Novel : Musuh vs cinta 13

23 December 2010  
Kategori: Novel

3,204 bacaan 9 ulasan

Oleh : nasAida

“Kau ni.., dah kahwin pun nak lepak dekat rumah aku ke? Bini kau tu ditinggalkan kat rumah sorang-sorang…” bebel Ariq sambil mengutip tin-tin air gas yang bersepah di ruang tamu rumahnya. “Kau jangan risaulah, kawan! Aku dah hantar dia kat rumah my mother-in-law. Takkanlah aku nak biarkan je Sarah yang tengah pregnant tu sorang-sorang dekat rumah pulak!” tempik Carl. Tin Coke yang dipegang dihirup perlahan.
“Pregnant?!” jerit Ariq, Nick, Fatme dan Iman serentak. Mata mereka membulat seakan tidak percaya. Carl dan Sarah baru berkahwin hampir 2 bulan yang lalu.., dan kini, Sarah sudah hamil. Begitu cepat! Sangkaannya, cinta monyet Carl dan Sarah di zaman persekolahan dulu akan berakhir begitu sahaja. Rupa-rupanya, cinta mereka berkekalan hingga kejinjang pelamin!
“Ye! She’s pregnant! Ada kena mengena dengan korang ke?” soal Carl selamba. “Gila! Bini tengah pregnant, sedap-sedap je dia lepak kat sini! Kalau aku tahulah kawan.., tak nak aku ajak dia ni tadi!” kata Nick. “Tahu takpe!” Fatme menyokong Nick. “Hah.., bukan selalu tau dapat lepak kat rumah aku sampai lewat malam ni.. Nasib baiklah adik aku tak ada hari ni..” Ariq bersuara sambil menyapu lantai rumahnya yang bersepah itu. “Eh, kau ada adik, bro? Girl ke perempuan??” soal Nick penuh bersemangat. Watak ‘playboy’nya sudah makin terserlah. “Eh, kau jangan usik ea.. Muka buaya macam kau tu, awal-awal lagi aku reject!” Ariq memberi amaran. Dia tidak mahu adiknya Kiki menjadi salah seorang mangsa kekejaman Nick, si playboy itu. “Ala.., bro! Jumpa sekali je! Bukan selalu…”
“Sebelum aku belasah kau, better you stay away from her!” Nick kecut perut mendengar amaran Ariq yang kedua. “Ian! Ni ke gambar adik kau?” soal Iman sambil menunjukkan bingkai gambar yang terpampang wajah Ariq dan Kiki. “Weh, ni dah kali ke 5 aku ingatkan kau.. don’t call me Ian lah!” marahnya. Kakinya melangkah mendekati Iman, diikuti juga dengan Nick dan Fatme. Carl hanya mengendahkan sahaja. Almaklumlah, sudah punya isteri!
“Ni… Kiki kan?” soal Nick yang sudah diselubungi serba salah. “You know her?” soal Ariq. Nick berfikir sejenak, lalu meneruskan perbualannya. “Tengku Qisyah Kirana.., peramugari at Air Asia, right?” Nick mencuba nasib. Bimbang juga dia jika Ariq akan tiba-tiba memukulnya. Baru sahaja tadi dia diberi amaran agar jangan mendekati adiknya. “Yes.. Yes.. How do you know her?” soal Ariq sudah tidak sabar lagi.
“Relaxlah, bro! Aku kan pilot.. selalulah jugak jumpa dia.. Tapi, kalau dah kau tak bagi aku jumpa dengan dia.., aku redha je lah.” lirih Nick berkata. Seolah-olah orang yang baru putus harapan. “Kau suka dia ke?” soal Ariq lagi. ‘Macam tak puas hati jek..’
“Boleh kata macam tulah!” jawab Nick ringkas. Hatinya sudah pun rasa tidak tenteram. Ariq memejamkan matanya, lama. “Fine! Kalau kau betul suka kat dia, kau jaga dia betul-betul. Apa-apa hal, kau orang pertama yang aku cari! Salah kau laa.., siapa suruh kau berkawan dengan dia?!” kata Ariq selamba sambil dia meneruskan kerja menyapu lantainya itu. “Thanks, kawan.” ucap Nick. Satu senyuman diberikan kepada Ariq.
Ariq mengerling jam dinding yang menunjukkan pukul 1 pagi.
“Ah, dah! Dah pukul 1 pagi ni.. Nanti adik aku sampai rumah.., kalau dia nampak bersepah-sepah ni, aku yang kena basuh!” kata Ariq. Atas dasar sahabat, mereka berlima bersama-sama mengemaskan rumah yang sudah seperti tongkang meletup itu.
‘Ding dong!’
Ariq berlari menuju ke arah pintu. Rahangnya hampir tercabut apabila melihat Kiki sudahpun berdiri dihadapan pintu rumahnya. “Ce..cepatnya adik abang balik?”
“Cepat? Dah pukul 3 pagilah abang!” kata Kiki. Matanya membulat melihat 4 orang kawan abangnya berada di rumah pada waktu pagi itu. Ariq memandang kembali jam di dinding rumahnya itu. “Betulah, baru pukul 1 pagi.” kata Ariq. “Ye.., dekat situ memanglah pukul 1.. cuba abang tengok jam tangan abang dengan jam they all ni sekali! Pukul 3 lah abang sayang!” kata Kiki. Ariq membandingkan jam di tangannnya dengan jam dinding. “Siapa pulak yang tukar jarum jam tu?!” tanya Ariq bengang. Empat orang rakannya itu ketawa kelucuan. “Kita orang sengaja tukar jarum jam tu. Nak bagi lama sikit lepak dengan kau! Bukan senang nak lepak macam ni…” terang Iman.
“Sengal! Sorry Kiki.., Kiki pergilah tidur dulu.. Kejap lagi abang halau toyol-toyol ni keluar ye!” kata Ariq. “Takpelah, bang! Nak suruh dia orang tidur sini pun takpe! Asalkan Kiki bahagia melayari bahtera dalam bilik, sudah…” ujar Kiki sebelum menarik bagasinya masuk ke bilik.
Nick, Carl, Iman dan Fatme sudah tersengih. “Apa?”
“Manja jugak Kiki dengan kau, ye?” tegur Nick sambil melemparkan senyuman sinis kepadanya. “Laa.. salah ke? Bukan orang lain pun.. abang dengan adik je..” Ariq menjawab. “Yelah tu…”
“Eh, jangan lupa ea.. Next week ada reunion untuk student Sekolah Sri Utama tau! Batch kita-kita je!” ujar Nick sebelum keluar. “Reunion? Siapa punya idea?” soal Ariq penuh minat. “Aku laa.. Rindu lah nak dengki budak-budak dulu.. ” jawab Nick. “Ingat Nick.., bukan kau sorang je yang rindu dengan budak 5-1 dulu.. Si Ariq ni pon agaknya dah rindu sangat nak jumpa ‘jodoh’ dia tu…” sindir Carl. “Siapa ‘jodoh’ tu?” soal Ariq yang masih tidak dapat menangkap siapakah gerangan yang dimaksudkan oleh Carl tadi.
Carl; “M…”
Nick; “I…”
Iman; “A…”
dan Fatme; “Mia! Tak dah lupa kot?”
Ariq tersenyum, seraya mengangguk faham. “I’m keep wondering… Siapalah ‘jodoh’ tu.. Mia rupanya!”
“Ni mesti kes kau dah jumpa jodoh baru ni…” teka Iman. “Maybe…” jawab Ariq.
********
“Eh, kau tak bawak girlfriend kau ke, Ian?” soal Sarah dengan teruja. Mahu sangat dia bertemu dengan teman wanita Ariq. Kemunculan Ariq ke majlis itu sangat menerujakan x-student perempuan Sekolah Sri Utama. Dengan penampilannya yang amat berketerampilan, segak dan kelihatan seperti seorang model yang kacak, semua perempuan tertarik untuk berbual dengannya. Malangnya, Ariq bukan jenis yang suka berbual. Sarah berpendapat, mengapakah lelaki sekacak Ariq masih belum mempunyai teman wanita? Atau dia memang tidak mahu mengenalkan teman wanitanya itu.
“GF? No.. She’s busy right now.” jawab Ariq tenang. ‘Yes.. busy with her friends..’
“Tipu! Muka kau tak ada GF? No way…” kata Sarah separuh menjerit berikutan bunyi lagu ‘Let’s dance together’ yang berentak kuat. “Ada tu.. dia sengaja tak nak bawak.. ” celah Carl yang entah datangnya dari mana. Dia datang lalu duduk disebelah Sarah. “Haa.. betul ke Ian. Jawab betul-betul…” kata Sarah lagi. ‘Ian lagi…’ keluh hatinya. Demi majlis itu, Ariq terpaksa merelakan semua orang memanggilnya dengan gelaran itu. “Oh god! Aku tak tipu lah.. Apa faedahnya kalau aku nak tipu kau?”
“Manalah tahu. Muka macam kau tu laris apa.. Entah-entah, banyak skandle kau kat luar tu…” balas Sarah. “Eh, skandle memang banyak! Tapi GF, memang belum steady lagi. ” jawab Ariq tenang. Rakan-rakan semejanya hanya diam, sibuk menikmati hidangan yang disediakan.
“Hey, guys…” tegur Zara dengan ramah. Setiap orang di meja Ariq dipandangnya. “Korang nampak Ian tak?” soalnya. Ariq terkedu. ‘Tak nampak ke aku yang paling charming ni?’
“Yang kat sebelah aku ni siapa pulak…” Joe bersuara. Serta-merta mata Zara terlekat pada Ariq. “Kau… handsome lah siot!!!” pujinya secara terang. Wajah Ariq sudah mula memerah. “Janganlah puji dia lagi.. Tengok. Seluar dia dah nak terkoyak tu…” usik Carl. “Eh, kau tak bawak princess ke malam ni?” soal Zara. “Princess mana pulak ni?”
“Peneman… tak kan belum ada kot..” usiknya. “Yang kau dok menyemak dekat sini apa hal? Nak menggatal ke?” lancang mulut Joe berkata. “Eh, mulut kau simpan baik-baik dalam poket ea.. Kang tak pasal-pasal aku gam terus! Ni.. betul ke kau tak ada girl malam ni? Aku nak bagi kau partner ni… Dia tak angkut boy dia laa..” kata Zara.
“Siapa?” soal Nick, Carl, Joe, Fatme dan Sarah serentak. “Mia. ” jawapan itu betul-betul membuatkan Ariq gelabah. Dia masih belum bersedia untuk bertemu dengan Mia. “Ooo.. ‘jodoh’ dia tu laa.. Lupa pulak aku!” usik Carl lagi. “Mana minah tu?” soal Nick. “Tu… ” jawab Zara sambil jari telunjuknya menunjuk kearah seorang gadis yang anggun memakai dress panjang berwarna hitam. Seluruh rakan semeja Ariq memandang Mia, kecuali Ariq.
“Lawa seh…”
“Cun!”
“Baik punye!”
“Aku nak angkut dia jadi bini aku terus boleh tak?”
Mendengar ayat gatal miang rakan-rakannya, Ariq menoleh kebelakang, melihat secantik mana keayuan Mia pada malam itu.
“You?!”
Ariq :”Engkau?”
“It means…”
Ariq : “Biar betul?!”
“Kenapa korang ni?” soal Carl. “Better aku tak payah jumpa kau laa…”
“I rather die..’” kata Ariq pula.
“Eh, dah jumpa ‘jodoh’ lama pun nak bertekak lagi ke?” Nick mencelah.
“Ini bukan ‘jodoh’, ini ‘musuh’!” kata Ariq dan Aryana serentak.
“Hah?” mereka semua tercengang.
Dalam sekelip mata, Ariq dan Aryana hilang dari pandangan mereka.

“You Liar! Penipu! Kau ni memang asal dari keluarga yang talam dua muka ke, hah?” jerit Aryana dari belakang. Langkah laju Ariq yang ingin menapak masuk kedalam kereta terbantut.
“I’ll slap you..” kata Ariq pula.
“..If you dare!”
“No wonder…”
Tiba-tiba, setitis demi setitis air mata Aryana keguguran.
“Aku tak sangka.., kau adalah Ian.. and Ian is you! Aku tak boleh terima! Tahu tak?!” jerkah Aryana. “Aku ingat.., bila aku dah jumpa Ian, aku dapat cemburukan kau! Aku mengaku.., sejak Ian selamatkan aku dari Sam dulu, aku dah mula jatuh hati pada dia! I’m fall in love with you, Ian! A long time ago! I love Ian.., not you Ariq!” Aryana memuntahkan amarahnya. Air matanya semakin laju mengalir.
” Dari dulu lagi kan.., kita asyik bergaduh. Aku pun tak sangka boleh memanjang sampai besar! Betullah.. kita ni musuh.., memang tak boleh dijodohkan punya… Malang kan? Kau nak tahu? Masa aku dekat abroad dulu, aku pernah rindu dekat kau tau. Maybe sebab aku dah fall in love kat kau kot.. Nampaknya, kebenaran ni dah membuatkan kau makin benci kat aku. Kau nak break ke?.” lirih Ariq berkata. “Hah, memang best sangat tu! Aku memang tak nak ambil risiko, bergaduh dengan kau sampai mati!” kata Aryana dengan tangisannya yang masih bersisa.
“Sure? Manalah tahu, kau rindu nak bergaduh dengan aku lagi.. Ye lah.. selama ni pun, aku je yang jadi fight-team kau..” ujar Ariq. “Jangan risaulah! Aku takkan rindu dengan si penipu, si penyamar macam kau!” jeritnya. Perkataan ‘penipu’ yang terpacul keluar dari mulut Aryana betul-betul membuatkan hati Ariq tersentap.
“Hey, penipu!” Aryana memanggilnya kasar.
“Sebelum tu, aku nak tanya kau… Betul ke kau pernah rindu dekat aku?”
Ariq menjawab sambil tersenyum. “Tak! I never miss you…”
“Tapi tadi kau cakap…..”
“Aku ni kan penipu! Kau yang cakap tadi kan?” balas Ariq cepat. Lalu dia meninggalkan Aryana dengan tangisan yang masih bersisa.
********
“Ariq mana?” soal Aryana kepada Mimi. “Err.. cik nak jumpa dia sekarang ke?” soal Mimi dengan wajahnya yang selenge itu. “Eh, takpe! Esok lusa pun boleh. Sekaranglah! Takkan lain kali pulak!” sergah Aryana dengan kuat. Semua pekerjanya sudah kecut perut.
“Dia tak masuk office laa hari ni..” jawab Mimi terketar-ketar. “Tak masuk? Cuti lagi ke? Make sure esok.., bila dia sampai je, suruh dia terus jumpa saya! Faham?”
“Cik Aryana, esok pun dia tak masuk..” kata Mimi cepat-cepat.
“Mana awak tahu?”
“Takkan cik tak tahu?”
“Tahu apa?” soalnya kebingungan.
“Dia dah berhenti. Semalam.”
“Kenapa saya tak tahu?”
“Saya ingat, cik dah tahu..”
“Dia dah bagi surat peletakan jawatan?”
“Dah.. dia kata, dia bagi dekat boss besar..”
Aryana merengus kasar. ‘Kenapa dia tak bagitahu pun dia nak berhenti? Hish.., dah lah seminggu tak bertegur.. Aku ingat baru nak bersenda gurau dengan dia hari ni.. Sengal betullah!’

“Eh, asal muka kau sembap giler ni?” soal Ariz sambil membelek-belek wajah Ariq yang duduk disebelahnya itu. “Not enough sleep laa..” tangan Ariz tadi ditepisnya. “Kau buat apa semalam? Ronggeng malam ea??”
“Otak awak! Kiki tu laa.., dia kejut aku pukul 2.30 pagi tadi. Suruh aku hantar dia pergi airport. Mengacau aku nak membuta jea! Bidadari aku tu baru nak menjelma, dia dah kacau daun!” bebel Ariq. “Kereta dia mana?”
“Kat bengkel…” jawabnya sambil merenung skrin komputer ribanya. “Rasanya dah dekat dua minggu kereta dia tersadai dekat bengkel tu… Takkan belum siap repair lagi?”
“Dah siap. Aku je malas nak ambil. Tadi pun aku suruh Amin ambilkan kereta tu..” kata Ariq. Akibat rasa malas untuk keluar rumah, dia sanggup menyusahkan pemandu mamanya, Amin untuk mengambil kereta adiknya dibengkel. “Sengal kau! Ni…, tak kerja lagi ke? Berapa lama kau cuti? ” tegurnya. Seingatnya, sudah dua hari Ariq bercuti. Semalam, Ariq sengaja meluangkan masa dipejabat Ariz selama hampir 3 jam.
“Aku nak cuti sampai bila-bila! Bos aku aproove terus! Baikkan bos aku tu? Hahaha…” Ariq ketawa. Sebagai abang kembarnya, Ariz tahu, ketawa Ariq itu sengaja dibuat-buatnya. Pasti ada sesuatu telah berlaku pada dirinya. “Memang baik! Papa kita pun tak sebaik macam tu! So.., bila kau nak berkerja dengan company papa tu? Susah laa aku sorang je kena buat kerja yang berlambak tu. I need assistant..”
“Ala.. kau hire je laa mana-mana awek cun.., suruhlah dia jadi assistant kau. Apa susah…” Ariq mengeluarkan pendapatnya yang gila itu. “Tak seronok laa…”
“Apa tak seronok pulak? Best pe.. tiap-tiap hariu kau jumpa perempuan. ” balas Ariq.
“Ooo.. kalau tiap-tiap hari jumpa papa, nak tak?” celah Encik Arman yang baru tiba dirumah. Dia melangkah mendekati kedua-dua anak terunanya itu. “Oh no! Please dad! I’m not ready yet!” ucap Ariq.
“No, no, no… Papa dah decide, nak Ariq join company tu, ASAP. Korang berdua je lah harapan papa sekarang ni…” ujar Encik Arman dengan nada yang mendatar. Ariq merenung wajah kembarnya, dengan harapan agar Ariz dapat membantunya memberikan jawapan terbaik untuk papanya.
“5 months you’re working with that company…, Takkan Ariq nak stay dekat situ selamanya? Ariq, tempat Ariq dengan papa, dengan Ariz.. at Sunrise Corp..”
“Betullah, Ariq.. Takkan kau nak tengok je kita orang bersusah payah dekat company ni? We are in one family.. kenalah saling menolong..” ujar Ariz pula, cuba menyebelahi papanya.
********
Sudah sebulan Ariq menjalani kehidupan tanpa Aryana. Kehidupannya tanpa bertengkar dengan Aryana setiap hari, tanpa sempat mengusik Aryana sewaktu makan tengah hari, tanpa dapat menatap ‘wajah kesayangan hamba’ itu, membuatkan rindunya terhadap Aryana semakin mendalam. Rindu? Siapa sangka, Ariq telah merindukan Aryana.., si kepala batu. Kata Kiki, “Haa.. bagus sangatlah tu! Si keras kepala, dah rindu dekat si kepala batu! Boleh masuk rekod tau!” Kata Ariz pula, “Kalau kau dah rindu sangat, tak payah susahkan diri. Suruh jea mama masuk meminang. Sure dia on punya!” Ariq ketawa sendirian di atas katilnya. Meminang? Kahwin? No.. Dia yakin, cintanya terbukti hanyalah setakat menjadi ‘tunang’ ekspress Aryana sahaja kerana hatinya kuat menyatakan.., ‘Her loves is only masquerading as a fiancee, not as a elegal fiancee..’

Ariq tersedar dari lenanya. 9.44 pagi, Ahad. ‘Bukan selalu cuti.., tak salah bangun lambat sekali-sekalakan?’ soalnya di dalam hati. Dia bergegas mandi. Bimbang mamanya akan berteriak dari tingkat 2. Bayangkan, sekuat mana Puan June menjerit apabila dia yang berada di tingkat 2, boleh kedengaran sehingga di tingkat 4.
Sambil menuruni anak tangga dengan berhati-hati, Ariq membutang bajunya. Kemudian, matanya pula membutang apabila terlihatkan ruang tamu rumah keluarganya dipenuhi dengan sanak saudarayang sibuk menghias kotak hantaran. Pelbagai jenis reben, tali dan kain yang bersepah diatas lantai. Paling banyak, reben yang berwarna kelabu dan biru. Terlihatkan Unty Monanya yang sibuk menghiaskan sepasang sepatu hitam dengan reben berwarna biru, Ariq menegurnya.
“Unty buat apa ni?”
“Siapkan hantaran laa..”
“Hantaran? Siapa yang nak kahwin?” soalnya.
“Reben biru ni… tentulah Ariz!” jawab Unty Mona. Ariq mengangguk faham. Teringat pula dia akan warna biru itu, warna kegemaran Ariz. Tetapi, warna kelabu itu… warna kegemarannya! Tak akanlah dia juga akan dikahwinkan? ‘No way! It can’t be!’ Ariq membiarkan sahaja persoalan itu berlegar-legar dikotak fikirannya. Dia berlalu ke dapur untuk menjamah sarapan.

“You’re geting married?” soal Ariq setelah rombongan meminang bakal isteri Ariz telah berangkat. Secawan kopi panas ditangannya dihirup sedikit. “Me? No…”
“Then?”
“We! We are getting married!” jelas Ariz. “What? Are you sure? Mama tak cakap apa-apa pun!” soalnya dengan gelabah. “Weh, kau ingat aku suka-suka ke nak kahwin? Pagi tadi, mama tiba-tiba jea cakap.., ‘Mama nak masuk meminang untuk kamu berdua hari ni. Mama dah jumpa calon yang sesuai untuk kamu berdua!’” ujar Ariz dengan meniru gaya mamanya.
“Hehe…kau tipu aku kan? Mama just bagitahu kau sorang jea. So, kau je laa kena kahwin. Mama tak cakap dengan aku, so aku ni kira terselamat laa..” jawab Ariq selamba. “Degil!”

Pukul 3.15 petang…, rombongan meminang pulang ke villa Harmoni. Masing-masing mengangkat balasan hantaran. Ariq mengira jumlah dulang hantaran satu-persatu. “25? Banyaknya!” omel Ariq sendiri. Dia memandang warna reben disetiap dulang.., hanya terdapat warna biru dan putih sahaja. “Biru? Ariz punyalah tu. Putih.., ish, takkan aku? Kiki punya kot…”
“Termenung!” jerkah Ariz dari belakang. “No.. But, betul ke aku ni dah bertunang?” soal Ariq yang masih tidak mahu percaya bahawa dia sudah ditunangkan. “See! Kan aku dah cakap, kau tu memang betul-betul dah bertunanglah! Percayalah…..” kata Ariz sambil menyanyikan lagu dendangan Siti Nurhaliza.
“Bukti?”
“Nak bukti ke? Kejap ea…” kata Ariz lalu berlari mendapatkan Puan June. Mereka berbualkan sesuatu sebelum Ariz kembali bersama Ariq. “This is.. my ring!” kata Ariz sambil menunjukkan sebentuk cincin dijari manisnya. “And…. this is yours.” sambungnya sambil menghulurkan sebentuk lagi cincin yang serupa. “Mama says, cincin tunang kita memang sama bentuk. Nanti cincin kahwin baru dia pilih yang grand sikit.” ujarnya lagi.
Ariq masih mengelamun. Kenyataan bahawa dia sudah bertunang terpaksa ditelannya walaupun kelat. Dia harus menerima ketentuan bahawa…, ‘Aku dah bertunang!!!’
********
“You look smart.” tegur Suria. Ariq membalas teguran itu dengan senyuman. Suria, anak dara Dato’ Mukmin yang terkenal dengan sikap ‘playgirl’nya. Gadis itu sangat pandai memikat dan menggoda hati lelaki disampingnya.
Ariq memandang ke seluruh dewan itu. Kebanyakan tetamu yang hadir berasal dari keturunan berada dan orang yang setaraf dengannya. Apabila dia dikenalkan kepada kenalan mamanya, Puan Sri June, yang terdiri daripada Datin dan Puan Sri, matanya asyik terpejam menahan silau daripada terpandang rantai leher yang bertatahkan berlian dan intan permata yang berkilauan. Yang paling menggiurkan, gadis-gadis seksi dan menawan yang terdiri dikalangan anak Dato dan Tan Sri juga turut mengambil bahagian menghangatkan malam itu.
Belum sampai 10 minit Ariz dan Ariq memunculkan diri di dewan makan itu, sudah 10 orang gadis berpusu-pusu mencuba nasib untuk berkenalan dengannya atau cuba memahat nama mereka dalam ingatan dua teruna itu, untuk mencari peluang kejayaan atau sebagai batu loncatan kelak! Mana tidaknya, bukan senang mahu berjumpa dengan anak Tan SrI Arman di majlis sebegini.
Tengku Ariz Zaquan, anak sulung pasangan Tan Sri Arman dan Puan Sri Junaidah yang berbadan segak dan bertatasusila. Dia anak yang baik, sopan, dan berbudi. Ariz seorang yang ramah seperti mamanya, tidak menyombong dan berhemah tinggi. Malangnya, dia agak cerewet dalam memilih gadis untuk dijadikan suri dihatinya. Bukan dia tidak ‘laku’, tetapi dia yang terlalu memilih sehingga memaksa Puan June untuk bercampur tangan. Akibatnya, dia ditunangkan dengan gadis yang tidak dikenalinya. Yang pasti, tunangnya itu adalah anak kenalan mamanya.
Tengku Ariq Rayyan, adik kembar Ariz yang sangat berketerampilan, berbadan segak dan berdisiplin. Kebanggaannya ialah kebijaksanaannya. Berbeza dengan Ariz, Ariq seorang yang keras kepala dan jarang bercakap. Dia hanya akan berbual dengan orang yang betul-betul dikenalinya. Dia kelihatan seperti seorang yang sombong dan hidung tinggi, tetapi dia sebenarnya lebih berhati-hati dalam berkawan. Dia mempunyai naluri hati yang tersendiri. Contohnya, jika hatinya berkata bahawa seseorang itu tidak layak berkawan dengannya, dia akan berusaha untuk menjauhkan diri daripada orang tersebut.
Mereka berdua sama kacak, sama pandai, dan sama tinggi. Hanya perwatakan mereka yang membezakannya. Ariz seorang yang suka berkawan, tetapi Ariq sebaliknya. Ariq mempunyai lebih ramai kawan perempuan berbanding lelaki. Ini kerana Tengku Qisyah Kirana atau Kiki, gemer mengenalkan rakan-rakannya yang terdiri daripada peramugari yang cantik jelita kepada abangnya itu. Rakan-rakan Kiki juga tidak menolak kerana Ariq sememangnya lebih kacak dan mantap berbanding Ariz. Jadi, tidak hairanlah jika Ariq dilabelkan sebagai ‘playboy’.
Demi menyelamatkan diri daripada digoda mana-mana gadis, Ariq bertindak untuk keluar dari dewan itu. Dia melabuhkan punggungnya di sebuah bangku panjang yang disediakan di luar dewan itu. Kepalanya mendongak, memandang kelangit yang gelap tanpa kerdipan bintang dan cahaya bulan. Tiba-tiba,wajah Aryana terbayang dilangit hitam itu.
“Ariq?…” tegur satu suara dari belakang. Ariq menoleh. “Engk…au?”
Bibir Aryana mengukirkan senyuman. “Apa kau buat kat luar ni? Kena gigit nyamuk nanti baru tahu!” usiknya. “Ambil udara nyamuk. Tadi aku tersesat dalam dewan tu. Tahu-tahu jea aku dah sampai kat sini.” jawab Ariq berseloroh. “Sesat? Masuk dewan macam tu pun boleh sesat? Sengallah kau!” balas Aryana seraya bahu Ariq ditepuk. “Lainlah kau tersesat di jalan cinta ke.. Haha..” sambungnya. Sebelum Ariq membalas, Aryana terlebih dahulu duduk di sebelah Ariq.
“Kalau betulah aku ni sesat di jalan cinta, kau nak ke jadi penjaga cinta aku ni?” madah Ariq. “Aku tak kisah. Tapi, layak ke aku ni jaga cinta kau? Almaklumlah.. kau tu anak Tan Sri Arman. Aku ni, biasa-biasa jea..”
“Open. Aku memang tak kisah. Cuma, kau nak ke jaga cinta sang penipu ni?” Wajah Aryana berubah mendadak. Teringat pula dia akan peristiwa pada malam reunion kira-kira 2 bulan yang lalu. “Sorry…” ucap Aryana sepatah.
“For what?”
“For… treat you like that. I’m sorry.” lirihnya.
“No need. Aku dah lama maafkan kau.”
“Ariq?…”
“Emmm?”
“Kenapa kau duduk luar? Ni kan majlis syarikat papa kau. Masuklah dalam.” ajaknya lembut.
“Emm, mana kau tahu ni majlis papa aku?” soalnya pelik.
“Siapalah tak kenal Tan Sri Tengku Arman? Pemilik Sunrise Corp. .. ” jawab Aryana.
“Aryana?…” panggil Ariq pula.
“Yes?”
“Kita…couple balik nak tak? Aku rindu kau tease kau.” ucap Ariq manja. Aryana senyum kesenangan. “Aku pun rindu nak marah kau…” jawapan yang diberi Aryana membuatkan hati Ariq berbunga. Hal pertunangannya itu akan menjadi rahsia kerajaannya. Apbila dia telah jumpa masa yang sesuai, barulah Ariq akan memberitahu Aryana kebenarannya.
Mata mereka saling bertatapan. Lama. ‘Aku nak kau jadi milikku sekarang, Aryana… Aku tak nak jadi milik orang lain!’
“Ariq!” jerit satu suara dari belakang. Lamunan mereka terhenti.
“Masuk! Papa panggil..” jerit Ariz dari pintu utama dewan itu. Ariq mengangguk faham. Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk mengenalkan Ariz dan Ariq kepada semua pemegang saham syarikat dan ahli lembaga pengarah secara umum. “I have to go.” ucap Ariq.
“Kita…jumpa esok? Lunch together?” cadang Aryana dengan wajah penuh berharap.
“Sorry.., esok aku kena flight pergi Amsterdam. ”
“Penting ke?”
“Aku kerja dengan international corp. Kerja conference je laa memanjang. Mungkin aku balik lambat.” jawabnya sayu. “It’s okey.. kerja kan.. go laa.. nanti papa kau marah pulak!”
“Sorry. See you ‘gain.” ucap Ariq lalu meninggalkan Aryana seorang diluar dewan.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

9 ulasan untuk “Novel : Musuh vs cinta 13”
  1. FatinGirl says:

    Aryanna dan Mia adalah orang yang sama ke?

  2. shaorin says:

    bezz lar cite ni…cpatlar smbung dh x sbar ni… :oops:

  3. raihana says:

    mia & aryana org yg sama kah :?: crita semakin menarik

  4. mencari nur says:

    salam,,sunggus indah novel yang disiarkn ini,,teruskn,,,,,,

  5. eiqah says:

    s0oooooo sweettzzz..saye shukerr kaluuuu gad0h2 then bercinte..whua3!!! sgat sweeettzzz cm gule2!!yummmm…

  6. s@r@ SaSsy gUrLz says:

    isy mcm aq pulak ngan aiman… hesy aq geram ngan budak tu kalo x kaco aq x leh idup aq rase … :evil: geram geram die ejek aq anak badak aq ejek die pink sbb die suke warna pink hahahahah

  7. violet says:

    erm..best sgt2.. x sbr nk bc sambungan.. aryana tu ke tunang ariq tu? ehehe ;-)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"