Novel : Cinta kontrak 8

12 January 2011  
Kategori: Novel

55,978 bacaan 22 ulasan

Oleh : nurul ain syuhada @ aleeya natasya

8

Sebulan berlalu, dan sebulan jugalah aku tidak melihat batang hidung Danial. Sensitiviti masyarakat betullah cicak kobeng tu! Hari ni! aku dapat gaji! Lumayan juga. Mungkin kerana ini butik terkemuka. Sebulan, sampai tiga ribu aku dapat! Terkejut jugak! Tapi, rezekilah katakan. Seribu daripada gajiku, aku hantar ke kampung. Alhamdulillah! Aku dapat berjumpa dengan keluarga terchenta!! Nasik kandar makin encem! Kak long makin cantik! Berseri-seri lagi! Kak long bakal mengikat tali pertunangan dengan kak long tak lama lagi. Alina pula makin kusut. Kusut dengan subjek yang makin susah. Tapi, yang nak SPMnya, Alang. Ni apa kes, Alina pulak yang kusut? Adik-beradik, pelik betul!

“Angah, duduk sini sampai bila?” soal ibu.

“Dua minggu.” Jawabku pendek. Ibu yang berada di hadapanku merenung aku. Aku membalas renungan ibu. Makin lama, aku dapat lihat air mula bertakung di mata ibu. Wajahku dielus perlahan. Lantas ibu mendekatkan wajahnya ke dahiku. Ciuman syahdu daripada seorang ibu membuatkan aku terpana dan air mata menitis perlahan.

“Dah besar anak ibu.” Ujar ibu perlahan. Mata putih ibu bertukar merah. Ibu menahan air matanya! Terketar-ketar bibirku.

“Baru sebulan, bu. Belum sepuluh tahun! Apa lah ibu ni.” aku cuba bergurau bagi menghilangkan resah ibuku. Tapi ibu tidak mengendahkannya.

“Cukup ke makan kat KL tu? Badan kamu makin kurus.” Ibu meletakkan kedua belah tapak tangannya di pipiku. Aku hanya mengangguk. Aku tak mampu berkata-kata apabila air mata tidak mahu berhenti.

“Angah..” panggil ibu perlahan.

“Ye, bu?”

“Angah anak ibu..” ibu masih mengelus pipiku.

“Ibu, janganlah macam ni. angah dah balik.” Kataku perlahan. Ibu amat merindui aku! Ibu rindu kat aku! Dalam sebak, aku gembira. Lantas ibu memeluk aku erat. Kak long hanya memerhatikan dari jauh. Air matanya dikesat dengan lengan baju kurung. Segera dia turun menuju ke dapur. Menyiapkan makan tengah hari. Kak Yati juga pulang ke kampung. Sebelum pulang ke rumah orang tuanya, kak Yati singgah ke rumahku untuk bertemu kakak.

“Alis.” Panggil kak Yati. Kak long yang leka mencedok lauk ke dalam mangkuk menoleh ke belakang.

“Kenapa Yati oii? Kau rindu aku ke?” kak long cuba berjenaka.

“Aku ada menda nak bagitau kau.” Ujar kak Yati.

“Yeke? Lepas kita makan tengah hari, kau balik jumpa mak ayah kau dulu. Petang, kita lepak port lama. Tepi pantai!” kak long menghadiahkan senyuman. Kak Yati membalasnya. Dia juga membantu kak long menyiapkan makan tengah hari. Ya Allah, kuatkan aku untuk menyampaikan berita ini. Bisik hati kecil kak Yati.

Angin lembut yang meniup-niup tudung labuh kak long membuatkan kak long rimas. Sesekali kak long membetulkan tudung yang sudah senget-benget. Kak Yati yang hanya mengenakan selendang tidak perlu peduli dengan angin pantai itu. Kedua-dua mereka duduk di atas pokok kelapa yang telah tumbang. Pandangan kak Yati jauh ke lautan. Kak long aneh dengan sikap kak Yati.

“kenapa, Yat?” soal kak long. Kak Yati melepaskan keluhan berat. Susahnya nak berterus-terang.

“Nur Alisyah binti Zulkifli.” Kak Yati memanggil penuh nama kak long.

“Ye Hayati. Kenapa? Kau ni, buat sentimental pulak! Naik tegak bulu roma aku. Aku macam tak percaya je kau ni Hayati. Entah-entah, kau ni hantu tak?” kak long cuba melawak. Pelik bebenor dengan minah sekor ni. takde angin, takde ribut, panggil-panggil nama aku pulak. Dah tu! Nama penuh pulak. Disampuk hantu laut kot!

“Alis, ada menda aku nak cakap ni.” kak Yati mulakan perbualan.

“ye, aku dengar.” Jawab kak long. Pandangannya ditalakan ke lautan yang terbentang luas.

“Aku, Nur Hayati Ibrahim dah bertunang dengan Haziq Al-Fiqrash, lelaki yang kau cintakan.” Senafas kak Yati mengeluarkan ayat itu. Kak long terus memandang kak Yati laju. Tindakan drastik! Tindakan unconcious!

“Kau… apa?” soal kak long inginkan kepastian. Turun naik nafasnya.

“Aku dah bertunang dengan Haziq. Dah lama. Aku mintak maaf Alis! Aku dah nak kahwin, dan aku nak kau datang majlis pernikahan aku. Aku tak nak sahabat baik aku tak hadir waktu hari bahagia aku.” Meleleh-leleh air mata kak Yati.

“Mintak maaf?” soal kak long sinis.

“Aku tak sangka kau buat aku macam ni. Aku sangka kau kawan baik aku.” Kak long menyambung. Lantas kak long bangun dari kedudukannya.

“Alis, aku mintak maaf! Aku mintak maaf sebab jatuh cinta dengan dia! Aku mintak maaf sebab hati aku terpaut kat dia! Aku mintak maaf sebab saban hari aku teringat kat dia! Aku mintak maaf sebab rahsiakan hal ni daripada kau. Dan aku mintak maaf sebab rampas…” tidak sanggup kak Yati meneruskan bicara.

“Mintak maaf? Mintak maaf yang kau boleh cakap? Mintak maaf untuk semua yang kau dah buat kat aku? Rampas? Kau bukan rampas! Kau meragut! Meragut jiwa aku…” kembang kempis hidung kak long.

“Meragut jiwa aku kalau kau tak jadikan aku pengapit kau waktu hari bahagia kau.” Sambung kak long. Kak Yati terpinga-pinga. Kak long menoleh ke belakang. Melihat kak Yati yang sudah melutut di atas pasir pantai.

“Ma… mak… maksud kau apa?” soal kak Yati.

“Ngek la kau ni! dah bertunang tak bagitau! Nak kahwin, sekarang baru nak bagitau! Kau dah ada pengapit ke? Boleh tak aku nak jadik pengapit kau?” soal kak long ceria. Kak long sungguh-sungguh dengan kata-katanya.

“Alis, kau…?” kak Yati pelik. Lantas kak long menghampiri kak Yati dan memintanya untuk duduk semula di atas pokok kelapa yang tumbang itu. Kak long melutut di hadapan kak Yati. Air mata kak Yati diseka dengan lengan baju kurung kak long. Air mata kak long juga menitik.

“kau jangan ingat ni air mata sedih. Ni air mata gumbira. Kenapa kau tak jujur dengan aku hah? Kita dah kawan berapa lama? Sanggup kau bertunang tak ajak aku pun, kan?” marah kak long.

“Aku takut kau..” tak habis kata-kata kak Yati, kak long sudah memotong.

“Yang lepas tu lepas la. Aku ada cerita ni.” segera kak long mengambil tempat di sisi kak Yati.

“Sebulan dah hati aku terpaut kat Kimi. Huhu, betullah kata orang, jangan asyik bergaduh. Nanti naik pelamin sekali. Hehe, tengok aku sekarang! Dah nak bertunang dengan Kimi. Kau jangan jeles pulak. Kimi tu lagi encem dari Haziq tau!” celoteh kak long. Kak long menceritakan bagaimana terputiknya cinta dalam dirinya pada Kimi. Dia tidak ingin mewujudkan sebarang perhubungan sebelum pernikahan. Kerana dia takut jika hati boleh menimbulkan pelbagai zina seperti zina hati.

“Bila pulak kau nak bertunang?” soal kak Yati.

“Sebenarnya, bukan bertunang, aku nak kahwin!” jelas kak long. Kak Yati terkejut besar.

“Rysh kata kau nak….” ujar kak Yati.

“Takde lah. Aku cakap je nak tunang. Sebenarnya aku nak kahwin. Alhamdulillah dia ada kat kampung sampai dua minggu. Kejap lagi, ibu aku bagitau dia la tu. Ibu aku tu, asyik tengok muka angah macam sepuluh tahun tak tengok. Naik jeles aku! Tatap la muka anak dia puas-puas dua minggu ni. Tunggu je la nanti aku dah kahwin, mesti ibu aku buat macam tu jugak kat aku! Huhuhu!” kak long menguis-nguis pasir di kaki.

“Kau ni tak ubah macam budak-budak!” segera, tamparan kecil hinggap di paha kiri kak long.

“Woi! Aku tau la paha aku lawa! Gebu! Main tampar-tampar pulak!” getus kak long sambil menggosok-gosok pahanya. Tak ubah langsung! Adik kakak, ayat sama je! Copy paste!

“Along nak kahwin?!” aku menjerit kuat. Mau gegar rumah dibuatnya. Apa tidaknya? Cakap nak bertunang je. Alih-alih, amek kau! Kahwin terus! Gatai pulak kakak aku yang sekor ni! terus green light dikasinye kat abang Kimi. Untung jugak singa betina ni. dapat kahwin anak orang kaya. Dah tu, pengajian kak long nanti, bakal abang ipar yang support. Ibu dengan ayah lepas ni boleh goyang kaki la. Astaghfirullahalazim!!! Sanggup aku pikir macam tu? Mengambil kesempatan dalam kesempitan! Kesempitan ke? Aku tengok, dah banyak lebar je. Tapi nak buat macam mana, dah itu janji abang Kimi kat ibu dengan ayah. Abang Kimi yang gatal-gatal mulut nak buat macam tu. Biarlah. Rezeki jangan ditolak.

Malam itu, rombongan meminang abang Kimi tiba di rumah. Nama je meminang, abang Kimi pon gatal nak datang tengok kak long! Baiknya bakal mak mertua dengan ayah mertua kak long! Orang beragamalah katakan. Alhamdulillah mereka senang dengan penampilan kak long. Mereka tidak membangkitkan isu tudung labuh kak long. Walaupun mereka daripada golongan berada, tapi mereka tidak pernah menilai seseorang melalui fizikal dan perhiasan yang ada pada tubuh seseorang. Aku harap kak long tak salah pilih teman hidup sepanjang hayatnya. Aku segera mencelah.

“Kak long, abang Kimi, jangan lupa buat ujian HIV sebelum kahwin tau!” pesanku. Semua mata tertacap padaku. Aikk?? Salah ke?

“Bukan maksud angah nak kata abang Kimi ada HIV. Tak! Kak long pon sihat walafiat! Takde sangsi! Tapi angah tengok TV, dorang kata, kena la buat preparation.” Sambungku. Tiada reaksi. Semua pakat pandang aku macam nak telan.

“Yela, yela. Orang zip mulut.” Segera aku tundukkan wajah. Tika itu jugalah satu rumah riuh dengan gelak tawa. Aku turut ketawa. Tidak tahu kenapa mereka tertawakan aku. Salah ke? Betul je aku rasa!

“Angah. Meh cini kejap!” panggil kak long. Alina dan Alang lesap entah ke mana. Lepas rombongan pakcik Kimi pulang, dua ekor monyet ni entah ke mana merayapnya. Malam-malam sibuk keluar rumah! Aku segera keluar dari bilikku dan pergi ke bilik kak long.

“Kenapa?” soal aku penasaran. Aku mengambil tempat di hadapan kak long. Kak long pula hanya duduk di atas katil.

“Tengok!” kak long menghulur sebuah kotak berbalut kemas. Cantik! Lantas aku membuka penutup kotak tersebut. Mak oiii! Mau terjojol mata aku tengok isi kotak ini. Aku memerhatikan kak long. Tak percaya kot!

“Pesal tengok along macam nak telan?” tanya kak long.

“Orang punya ke?” soalku tak percaya.

“Mestilah orang, takkan beruk kot. Beruk mana yang pandai guna benda alah ni?” segera kak long mengambil kembali kotak tersebut. Buat lawak bodoh pulak kak long ni.

“Mahal sangat la, long. Orang tak boleh terima hadiah macam ni.” ujarku perlahan. Namun mataku masih tertacap pada kotak tersebut.

“Eh! Eh! Sedap je dia. Bukan kat awak la. Kak long punya!” seakan budak kecil aksi kak long. Menarik kotak tersebut dekat ke dadanya. Aku mencebik. Ingat aku punya. Beria la tunjuk kat aku. Saje nak eksen la tu!

“Jom kita perosak mende alah ni!” pelawa kak long. Rosak? Boleh je!

“Long, kejap. Orang amek spanar. Tak pun along nak pakai hammer je? Nak bagi hancur ke? Sampai jadik debu? Okey je. Nanti kita blend sekali.” Aku dah berkira-kira ingin bangun dari tempat dudukku.

“Oi minah! Nak bagi hancur barang orang pun agak-agak la. Ni sampai nak blend, apa kes? Ni cik abang along bagi, tau!” kak long menjeling kepadaku. Aiseymen! Dah pandai jeling-jeling pulak eak! Ku korek mata tu bagi buta macam Kasim Selamat baru tau.

“Along yang cakap nak perosak menda alah tu. Orang suggest la beberapa cara!” gumamku.

“Along maksudkan, kita tengok macam mana menda ni nak berfungsi. Belajar itu ini cikit.” Terang kak long.

“Bukan barang orang. Buat pe orang nak belajar guna. Along la belajar.” Aku mengalih pandangan ke arah lain. Memang tau along ni! saje je ohh! Kau tido malam nanti, aku kerjakan barang kesayangan kau tu! Ei! Hampeh punya kakak! Macam nak kerat-kerat je!

“Jeles la tu!” teka kak long. Tepat sekali! Tekaan mengena! Gedebushhh! Macam kena tembak kat dahi tepat masuk ke otak! Aku menjelir lidah.

“Jelir! Jelir! Ingat lawa sangat lah tu! Kerat bagi pendek nanti baru tau!” ugut kak long. Segera aku memasukkan kembali lidahku. Kak long mula onkan handphonenya. Aku segera mengambil tempat di sisi kak long. Nak tau jugak! Jeles-jeles aku pon, masih ada niat kat hati nak tengok menda alah ni tau!

Tiba-tiba, kak long ketawa terbahak-bahak. Begitu juga aku! Mau tak nya? Abang Kimi buat lawak pulak! Ada ke patut letak gambar orang utan sengih takde gigi sebagai wallpaper? Bergolek-golek aku atas katil kak long.

“Kak long perasan tak?” aku memecah tawa kak long. Kak long memandang aku.

“Apa?” soal kak long ingin tahu.

“Sekali pandang, macam orang utan. Dua kali pandang, sebijik muka macam abang Kimi!” aku kembali ketawa bergolek-golek!

Pap!!

Adehhh!! Ngek betul minah ni tau! Ditepuknya belakang badan aku. Nasib jantung aku tak terkeluar. Kalau lah melantun keluar jantung aku ni, hampa pemuda-pemuda yang menanti nak kawen dengan aku!

“Along ni nak bunuh orang ke?!” marahku. Sakit gilerr!!

“Lawak awak tu dah keterlaluan tau! Abang Kimi yang cukup hensem tu awak cakap muka macam orang utan.” Marah kak long. Lantas, kak long meletakkan handphonenya di tepi wajahku. Aku terpinga-pinga.

“Hah! Yang ni baru betul! Bila duduk sebelah-sebelah, baru along perasan. Muka kalian saling tak tumpah! Macam kembar seiras je!” lantas kak long berlari ke ruang tamu. Hah? Aku bukan keturunan orang utan la! Aku tak nak kalah! Aku membuntuti kak long ke ruang tamu.

“Orang utan eak? Kalau angah orang utan, along tu, kakak orang utan! Spesies sama je!” aku ketawa terbahak-bahak. Ayah yang sedang menonton TV, melihat pelik ke arahku. Begitu juga ibu. Sekali tengok muka kak long, perghhh! Macam singa tak makan dua tahun!

“Okey! Okey! Orang salah. Muka along lebih sama macam singa!” aku menyambung. Kusyen kecil empat segi dilontarkan kepadaku. Apalah nasib, asyik kena lontar bantal je? Nasib dorang tak lontar batu! Serentak itu salam kedengaran.

“Assalamualaikum!” suara Alina dengan alang kedengaran.

“Hah! Orang utan-orang utan ku! Meh cini! Dok sebelah angah ni.” aku menepuk-nepuk lantai di sisiku. Alina dan alang saling berpandangan. Orang utan?

“Ada ke panggil kitorang, orang utan?” rajuk Alina. Aku ketawa kecil.

“Ke nak angah panggil singa?” aku menyambung niat untuk menyakat kak long. Dah macam ceri muka kak long aku kerjakan. Agaknya volcano nak meletus la!!

“Nur Alia Airysha!!!” wah-wah! Boleh berguguran bintang dengar suara kak long memekik namaku. Segera aku lari ke sisi ibu. Buat-buat manja!

“Kepit! Kepit!” marah kak long.

“Jeles ke, long? Kepit la dengan handphone along tu!” aku menghadiahkan muncung terpanjang yang aku boleh lakukan.

“Ikat muncung tu kang!” kak long mengugut. Ibu hanya tersengih.

“Huru-hara rumah ni kalau minah becok ni balik rumah!” kata ibu.

“Wah! Handphone baru nampak.” Tegur alang.

“Dah dapat handphone baru, kat kita semua mana orang tu nak ingat.” Aku makin giat menyakat. Kak long hanya menggeleng. Hatinya bukan sakit dengan sindiran aku. Tapi lebih kepada seronok.

“Abang Kimi ni haa.” Tak perlu dijelaskan. Mereka semua mengerti.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

22 ulasan untuk “Novel : Cinta kontrak 8”
  1. lini sarip says:

    best citer ni…macam nak gila aku gelak sakan sorang2 hehe…hilang stress aku..
    kpd penulis, teruskan usaha, caiyok! caiyok!
    kpd peng’komen’ da..jangan gadu2, adatlah tu. ada yg suka, ada yg xsuka..

  2. rose says:

    hahaha lawak, lawak. Kerja br sebln, cuti blk kg 2 minggu. hihi. Anyway, citernya best gak. Cuma bg la logik sikit.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"