Cerpen : Janji!! Cinta milik kita

23 January 2011  
Kategori: Cerpen

8,847 bacaan 33 ulasan

Oleh : qaseh arissa

KERIUHAN di luar bilik membuatkan Balqis tidak senang duduk dan ingin keluar menjenguk tetapi dihalang oleh mak andam yang masih cuba mendandannya supaya bakal menjadi pengantin yang tercantik ketika ini.

Bunyi riuh rendah di luar kamarnya semakin kuat dan memaksa Balqis terjenguk-jenguk di sebalik pintu biliknya sebelum perasaannya berdegup kenyang seperti hilang nyawa dari badan bila terdengar bisikan tetamu yang hadir.

Tangannya menggeletar sebaik ibunya masuk untuk menyampaikan berita yang menyebabkan riuh rendah itu berlaku. Perlahan ibunya datang menghampiri. Air mata menitis sebaik ibunya memegang bahunya, dia tahu apa yang didengarnya benar-benar terjadi. Dia kaku. Apa yang harus dia lakukan saat ini??Dia hampir-hampir saja terjatuh kerana kakinya sudah tidak kuat lagi untuk berdiri di alam nyata ini.

Dengan sekuat tenaga yang dia ada, dia terus mengorakkan langkahnya. Mindanya kini hanya terbayang wajah bakal suaminya.

“Balqis!!” ibunya hanya sempat menjerit memanggil namanya, yang kini telah pun berlari meninggalkan bilik dan terus meluru keluar dari rumah.

“Sayang, jangan tinggalkan Qiss. Jangan tinggalkan Qiss!!” Balqis berlari sekuat hatinya. Air mata mengalir laju. Dia sudah tidak hiraukan lagi orang-orang di sekelilingnya. Dia perlu lihat sendiri kejadian itu.

Dengan berpakaian pengantin berwarna putih, di solek indah bak bidadari kayangan dia berlari sekuat tenaganya, sebelah tangannya memegang kain baju pengantinnya yang labuh, takut dia tersungkur sebelum sempat sampai di tempat kejadian. Dadanya berombak kenyang. Air mata yang mengalir di pipi mengiringi setiap langkah yang diaturnya. Langkahnya terhenti tiba-tiba bila sampai di kawasan yang di kerumuni ramai orang.

Balqis terus menolak orang ramai yang berada dihadapannya, dia berusaha untuk memboloskan dirinya dari orang ramai itu. Saat matanya terpandang lelaki yang dicintainya masih terlantar di dada jalan dia dengan pantas terus menerpa kearahnya.

“Sayang!!!!” Balqis menjerit, dia terus merangkul badan lelaki itu, lelaki yang sepatutnya kini menjadi suaminya, dia Muhammad Shahmi lelaki yang bertakhta dihatinya.

“Bangun sayang. Jangan takutkan Qiss macam ni, bangun..” Balqis menangis teresak-esak melihat orang yang disayangi tidak bergerak dan tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Baju pengantin yang berwarna putih kini telah dihiasi dengan tompok-tompok berwarna merah disebabkan darah yang mengalir dari tubuh bakal suaminya.

“Sayang…Kita nak kahwin dah ni sayang. Sayang bangun ok. Jangan takutkan Qiss, Sayang bangun la. Siapa nak kahwin dengan Qiss. Sayang bangun la. Sayang!!” dia menjerit tidak lagi menghiraukan orang sekeliling yang cuba mententeramkan dia.

“Balqis..dah sayang, bangun. Dia dah tak ada. Jangan macam ni” Rizal, abang kepada Balqis tiba di tempat kejadian dan terus berusaha mententeramkan adiknya.

Balqis hanya mengeleng-gelengkan kepala. “Abang, dia janji nak kahwin dengan Qiss. Dia dah janji dengan Qiss. Sekarang siapa nak kahwin dengan Qiss??Sayang bangun la. Jangan tinggalkan Qiss sorang-sorang macam ni??Sayang..” Balqis mengerak-gerakkan tubuh Shahmi. Masih tidak bergerak.

“Balqis..dah sayang, dia dah tak ada. Jangan menangis macam ni. Tak elok orang tengok” Rizal masih mencuba tetapi adiknya kini tidak lagi mendengar nasihatnya. Balqis terus-terusan menangis di sisi tubuh insan yang paling dia cintai.

“Sayang…bangun la. Jangan tinggalkan Qiss”

Orang ramai yang melihat kejadian itu hanya mampu bersimpati dengan nasib dirinya. Mereka berbisik-bisik mengenainya. Dia tahu itu tapi dia tak peduli itu semua, yang dia tahu, dia mahu insan di dalam pelukannya kini membuka mata. Itu yang dia mahu.

“Sayang!! tolong buka mata sayang. Qiss ni, sayang tengok Qiss, sayang tak kesian ke tengok Qiss macam ni??Jangan tinggalkan Qiss sayang. Qiss tak boleh hidup tanpa sayang. Jangan tinggalkan Qiss!!” Balqis mula kehilangan arah, dia masih tidak dapat menerima hakikat orang yang dicintainya kini telah tiada. Dia tidak berputus asa sehingga tiba-tiba dirasakan pandangannya gelap.

***********

KINI Balqis sendirian menyusuri jalan-jalan yang sangat sepi. Tiada lagi cahaya cinta yang menanti kerana cahaya itu telah pergi bersama-sama insan yang dia cintai. Pergi tersangat jauh yang susah untuk dia menggapainya semula.

Di saat dia ingin melangkah ke alam bahagia yang telah lama dicipta bersama-sama insan yang di cintai, takdir terlebih dahulu di tetapkan buatnya. Insan yang bernama Muhammad Shahmi yang di cintainya sepenuh hati bukanlah seorang suami yang telah di titipkan oleh Yang Maha Esa untuk membimbingnya.

“Balqis..” panggil ibunya perlahan.

Balqis hanya mendiamkan diri, air mata sahaja yang mengalir menandakan perasaan hatinya. Dia lemah. Lemah tanpa cinta. Kehilangan cinta hati bagai hilangnya separuh dari nyawanya.

“Qiss nak pergi melawat kubur Shah” ayat itu yang terkeluar dari mulutnya selepas sekian lama.

Telah lama niat di hatinya untuk pergi melawat kubur Shahmi, tetapi hatinya tidak kuat. Dia lemah dan dia takut dia tidak sekuat yang di sangkanya.

Ibunya hanya menggangukkan kepala sambil mengusap-usapkan kepala anaknya. Terlalu berat dugaan yang dihadapi oleh Balqis. Air matanya turut menitis melihat kehibaan anaknya itu untuk mengadapi dugaan yang besar ini.

SEBAIK tiba di kawasan perkuburan tempat bersemadinya Shahmi yang hanya sempat menjadi tunangnya tetapi tidak suaminya. Langkah Balqis tiba-tiba terhenti, dia cuba mencari kekuatan untuk terus melangkah. Akhirnya, Balqis tiba di kubur Shahmi dengan langkah yang longlai. Air mata masih lagi bersisa sejak peristiwa hitam yang meragut cintanya.

“Abang, Qiss nak bersendirian” ucap Balqis kepada abangnya yang setia menemaninya.

Abangnya sendiri terlalu takut untuk meninggalkan satu-satunya adiknya dalam keadaan ini bersendirian. Tapi dia turutkan juga.

Balqis memandang sepi kubur yang masih merah dihadapannya. Lidahnya kelu, terlalu banyak perkara yang ingin dia bicarakan. Akhirnya dia memulakan dengan membaca ayat-ayat suci Al-Qur’an buat insan yang dia sayangi itu.

Balqis mengusap batu nisan yang terukir nama Muhammad Shahmi, air mata masih lagi mengalir. Dia cuba untuk tidak menangis di hadapan kubur Shahmi, tetapi dia selalu tewas dengan air matanya sendiri.

“Sayang, maafkan Qiss. Baru hari ni Qiss datang tengok sayang. Qiss, tak kuat lepas sayang tinggalkan Qiss” Balqis menarik nafas panjang sebelum merenuskan kata-katanya.

“Sayang, lepas ni Qiss nak luahkan masalah Qiss pada siapa bila sayang dah tak ada?? Siapa yang akan temankan Qiss bila Qiss nak pergi jalan-jalan?? Siapa nak kahwin dengan Qiss??” air mata yang di tahan Balqis akhirnya mengalir jua. Dia menangis, tanpa dia sedari ada seseorang sedang memerhatikan dari jauh.

“Sayang” panggil Balqis perlahan dan terus memeluk batu nisan itu, lama dia di situ dan akhirnya abangnya datang menghampiri risau melihat gelagat adiknya yang satu itu.

“Qiss, jom dah lewat ni”

“Qiss nak duduk di sini lagi, abang baliklah dulu”

“Jangan macam ni Qiss, dah nak maghrib ni, esok kita datang lagi ye” lagaknya seperti memujuk seorang kanak-kanak yang memerlukan kelembutan ketika berbicara. Saat ini adiknya perlukan semangat untuk teruskan hidup.

Balqis akhirnya akur dengan permintaan abangnya. Dia bangun perlahan-lahan sambil sempat mencium batu nisan itu. Abangnya hanya mengelengkan kepala melihat adiknya. Sampai bila adiknya harus jadi begini. Dia sendiri pun tidak pasti.

“Sayang, esok Qiss datang lagi ok. Sayang tunggu Qiss. Esok Qiss pasti datang sini lagi” ujarnya lagi sebelum abangnya memapahnya pergi dari situ.

Orang misteri yang sedari tadi memerhatikan Balqis akhirnya berjalan menuju ke kubur Shahmi. Dia membaca doa untuk kesejahteraan Shahmi di sana.

“Maafkan aku. Aku orang yang bertanggungjawab yang menyebabkan kau dan dia tak sempat menjadi satu pasangan. Maafkan aku” dia meraup mukanya dengan kedua tapak tangannya.

“Kau jangan bimbang, aku janji dengan kau, aku pasti akan menjaga dia dengan sebaiknya. Aku akan pastikan dia tak akan terluka lagi. Aku akan ceriakan hidupnya kembali. Aku janji. Aku akan tebus segala kesilapan aku dengan membahagiakan orang yang kau cintai” lelaki misteri itu berjanji dengan sepenuh hati.

***********

SELAMA 6 bulan Balqis berada dirumah orang tuanya di mana selama itu dia kehilangan semangat untuk meneruskan hidup, dan akhirnya dia membuat keputusan dia perlu menenangkan fikirannya yang kusut ini. Dia perlu untuk dia meneruskan hidupnya.

“Qiss nak pergi Pulau Pangkor. Qiss nak tenangkan fikiran Qiss buat kali terakhir. Lepas ni Qiss janji Qiss tak akan sedih-sedih lagi, Boleh tak??” Balqis memandang ibu dan abangnya silih berganti.

Rizal memandang adiknya tidak berkelip.

“Ibu tak ada masalah, kalau Qiss rasa ini yang terbaik untuk hidup Qiss, ibu izinkan Qiss pergi”

“Tapi abang tak setuju”

“Ala, kenapa pula??” Balqis memandang abangnya.

“Qiss tak pernah pergi mana sorang-sorang. Macam mana abang nak izinkan Qiss pergi. Qiss tanggungjawab abang. Abang tak izinkan”

“Ibu..tolong pujuk abang” Balqis memegang tangan ibunya.

“Rizal, biarlah dia pergi. Mungkin lepas dia pergi ni, dia akan balik dalam keadaan yang lebih tenang dari keadaan sekarang. Sampai bila kamu nak biarkan dia macam ni??”

“Tapi bu, Rizal takut apa-apa tak elok yang berlaku kalau dia pergi sorang”

“Kita doakan yang terbaik saja untuk dia”

Rizal akhirnya mengalah selepas dipujuk oleh ibunya. Dia masih berat hati untuk melepaskan Balqis. Dia tidak yakin adiknya dapat menjaga diri sendiri. Selepas bapa mereka meninggal dunia, dia memegang tanggungjawab berat sebagai ketua keluarga yang perlu menjaga keselamatan ahli keluarganya memandangkan dia satu-satunya lelaki dalam keluarga kecilnya.

***********

SEBAIK sampai di Pulau Pangkor, Balqis sudah berazam dia akan lupakan segala kenangan itu yang menghantui dirinya selama ini. Dia perlu teruskan hidup dengan tenang. Dia harus lupakan arwah tunangnya.

Balqis berjalan menyusuri pantai, dia tenang. Lama dia di situ, sehingga tak sedar masa yang cepat berlalu. Dia lihat sekeliling, semuanya sudah beransur pulang ke bilik masing-masing. Matahari hampir terbenam. Dia masih di situ.

Ketenangannya tiba-tiba terganggu.

“Hai, sorang je ke?? Nak abang temankan??” tiga orang pemuda tiba-tiba datang menghampiri.

Balqis lantas bangun dari posisinya, dah la sekarang tak ramai orang, dia mula resah bila lelaki-lelaki itu memandang ke arahnya dengan tajam. Balqis terus berjalan tapi di halang oleh lelaki-lelaki itu.

“Nak pergi mana??Duduk la dulu, abang temankan” lelaki-lelaki itu mula memegang-megang Balqis.

“Hey, apa ni??” Balqis mula meninggikan suara.

“Aik, tak kan marah kot. Relex la” mereka masih lagi cuba menyentuh Balqis.

“Apa ni!!” Balqis menepis tangan salah seorang dari mereka yang cuba menyentuh bahunya.

“Hey!! Jangan kacau dia la” muncul seseorang cuba menyelamatkan Balqis dari situasi yang tidak menyenangkan itu.

“Kau ni siapa ha??” lelaki-lelaki yang berlagak gaya samseng memandang ke arah lelaki yang cuba menjadi hero.

“Aku suami dia. Ada masalah ke ha??”

“Minta maaf la bang, ingatkan tak berpunya” mereka mula mengundurkan langkah.

“Kalau tak berpunya boleh la buat sesuka hati. Macam tu ke ha??” si hero mula meninggikan suara lelakinya. Marah benar dia dengan lelaki-lelaki yang bergaya samseng itu.

Mereka terus berlari meninggalkan Balqis dan si hero bersendirian. Penakut rupanya. Si hero memandang ke arah Balqis. Cuba melemparkan senyuman tapi cepat-cepat dia manarik balik senyumannya.

“Jom cepat, saya hantar awak balik ke bilik awak. Nanti kalau ada siapa-siapa kacau awak lagi saya tak akan tolong dah”

“Huh, entah-entah awak yang hantar samseng-samseng tu suruh kacau saya. Bukan boleh percaya sangat dengan awak ni dari pagi tadi asyik ikut saya je” Balqis memandang sinis ke arahnya sebelum meneruskan kata-katanya lagi.

“Apa awak cakap ni??”

“Ingat saya tak tahu ke ha??Saya perasaan awak ikut saya dari lumut lagi sampai ke sini??Apa yang awak nak??” Balqis menyerang tiba-tiba.

“Ok whatever” dia terus berlalu meninggalkan Balqis.

Balqis melihat sekeliling, “Hey nanti. Tunggu dulu” Balqis bersuara dan dia terus mengikut lelaki itu di belakang. Takut juga dia kalau-kalau samseng-samseng tadi datang balik. Dia terus mengikut lelaki itu dari belakang.

Lelaki itu berhenti tiba-tiba dan Balqis terus terlanggarnya.

“Adui..kenapa ni??” Balqis mengosok-gosok kepalanya akibat terlangar dengan lelaki itu.

“Awak jalan kat depan, nanti saya tak nampak pula ada orang kacau awak”

“Huh, tak nak la” Balqis mendengus kasar.

“Kalau macam tu kita jalan sama-sama la. Sini” Dia menyuakan tanggannya pada Balqis sambil tersengih.

Balqis mencebikkan bibir dan terus berjalan meninggalkan lelaki itu. Laju saja kakinya melangkah meninggalkan lelaki itu d belakang. ‘Gatal’ kata Balqis dalam hati.

*************

PAGI-PAGI lagi dia sudah bersedia untuk mengadap laut yang jernih. Biar tenang jiwa raganya. Biar luput segala duka di hatinya.

Balqis mula berjalan-jalan dengan menjinjit kasut di tanggannya. Air laut kekadang menyapa kakinya. Dia tersenyum riang saat itu. Ya, buat seketika dia lupa tentang kenangan hitam itu.

“Hai..” seseorang menyapanya.

“Hai” balqis memberikan senyumannya. “Terima kasih sebab selamatkan saya semalam dan minta maaf sebab dah berkasar dengan awak” Balqis memandang kearahnya. Lama. Baru dia sedari, lelaki di hadapannya kini sangat segak, kemas dan sedap mata memandang.

“Tak pe, saya tak terasa pun. Seronok ada la”

Balqis tergelak, lelaki ni kurang waras ke, kena marah pun seronok.

“Saya suka lihat awak tersenyum dan ketawa” Balqis terus menghentikan ketawanya.

“Maaf” dia meminta maaf pada Balqis. Balqis hanya bertindak mendiamkan diri.

“Saya Iskandar” dia menyuakan tangannya untuk bersalam dengan Balqis.

Lama Balqis membiarkan tanggannya tidak bersahut. Sebaik Iskandar menurunkan tanggannya, pantas Balqis menyambutnya.

“Balqis, panggil Qiss saja” Iskandar mengukirkan senyumannya.

“Ha, mana boleh. Tak nak la saya ‘kiss’ awak. Berdosa” katanya sambil mengenyitkan matanya pada Balqis.

Bulat saja bola mata Balqis bila Iskandar mengenyitkan mata padanya. Merona merah pipinya pada ketika itu.

“Saya melawak je. Ingatkan awak tak sudi tadi. Ye la kan, perempuan cantik macam awak, mana la nak berkawan dengan lelaki yang tak hensem macam saya ni”

‘Tak hensem dia kata??Biar betul!!Takkan merendah diri sampai macam tu sekali kot. Wajah dia lagi hensem pada Fahrin Ahmad. Dia boleh kata diri dia tak hensem. Agak-agak la kalau nak rendah diri pun’ Balqis berbisik di dalam hatinya.

“Awak ni nak suruh saya puji awak hensem ke ni??”

“Mana ada. Saya cakap awak yang cantik yang awak fikir lebih-lebih ayat saya tu kenapa??Awak ni mesti banyak sangat berimaginasi ni kan??” katanya berseloroh.

“Awak datang dengan siapa kat sini??” Balqis terus mengubah topik perbualan mereka sambil berjalan berdua-duaan menyusuri sepanjang pantai.

“Saya datang sorang la. Kenapa nak temankan saya ke sepanjang saya kat sini??Boleh juga, tak la boring sangat kalau ada awak”

Balqis terus memandang wajah Iskandar. Lelaki ni suka sangat jawab benda yang lain dari soalan yang di tanya.

“Awak ni memang macam ni ke??”

“Macam mana??”

“Saya tanya lain awak jawab lain”

“Apa yang lainnya pula??Betul la kan. Awak tanya saya datang dengan siapa??saya jawab la saya datang sorang. So??”

Balqis memandang ke arahnya tajam.

“Cuma jawapan saya panjang lebar sikit je. Saya huraikan lebih sikit. Ha, tu la awak tak tahu. Saya bahasa melayu dapat A1 tau sebab saya pandai mengolah jawapan saya bagi jadi lagi best” kata Iskandar selamba.

Balqis ketawa senang hati.

Baru dia tersedar yang sudah lama dia tidak ketawa sebegini. Entah mengapa, dia dapat rasakan perasaan yang selamat bila bersama Iskandar, mungkin sebab dia pernah menyelamatkan dirinya barangkali.

“Saya suka awak gembira bila bersama saya. Itu yang saya nak dari awak” Iskandar memandang seraut wajah ayu milik Balqis.

“Kenapa awak kata macam tu, selama ni pun saya gembira apa” Balqis menjawab balik, dia takut orang di sekililingnya dapat menghidu perasaan sedihnya yang selama ini menguasai dirinya selepas kehilangan Shahmi.

“Saya selalu nampak awak muram, tak ada secalit senyuman pun menghiasi wajah awak ni. Awak ni cantik sangat tapi lagi bertambah cantik bila awak tersenyum, macam tadi”

“Ha, betul kan saya kata. Awak memang ikut saya dari semalam kan??Awak siapa ha??” Balqis mula merenung tajam pada jejaka di hadapannya kini.

“Eh, awak jangan salah faham. Saya betul-betul tak berniat jahat pun pada awak Qiss. Saya ikhlas nak berkawan dengan awak dan yang pasti saya tak ikut awak tapi mungkin takdir yang menemukan kita. Siapa tahu kan??”

“Betul??”

“Betul la, saya mana pandai cakap bohong. Saya yang selalu kena bohong dengan orang ada la” katanya lagi sambil membuat memek muka kesian.

“Iye la tu” Balqis terus berjalan meninggalkan Iskandar. Dia terus mengejar langkah Balqis yang semakin laju.

**********

DI BAWAH cahaya bulan, mereka berdua masing-masing menyaksikan keindahan ciptaan Tuhan itu bersama-sama. Masing-masing mendiamkan diri tanpa sepatah kata. Hanya kedengaran bunyi air laut kadang-kadang menerpa ke cuping telinga masing-masing. Perkenalan antara mereka baru terjalin selama seminggu sepanjang mereka berada di Pulau Pangkor ini.

“Jom, kita cerita sebab kita datang sini nak?? Saya teringin nak meluahkan kisah saya pada seseorang. Awak sudi tak dengar kisah saya. Tolong saya hapuskan kesedihan yang bermaharajalela di hati saya sekarang ni??” Iskandar tiba-tiba memecahkan kesunyian malam itu. Balqis mengganggukkan kepala setuju dengan permintaan Iskandar.

“Awak tahu tak sebab saya datang sini??”

“Awak tak cerita mana la saya nak tahu” Balqis membalas kata-kata Iskandar. Kadang-kadang bengong juga si Is ni.

“Eh, betul juga kan??” Iskandar tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Termalu sendiri la tu.

“Saya ada kekasih, eh bukan, bekas kekasih. Nama dia Nadirah. Kami dah bercinta lebih kurang 3 tahun. Tapi minggu lepas dia dah kahwin dengan orang lain sebab tu la saya bawa diri datang sini. Saya kecewa, kenapa dia sanggup buat saya macam ni, apa salah saya??Apa yang kurangnya pada saya sampai dia sanggup kahwin dengan lelaki lain” Iskandar tiba-tiba bersuara lemah.

Balqis tiba-tiba menyedari sesuatu tentang Iskandar. Walaupun senyuman sentiasa di bibirnya dan sentiasa cuba membuatkan diri Balqis tersenyum dan gembira, tapi di sudut dasar hatinya, penuh duka seperti diri Balqis. Balqis faham perasaan itu, perasaan di tinggalkan oleh orang yang di sayangi.

“Saya faham perasaan awak” luah Balqis perlahan. “Perasaan di tinggalkan oleh orang yang tersayang” sambungnya lagi. Kini matanya sudah mula berkaca bila menginggati detik-detik di tinggalkan oleh Shahmi.

“Awak pun sama macam saya ke?? Dapat seorang kekasih yang tak setia?? Yang hanya pentingkan diri sendiri??” Iskandar menyerkap jarang dengan penyataan yang dikeluarkan oleh Balqis.

Balqis hanya menggelengkan kepala sambil cuba menahan dari titisnya air matanya lagi. Cukup la, dia tak mahu menangis lagi, dia tidak mahu tangisi pemergian Shahmi lagi. Biarlah Shahmi tenang di sana. Dia di sini hanya mampu mendoakan kesejahteraan Shahmi.

“Awak menangis??”

Balqis menggelengkan kepalanya lagi. Dia tidak mampu lagi berkata-kata. Jika satu pun perkataan keluar dari mulutnya, dia yakin, air matanya akan mengalir selajunya. Dia mendiamkan diri menahan perasaan.

“Maafkan saya kalau saya ada tersalah cakap. Saya tak bermaksud nak buat awak menangis. Qiss, maafkan saya” Iskandar di rundum perasaan serba salah tiba-tiba.

Balqis menggeleng lagi. Air mata akhirnya tumpah jua lepas membalas pertanyaan Iskandar.

“Awak tak salah”

“Habis tu kenapa awak menangis”

“Saya rindukan dia”

“Jangan rindu dia bila dengan saya. Saya jeles ni!!” Iskandar cuba menghiburkan kembali perasaan Balqis.

Balqis cuba menguntumkan senyuman untuk Iskandar.

“Dia tinggalkan saya pada hari perkahwinan kami. Hari yang sepatutnya menjadi sejarah untuk kami dan kenangan yang terindah dalam hidup saya. Tapi dia tinggalkan saya untuk selama-lamanya” luah Balqis perlahan dan yang pasti di iringi dengan air matanya.

“Saya faham perasaan awak Qiss. Kita sama je. Sama-sama mengalami perasaan kecewa dan sakit di tinggalkan”

“Tak. Kita tak sama. Kekasih awak curang dengan awak tapi saya, takdir mengambil dia dari saya. Jodoh kami tidak tertulis bersama-sama. Allah lebih sayangkan dia”

“Jangan menangis Qiss. Saya…”

“Awak nak tahu sesuatu??” Balqis terus memotong kata-kata Iskandar.

Iskandar menggangguk-anggunkkan kepala.

“Dia cinta pertama saya. Saya tak pasti saya dapat lupakan dia untuk bersama dengan lelaki lain. Dia terlalu istimewa untuk saya. Tersangat istimewa”

Tiba-tiba Iskandar menjadi berani. Tangannya terus di angkat untuk mengelap air mata yang masih mengalir di pipi mulus milik Balqis. Dia sendiri tidak pasti kenapa dia berbuat begitu.

Balqis tergamam. Mulutnya tiba-tiba terkunci. Entah kenapa, dia tidak melenting dengan tindakan Iskandar.

“Jangan menangis. Saya minta maaf atas segalanya. Maafkan saya. Saya sedih bila lihat awak menangis macam ni. Saya rasa bersalah atas segalanya yang berlaku”

“Awak tak salah apa-apa pun Is. Dulu mungkin saya naif sangat sampai satu tahap tu saya marahkan takdir hidup saya, kenapa semua ni terjadi pada saya, kenap mesti saya, tapi sekarang ni jiwa saya dah semakin tenang. Saya sedar itu semua takdir Ilahi. Kita tak mampu melawan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah” walaupun begitu air mata masih jua mengalir di pipinya.

‘Saya yang menyebabkan awak berada dalam keadaan macam ni Qiss. Saya yang menyebabkan kematian bakal suami awak’ Iskandar seperti mahu menjerit saja di telinga gadis di depannya ini tapi dia tak mampu.

“Izinkan saya mengenali awak dengan lebih rapat Balqis, izinkan saya mengubati hati awak??” Iskandar melontarkan kata-katanya dengan lancar.

Ya, mungkin dia buat ini semua atas simpati yang lahir di sudut sanubarinya pada mulanya. Tapi kini simpatinya telah bertukar menjadi sayang dan cinta. Dia sayang pada wanita di sisinya ini.

“Apa awak cakap ni. Jangan main-main soal hati dan perasaan Is. Kita baru saja kenal seminggu. Jangan disebabkan awak simpati pada nasib saya awak kata macam tu. Saya tak perlukan belas kasihan sesiapa”

“Tak Qiss. Bukan maksud saya macam tu. Saya tahu kita baru kenal seminggu tapi saya gembira bersama-sama awak. Saya suka awak Qiss”

“Ohh..ingatkan apa la tadi. Saya pun gembira bila bersama dengan awak. Saya pun suka awak. Awak sentiasa menceriakan hati saya sepanjang saya di sini. Awak tahu saya dah lama tak gembira macam ni semenjak arwah tunang saya meninggal”

“Qiss, suka saya bermaksud sayang dan cinta. Saya cintakan awak Qiss. Saya akan menjaga hati awak dari terluka lagi Qiss. Berikan saya kesempatan itu Qiss” Iskandar menerangkan dengan lebih lanjut.

**********

HARI yang di tunggu-tunggu akhirnya tiba juga. Perasaan Balqis ketika ini, lebih berdebar-debar dari perasaan dia menunggu arwah Shahmi dulu, mungkin dia berperasaan begini kerana takut sejarah lama berulang kembali. Dia tersangat takut, tanggannya pula asyik berpeluh, perasaannya usah diterangkan, sukar digambarkan dengan kata-kata tika ini.

“Pengantin dah sampai” Rina sepupunya datang menghantarkan khabar. Macam tahu-tahu je Balqis memang menunggu seseorang menyampaikan berita itu.

Balqis menghelakan nafasnya. Panjang sekali. Perasaan debar yang ditanggung mula pudar sedikit demi sedikit. Dia menguntumkan senyuman.

Ketukan di pintu dan kedatangan ibu membuatkan perasaan Balqis mula berkocak semula. Wajah ibu mengundang perasaan Balqis dilanda resah. Ini mungkin bukan perkhabaran yang indah. Dia tahu itu. Riak wajah ibu, serius sekali.

“Qiss…”

Balqis mendongakkan kepala memandang ibunya. Dia bingkas bangun untuk berhadapan dengan ibunya, itu lebih selesa.

“Is nak jumpa dengan Qiss dulu sebelum memulakan upacara akad nikah. Dia ada sesuatu nak cakap dengan Qiss. Yang lain boleh tolong keluar sekejap” pint ibu Balqis lembut.

“Qiss dengan dia je ke dalam bilik ni??” Balqis mula tidak senang.

“Qiss jangan risau, abang Rizal temankan sekali Qiss dalam bilik ni. Bincang elok-elok ye sayang. Jangan buat keputusan yang terburu-buru” ungkapan yang keluar dari mulut ibunya mengundang seribu satu persoalan di fikiran Balqis.

Sebaik kaki ibunya melangkah keluar, abangnya Rizal dan tunangnya merangkap bakal suaminya Iskandar masuk ke dalam bilik. Balqis memandang ke arah mereka silih berganti.

“Abang..Is..kenapa ni??”

Rizal hanya mendiamkan diri, dia di sini hanya untuk mengelakkan syaitan menjadi orang ketiga dalam bilik ini. Lagi pun dia tahu masalah yang dihadapi Iskandar sekarang. Dia tidak akan bersuara, biarlah Balqis yang menentukan segala-galanya.

“Qiss..saya yang langgar arwah tunang awak”

Balqis terduduk di lantai sebaik mendengar perkhabaran itu. Ujian apakah ini yang berlaku. Air mata mengalir lagi pada hari bakal dia bergelar isteri. Kenapa sejarah mungkin berulang. Adakah Iskandar juga ingin tinggalkan dia pada hari pernikahan mereka.

“Maafkan saya Qiss. Saya tahu saya bersalah merahsiakan ini semua dari pengetahuan awak. tapi sampai saat ini tiba-tiba saya dapat rasakan tak adil bagi awak kalau awak tak tahu hal yang sebenar yang berlaku. Maafkan saya Qiss”

“Kenapa awak langgar kereta dia??” Balqis tidak memandang wajah Iskandar.

Mungkinkah ada benci dihatinya, dia sendiri tidak pasti. Cinta dan benci kini silih berganti berada di sudut hatinya.

“Saya tak sengaja Qiss, kereta saya tiba-tiba ada masalah, saya tak sempat nak mengelak kereta di depan pada masa tu. Maafkan saya Qiss, saya tahu saya salah pada awak. Saya dah hancurkan impian awak untuk bersama dengan dia. Maafkan saya Qiss” Iskandar turut duduk mengadap Balqis.

“Awak bersama saya atas sebab simpati atau cinta??” Balqis merenung tepat ke dalam anak mata Iskandar. Dia perlu mencari jawapan itu.

“Saya cintakan awak Balqis Irdina. Saya betul-betul cintakan awak”

“Awak pasti ke Is??”

“Saya tahu perasaan saya. Saya sayang dan cintakan awak sepenuh hati saya”

“Bukan hanya simpati pada saya??” Balqis masih menguji.

Iskandar menggelengkan kepala. Balqis melemparkan senyuman padanya.

“Nak kahwin dengan saya??”

Iskandar mengelengkan kepala, baru dia tersedar soalan yang diungkapkan oleh Balqis, cepat-cepat dia mengubah gelengannya pada anggukan.

Rizal ketawa terbahak-bahak melihat adiknya sempat mengusik Iskandar. Dia juga terkejut dengan penerimaan Balqis.

**********

RESEPSI perkahwinan itu berjalan dengan lancar di kedua-dua belah pihak. Semuanya gembira dengan pengakhiran cinta Balqis. Akhirnya dia juga mampu untuk hidup bahagia.

“Abang nak tanya sayang sesuatu boleh??” Iskandar masih memeluk erak pinggang isterinya.

“Tanya la. Kalau ada jawapannya pasti Qiss jawab”

“Kenapa Qiss terima abang lepas apa yang abang ceritakan??” tanda tanya itu masih berlegar di fikirannya. Dia pelik dengan sikap Balqis.

“Kenapa abang nak Qiss jawab tak ke, untuk kahwin dengan abang??” pertanyaan Iskandar di balas dengan pertanyaan dari Balqis.

“Ish isteri abang ni. Abang tanya Qiss, Qiss tanya abang balik” Iskandar mencuit hidung Balqis geram.

“Ada la sebab-sebabnya, mana boleh cerita. Ini rahsia Qiss dengan seseorang” Balqis saja mengumpan perasaan ingin tahu suaminya biar mengeledak seperti gunung berapi.

Dia ketawa melihat suaminya menjeling tajam tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikannya.

“Sebagai suami, abang mengunakan kuasa abang yang mutlak pada sayang untuk ceritakan semuanya pada abang. Cepat. Tak kira abang nak tau juga”

“Tak boleh”

“Tak pa la, malam ni sayang tidur kat atas sofa jangan tidur dengan abang atas katil” kata Iskandar merajuk.

Pelik, selalunya lelaki yang akan tidur di sofa ini terbalik pula, dia yang kena tidur di sofa. Iskandar meleraikan pelukannya di pinggangnya. Merajuk la pula suaminya ini.

Balqis terus memeluk erat suaminya, Iskandar menepis-nepis tangan Balqis, Balqis terus memeluk dan akhirnya dibiarkan juga Balqis memeluk dirinya.

“Jangan merajuk ye budak comel, Qiss nak cerita la ni”

“Tak nak dengar”

“Alhamdulilah, ingatkan nak dengar betul-betul tadi. Nasib baik dah ubah fikiran tak mau dengar” dia masih cuba menyakat suaminya.

“Sayang!!Tak mau kawan dengan sayang la macam ni. Dah dah jangan peluk-peluk lagi”

“Yela-yela, Qiss nak cerita la ni. Baru Qiss tau, rupanya suami Qiss ni suka merajuk” Iskandar masih menarik muka.

Balqis akhirnya memulakan ceritanya,

“Macam ni, masa abang lamar Qiss lepas kita balik dari Pulau Pangkor hari tu, Qiss pergi lawat kubur arwah Shahmi, Qiss luahkan apa yang Qiss rasa pada abang di depan kubur arwah, Qiss rasa bersalah pada arwah sebab dah menduakan cinta kami. Lama Qiss di situ, tiba-tiba ada seorang perempuan datang jumpa Qiss” Balqis menghelakan nafasnya.

“Lagi??Siapa perempuan tu??Kenapa dia jumpa sayang??”

“Sabar boleh tak abang??” Balqis mengjengilkan matanya. Tak sabar-sabar betul la suaminya ni.

“Ok…ok…sorry”

“Nadirah yang jumpa Qiss di kubur tu”

“Nadirah abang??” Iskandar menunjukkan tanggannya pada dirinya sendiri.

“Apa Nadirah abang??Abang milik Qiss sorang je. Nadirah abang konon”

“Sorry sorry. Nadirah…”

Balqis terus memotong kata-kata suaminya.

“Ya, Nadirah ex-girlfriend abang”

Iskandar mengganggukkan kepala.

“Dia cakap kat Qiss, dia tahu abang dah mula sayang dan cintakan Qiss sebab bila bersama dengan dia abang asyik bercerita pasal Qiss saja kat dia. Dia terkilan sangat-sangat dengan perangai abang. Dia kata, dari perasaan simpati abang pada Qiss telah bertukar menjadi sayang sebab tu dia terima bila ibu dia kata ada orang datang melamar dia. Dia nak abang bahagia”

“Kesian dia, abang dah salah sangka pada dia”

“Ha, sayang lagi la tu??” Balqis pula merajuk bila suaminya tiba-tiba ingatkan Nadirah.

“Ish..abang sayang Qiss sorang je la”

“Ye la tu??”

“Apa yela tu, yela tu??” Iskandar terus mengeletek isterinya.

Balqis ketawa riang dan tiba-tiba wajahnya berubah serius.

“Abang janji dengan Qiss ok. Cinta hanya milik kita??”

“Janji!! Cinta milik kita selamanya” Iskandar mengucup lembut dahi isterinya.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

33 ulasan untuk “Cerpen : Janji!! Cinta milik kita”
  1. yanty says:

    feeling wehhh

  2. zahidah says:

    sedih jugak :) Best !

  3. mi$$ what3v3r says:

    hampir meleleh gak r baca cerpen nih…
    tp nsib bek xmenangis klu xmalu ngn adk…hehehe :lol: :lol:
    cerpen yg menarik n sy ske ending dia…
    romantik gituh(cam suara gedik..hahaha :lol: :lol: )
    pepon all the best wat writer ;-) :smile: :razz: :o :mrgreen: :lol: :grin:

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"