Cerpen : Cristiano Ronaldo Cintaku

9 January 2011  
Kategori: Cerpen

6,043 bacaan 9 ulasan

Oleh : Afifah Yusof

Jam berbunyi lantang pada pukul 6 pagi seperti yang telah disetkan.Aku lantas menekan butang supaya jam berhenti menjerit.Bantal diambil dan menutup kepalaku kembali.Malas mahu bangun.Tiba-tiba pintu bilik diketuk kuat.Suara mak kedengaran memanggil.

“Angah,bangun!”laung mak sambil tangan masih lincah mengetuk pintu.Mahu roboh buatnya.

“Herm…dah bangun ni.”laungku kembali.Mak ni kacau daun betullah.Aku bangun dan mula menggeliat.Merenggangkan urat saraf takut-takut ada yang terkepeleot.

“Jangan tidur balik pula.”pesan mak sebelum berlalu dari depan pintu.

Aku melipat selimut dan mengemas katil.Rambut panjangku ikat kemas.Nak potong ayah tak bagi.Rimas betul!Aku memandang poster pemain bola sepak Real Madrid kesayanganku.Siapa lagi kalau bukan CR atau nama panjangnya Cristiano Ronaldo.Aku senyum melihat gambarnya.

“Good morning.”ujarku sambil mengangkat tangan.Macamlah gambar tu faham.

“Saya nak pergi mandi dulu ye.”sempat aku berpesan kepada ‘CR’ yang hanya tersenyum sepanjang masa.Kalau orang tengok mesti kata aku gila bercakap dengan poster.Tapi lantaklah!Dah aku suka.
Kaki melangkah ke bilik air.Tombol pintu dipulas tetapi berkunci.

“Siapa pula dalam ni?”ujarku sambil menyangkut tuala di bahu.Malas mahu menunggu,aku turun ke bawah.Mak sedang memasak sarapan di dapur.Daripada bau macam masak nasi lemak.

“Mak masak apa?”saja tanya walaupun dah tahu.

“Nasi lemak.Ni dah mandi ke belum?”tangan mak lincah menggoreng ikan bilis.

“Nak mandi macam mana.Ada makhluk tuhan dalam tu.”aku melabuhkan punggung di kerusi dapur.Kelibat ayah pun tak nampak.

“Ayah mana mak?”

“Ada dalam bilik tu.Siapa yang mandi?”

“Entah.Angah tak ketuk pun.”tanganku mencapai ikan bilis yang baru diletakkan di atas meja.

“Tak senonoh!Makan tak basuh muka.”marah mak.Aku hanya tersenyum.

Ayah turun dan menjenguk sebentar di dapur.Ayah melemparkan senyuman buat isteri tersayangnya.

“Angah dah solat subuh ke belum?”ayah mengangkat kening kepadaku.Aku hanya tersenyum macam kerang busuk.

“Belumlah tu.”sindir ayah apabila melihat senyumanku.

“Macam mana angah nak solat.Mandi pun belum ni.Entah siapa lama sangat dalam bilik air tu.”ujarku memberi alasan.

“Tadi ayah lalu bilik air tak ada orang pun.Angah ni sengaja buat alasankan.Lagipun,bilik air bawahkan ada.”

“Mana ada!Betul,tadi ada orang.Tak bestlah guna bilik air bawah.Barang mandi angah semua dekat atas.”bersungguh-sungguh aku menerangkan.

“Sekarang dah kosong.Pergi mandi sekarang!”arah ayah malas nak melayan kerenah aku.

Aku bangun dan berlari mencicit naik ke atas.Karang terlewat pula nak solat.Mak menggeleng tengok tingkah anak daranya yang sorang ni.Siapa lagi kalau bukan aku.

“Tengoklah perangai dia.Dah macam lelaki.”bimbang mak bersuara.

“Sebab tu saya tak bagi dia potong rambut.Awak tegur-tegurlah dia.Nanti tak ada siapa nak kahwin dengan dia pula bila tengok perangai lasak dia tu.Mengalahkan orang lelaki pula minat bola budak sorang tu.”

“Nantilah saya tegur.Dia dah biasa ikut perangai along dan adik agaknya.Mana taknya,dia sorang je perempuan.”mak mengeluh lagi.

“InsyaAllah pandailah dia fikir mana baik mana tak.”ayah berlalu ke ruang menonton.Selalu pagi-pagi macam ni ayah tengok ceramah motivasi.

Jam 7 pagi semua ahli keluarga berkumpul untuk sarapan bersama.Aku duduk di sebelah along.Adik pula berhadapan denganku.Muka adik macam tak puas hati je aku tengok.

“Kau kenapa dik?”tanyaku.

“Tak ada apa.”balasnya laju.Aik,apa hal budak ni.

“Dia malas nak pergi sekolahlah tu.”ujar along selamba.Aku ketawa.Patutlah.

“Mana ada.”sangkal adik.

“Mesti kau tak puas hati sebab kena ganti sekolah hari ni kan?”aku sengaja tanya.

“Memanglah.Orang hari sabtu nak keluar dengan kawan-kawan.Ni pergi buat sekolah ganti buat apa.”marah adik.

“Bab sekolah je malas.Kalau bab benda lain cepat je.”sindir ayah.Aku,along dan mak mengangguk setuju.Adik tarik muncung.Hodoh bebenar kalau lelaki buat macam tu.

“Jangan malas dik.Kau nak exam PMR tahun ni.”aku menasihati.Taknaklah adik dapat rezult macam aku dulu.Biarlah berjaya sikit.

“Tahu.”sepatah adik jawab.

“Cepat makan.Nanti lambat pula along nak hantar angah dengan adik.”mak yang dari tadi diam mula bersuara.

………………………………………..

Along menghantarku ke tempat kerja selepas menghantar adik.Along atau nama sebenarnya Azlan bekerja sebagai seorang pengurus Petronas.Along bijak.Masa belajar dulu dia dapat tajaan dari Petronas.Aku ni je yang keputusan SPM cukup-cukup makan.Tapi alhamdulillah dapat juga menyambung pelajaran dekat U.Tapi sekarang sementara menunggu kerja yang sesuai dengan ijazah yang ku perolehi,aku kerja dekat PLUS.Jaga tol gitu.

“Yang kau tercegat dekat situ kenapa?”tanya sahabatku Najihah.Aku hanya tersenyum.

“Tak ada apa.Aku nak masuk tukar baju dulu.”aku berlalu ke bilik persalinan.Najihah hanya ikut dari belakang.

Rambut panjangku disimpul dan dimasukkan ke dalam topi.Kemeja kerja kupakai.Najihah memandangku.

“Kau pandang apa?”tanyaku.

“Kenapalah kau suka sangat pakai kemeja kerja lelaki ni.Dahlah besar.Kalau pakai macam akukan cantik.”

“Saja.Aku tak suka pakai baju perempuan.”selamba aku menjawab.

“Ikut suka kaulah.”

Kami keluar untuk ambil tempat masing-masing.Seperti biasa kerja aku ambil duit,pulang duit pada pemandu.Tapi apa malangnya nasib aku hari ni sebab jumpa sorang pemandu ni.Kereta dah lawa.Muka pun lawa.Perangai je tak lawa.

“Kau ni lelaki ke perempuan?”tanya pemandu kereta BMW hitam itu.Dia hanya memegang duit di tangan.Aku menanti dengan sabar duit di tangan lelaki itu.Nak bayar ke tidak ni!Nasib baik tak ada kereta lain di belakang.

“Duitnya encik.”ujarku serius.Nak main-main pulak mamat ni.

“Azlina.Ooh..perempuan rupanya.”sengaja dia membaca kuat namaku.Ada nak makan kasut saiz 7 ni.

“Encik nak bayar ke tidak ni.”marahku.Lelaki itu ketawa.

Duit 50 ditangannya dihulurkan kepadaku.Mungkin kerana ada sebuah kereta yang sedang menuju ke situ baru dia nak hulur duit.Dahlah bagi duit besar!geramku.Cepat-cepat aku memulangkan bakinya.

“Terima kasih cik Azlina.”sekali lagi dia menyebut kuat namaku.Aku pura-pura tersenyum.

Lelaki itu terus memecut keretanya.Aku menarik nafas lega.Aku menyambung kerja sehinggalah waktu balik.Macam biasa pukul 5 along akan datang ambil.Aku menyalin pakaian.Jersi Real Madrid nombor 7 kusarungkan di badan.Hilang rasa penat bila terkenangkan jersi Cristiano Ronaldo itu.Aku menunggu along di tepi jalan seperti biasa.

Pon!pon!

Bunyi hon kedengaran lantang di belakangku.Aku mengurut dada terkejut.Siapa yang kurang ajar sangat ni main hon-hon?Aku memusingkan badan.Macam kenal kereta BMW hitam tu.

“Mamat sengal tadi.”ujarku dan terus memalingkan wajah.Dari ekor mata aku nampak mamat tu turun dari kereta dia dan berjalan ke arahku.

“Hai cik Azlina.Dah habis kerja ke?”sapanya.Aku buat bodoh.

“Okeylah.Straight to the point.Aku datang sebab abang kau yang suruh tolong ambil.Dia ada hal.”serius pula suara lelaki ni.Marah ke?Aku segera mendail nombor along untuk mendapatkan kepastian.

“Sorry angah.Along ada hal penting ni.Nanti kawan along tolong ambil angah.”belum sempat aku bersuara along terlebih dulu menyerang.

“Dia naik kereta apa?”tanyaku minta kepastian.

“BMW hitam.Kawan along tu muka macam mat salleh sikit.Ha,macam muka pemain bola favourite angah tu.Cristiano Ronaldo.”along sudah ketawa.Aku terus memandang lelaki di hadapanku.Ini muka macam CR?Pirrah!

“Jangan nak samakan dengan CR pula.Jauh panggang dari api.CR angah tu jauh lebih handsome tau.”kataku marah.Ada nak samakan mamat sengal ni dengan pemain bola hebat tu.

“Yalah.Okeylah,along chow dulu.Angah balik dengan kawan along tu tau.Jangan risau.Dia baik.”

“Hmm…”hanya itu jawapanku sebelum menamatkan perbualan.

Kawan along sudah masuk ke keretanya.Dengan muka yang terpaksa ditebalkan,aku pun masuk juga dalam kereta mewah dia tu.Kereta terus memecut laju.Sepanjang perjalanan kami hanya diam.Mulalah aku jadi bosan kalau sunyi macam ni.Selalunya aku akan bercerita hal kerja dengan along.

“Kenapa?Bosan?”lelaki itu bersuara.

“Aah…boleh pasang radio tak?”tanyaku selamba.Tangan lelaki itu terus menekan punat radio.Berkumandang lagu Kalau Berpacaran nyanyian Sohaimi Mior Hassan dan Ana Raffali.Aku tersenyum mendengar bait-bait lirik lagu ini.

“Nama kau apa?”tanyaku bila teringat yang dia masih belum memperkenalkan dirinya.Mana aci nama aku dia dah tahu!

“Ingatkan tak berminat nak tanya tadi.Aku Nadim.”

“Ooh…dah lama ke kawan dengan along?”

“Dari U lagi.Dah 8 tahun kot.Semua pasal dia aku tahu.Pasal keluarga dia pun aku tahu.”Nadim tersenyum.

“Kiranya kawan baiklah ye ni.Tapi,tak pernah nampak pun sebelum ni?”

“Aku baru balik dari Milan ada…….”belum habis Nadim cakap aku dah potong.

“Milan!Wow,bestnya.Ada jumpa Cristiano Ronaldo tak dekat sana?”ujarku teruja.

“Aku tak habis cakap lagi kau dah potong ye.Milan tu besar.Kalau ada berselisih pun bukannya aku perasan.Kau suka tengok bola ke?”

“Of courselah!aku sokong Real Madrid sebab ada Cristiano Ronaldo.”

“Kau ni minat bola ke minat pemainnya?”Nadim tersenyum.

“Dua-dua.Tapi sebab utama aku minat bola kerana ada pemain macam CR tu.Kalau boleh aku nak dapat suami macam dia.”anganku.

Nadim ketawa terbahak-bahak.Apa yang lucunya?

“Kalau dia playboy kau nak suami playboy jugalah ye?”ketawa lelaki itu masih bersisa.

“Bukanlah.Mesti aku nak suami yang beriman.”yakinku menjawab.

Kereta sudah berhenti di depan rumahku.Mana dia tahu rumah aku kat sini?Ooh..lupa.Diakan bestfriend along.Aku sudah bersedia mahu turun dari kereta.

“Kirim salam dekat mak dengan ayah.”ujarnya sebelum aku keluar dari kereta.Aku mengangguk dan tersenyum.

“Terima kasih ye dah tolong hantar balik.”aku berdiri di pintu pagar.Nadim mengangguk dan terus berlalu.

………………………

Aku membaringkan badan di atas katil selepas selesai solat asar.Mata tertancap pada poster CR di dinding.Tak sah kalau hari-hari tak tengok muka dia ni.Teringat pula kata-kata along tadi.Katanya muka Nadim macam CR.Betul ke?Rasanya tang rambut dia memang sama.Lagi satu mata dia.Kalau tengok memang cair!

“CR,kau dah ada sainganlah nampaknya.”ujarku tersenyum pada poster di dinding.

Malam itu lepas makan aku dan keluarga duduk-duduk tengok tv.Aku duduk sebelah mak yang sedang mengupas buah.

“Mak,ayah,Nadim kirim salam.”

Serentak dengan itu mata mak dan ayah terus pandang muka aku.Along menjeling-jeling sambil tersenyum.

“Waalaikumussalam.”jawab mereka serentak.

“Bila angah jumpa Nadim?Bila dia balik dari Milan?”ayah bertanya penuh minat.

“Balik kerja tadi dia yang hantar sebab along ada hal.Bila dia balik dari Milan tu angah tak tahu.Tanyalah along.Bukan ke bestfriend along.”

“Dah seminggu dia balik.”along menjawab.Buah yang sudah dipotong mak diambil dan dimasukkan ke dalam mulut.

“Dah lama dia tak datang rumah kitakan.Papa dan mama dia sihat?”mak pula melancarkan soalan.

“Alhamdulillah.Along ada ajak mereka sekeluarga makan kat rumah hujung minggu ni.”

“Baguslah tu.Boleh kita berbincang sikit.Apa pendapat angah tentang Nadim tu?”

“Pendapat apa pula ni ayah?”aku kebingungan.

“Tentang Nadimlah.Dia baik ke?”

“Biasa je.Angah bukannya kenal dia.Baru hari ni kami jumpa.Kenapa tanya angah semua ni?”

“Kami cakap angah jangan marah pula.Sebenarnya kami berkenan dengan budak Nadim tu.Dah lama keluarga kita kenal dia.Budaknya baik.”ayah sudah pandang tepat muka aku.

“Ayah,mak dengan along je yang kenal dia dah lama.Angah tak kenal pun.Adik pun tak kenalkan?”

“Siapa?Abang Nadim ke.Dia baik.Kalau kahwin dengan angah bolehlah ubah perangai angah yang dah macam lelaki tu.”selamba adik bersuara.Aku terus membaling bantal kecil ke arahnya.Kurang ajar punya budak!

“Kenapa angah sorang je tak kenal dia?”tanyaku tak puas hati.

“Dia selalu datang masa angah dekat U dulu.Bila angah habis belajar dia dah pergi Milan.Tulah tak sempat nak jumpa.”terang along.

“Mak dan ayah cadang nak kahwinkan angah dengan Nadim.Kami risau tengok angah yang pakai macam lelaki ni.Tak ada orang nak nanti.Lepas tu taksub sangat dengan pemain bola orang putih tu.Sampai nak cari suami pun macam tu.Bilik pun dah tak rupa bilik anak dara.Penuh dengan poster pemain bola kamu tu.”bebel mak.Aku menunduk.Nak bantah pun benda betul.

“Mak dan ayah tak paksa tapi kami buat ni untuk kebaikan angah.Kami harap kalau angah kahwin nanti kami dapat tengoklah angah pakai baju perempuan.Dah tak pakai macam lelaki.Perangai pun jangan macam lelaki dah.Tapi,kalau angah tak setuju tak apa.Ni cadangan baru.Ayah nak angah fikir betul-betul.”

Aku melongo campur sedih.Rupanya mak dan ayah tak suka aku berperangai dan berpakaian macam ni.Bukan mereka tak pernah tegur tapi aku yang malas ambil pusing.Sekarang mulalah menyesal.

“Angah minta maaf.”air mataku gugur.Aku peluk mak.

“Kami tak marah angah minat pemain bola tu tapi janganlah taksub sangat sampai semua benda nak macam dia.Kalau angah lelaki tak apa.Masalahnya angah ni perempuan.”perlahan mak mengusap kepalaku.

“Macam yang along cakap siang tadi.Nadim tu ada rupa Cristiano Ronaldo juga.Tengok mata dia.Sama apa.Takkan angah tak nak.Satu dalam sejuta tu.Kalau along perempuan dah lama along masuk meminang.Dia tu ramai perempuan minat tau tapi dia tak layan.Dia dah lama suka angah tahu.Dia selalu curi tengok gambar angah atas meja along.”along cuba menceriakanku.

Aku hanya diam.Betul ke Nadim dah lama suka aku?Orang kata lebih baik kahwin dengan orang yang mencintai kita dari kita yang mencintai orang tu.Kalau keluarga sendiri dah suka,mesti Nadim tu baik.Kalau jahat takkan begitu sekali mereka bercerita pasal Nadim ni.Erm..okeylah kot kalau terima.

“Angah ikut cakap semualah.Mak dan ayah lebih tahu mana yang baik mana yang tidak.Tapi biar angah kenal-kenal dengan dia dulu.”

Semua tersenyum apabila mendengar jawapanku.Terus along bangun dan menelefon seseorang.

“Alhamdullilah,dia terima.Kau jaga adik aku betul-betul tau.”pesan along.Rupanya along telefon Nadim.

…………………………..

Dah dekat 2 minggu Nadim yang ambil dia dari kerja.Along kata dia sibuk sikit.Tapi balik rumah awal juga.Mesti along nak bagi peluang aku kenal bestfriend dia ni.Hmm…pandangan aku tentang Nadim.Baik memang baik.Hormat orang tua.Yang paling penting dia taat pada agama.Family dia pun okey.Rupanya keluarga aku dan kamcing gila dengan keluarga dia.Memang dah rancang nak berbesan kot.

“Angah,Nadim call ni.”laung mak.Aku berlari turun ke bawah.Entah kenapa rasa excited sangat dapat call dia ni.Hehe..

“Assalamualaikum.”ucapku sedikit mengah.

“Waalaikumussalam.Kenapa suara awak macam baru lepas berlari je ni.Excited dapat call saya ye.”Nadim ketawa di hujung talian.Aku tersenyum.

Perubahan kami dalam 2 minggu ni dah tak ber’aku’,ber’kau’ dah macam masa mula-mula jumpa dulu.Sekarang panggilan lebih mesra macam kawan-kawan.

“Boleh jumpa tak malam ni?Kita keluar dinner.”perlahan Nadim bertanya.

“Tanya mak dengan ayah saya dulu.Kalau mereka bagi saya okey je.”cewah!ayat macam perempuan melayu terakhir dah.

“Dah tanya mak awak tadi.Dia bagi lampu hijau dah.”

“Awak nak jemput pukul berapa?”

“Lepas maghrib saya datang.Dalam pukul 8 ke.”

“Okey,saya tunggu.”

Masing-masing menamatkan talian selepas membalas salam.Mak tersenyum melihat aku.

“Nak keluar tu pakailah baju yang cantik sikit.Jangan nak pakai baju macam lelaki pula.”pesan mak.

“Tak naklah.Lagipun pergi makan je.”

“Orang cakap,melawan.Mak nak angah pakai baju perempuan tau.Kalau pakai juga baju jersi angah tu,mak bakar semua gambar pemain bola dalam bilik angah.”ugut mak.

Dengan terpaksa aku pakailah juga baju yang dah lama sangat aku tak pakai.Gaun labuh warna putih dengan blaus biru laut.Ayu habis!Kalau along dengan adik tengok ni mahu gelak terguling-guling diorang.Rambut panjangku yang selama ini disorok dalam topi ku ikat ekor kuda.

“Cantiknya,angah.”mak memelukku.Ayah hanya tersenyum.

“Mana jersi bola kau angah?”sindir adik.Aku baling kusyen ke mukanya.

“Kalau kau kahwin semua barang CR bagi pada aku tau.”adik tersenyum panjang.

“Banyaklah!Aku beli mahal-mahal nak bagi kau.”marahku.

“Betul cakap adik tu.Bila angah dah kahwin nanti semua barang tu bagi dia.Angah tak perlukan semua tu lagi.”ayah bersuara.Adik tersenyum menang.

Orang memberi salam di luar menarik perhatian kami sekeluarga.Nadim berdiri segak dengan kemeja hitamnya.Dia menyalami ayah dan mak.Matanya tepat memandang ke arahku.Aku pandang lantai.Malu!

“Saya minta izin nak bawa Azlina keluar ye pak cik,mak cik.”

“Hati-hati.Jangan nak buat perkara tak senonoh pula.Lagi satu,jangan balik lewat sangat.Nanti dah kahwin nak keluar sampai pagi berdua pun tak apa.”ayah memberi izin.

Kami makan malam di sebuah restoran yang agak mewah.Aku makan cara perempuanlah sebab nak matchingkan dengan cara pemakaian.Lepas makan Nadim keluarkan sebentuk cincin kepadaku.Dia melamarku depan orang ramai.Terharu gila dibuatnya.Aku terima lamarannya selepas agak lama mendiamkan diri.Bukan main seronok lagi Nadim bila aku kata setuju.

Majlis pernikahanku berjalann lancar.Baju kebaya di badanku tersarung cantik.Aku dah bertekad nak jadi wanita sejati.Poster CR awal-awal lagi mak dah suruh cabut.Semua aku terpaksa sedekah dekat adik.Jersi real madrid nombor 7 yang aku ada dalam 3 pasang pun sedekah dekat adik.Sedih nak bagi tapi nak buat macam mana.

“Janganlah sedih.”ujar Nadim apabila aku menyerahkan segala barang berkaitan CR kepada adik.Adik pula sengih-sengih dapat barang free.Tahulah dia minat pak we aku tu!

“Mana tak sedih.Saya simpan semua barang tu dari sekolah menengah lagi.”

“Kata nak berubah jadi wanita sejati.Nadim kan ada.”suamiku tersenyum manis.

“Nadim buat apa.CR lagi handsome.”sengaja aku mengenakan dia.Nadim terus memuncungkan bibirnya.

“Merajuk ke?”tanyaku bodoh.

“Mestilah merajuk.Suami mana suka bila isteri dia puji lelaki lain.”

“Gurau sikit pun tak boleh.Saya sebenarnya tak kisah pun barang tu bagi adik.Sebab saya dah ada Cristiano Ronaldo saya sendiri.Tak boleh kongsi dengan siapa-siapa.”aku memeluk Nadim.Suamiku itu tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya.

“Terima kasih sayang.”ucap Nadim romantis.

Aku tersenyum bahagia.Terima kasih Ya Allah.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

9 ulasan untuk “Cerpen : Cristiano Ronaldo Cintaku”
  1. lyna says:

    bertuahny Azlin

  2. daniesya says:

    best cite nie…ciut plak…haha

  3. Atikah says:

    Bestnyer…sempoi la.Tahniah writer :mrgreen:

  4. fatim says:

    best,,tahniah writer

  5. Emaharuka says:

    Best citenye:-) ;-)

  6. SakuraBlossom says:

    xde conflik..best dah tp ada boring sikit

  7. Mutiasa biru says:

    :razz: best nye,tp pendek sgt,huhu

  8. Angah says:

    Boringnya… x ada konflik langsung… Mendatar je…

  9. CERPEN AWAK NIE MEMANG BEST BAGI SAYA,SAYA JUGAK MINAT CR DAN SYE UCAPKAN TAHNIAH YG MEMBUAT CERPEN NIE.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"