Cerpen : Bahagia yang dinanti

15 January 2011  
Kategori: Cerpen

11,984 bacaan 29 ulasan

Oleh : ASYIRA ELISA

“Mak tidak pernah memaksa ..tapi ini semua untuk kebaikan Aira. Mak sayangkan anak mak dan mak tak mahu anak mak hidup susah macam mak.” Air mata Umi menitis lagi apabila terkenangkan kesusahan hidupnya selepas kematian bapa Aira suatu ketika dahulu. Tidak mudah seorang janda sepertinya memikul tanggungjawab untuk membesarkan anak kesayangannya itu. Apatah lagi anak yang dikandungnya itu bukanlah dari perhubungan yang halal. Keindahan zaman remajanya musnah apabila dia disahkan hamil hasil hubungan terlarangnya dengan bapa Aira. Dia dicemuh dan diusir dari keluarga. Selepas dua tahun mengecap kebahagiaan alam perkahwinan, bapa Aira meninggal dunia. Sesungguhya Umi terlalu kecewa namun kehadiran Aira sedikit sebanyak telah menyuntik semangat baru untuk dia meneruskan kehidupannya. Semenjak itu Aira dididik dengan begitu sempurna berlandaskan ajaran agama kerana dia khuatir seandainya anaknya itu mewarisi sikap remajanya suatu ketika dahulu.

“Aira,..mak tahu Aira anak yang baik. Mak bertuah dapat anak sebaik Aira. Aira masih lagi menerima mak walaupun Aira tahu segala-galanya tentang kisah silam mak…mak berdosa pada kau nak…mak berdosa…” terasa pedih hatinya tatkala kata-kata itu disuarakan kepada anaknya.

” Mak jangan buat Aira macam ni,..Aira tak pernah salahkan mak atas semua yang terjadi. Aira sedih kalau mak macam ni.. semua yang berlaku mungkin ada hikmah disebaliknya. Aira sayangkan mak..”Aira pilu melihat ibunya sedih begitu. Tubuh ibunya dipeluk erat. Cuba menghilangkan segala nostalgia hitam yang membelenggu jiwa ibunya tika itu.

“Pedulikan apa yang mereka katakan mak…mak tak perlu risau sebab Aira akan selalu di sisi mak..”Aira cuba meyakinkan ibunya yang dia tidak pernah keseorangan dalam kehidupan ini. Dia masih mempunyai anak yang begitu menyayangi dirinya. Umi hanya membisu seribu bahasa. Cuba untuk menenangkan perasaannya yang agak sensitif apabila kisah silamnya dibangkitkan.

“Aira tahu mak lakukan semua ini untuk kebahagiaan Aira..”Aira menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia cuba menerima kenyataan bahawa dia sudah menjadi tunangan orang dan akan bergelar seorang isteri dalam masa dua minggu lagi.

“Maafkan Aira sendainya Aira melukakan hati mak kerana pernah membantah tindakan mak menerima pinangan Mak Cik Siti…tapi sekarang Aira redha mak…mungkin inilah kebahagiaan Aira.” Aira cuba mengukir senyuman ikhlas untuk ibunya walaupun dia terasa senyumannya itu terlalu hambar.

“Maafkan mak Aira..mak lakukan semua ni kerana mak takut nak..mak takut seandainya kau tersilap langkah dan jadi macam mak..”suara Umi kali ini lebih bertenaga melontarkan kata-katanya. Aira tersenyum nipis. Betapa hebat kasih sayang mak terhadap Aira sehingga mak begitu takut Aira dikecewakan. Mak khuatir Aira tersilap langkah dalam mencari kebahagiaan. Tapi mak tidak tahu..Aira juga risau mak..terlalu risau seandainya mak juga tersilap langkah dalam memilih suami untuk Aira. Mungkin ini suratan untuk Aira..Aira memilih Daniel untuk di hati Aira dan merencanakan kebahagiaan bersama-samanya namun mak telah menoktahkan segala-galanya. Mak terlebih dahulu merencanakan kebahagiaan Aira bersama-sama Farhan tanpa pengetahuan Aira. Airakah yang bersalah memendam rasa sendirian?? Atau..mak yang tidak pernah menyelami perasaan Aira?? .. Hati Aira berbicara sendiri.. Tanpa sedar air mata pilunya menitis jua .. menangisi suratan takdir yang tidak pernah dicoret dalam kamus impiannya.

**********************************************************

“Eh,..mana baju aku? Tadi aku letak kat sini..” Farhan menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Farhan menoleh kepalanya ke arah pintu apabila pintu biliknya dibuka dari luar. Terjengul kepala Aira di muka pintu.

“Hah..yang kau terhendap-hendap tu kenapa? Aira terkejut apabila dijerkah oleh suaminya itu lantas mengurut dada. “Elok la kau ada kat sini..kau ada nampak baju aku tak?” Farhan bersuara lagi tanpa menoleh melihat Aira.

“Baju yang mana satu? Kan banyak dalam almari tu .. pilih je nak yang mana.” Aira menjawab endah tak endah. Agak bengang dengan sikap Farhan yang suka menengkingnya. Farhan agak terkejut mendengar kata-kata Aira. Sebelum ini isterinya tidak pernah menjawab kata-katanya walaupun dia selalu menengking.

“Sejak bila kau mula menjawab ni ha? “Farhan bercekak pinggang berhadapan dengan Aira. Sengaja dia meneliti wajah isterinya. Farhan berasa bangga apabila Aira menunduk apabila ditenung tajam oleh Farhan.

“Err… baju warna ungu ke?” Aira menukar topik kerana dia malas untuk bertengkar dengan Farhan.

” Yala..mesti kau yang ambil kan?”

“Errr…”Aira terketar-ketar mahu memberitahu perkara sebenar kepada Farhan bahawa dia telah mencampak baju tersebut ke dalam mesin basuh. Dia menyangka baju itu belum dibasuh.

” Apa?? Mesti kau ambil kan? Kau letak kat mana?”

” Saya ingatkan awak dah tak nak pakai…..”

” Dah ..!! tak payah susah-susah bagi alasan..aku cuma nak tahu kau letak kat mana? Cepat la aku nak pakai..dah lewat ni..”

” Tak boleh pakai…sebab..” Aira terasa suaranya tersekat di kerongkong untuk meneruskan kata-kata.

“Ikut suka la kalau aku nak pakai pun..bukan baju kau..aku tak guna duit kau pun.”Farhan mula meninggikan suaranya.

“Bukan macam tu..”

“Macam mana lagi ..???!!!!”

“Saya dah masukkan baju awak dalam mesin basuh….dan dah basah pun..!!” Aira terkejut kerana dijerkah oleh Farhan lantas ayat tersebut terlontar keluar dari mulutnya.

” What??”

“Err..sorry awak, saya tak sengaja.” Terketar-ketar suara Aira. Farhan bengang seketika namun dia terpaksa memakai baju lain kerana sudah terlalu lewat untuk dia menghadiri program anjuran syarikatnya itu. Yang pastinya baju yang dipakainya itu tidak mengikut tema yang telah ditetapkan.

***********************************************************

Aira termenung sendirian di kamar tidurnya. Tingkap bilik yang terbuka luas mempelawa angin malam memenuhi kamar tidurnya. Malam terasa dingin. Alangkah indah seandainya dia mempunyai suami penyayang yang menemaninya di saat dia terasa begitu sepi seperti malam ini. Perkahwinannya sudah menjengah usia lima bulan namun sepanjang tempoh tersebut Aira tidak pernah merasakan indahnya alam perkahwinan. Aira terkenangkan layanan baik yang diberikan kepadanya setelah dia tiba di rumah mentuanya. Dia begitu beruntung memiliki mentua yang amat menyayangi dirinya. Namun layanan baik tersebut tidak kekal lama apabila Farhan meminta izin untuk berpindah ke rumah sendiri. Tiba-tiba dia terasa rindu pada mama mentuanya dan dia masih ingat kata-kata mama ketika mereka sedang berbual di taman mini berhadapan banglo mewah milik mentuanya.

“Aira jangan terasa hati dengan sikap Farhan. Dia memang macam tu..tapi hati dia baik..”Aira tersenyum nipis mendengar kata-kata mama mentuanya.

“Aira tahu kenapa mama nak sangat bermenantukan Aira?” mamanya mengelus lembut pipi Aira. Dia berasa bangga mempunyai menantu yang kaya dengan budi bahasa dan cantik seperti Aira. Dia yakin pilihannya tepat untuk Farhan. Hanya Aira dapat mengubah sikap Farhan. Hatinya berbisik.

Aira ketawa kecil. Baginya untuk apa dia tahu semua itu. Apa pun sebab yang diperkatakan oleh mama mentuanya tidak dapat mengubah suratan hidup yang sedang dia jalani kini.

” Orang tanya boleh dia ketawa pula..emm sebab.. mama tahu hanya Aira yang dapat ubah sikap playboy si Farhan tu ..”

Aira menjerit-jerit di dalam hati… Mengapa harus aku yang dipilih? Aku bukan seorang cikgu nak ajar si Farhan tu!! Namun hati kecilnya segera beristighfar kerana dia sedar Farhan tetap suaminya walau bagaimana buruk pun sikap Farhan . Aira sepatutnya bersyukur .. walaupun Farhan berperangai buruk namun lelaki itu tidak pernah memukulnya. Cuma kata-katanya sahaja terlalu kasar pada pendengaran Aira.

Lamunannya terganggu apabila pinggangnya dirangkul erat dari belakang. Tiba-tiba Aira terasa sesak nafas. Aira segera menoleh dan hatinya berdegup kencang apabila wajah Farhan terasa begitu hampir dengan wajahnya. Aira dan Farhan masing-masing terdiam tanpa bicara. Agak lama mereka bertentangan mata. Aira pantas memalingkan wajahnya agar menjauhi pandangan mata Farhan yang redup. Farhan melepaskan rangkulannya menjauhi Aira. Tanpa Aira sedari..perasaan Farhan berperang sesama sendiri. Farhan merasakan sesuatu yang aneh saat dia bertentangan mata dengan isterinya sebentar tadi. Ternyata Farhan tersilap langkah. Tindakan Farhan merangkul pinggang Aira sebentar tadi hanya bertujuan untuk menyakat Aira. Dia suka melihat wajah Aira yang agak comel apabila terperanjat. Namun, Farhan sendiri yang terperanjat dengan tindakannya sebentar tadi. Perasaan indah sewaktu bertentangan mata dengan Aira menghanyutkan Farhan dalam dunia igauannya sendiri. Kini wajah polos Aira bermain-main dalam fikiran Farhan.

**********************************************************

Peristiwa indah malam tersebut terlayar kembali dalam fikiran Farhan. Entah mengapa sejak peristiwa malam tersebut Farhan terasa jiwanya begitu dekat dengan Aira. Farhan terasa ingin sentiasa berdampingan dengan isteri yang semakin disayanginya itu. Farhan sentiasa mencari peluang untuk bersama-sama dengan Aira. Dia juga selalu melekat di rumah selepas pulang dari kerja. Farhan sengaja menghilangkan diri dari berhubung dengan wanita-wanita ` hot’ yang selalu disisinya hampir setiap malam sebelum ini. Tujuan Farhan pada tika ini hanya satu iaitu Farhan ingin memenangi kembali hati Aira yang selalu disakitinya. Tapi mahukah dia pada aku??.. Hati Farhan dihimpit perasaan was-was. “Ahh..Aira mesti mahu jugak sebab aku kan suami dia ..!!” bibir Farhan menguntum senyuman nakal.

“Mimpi apa agaknya mamat ni ajak aku keluar??..Tak nak ikut nanti kena marah pulak. Tak habis-habis nak menengking aku. Ingat aku pekak kot. “Aira mengomel sendirian sambil menyarungkan sepasang baju kurung berwarna kuning cair dan tudung berwarna serupa.

“Emm, kita nak pergi mana?” Aira memulakan bicara sewaktu kereta Farhan meluncur laju meninggalkan banglo milik Farhan yang dibelinya sebelum bertunang dengan Aira.

“Aira nak pergi mana? Nanti An bawa. Lagipun An tak pernah bawa Aira jalan-jalan kan..”Farhan tersenyum manis pada pandangan mata Aira. Tiba-tiba Aira diserbu perasaan lucu lalu melepaskan tawanya.

“Eh kenapa ni? Apa yang lawak?”

“Em ,, saja..”Aira malas mahu mulakan perbalahan. Lagipun apa salahnya kalau Farhan mengggunakan nama ketika bercakap. Bukankah itu yang selalu didoakan Aira pada setiap kali dia solat? Aira selalu berdoa agar dibukakan hati Farhan untuk menerimanya sebagai seorang isteri. Hati Aira berbisik lembut.

Farhan memberhentikan kereta di hadapan sebuah restoran. Aira terkedu apabila Farhan pantas membuka pintu kereta sebelum Aira membukanya. Sekali lagi Aira pelik dengan sikap Farhan apabila tangannya digenggam erat oleh Farhan sewaktu melangkah masuk ke dalam restoran.

Aira dan Farhan menikmati hidangan sambil berbual tentang masa lalu masing-masing. Tanpa disedari Aira dan Farhan semakin akrab. Perasaan sayang antara satu sama lain semakin membuak-buak. Namun mereka hanya memendam perasaan tersebut kerana khuatir bertepuk sebelah tangan memandangkan permulaan kehidupan berumah tangga mereka bukanlah seperti pasangan lain. Aira hanya memendam rasa kerana risau semua ini hanyalah salah satu taktik Farhan untuk memerangkap dirinya kerana dia sudah arif dengan sikap Farhan sebagai seorang `playboy’. Farhan pula malu untuk meluahkan perasaan cintanya terhadap Aira kerana dia telah banyak melukakan hati wanita tersebut.

************************************************************

“Aira, esok jom teman saya pergi `family day’..”kata-kata Farhan menganggu konsentrasi Aira yang sedang khusyuk membaca novel. Aira memandang wajah suaminya dengan agak hairan.

“family day?.. kat mana?”

” Ala, kt office An la..”

“Segan la..lagipun Aira tak kenal kawan-kawan An..” Aira memberikan alasan.

“Sebab tak kenal la An perlu kenalkan… ok? Farhan masih tidak jemu memujuk Aira.

“Selama ni An tak pernah bawa Aira pun.. kenapa tiba-tiba je nak Aira ikut? ” Aira memprotes.

“Asyik An je yang jawab soalan Aira..soalan An bila Aira nak jawab? Tangan Farhan pantas mencubit pipi Aira. “Nak pergi tak?” Farhan mengulangi lagi pertanyaannya. Aira ketawa manja apabila pipinya dicubit oleh Farhan.

“Yela..Aira ikut.”Akhirnya Aira bersetuju. Farhan tersenyum senang hati. Farhan sudah tidak sabar lagi mahu memperkenalkan isterinya kepada rakan-rakannya.

****************************************************

Aira rancak berbual-bual dengan beberapa orang wanita yang baru sahaja dikenalinya sebentar tadi . Mujurlah rakan-rakan pejabat Farhan jenis yang ramah. Ada sahaja isu yang ingin dibualkan sampaikan Aira tidak sempat berasa jemu sepanjang majlis tersebut berlangsung.

“Hello guys..!! rancak korang berbual .. ” Perbualan antara Aira dan beberapa orang wanita yang merupakan rakan sepejabat Farhan terganggu seketika.

“Hai Nurin..baru datang ke? Awal eh kau datang..” salah seorang wanita yang bernama Aisya membalas teguran Nurin dengan nada yang agak sinis.

Nurin menjeling tajam ke arah perempuan yang bernama Aisya. Nurin agak seksi pada pandangan mata Aira. `Short dress’ yang tersarung pada tubuhnya begitu sendat. Wajah seksi Nurin agak cantik dan mampu menggoyah perasaan setiap lelaki yang melihatnya. Adakah Farhan juga akan terpesona apabila memandang seraut wajah Nurin yang seksi itu? Tiba-tiba hati Aira tidak senang. Perasaan cemburu mula menguasai segenap perasaan Aira. Aira segera beristighfar untuk mengusir perasaan kurang enak yang mula bertandang di hatinya. Aira mengukir senyuman apabila melihat kelibat Farhan yang menghampiri tempat di mana Aira, Nurin ,Aisya dan beberapa orang rakan pejabatnya berkumpul.

Nurin yangmenyedari kehadiran Farhan segera tersenyum. Aisya mempamerkan riak wajah menyampah akan sikap Nurin yang menjengkelkan. Semua rakan pejabat Farhan mengetahui Nurin tergila-gilakan Farhan tetap tidak pernah dilayan.

“Hey you..! You pergi mana? Dah merata tempat I cari you..”Tangan Farhan dirangkul manja oleh Nurin. Farhan terkejut dengan sikap mendadak Nurin. Ter asa panas muka Aira melihatkan adegan panas tersebut. Farhan segera melepaskan tangannya dari Nurin. Nurin bengang dengan sikap spontan Farhan namun sengaja disembunyikan untuk menjaga air mukanya. Farhan mendekati Aira lalu tangan Aira digenggam erat. Farhan tersenyum lembut memandang wajah Aira. Aira membalas senyuman suaminya itu.

” Sorry Nurin, I lupa nak kenalkan pada you. Kenalkan Aira..she is my love. Lebih tepat lagi kalau I katakan dia ni isteri yang I cintai.”Aira terkedu mendengarkan kata-kata itu. Benarkah? Benarkah Farhan mencintai aku? Nurin tergamam seketika sebelum berlalu pergi meninggalkan majlis tersebut dengan hati yang begitu kecewa. Aisya tersenyum puas melihat adegan hangat itu.

****************************************************

Farhan begitu khusyuk menonton televisyen. Aira yang berada di sebelah Farhan juga menonton televisyen. Namun fikiran Aira lebih kerap menerawang jauh mengingati peristiwa petang tadi. Benarkah segala yang dikatakan Farhan petang tadi. Setelah berfikir sedalam-dalamnya, Aira membuat keputusan muktamad. Aira nekad ingin bertanyakan Farhan tentang peristiwa petang tadi.

” An..tak mengantuk lagi ke?” Aira cuba memulakan perbualan.

“Belum lagi sayang…” Farhan menoleh seketika memandang wajah polos isterinya.

“An,….” Aira teragak-agak untuk memulakan bicaranya mengenai peristiwa petang tadi.

“Emmm…”

“An..Nurin tu cantik eh..” Aira sengaja memancing minat Farhan untuk berbicara.

“Emm cantik…..tapi Aira lagi cantik.” Aira terasa malu dipuji begitu.

“Siapa Nurin tu?” Akhirnya terlontar juga pertanyaan yang sering mengetuk pintu hati Aira sejak petang tadi.

“Kenapa tanya? Cemburu eh…?” Farhan mula menyakat Aira.

“Eh mana ada…saja je tanya..kalau tak nak jawab Aira tak kisah pun..”Aira cuba menyembunyikan perasaan cemburunya agar tidak diketahui Farhan. Aira bingkas bangun untuk melarikan diri ke bilik tidurnya. Dia khuatir seandainya perasaan cemburunya diketahui Farhan. Niat Aira terbantut apabila tangannya dicapai oleh Farhan lalu menyebabkan dia terduduk kembali di atas sofa bersebelahan Farhan.

“Betul tak cemburu?” Farhan meminta kepastian.

“Tak.”

“Nak tahu siapa Nurin?”

“Siapa dia?” Farhan tersenyum kerana dia pasti Aira cemburu dengan Nurin.

“Emm..Nurin..rakan sepejabat An..”

“Just Friends? Are you sure?” Farhan semakin pasti Aira cemburukan Nurin. Cemburu tandanya sayang. Kini Farhan yakin Aira sayangkannya sebagaimana dirinya yang terlalu menyayangi Aira.

“Ye sayang … An kan sayangkan Aira..” Farhan tersenyum lembut.

“No..!”tiba-tiba Farhan bersuara lagi. Aira terkejut dengan tindakan spontan Farhan.

“Tak sayang .. An cintakan Aira..” lantas pipi Aira dicium lembut. Aira tersenyum bahagia.

“Aira pun..”

“Apa sayang?” Farhan meminta kepastian kerana dia merasakan ayat Aira belum lagi bernoktah.

“Aira pun sayangkan An.. cintakan An…” Aira berkata malu-malu .

Farhan mengucup dahi Aira agak lama. Kemudian tubuh Aira ditarik kedalam pelukannya. Aira tersenyum bahagia. Ternyata ibu tidak pernah tersilap langkah dalam mencari suami untuknya. Aira mengucapkan syukur berkali-kali di dalam hatinya kerana impiannya untuk merasa bahagia terlaksana jua. Air mata gembira Aira berguguran menyambut kedatangan bahagia.

***************************************************

“Ibu…..cepat la!!..”

“Kejap sayang..ibu nak pakai tudung dulu….”Aira tergesa-gesa memakai tudung. Aira rimas apabila digesa oleh Isya, anaknya yang semakin petah bercakap.

“Kenapa lambat sangat sayang? Dah cantik pun …” kelihatan Farhan sedang merenung Aira di muka pintu. Aira sendiri tidak sedar sejak bila suaminya berada di situ memerhatikannya. Aira hanya membisu. Farhan menghampiri Aira lalu pinggang Aira dirangkul dari belakang. Leher Aira dikucup lembut.

“Dah siap pun….”Aira tersenyum senang hati melihat wajahnya pada cermin solek.

“Cantik isteri abang..”Farhan memuji sambil mengelus lembut pipi Aira.

“Cepat la..dah lewat.” Aira cuba melepaskan rangkulan suaminya.

“Ala….kejap la.” Farhan berbisik lembut di telinga Aira. Bisikannya itu agak romantis.

“Papa..!! Isya suruh papa panggil ibu,..bukan suruh papa peluk ibu..” Farhan dan Aira tersentak mendengar suara itu. Mereka memalingkan wajah ke arah pintu. Kelihatan Aira sedang bercekak pinggang sambil menjegilkan mata ke arah mereka. Farhan dan Aira ketawa geli hati melihat gelagat comel Isya memarahi mereka. Kedua- dua pasangan suami isteri itu meluru mendapatkan Isya lantas tubuh comel itu dipeluk erat. Aira semakin pasti inilah kebahagiaan yang dinantikannya selama ini.

******************************************************************

TAMAT .. TERIMA KASIH MEMBACA KARYA INI




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

29 ulasan untuk “Cerpen : Bahagia yang dinanti”
  1. nursya says:

    best la cite niii…hii :razz: :razz: :razz:

  2. aida says:

    ok lah..erm…

  3. abdiah says:

    citer yg x simple but bez …

  4. fiqah says:

    best sngat :grin:

  5. nur medina says:

    cerita ok..tapi ada sedikit kesilapan dalam menaip nama watak..teruskan usaha..good luck..

  6. maidsama says:

    ok la tpi mcm pndek sangat la cite ni

  7. ting tong says:

    huhuhu.. suka la msa Isya(ank diorng) bising at pap dye.. papa?? isya suruh panggil ibu,,, bukan peluk ibu… hahhhaha… petah betul berkata kata.. hahaa.. chomeyl jer.. ^^

  8. kay_88 says:

    emm blh arr tp stkat mbca x dpt mhayati sgt

  9. khairiahkhaizu says:

    best

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"