Novel : Cinta kontrak 7

5 January 2011  
Kategori: Novel

55,296 bacaan 18 ulasan

Oleh : nurul ain syuhada @ aleeya natasya

Mini cooper milik Danial tersadai di tepi tasik. Entah kenapa hati Danial cukup sakit dengan sikap tidak endah Airysha. Bip.. bip..bip.. lantas Danial menekat punat merah di telefon bimbitnya. Telefon bimbitnya dibaling ke arah seat sebelah. Handphonenya melantun jatuh ke lantai kereta. Danial hanya membiarkan.

“Eh mamat ni! Dia reject aku punya panggilan? Memang sah cicak kobeng! Mala’un! Aku nak berbaik-baik, dia buat macam ni pulak? Ingat dia sorang kepala batu? Kau tak tengok lagi aku perangai aku. Jaga kau! Jangan harap aku nak berbaik dengan kau dah!” Luah aku. Bengkek kot hati ni! Rase nak cabut je kepala mamat tu! Ingat muka cun habis ke? Sorry lah! Mungkin mata aku sewel waktu pertama kali tengok muka kau. Tapi bila dah kenal perangai kau, terima kasih je la. Agaknya, kalau bagi buaya makan pun, buaya tak nak! Aku merengus geram. Lantas aku menyudahkan kerja-kerjaku di butik. Lebih baik laksanakan tugas daripada pujuk cicak kobeng yang tak bertauliah tu! Segera telefon bimbit kak Yati dipulangkan kepada tuannya. Bagaimana nombor Danial aku perolehi? Haha .. mommy dia kan geng aku! Huhu..

Wajah Danial kusut. Beberapa kali dia mengusap muka kacukannya. Airysha, aku tak pasti apa yang aku buat sekarang ni. Aku tak pasti kenapa aku selalu ingatkan kau. Dan aku tak pasti kenapa aku selalu berasa damai di samping kau. Kau bukan Nur Syuhada! Perangai kalian berbeza bagai langit dengan bumi. Nur Syuhada yang aku kenal, seorang yang lemah lembut. Dia yang membuatkan aku membawa diri hingga ke Belanda. Tapi kenapa kali, kau buatkan aku terasa nak lari lagi sekali buat kali kedua? Mandrem apa yang kau guna kat aku? Getus Danial. Semuanya tak masuk akal! Segera Danial memecut laju keretanya pulang. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan. Harus ada tembok di antara kita. Aku tak ingin perkara lama berulang. Biarlah hidup aku dipenuhi dengan keseronokan. Asalkan tiada kata cinta dalam hati aku. Bagaimana hendak dibina tembok kalau hati tidak membenarkan. Untuk sekian kalinya, air mata Danial tumpah!

“Lambat balik! Dari mana ni?” soal Datin Aleeya. Surat khabar di tangan ditutup dan diletakkan di atas meja kaca di hadapannya. Dato Eddy juga memerhatikan langkah Danial.

“Niel jumpa kawan tadi. My, pa, Niel penat lah. Nak tidur.” Lantas langkah dipercepatkan menuju ke bilik.

“Niel! Jangan lupa Isyak! Maghrib kat mana tadi?” soal Dato Eddy penuh prihatin. Danial mematikan langkah.

“Niel solat kat masjid depan rumah kita tadi. Just drop by kat sana.” Ucap Danial perlahan. Dato Eddy mengangguk. Lantas Danial meneruskan langkah.

Pintu bilik dibuka perlahan. Lantas lampu bilik dinyalakan. Danial segera merebahkan diri di atas katil. Dia baring sambil mendepakan kedua belah tangannya. Pandangannya melekat pada syiling. Air mata menitis sekali lagi. Rindunya pada Nur Syuhada. Peristiwa beberapa tahun lalu kembali ke dalam ingatan Danial.

“Awak, kita tak boleh bersama lagi lah. Saya dah cuba beberapa kali untuk mencintai awak balik, tapi.. tak boleh! Hati saya bukan pada awak lagi. Dalam hati saya, dah takde nama awak! Maafkan saya. Ada lelaki lain yang saya rasa sesuai dengan diri saya. Maafkan saya. Sampai sini sahaja.” Lantas Nur meninggalkan Danial sendirian di tepi tasik. Air mata Nur mengalir laju. Dia tidak boleh tahan. Hatinya sakit untuk melakukan pembohongan ini. Tapi dia tak tegar untuk menambahkan penderitaan Danial jika lelaki itu tahu tentang hayatnya yang hanya tinggal sebulan.

Peritnya hati Danial untuk menerima semua ini. Hatinya cukup menderita apabila wanita kesayangannya memutuskan perhubungan. Mulai detik itu, Danial berjanji dengan dirinya. Tiada lagi wanita yang akan dia cintai selain Nur Syuhada. Apatah lagi apabila mengetahui Nur Syuhada melakukan semua ini untuk kebaikannya. Itu pun setelah 2 minggu Nur Syuhada meninggal dunia lebih awal daripada jangkaan doktor. Khabar itu disampaikan Ana, sahabat baik Nur Syuhada.

“Niel! Niel! Bukak pintu ni!” Datin Aleeya sibuk mengetuk pintu anak terunanya. Lantas air mata Danial diseka dengan belakang tangannya. Sibuk la mommy ni!

“kenapa?” soal Danial kasar.

“Makan malam!” ujar Datin Aleeya.

“Niel dah makan la. Niel nak solat, nak tidur.” Ujar Danial perlahan. Dia tetap tidak membuka pintu. Malu jika mommynya melihat keadaan matanya yang membengkak akibat menangis. Senyap seketika. Mungkin mommy dah pergi. Fikir Danial. Segera dia membersihkan diri dan menunaikan solat Isyak.

“Airysha!!!!!!!!!” jerit kak Yati. Boleh runtuh rumah dua tingkat ni dek getaran suara kak Yati. Kalaulah rumah ni runtuh, tak sempat aku nak mintak maaf kat ibu dengan ayah! Kak Yati oi!! Ingat cikit! orang tak kahwin lagi!

“Pehal kak? Menjerit macam nenek kebayan. Boleh runtuh rumah tau tak! Hari-hari akak menjerit, tengok dinding, dah ada kesan retak tau. Orang tak nak mati awal la kak. Orang tak kahwin lagi.” Aku jalan selamba ke dapur. Remote TV ditinggalkan di atas meja di ruang tamu. Terkejut aku melihat kak Yati di atas meja makan. Aiseh! Takkan malam ni kak Yati nak jadik dinner kot? Aku waras lagi. Tak hingin aku makan daging manusia. Apatah lagi daging kak Yati. Masin kot!

“Ni! Tikus belakang kabinet! Tolong tengok kejap!” ujar kak Yati. Ada getaran dalam nada suaranya. Aku hanya menggeleng. Kak Yati ni la! Buat macam pocong lompat-lompat masuk dalam rumah je! Setelah diperiksa, tiada pulak tikus tu. Lesap ke mana pun tak tau la.

“takde la kak. Takkan takut sampai naik atas meja kot! Turun lah! Akak ni, buat malu je. Kalaulah abang Haziq nampak…” malas aku nak menyambung kata-kata. Lantas aku berjalan menuju ke ruang tamu. Kak Yati hanya memerhatikan langkahku. Dah takde ke? Bisik hati kecil kak Yati. Segera dia turun dari meja.

Aku melepaskan keluhan besar beberapa kali. Marahkah dia? Cicak kobeng tu kenapa eak? Masalah betullah! Asap nipis daripada Nescafe buatan kak Yati menarik perhatianku. Segera aku lenyapkan masalah yang bersimpul di benak kepala. Aku tersengih memandang kak Yati. Kak Yati juga tersengih melihatku. Dia faham maksud disebalik sengihanku. Tiba-tiba dia membuntang mata melihatku.

“Nak? Buat sendiri!” ujar kak Yati. Aku mencebik. Kedekut betul! Di saat kak Yati leka dengan adegan yang dipaparkan di dalam televisyen, aku segera mencapai mug kak Yati dan menghirup Nescafe panas itu.

“Hoi minah! Nescafe akak tu!” jerit kecil kak Yati.

“Ada orang kisah?” aku melanjutkan minumku. Kak Yati mendengus perlahan. Tak ubah perangai macam Nur Alisyah! Kemudian kak Yati tersenyum.

“Apa senyum-senyum? Dah la pandang orang macam nak telan, pastu sengih-sengih pulak.” Aku meletakkan mug di atas meja di hadapanku.

“Kak, jangan lah pandang orang macam tu. Orang ni lurus tau. Orang tak minat kat perempuan.” Selamba aku menuturkan kata. Senyuman kak Yati mati dengan serta-merta.

“Merepek betul minah ni! Allah murka tau kalau kita macam tu!” kak Yati membaling bantal kecil yang ada di sofa, tepat kepada muka!

“Sakit lah kak oi! Tau pun. Dah tu, jangan pandang muka orang macam nak telan. Orang tau, muka orang lawa.” Aku kembali memandang skrin televisyen. Kak Yati mencebik. Poyo je minah ni! aku cekil-cekik jugak minah ni kang!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

18 ulasan untuk “Novel : Cinta kontrak 7”
  1. gdis_ceria says:

    bestsssssssssssssss^_^

  2. Kriss says:

    SEMPOI….

  3. cikbunga says:

    Saya sangat pelikk membaca novel ini pada episod 4, kata AIRYSHA seorang muslimah memakai tudung labuh tapi kenapa diawal cerita boleh pula penulis menulis mereka bersalaman. Mana ada muslimah bersalaman dengan seorang yang bukan muhrim. Haram. Penulis x alert ke?

  4. hahihu says:

    cik bunga: kalau pelik, takpayah baca lha. habis cerita. saya pelik-2 . huh!

    anyway best lha story ney. keep up it yaww! ;)

  5. ainish says:

    dorang memang bersalaman ea…bukan sekadar angguk tanda hormat…

  6. bellieza says:

    oklah tu..nice sesangat…kat tmpat sya ni x da jual novel awak..maybe kena tempah on9 kot..anyway, jlan crita menarik..

  7. snyu says:

    cerita nie terus je kan..tak de space or tanda masuk ke babak lain..confius sikit baca..kejap2 dah masuk bab lain..

  8. bat~ says:

    bestla,,kat mne nk beli ek novel cmne?

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"