Novel : Cerita Cinta Kita 1, 2

13 December 2010  
Kategori: Novel

5,627 bacaan 11 ulasan

Oleh : shazie kz

Bab 1

“Apa?! Mama nak suruh Arraz kahwin dengan dia? Apa ni ma? Joke apa yang mama buat petang-petang ni?” Hasif Harraz hampir tersedak mendengar kata-kata mamanya itu. Gelas berisi air oren diletakkan di atas meja semula. Kenapa pulak aku kena kahwin dengan dia tu??
Adush! Masalah ni! Mana aku nak campak semua skandal aku ni? Tapi, macam ramai sangat je skandal aku. Yang penting ada jugak skandal kan. Argh, pening betol!

“Joke pe pulak. Mama dan papa dah bincang pasal hal ni. Arraz tu selalu sangat tukar-tukar girlfriend. Banyak cerita keluar kat press. Papa dah naik angin tau bila banyak sangat cerita pasal Arraz. So, kami cadang nak satukan Arraz dengan Humayra.”

Suasana ruang tamu rumah banglo tiga tingkat itu riuh dengan topik yang dibahaskan oleh dua beranak itu. Apa lagi kalau bukan topik perkahwinan Hasif Harraz. Adik perempuannya, Lisa yang berusia 15 tahun turut berada di ruang tamu itu dan terus-terusan mengejek abangnya.
“Haha..padan muka abang. Kena kahwin. Tak dapat nak enjoy lagi.” Lisa menjelirkan lidah ke arah abangnya.

“Diamlah Lisa! Ma, apa ni? Kak Alia dulu tentukan jodoh dia sendiri. Kenapa jodoh Arraz mama and papa pula yang cari? Arraz belum sedia lagi lah nak ada komitmen. Arraz tak puas lagi nak enjoy. Lagi pun, karier Arraz tengah naik sekarang ni. Takkan lah tiba-tiba dah nak kahwin. Dan yang paling penting, Arraz tak kenal pun Humayra tu. Ini nak kahwin dengan dia. Apa ni mama. Mama pujuklah papa tu. Please ma..”

Hasif Harraz berusaha memujuk mamanya. Aku kahwin??gila!!

“Amboi. Tak puas lagi nak enjoy? Umur Arraz dah masuk 26 tahun tau and Arraz cakap tak puas lagi nak enjoy? Hmm..Mama dah tak tahu nak cakap apa lagi. Humayra tu kan kawan Arraz masa kecil, takkan tak kenal kot. Mama tak kira, mama dengan papa dah buat keputusan. Lagi tiga bulan, Arraz and Humayra kahwin!”

“Tapi ma…” Hasif Harraz cuba memotong.

“Takde tapi-tapi. Ini keputusan muktamad. Arraz kena kahwin dengan Humayra. Kalau tak setuju, Arraz cakap sendiri dengan papa. Mama tak mahu masuk campur.” Datin Intan terus berlalu meninggalkan anak tunggal lelakinya itu dengan berita perkahwinannya. Sorry. Mama tak dapat bantu. Datin Intan sempat lagi meleretkan senyumannya.

Pening Hasif Harraz memikirkan soal perkahwinan yang dirancang oleh orang tuanya. Kahwin dengan Humayra?? Biar betul mama dengan papa ni? Takkanlah nak kahwinkan aku yang iras Fernando Torres ni dengan budak gemuk gedempol tu? Eee..tak nak aku! Jatuhlah standard aku. Lainlah macam Camelia tu. Cantik. Model pulak tu. Mama dengan papa ni takkan takde taste kot. Arghh..sakit kepala aku dibuatnya…

“Abang nak kahwin ea..haha..excited tak nak dapat isteri berbadan besar ni? Yelah, abang kan dah ada kereta besar, rumah besar, gaji besar. So, wife pun kenalah besar kan. Baru perfect. Haha..”

Selamba saja Lisa menyakat abangnya itu. Tu lah, bangga sangat dengan diri sendiri. Kan papa dah suruh kahwin dengan pilihan papa dengan mama. Kesian abang aku ni. hehehe..Terus Lisa meninggalkan ruang tamu dan membiarkan abangnya itu melayan perasaan sendiri.

Aku mesti cari idea supaya tak kahwin dengan budak gemuk tu. Kenal rapat pun tak. Bercinta lagi lah tak. Macam mana aku nak kahwin dengan dia? Takkan main kahwin je kot. Kalau kahwin ni macam main bola, terror la aku. Senang je. Sepak and gol!!! Hahaha.. kan senang kalau macam tu. Ini..aduh!! Susah betol lah!!

Iphone di atas meja bulat itu berbunyi. Hasif Harraz melihat nama yang tertera di skrin tersebut. Camelia!

“Hello sayang. You kat mana tu? You kan dah janji nak keluar dengan I malam ni. You lupa ke?” manja suara di hujung talian itu. Siapa lagi kalau bukan Camelia. Model yang sedang meningkat naik sekarang ni.

“Hello. I tak lupa lah janji I. Kejap lagi I ambil you. You siap dulu ok. Setengah jam lagi I sampai. Wait for me, baby. Bye.” Hasif Harraz tersengih-sengih mengenangkan wajah Camelia yang manja. Kalau dia jadi isteri aku, barulah padan dengan aku yang hensem ni. Siapa tak kenal dengan Hasif Harraz b. Datuk Hakimi. Pemain bola terkenal and anak tokoh koporat pulak tu. Tapi kan, aku rasa Camelia tu tak boleh jadi isteri aku. Jadi bini boleh lah. Hahaha…

Hasif Harraz terlalu bangga dengan dirinya sendiri. Siapa yang tidak mengenali pemain bola sepak skuad kebangsaan dan Selangor ini. Namun, dia lebih terkenal dengan sikapnya yang gemar bertukar perempuan.

Pemain yang berkelulusan luar negara ini telah pun memasuki bidang bola sepak dengan bantuan sahabat papanya yang merupakan orang kuat FAM. Dengan bakat yang dimilikinya, Hasif Harraz kini merupakan nama yang cukup gah dalam bidang bola sepak walaupun baru sahaja masuk ke dalam bidang tersebut.

Hasif Harraz juga bekerja di syarikat papanya. Selalunya, pada waktu pagi, dia akan pergi ke pejabat kerana waktu petang merupakan waktu dia menjalani latihan. Lagipun, suka hati dia bila dia nak masuk pejabat kerana syarikat Intra Holdings tu pun syarikat kepunyaan papanya. Anak bos lah katakan..

Bab 2

Suraya membawa dua mug yang berisi air Nescafe ke ruang tamu. Dia dengan HUmayra sedang menonton Project Runway bersama. Satu mug diserahkan kepada Humayra yang sedang kusyuk menonton itu.

“Thanks, Su” ujar Humayra tanpa memandang Suraya.

“Mayra, kau betul ke nak kahwin dengan mamat playboy tu? Sampai sekarang aku macam tak percaya je apa yang kau cakap semalam. Cakaplah betul-betul dengan aku. Kau janganlah main-main.”

Humayra terganggu apabila secara tiba-tiba Suraya menukar rancangan kegemarannya kepada rancangan ulangan perlawanan bola sepak antara Selangor dan Perlis. Jelas kelihatan Hasif Harraz yang sedang berlari mengejar bola itu.

“Woi! Apasal kau alih siaran ni? Aku tengah kusyuk tengok tadi. Ishh..alih balik!”

“Kau jawab soalan aku dulu. Cepatlah, Humayra. Betul ke?”

Suraya ni. Aku dah cakap semalam kau tak percaya. Tahu lah kau tu rabun, takkan pekak juga kot. Ee..nasib baiklah member, kalau bukan.. tau lah aku macam mana nak belasah kau!

“Ya. Betul Cik Suraya. Takkan lah aku tipu kot.”

Humayra malas hendak membicarakan soal perkahwinannya. Dia sebenarnya tidak mahu berkahwin dengan pemain bola sepak itu. Lainlah kalau dengan Amri Yahyah. Oh Amri! Huh!..nasib baiklah Amri dah kahwin.

“Semalam kau cakap kau tak nak kahwin dengan mamat tu. Habis, kenapa kau setuju dengan pilihan keluarga kau ni?” pelik Suraya. Humayra tak mahu berkahwin dengan Hasif Harraz. Tapi, kenapa dia setuju dengan perkahwinan ni? Confius aku Humayra oi!

“Tapi kan Humayra, aku rasa Hasif Harraz ni hensem juga kan. Iras-iras si Torres tu. Untung kau dapat bakal husband macam dia. Kau pun minat team Selangor kan.”
- Hide quoted text -

“Kau ni rabun ke tak? Nak kata tak, kau memang rabun. Spec mata punya tebal, takkan tak nampak kot. Mamat tu kau kata hensem? Hensem lagi pak guard sekolah aku tu tahu tak. Memanglah aku minat team Selangor tapi yang aku minat tu Amri Yahyah, bukan si mangkuk tu!”

Suraya sudah ketawa berdekah-dekah mendengar jawapan HUmayra. Teringat pak guard sekolah Humayra yang tidak bergigi itu. Nasib kau lah Hasif Harraz. Kena banding dengan pak guard yang tak ada bergigi tu.

“Su, kau tahukan aku memang tak nak pun kahwin dengan dia. Tapi kau pun tahu jugakkan, ayah aku dah banyak berkorban untuk aku. Aku sanggup buat apa je yang ayah aku suruh. Lagipun, parent aku dengan parent dia dah kawan lama. Sebab tu lah dorang nak jodohkan kami. Supaya persahabatan mereka tak terputus lepas kami kahwin nanti.”

Wajah Humayra sudah keruh. Suraya tahu Humayra tidak setuju untuk berkahwin dengan playboy itu. Tapi, kerana ingin membalas jasa bapanya, dia terpaksa mengorbankan perasaannya sendiri. Moga kau tabah sahabatku.

“So, bila korang kahwin ni?” tanya Suraya.

“Hmm.. lagi tiga bulan.” Lemah sahaja jawapan Humayra.

“Kau dah jumpa dengan mamat tu? Dia setuju jugak ke nak kahwin dengan kau?” tanya suraya lagi.

“Aku belum jumpa dia lagi tapi aku dapat rasakan yang dia pun mesti tak nak kahwin dengan aku. Aku sedar. Aku ni tak layak dengan dia. Hmm..next week, keluarga dia nak datang rumah parent aku. Umi aku cakap family dia nak jumpa aku. Terpaksa la aku balik Sg. Besar hari tu. Hmm..”

“Aku doakan kau bahagia. InsyaAllah kau akan bahagia nanti. Jangan risau sangat ok.”

Suraya memeluk Humayra. Dia tahu sahabatnya itu memerlukan sokongan daripadanya. Memang susah mahu menerima seseorang yang asing dalam hidup secara tiba-tiba. Lebih-lebih lagi bila mengetahui sikap buruknya yang menimbulkan rasa ragu-ragu untuk kita hidup bersamanya.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

11 ulasan untuk “Novel : Cerita Cinta Kita 1, 2”
  1. maisarah says:

    erm.best, nk thu sambungannye lg
    k..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"