Cerpen : Takdir & Cinta

12 December 2010  
Kategori: Cerpen

10,356 bacaan 28 ulasan

Oleh : NIERASHIDA

BAB 1

“CEPATLAH, nanti mama I marah kalau lambat. Tahu tak, kita dah lewat 15 minit. Kalau you pakai apa yang I suruh, taklah lambat macam ni”, bebel Adam tergesa-gesa mengatur langkah.
“you boleh sabar tak? I tak naklah pakai baju kurung. I rimas tahu tak. Siapa yang buat lambat sebenarnya? Cuba beritahu I?”, soal Elyna dengan muncung yang panjang. Dia mencekak pinggang sambil bersandar tubuh di kereta.
Langkah Adam terhenti. Dia mengeluh. Itulah, di manja sangat! “okey, okey, I yang salah. Puas hati?” Adam terpaksa mengalah. Memang dia yang selalu mengalah. Mana tidaknya, kata orang ‘cinta itu buta’!
Elyna tidak puas hati. Dia tahu Adam berkata tidak ikhlas. “I tahu you tak ikhlas cakap maaf”, bentak Elyna tidak langsung pedulikan perasaan Adam.
Adam makin buntu. Sudahlah dia kesuntukan masa. Di tambah pula dengan perangai Elyna yang tidak langsung memahami keadaan dirinya kala ini.
“okey, I bersalah. Dan I janji I takkan buat you sedih lagi. Sekarang, kita kena jumpa dengan mama I. You tak nak kahwin dengan I ke sayang?”, soal Adam dengan senyuman yang penuh pura-pura. Dadanya sudah berdetak hebat. Dengan nak pujuk si Elyna lagi, dengan nak hadap kerenah mamanya lagi. Entah apa yang akan berlaku nanti.
“okey, you promise?”, soal Elyna.
“ye, I janji dengan you. Jom sayang”, ujar Adam menggenggam jari jemari runcing Elyna.
Sebaik saja tiba di muka pintu, Adam tergamam. Mana tidaknya, Datin Fatimah sudah berdiri di muka pintu dengan senyuman yang penuh makna.
Elyna membalas senyuman Datin Fatimah dengan semanis yang mungkin. Adam yang mengeling ke arah Elyna hanya mampu diam. Habislah aku. Kenapalah awek aku senyum sampai nak ke telinga ni? Takkanlah dia tak tahu kot mama aku senyum menyindir? Adoyai….mati aku. Getus hati kecilnya. Adam bersalam dengan Datin Fatimah. Genggaman tangan mamanya yang kuat sudah membuatkan dia faham segalanya. Lewat! Itulah yang mama tak suka. Bicara hatinya lagi.
“maaf mama, kami lewat. Ada hal tadi”, ujar Adam gugup.
“hmmm” Hanya itu yang mampu di ucapkan oleh Datin Fatimah.
“mama, ini Elyna. Elyna, ini mama I” Adam memperkenalkan Elyna kepada Datin Fatimah.
“hai Auntie”, sapa Elyna siap dengan senyuman manis lagi.
Adam memicit dahinya. Dengan pantas dia membisikkan sesuatu di telinga kekasihnya, “ucap salamlah. Lepas tu, salam and cium tangan mama I”
Elyna yang baru faham terus memegang tangan Datin Fatimah lalu bersalam.
“masuklah Adam, Elyna”, ujar Datin Fatimah lembut.
Adam melepaskan keluhan. Kira bernasib baik juga kali ini. Jika dulu, belum pun masuk sudah di halau. Sebab bekas kekasihnya dulu tidak mahu bersalam dengan Datin Fatimah langsung. Bekas aweknya yang ke dua pula, belum bawa berjumpa Datin Fatimah sudah minta putus sebab dia sudah menceritakan segala-galanya tentang perangai mamamnya. Kali ini, dia berharap Elyna dapat menambat hati Datin Fatimah.
“Elyna ni kerja apa?”, soal Datin Fatimah memulakan soal jawab.
“I kerja pereka fesyen auntie. Tahun depan I nak jadi model pula. Maklumlah auntie tu impian I”, jelas Elyna lalu ketawa kecil dengan tangan menutup mulutnya. Menyampah jika ada yang tengok!
Kerutan di dahi Adam jelas kelihatan. Sungguh, dia tidak faham. “you tak pernah cakap pun yang you nak jadi model?”, soal Adam mula tidak senang.
“you, kan tu cita-cita I. You kata, you akan terima I seadanya”, balas Elyna mula bermain-main jarinya di lengan Adam.
“tapi, I tak nak you jadi model”, keluh Adam.
“Ehem, ehem” Datin Fatimah mula geram dengan perangai dua insan di depannya. Nak buat carekarama pula kat sini. belum ada apa-apa ikatan dah pegang sana, pegang sini. Getus hati kecilnya.
Elyna cepat-cepat melepaskan pautannya di lengan Adam. Dia mula menahan malu.
“Elyna pandai masak?”, soal Datin Fatimah dengan suara yang di lembutkan lagi.
“masak?”, soal Elyna dengan wajah yang hairan.
Datin Fatimah mengangguk. Begitu juga dengan Adam.
Elyna ketawa kecil. “eh, mestilah pandai auntie”, ujar Elyna gugup.
“baguslah kalau macam tu. Jom, ikut auntie ke dapur”, tukas Datin Fatimah.
“nak bu…buat apa auntie?” Elyna mula gelabah. Janganlah suruh masak. Mampus aku.
“masaklah”
Hah???
Elyna bingkas bangun. “maaf sangat-sangat auntie. Jam dah pukul 12 tengah hari ni. I kena balik. Ada hal sikit. Bye”, ucapnya terus meninggalkan ruang tamu dengan keadaan tergesa-gesa.
Adam menelan liurnya. Dia memandang wajah Datin Fatimah.
“putuskan hubungan dengan dia”, arah Datin Fatimah tegas.
“tapi ma…”
“tad ada tapi-tapi, mama tak nak anak mama dapat dosa kalau kahwin dengan dia”, balas Datin Fatimah tiada lagi tolak ansur. Dia terus meninggalkan Adam yang terpinga-pinga.
Adam terus mengejar Elyna. “Elyn, tunggu I”, panggil Adam menguatkan suaranya.
Langkah Elyna terhenti. “you nak apa lagi?”, soal Elyna dengan nada yang sinis.
“kenapa you buat kat mama I macam tu?”, soal Adam tidak puas hati.
Elyna ketawa sinis. “you nak suruh I masak? You tengok kuku I ni, nanti habis rosak. Tengok tangan I yang lembut ni, nanti kasar pula. I tak naklah. Baik kita putus je”, balas Elyna dengan muka selamba.
“kenapa you kata you pandai masak? Kalau tak pandai, tak payahlah nak tipu mama I. Please sayang, you boleh tawan balik hati mama I. You pergi kelas masak. I akan support you”, cadang Adam penuh bersungguh-sungguh.
“sudahlah Adam. I tak naklah kahwin dengan you. Dahlah, anak mak. Nanti kalau kahwin, nak duduk bawah ketiak mak you jugaklah?”, soal Elyna dengan tajamnya pandangan tertancap ke wajah Adam.
“okey, kalau itu yang you nak, kita putus”, balas Adam sudah geram. Lama dia bersabar dengan perangai Elyna.
“baguslah, nah cincin you. Selamat tinggal”, tukas Elyna membaling cincin ke arah Adam.
“baliklah jalan kaki”, ujar Adam dengan hati yang bengkak.
“ada I kisah? Bye”, balas Elyna sinis.
Adam mengeluh. Langkah Elyna hanya di pandang sepi. Apalah nasib aku ni…..rintih hatinya.

*****

“KENAPA mama buat macam ni?”
“buat apa?”
“yela, mama tak nak bagi peluang kat Elyna langsung”, ujar Adam tidak puas hati.
“Adam ada cakap kat dia suruh ambil hati mama balik? Ada tak?”, soal Datin Fatimah perlahan. Buku agama yang bertajuk ‘malam pertama di alam kubur’ terus di tutup dan di letak di atas meja.
Lambat-lambat Adam mengangguk.
Datin Fatimah tersenyum kecil. Jelas kedutan di wajahnya yang makin di mamah usia. Dia memerhati wajah Adam yang tidak tumpah dengan wajah arwah suaminya. “Adam dah besar. Sepatutnya Adam lebih tahu yang mana kaca, yang mana permata. Cuba Adam tengok dari segi pakaian Elyna, Adam mampu ke nak bentuk Elyna jadi isteri yang baik? Kalau Adam mampu, kenapa tak bimbing Elyna pakai pakaian yang menutup aurat?”, soal Datin Fatimah lagi.
“Adam dah cuba mama. Tapi….”
“tapi, dia tak nak ikut? Mama faham Adam. Sejak Adam balik dari London, mama tak pernah tengok Adam sembahyang. Mama pun rasa bersalah juga dalam hal ni sebab tak didik Adam dari kecil tentang soal agama. Maafkan mama” Sayu sekali nada Datin Fatimah.
Adam mengenggam erat jari jemari mamanya. “Adam tak pernah salahkan mama. Doakan Adam dapat isteri yang baik”, ujar Adam dengan senyuman panjang.
“mama sentiasa doa anak mama. Cuma satu je mama nak pesan, Rasulullah juga bersabda, ‘Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah’. Ingat pesan mama”, tutur Datin Fatimah.
Adam mengangguk…..
“hoi”
Terus berterbangan lamunannya. Kata-kata nasihat Datin Fatimah sudah hilang sekelip mata.
“kau ni, bagilah salam dulu”, sergah Adam lalu mengurut-urut dadanya.
“jauh kau termenung kenapa?”, soal Faris yang sudah siap bergaya.
“kau nak pergi mana ni? bukan main style lagi” Matanya memandang Faris atas dan bawah berulang kali. Pertanyaan Faris tidak langsung di jawab.
“aku nak ke kelab. Kenapa kau tak siap lagi ni?”
“aku tak ada mood nak pergi kelab”, balas Adam selamba.
“kan kita dah janji dengan member yang lain. Kau jangan nak buat hal pulak”, ujar Faris sudah mencekak pinggang.
Adam tersenyum kecil. “kau pergilah. Aku nak rehat kat kejap. Lagipun, aku tak tidur sini malam ni. Aku balik rumah malam ni. Lama tak luangkan masa dengan mama aku”, balas Adam membuang pandangan ke arah skrin tv.
“okeylah, aku malas nak berleter macam orang perempuan. Aku pergi dulu. Jangan lupa kunci pintu nanti kalau kau nak keluar”, pesan Faris sebelum berlalu.
Adam termenung panjang. Isteri yang baik? Ada lagi ke kat dunia ni? kadang-kadang muka dah cun, tapi bab memasak ni hampeh. Biarlah, ada jodoh, adalah. Tak payah nak pening-pening kepala fikir. Getus hatinya.

BAB 2

“aduh, peninglah kepala aku kalau macam ni”
“kau ni kenapa? Balik-balik nak bising pula. Bukan nak bagi salam dulu”, marah Nurul. Sudahlah dia tengah felling tengok drama Epilog Syurga Cinta. Balik saja kawannya sudah membantutkan perasaannya.
“assalammualaikum”, tutur Fatihah lalu melabuhkan punggung di sebelah Nurul.
“waalaikummussalam. Kan bagus macam tu. Ni tak, macam alien pulak masuk rumah tak bagi salam”, seloroh Nurul.
“owh, baru aku tahu alien tak bagi salam. Betul ke alien jenis tak bagi salam?”, soal Fatihah lurus bendul.
Nurul sudah ketawa besar. Susahnya ada kawan yang cun. Tapi, lurus pulak. Desis hatinya. “kau ni, jangan buat lawak boleh tak?”
Fatihah mula pelik. “aku ada buat lawak ke? Bila?”, soal Fatihah mula menanggalkan tudungnya.
“eiii, cakap dengan kau boleh buat aku sakit jiwa. Abaikan sajalah. yang kau balik-balik terus epning kenapa?”
Fatihah mula mengeluh. “mak, ayah aku tak sukalah kat Suhaimi. Kira tak jadilah nak jemput kau makan nasi minyak”, ujar Fatihah mula menyandarkan badannya di sofa.
“kenapa boleh jadi macam tu? Kau kan dah kenal lama dengan Suhaimi tu” Sungguh dia tidak faham.
“memanglah. Tapi, aku tak tahu pulak dia tu tak tahu baca al-quran. Datang je, mak , ayah aku dah siap keluarkan al-quran lagi. Mahu terdiam Suhaimi tu”, keluh Fatihah dengan raut wajah yang muram.
“dah tu?”
“dah two, three la. Apa lagi”, balas Fatihah selamba.
Nurul menampar paha kawannya. “kau ni, bukan t.w.o, aku katakan t.u”, balas Nurul siap dengan menyebut satu persatu huruf.
Fatihah ketawa sambil menepuk dahinya. “sorry beb, aku ingatkan t.w.o. Sorry, sorry. Dah tu, aku pisah sajalah”
“aik, senang macam tu je pisah?”
“dah tu, nak buat macam mana lagi? Mak dengan ayah aku dah bagi peluang kat dia. Dah dia yang nak putuskan nak buat macam mana”, balas Fatihah tenang.
“kau tak pujuk dia ke?”
Fatihah tersenyum hambar. “Nurul, kalau orang tu sayang kat kita, dia akan berubah dan turutkan saja kemahuan pasangan. Ini tak, peluang dah di beri, dia tak nak. Dia cakap tak sanggup. Macam mana nak bimbing aku nanti? Silap hari bulan, aku kahwin tak sampai sebulan dah bercerai. Sumpah, aku tak naklah laki macam tu” Fatihah sudah mula membuat muka geli.
“ikut kaulah Fati. Aku tak boleh kata apa-apa. Lagipun, kau muda lagi. Banyak-banyak berdoa. Lagi satu, sebelum couple, tanya dulu si lelaki ‘awak pandai baca al-quran ke tak? Kalau tak, hai,hai, bye,bye sajalah’. kan senang”, seloroh Nurul.
Fatihah sudah ketawa mendengar suara Nurul yang di buat-buat seperti gaya seorang perempuan yang cerewet. Macam-macam kawan aku ni. desis hatinya.

*****

“MAAFKAN saya encik”, tutur Fatihah mula serba salah. Dalam hati sempat lagi memuji lelaki di hadapannya. Handsome juga. Eh, kalau handsome pun, tak pandai baca al-quran baik tak payah. Getus hatinya.
“Fati, bukan kau yang salahlah”
“ishk, aku yang salahlah. Aku tak nampak kereta dia nak undur”, bisik Fatihah di telinga Nurul.
“bukan kau yang salahlah. Dia yang sepatutnya berhenti dulu. Jangan jadi lurus sangat”, marah Nurul masih lagi berbisik.
Adam yang berdiri lama hanya memerhati saja. Sepatutnya salah aku. Kenapa pulak dia yang mengaku? Peliklah perempuan ni. Tapi, cantik jugak. Ishk, tak boleh, tak boleh. Kalau cantik tapi tak pandai masak buat apa. Hati kecilnya mula membuat andaian.
“macam ni cik…”
“Fatihah”, sampuk Fatihah.
Adam sudah tersenyum. “macam ni Cik Fatihah. Sepatutnya, saya yang bersalah. Maafkan saya”, ujar Adam membetulkan keadaan.
Yes, Nurul sudah tersenyum puas. Mengaku juga laki ni.
Fatihah berpeluk tubuh sambil berfikir. “betul ke bukan saya yang salah?”, soal Fatihah dengan selamba.
Adam makin pelik. Macam mana dia boleh dapat lesen kereta ni? lambat-lambat Adam mengangguk juga.
Fatihah mengangkat bahu. “okeylah kalau macam tu. Dah selesai pun. Jadi, jomlah balik Nurul”, balas Fatihah lalu menarik tangan kawannya.
“eh, nanti, nanti. Encik….”
“Adam”, sampuk Adam memotong percakapan Nurul.
“kau nak buat apa lagi ni Nurul? Dah kita tak bersalah sudahlah”, celah Fatihah geram dengan Nurul. Sudahlah perutnya lapar. Nanti tutup pula kedai makan yang aku suka tu. Dahlah pukul 10 lebih. Rungut Fatihah dalam hati.
Adam sudah tersengih-sengih. “Cik Nurul dengan Cik Fatihah jangan risau. Nanti saya akan bayar ganti rugi”, balas Adam.
Fatihah ternganga. “ganti rugi? Buat apa? Tak payahlah”, tukas Fatihah laju saja jawabnya.
Nurul mencuit lengan Fatihah.
“yang kau cuit-cuit aku kenapa? Jomlah, nanti tutup pulak kedai Mak Senah. Perut aku dah lapar ni. Jomlah” Fatihah tidak mahu lagi membuang masa. Baginya, hal sebegini adalah keccil saja. Tidak perlu berpanjangan.
Adam sudah ketawa kecil. Lucu pula dengan sikap Fatihah.
“encik kena bayar ganti rugi dulu, baru boleh kami maafkan” Begitu tegas Nurul bersuara.
“kau ni, memalukan je”, bisik Fatihah. “tak perlulah encik. Bukan teruk sangat pun. Kami pergi dulu. Lagi satu, saya maafkan kesalahan encik”, balas Fatihah terus menarik tangan kawannya.
Adam terpinga-pinga. Tidak sempat dia menahan Fatihah, kereta Proton Waja terus meluncur meninggalkannya.

*****

“HOI, asal kau lewat?”, soal Faris menepuk-nepuk bahu Adam.
“aku ada hal tadi”, balas Adam menguatkan suaranya. Bingit telinganya dengan lagu yang di mainkan sangat kuat. Begitu juga dengan dirinya kala ini begitu rimas dengan manusia yang terkinja-kinja menari di lantai dansa itu. Adam memicit-micit dahinya.
“kau nak minum apa? Aku belanja hari ni”
Adam tersenyum hambar. Hidungnya tidak tahan bau yang keluar dari mulut Faris. Terasa nak termuntah pun ada.
“aku nak baliklah. Pening beb”, balas Adam terus bangun.
“kau nak balik apa, awal lagi ni”
“peninglah. Aku tak tidur apartment kau. Aku terus balik rumah aku”, tutur Adam sudah menekup hidung. Dia jadi tidak suka dengan keadaan tersebut.
“kenapa dengan Adam?”, soal Khairi yang sudah mabuk.
“biasalah, anak mak katakan”, balas Faris sudah ketawa besar.
Sebaik saja kakinya menjejak bumi, kepalanya kembali ringan. Dia menyedut nafas sedalam-dalamnya. Entah kenapa dia tidak ada hati untuk masuk ke kelab malam lagi. Dia lebih suka duduk di rumah ataupun, berjalan-jalan seorang diri sambil menghirup angin malam. Fikirannya kembali teringatkan Fatihah. Gadis itu sangat lurus. Yang melucukan dirinya, Fatihah sanggup mengaku diri sendiri yang bersalah.
Bibir Adam mekar dengan senyuman. Rugi dia tidak meminta nombor telefon Fatihah. Dalam hati dia berharap sangat dapat berjumpa dengan Fatihah. Hai, bunga-bunga cinta mula berputik ke?

*****

“ALHAMDULILLAH”, ucap Fatihah panjang. Perutnya betul-betul kenyang.
“tapi, kalau kau minta ganti rugi dari laki tu, mesti kau akan ucap alhamdulillah lagi panjang”, bidas Nurul.
“kenapa dengan kau ni? kereta aku bukan kemek pun. Terkeluar cat sikit je”, tutur Fatihah dengan senyuman.
“eii, kau ni. Aku tahulah kau ni kaya. Tapi, apa salahnya kau ambil je ganti rugi yang laki tu nak bagi” Nurul masih tidak berpuas hati.
“kau ni, kaya sangat ke aku ni? Boleh jadi jutawan tak?”, soal Fatihah dengan wajah yang serius.
Nurul yang hendak marah terus ketawa. “kalau aku borak dengan kau, boleh sakit tahu tak. Aduh, sakitnya perut aku ni” Nurul memengang perutnya. Sudahlah dia kenyang dengan makanan. Di tambah pula lawak Fatihah yang boleh memecahkan perutnya.
“kau okey tak? Sakit lagi? Nak pergi hospital tak?” Fatihah mula mengelabah.
“eii, jom balik. Aku penat ni” Terus Nurul berdiri.
Fatihah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. “tadi kata sakit. Tapi, aku peliklah Nurul. Bila aku cakap kau asyik gelak je. Lawak sangat ke?”, soal Fatihah sudah mula menghidupkan enjin keretanya.
Nurul yang mendengar terus ketawa. Fatihah binggung. Lambat-lambat dia pun ketawa sekali. Fatihah, Fatihah…

BAB 3

“insyaallah, kalau ada nanti, aku belikan untuk kau” Fatihah mengetap bibirnya.
“belikan tau”, pesan Nurul di hujung talian.
“aku tak tua lagilah. Kalau ada aku beli. Assalammualaikum”, ucap Fatihah terus memutuskan talian.
“waalaikummussalam”
Fatihah tersentak. Lama wajah di hadapannya di pandang.
“Adam”, kata Adam mengingati Fatihah.
Senyuman mula terukir di bibir Fatihah. “hah, saya ingat dah”
“hai”, ujar Adam lalu menghulurkan tangan.
Fatihah tersenyum. “maaf, saya perempuan”, tolak Fatihah penuh sopan. “Tadi saya bagi salam kat kawanlah”, balas Fatihah. Dia terus mencari novel yang di kirimkan oleh Nurul.
“saya tahu. Saja saya jawab balik. Tak boleh?”, soal Adam membuntuti Fatihah. Malu juga salamnya tidak di balas. Tapi, betul juga kata Fatihah. Dia buakan ada apa-apa hubungan dengan Fatihah.
Fatihah hanya mengangguk.
“kenapa awak angguk?”, soalnya pelik.
“ni dia. Akhirnya jumpa juga”, balas Fatihah menunjukkan novel kepada Adam.
Adam ketawa kecil. Dia ingatkan apa tadi. “mana kawan awak lagi seorang tu?”
“Nurul?”, tanya Fatihah.
Adam mengangguk.
“dia ada kat rumah. Kenapa? Owh, awak jatuh hati kat kawan saya eak? Nak saya tolong kenalkan ke?” Fatihah mula teruja.
Adam tersentak. “eh, bukan, bukan. Saya tanya je”, balas Adam.
“owh, kalau awak nak apa salahnya. Lagipun, ada tau cerita dalam novel, berjumpa secara tak sengaja dan bercinta. Manalah tahu, jodoh awak dengan Nurul”, seloroh Fatihah ketawa kecil.
“ishk, taklah. Kan bagus kalau kita yang jadi watak dalam novel yang awak cakapkan tadi”, balas Adam sengaja menduga.
“watak? Tak fahamlah saya”, balas Fatihah selamba. Kakinya terus menuju ke arah kaunter bayar.
“tak ada apa-apalah”, keluh Adam. “awak free tak?”, soal Adam lagi.
“kenapa?”
“jom kita pergi makan nak? Saya belanja” Adam mula memain peranannya. Lelaki macho katakan.
“belanja? Wah, best tu. Orang kata rezeki jangan di tolak. I like it” Fatihah sudah mula tersenyum lebar.
“biar saya yang bayarkan”, ujar Adam sebaik saja jumlahnya di beritahu.
Fatihah terpinga-pinga apabila Adam terlebih dahulu menghulurkan wang kertas. Hmm….tak apa, rezeki jangan di tolak. Bisik hatinya.
“awak suka makan kat mana?”
“kat gerai Mak Senah. Makanan dia sedap-sedap sangat wak”, balas Fatihah tidak ada rasa malu lagi.
“owh, jomlah kita pergi”, tutur Adam penuh semangat.
“pergi mana?”
“gerai Mak Senah”, balas Adam menutup mulutnya. Lawaklah perempuan ni.
“owh, saya ingatkan pergi mana tadi. Tapi, gerai Mak Senah buka lepas maghrib”
“hmmm, kita makan kat kfc sajalah. Malam nanti saya belanja awak makan kat gerai Mak Senah” Adam mula merancang. Dia mahu pikat hati Fatihah.
“wah, dua kali awak nak belanja saya makan? Rezeki lagi tu. Tapi, tengah hari ni, saya dah janji dengan Nurul nak makan sama-sama. Dia dah masak kat rumah. Malam nanti sajalah. boleh?”
“hmmm, boleh juga. Nak nombor telefon awak boleh?”
“hah, lupa pulak saya. Ni card saya eak. Jumpa malam nanti. Assalammualaikum”, ucap Fatihah terus meninggalkan Adam.
“waalaikumussalam”, balas Adam melihat Fatihah yang sudah jauh meninggalkannya. Kad nama itu di pandang dengan senyuman. ‘Nur Fatihah Syazwani Binti Abu Bakar’. Sedap nama dia. Cantik macam orangnya juga. Puji hati kecilnya.

*****

“AMBOI, kau bersiap lawa-lawa ni nak pergi mana?”
“lawa sangat ke?” Fatihah menilik dirinya sendiri. Hanya seluar jeans hitam, di padankan dengan baju t-shirt lengan panjang bewarna merah. Tudung pula bewarna hitam.
“bagi aku lawalah. Tak pernah aku tengok kau keluar malam semenjak putus dengan Suhaimi. Pelik pula aku tengok malam ni” Nurul cuba mengorek rahsia.
Fatihah tersenyum kecil. “kau ingat tak Adam? Laki yang langgar kereta aku tu?”
“hah, ingat. Kenapa?”
“dia ajak aku keluar malam ni. Nak belanja makan”, jelas Fatihah.
Mata nurul membulat besar. “betul ke? Kau jumpa dia masa bila?” Cerita sensasi ni, tak boleh lepas. Kepoh benar hati si Nurul ni.
“pagi tadi. Akukan keluar jalan-jalan. Aku jumpa masa kat Popular. Masa aku nak beli novel kau. dah rezeki Nurul, orang kata jangan tolak” Fatihah sudah ketawa kecil.
“baguslah kalau macam tu. Jangan lupa minta ganti rugi. Lagi satu, aku nak nasi goreng paprik satu”, ujar Nurul.
“kau ni, tak habis-habis ganti rugi. Aku maafkan dia. Biarlah, al kecil je. Aku pergi dulu. Dia dah mesej ni. Assalammualaikum”, balas Fatihah terus ke arah pintu.
“hati-hati”, jerit Nurul.
Fatihah tersenyum kecil. Insyaallah. Balasnya dalam hati. Kelihatan Adam sudah tersenyum ke arahnya.
“awak nampak cantik malam ni”, puji Adam dengan senyuman manis.
“thanks, biasa je. Awak pun apa kurangnya, handsome malam ni”, puji Fatihah pula. Hatinya berdebar-debar. Hai hati, janganlah kau pulak yang lebih-lebih.
Sebaik saja kedua-dua insan itu memasuki perut kereta, Adam terus menekan minyak. Lagu nyanyian Faizal Tahir yang bertajuk Hanyut memecah kesunyian yang bersarang di dalam ruang kereta.
“awak ni kerja apa sebenarnya?”, soal Adam memulakan perbualan.
“hah? Hmm, kan dah ada dalam kad tu”, balas Fatihah tersenyum panjang.
Adam tergelak. Bodoh juga soalan yang di tanya olehnya. “oh, kedai bungakan?”
Fatihah hanya mengangguk. “kalau awak nak gubah bunga untuk hantaran ke, nak hias rumah ke, datanglah ke kedai saya” Nampaknya, dia sudah mula promote kedai bunganya. Sambil itu, dia menunjukkan arah ke gerai Mak Senah.
Adam tersenyum. “gerai ni ke?”, soal Adam seolah-olah tidak percaya.
“yela. Kenapa? Awak tak cuba lagi. Kalau awak cuba, mesti sedap” Fatihah mengangkat jari telunjuknya.
Adam ketawa kecil. “okey, saya cuba dulu makanan kat sini. Mana tahu boleh datang lagi lain kali”, balas Adam mematikan enjin.
Fatihah tidak sabar lagi menikmati makanan kegemarannya. Adam memilih tempat yang agak hujung juga. Dia mahu mengenali Fatihah tanpa sebarang gangguan. Fatihah hanya mengikut saja.
“order kak”
“saya nak nasi goreng daging merah dengan limau air. Satu lagi nasi goreng paprik satu, bungkus eak”, ujar Fatihah.
“saya nak sama juga, nasi goreng daging merah dengan air teh ais” Sebaik saja selesai memesan, Adam kembali memandang Fatihah.
“maaflah, kawan saya pun kirim juga. Nanti saya bayar sendiri”, ujar Fatihah serba salah.
Adam tersenyum kecil. “tak apa. Saya belanja. Kawan awak, kawan saya juga”, balas Adam penuh asyik menjamah wajah Fatihah.
“ada apa-apa ke kat muka saya?” Fatihah mula meraba-raba mukanya.
Adam ketawa juga. “ada. Muka awak ada hidung, mata, mulut, kening…”
“Adam”, marah Fatihah memijak kaki Adam.
“aduh, kuatnya awak pijak. Ishk, ishk, teruknya” Adam sengaja mahu menyakat Fatihah lagi.
Fatihah mencebik. “siapa suruh kenakan saya. Padan muka”, balas Fatihah menjeling tajam.
“awak ni lawaklah. Siapa yang kawan dengan awak, mesti ketawa selalu”
“owh, patutlah awak pun nak jadi macam Nurul”
“kenapa?”
“sebab awak pun asyik ketawa je bila saya cakap. Nurul pun macam tu juga. Asyik ketawa je bila saya cakap. Bila saya tanya saya ni lawak sangat ke. Pas tu, dia lagi ketawa. Kenapa eak? Tak fahamlah saya”
“tak apa, abaikan je” Sebenarnya, dia mahu ketawa lagi. Namun, tidak sampai hati pula. Kalau Fatihah terkecil hati susah pula. “awak ni anak keberapa?” Adam mula serius.
“saya anak bongsu dari 3 orang adik beradik. Saya seorang je perempuan. Kedua-dua abang saya dah berkahwin”, terang Fatihah dengan bibir tidak lekang dari senyuman.
“owh, awak ni tak ada pakwe lagi ke?”
Fatihah menggeleng-geleng kepalanya. “dulu ada juga. Sekarang dah single mingle”, balasnya lalu ketawa.
Adam yang mendengar terus ketawa. “lawaklah awak ni”
“lawak sangat ke? Tak apa, kita abaikan je. Awak pula? Anak keberapa?” Giliran Fatihah pula bertanya.
“saya anak tunggal. Saya tinggal dengan mama. Ayah saya dah lama arwah”, balas Adam dengan senyuman tawar. Hatinya sayu bila mengingati arwah ayahnya.
“maaf kalau saya buat awak sedih. Kalau awak ingatkan arwah, sedekahlah yasin ataupun al-fatiha ke kat arwah. Insyaallah moga-moga dia tenang di sana” Fatihah memandang wajah sayu Adam.
“saya boleh berdoa je. Saya tak pandai baca al-quran”, akui Adam. Malu pun ada juga. Tapi, itulah dirinya.
Alamak, dia pun tak pandai baca al-quran. Teringat lagi kata-kata Nurul ‘…sebelum couple, tanya dulu si lelaki ‘awak pandai baca al-quran ke tak? Kalau tak, hai,hai, bye,bye sajalah’… Tak apa, aku try dululah tanya dia nak belajar ke tak. Kalau dia nak, baguslah. Bisik hatinya.
“tak apa Adam. Saya akan tolong awak. Macam ni, setiap hari sabtu, kat taman saya ada buat mengaji al-quran untuk orang-orang dewasa. Kalau awak nak, awak boleh datang”, cadang Fatihah.
“tapi, saya malu”, balas Adam.
“awak nak malu dekat saya ke atau awak nak malu kat Allah?”, soal Fatihah tegas siap dengan berdiri lagi. Adam terkebil-kebil memandangnya. Semua orang berada berhampiran memandang ke arahnya. Fatihah terus duduk dan menundukkan wajahnya. Malu! Adam lagilah malu.
“kuat sangat ke saya cakap?”, soal Fatihah dengan nada yang berbisik.
“kuatlah jugak. Control volume awak tu”, balas Adam membalas dengan cara berbisik juga.
“okey, okey. Maafkan saya”, bisik Fatihah menutup mulutnya.
Adam sudah menahan tawa.
“macam ni, kalau awak malu, kita pergi jumpa ustaz tu dan suruh dia datang ajar awak kat rumah. Nak tak?” Fatihah masih lagi berbisik.
“okey, okey, saya setuju”, balas Adam memberi kata putus. Tidak lama kemudian makanan yang di pesan sampai juga. Orang yang paling lahap sekali tentulah Fatihah. Hai, tak malu langsung dekat si Adam.

BAB 4

“terima kasihlah ustaz sebab sudi datang ke rumah saya ni”, tutur Adam dengan seribu kesyukuran. Alhamdulillah, dia sudah boleh membaca dengan lancar. Walaupun ada lagi hukum harkat yang dia masih lagi kena belajar.
“alhamdulillah, Allah redha jika kita belajar fardhu ain dengan ikhlas. Tapi, bagus juga. Tiga bulan saya mengajar, awak dah dapat apa yang saya ajar”, tutur Ustaz Ismail.
“jemput minum ustaz”, ujar Datin Fatimah sebaik saja menuang air milo ke dalam cawan.
“minggu depan, kat surau taman yang saya selalu mengajar, ada buat ceramah. Kalau Adam dengan datin ada masa, datanglah”
“insyaallah kami datang nanti. Malam ke pagi ustaz?”, soal Adam.
“malam. Lepas maghrib. Jemputlah datang”
“insyaallah”, jawab Adam dan Datin Fatimah serentak.
“kalau tak ada apa-apa, saya balik dulu”, pinta Ustaz Ismail.
“kalau macam tu, saya tolong hantarkanlah ustaz. Lagipun, tak jauhkan” Adam menawarkan pertolongan.
“tak apa, saya dah telefon anak saya tadi. Saya dah janji dengan dia tadi”
Adam hanya mengangguk. Dia bersalam dengan Ustaz Ismail. “terima kasih ustaz”, ucapnya buat sekian kalinya.
“sama-sama. Assalammualaikum”
“waalaikummussalam”, jawab Adam dan Datin Fatimah.
Datin Fatimah tersenyum senang. Syukurlah Allah dah bukakan pintu hati anak tunggalnya itu. Jika arwah suaminya ada, pasti arwahlah orang pertama yang gembira.
“kenapa mama senyum seorang diri ni?”
“mama nak senyum salah ke?”, soal Datin Fatimah.
“taklah, mana ada salah. Senyum tu kan sedekah”, balas Adam. Dia membaringkan kepalanya di atas riba Datin Fatimah. Sudah lama dia tidak bermanja begitu.
“ishk, dah besar panjang pun nak tidur atas paha mama lagi? Macam mana nak ada bini nanti kalau Adam asyik nak berkepit dengan mama je?” Rambut anak lelakinya di usap penuh kasih sayang.
“biarlah. Kalau dia sayangkan Adam, tentulah dia sayangkan mama juga. Dia kena terima Adam seadanya. Lagipun, Adam yakin bakal menantu mama nanti akan sayangkan mama”, balas Adam berserta senyuman.
“siapa gadis yang berjaya ubah Adam ni? Mama teringin sangat nak tengok dia. Mesti cantikkan?”
“adalah. Lagipun, Adam tak luahkan lagi perasaan Adam kat dia. Nanti kalau dia setuju, Adam bawalah dia jumpa mama”, tutur Adam mula memejamkan matanya. Terasa tenang jiwanya tika ini.

*****

“KENAPA awak tak pilih telekung saja?”
Adam memikir-mikirkan cadangan Fatihah. “hmm…betul juga kata awak. Baik saya hadiahkan tekung je” Adam setuju akhirnya.
“perlu ke saya datang rumah awak esok? Nanti, apa pula kata mama awak”
“tak apa. Mama yang suruh saya bawa awak”
“owh, kalau macam tu, saya hadiah gubahan bunga sajalah. okey tak?”
“okey juga. Sebab mama saya suka bunga”, balas Adam terus keluar dari butik sebaik saja selesai membuat pembayaran.
“eh, Fatihah”, sapa seorang lelaki.
Fatihah tersenyum saja sebaik terpandang wajah Suhaimi. Di sisi lelaki itu, kelihatan seorang perempuan.
“hai Adam”, sapa Elyna.
Adam tersenyum seadanya. “you buat apa kat sini?”
“I jalan-jalan dengan boyfriend I”, balasnya manja sambil memaut lengan Suhaimi.
Fatihah mengangkat keningnya. Jadi, Adam kenal dengan perempuan ni, aku pula kenal Suhaimi. Elok sangatlah. Ngomelnya dalam hati.
“hai, saya Adam” Adam menghulurkan tangan.
“Suhaimi”, tutur Suhaimi memperkenalkan diri.
“hai, I Elyna” Elyna menghulurkan tangan ke arah Fatihah.
“hai, Fatihah”, balas Fatihah dengan senyuman di balas hambar.
“cepatnya awak dapat boyfriend Fati”, celah Suhaimi tersenyum sinis.
Fatihah memandang Adam. Pandangannya di balas. Bibir Adam mekar dengan senyuman. I love you. Ucap Adam dalam hati. Fatihah menundukkan wajahnya.
“awak tahan ke dengan perangai Fati?”, soal Suhaimi seolah-olah mengejek Fatihah.
“kenapa pula sayang?”, soal Elyna manja. Menyampah pula Adam dan Fatihah tengok.
“dulu I couple dengan dia. Penatlah nak cakap dengan perempuan lurus macam ni. Dah tu, family pun kolot. Ada ke patut suruh baca al-quran baru boleh kahwin. Pelik-pelik”, ejek Suhaimi.
Astaghfirullahalazim…ucap Fatihah dalam hati. Dia tidak sangka Suhaimi boleh berkata begitu. Adam menggenggem jari jemarinya. Api kemarahannya makin tinggi.
“owh, yeke? Kalau you nak tahu, I dulu couple dengan Adam. I pun tak tahanlah. Dahlah anak mak, dah tu siap kena masak lagi baru boleh jadi isteri dia. Tak naklah I. Buat rosak tangan je. Bye, kami pergi dulu”, ujar Elyna terus menarik lengan Suhaimi.
Adam geram. Ingin saja dia mengejar pasangan ‘sehati sejiwa’ itu. Namun, Fatihah menahannya.
“biarkan mereka. Kita pergi makan kfc. Saya belanja”, ujar Fatihah menceriakan suasana. Takut pula dia lihat wajah Adam yang merah padam itu.
Akhirnya Adam hanya mengikut langkah Fatihah. Mereka masuk ke dalam kfc. Adam terus ke kaunter. Manakala Fatihah sudah mengambil tempat duduk. Kecil sungguh rasanya dunia ini. Tidak sangka Adam dulu meminati perempuan yang seksi seperti Elyna. Memang dia akui, Elyna lebih cantik darinya. Rambut Elyna yang ikal mayang, wajah Elyna yang comel. Astaghfirullahalazim….bersyukurlah dengan apa yang DIA berikan untuk aku. Cantik apa aku ni. heheheheheheh. Perangai gilanya mula datang.
Tidak lama kemudia, Adam menatang dulang yang berisikan dua pinggan snack plate dan dua gelas air. Fatihah tersenyum.
“marah lagi Encik Adam?”
“tak dah. Tapi, awak nampak tenang je. Kalau perempuan lain agaknya, dah lama bergaduh tarik rambut”, balas Adam di sambut ketawa oleh Fatihah.
“awak ni, lawaklah”
“saya lawak ke? Bila saya lawak?”, soal Adam.
Fatihah ketawa kecil. “awak ambil ayat saya eak. Tak apa, saya halalkan”, seloroh Fatihah membuatkan Adam ketawa besar.
“tapikan, saya memang respect awak. Tak marah langsung” Adam mula menikmati ayam goreng di pinggannya.
“awak ni, kan orang yang kuat adalah orang yang mampu menahan rasa marahnya. Jadi, tak perlulah kita layan dengan orang macam tu. Buat sakit hati je”, balas Fatihah tersenyum manis.
“awak comellah”, puji Adam geram. Jika Fatihah adalah isterinya, sudah lama dia mencubit-cubit pipi gebu itu.
“comel? Lawaklah awak ni. Saya ni lurus bendul. Manalah orang nak kat saya. Merepek je awak ni. lagipun, susah nak cari orang yang boleh baca al-quran, yang baik, yang susah nak faham saya”, balas Fatihah merendah diri.
“jadi, saya ni jahatlah?”, duga Adam.
Fatihah tersentak. “bukanlah, awak baik. Saya tak maksudkan awak tadi”, balas Fatihah gugup.
Adam tersenyum akhirnya. “jadi, izinkan saya luahkan hati saya kat awak”
Erkkk….macam mana ni? Fatihah mengelabah. Mukanya mula meruap kemerah-merahan.
“saya tahu, saya tak sempurna. Tapi, saya sedaya upaya akan membahagiakan awak. Saya cintakan awak Nur Fatihah Syazwani Binti Abu Bakar”, ucap Adam penuh ikhlas.
Fatihah hanya menundukkan wajahnya.
“cakaplah sesuatu” Adam resah. Resah apabila Fatihah hanya diam membisu. Dia tidak akan malu sekiranya Fatihah menolak cintanya. Dia terima dengan redha.
Fatihah mengeluh. “apa boleh saya cakapkan Adam. Saya perempuan. Kalau awak ikhlas, jumpalah dengan mak dan ayah saya kat kampung”, balas Fatihah malu. Ya, dia memang cintakan Adam. Biarpun hubungan mereka baru terjalin, dalam masa 3 bulan lebih dia senang sekali bersama Adam. Kalau boleh, biarlah mereka kenal dengan lebih dalam.
“kalau awak setuju, hujung minggu ni saya dengan mama datang jumpa keluarga awak”, balas Adam riang.
“tapi, biarlah saya kenal awak dengan lebih dalam dulu”
“ishk, mana boleh. Kalau sesuatu perkara tu baik, jangan lengah-lengahkan. Baik kita bercinta lepas kahwin. Lagi romantik”, ujar Adam malu-malu. Alahai si Adam ni, ingatkan gentleman sangat. Rupa-rupanya hampeh….

BAB 5

“assalammualaikum puan”, ucap Fatihah lalu menghulurkan tangannya.
“waalaikummussalam”, balas Datin Fatimah menyambut huluran tangan Fatihah. Senyuman Fatihah turut di balas.
“ini ada buah tangan dari saya. Selamat hari jadi puan. Semoga di panjangkan umur dan di murahkan rezeki”, tutur Fatihah menghulurkan sejambak bunga yang telah di gubah.
“terima kasih. Masuklah Adam, Wani”, ujar Datin Fatimah.
Fatihah tersenyum. Mesti Adam sudah beritahu nama sebenarnya kepada Datin Fatimah. Teringat pula akan emak dan ayahnya. Mereka akan memanggilnya Wani. Rindunya datang secara tiba-tiba.
“duduklah kejap. Mak cik nak ke dapur kejap”, ujar Datin Fatimah.
Fatihah bangun mengikut langkah Datin Fatimah. Adam yang berada di ruang tamu sudah tidak sedap hati. Janganlah mama suruh Fatihah masak. Hati kecilnya mula berbicara.
Fatihah yang berada di dapur sudah tergelak kecil bercerita dengan Datin Fatimah. Tidak di sangka Datin Fatimah yang serius tadi sudah boleh membuat lawak.
“Wani cuba rasa ayam masak merah tu. Sedap tak?” Datin Fatimah sengaja meyuruh Fatihah mencuba masakkannya.
“hmm, kurang garam ni puan. Biar saya tambahkan”, balas Fatihah dengan senyuman.
“Wani pandai masak apa?”
“saya tak pandai masak sangat puan. Kalau setakat makanan yang simple saya pandailah. Tapi, mak saya memang pandai masak”, balas Fatihah mencedok ayam dari kuali dan di letakkan ke dalam pinggan.
“janganlah panggil puan. Pangillah mama. Nantikan Wani jadi menantu mama juga”, ujar Datin Fatimah memegang tangan Fatihah. “janji dengan mama, jaga Adam baik-baik”
“insyaallah mama”, balas Fatihah membalas senyuman Datin Fatimah.
Datin Fatimah dan Fatihah menghidang makanan di atas meja. Adam yang berada di ruang tamu terus menerpa ke ruang makan. Sebaik saja tubuh Datin Fatimah hilang di balik dapur, Adam terus menahan Fatihah.
“mama cakap apa tadi?” Adam mula risau.
“mama suruh jaga awak baik-baik”, jelas Fatihah terus berlalu.
Adam tersenyum panjang. Ya Allah, aku bersyukur padaMU….doanya dalam hati..

*****

“ASSALAMMUALAIKUM”
“waalaikumussalam. Hai, berseri-seri je muka”, tegur Nurul.
“nah, ni untuk kau. Nasi tomato mama Adam yang bagi” Fatihah mengambil tempat di sebelah Nurul. Bekas nasi tomato di letakkan di atas meja.
“hah, bila kau pergi jumpa mama Adam? Kenapa tak beritahu aku?”
“baru tadi. Aku nak kahwin”, tukas Fatihah.
“hah?” Terus terbagun Nurul. “dengan Adam?”
Fatihah mengangguk.
“bila tarikhnya? Aku happy sangat bila tengok kau happy macam ni” Nurul tersenyum. Jumpa juga jodoh Fatihah. Tinggallah dia pula yang membujang.
“tak tahu lagi. Hujung minggu nanti Adam nak bawa mama dia jumpa mak dengan ayah aku”
“eh, kejap, tahu ke si Adam tu mengaji?”
“insyaallah. Aku yakin kali ni”, ujar Fatihah penuh yakin.
“tahniah kawan. Dah nak kahwin pun kau rupanya. Tinggal akulah pula yang membujang lagi”
“eleh, budak Hafiz tu nak, kau yang jual mahal, siapa suruh?”
“eh, mestilah kena jual mahal. Baru best”, balas Nurul.
“eleh, bestlah sangat. Nanti kalau jadi andartu macam mana?”
“ishk kau ni. Kau cakap macam berdoa pula”, tegur Nurul mula cuak.
“hah tahu pun cuak. Jadi, terima je Hafiz tu. Baik pun baik. ‘Ya Allah, KAU satukanlah Nurul dengan Hafiz’. Amin”, doanya.
Nurul turut mengaminkan doa. Tahu pun takut!

BAB 6

“hah, sayang buat apa seorang diri kat sini?”, sergah Adam di belakang Fatihah.
“abang ni, terkejut Wani”, marah Fatihah manja. Pinggangnya kini sudah di rangkul erat oleh tangan sasa Adam.
“sayang tengok apa tu?”, soal Adam berbisik di telinga Fatihah.
“Wani tengok bulan”, balas Fatihah menyandarkan kepalanya di dada bidang Adam.
“ada apa pada bulan sayang?”, tanya Adam penuh romantik nadanya.
Fatihah tersenyum. “Wani nak abang ingat Wani selalu. Kalau abang tengok bulan, abang kena ingat Wani tau”, bisik Fatihah mengalihkan tubuh menghadap Adam.
“owh, macam tu. Kenapa malam ni isteri abang ni terlebih romantik pula?”, bisik Adam lagi. Leher Fatihah di kucup lembut.
“saja, tak boleh?” Fatihah merangkul leher Adam. Hidungnya dan hidung Adam bertemu dan dia menggesel-geselkannya. Comel! Baru kini dia boleh lihat wajah Adam dengan lebih jelas dan dekat. Wajah Adam yang putih, jelas kekacakkannya apabila terdapat lekuk di dagunya. Mata Adam yang kuyu dan bibir Adam yang seksi. Seksi ke? Bedal sajalah.
“kenapa tengok abang macam nak makan je?”
Fatihah tersentak. Lalu tersenyum juga. “I love you”, bisik Fatihah di telinga Adam.
“I love you too sayang”, balas Adam membalas senyuman Fatihah. “abang nak cakap sesuatu. Mungkin lagi jiwang dari sayang”, ujar Adam.
“hmm, apa dia? Jiwang sangat ke?”
“andai hembusan angin bertiup dan menampar pipi sayang, ingatlah yang abang mencium pipi sayang waktu itu”, bisik Adam.
Jantung Fatihah mula bergetar. Dia memeluk Adam dengan erat. “abang”, panggil Fatihah di dada Adam.
“hmm”, ujar Adam perlahan.
“Wani teringin nak anak”, bisik Fatihah di telinga Adam. Matanya memandang wajah Adam dengan penuh rasa cinta.
“amboi, tak sabar ke? Baru dua minggu lebih kita kahwin. Kitakan tengah honeymoon lagi ni sayang”, balas Adam mula ketawa kecil.
“abang ni, orang betul-betul, dia main-main pula”, marah Fatihah menampar lengan Adam dengan manja.
Adam sudah ketawa kecil. Sudah 4 hari dia dan Fatihah menhabiskan masa di Cameron Highland.
“abang seriuslah ni. Kalau arwah papa ada, mesti dia gembira. Sejak arwah meninggal, abang ambil alih syarikat papa. Mesti arwah papa gembira sebab syarikat dia sekarang akan berkembang di London pula” Sayu nada suaminya.
Fatihah memandang suaminya penuh kasih. “sabarlah. Kita sama-sama doa agar arwah papa tenang di sana” Fatihah menenangkan suaminya.
“terima kasih sayang sebab sentiasa ada di sisi abang saat abang susah. Takdir menemukan kita dan akhirnya cinta kita bersatu”, ucap Adam mengucup dahi Fatihah.
“sama-sama”, balas Fatihah memeluk Adam.
“I love you”, ucap Adam.
“I love you too”, balas Fatihah tenang.
Mama, Adam dah jumpa permata yang Adam nak. Kekalkanlah kebahagian kami Ya Allah. Doanya dalam hati.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

28 ulasan untuk “Cerpen : Takdir & Cinta”
  1. Nadiah says:

    best2……..

  2. atira says:

    bes r… :smile:
    hmm,xbosan bc… :lol:

  3. kim says:

    haha..best2,,
    cute la wani tu..adam pun sme.. ;-)

  4. yanty says:

    sweeeeetttttttttttt

  5. aien says:

    bosan sikit lh..

  6. nierashida says:

    salam..
    terima kasih atas komen anda semua :smile:
    bukan mudah nak tarik pembaca untuk membaca
    pe2 pun, maaf kalau bosan…
    sy akan perbaiki lagi :smile:

  7. nuraleesya says:

    best…romantik pun ada…suka cara penyampaian penulis tentang mencari jodoh..agama terletak no 1….tahniah dr lee…:)

  8. khariah khaizu says:

    best2

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"