
Cerpen : Kau Terapi Yang Terindah
Oleh : anizsDANbintang
Aku lajukan kayuhan basikal. Angin makin kuat menyapa pipi. Ah nyaman. Angin petang memang nyaman. Ramai orang jogging petang ni nampaknya. Tapi aku lebih suka berbasikal, ceh alasan bagi orang yang dah kurang stamina sebenarnya. ‘Aku memang pandai cipta alasan,’ aku bermonolog sendiri sambil tersengih-sengih.
“Srreetttttt….” Bunyi yang datang daripada emergency break basikal aku.
“Kau ni kenapa? Tiba-tiba muncul macam hantu. Nasib baik aku sempat break, kalau tak memang badan kau terbelah dua tahu tak. Hishh,” laju saja aku bahasakan si Azlan.
Azlan buat muka selamba macam selalu. Selama lapan tahun berkawan, dia memang tak ambil peduli sangat kata-kata pedas yang keluar dari mulut aku.
“Bukan aku yang macam hantu, tapi kau yang bawa basikal laju semacam je macam nampak hantu. Kawasan riadah macam ni mana ada orang bawa basikal laju-laju,” Azlan dah mula membalas. Aku pun terus bagi jelingan paling tajam. “Ha jeling la sampai juling. Patutnya kau berterima kasih kat aku tau. Kalau aku tak muncul depan kau, mesti kau dah redah geng-geng aunty yang tengah tai chi tu,” dia tetap nak menang juga. Kalau tak dibagi menang, nanti diungkitnya sampai tahun depan.
“Yela Encik Azlan Iskandar. Saya berjanji akan memandu basikal secara berhemah,” aku konon-kononnya berikrar.
“Menunggang basikal. Bukan memandu basikal. Macam mana pakar bahasa boleh salah ni,” dia tegur sambil geleng-geleng kepala.
Aku senyum sinis dan akhirnya ketawa. Eleh dia berlakon saja tu. Aku pun saja buat-buat salah dan aku tahu dia sebenarnya cuba untuk cipta suasana ceria. Lapan tahun ini, apa yang tiada? Mengusik, mengutuk, bergaduh, menangis dan bergossip semuanya ada. Cuma satu saja yang tiada iaitu cinta. Miasara dan Azlan bercinta? Oh itu gossip paling pelik dalam dunia. Aku pernah mengamuk dekat geng Gurly bila budak-budak tu kecoh kat kelas bercakap tentang aku dan Azlan nak bertunang. Sampaikan ketua geng Gurly yang nama Pinky tu warning aku. Hish Gurly la..Pinky la..geli tekak aku. Bunyi dah macam panggil kucing. Style anak muda la kononnya. Aku gelak berdekah-dekah depan si Pinky tu adalah.
“Hey kenapa you ketawa. Gila ke? Ingat ye apa yang I pesan tadi, kalau you cuba nak tackle Azlan…I tarik-tarik rambut you! F.Y.I, Azlan tak lama lagi jadi boyfriend I,” Pinky bengang bila aku buat dunno saja dan gelak kuat-kuat tanpa rasa takut dengan ugutan dia.
“F.Y.I? Apa benda kau merepek ni?” Apa benda minah poyo ni cakap, makin tak paham dan gedik pulak aku tengok. “For your information lah! You ni kampong betul!” Dia makin bengang.
“Kahkahkahkah kau memang kelakarkan siap nak eja. Tadi aku gelakkan nama childish kau tu, sekarang kau buat lawak lain pula. Weh kau ingat kau dalam cerita Legally Blonde tu ke? Geli aku. Kalau aku nak tackle Azlan tu dah berzaman aku boleh buat tau, setakat kau yang baru kenal dia 8 semester ni nak warning aku..lupakan je lah. Lagi satu, F.Y.I aku takkan serahkan kawan baik aku dekat spesies manusia gedik macam kau,” aku pula yang macam warning dia. Dia buat muka meluat bila aku tiru gaya F.Y.I dia tu. Aku 100 kali lebih meluat tengok gaya dia tadi.
“Weh Mia! Kau pikir apa tu? Aku cakap tadi kau dengar tak?” Suara Azlan buat aku terkejut. Jauh betul aku mengelamun. Boleh pula teringat kes bertegang urat dengan si Pinky tu setahun lalu. Maknanya dah setahun kami – aku, Azlan dan Pinky and the geng telah meninggalkan universiti. Rindu. Ahh aku bukan rindu pada Pinky atau Gurly atau sewaktu dengannyalah. Aku rindukan pensyarah-pensyarah yang baik hati, library yang sejuk beku yang menjadi saksi aku dan Azlan selalu study last minute dan coursemate Sains Kimia yang sangat sporting dan sempoi. Rindu pada Azlan? Dia tak payah dirindui, rumah sekangkang kera je dengan rumah aku. Setiap hari memang muka dia je tercongok depan aku. Macam yang berlaku sekarang ni, baru nak layan perasaan sorang-sorang petang ni dia dah muncul dah.
“Kau cakap apa tadi? Aku tak berapa nak dengar lah. Eh Lan jom duduk, nak tercabut kaki berdiri lama-lama ni,” aku cepat-cepat cover. Terkantoi pula nanti aku tak dengar sebutir ayat pun dari mulut dia tadi. Aku menolak basikal ke arah kerusi batu yang terdapat di taman rekreasi itu. Aku tongkatkan basikal dan duduk di kerusi sambil melepaskan nafas dengan agak panjang. Azlan duduk di sebelah sambil buat muka pelik.
“Kau kenapa ni Mia. Lain macam je aku tengok hari ni. Aku ajak teman aku pergi main futsal esok pun kau buat tak dengar je tadi. Kau gaduh dengan siapa?” Azlan dah mulakan misi serkap jarang. Dia ni kalau tengok aku buat muka jeruk masam je mesti kata aku gaduh. Masa universiti dulu memang ramai yang suka cari pasal dengan aku. Rimas aku nak melayan budak-budak tak matang berebutkan cinta. Sekarang ni dah tak jumpa dah, masing-masing dah bawa haluan sendiri. Ada yang terus sambung belajar, yang selebihnya sudah bekerja dengan pelbagai jawatan termasuk aku dan Azlan.
Aku cuba untuk karang ayat terbaik supaya Azlan mudah faham apa yang aku akan sampaikan. “Aku rasa macam lost lah Lan. Macam bukan diri sendiri,” perasaan yang sebenarnya dah lama aku rasa tapi aku cuba elakkan. Sejak bekerja ni perasaan tu datang menggangu semula.
“Pasal kerja? Susah nak catch up ke?” Azlan pandang aku dengan muka inginkan penjelasan lanjut.
Aku geleng kepala sambil kuis-kuis kaki pada tanah “Bukan pasal tu. Aku rasa jiwa aku bukan pada semua yang aku buat sekarang. Aku lost,” kenapa susah untuk luahkan hal mudah macam ni. Biasanya memang Azlan yang aku cari untuk khabarkan segala cerita.
“Chemist. Ahli Kimia. Apa yang tak kenanya Mia. You should proud. Kerja dengan sektor industri memang perlu kuat Mia. Kau kan kuat,” kata-kata Azlan buat aku terdiam. Ya, semua orang anggap aku kuat. Aku boleh teruskan semua yang ada sekarang ni, tapi bukan dengan jiwa yang kosong.
“If I can turn back time, I will choose BM education as my first choice. Kalau bukan pendidikan pun, tapi something yang berkaitan dengan bahasa. Kenapa dulu aku tak terfikir semua tu?” Aku pandang dia dengan reaksi muka yang entah macam mana. Azlan senyum. Aku tengah serius dia boleh senyum-senyum pula.
“Kau jadi cikgu? Kejap..kejap. Let me imagine,” Azlan buat muka orang tengah berfikir sambil tangannya menggaru-garu dagu. Aku cepat-cepat tepuk bahu Azlan. “Kau memang overreact kan Lan. Aku tengah tension ni kau main-main pula. Tapi betul ke aku ni teruk sangat kalau jadi cikgu? Aku rasa aku baik hati. Hahaha,” kami sama-sama gelak besar mendengar ayat angkat bakul sendiri aku tu.
“Mia intan payung, kau ingat dengan baik hati dah cukup untuk jadi cikgu? Tapi kau boleh jadi cikgu disiplin sebab kau garang macam harimau. Cikgu Miasara, cikgu disiplin yang akan jadi mangsa anti para pelajar. Hehe,” kalau bagi peluang pada Azlan untuk kutuk aku memang dia akan gunakan peluang itu dengan sehabis baik. Tapi ada betulnya juga dia ni, aku akui aku memang agak garang. AGAK GARANG? Wah masih tak nak mengaku diri sendiri memang garang. Ok..ok..aku memang garang. Aku kadang-kadang emosional. Garang dan emosional aku bertempat dan tak lama pun. Jadi cikgu tak perlu garang tapi mesti pandai tackle hati pelajar untuk minat belajar. Aku tak pernah bercita-cita pun untuk jadi cikgu sebenarnya.
“Dulu aku nak jadi lawyer. Bahasa, bermain dengan kata-kata..itu kan diri aku. Aku pernah beritahu mama tentang cita-cita aku, masa tu kita tingkatan 4. Mama cakap jangan jadi lawyer dan aku kena ambil sains.”
Azlan diam sambil pandang aku, mungkin dia cuba untuk memahami. “Kau jangan macam ni..Allah mungkin dah sediakan sesuatu untuk kau. Bagi aku, there is no turning back. Memang kau terror bahasa. Sejak dari sekolah lagi. Semua orang akui tapi chemist pun ok,” dia cuba memujuk tetapi manusia hati batu macam aku memang agak mencabar untuk dipujuk.
“Bila aku buat kerja, aku akan cakap dengan diri sendiri kenapa aku buat kerja macam ni. Dulu impian aku bukan macam ni. Kau tengok diri kau. Memang kau nak jadi software engineer…so look at you now,” aku pandang Azlan lama. Aku terangkan perbezaan antara dia dan aku. Antara impian dia dulu dan siapa diri dia sekarang, dengan impian aku dan krisis dalam diri aku sekarang.
“Ok..ok. Silap kau adalah 4 tahun lepas. Kau salah pilih course.”
“Ha tu la maksud aku. Akhirnya kau faham.”
“Mia, kau dah pun berjaya lepas dari Chemistry. Jangan fikir lagi pasal salah pilih course.”
“Ye aku tahu. Tapi masa tu tak ada orang yang guide aku. Mindset semua orang, budak-budak bijak dapat keputusan bagus mesti belajar sains tulen. Sastera untuk budak-budak lemah. Sejak kita tingkatan 4 lagi pembahagian kelas ikut mindset macam tu kan?” Aku ajak dia berfikir tentang mentaliti rakyat Malaysia. Kami dari satu sekolah yang sama, universiti yang sama, cuma matrikulasi yang berbeza. Kami dapat keputusan PMR yang cemerlang tapi menolak tawaran ke sekolah berasrama penuh. Aku dah terbiasa dengan suasana pembelajaran di sekolah harian dan kawalan mama di rumah. Azlan pula katanya kesian nak tinggalkan aku. Dia memang mengarut. Kalau Makcik Idah tahu dia punya alasan mengarut macam tu, dah lama dia kena sekah dengan Makcik Idah. Ketika di tingkatan 4, kami masuk kelas sains. Aku ada terfikir untuk masuk kelas sastera, tapi cikgu kata pelajar yang dapat 6A dan ke atas kena masuk kelas sains. Masa tu aku sebagai murid yang patuh hanya menurut. Hingga terjadi krisis jiwa macam sekarang ni. Aduh…
“Hal tu memang aku tak nafikan. Kau kena anggap ni cabaran. Aku ada dengan kau. Kau jangan risau. Dah..dah. Jom kita balik. Nanti ayah kau ingat aku bawa lari anak dara dia pula.” Tersengih-sengih dia pandang aku.
Azlan macam magik. Kadang-kadang dia main sedap mulut je bercakap, tapi ada masanya ayat dia mampu buat aku rasa lega. Walau hanya dengan sebaris ayat, dia mampu lapangkan dada. Aku sedar hukum alam, setiap manusia saling memerlukan. Aku dan dia akan bercerita segalanya tanpa ada rahsia kerana bagi kami, bercerita dengan seseorang yang kita selesa dan percaya akan membuatkan kita akan berfikir dengan lebih baik dan rasional. Aku sangat sayangkan Azlan. Sayang sebagai kawan. Sayang sebagai abang walaupun kami sebaya.
Aku menolak basikal perlahan-lahan untuk jalan seiring dengannya. Aku diam sepanjang jalan pulang ke rumah. Azlan turut diam. Sesekali dia pandang aku di sebelah tapi tanpa berkata apa-apa. Sehinggalah sampai di depan rumah barulah dia bersuara, “Esok boleh tak ikut aku main futsal? Kalau tak boleh pun kena bolehkan juga. Aku janji esok main tak lama. Pukul 11 pagi ye. Tata.”
“Ok,” aku jawab pendek.
Bukan main bersemangat lagi Azlan main futsal hari ni. Minggu lepas lemau je. Aku pula cuma duduk di tepi court sambil membaca novel. Aku tak faham kenapa dia suka suruh aku ikut dia main futsal. Aku bukan join main sekali, cuma jadi penonton dari tepi. Aku pernah tanya dan dia jawab, “Aku rasa semangat bila kau ada.” Lepas tu sumpah aku tak nak tanya dah.
“Fuuyooooo,” Reaksi spontan aku bila terpandang seorang perempuan seksi berbaju dan berskirt pendek warna pink lalu di depan mata aku. Memang cun habislah tapi apa jadahnya pakai skirt datang main futsal. Kau ingat ni court tenis ke?
“Mia! O.M.G it’s really you!,” Tiba-tiba perempuan seksi tu tegur aku. Nama aku Miasara. Memang orang panggil aku Mia. Tak pelik kalau kawan-kawan aku panggil Mia tapi kalau perempuan meletop macam ni panggil aku macam dah kenal 10 tahun, yang part ni memang aku pelik. ” Saya kenal ke awak?” Ayat ni saja yang mampu otak aku olah.
“You ni Mia. I Pinky lah. Hot sangat ke I ni sampai you dah tak kenal I lagi?” Dia jawab sambil goyang-goyang badan. Ok part goyang-goyang badan tu memang aku kenal sangat.
“Memang hot. Hot and spicy,” tersengih-sengih aku jawab. Kalau dah seksi macam tu, dengan warna baju dan skirt kau yang jauh sebatu pun boleh nampak..mananya tak hot and spicy. Aku mengomel sendiri dalam hati.
Pinky bercakap tak henti-henti. Kadang-kadang dia tanya, tak sempat aku jawab dia dah jawab sendiri. Dia banyak cerita pasal kerja modeling dan skandal dia sana sini. Aku boleh pula kusyuk mendengar sebab bosan tunggu Azlan tak habis-habis lagi main. “Mia!” Terkejut aku. Tiba-tiba saja Azlan dah duduk kat sebelah aku. Tak adalah kuat mana pun Azlan panggil tapi cukup untuk mengejutkan aku yang kusyuk dengar gossip artis.
“Azlan! It’s me, Pinky. You makin handsome ye sekarang,” Pinky buat aksi paling menggoda dan seksi. Oh apakah. “Please Lan, kau jangan tergoda dengan kecantikan dunia,” aku tak sedar aku bercakap agak kuat sedangkan sebenarnya nak cakap dalam hati saja. “Don’t worry Mia,” Azlan berbisik dekat telinga aku. Meremang bulu roma aku.
“Hi..I memang handsome dari dulu lagi, bukan sekarang je. You ni yang selalu bagi I coklat dulu kan? Tak sangka boleh jumpa semula kat sini. You buat apa kat sini? Main tenis?” Azlan buat-buat ramah. Eh Lan cakap main tenis? Wah kita memang sehati sejiwalah Lan. Sama pemikiran.
“You ni kelakarlah.I datang support ofismate I main futsal. You ni cute sangat bila buat kelakar,” dengan manja dan gaya kucing miang sekali dia menjawab. Aku si pemerhati drama rasa nak muntah hijau.
“You still admire me?” Azlan dah mula buat ayat poyo. Aku rasa nak gelak berguling-guling dengan ayat perasan mamat ni.
“Well….. sekarang ni I kan dah glamour, entah-entah you yang admire kat I kan? Ramai lelaki terkejar-kejar nak berkenalan dengan I tau, So you single ke nak tackle I?” Pinky tetap Pinky. Sama macam dulu. Suka kalau lelaki kejar.
“I dah ada girlfriendlah.,” cepat-cepat Azlan jawab. Ha tahu kau takut Lan.
“Siapa?” Ketara perbezaan muka Pinky dan suaranya. Apa yang nak terkejutnya kalau orang dah ada girlfriend. Eh kejap, Azlan ada girlfriend dan aku kawan baik dia tak tahu apa-apa?
Azlan senyum sambil jawab, “Mia.”
Ok kau memang pelawak Azlan. Aku tahu dia nak selamatkan diri daripada Pinky. Tapi kenapa mesti aku yang kena jadi girlfriend olok-olok Azlan? Aku cuba buat muka selamba dan muka girlfriend orang. Macam mana muka girlfriend orang? Entah, aku pun tak tahu. Jangan merepeklah Mia!
Pinky nampak kecewa. “I dah agak dah dari dulu lagi. It’s ok. I pun dah ada VIP yang datang merisik.” Aku memang tak suka tengok orang lain kecewa. Tapi kalau Pinky yang kecewa, ok aku tak rasa apa-apa. Kejamkan aku? Eh Pinky kan cakap dia dengan VIP sekarang, tak adalah kejam mana aku ni.
“Kau ni nak kelentong dia pun agak-agaklah. Ada ke guna nama aku. Carilah yang vogue sikit, yang cantik macam Pinky tu,” aku terus bersuara sebaik saja kereta Azlan bergerak meninggalkan Arena Sports.
“Dah mulut aku ni tersebut nama kau, nak buat macam mana. Apa salahnya pun..kau pun vogue juga,” macam ada magnet, kepala aku terus berpusing memandang Azlan selepas mendengar ayat yang keluar daripada mulutnya.
“Aku vogue? Kau nak perli aku ye. Semalam kau cakap aku cikgu disiplin, hari cakap aku vogue pula,” aku ungkit sikit hal semalam.
“Miasara, kecantikan tu kan subjektif. Kalau orang lain tengok kau tak cantik ke, tak seksi ke..bagi pandangan mata aku, kau dah cukup sempurna,” Azlan membalas kata-kata aku dengan ayat yang tak pernah aku dengar selama ini daripada seorang lelaki.
Aku tiba-tiba rasa nak mengusik Azlan. “Betul ke kau tak ada hati dengan Pinky tu? Sejak zaman universiti lagi dia admire kau. Aku peliklah, lelaki lain beria-ria nak kan Pinky. Kau pula orang tu dah suka jual mahal.”
“Aku tak suka dia,” cara dia menjawab agak keras. Seolah-olah tidak suka bercakap tentang Pinky. Jarang dia berkelakuan macam ni.
“Kenapa?” Aku masih bertanya walaupun sedar Azlan tidak begitu gemar dengan topik ini.
Azlan pandang aku sekilas sebelum menjawab dengan suara yang serius, “Sebab aku suka kau.”
Aku terus terdiam. Diam sebab salah bertanya. Tapi normallah kalau dia suka aku, akukan kawan baik dia. Mulut aku gatal nak bertanya lagi walaupun kecut perut juga tengok muka Azlan yang serius tiba-tiba.
“Lan, kau rasa kalau aku kahwin..semua krisis jiwa aku akan selesai tak? Maksud aku kalau aku kahwin, aku boleh berhenti kerja..duduk rumah jaga suami, jaga anak-anak.” Anak? Aku ni biar betul. Nak jaga diri sendiri pun tak betul, boleh pula cakap pasal anak dengan confident.
Berkerut muka Azlan pandang aku. “Kahwin? Kau dah ada calon ke?” soalan cepu emas daripada Azlan.
“Tak ada pun. Hehe,” aku jawab dengan malu-malu.
“Hahaha. Miasara, jangan main-main ok. Kahwin tu bukan cara untuk selesaikan masalah. Kau bukan cuba untuk selesaikan masalah tapi sebenarnya kau lari daripada masalah.” Free je dia ceramahkan aku.
Dia sambung lagi, “Kita fikir cara lain. Kahwin tu tak salah cuma bukan caranya. Kau jangan risau, aku janji aku kahwin dengan kau tapi bukan sekarang ye.” Dia mengeyitkan mata padaku.
“Ha?” Aku melopong.
Sebelum aku keluar daripada perut kereta Azlan tengahari tadi, dia berikan aku sebuah novel karya Andrea Hirata. Dia kata “Semoga novel ni dapat membantu krisis jiwa kau dan kembalikan semangat dalam diri kau…dan..Mia, apa yang aku cakap tadi tu memang aku serius. Aku sayang kau.”
Aku segera membuka pintu kereta. Aku keliru. Aku sedang keliru tentang cita-cita, dan kini keliru kerana kawan dan cinta? Aku sayang dia. Aku rasa sunyi bila Azlan sibuk dengan kerja. Sayang ini jatuh pada klasifikasi yang mana agaknya? Ah! Biarlah.
Rasa tidak sabar untuk mengetahui isi kandungan novel itu membuatkan aku mula membaca novel bertajuk Maryamah Karpov itu sejak petang hingga ke malam. Tetralogi Laskar Pelangi sebenarnya. Cerita tentang mimpi-mimpi, semangat yang tinggi, keberanian dan keteguhan hati. Agak lewat malam juga aku baru habis membaca. Setelah selesai membaca aku segera menghubungi Azlan.
“Hello Lan. Kau dah tidur ke?”
“Belum lagi. Kenapa Mia?”
“Aku dah habis baca novel tu. Thanks.”
“Wow cepatnya. Baguskan novel tu. I hope it will encourage you. Mia, aku dah pikirkan masalah kau tu. Aku rasa kau jangan quit from your job. All these things happen for a reason.”
“So what should I do?”
“Kau tulis novel dan hantar karya kau. Masa sekolah dulu kau suka tulis cerpen kan. Anggap semua ni sebagai subject minor kau. Sekurang-kurangnya kau masih boleh buat something yang kau minat. Jangan terus salahkan diri kau fikir pasal salah course, nak jadi cikgu atau pakar sastera. Kita try dulu cara ni ye. Ini salah satu terapi untuk kau kembalikan semangat kau.”
“Kalau dorang tak suka novel aku? Kalau karya aku tak bagus?”
“Jangan selalu berkalau, Mia. Hidup jika selalu berkalau seakan tidak menerima takdir Allah,” kata-katanya tepat menusuk hati aku.
Azlan adalah jiwa aku. Azlan macam bayang-bayang diri aku. Bagaimana jika suatu hari nanti Azlan pergi dari hidup aku, Azlan tiada untuk menyokong aku? Aku tiba-tiba rasa takut.
“Mia, kau buka novel tu mukasurat 407. Mukasurat belakang dia tu tulis apa?” Suara Azlan menyedarkan aku dari lamunan. Aku segera menyelak novel tersebut mencari mukasurat yang dimaksudkan oleh Azlan.
Rahsia
Kuberi tahu satu rahsia padamu, kawan
Buah paling manis dari berani bermimpi
Adalah kejadian-kejadian menakjubkan
Dalam perjalanan menggapainya
“Lan.”
“Ye. Dah jumpa tak mukasurat tu?”
“Aku sayang kau.”
“Apa?”
“Aku sayang kaulah, sengal.”
“Hahahaha.”
3 bulan kemudian…
“Assalamualaikum. Boleh saya bercakap dengan Cik Miasara Ibrahim?” Tuan punya suara bertanya dengan formal. Takkan ada company call panggil interview kerja sebab aku rasa dah lama tak apply kerja baru. Entah-entah orang daripada Maxis? Alamak! Aku terlupalah nak bayar bil Maxis yang bulan lepas. Aduh rajin pula dorang cari aku.
“Ye saya Miasara,” aku jawab dengan selembut yang boleh. Orang yang ada hutang memang selalu pandai berlakon macam ni.
“Saya daripada Terbitan Indah Sdn. Bhd. Kami ada terima manuskrip novel daripada Cik Miasara. Kami sangat tertarik dengan karya cik dan bersetuju untuk menerbitkan novel Cik Miasara,”
“Terbitan Indah?”
Yes! Aku senyum. Senyum puas! Azlan, kau adalah terapi yang terindah.
- TAMAT-
p/s: Percubaan pertama.













miahahaha….. pengolahan yg sgt baik. jalan cerita x nak komen! tu dah komen dulu2.

oggy: sorry ttg ending tu
btw, thanx sudi baca 


wawa: thanx
kak zura: haha malu pulak bila sedara sendiri baca..terima kasih
khema: akhirnya….harap cikgu mas tak baca cerpen ni!!! hahaha
best2…

x sbr nk tnggu smbungnnye,,, sbb ending cam trgntung..
hehehe,,good job
BEST LA..
aah besh2
apsal mia tak ends up ngan azlan

yamasaki: tq
to be continue insyaallah..

adrainahanis & za: tq
nau: klu cpt sgt end up dgn azlan..mcm x mencabar sgt kan
best2..de lg ek pasni?cite ngan lan x abs lg ni kn..
hehhhe..xpe2..truskn..cite yg mmbri smangat n mtovsi..gud job!
ala…die punye ending tu buat yg best2 skit…
pnjgkn….dorng kawen pastu pinky x suke die wat ssuatu untk ceraikan
azlan ngan maisara…
truskan lg dgn menulis.ada bakat