Handsome jugak awak ni”, puji Danela.
“mestilah papa handsome. Tengoklah siapa anaknya”, celah Dania.
Danial dan Danela ketawa serentak.
“amboi, seronoknya ketawa. Ada yang lucu ke?” Mak Nab yang keluar dari dapur mula turut serta di ruang tamu.
“tak adalah Mak Nab. Mulut Dania ni dah mengalahkan orang dewasa”, ujar Danial masih lagi ketawa.
“dahlah, malas Dania nak bergaduh. Pergilah cepat”, tukas Dania lalu menolak tubuh Danial dan Danela.
“okey, papa pergi dulu. Tinggal dengan Nek Nab elok-elok okey?”
Dania menarik muka masam. “papa ni, Dania dah besar. Tahulah jaga diri. Papa tu, jaga mama baik-baik”, pesan Dania tegas.
Danela makin geli hati dengan perangai Dania. “okey sayang, mama pergi dulu”
Danial tersenyum mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Danela. Dia benar-benar bahagia.

*****

“CANTIKKAN bulan malam ni?”
Danela hanya mengangguk.
“terima kasih atas makan malam tadi”, ucap Danela menghadiahkan senyuman yang paling manis.
“terima kasih juga sebab sudi keluar dengan saya”
Danela hanya tersenyum lalu mengangguk.
“selama kita kenal, saya tak pernah bagi kat awak apa-apakan?”
Dahi Danial mula berkerut.
Danela ketawa kecil. “saya bahagia kenal dengan awak. Awak selalu bagi kat saya macam-macam hadiah. Jadi, untuk malam ni pula, saya yang nak bagi awak sesuatu”
Danial menggeleng kepalanya lalu mengukir senyuman manis buat kekasihnya itu. “tak perlu beri apa-apa kat saya. Cukuplah dengan kasih sayang awak”, tutur Danial penuh lembut.
Danela membuka pintu keretanya. Lalu dia menarik keluar hadiah yang ingin di beri kepada Danial.
“ni untuk awak. Bukalah”
Danial mula terdiam. Wajahnya yang tadi terpancar sinar kegembiraan terus keruh. Hatinya mula bergetar. Tangannya terketar-ketar menerima pemberian dari Danela. Dengan pantas pembalut hadiah di buka. Jelas terlukis gambarnya yang sedang memeluk Dania. Penuh kebencian dia memandang lukisan itu. Dengan penuh rasa marah dan benci, dia mencampak lukisan yang bersaiz A2.
Danela tersentak. Nafasnya turun naik sekarang. Matanya mula berkaca. Mulutnya kaku untuk bersuara.
“saya benci semua ni!”, jerkah Danial lantang.
Danela terus tertunduk. Setitis air mata gugur juga. “kenapa awak buat macam ni? Berusaha saya siapkan potret tu” Sayu sekali suaranya.
“aku benci dengan apa yang berkaitan dengan Suzila! Aku benci lukisan!”, tengking Danial sudah hilang sabar.
Danela memandang wajah lelaki di hadapannya. “terima kasih banyak-banyak Encik Danial. Saya balik dulu”, ujar Danela penuh kesal.
Kereta mewah itu terus meluncur laju membelah kepekatan malam. Danial yang melihat pemergian Danela terus tersedar. Dia memandang semula potret yang di campak tadi. Air mata lelakinya gugur juga.

*****

DANELA menangis teresak-esak di bahu Darnish. Dia tidak tahu kepada siapa lagi hendak di luahkan rasa sedihnya.
“syhhh, cuba Rian cerita apa yang sebenarnya terjadi” Darnish cuba memujuk adiknya. Berbagai-bagai persoalan yang menerjah otaknya. Hairan juga dia melihat Danela datang ke apartment miliknya tengah malam seperti ini.
“Rian tak percayakan dia lagi along. Rian ingatkan kehadiran Rian dapat megubah hidup dia. Tapi, tak along. Rian tahu dia tak sayangkan Rian”, rintih Danela dengan tangisan yang tiada hentinya.
Kes putus cintalah ni. Desis hati kecil Darnish.
“beritahu along siapa laki tu” Bahu Danela di usap lembut. Dia cuba menenangkan adik kesayangannya itu.
“Danial alaong. Dia tak cintakan Rian. Cinta dia palsu along” Danela menangis lagi. Makin panjang tangisannya.
Danial? Dia makin tidak mengerti. Darnish menjungkitkan sedikit dagu Danela. Perlahan-lahan air mata yang laju itu di sekanya.
“along tak pernah tahu Rian dengan Danial bercinta” Darnish makin bingung.
Danela mengesat air hangat itu dengan tisu. Akhirnya dia mencerita juga bagaimana dia boleh berkenalan dengan Danial dan hinggalah peristiwa yang berlaku malam ini. Darnish yang mendengar terlopong mulutnya. Dia seakan-akan tidak percaya dengan apa yang di ceritakan oleh Danela.
“hebat sanagt ke Suzila tu along?”, soal Danela dengan hati yang sayu.
Darnish tersenyum lebar. “abang tahu Rian memang minat dengan seni. Tapi, Rian tahu tak yang Danial tak suka berkaitan dengan seni?”
Danela menggeleng-geleng kepalanya.
Darnish mengeluh perlahan. “dia ada sebab kenapa dia bencikan seni. Along kenal Danial masa sekolah lagi. Dia seorang lelaki yang gigih. Dengan seni dia menaikkan namanya, dan dengan seni dia sekarang dah mempunyai syarikat. Kebetulan juga, Suzila pun orang seni juga. Mereka kenal masa di gelari seni. Walaupun masa tu Danial tak ada harta, tapi dia bersungguh-sungguh untuk memberi kemewahan kepada Suzila. Tapi, tak sangka hubungan mereka tak kekal. Sejak dari tu, Danial dah tak suka dengan seni. Sebab tu, bila dia tengok potret yang Danela bagi, dia jadi marah. Dia akan teringatkan Suzila”, terang Darnish panjang lebar.
Danela tersenyum hambar. “along, bila seseorang tu mencintai seseorang, tak perlulah mengingati kejadian yang dah lepas. Bila Danial bencikan hadiah yang Rian berikan, bermakna dia bencikan Rian. Dia tak betul-betul cintakan Rian. Cintanya masih lagi untuk Suzila. Macam mana Rian nak hidup dengan laki macam tu? Kata cinta, tapi, hatinya untuk orang lain”, luah Danela sinis. Hatinya sakit bila di permainkan begitu.
“sabarlah Rian. Mama dengan papa tahu tak yang Rian datang sini?”
Danela hanya mengangguk. “Rian penat. Rian nak rehat dulu” Danela terus bangun meninggalkan Darnish. Kepalanya terasa berat sangat. Dia tidak mahu memikirkan Danial. Yang penting, hatinya sudah tergores dengan perbuatan Danial!

BAB 7

“mama”
Danela terpinga-pinga apabila tubuhnya di dakap oleh Dania. Dia cuba mengukir senyuman. Ishk, kuatnya Dania panggil aku mama. kalau dengar kat mama, habis aku.
Kelibat Datin Halimah muncul di depan pintu. Danela cuba memaniskan mukanya. Tangan Datin Halimah di capai lalu di salam dan di kucup penuh hormat.
“bincanglah dengan Danial elok-elok”, bisik Datin Halimah di telinga Danela.
Dahi Danela mula berkerut. Dah tahu ke hubungan aku dengan Danial? Anggukan Datin Halimah menyakinkan lagi dengan andaiannya.
“Rian penat mama. Rian nak rehat”
“tak baik buat macam tu. Dengar dulu penjelasan dia. Dania, mari ikut nenek pergi halaman belakang”
Dania terus mengangguk tanpa banyak kerenah.
Danela melangkah masuk dengan perasaan yang bercampur baur.
“Danela”, sapa Danial sayu.
Danela terus menghentikan langkahnya. Mendengar saja suara Danial menyebabkan air matanya menitis lagi. Dia tidak mahu memandang wajah itu langsung. Hatinya sakit seperti di siat-siat.
“saya minta maaf”
Danela hanya membatu. Dia sedaya upaya cuba menahan esakan.
“saya cintakan awak Danela. Percayalah” Danial cuba menyakinkan Danela. Dia tahu, semua adalah salahnya.
“saya tak perlukan awak dalam hidup saya”, balas Danela dengan suara yang bergetar. Dia meneruskan langkah. Namun, sepantas itu juga Danial menarik lengannya.
“saya cintakan awak Danela”, ucapnya lagi.
Danela ketawa sinis. Dia terus merentap tangannya dari pegangan Danial. “saya tak cintakan awak Encik Danial. Buat apa saya harapkan cinta dari awak sedangkan, hati dan perasaan awak hanya pada Suzila. Selagi awak tak padam kenangan awak dengan Suzila, selagi itulah cinta awak masih pada dia. Saya penat” Danela terus berlalu. Dia tidak mahu mendengar luahan dari mulut Danial. Cukuplah sekali hatinya sakit. Bukan untuk sekian kalinya.

*****

“KAU kena tolong aku Darnish. Aku buntu sangat-sangat”
Darnish mengeluh panjang. Dia memerhati diri Danial yang sudah tidak terurus. Jatuh pula rasa kasihan terhadap sahabatnya.
“aku tahu kau sayangkan adik aku. Kenapa boleh jadi macam ni?”
“aku tak tahu. Yang aku tahu, aku benci sangat-sangat tengok potret tu. Masa tu juga aku teringatkan Suzila”, jelas Danial meraup mukanya berkali-kali. Dia benar-benar tertekan. Lebih-lebih lagi, Danela tidak mahu langsung menjawab panggilannya. Sms pun tidak di balas. Sesekali bila dia dan Dania pergi ke rumah, hanya Dania saja yang mendapat layanan daripada Danela. Dirinya di anggap seperti batu. Seolah-olah dia tidak wujud langsung. Danial buntu.
“kau tak boleh buat macam tu. Suzila tu kenangan Danial. Mana Danial yang aku kenal dulu? Takkan kau nak musnahkan hidup kau dengan kenangan dulu?” Begitu tegas sekali Darnish meluahkan kata-kata.
“aku cintakan dia Darnish. Aku betul-betul cintakan dia”, luah Danial sudah tidak bermaya lagi. Dia betul-betul angau.
Darnish mengangguk tanda faham. “macam ni, aku boleh tolong kau”
“tolong macam mana?’
“kau kena masuk show untuk open galeri nanti. Okey?”
“tapi…”
“itu saja cara yang boleh aku tolong kau. Takkan kau nak hapuskan minat kau semata-mata teringatkan kenangan dengan Suzila. Please Dania. Suzila tu entah-entah sedang ketawakan kelemahan kau. Bodohlah kau kalau kenangkan kenangan kau dengan dia” Darnish berusaha membakar hati Danial. Dia tidak mahu lagi melihat Danial hidup dengan kenangan besama Suzila.
Semoga rancangannya berjaya!

BAB 8

“jomlah Rian. Temankan along pergi open galeri tu. Bukan ke Rian jugak yang suka dengan seni. Jomlah”, pujuk Darnish penuh mengharap.
“ishk, along ni, Rian dah tak suka seni-seni ni. Buang masa je”, balas Danela meneruskan pembacaannya.
Darnish mati kutu. “jomlah. Kesian kat along pergi sendiri. Orang lain pergi dengan pasangan. Jomlah teman”
Danela mencebik bibirnya. Malas dia mahu melayan perangai Darnish.
“takkan perangai Danial yang tak minat seni tiba-tiba berjangkit dengan Rian pulak”, sindir Darnish menaikkan kemarahan Danela.
Dengan pantas Danela terus bangun. Dia mencampakkan novel ke atas katil. Matanya menikam wajah Darnish yang sedang senyum menyindir.
“masa bila pulak Rian benci seni? jom kita pergi. Keluarlah dulu. Rian nak bersiap”, tukas Danela penuh geram.
Dia tidak suka dirinya ada kaitan dengan Danial lagi!
“menyampah betul aku. Semua ni Danial punya pasallah ni. Menyampah betul aku. Pergilah jauh-jauh dari hidup aku”, marah Danela seorang diri.
Benci!!!

*****

SATU persatu lukisan yang tergantung di lihat dengan penuh minat. Berbagai-bagai teknik yang di gunakan oleh pelukis. Biasalah kalau dunia seni. Kebanyakkannya bersaiz A3 dan juga A2. Ada juga yang rajin menyiapkan dalam saiz A1. Danela tersenyum sendirian. Danela membuang pandangan ke arah pengunjung yang datang ke pameran tersebut. Memang benar kata Darnish, ramai yang datang secara berpasangan. Dia mengeluh. Cuma dirinya yang tiada teman istimewa lagi. Danela cuba bertenang. Matanya kembali melihat seni yang tergantung itu.
“cantikkan along?”, soalnya perlahan. Lama juga pertanyaan dia tidak di jawab. Danela membunag pandangan ke sebelah. Sah, along dah hilang. Danela menggeleng-geleng kepala. Faham benar dengan sikap Darnish. Dirinya akan di tinggalkan ke seorangan sewaktu menemani Darnish ke mana-mana majlis sekalipun.
Tak sayang adik langsung. Marahnya dalam hati.
Kakinya berhenti betul-betul berhadapan dengan potret yang bersaiz A2. Berkerut dahinya menilik gambar di atas kanvas itu. Aku ke? Baiar betul ni? Takkan ada pelanduk dua pulak?
“cantikkan?”
Danela tersentak. Darahnya terus menyirap naik ke otak. Serasa mahu pengsan waktu ini. Dia tidak perlu melihat siapa yang bertanya. Sudah semestinya Danial! Danela hanya diam. Terasa Danial begitu hampir di sebelahnya. Bahunya hampir bersentuhan dengan tubuh Danial yang sasa itu.
“cantik lagi gadis yang berdiri di sebelah saya”, bisik Danial penuh maksud mendalam.
Danela sudah tidak tahan lagi. Tubuhnya mula berpeluh, walaupun keadaan di dalam gelari di sirami oleh penghawa dingin. Danela mahu melangkah pergi. Namun, kakinya seolah-olah di gam. Dia terasa dirinya seperti patung pula.
“saya hanya mahukan Danela yang jadi teman hidup saya. Saya nak ciptakan kenangan saya bersama awak. Saya dah buktikan kat awak, kenangan saya bersama Suzila dah lama terpadam. Hanya awak yang saya impikan untuk melengkapkan hidup saya”, luah Danial penuh lembut.
Danela tertunduk. Dia mengetap bibirnya. Sungguh dia rindukan lelaki itu. Dia rindukan Danial!
“setiap detik, setiap saat dan setiap waktu, namamu sentiasa terukir di hatiku”, ucapnya penuh romantis.
Setitis air mata gugur juga. Danial menjungkitkan dagu Danela supaya mendongak memandangnya. “saya cintakan awak. Dengan ini, saya Muhammad Danial Hakimi Bin Abdullah ingin melamar Nur Danela Riana Binti Sufian menjadi permaisuri untuk selama-lamanya. Sudi?”
Danela ketawa kecil. Bahu Danial di pukul sepuas-puasnya. “benci awak”
Danial ketawa kecil. “tapi, saya sayang awak”
“rancangan siapa semua ni?”, soal Danela ingin tahu.
Danial menunding jari ke arah seseorang. Danela menjegil matanya. Tidak sangka Darnish bersubahat juga. Dari jauh, Darnish sudah tersenyum sambil mengangkat ibu jari.
“jangan marah dia. Saya buat semua ni sebab awak. I love you”
Danela tersenyum kecil. I love you too. Balasnya dalam hati.

BAB 9

“hati-hati sayang. Nanti jatuh”
Danela mencubit lembut lengan Danial.
“sayang ni, janganlah asyik cubit je. Cubalah tukar sikit. Dari cubit tu, bagilah kiss ke. Bestlah juga”, seloroh Danial.
Danela sudah mencebik.
“tak baik tau masam macam ni. Nanti baby dalam perut keluar, masam je muka”
Danela ketawa kecil.
“macam ni kan bagus. Baby, nanti kalau keluar jangan jadi macam mama tau. Ikut perangai papa”, bisik Danial mengusap-usap perut Danela.
“abang ni, baru sebulanlah. Bawa bersabar sikit”
Sejak di sahkan Danela mengandung, orang pertama yang gembira sudah tentu Danial. Dia bahagia sekarang. Kasih sayang Danial makin menggunung dari hari ke hari. Begitu juga sayangnya terhadap Dania. Makin mendalam kasihnya pada Dania.
“mama, papa, baby tengah buat apa sekarang?” Dania muncul dengan pertanyaan yang boleh membuatkan Danela dan Danial ketawa.
“baby tengah tidur”, jawab Danial lalu tersenyum.
“kenapa perut mama tak besar lagi?”, soal Dania betul-betul teruja.
“sebab baru sebulan sayang. Nanti kalau dah tujuh bulan, besarlah”, balas Danela mencuit hidung kecil Dania.
“papa dengan mama nak rehat. Dania keluar dulu ye”, celah Danial.
Muka Dania masam mencuka. “papa ni, kalau Dania masuk, selalu suruh keluar. Tak apa, nanti kalau baby dah lahir, Dania nak kawan dengan baby je”, rajuk Dania dengan muncung di mulut.
Danela sudah ketawa. “abang ni. Sayang, mari kat mama”, pujuk Danela.
Sekali saja sudah berjaya memulihkan Dania.
“mari tidur kat sini”, ujar Danela menepuk-nepuk tilam.
Dania akur. Dia membaringkan tubuhnya di antara Danela dan Danial.
“sayang mama?”, soal Danela.
Dania hanya mengangguk. Danial yang melihat tersenyum bahagia. Lama dia memandang Danela yang sedang menepuk-nepuk bahu Dania. Penuh keibuan!
Danela membalas pandangan Danial. Dia turut membalas senyuman suaminya. Danial menggenggam erat jari jemari milik Danela.
“I love you”, ucap Danial perlahan.
“I love you too”, balas Danela bahagia.
Ya Allah, kekalkanlah hubungan kami hingga ke akhir hayat. Doa Danela dalam hati. Dia bahagia sekarang.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

30 ulasan untuk “Cerpen : Lukisan cinta”
  1. feeqa mazlan says:

    penceritaan yg bagus…5 star ;-)

  2. Eliizz Puteri says:

    Cerita yg menarik.xmembosankan.Yg penting happy ending…Membaca boleh menghilangkan stress….Good job.Chayuk!!!

  3. belly says:

    ceta yang mnarik,kelakar,bezt giler..

  4. min says:

    best cita nie..mnarik,rngkas..gud work,keep it up!

  5. haru says:

    hud job,,really nice

  6. missunshine says:

    whoa .
    bestbestbest !
    i like it .

  7. terlebih best gillerr!! arr… cANteK!!..

  8. s@r@ SaSsy gUrLz says:

    opps lupe nk ckp .. cerpen ni cerpen keempat best … pertama diariku … kedua chantek mcm mama .. dan ketiga cintaku di facebook…

  9. dida liyda-fb says:

    as much as stars that u want!!!

  10. nabila says:

    best..cite yg menrik..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"