Novel : Harga Sebuah CINTA 1

27 December 2010  
Kategori: Novel

2,992 bacaan 3 ulasan

Oleh : Suara Tersekat

“Abang, kenapa abang buat ayang macam ni?” rintih Nurin Najwa.

Naqib yang sedari tadi hanya membisu, kini mula bersuara. ” Apa yang abang buat pada ayang?” masih tidak memahami keadaan yang cuba disampaikan oleh Najwa.

” Mengapa abang menduakn ayang? apa salah ayang? mana kurangnya ayang? katakanlah bang, akan ayang perbaiki.”

” Apa yang ayang cuba sampaikan ni? abang tak paham yang. Dihati abang cuma ada kamu yang. Tak ada siapa lagi dalam hati ni melainkan kamu.Percayalah” Naqib cuba menafikan kebenaran itu dan mula memujuk Najwa.

” Abang.. Ayang tahu abang ada yang lain.. Mengakulah pada ayang.. Ayang tak marah. Lebih baik jujur kerana penafian abang akan membuatkan hati ini lebih terluka. Ayang tak mahu membenci abang.”

“Ayang.. Abang benar-benar tak paham dengan apa yang ayang cuba sampaikan pada abang..” masih mahu menafikan.

Najwa berlalu dari bilik mereka. Seketika kemudian dia datang membawa sebuah sampul. Dia kemudiannya menghulurkan kepada Naqib. Kali ini pandangannya redup, sayu. Dapat dilihat kesedihan dalam matanya. Dia buntu dan tidak tahu riak apakah yang harus dipamerkan buat tatapan suami yang dicintai kini. Selama ini dia terkenal dengan seorang yang periang, bersahaja dan pandai mengawal emosi, serta bijak menyimpan kesedihannya. Tetapi hari itu, dia gagal dalam melemparkan senyuman yang manis buat tatapan suaminya yang dinikahi 6 bulan yang lalu.

Naqib memandangnya dengan penuh kegusaran.” Apa ini yang?”

Suaranya memecahkan kesunyian kamar yang berbulan lalu tersergam indah, ceria dihiasi bunga-bunga hidup. Indah, sangat indah buat pasangan yang baru bergelar suami isteri.

Najwa hanya membisu dan memandangnya sepi. Langsung tidak kelihatan secalit senyuman yang saban hari menjadi tarikan hati buat Naqib.

Perlahan Naqib mencapai sampul itu dan mengeluarkan isi perut sampul tersebut. Tumpuannya mati, bibirnya kaku, kelu untuk berbicara. Tiada pujukan, dia tahu hati buah hati nya terluka. Pandanganya mati, dia tunduk hiba. Malu dengan isterinya, malu dengan dirinya sendiri.

” Wa, maafkan abang..” perlahan sekali bunyi yang terhasil.

Najwa masih kaku memandang Naqib. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakan, namun dia tahu hatinya kini sangat terluka dan kecewa dengan perbuatan suaminya. Dia masih membisu dan kelu untuk berbicara.

“Maafkan abang sayang… maafkan abang… abang bersalah… abang menyesal dengan perbuatan abang. Maafkan abang sayang..maafkan abang” Naqib berlalu dan mendekati isteri yang sedari tadi hanya membisu. Dia merangkul kemas tubuh isterinya namun, masih tiada sebarang riaksi yang terhasil.

Akhirnya setelah 10minit kedua-duanya menyepi…

” Wa minta abang lepaskan Wa..” dia melepaskan rangkulan yang sedari tadi tersimpul kemas disisinya.

Bulat mata Naqib menandang pemaisuri hatinya. Terkejut dengan apa yang diungkapkan.

” Sayang maafkan abang.. abang minta maaf.. tolong la jangan tinggalkan abang.. tolong sayang… abang janji abang takkan buat lagi.. abang janji sayang… abang tak mahu kehilangan sayang. Hanya sayang pemaisuri hidup abang.. tiada yang lain..” rayu Naqib sepenuh hati. kini mula kelihatan butir mutiara jatuh dari kelopak matanya.

Dia lelaki ego, tak pernah sekali dia mahu menangis tetapi hari ini dia menangis.. Apakah ini hanya lakonannya semata?

“Kalau benar hanya Wa seorang yang ada dalam hati abang. Siapa pula dia yang berada dalam gambar tu? Siapa pula pemilik tiket-tiket itu? Siapa pula yang menulis surat itu dan kininya dia telah mengandungkan anak abang? jawab la bang..”

Naqib terkejut dan memandang nya. ” Anak?”
” Tak mungkin..”

“Kenapa tak mungkin? bukankah abang dah semai benih dalam rahimnya? jadi tidak ada yang tak mungkin untuk terjadi jika Allah mengkehendakinya.”

“Sayang.. abang yakin tak mungkin ada… abang yakin..”
” Abang mengaku memang abang menidurinya, memang abang bersamanya.. memang abang penah ada hubungan dengannya.. tapi abang yakin, ia takkan ada.”

” Bagaimana abg boleh sebegitu yakin?” kali ini suara Najwa sedikit meninggi..

” Sayang, hanya sayang yang akan memberikan abang zuriat, hanya sayang dan tiada yang lain. abang tak penah meletakkan benih padanya sayang…” Suaranya agak tersekat sedikit, takut kiranya tersalah cakap bakal mengundang bencana besar dalam rumah tangganya..

Kali ini tahap kesabaranya mulai tergugat. ” Kiranya saya adalah orang yang bakal memberikan awak zuriat.. Saya yang bakal menjadi ibu kepada anak-anak awak.. Mengasuh dan membimbing mereka, mengenyangkan mereka dengan susuan.. Jadi untuk apa awak bersama dia?” kedengaran sangat tegas penyoalannya.

********************bersambung*************




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

3 ulasan untuk “Novel : Harga Sebuah CINTA 1”
  1. yana says:

    urm…benci lau de laki cmni..hope dijauhkan..amin..ok la cite nie…cma lau ley,pnjgkn agi ctenye..bru best..tp pape pn,sy enjoY!smoga sukses yeah!

  2. fhj says:

    ye bagus….
    jgn bg chance pd laki yg main kayu 3, 4, 5 n sebagainya
    good job writer

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"