Novel : Benci Tapi Rindu 10

4 December 2010  
Kategori: Novel

10,192 bacaan 8 ulasan

Oleh : NIERASHIDA

10

“sedap tak?”, soal Haikal dengan penuh beriya-iya.

Aqilah hanya mengangguk. “sedap”, balasnya meneruskan suapan.

Haikal tersenyum panjang. “memang nasi lemak kukus kat sini sedap. Saya kalau balik Kedah, sinilah saya akan datang sarapan. Tengok mood jugalah. Kalau malas, tak datanglah”, ujar Haikal penuh selera menikmati sarapan.

Aqilah tersenyum. “tapikan awak, saya sebenarnya tak tahu macam mana nak beza sedap ke tak. Janji lepas tekak saya nak telan, kira okey la. Kalau makanan yang saya makan tak rasa apa-apa, barulah di katakana tak sedap. Kalau ada rasa sedaplah tu”, terang Aqilah bersama senyuman yang tidak lekang dari bibir. Entah kenapa pagi ini dia begitu murah dengan senyuman.

Haikal terus tersedak. Aqilah dengan cepat menghulurkan milo ais untuk Haikal. Tangan Aqilah turut memainkan peranan mengurut-urut belakang Haikal. Muka Haikal yang merah itu di pandang penuh risau.

“awak okey tak ni? Makan gelojoh sangat”, marah Aqilah menepuk-nepuk belakang Haikal. Marah-marah sayang kata orang tua-tua.

“awak kata saya makan gelojoh?” Haikal seolah-olah tidak percaya dengan apa yang di dengar. “awak tahu tak, awak cakap macam india tahu tak?”, bidas Haikal penuh geram. Namun, suaranya masih lagi di kawal.

Aqilah menjegilkan matanya. “amboi-amboi, sedap mulut awak nak mengata saya. Awak tu, makan gelojoh macam….macam…hah, macam minachi yang datang dari Planet Pluto”, ejek Aqilah tidak mahu kalah.

Haikal sudah mencebikkan bibirnya. “ikut awaklah Cik Aqilah. Saya malas nak bergaduh dengan awak”

“ikut awaklah Encik Haikal. Saya pun malas nak bergaduh dengan awak” Aqilah terus hilang selera. Cakap aku konon. Eleh, dia tu pun sama. Dah betul tekak aku ni tak kisah makanan apa pun. asalkan boleh telan kira okey la tu. Dah memang betul nasi lemak ni cukup rasa. Takkan dia sendiri tak rasa pula. Nak Tanya-tanya orang pula makanan ni sedap ke tak. Nyampah aku. Kalau tahu macam ni, aku tak ikut dia datang pagi-pagi macma ni pun tak pe. Baik tidur lagi bagus. Ishkk, sakit hati je mamat ni. Leter Aqilah dalam hati.

“yang awak termenung tu kenapa? Muka dah macam tempe basi tahu tak? Kenapa tak habiskan makanan tu? Membazir saja awak ni”, bebel Haikal menaikkan lagi kemarahan Aqilah.

“cakap sajalah yang awak tu lapar lagi. Habiskan sajalah nasi tu kalau awak nak”, perli Aqilah mengerling ke arah Haikal. Bibir yang tadi sentiasa di hiasi dengan senyuman sudah berganti dengan bibir muncung itik.

Haikal tersenyum. “mestilah nak. Pandai awak baca fikiran saya. Meh sini nasi tu. Rugilah kalau awak tak nak makan” Tangan Haikal sudah mencapai pinggan di depan Aqilah. Sesekali Haikal mengerling juga ke arah isterinya. Dia mahu melihat reaksi Aqilah.

Aqilah yang berada di sebelah sudah menelan liur. “yang awak sibuk tu kenapa? Biar saya yang habiskan nasi saya” Aqilah menarik semula pinggan makanannya. Mana adil Haikal mahu menghabiskan makanannya. Walaupun dia marah dengan Haikal, rezeki di depan mata tidak boleh di tolak.

Haikal menutup mulutnya menahan tawa. Dia melihat Aqilah makan tanpa mengangkat kepalanya langsung. “dahlah, saya minta maaf. Tak payahlah awak nak merajuk lagi. Cakap sikit pun tak boleh”, pujuk Haikal.

Aqilah diam. Dia malas mahu melayan Haikal. dia hanya membiarkan kata-kata Haikal di bawa pergi dengan keriuhan pengunjung-pengunjung di Pasar Besar itu. Akhirnya, aqilah berjaya menghabiskan makanannya dengan hati yang penuh geram terhadap Haikal.

AQILAH begitu teruja melihat baju yang berjaya menarik hatinya. Matanya mula mencari-cari kelibat Haikal. Yes, dia tak ada! Lonjaknya penuh riang. Akhirnya baju kemeja yang di minatinya itu di ambil juga. Dengan teliti dia membelek-belek kemeja bewarna biru gelap. Sesuai dengan Haikal. Entah kenapa hatinya mahu membeli sesuatu untuk Haikal. Biarpun hatinya masih lagi marah terhadap Haikal.

“kalau baju warna biru, tie warna apa yang sesuai eak?”, soal Aqilah seorang diri. “kalau tie warna hitam nanti, tak nampak pula. Warna putih cantik juga. Kalau baju warna biru, seluar warna putih dan tie warna putih. Eam, cantik juga. Sesuailah dengan dia. Laki aku tu kulit putih. Beli baju warna india pun dia pakai juga” Tanpa membuang masa, Aqilah terus mengambil baju yang telah berjaya menawan hatinya.

“saiz m. Memang dia pakai saiz m pun. Tapi, pinggang dia aku tak tahulah pula saiz apa. Eamm, seluar tak perlu rasanya. Dia dah ada seluar warna putih”, sambungnya lagi. Dia membeli juga kain untuk Hajah Rosiah, Aisyah dan juga Nadia.

Sebaik saja selesai membayar, matanya masih lagi mencari-cari kelibat suaminya. Hatinya mula terbakar semula apabila suaminya masih lagi tidak kelihatan. “jangan cakap dia dah balik? Kalau macam tu, aku balik naik teksi sajalah”, ngomelnya sendirian.

Sebaik saja dia mahu melangkah pergi, satu suara yang memanggil namanya. Tidak perlu dia melihat, sudah tahu siapa gerangannya. Aqilah melangkah makin laju. Kalau boleh dia mahu keluar dari bangunan Pacific ini. Namun, langkahnya terhenti apabila lengannya di pegang oleh Haikal.

“maaf saya lambat. Saya nak ubah kereta tadi. Kebetulan ada pak cik ni minta saya tumpangkan dia ke Sahab kejap”, terang Haikal.
Aqilah meneruskan juga langkahnya biarpun lengannya masih lagi di pegang oleh Haikal.

Haikal hanya menurut saja langkah Aqilah. “awak ni terlalu baik sangat. Awak tak takut ke tumpangkan orang yang awak tak kenal. Manalah tahu nanti awak kena sihir, kena santau ke. Kalau saya, tak naklah tumpangkan”

Haikal tersenyum. “dia orang tua Ila. Lagipun, dia bawa beg lagi, barang lagi, kesian pula saya tengok. Tak baik tau. Nanti kalau kita susah, ada juga orang yang akan tolong kita”, balas Haikal tenang.

Aqilah mencebik. “baiklah ustaz. Saya ni manalah baik macam awak. Tak salah tolong orang. Tapi biar bertempat. Beringat sebelum terkena”

“okey Puan Aqilah. Saya akan beringat selalu” Haikal mengangkat tangannya seperti berjanji. Haikal tidak menghiraukan orang yang berada di sekelilingnya.
Aqilah sudah tertawa kecil. Pegangan di lengannya juga tidak mahu di tepis lagi. Entah kenapa dia selesa begitu.

“banyaknya barang yang awak beli. Awak beli apa lagi? Macam nak sambut hari raya pula awak ni. Cubalah sesekali awak berjimat sikit”, tegur Haikal lalu meminta barang-barang yang di beli oleh Aqilah untuk di bawa juga. Orang sayangkan isteri katakan.

“bukan saya ni boros sangat. Dah saya berkenan, saya belilah. Lagipun, bukannya untuk saya saja. Untuk awak juga Encik Haikal oiii”
Haikal sudah ketawa kecil. Akhirnya mereka keluar dari bangunan itu. Panas mentari yang terik memaksakan Aqilah menundukkan wajahnya. Lengannya terasa seperti di bakar. Mana tidaknya, dia hanya mengenakan seluar jeans dan t-shirt berlengan pendek.

“panas?”, soal Haikal.

Aqilah hanya mengangguk.

“awak tunggu kat bawah bumbung tu dulu. Saya pergi ambil kereta kejap. Nanti saya datang”, balas Haikal terus berlalu. Belum sempat Aqilah hendak menahan. Tersentuh juga hatinya dengan sikap prihatin Haikal.

Tidak sampai 15minit, kereta Toyota Wish sudah berhenti di depannya. Haikal keluar lalu membalas senyuman Aqilah. Dia terus memasukkan barang-barang ke dalam kereta.

Kenderaan mewah itu terus meluncur laju. Aqilah menarik nafas sedalam-dalamnya apabila tubuhnya yang berpeluh itu di simbahi penghawa dingin. Terasa tenang dirinya kala ini.

HATINYA terasa sayu sekali. Rasa tidak sanggup untuk dia meninggalkan rumah tersebut. Dia betul-betul gembira dapat mengenali Hajah Rosiah. Dia membuang pandangan ke luar tingkap. Lambaian sawah padi di sepanjang lebuh raya seolah-olah mengucap selamat tinggal kepadanya. Begitu cepat Haikal mahu pulang ke Kuala Lumpur. Berusaha dia memujuk Haikal supaya pulang pagi esok sahaja. Namun, Haikal tetap mahu pulang petang itu juga. Alasan kerja yang banyak tertangguh perlu di siapkan dengan segera. Aqilah hanya menurut. Dia belum puas berjalan-jalan di Negeri Kedah. Kehidupan di Kuala Lumpur tidak sama dengan kehidupan di Kedah. Dia begitu selesa dan tenang tinggal di desa berbanding di bandar yang penuh dengan kesesakan dan menyesakkan mindanya juga.

“entah bila kita nak datang sini lagikan?”, soal Aqilah lebih kepada dirinya. Namun, masih lagi di dengari oleh Haikal.

Haikal mengangkat keningnya. “saya ingatkan awak tak suka datang sini. Maklumlah rumah kampung. Tak macam KL. Ada aircond”, tutur Haikal perlahan.
Aqilah menjeling tajam. “mana awak tahu saya tak suka datang sini? Mesti mak seorang yang memahami anakkan?”, soal Aqilah lagi. Kali ini, dia memandang Haikal yang fokus pada pemanduannya.

Haikal tersenyum. Lambat-lambat dia mengangguk. “mak memang seorang yang baik. Sejak arwah ayah meninggal, dialah yang jaga kami. Mak sangat memahami anak-anak dia. Perkahwinan kita pun dia restu walaupun dia jauh di sisi saya. Mak suruh saya jaga awak elok-elok. Awak adalah amanah saya”, terang Haikal perlahan.
Aqilah diam seketika. Akhirnya dia bersuara. “kalau kita kahwin bukan atas dasar cinta, bolehkah perkahwinan ni kekal? Saya tak pasti Encik Haikal”

Haikal mengeluh perlahan. “entahlah. Selagi awak isteri saya, saya akan jaga awak. Kalau betul awak jodoh saya, redha sajalah”

“senangnya awak cakap”, marah Aqilah tidak puas hati dengan jawapan Haikal. “saya tak cintakan awak. Saya hanya cintakan Saiful. Macam mana saya nak berdepan dengan dia bila dia balik Malaysia nanti? Saya tak sanggup kehilangan insane yang saya sayang. Begitu juga dengan awak. Saya tahu, dalam hati awak hanya ada Zurina. Macam mana awak nak hidup dengan perempuan yang langsung awak tak cinta?”

Haikal hanya mengangkat bahu. Dia tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan yang di beri oleh Aqilah. Baginya, biar masa yang menentukan segala-galanya. Dia berkahwin dengan Aqilah pun di sebabkan terhutang budi dengan Datuk Johar. Dia bukannya seorang metarialistik. Jika di beri pilihan antara harta dan cinta, dia akan pilih cinta.

“kenapa awak diam?”, Aqilah masih lagi menanti jawapan dari mulut lelaki itu. Dia mahukan jawapan daripada Haikal. Dia benci apabila Haikal seolah-olah menganggap pertanyaannya adalah remeh. Dia tidak mahu hubungan ini di teruskan jika ianya akan mengundang sakit hati saja. Pada hakikatnya, mereka mencintai orang lain.

Haikal mengeluh perlahan. “sabarlah. Biar masa yang tentukan. Kalau betul awak dengan saya tak ada jodoh, nak buat macam mana. Awak rehatlah dulu. Dah sampai nanti, saya kejutkan”, balas Haikal tenang.

“saya tak cintakan awak”, tukas Aqilah terus membuang pandangan ke luar. Air matanya menitis juga. Entah kenapa dia berasa sedih sangat.

“Kak Ila bertuah dapat Abang Haikal”, kata-kata Aisyah masih segar di ingatannya. Sewaktu dia mahu keluar bilik, Aisyah meminta izin untuk berbincang dengan Aqilah secara berdua-duaan.

“jagalah Abang Haikal baik-baik Kak Ila. Aisyah yakin Abang Haikal akan menyanyangi kak Ila. Kalau Kak Ila kenal Abang Haikal satu hari nanti, Kak Ila akan rasa bertuah mempunyai suami seperti Abang Haikal” Terngiang-ngiang suara lembut Aisyah yang penuh mengharap.

Aqilah menarik nafas sedalam-dalamnya lalu di lepaskan perlahan-lahan. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia mampu hidup bersama Haikal. Benarkah Haikal akan menyanyangi dirinya satu hari nanti? Tak mungkin. Haikal hanya mencintai Zurina. Dan dia hanya cintakan Saiful. Siapalah dia hendak mengubah takdir Allah. Dia hanya mampu merancang. Tapi, Allah yang tentukan.

Aqilah terus memejamkan matanya. Dia tidak mahu Haikal lihat dia menangis. Dia penat memikirkan perjalanan hidupnya kini. Akhirnya, Aqilah tertidur. Namun, dia terjaga apabila pipinya di tampar lembut.

Di lihatnya Haikal sedang tersenyum. “dah sampai ke?” Aqilah mengeliat malas.

“belum lagi. Saya nak solat kejap. Dah masuk Maghrib. Jom”, ajak Haikal masih lagi merenung isterinya yang mengantuk itu. Bibir comel isterinya yang sedang menguap itu di pandang dengan senyuman.

“kalau nak menguap tutup mulut tu. Ishk, tak elok kalau orang pandang”, tegur Haikal mencubit pipi Aqilah.

“hmmm…awak pergilah dulu”, balas Aqilah perlahan lalu menepis tangan Haikal. Matanya masih lagi di pejam.

“kalau awak nak solat, kunci kereta tau. Lagi satu, mak ada bagi telekung kat awak. Ada dalam beg. Saya pergi dulu”, tutur Haikal terus keluar.
Aqilah membuka matanya. Dia memerhati langkah Haikal. Gerak langkah laki itu di perhati dengan penuh teruja. Dia tidak tahu bagaimana hendak mengambarkan sikap sebenar Haikal. Yang dia tahu, Haikal tidak pernah memukulnya. Malah, Haikal bersabar dengan setiap kerenahnya. Yang paling dia suka, sandwich Haikal. Aqilah tersenyum senang.

Hatinya banar-benar tersentuh apabila Haikal memberitahu Hajah Rosiah memberi telekung kepadanya. Aqilah meraup mukanya berkali-kali. Sejak dia berkahwin dengan Haikal, dia tidak lagi liar seperti dahulu. Jika dulu, dia akan keluar menghabiskan masa di kelab, tak pun dengan membeli belah. Mungkin juga kerana sahabat baiknya tiada di sini.

Dia rindukan kehidupannya semasa Saiful tidak ke Luar Negara. Dan dia juga rindukan kehidupan bebasnya ketika sahabat baiknya itu menyambung pelajaran ke Luar Negara juga. Wajah Saiful dan sahabat baiknya itu terlayar di ruang matanya. Aqilah tersenyum. Banyak kenangan yang tidak dapat dia lupakan sebelum dia sah menjadi isteri kepada Mohd Haikal Bin Yusof. Ah seraut wajah Haikal muncul juga di ruang matanya. Hilang sudah bayangan Saiful dan juga sahabat baiknya.

Aqilah terus membuka mata. Hilang rasa mengantuknya. Berkali-kali dia menggosok kedua-dua belah matanya. Matanya kini hanya terpandangkan pemandangan di Hentian Tapah. Laju juga Haikal bawa kereta. Kalau aku tidur, dia mesti bawa laju. Masa aku jaga tak pula bawa laju-laju. Takut aku membebellah tu. Ngomel Aqilah dalam diam.

Tiada apa yang berjaya menarik minatnya. Namun, Aqilah hanya termenung panjang hinggakan tidak sedar Haikal sudah masuk ke dalam kereta. Dia tersedar apabila pintu kereta di tutup. Aqilah memandang Haikal. Wajah lelaki itu nampak berseri dengan kesan air sembahyang di wajahnya. Lama juga dia memerhati wajah Haikal. Terasa mahu sahaja dia menyentuh wajah licin Haikal. Namun, akalnya masih lagi waras.

“ehemm”
Aqilah tersentak. Dia menunduk wajah. Malu!

Haikal sudah ketawa besar. “handsome sangat ke saya ni? Sampaikan awak tengok macam nak makan je”, soal Haikal mengundang senyuman di bibir Aqilah.
“saya nak pergi tandas dulu”, balas Aqilah terus mencapai hand bag di belakang kereta.

“nah duit”. Haikal menghulurkan Rm50 sebelum Aqilah keluar dari kereta.
Aqilah terpinga-pinga. Berkerut-kerut dahinya. Di perhati sahaja duit yang masih di tangan Haikal.

“ambillah. Kalau awak nak beli apa-apa kat situ. Nanti jangan mengadu lapar pula”, tutur Haikal. Barulah Aqilah faham. Dia menyambut duit yang di hulur oleh Haikal.
Langkah isterinya itu di perhati sahaja. Dia tidak tahu bagaimana hendak mendidik Aqilah supaya menjadi seorang muslimah sejati. Haikal tidak berkenan dengan cara pemakaian isterinya hari ini. Pasti akan menjadi santapan mata-mata lelaki yang berada di sekeliling R&R ini.

Lelaki mana yang tidak suka melihat seorang perempuan yang hanya memakai seluar paras betis dan juga baju yang boleh menampakkan lurah dendam. Tambahan pula baju yang di pakai tidak berlengan. Kadang-kadang Haikal pun tidak mampu menahan gelora jiwanya ketika melihat Aqilah mengenakan pakaian seperti itu. Lebih-lebih lagi Aqilah adalah isterinya. Lama juga dia mengelamun.

“nah air”
Lamunan Haikal terhenti. Dia menyambut juga air tin yang di hulur oleh Aqilah. “saya nak cakap sikit boleh tak?”, soal Haikal meminta izin.
Aqilah yang sedang menyedut air hanya mengangguk.

“kalau awak nak keluar lain kali, boleh tak pakai baju yang ada lengan?”, soal Haikal memandang Aqilah dengan pandangan yang redup. Seolah-olah penuh mengharap.

Aqilah hanya mengangguk. “boleh. Kenapa, awak rasa tergoda ke tengok saya?”, soal Aqilah ketawa perlahan. Sengaja mahu menguji Haikal.

Haikal menjegilkan matanya. Mukanya yang putih itu sudah merah. “taklah. Awakkan dah kahwin. Nanti saya pula kena tanggung dosa awak”, dalih Haikal terus meneguk air dalam tin tersebut.

Aqilah hanya mengangguk-angguk. “tapi, bagilah saya masa nak berubah. Saya tak bersedia lagi nak pakai tudung”, ujar Aqilah memandang Haikal penuh mengharap.

Haikal hanya mengangguk. “terima kasih sebab awak sudi dengar permintaan saya tadi”, ucap Haikal meneruskan pemanduannya.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

8 ulasan untuk “Novel : Benci Tapi Rindu 10”
  1. Emaharuka says:

    Best best

    next;-);) %-)8-)

  2. fatim says:

    best,,next please ;-)

  3. bgus aqilah dah nak berubah

  4. mimie says:

    best citernya..tak sabar tunggu citer selanjutnya…..hem..

  5. rosemawar says:

    cite ni mmg best
    sweet couple
    cpt sambung ye
    sy dh tak sabar nk bc cite selanjutnya nih…

  6. emy says:

    best….x sabo nak t,gu s,bungannya….hrp cpt skit eh!!

  7. akma says:

    kpd writer niyh daa 2011…x kn x mau sambong citer awk kowt

  8. miara balqisha says:

    best nye ..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"