Novel : Benci Tapi Rindu 15

20 January 2011  
Kategori: Novel

13,098 bacaan 26 ulasan

Oleh : NIERASHIDA

15

Wajah comel Aqilah di tatap penuh khusyuk. Dia tersenyum lebar. Tidak di sangka Aqilah akan memeluknya. Entah ke mana bantal yang menjadi penghadang antara mereka. Jam sudah menunjukkan pukul 7.00 pagi. Perlahan-lahan Haikal menepuk-nepuk bahu Aqilah. Inilah yang paling susah baginya. Susah untuk mengejut Aqilah.

“awak, dah pagi. Bangunlah” Haikal sudah tidak keruan. Mana tidaknya nafas Aqilah menampar-nampar lembut lehernya. Dia manusia biasa. Naluri lelakinya sentiasa teruji apabila berdepan dengan Aqilah. Sampai bila aku boleh bertahan ni. Desis Haikal jauh di dasar hati.

“Ila, bangun” Haikal cuba menguatkan suaranya.

Namun, Aqilah tetap juga begitu.

“kalau aku ambil kesempatan pun bukan dia sedar ni” Haikal mula berfikiran nakal. Belum sempat dia mahu menyentuh wajah yang licin itu, mata Aqilah mula terbuka.

“dah pukul berapa ni?”, soal Aqilah perlahan. Dia menguap kecil.

“dah pukul 7.00 pagi. Pergilah mandi. Sarapan pun tak buat lagi ni”

Aqilah mengangguk dengan mata yang masih lagi terpejam. “nantilah. Saya mengantuk sangat ni. Kenapa bantal ni sedap sangat?”, soal Aqilah perlahan.

“dah awak peluk saya. mana tak sedapnya”, tutur Haikal dengan senyuman tidak lekang dari bibir.

Aqilah hanya mengangguk. Dan, meneruskan tidurnya. Tidak lama kemudian, dia terus bangun. Matanya yang berat untuk di buka, ringan saja sekarang. Dia merenung Haikal yang sudah ketawa besar.

“amboi, sedapnya awak ambil kesempatan kat saya eak. Jangan tidur lagi kat sini malam ni”, marah Aqilah dengan suara yang serak.

“busuklah mulut tu. Pergilah mandi, gosok gigi tu dulu. Lepas tu, kalau awak nak marah, marahlah”, tegur Haikal sengaja menyakat Aqilah. Hidungnya terus menekup hidungnya.

Bantal di capai lalu di baling ke arah Haikal yang sudah ketawa tak ingat dunia. Aqilah terus turun dari katil. Dia menghentakkan kakinya.

“benci, benci, benci…..”, jerit Aqilah geram.

Haikal ketawa tidak henti-henti. Hanya kedengaran pintu bilik air di hempas dengan kuat. Lawaklah isteri aku ni. Haikal ketawa lagi.

Sementara itu, sarapan sudah tersedia di atas meja. Siapa lagi kalau bukan Hajah Rosiah yang menyediakan semuanya.

“mana Abang Haikal dengan Kak Ila mak?”

“nanti bangunlah tu. Mana Kak Aisyah?”

“tak bangun lagi. Macam mak tak tahu pula perangai Kak Aisyah. Malas nombor satu”

Hajah Rosiah sudah tersenyum kecil. “dia penatlah tu. Diana nak makan, makanlah dulu. Tunggu yang lain bangun, sampai ke tengah harilah jawabnya”

“apa yang tengah harinya mak?”, celah Haikal yang sudah pun mengambil tempat duduk di sebelah Diana. Sebenarnya, terselit juga rasa malunya. Mana tidaknya, sepatutnya Aqilah yang perlu menyediakan semuanya. Ini tidak, sudah terbalik pula.

“sepatutnya Ila yang kena sedia semua ni mak”

“tak apalah Haikal. masing-masing penat lagi. Aisyah pun tak bangun lagi. Mana Ila?”

“tengah mandi. Nanti turunlah tu” Haikal menikmati nasi goreng dengan penuh berselera.

“mak nak balik Kedah petang ni”

“awalnya mak. Duduklah dua tiga hari lagi” Haikal memandang sayu ke arah Hajah Rosiah.

“amboi abang ni, Diana cuti bukannya lama. Orang nak exam ni. nak study lagi”, celah Diana mula dengan suara murainya itu.

Haikal tersenyum. “eh, adik abang ni. Mulut tu kalau bercakap macam Kak Ila kamu juga. Elok sangatlah tu”
Diana mencebik.

“sudah-sudahlah tu. Depan rezeki ni. Tak elok bergaduh”, tegur Hajah Rosiah.

“hah, mengata Ila eak?”, sergah Aqilah yang sudah berada di belakang Haikal. Haikal hanya mengangkat bahunya. Malas mahu bersuara.

“hah Ila, mari makan. Nak nasi goreng ke cucur udang?”

“ishk mak ni, malu Ila. Nanti Ila ambil sendiri. Mak dah makan belum? Mana Aisyah?”

“mak dah makan tadi. Aisyah tidur lagi”

“petang ni kita pergi jalan-jalan nak?” Aqilah mula membuat rancangan.

“ala….kami dah nak balik petang ni Kak Ila”, sampuk Diana dengan raut wajah yang terkilan.

Hajah Rosiah dan Haikal sudah ketawa kecil.

Kenapa awal sangat mak? Kenapa tak tinggal lama sikit? Ala, bosanlah Ila nanti. Baru ingat nak belajar masak” Hilang terus selera Aqilah. Nasi goreng di dalam pinggan di pandnag sepi.

“betul ni Ila nak belajar masak? Tak percayalah abang”, sakat Haikal.

Muncung Aqilah makin panjang. “yang sibuk sangat tu kenapa? Eleh, nanti dia juga yang nak makan”, marah Aqilah menampar paha Haikal.

Diana sudah tersengih seperti kerang busuk. “Abang Haikal memang macam tu kak. Mentang-mentanglah dia pandai masak. Kalau Diana dengan Kak Aisyah yang masak, dia bukan nak berterima kasih, asyik nak komen je makanan orang” Diana mula membebel.

“elok sangatlah tu. Adik sokonglah Kak Ila ni. sama je perangai adik dengan Kak Ila”

“padan muka. Jangan ingat Ila tak ada geng tau”
Hajah Rosiah yang mendengar terhibur dengan gelagat anak dan menantunya.

“mak nak balik nanti, biarlah kami yang hantarkan. Lagipun, Haikal boleh je ambil cuti esok”

“betul tu mak. Biar kami yang hantarkan. Lagipun, Ila nak jalan-jalan lagi sekali kat Kedah. Hari tu tak puaslah mak” Aqilah sudah terbayang-bayang sawah padi yang hijau kekuning-kuninggan melambai-lambai apabila di tiup sang bayu. Aqilah tersenyum kecil terkenangkan keindahan negeri itu.

Haikal sudah tersenyum kecil melihat gelagat isterinya.

“tak payahlah Ila, Haikal. Nanti kalau kamu berdua senang, baliklah kampung. Mak lupa nak beritahu, tiket pun mak dah beli masa sampai kat sini semalam”, ujar Hajah Rosiah. Dia memang tidak mahu menyusahkan anak dan menantunya. Cukuplah jika dapat lihat Haikal dan Aqilah bahagia. Dia akan turut senang melihatnya.

“tiket mak pukul berapa?”, soal Aqilah lagi. Nasi goreng yang berada di dalam pinggannya tidak lagi menjadi tumpuannya sekarang. Seleranya terus terbantut.

“pukul 5.00 petang nanti”

“nanti Ila dengan Abang Haikal hantarkan ye”
Hajah Rosiah mengangguk lalu tersenyum ke arah menantunya.

“tapi, sempat lagi kalau nak pergi jalan-jalan. Diana tolong kejutkan Aisyah ye. Abang tu makan cepat sikit. Ila tak kira, bawa mak pergi jalan-jalan juga”
Diana sudah ketawa dengan perangai kakak iparnya. Tidak ubah seperti perangainya. “okey Kak Ila, nanti Diana kejutkan”
Haikal sudah menggeleng-geleng kepalanya. “tengok tu mak, dia yang sebenarnya nak berjalan”
Aqilah memukul bahu Haikal. “ishk, orang cakap betul-betullah. Tak nak ikut sudah. Bagi Ila pinjam kereta abang”, marah Aqilah di sambut tawa oleh Hajah Rosiah dan Diana.

“sudah-sudah. Pergi bersiap cepat. Diana, kejutkan akak kamu tu bangun” Hajah Rosiah sudah mula mengangkat pinggan ke kotor ke dapur.

“Ila tolong mak kemas”, balas Aqilah bersungguh-sungguh. Amboi Aqilah, kalau bab jalan mesti nombor satu!

“AWAK”

Langkah Zurina makin laju. Hatinya sakit setiap kali keluar dengan Idham. Dia tidak kisah dengan orang sekeliling memerhati mereka. Yang dia tahu, dia mahu lari jauh dari lelaki itu. Tidak habis-habis Idham asyik mengekorinya. Dia jadi rimas sangat.

“Zu”, panggil Idham dengan langkah yang panjang, dia berjaya menagkap lengan Zurina.

Langkah Zurina terhenti. Berusaha dia merentap pegangan Idham. “tak malu ke orang pandang? Jangan nak malukan saya pula. Bosanlah dengan awak ni” Sebaik saja pegangan Idham terlepas, Zurina kembali menghayunkan langkah kaki. Kali ini langkahnya di percepatkan.

Idham mengeluh. Dia berusaha juga mengejar langkah Zurina. “Zu, please. Jangan buat saya macam ni. Kita boleh berbincang”, pujuk Idham penuh mengharap.

Zurina mendengus. Langkahnya terus terhenti. Kini, dia dan Idham saling menghadap sesama sendiri.

“bincang apa lagi Encik Idham? Saya dengan awak bukan ada masalah dengan awak. Saya betul-betul tak faham dengan awak ni”, keluh Zurina membetul anak rambut yang terjuntai di dahi.
Idham tersenyum hambar. “bagi awak memang tak ada masalah dengan saya. Tapi, saya yang ada masalah dengan awak. Saya cintakan awak, Zurina. Saya akan bertanggungjawab atas segala perbuatan saya kat awak. Please, beri saya peluang tu” Idham merayu dengan penuh harapan.

Zurina ketawa kecil. Ketawa yang sengaja di buat-buat. “dahlah Idham. Saya hanya cintakan Haikal. Saya nak balik. Bosan keluar dengan awak”, balas Zurina penuh sinis. Dia mula mengorak langkah meninggalkan Idham.

Lelaki itu merengus geram. Dia terus mengejar Zurina. Berusaha dia mengajak Zurina keluar supaya dia dan Zurina dapat berbincang dari hati ke hati. Kini, lain pula jadinya.

“Zu, dengarlah apa yang saya nak cakap ni”, panggil Idham tanpa mempedulikan orang yang berada di sekelilingnya. Memang One Utama sudah di penuhi pengunjung. Hari minggu katakan!
Zapp…

“sakitlah”, rungut Zurina apabila lengannya di tarik dan tubuhnya pula telah terlanggar dengan seseorang.

“aduh” Aqilah hampir terjatuh namun, sempat berpaut pada lengan sasa suaminya.

“maaf cik….” Lidah Zurina kelu.

Haikal tergamam. Liurnya di telan berkali-kali.

“kenapa ni abang, kakak?”, sergah Diana dari belakang. Dia sendiri tidak tahu apa yang terjadi. Kelihatan abang dan kakak iparnya seperti patung.

“maaflah, kami tak sengaja tadi”, celah Hajah Rosiah setelah masing-masing dia membisu.

“mak, kenalkan ini Zurina” Begitu berat Haikal mahu membuka mulut.

Hajah Rosiah sudah tersenyum penuh makna. Inilah Zurina. Kenapa lain sangat? Tak sama dengan gambar seperti Haikal tunjukkan. Hajah Rosiah tersenyum lalu bersalam dengan Zurina.
Idham memandang Haikal dengan pandangan tajam. Seperti mata burung helang yang seakan-akan memandang mangsanya. Haikal bersikap selamba. Dia harus tenang. Lagipun, antara dia dan Zurina bukan lagi pasangan kekasih seperti dahulu. Kini, dia sudah mempuyai isteri!

“tak nak kenalkan siapa yang duduk di sebelah you ni?”, soal Zurina dengan nada yang menjengkelkan.

“saya Aqilah. Isteri kepada Haikal”, balas Aqilah laju. Sengaja perkataan ‘isteri’ di tekankan olehnya. Sakit hati dia melihat perangai Zurina. Tidak ada adab langsung perempuan ni. cincang mulut tu lumat-lumat baru tahu. Marah Aqilah dalam hati. Namun, mukanya sengaja di maniskan.

“saya Idham”, celah Idham memperkenalkan diri tanpa di minta.

“saya Haikal”, balas Haikal lalu bersalaman dengan Idham.

Aisyah dan Diana saling perpandangan sesama sendiri. Banyak mata yang sedang memerhatikan mereka. Namun, tidak langsung di pedulikan oleh mereka. Aisyah dapat merasai bahang kepanasan yang melanda sekarang.

“kami ada hal sikit. Jumpa lagi. Assalammualaikum”, celah Diana terus menarik tangan Hajah Rosiah.

Haikal dan Aqilah hanya membalas senyuman kepada Zurina dan Idham. Mereka terus meninggalkan tempat yang ‘panas’ itu.

“akak cemburu ke?”, soal Diana berbisik.

Aqilah tersenyum. “mana ada. Pelik-pelik je Diana ni” Dalam hati, hanya Allah saja yang tahu. Betapa cemburunya dia melihat Zurina yang tersenyum menggoda. Aqilah mendongak mencari anak mata suaminya.

“kenapa?”, soal Haikal perasan dengan pandangan Aqilah.

Aqilah menundukkan kembali wajahnya. Dia memegang tangan Diana tika ini. Tidak mahu Haikal memegang tangannya.

“mak okey tak ni? nak rehat ke?”, soal Aqilah lembut. Risau juga Aqilah dengan Hajah Rosiah. Maklumlah, orang sudah meningkat umurnya.

“mak okey. Ila okey ke tidak? Nak balik ke?”

Aqilah menggeleng berkali-kali. Dia faham akan pertanyaan Hajah Rosiah. Mungkin ibu mentuanya dapat membaca hatinya. Terus perbualannya antara Zurina terimbau kembali. Dia tidak pasti dengan drinya. Sama ada untuk beritahu Haikal mengenai panggilan Zurina ataupun tidak. Dia tahu Haikal masih mencintai Zurina. Jika tidak, kenapa ‘cintaku’ yang tertera di skrin telefon semalam? Aku kena beritahu! Hati kecilnya membuat kata putus akhirnya.

JAM di dashboard menunjukkan pukul 5.30 petang. Hatinya berasa sayu sangat. Sayu melepaskan Hajah Rosiah pulang. Kalau dia tahu, pasti dia akan mengikut Hajah Rosiah pulang ke Kedah. Lagipun, duduk di rumah amat membosankan. Sudahlah dirinya tidak bekerja. Dia teringin juga jadi seorang wanita yang berkerjaya. Aqilah mengeluh panjang.

“sedih?” Haikal memulakan perbualan. Matanya tetap fokus pada pemanduannya.

Aqilah diam. lambat-lambat baru dia berkata, “eamm…” Hanya itu saja yang mampu di katakan.

Haikal tersenyum lebar. “nanti kalau saya cuti, kita balik Kedah ya. Saya janji”, ucap Haikal mengangkat sebelah tangannya.

Aqilah ketawa kecil. “pandulah dulu. Bahaya bawa sebelah tangan”, tegur Aqilah lalu meletakkan semula tangan kiri Haikal di atas stereng.

“kan bagus macam tu. Taklah muka tu asyik monyok je. Dah macam tikus mondok saya tengok tadi”, sakat Haikal menghamburkan tawanya.
Aqilah yang mendengar terus memukul-mukul paha Haikal.

“awak ni, kata suruh saya pandu elok-elok. Kalau saya hilang kawalan macam mana?”

Aqilah mencebik. Dia terus memeluk tubuh. Pandangannya serta merta pandang ke hadapan. Mulutnya tidak boleh berkata apa lagi. Sudah panjang muncungnya seperti mulut itik. Haikal ketawa lagi.
“okey, saya minta maaf. Kalau saya selalu buat awak sakit hati, saya minta maaf”, ujar Haikal serius nadanya. Tiada lagi ketawa serta senyuman.

“tak apa. Saya nak fokus juga kat jalan raya”, balas Aqilah.
Haikal mengetap mulutnya. Orang serius, dia main-main pulak. Ngomel Haikal di dalam hati.

Fikiran Aqilah teringatkan akan hal semalam. Baru tadi dia berjanji mahu beritahu Haikal tentang panggilan Zurina. Aqilah menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia memandang Haikal yang tenang memandu.

“ehemmm” Aqilah berdehem perlahan. Namun masih mampu di dengar oleh Haikal.

“sakit tekak ke? Nak singgah kat klinik?”, soal Haikal mula resah.
Aqilah tersenyum. Hatinya senang dengan sikap prihatin Haikal. “bukanlah”, balas Aqilah perlahan. “saya ada hal sikit nak beritahu awak”, sambung Aqilah hampir tidak terkeluar ayat.

“apa dia? Suspen je awak ni”

“tapi, jangan marah kalau saya beritahu tau”, pesan Aqilah mengangkat jari telunjuknya.
Haikal hanya mengangguk-angguk tanda setuju. Berdebar juga jantungnya.

“semalam Zurina call. Tapi, awak dah tidur”, tutur Aqilah tersekat-sekat.

“itu je?”, soal Haikal dengan keningnya terangkat.
Aqilah mengangguk.

“awak beritahu apa?”

“saya kata awak tidur. Kalau nak cakap dengan awak, saya suruh call esok. Tapi, tadikan dah jumpa. Kenapa dia tak cakap pula dengan awak?” Aqilah mula bingung.
Haikal tersenyum. “dia dah banyak berubah”, keluh Haikal perlahan. Seolah-olah bercakap dengan diri sendiri.

Aqilah berusaha memasang telinga. Namun, tidak berjaya juga memahami tutur kata Haikal. “awak mengata saya ke?” Aqilah mula membuat serkap jarang.

Haikal ketawa kecil. Kepalanya di geleng berkali-kali. “awak ni, cubalah fikir positif sikit. Dahlah, kita lupakan saja hal semalam. Anggap yang awak tak pernah bercakap dengan dia okey”
Aqilah mengangkat bahunya. Dia pun tidak mahu memikirkan hal mengenai hubungan antara Haikal dan Zurina. Bukan dia cintakan Haikal pun. Yeke? Dah tu, kenapa aku cemburu masa bertembung dengan perempuan tu tadi? Aqilah pelik dengan hatinya sendiri.

“suka lagu ni tak? Best kan?”, celah Haikal menguatkan lagi radio.

“siapa nyanyi lagu ni?”

“penyanyi dia Afgan. Tajuknya, ‘padamu ku bersujud’. Cubalah awak dengar” Senyuman Haikal makin lebar.
Handsome! Puji hati kecil Aqilah. Dia cuba menghayati lagu yang bergema di radio.

ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah

esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa
ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan karunia-Mu
dalam sunyi aku bersujud
pada-MU

Entah kenapa hatinya tersentuh mendengar bait-bait lagu ini. Adakah Haikal mahu aku sedar? Dia memandang ke arah Haikal.

“saya tahu, saya tak sempurna. Tapi, tak perlulah awak perli saya”, luah Aqilah dengan suara yang bergetar.

Haikal mula hairan. Sungguh, dia tidak menyangka isterinya terasa. “saya tak bermaksud macam tu. Cuma, lagu ni bait-bait dia best. Itu je”, jelas Haikal penuh lembut. Dalam hati, penuh dengan gelisah. Hatinya cukup resah jika Aqilah bersedih.

“kalau saya ni tak layak jadi isteri awak…”

“syhh…saya tak bermaksud macam tu” Tangan kirinya mencapai tangan Aqilah. Lalu di genggam erat.

Aqilah meleraikan dengan lemah. “tak perlulah awak buat baik macam tu. Hati awak bukan dekat saya. Begitu juga dengan saya”, jelas Aqilah tanpa memandang wajah Haikal.

“pernah dengar tak Sabda Rasulullah s.a.w. dari Ibnu Abbas r.a yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud, ‘Mahukah aku berikan kepadamu sebaik-baik benda yang disimpan? Iaitu ialah wanita yang soleh. Apabila suaminya melihat kepadanya, girang dia, apabila suaminya perintah akan dia, taatlah ia padanya dan apabila suaminya meninggalkannya, ia akan memelihara nama baik suaminya’. Pernah dengar?”, soal Haikal tenang

Aqilah menggeleng berkali-kali. Dia jahil tentang ilmu agama. Sungguh, dia tidak sempurna. “boleh awak terangkan kat saya dengan lebih jelas?” Aqilah seolah-olah begitu berminat.
Haikal tersenyum. “apa yang nak di jelaskan kepada kita ialah ukuran seorang isteri yang baik. Ia mampu melayani suami sebaik mungkin dalam segala bidang, ketaatan yang tidak berbelah-bagi asalkan yang diredai Allah s.w.t dan boleh mengawal harta benda dan nama baik suaminya ketika ketiadaannya. Ketaatan dan kepatuhan ini akan memudahkan penerimaan hidayah Allah s.w.t dan ketenangan hati suami dalam menjalani hidup berumahtangga. Dan sekaligus menjadi suatu simpanan yang sangat berharga bagi seorang lelaki berumahtangga apabila memiliki isteri yang baik budi pekerti atau perangainya. Ia mampu mengendalikan rumahtangga dengan baik. Walaupun di dalam Islam tanggungjawab di dalam rumahtangga seperti menjaga anak-anak dan memasak serta lain-lain tidak diwajibkan sepenuhnya kepada isteri tetapi isteri yang soleh merasakan tanggungjawab ini biarlah ia yang menanggungnya. Kerana ia tidak mahu tangan orang lain mendodoikan anaknya ketika hendak tidur, tidak mahu tangan lain memasakkan makanan suaminya atau sebagainya dan memahami tugasnya adalah melayani suaminya semata-mata. Isteri yang soleh sungguh cekap dan teratur melayani suaminya menjaga dan mendidik anak-anak, menyediakan makan minum keluarga, mengemas tempat tinggal dengan rapi. Sedaya upaya berusaha memperbaiki kewajipan yang telah diamanahkan oleh suaminya. Isteri yang begini akan melahirkan rumahtangga yang tenteram, riang gembira dan menjadi rumahtangga contoh dalam masyarakat. Begitulah yang dikehendaki dalam Islam”, jelas Haikal panjang lebar.

Aqilah mengangguk berkali-kali. Dia sudah faham akan penjelasan Haikal.

“saya tak pandai sangat tentang ilmu agama ni Ila. Saya pun baca dari buku je. Apa yang saya tahu, saya cuba terangkan kat awak. Walaupun kita tak ada rasa cinta, perkahwinan tak semestinya terputus macam tu je. Kita kena berusaha Ila. Rasa cinta boleh di pupuk. Insyaallah, saya redha andai Zurina bukan di takdirkan untuk saya. Beri saya sikit lagi masa. Yang saya nak, hanyalah seorang isteri yang ada ketika saya susah dan senang” Haikal melepaskan keluhannya.

“saya tak tahu nak cakap apa lagi”, ujar Aqilah perlahan. Hanya itu yang mampu di katakan olehnya.

“pernah dengar tak lagu nasyid kumpulan Saff One?” Haikal tidak sanggup melihat Aqilah muram seperti ini.

“tak”, balasnya sepatah.
Haikal tersenyum. “lagunya tajuk isteri solehah”

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

Aqilah tersenyum kecil. Merdu pula suara Haikal mendendangkan lagu nasyid.”terima kasih sebab sudi terima saya sebagai seorang isteri walaupun saya tak sempurna seperti awak harapkan”, tutur Aqilah menundukkan wajahnya.

“jangan cakap macam tu. Semua manusia tak sempurna awak. Saya pun ada kekurangan juga. Saya akan bimbing awak Ila. Insyaallah”, balas Haikal menguntum senyuman.
Bantulah aku Ya Allah. Doanya dalam hati.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

26 ulasan untuk “Novel : Benci Tapi Rindu 15”
  1. syada says:

    cpt smbuuuuuuuung!!

  2. emy miza says:

    nape lmbt sgt s,bungannyee….x sabo nie….huhuhu

  3. is says:

    huhuhu…dh lame ni tunggu…bile leh bce next n3!!!! :sad:

  4. nierashida says:

    assalammualaikum semua…maaf sgt2, bkn x nak smbung, terlalu byk sgt asgment…hehehehehe
    terima kasih kerana sudi mnunggu….insyaallah sy akn anta dlm mngu ni:)

  5. dylah says:

    best!!!

  6. azah says:

    cliche gila citer ni.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"